The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-84288827, 2021-08-08 09:22:40

Bab 3 : PENETAPAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN

DISEDIAKAN OLEH ;
VICTORIA RAMINDA
SMK PETRA JAYA

Vic@8965 PNG2021

Tarikh : 11 Ogos 2021 (Rabu)
Bab 3 : PENETAPAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN
Subtopik : 3.5 Menghasilkan Visi, Misi dan Objektif bagi Perniagaan Tertentu

✏Visi, misi dan objektif (VMO) sesebuah perniagaan ditetapkan supaya menjadi
panduan kepada pihak pengurusan perniagaan dalam mencapai tujuan perniagaan.

✏Indikator (petunjuk) perniagaan yang boleh digunakan untuk mengukur prestasi
perniagaan ialah :

Titik pulang modal Pertumbuhan

Pemaksimuman keuntungan Daya saing

Syer pasaran Jualan Penyediaan perkhidmatan

3.5.1 TITIK PULANG MODAL (TPM)

1. Satu kaedah digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui
HASIL yang diperoleh bersamaan (=) dengan jumlah kos yang ditanggung.
2. Tujuan penggunaan TPM :

Memastikan perniagaan yang dijalankan boleh kekal dalam pasaran.

Asas ukuran kepada perniagaan baharu atau penghasilan produk baharu untuk
mengetahui perniagaan tersebut boleh terus beroperasi atau tidak.
3. TPM boleh dilihat dalam bentuk graf seperti di bawah :

Hasil / Kos (RM) Jumlah Hasil

Untung Jumlah Kos

C A
Rugi B

Kuantiti (Q)

1

Vic@8965 PNG2021

Cara membaca graf TITIK PULANG MODAL (TPM)
Paksi menegak (vertical) menunjukkan jumlah HASIL/KOS

Paksi mendatar (horizontal) menunjukkan kuantiti produk.

Titik A menggambarkan jumlah hasil sama dengan jumlah kos yang digunakan,
dengan KUANTITI bersamaan B dan HASIL bersamaan C.

Pada titik A : Perniagaan mendapat titik pulang modal (TPM).
Maksudnya : Perniagaan tidak mendapat untung atau tidak mengalami kerugian.

Perniagaan akan RUGI jika mengeluarkan kuantiti produk kurang daripada B dan
akan mendapat UNTUNG jika kuantiti produk melebihi B.
FORMULA TITIK PULANG MODAL (TPM) :

TPM = Kos Tetap
Harga – Kos Berubah Seunit

3.5.2 PERTUMBUHAN PERNIAGAAN

1. Merujuk kepada Hasil yang meningkat dari semasa ke semasa untuk mencapai
matlamat.

2. Perancangan bagi meningkatkan hasil jualan :

(a) Merancang membuka cawangan yang banyak.

• Hasil jualan yang meningkat menjadi asas kepada peningkatan keuntungan
perniagaan.

• Keuntungan boleh dijadikan sebagai modal pelaburan untuk membuka
cawangan perniagaan.

• Dalam jangka masa panjang, perniagaan yang berjaya meningkatkan
keuntungan boleh menaikkan nilai perniagaan dalam industri.

(b) Membesarkan perniagaan sedia ada.

• Hasil jualan perniagaan akan meningkat apabila berlaku pertambahan kuantiti
jualan produk dari semasa ke semasa.

• Ia turut membantu para peniaga mempunyai keyakinan yang tinggi untuk
terus melaburkan modal.

• Setiap perniagaan yang dilakukan akan didorong dengan keinginan untuk
mendapat pulangan tinggi melalui peningkatan keuntungan.

2

Vic@8965 PNG2021

3. Setiap hasil jualan perniagaan haruslah
meningkat untuk menambahkan keyakinan
peniaga dalam melaburkan modal pada masa
akan datang.

3.5.3 MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN

1. Perniagaan mendapat keuntungan yang tertinggi hasil daripada penggunaan
sumber perniagaan.

2. Contoh sumber perniagaan : Bahan mentah, Modal, Modal Insan, Teknologi,
Keusahawanan yang cekap.

3. Konsep kecekapan = kemampuan memaksimumkan hasil dengan
meminimumkan kos.

4. Untung diperoleh apabila terdapat LEBIHAN dalam hasil setelah jumlah hasil
ditolak jumlah kos.

5. Jumlah untung akan digunakan sebagai modal pusingan untuk meneruskan
operasi dalam perniagaan.
UNTUNG = JUMLAH HASIL – JUMLAH KOS

6. Untung juga dapat dimaksimumkan melalui pengurangan dalam kos pengeluaran
dalam kos pengeluaran ke tahap paling minimum.

7. Formula untuk melihat keuntungan atau kerugian sesebuah perniagaan.

JUMLAH HASIL = Harga X Kuantiti

Jumlah kos = Kos Tetap + Kos Berubah

Kos Berubah = Kos berubah seunit x Kuantiti

8. Sesebuah organisasi perniagaan perlulah mengetahui kedudukan jumlah kuantiti
jualan produk yang boleh menghasilkan jumlah hasil tertinggi dan kos yang
paling rendah kerana ia dapat membantu sesebuah perniagaan itu membuat
perancangan dengan lebih baik dan sistematik.

9. Perancangan jangka masa pendek :

• Sesebuah perniagaan tidak semestinya akan mendapat untung atau
memaksimumkan keuntungan.

• Perniagaan tersebut tidak dapat beroperasi dengan cekap seperti
mengeluarkan produk dalam kuantiti yang banyak.

• Kesannya, kos pengeluaran seunit meningkat dan ianya menyebabkan
perniagaan tidak mendapat keuntungan tertinggi.

3

Vic@8965 PNG2021

10. Perancangan jangka masa panjang

• Sesebuah perniagaan boleh mengeluarkan barang atau perkhidmatan
dengan kuantiti yang banyak.

• Hal ini kerana sesebuah perniagaan tersebut berupaya untuk menggunakan
sumber dengan cekap serta dapat memaksimumkan keuntungan.

3.5.4 DAYA SAING

1. Ia bermaksud kemampuan sesebuah perniagaan untuk mengekalkan operasi
perniagaannya dalam industri.

2. Faktor kemampuan perniagaan bertahan dalam industri:

Sumber manusia Jaringan Kewangan
Pemasaran Teknologi

3. Sumber manusia :

✏ Merujuk kepada pekerja

✏Menyumbang perkhidmatan dalam bentuk fizikal dan kepakaran.

✏Bidang pengurusan dikategorikan kepada 3 peringkat

• Pengurusan atasan
• Pengurusan pertengahan
• Pengurusan bawahan
4. Kewangan :

✏Model kewangan sesebuah perniagaan boleh diperoleh melalui pembiayaan
daripada pelaburan pemilik perniagaan dan pembiayaan dalam bentuk hutang.

✏Pembiayaan kewangan bergantung kepada kestabilan kedudukan kewangan
sesebuah organisasi perniagaan.

✏Faktor sistem kewangan yang baik dan berdaya tahan bermaksud kemampuan
perniagaan dalam pengurusan risiko kewangan, menyusun jadual pembayaran
semula dan mengubah peranan tabung-tabung kewangan organisasi.

4

Vic@8965 PNG2021

5. Teknologi :

✏ Teknologi maklumat dan komunikasi telah menyebabkan lahirnya era
perdagangan yang berkonsepkan internet seperti e-perdagangan, e-perniagaan, e-
kerajaan dan e-pemasaran.

✏Teknologi membantu dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan dengan
cepat, cekap dan berkualiti.

✏Penggunaan teknologi memerlukan pelaburan yang besar.

✏ Membolehkan perniagaan beroperasi dalam jangka masa panjang.

3.5.5 SYER PASARAN
1. Ia merujuk bahagian atau peritus penguasaan jumlah pengguna yang membeli
barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan dalam
pasaran berbanding pesaing.
2. Perniagaan yang berjaya menguasai syer pasaran terbesar akan memperoleh
pendapatan yang tinggi hasil daripada jualan.
3. Kebiasaannya, perniagaan yang mempunyai syer pasaran terbesar akan menjadi
pemimpin dalam pasaran.
4. Secara tidak langsung, ia akan mempengaruhi tindakan pesaing lain (industry
competitor) serta tindakannya dalam pemasaran akan diikuti oleh pesaing lain.
5. Kebiasaannya, perniagaan yang mempunyai syer pasaran terbesar akan menjadi
pemimpin dalam pasaran.

3.5.6 JUALAN
1. Satu transaksi jual beli yang berlaku antara penjual dan pembeli dalam memenuhi
keperluan dan kehendak yang boleh memberi faedah kepada kedua-dua pihak iaitu
penjual dan pembeli.
2. Penjual akan menggunakan pelbagai strategi promosi jualan:

(a) JUALAN MURAH – harga barang
diturunkan pada musim tertentu seperti
musim cuti sekolah/ musim perayaan.

5

Vic@8965 PNG2021

(b) DISKAUN HARGA – Pengurangan
harga daripada harga asal berdasarkan
peritus yang ditetapkan.

(c) SAMPEL – Pemberian contoh produk
secara percuma supaya pengguna boleh
mencuba barangan tersebut.

(d) MENGADAKAN PERADUAN – Menggalakkan
pengguna membeli produk dengan nilai tertentu supaya
melayakkan pengguna tersebut memasuki sesuatu
peraduan yang menawarkan hadiah yang menarik.

6

Vic@8965 PNG2021

3.5.7 PENYEDIAAN PERKHIDMATAN

1. Penyediaan perkhidmatan merupakan aktiviti yang ditawarkan oleh perniagaan
kepada pelanggan yang bertujuan untuk menarik minat pengguna agar membeli
barang atau perkhidmatan yang ditawarkan.

2. Antara perkhidmatan yang ditawarkan :

a. Pembelian dalam talian

b. Penghantaran barang ke rumah

c. Kemudahan pembayaran

d. Membaik pulih jika barang mengalami kerosakan.

7


Click to View FlipBook Version