The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU21032 - Penghayatan Etika dan Peradaban (E-Majalah)

Pensyarah : Encik Mohd Nazimi Naim Bin Ismail.

Nama Ahli Kumpulan :
1)MUHD NAUFAL ADIB BIN FAZLAN (18DSK20F2023)
2)UMIE SHAHIRA BT SAEDAN (18DSK20F2025)
3)NUR DANIA AFRINA BINTI JASMI (18DSK20F2027)
4)PUTRI ALYAA SAFIAH BT MEGAT ANUAR (18DSK20F2029)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afrina1023, 2021-05-12 04:54:35

MPU21032 (E-Majalah) Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia

MPU21032 - Penghayatan Etika dan Peradaban (E-Majalah)

Pensyarah : Encik Mohd Nazimi Naim Bin Ismail.

Nama Ahli Kumpulan :
1)MUHD NAUFAL ADIB BIN FAZLAN (18DSK20F2023)
2)UMIE SHAHIRA BT SAEDAN (18DSK20F2025)
3)NUR DANIA AFRINA BINTI JASMI (18DSK20F2027)
4)PUTRI ALYAA SAFIAH BT MEGAT ANUAR (18DSK20F2029)

E-MAJALAH
PERPADUAN

MALAYSIA
EDISI 1 MAY 2021

MPU21032

ETIKA DAN PERADABAN

JAWATAN KUASA KERJA

PENASIHAT

MOHD NAZIMI
ZAIM BIN ISMAIL

KETUA KUMPULAN

MUHD NAUFAL
ADIB BIN
FAZLAN

PENOLONG KETUA SETIAUSAHA MULTIMEDIA

NUR DANIA PUTRI ALYAA UMIE SHAHIRA
AFRINA BINTI SAFIAH BINTI BINTI SAEDAN
MEGAT ANUAR
JASMI

ISI KANDUNGAN

ISI MUKA SURAT
PENGHARGAAN 1
PENGENALAN 2
PENDAHULUAN 3
DEFINISI PERPADUAN & KESEPADUAN 4
5-8
SOSIAL 9
ISU-ISU PERPADUAN
IMPLIKASI KESEPADUAN SOSIAL 10-13

ARTIKEL BERKAITAN ISU KESEPADUAN 14
SOSIAL DAN CADANGAN 15

PENYELESAIAN MASALAH ARTIKEL
PENUTUP

SUMBER RUJUKAN

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T, kerana di atas
limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan e-majalah ini dengan jayanya walaupun
menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan. Alhamdulillah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan
Mohd Nazimi Zaim Bin Ismail, selaku pensyarah penasihat saya di atas kesabaran, sokongan, nasihat
dan bimbingan yang diberikan banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan e-majalah ini.
Segala bantuan, semangat, strategi dan kebijaksanaan beliau telah banyak mengajar saya untuk
menjadi seorang penyelidik dan pendidik yang baik.

Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan dalam menyiapkan e-majalah ini. Semoga e-
majalah ini dapat dijadikan wadah ilmu yang berguna untuk tatapan generasi akan datang.

PENGENALAN

• Menyedari bahawa hubungan etnik bukan hanya
dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata tetapi juga
dipengaruhi oleh unsur-unsur social yang lain.

• Mengetahui bahawa perspektif kesepaduan sosial, memiliki
keupayaan untuk membentuk kesejahteraan dalam
masyarakat.

• Memahami konsep akomodasi, akulturasi, amagmasi, dan
asimilasi yang membentuk tolernasi ke arah menghasilkan
kesepaduan social dalam kehidupan seharian.

PENDAHULUAN

• Kesepaduan sosial merupakan elemen penting dalam memastikan
sesebuah komuniti berada dalam keadaan aman dan harmoni. Ia
merupakan prasyarat kepada keadaan yang stabil dan masyarakat tanpa
konflik.

• Antara lokasi penting berlakunya kesepaduan sosial adalah kawasan
kejiranan di mana komuniti berada. Di Malaysia, selalunya komuniti
kejiranan terdiri daripada kawasan yang pelbagai etnik, terutama di
kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar. Kawasan kejiranan
sebegini ditandai dengan pemisahan dan perbezaan sosial yang rencam
daripada aspek budaya, agama, bahasa dan latar belakang. Justeru,
komuniti yang terbentuk sebegini mengalami cabaran dalam bentuk
integrasi dan kesepaduan antara mereka.

MAKSUD PERPADUAN

• Proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan
negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air.

KESEPADUAN SOSIAL

• Suatu fenome social yang dipacu oleh idaman
mendalam terhadap perpaduan yang seharusnya
pula mempengaruhi para anggota masyarakat
tersebut untuk merungkai pelbagai ikhtiar dan
kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat
mencapai perpaduan.

ISU-ISU KESEPADUAN SOSIAL
DARI SEGI EKONOMI

• TERDAPAT 2 ASPEK EKONOMI IAITU :

1)Penguasaan Ekonomi : Jurang yang luas bagi
setiap etnik

2) Perbezaan Pekerjaan :

Contoh : Melayu (Sektor Pertanian)- Berteknologi
rendah

Cina (Sektor Perniagaan)- Berteknologi
moden

India (Sektor Perladangan estet)

-Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang
pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan
ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk.

ISU-ISU KESEPADUAN
DARI SEGI PENDIDIKAN

• Kewujudan sekolah-sekolah
Vernakular yang diwujudkan oleh
pihak British mempunyai kepentingan
tersendiri bagi setiap kumpulan etnik.

• Jelaslah bahawa , sekolah- sekolah
Vernakular ini telah menjejaskan
kesepaduan sosial dan kebudayaan.

• Oleh itu, Bidang Pendidikan perlu
memahami bahawa tanpa satu visi
dan misi nasional yang jelas kita akan
terheret dengan agenda kepentingan
kumpulan yang sempit.

ISU-ISU KESEPADUAN DARI
SEGI POLITIK

• Setiap kaum diwakili oleh parti politik sendiri untuk
memelihara hak kaum dan menyuarakan pendapat
mereka.

• Hal ini menjejaskan kesepaduan sosial dan
kebudayaan antara pelbagai kaum.

• Rakyat perlu merenung kerangka moral politik
ditetapkan cendekiawan Islam, Imam al-Ghazali,
yang relevan dengan kedudukan politik semasa

• Menurut al-Ghazali, rakyat wajib mencegah dan
menghalang sebarang gerakan boleh menimbulkan
perpecahan politik, terutama perebutan kuasa. Ia
hanya akan mengakibatkan ketidaktentuan negara
dan membawa huru-hara serta menimbulkan
kesengsaraan kepada rakyat.

ISU-ISU KESEPADUAN DARI SEGI AGAMA

• Pendidikan dan Persekitaran sosial tidak sihat
telah menyumbang kepada didikan moral dan
agama yang tidak diberikan dengan secukupnya.

• Agama merupakan prasyarat kepada kestabilan
dalam menghadapi sebarang isu yang
mencetuskan konflik disebabkan agama dn etnik.

ISU-ISU • Kepelbagaian masyarakat merupakan
KESEPADUAN satu yang lumrah bagi kebanyakan
negara di dunia pada hari ini.
DARI SEGI Masyarakat yang terdiri daripada
BANGSA kelompok kaum, budaya dan agama
yang berbeza-beza menjadikan ia satu
cabaran yang berpanjangan dalam
mengurus kemajmukan sosial ini.
Cabaran ini wujud terutamanya dalam
aspek membentuk keharmonian,
keamanan dan interaksi positif antara
kaum, agama dan budaya yang
berbeza-beza ini. Ia memerlukan
pendekatan yang berhemah dan penuh
rasa hormat.

• Contohnya, isu tulisan jawi .Tai Kim
berkata, pihaknya tidak membantah
pembelajaran tulisan jawi tetapi
biarlah dipersetujui secara sukarela
oleh Persatuan Ibubapa dan Guru
(PIBG), serta murid berikutan perkara
itu dilihat secara paksaan hingga
menimbulkan kebimbangan
masyarakat Cina dan India.

IMPLIKASI KESEPADUAN
SOSIAL DAN BUDAYA

• Keharmonian negara terjejas bermaksud tidak ada kesepaduan
di kalangan rakyat. Contohnya, rakyat tidak mempunyai
matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama.

• Seperti mana yang kita tahu bahawa semua masyarakat inginkan
keamanan dan keharmonian namun sia-sia tanpa usaha
daripada pihak pentadbiran negara untuk memupuk perpaduan
dan integrasi nasional dalam negara.

• Ketidakwujudan perpaduan dan integrasi menyebabkan rakyat
berasa terkongkong dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan
adalah terhad. Hal ini menyebabkan perasaan tidak puas hati
akan wujud dalam kalangan rakyat dan akhirnya mencetus
kepada pertelingkahan dalam etnik.

• Oleh itu, KPM menetapkan matlamat, iaitu melahirkan bangsa
Malaysia yang taat setia, bersepadu, beriman, berakhlak mulia,
berilmu, berketerampilan, menyediakan sumber tenaga manusia
untuk keperluan kemajuan negara dan memberi peluang
pendidikan kepada semua warganegara.

ARTIKEL BERKAITAN ISU KESEPADUAN SOSIAL

Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia

Sinar Harian

Januari 10, 2020 09:43 MYT

PENERBIT Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub mengingatkan kerajaan bahawa jika isu-isu
perkauman dan agama tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menghancurkan Malaysia.
Hussamuddin dalam kenyataannya kepada akhbar ini di Shah Alam semalam menyifatkan suasana
hubungan kaum dan agama di negara ini semakin parah terutama sejak 20 bulan lalu.
Beliau yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf menggesa sesuatu yang drastik dilakukan
oleh kerajaan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri-menteri Kabinet
bagi menangani masalah tersebut.
Jika perlu, kata beliau, mana-mana akhbar dan portal yang mengapi-apikan isu-isu perkauman perlu
ditutup.

Cadangan menyelesaikan masalah hubungan kaum dan agama yang semakin
parah di Malaysia

1) Cadangan pertama ialah kerajaan memberi arahan agar diskusi isu sensitif mesti
dipadamkan

2) Cadangan seterusnya ,meminta Perdana Menteri agar membuat keputusan tepat dalam
menyingkir pihak yang menyusahkan dan membuat satu keputusan yang mampu
selamatkan negara selain polisi jelad untuk bina semula negara supaya negara kembali
bersatu-padu.

3) Cadangan ketiga ialah kerajaan mengadakan kempen Uninstall Hatred dan Reboot Malaysia
secara besar-besaran kepada orang Melayu, Cina dan India supaya dapat membuang
kebencian dan komuniti kita agar hidup lebih harmoni.

PM lancar Dasar Perpaduan dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-
2030

Astro Awani

Februari 15, 2021 11:07 MYT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Dasar Perpaduan Negara Dan Rangka
Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 hari ini.
Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2030 dihasilkan bagi menyokong strategi-strategi dalam Dasar Perpaduan Negara
serta menetapkan aspirasi perpaduan yang ingin dicapai dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Dalam masa sama, katanya, penggubalan Dasar Perpaduan Negara adalah berlandaskan kepada Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara.
"Dasar Perpaduan Negara adalah selaras dengan dasar-dasar utama negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama
(WKB) 2030, Rancangan Malaysia Lima Tahun dan dasar-dasar lain yang berkuat kuasa.
"Rakyat Malaysia sejak sekian lama berpegang kepada Rukun Negara. Kita percaya kepada Tuhan, kita setia kepada Raja
dan negara, kita junjung keluhuran perlembagaan, kita hormati kedaulatan undang-undang dan kita sentiasa bersopan
dan bertatasusila dalam pergaulan kita seharian.
"Tidak kiralah sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban, Murut, Melanau, orang asal atau mana-mana etnik
sekalipun, bergelar warganegara Malaysia, maka inilah ciri-ciri yang wajib kita hayati," katanya.

Cadangan bagi memastikan pelancaran Dasar Perpaduan dan Rangka

Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 berjaya

❑ Masyarakat perlu memupuk sifat empati dalam diri bagi mengelakkan perkauman
❑ Masyarakat harus memahami isi-isu kaum dari perspektif yang lebih seimbang dan

menyeluruh melalui sistem pendidikan dan media
❑ Masyarakat harus berwaspada terhadap manipulasi sentimen kaum oleh ahli-ahli politik yang

cuba menaikkan saham politik masing-masing melalui eksploitasi perasaan kaum
❑ Kerajaan terus berusaha membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik,

prihatin, toleransi, saling hormat-menghormati dan bertanggungjawab dalam jiwa rakyat
❑ Agen penggerak perpaduan yang terdiri daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta

dan pemegang taruh berkaitan menyokong penuh dasar dan rangka perpaduan negara

GALERI ALBUM

Kesepaduan Sosial dan Kebudayaan Merentas Bangsa di Malaysia
adalah penting bagi sesebuah Negara yang sedang menuju ke
Wawasan 2020. Segala peristiwa yang telah berlaku haruslah dijadikan
iktibar kepada rakyat Malaysia agar dapat memupuk perpaduan kaum
ini. Selain itu , rakyat Malaysia sewajarnya mengekalkan keamanan
dengan berganding bahu dengan semua kaum yang terdapat di
Malaysia agar dapat memperkukuhkan perpaduan dan kesefahaman
bersama. Oleh itu, Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mengekalkan
keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa walaupun di mana
sahaja kita hidup dalam sebuah komuniti.

HARAPAN DAN CADANGAN KUMPULAN

Kami berharap negara Malaysia akan terus berkembang maju dalam kehidupan yang pelbagai
bangsa. Kami juga berharap agar Malaysia akan terus aman, perpaduan stabil tanpa diracuni
anasir luar. Rakyat perlu ada belas kasihan kepada rakyat yang inginkan keamanan dan
kestabilan negara agar berpeluang untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan selamat dan
terjamin.
Harapan saya pada kali ini ialah untuk kita segenap rakyat Malaysia, tanpa mengira umur atau
bangsa, pangkat mahupun darjat untuk mengembalikan semula tatasusila dan kesopanan yang
dahulu cukup sinonim dengan nama Malaysia. Sebagai negara moden yang melakar masa
depan lebih dinamik dan berusaha memposisikan diri sebagai negara maju, cabaran berterusan
dalam arus globalisasi dan pasca kemodenan menjadi realiti perlu ditangani sebaik mungkin.
Masyarakat perlu menitikberatkan kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam
masyarakat pelbagai agama dan bangsa. Ini realiti harus difahami dan diterima semua pihak.
Malaysia perlu dikenali bukan hanya makmur dari segi ekonomi dan pembangunan, malah
menjadi negara beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya, sekali gus dapat
bersama dalam suasana aman serta hamoni.Pihak politik tidak boleh menjadikan rakyat
sebagai agenda tersendiri agar keamanan dan kestabilan negara dapat diwujudkan

Sumber rujukan

• https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hubungan-kaum-agama-semakin-
parah-di-malaysia-227655

• https://anyflip.com/ygxzi/liuw/basic
• https://anyflip.com/phfev/pkjz/basic
• https://www.slideshare.net/wannurizzatiwanmohdy/masyarakat-pelbagai-etnik-

di-malaysia-2-pdf-75255446
• https://anyflip.com/gpeku/fgcb/basic
• https://www.pmo.gov.my/aiovg_videos/majlis-pelancaran-dasar-perpaduan-

negara-dan-rangka-tindakan-blueprint-perpaduan-negara-2021-2030/
• https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/651403/harmonikan-

hubungan-masyarakat-pelbagai-kaum

DISEDIAKAN OLEH:
MUHD NAUFAL ADIB BIN FAZLAN (18DSK20F2023)

UMIE SHAHIRA BINTI SAEDAN (18DSK20F2025)
NUR DANIA AFRINA BINTI JASMI (18DSK20F2027)
PUTRI ALYAA SAFIAH BINTI MEGAT ANUAR (18DSK20F2029)

DIPLOMA SAINS KESETIAUSAAN
DSK1A


Click to View FlipBook Version