The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

terima kasih . selamat membaca !

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by redhuanhidayat56, 2022-10-08 23:23:06

Perkauman Semakin Binasa

terima kasih . selamat membaca !

MPU21032 SESI 2022/2023

MY I BOOKEDISI OKTOBER 2022

SUASANA PERKAUMAN
SEMAKIN BINASA

politeknik tuanku sultanah bahiyah KARYA ZAID

~ ~ISI KANDUNGAN

PRAKATA 1
2
PEMBUKA CERITA 3
4
PENGENALAN
5I6
PUNCA

-Kedatangan British
-Majikan Yang Memilih
-Persefahaman Yang Pudar
-Racism Dalam Sukan
-Politik Yang Memilih Kaum

KESAN

-Pendidikan Sukar Diseragamkan
-Keamanan Malaysia Tergugat
-Wawasan Tercemar
-Sukan Malaysia Tidak Akan Maju
-Perbalahan Kaum Akan Terus Berlaku

~ ~ISI KANDUNGAN 7I8

CARA MENGATASI 9 I10

-Dasar Pendidikan Yang Seragam 11
-Menghilangkan Jurang Ekonomi Antara Kaum 12
-Mengamalkan Toleransi Budaya Dan Agama
-Kepelbagaian Kaum Bersatu Dalam Sepasukan
-Perkongsian Kuasa Politik

CADANGAN

-Memperkasakan Sekolah Wawasan
-Mengeratkan Kesatupaduan Perkauman
-Majlis Perayaan Secara Terbuka
-Memartabatkan Kerja Sepasukan
-Menjalankan Aktiviti Kemasyarakatan

PENUTUP

RUJUKAN

~ ~PRAKATA


ASSALAAMU
`ALAIKUM

Segala puji dan kesyukuran saya hanya untuk
allah kerana dengan izinnya saya dapat menyiapkan
hasil tugasan yang diberi . Saya ingin merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua pihak yang telah memberikan

semangat serta dorongan
sewaktu saya menyiapkan tugasan ini



Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn Nurul

Asma Binti Affendi selaku pensyarah Etika dan
Peradaban kerana memberi kerjasama dalam
menyiapkan tugasan ini . Saya mengharapkan semoga

hasil daripada tugasan yang diberi ini dapat
dimanfaatkan serta menjadi rujukan kepada yang

memerlukan



Tidak lupa juga saya ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa memberikan
dorongan, galakan, dan pertolongan, tanpa jemu,tanpa

mengira waktu dan keadaan serta menjadi

pengkritik yang baik disepanjang

saya menyiapkan tugasan ini




Akhirnya, saya ingin memohon keampunan dan

kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesalahan dan

kesilapan di dalam tugasan ini. Semoga ilmu yang
diperolehi dapat dimanfaatkan bersama

~ ~PEMBUKA CERITA

Telah terlakar dalam lembaran sejarah beratus-ratus tahun

dahulu bahawa negara Malaysia mempunyai komposisi yang

terdiri daripada pelbagai etnik atau masyarakat majmuk.

Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh menyebabkan

berlaku ketegangan. Untuk memahami persoalan hubungan etnik

dan cabarannya, persoalan sejarah lampau yang membawa

kepada pembawaan masyarakat seperti yang ada sekarang perlu

difahami dengan lebih mendalam.




Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dititik beratkan dalam

kalangan rakyat di sesebuah negara yang mempunyai

kepelbagaian bangsa, budaya dan etnik. Bulat air kerana

pembentung, bulat manusia kerana muafakat, begitulah fatwa

pujangga yang menunjukkan betapa peri pentingnya perpaduan

dan integrasi supaya tenaga rakyat dapat disalurkan kepada

memajukan negara dari digunakan untuk menyelesaikan masalah

yang wujud dari kepelbagaian etnik. Untuk menyelesaikan masalah

yang sedang kita hadapi ini, sebagai bangsa Malaysia, media yang

sedia ada dan yang baru wujud memainkan peranan dominan agar

jurang antara kaum tidak akan berlaku disebabkan

oleh ketidaksefahaman dan prasangka.

TAHUKAH ANDA?

nilai perkauman boleh menjadi
tajam sekiraya diasah dengan
betul sejak kecil lagi,namun nilai
perkauman juga boleh menjadi
tumpul berakibatkan tersalah asah

~ ~PENGENALAN

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat

toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum

dan etnik berbeza untuk mencapai matlamat bersama.




Dalam kata lain, perpaduan adalah proses menyatupadukan

seluruh masyarakat Malaysia untuk membentuk satu keluarga dan

nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Jika

dilihat secara umum, Malaysia merupakan antara negara yang

terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang membangun

pesat. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan

bahkan turut terlibat dalam menangani permasalahan yang dialami

masyarakat antarabangsa.




namun persoalannya, perpaduan kaum pada era globalisasi ini

semakin amblas bagai telur dihujung tanduk.Terdapat pelbagai

punca utama yang dapat dijustifikasikan dan kesannya dapat

memberikan impak yang tragis kepada agama,budaya dan bangsa.

kita sebagai generasi yang akan menggantikan era ataupon arus

zaman di masa akan datang hendaklah mengambil langkah yang

bijak dan tepat agar dapat mewujudkan suasana yang

teratur.Terdapat pelbagai cara yang dapat diterapkan bagi

mengeratkan kembali perpaduan di antara kaum

~ ~PUNCA

KEDATANGAN BRITISH

British mengasingkan kaum mengikut
kehedendaknya dalam mentadbir tanah melayu.
Contohnya,cina dikawasan bandar,
india di lombong, dan melayu dipinggiran kampung.

MAJIKAN YANG MEMILIH

Memilih sesuatu kaum mengikut

kehendaknya dalam memajukan industri

tanpa mengira sijil dan kemahiran

yang tinggi.Contohnya, apek hanya


memilih kaumnya sahaja sedangkan
kaum lain ada yang lebih berpengalaman

PERSEFAHAMAN KAUM YANG PUDAR

Tidak ada persepakatan antara kaum dalam
memahami situasi keagamaan. Contohnya,
tidak menghormati atau memahami antara
satu sama lain dalam pengupacaraan sesuatu
peragaman dan perayaan

RACISM DALAM SUKAN

Tidak menghormati dalam satu pasukan
kerana terlahir sifat kedengkian antara kaum.
Contohnya, menghina dengan panggilan
yang tidak sopan

POLITIK YANG MEMILIH KAUM

Segelintir politik mahu bangsanya
maju tanpa menghiraukan kaum lain.
Contohnya, membuat satu perumahan yang
berteraskan satu kaum sahaja dalam
menangani isu kesusahan walhala perkara

ini memerlukan pelbagai tenaga
keseluruhan kaum

~ KESAN ~

PENDIDIKAN SUKAR DISERAGAMKAN

Generasi muda semakin mudah terjerumus daripada
gejala yang negatif terutamanya
menjadi seseorang yang suka membanding-
kan diri dengan orang lain berakibatkan
daripada sikap saling bermusuh antara kaum justeru
dapat memburukkan akidah seseorang tersebut

KEAMANAN MALAYSIA TERGUGAT

Malaysia akan menghadapi satu era
ketegangan yang dapat membinasakan
masa depan walhala membimbangkan
generasi yang akan datang tidak dapat
hidup dalam keadaan yang harmoni

WAWASAN TERCEMAR

Konsep keagamaan dan perayaan akan menjadi satu ketegangan yang dapat
menjadikan perbalahan.Kesannya sangatlah kritikal sekiranya sesuatu kaum
tidak menerima ataupon menghormati sesuatu adat yang dilaksanakan bagi
kaum tersebut. Lebih gerun lagi sekiranya terjadi pergaduhan besar-besaran

diantara kaum.

SUKAN MALAYSIA TIDAK AKAN MAJU

Jika berterusan, sesebuah negara tidak dapat
melahirkan atlet yang berpotensi tinggi dan
berdisiplin dalam mengharumkan nama negara.
Sifat hormat menghormati dan tekun sangatlah
penting diterapkan bagi memastikan seseorang
itu berdisiplin dan beradab dalam menjaga
akhlak dengan pihak lawan

PERBALAHAN KAUM AKAN TERUS BERLAKU

Tidak akan ada persepakatan diantara
kaum.Contohnya, satu pihak enggan
mendengar pendapat diantara pihak
yang lain yang dapat mendatangkan
faedah walhala semangat perpaduan
akan gugur kerana tidak bekerjasama

IMBAS KEMBALI !

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969
ialah insiden rusuhan kaum yang
berlaku dan kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia. Tragedi ini
telah meragut nyawa serta harta benda
dan mempunyai kaitan yang rapat dengan
"Pilihan Raya Um
um 10 Mei 1969"
merupakan satu titik hitam dalam

sejarah negara Malaysia.

~ ~CARA MENGATASI

DASAR PENDIDIKAN YANG SERAGAM

Melalui dasar pendidikan semua sekolah

di malaysia menggunakan sukatan



pelajaran yang sama, kokurikulum yang
sama, peperiksaan yang seragam, dan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan
negara. Persamaan dan keseagamaan dalam
sistem pendidikan negara dapat mempercepat-
kan lagi perpaduan dan integrasi nasional.

MENGHILANGKAN JURANG EKONOMI ANTARA KAUM

Penghayatan slogan " sandwich ekonomi " mestilah
diterapkan dengan cara yang adil dan sesuai dengan
keperluan kaum yang ada di malaysia. Keadilan ini
mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum lain
yang berada pada tahap yang berbeza. dalam masa
kerajaan membantu kaum bumiputera yang layak,
kaum lain yang miskin juga hendaklah dibantu untuk
meningkatkan taraf hidup mereka. Hal i
ni selaras
dengan konsep " 1 malaysia " iaitu kerajaan
mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua

kumpulan etnik

MENGAMALKAN TOLERANSI BUDAYA DAN AGAMA

Kita perlu memberi ruang kepada semua kaum
untuk mengamalkan budaya dan agama
masing-masing tapa gangguan atau campur
tangan antara pihak yang lain. sebarang masalah
yang wujud hendaklah diselesaikan secara bijak
dan toleransi agar perpaduan dan integrasi

perkauman terus dipelihara

KEPELBAGAIAN KAUM BERSATU DALAM SEPASUKAN

Mewujudkan sesebuah pasukan yang
mempunyai pelbagai kaum agar terlahir-
nya sifat bekerjasama dan hormat meng-
hormati antara kaum lain .Sesebuah pasukan
itu juga hendaklah berkelakuan sopan
dengan
cara menyapa dengan panggilan yang baik
dan bukannya mengejek supaya tidak menimbul-
kan hal yang buruk berlaku.

PERKONGSIAN KUASA POLITIK

Para pemimpin tiga kaum yang utama
iaitu melayu, cina dan india perlu menyedari
bahawa tolak ansur dan perkongsian kuasa
amat perlu dijaga dan dilaksanakan dengan
adil bagi mengelakkan berlakunya perebutan
kuasa. Para pemimpin yang memerintah
negara pula hendaklah mewakili semua kaum
dan bukannya tertumpu pada satu kaum

sahaja.

KENAPA KAUM PERLU
BERSATU? Bagi mewujudkan perpaduan, lebih-lebih

lagi bagi negara seperti Malaysia yang rakyatnya
terdiri daripada masyarakat pelagai kaum yang
mempunyai latar belakang budaya dan adat resam
yang berbeza. Dalam kalangan masyarakat majmuk
ini saling memahami satu sama lain amat penting untuk
menjamin keamanan negara. Negara yang aman dan
harmoni dapat membangun dengan pesat lantas
memberikan keselesaan hidup kepada rakyatnya.

~ ~CADANGAN

MEMPERKASAKAN SEKOLAH WAWASAN

Melalui sekolah wawasan, pelajar yang terdiri
daripada variasi kaum akan belajar dan
berinteraksi bersama-sama.Proses ini akan
mengukuhkan perpaduan kaum dan dapat
hidup dengan aman dan harmoni. Bak kata
pepatah bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat.

MENGERATKAN KESATUPADUAN PERKAUMAN

Pihak atasan perlu memainkan peranan penting
dalam memastikan penggunaan bahasa di sosial
media.Contohnya, mengambil tindakan kepada
sesiapa sahaja yang menggunakan perkataan
kesat atau tidak baik kepada pengguna media
sosial yang lain. lebih teruk lagi menghina sesuatu
perkauman.Perkara sebegini wajib dititikberatkan
agar perkara yang tidak diingini dapat dihindari

MAJLIS PERAYAAN SECARA TERBUKA

Pihak atasan hendaklah mengadakan sambutan
secara meriah untuk meraikan perayaan kaum
dan agama di negara ini.Sambutan tersebut
hendaklah diadakan di peringkat kebangsaan
dan melibatkan segenap lapisan masyarakat.

Sambutan ini yang dikenali sebagai rumah terbuka
malaysia yang diadakan di beberapa lokasi utama
di negara ini.Oleh hal yang demikian perhimpunan

perpaduan seumpama ini bukan sahaja dapat
memupuk perpaduan malah dikagumi oleh
pelancong asing seantareo pelusuk dunia.

Justifikasinya, rumah terbuka malaysia yang
diadakan setiap tahun dapat

mewujudkan keamanan dan kemakmuran
rakyat untuk meneruskan kehidupan
di negara ini.

MEMARTABATKAN KERJA SEPASUKAN

Menitikberatkan nilai kerjasama

sepasukan tidak kira bangsa.
Contohnya, pasukan bola sepak
Malaysia memiliki banyak
pemain berbilang dan mereka
tidak pernah bergaduh atau
memberontak kerana
mereka memiliki nilai kerjasama
di antara pasukan

MENJALANKAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN

Bagi memastikan perpaduan kaum terus
berkekalan, jawatankuasa komuniti taman
-taman perumahan hendaklah merancang
dan melaksanakan aktiviti gotong royong
seperti membersihkan kawasan taman.
Sebagai contohnya, aktiviti ini bukan
sahaja menggalakkan ahli masyarakat
menyingsing lengan dalam membersihkan
longkang, mengutip sampah dan menanam
pokok bunga malah memberi peluang
kepada mereka untuk bersemuka, bertegur
sapa dan saling memahami hati dan budi
antara satu sama lain terutamanya di
antara kaum yang berbeza. Dengan ini
perpaduan kaum merupakan wadah
penting kepada kesejahteraan masyarakat
sama ada pada peringkat global ataupon

glokal.

~ ~PENUTUP

Sebagai pengakhir hulur cerita,masyarakat malaysia ibarat aur
dengan tebing yang tidak ternilainya kerjasamanya kerana

campuran pelbagai kaum yang sehati sejiwa dalam membentuk
hati yang mempelajari segala aspek emas yang ada di setiap

kaum.Justeru masyarakat yang majmuk adalah masyarakat yang
dapat membina benteng pertahanan nasiolisme yang tidak akan

pecah seterusnya bekerjasama dalam membina jati diri yang
bersifat harimau malaya dalam mengekalkan negara yang aman

merdeka..

kehidupan manusia bukanlah sekadar memerlukan

angin,hujan,makan dan minum sahaja. kehidupan kita akan terus

bermakna jika kita bebas kemana-mana sahaja,bebas bekerja

dan bebas mengemukakan pendapat. lantaran itu, untuk

mengecapi kebebasan ini, perpaduan yang ada perlu dikekalkan

dan terus dimantapkan. dengan itu, semua pihak haruslah

bermuafakat untuk terus mengekalkan perpaduan kaum kerana
membina perpaduan memakan masa puluhan tahun

tetapi tetapI meranapkannya akan mengambil masa

sehari sahaja

APA ANDA DAPAT ?

Hantar ke email >

[email protected]
Pemenang akan memenangi

iPhone 9 Pro Max

~ ~RUJUKAN

HTTPS://WWW.SCRIBD.COM/DOCUMENT/424415929/CARA
-CARA-MEMUPUK-PERPADUAN-KAUM

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/PROFILE.PHP?
ID=100064184106841

HTTP://GROUPTHREEDLS1B.BLOGSPOT.COM/2017/10/NOTA
-KEMASYARAKATAN-DAN-PERPADUAN.HTML

HTTPS://WWW.SCRIBD.COM/DOC/54619947/CARA-
MEMUPUK-PERPADUAN-DALAM-KALANGAN-PELAJAR

HTTPS://YOUTU.BE/MWWLDMTL8O0


Click to View FlipBook Version