The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by samsudinimran1980, 2021-04-09 16:15:31

MESYUARAT PIBG SMK TROLAK 2021

MESYUARAT PIBG

Keywords: MESYUARAT PIBG SEMETRO

SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN TROLAK
35600 SUNGKAI, PERAK

MESYUARAT AGUNG PIBG

Kali ke -38
SABTU (10 APRIL 2021)
GOO9G.0LE0 MPEAEGTI
TAHUN
2021

DIRASMIKAN OLEH:
DIRASMIKAN OLEH:

YANG BERHORMAT SENATOR DATO’
YADNRG. MBAEHRHHOARNMGASTOSOENNATOR DATO’
D(TRIM. MBAALHAHNAMNEGNSTOEROINPENDIDIKAN II)
(TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II)

“Dare to be a champion”

ATURCARA MAJLIS

8.30 pagi : Pendaftaran online
9.00 pagi : Ucapan pengerusi majlis

9.45 pagi Bacaan doa
11.00 pagi Ucapan aluan YDP PIBG
Ucapan Pengetua
Ucapan Perasmi
: Mesyuarat PIBG
: Bersurai

2 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK

UCAPAN PENGETUA

Bismillah Hirrahman Nirrahim, Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera
Terima kasih kepada Pengacara Majlis

Yang Dihormati, iaitu Yang Berbahagia Dato’ Dr Mah Hang Soon selaku Timbalan
Menteri Pendidikan II, Yang Berusaha En. Abdul Hafiz bin Hamid, YPD PIBG SMK Trolak,
Yang Berusaha barisan pentadbir SMK Trolak, guru-guru serta ibu bapa yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah Inayahnya kita
dapat bersama-sama lagi dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 pada tahun ini. Saya
juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas
kesudian Yang Berbahagia Dato’ Dr Mah Hang Soon yang sudi bersama kita dalam
mesyuarat ini walaupun menggunakan google meet. Terima kasih banyak-banyak Yang
Berbahagia Dato’. Juga tidak dilupakan kepada semua ibu bapa serta para guru SMK
Trolak yang sudi hadir ke mesyuarat PIBG kita pada kali ini. Saya juga mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan semua pihak yang telah berjaya
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG ke-38 ini dan segala komitmen yang diberikan
secara proaktif. Kesungguhan dan komitmen dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah
ini di antara pihak sekolah dan AJK PIBG sangat penting dalam usaha menjana
kemajuan pembangunan sekolah. Saya juga berharap permuafakatan ini dapat
diteruskan demi kecemerlangan anak-anak kita di SMK Trolak.

Ucapan tahniah kepada ibu bapa yang hadir pada hari ini dan hal ini
melambangkan komitmen dan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan ibubapa
dalam memastikan dan membantu menjana kejayaan untuk setiap program akademik,
kokurikulum dan sahsiah pelajar di SMK Trolak. Saya berharap segala program ini
mendapat sokongan padu serta kerjasama daripada semua pihak agar dapat
memperkasakan dan mengharumkan nama SMK Trolak seterusnya menjadikan sekolah
ini sebagai sebuah gedung ilmu yang disegani di daerah Batang Padang ini.

Hadirin sekalian,

Pihak sekolah amat komited merancang segala program untuk anak-anak di sini
terutamanya kepada calon-calon peperiksaan pada tahun ini. Namun, setiap program
yang dirancang memerlukan dana daripada pihak ibu bapa kerana kita sedia maklum

3 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK

bahawa tiada sumbangan luar yang boleh diperoleh oleh sekolah bagi menjayakan
program-program tersebut melainkan daripada yuran kecemerlangan yang dibayar
oleh ibu bapa. Oleh itu, pihak sekolah amat memohon kerjasama ibu bapa berkaitan
membuat pembayaran yuran supaya program yang dirancang dapat dilaksanakan
dengan lancar mengikut ketetapan yang akan kita bincang bersama-sama sebentar
nanti.

Akhir kata, marilah kita bersatu hati, bersama-sama berperanan sebagai
penggerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik. Diharap juga kita dapat
bersama-sama membina anak-anak SMK Trolak bukan sahaja cemerlang dalam bidang
akademik bahkan menjadi modal insan yang mempunyai sahsiah murni dan berguna
kepada agama, bangsa dan negara.
Sekian, terima kasih.

En Ruslan bin Khalid,
Pengetua,
SMK Trolak

4 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK

UCAPAN YDP PIBG

Bismillah Hirrahman Nirrahim, Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera

Terima kasih kepada Pengacara Majlis

Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mah Hang Soon selaku Timbalan Menteri Pendidikan
II, Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berusaha Pengetua SMK Trolak, En Ruslan
bin Khalid, Yang Berusaha barisan-barisan pentadbir SMK Trolak, guru-guru serta ibu
bapa yang dikasihi sekalian.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan keizinan-Nya maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-38 walaupun dalam keadaan norma baharu ini. Dikesempatan ini juga, saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja
dan berusaha membantu pihak sekolah bagi menjayakan pelbagai program pada tahun
lepas. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memancu kecemerlangan pelajar. Saya juga
berharap dalam pertemuan seperti ini, kita dapat bersama-sama menyumbang idea
untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah pada tahun ini.

Kami AJK PIBG sesi 2020-2021 telah cuba menjalankan tugas kami dengan cara
yang terbaik. Dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan
kebajikan anak-anak kita di sekolah ini. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan
sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah bagi meningkatkan
pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Di samping kemajuan
akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan
pembangunan sahsiah pelajar dan mudah-mudahan impian kita melihat anak kita
berjaya tercapai.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan disini
untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama jawatankuasa PIBG yang lalu
dan sumbangan yang diberikan di dalam pelbagai bentuk. Ucapan syabas dan tahniah
juga diucapkan kepada Jawatankuasa PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar
nanti. Harapan saya supaya Mesyuarat Agung PIBG kali ini akan dapat berjalan dengan
baik dan lancar.

Sekian, terima kasih.

En. Abdul Hafiz bin Hamid
YDP PIBG
SMK Trolak

5 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK

UCAPAN PERASMIAN

SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT PAGI

Terima kasih kepada Pengacara Majlis

Yang Dihormati Pengetua SMK Trolak, En Ruslan Bin Khalid, Yang Dihormati En. Abdul
Hafiz bin Hamid selaku YPD PIBG SMK Trolak, Yang Berusaha barisan-barisan pentadbir
SMK Trolak, guru-guru serta ibu bapa yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak
sekolah kerana sudi menjemput saya ke majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 SMK
Trolak pada tahun 2021. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang sudi meluangkan masa untuk kita bersama-sama bertemu dalam majlis ini
walaupun dalam norma baharu. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada
Penasihat dan Jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang, mengelola dan
seterusnya melaksanakan mesyuarat ini.

Seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat PIBG sekolah mesti diadakan
pada setiap tahun untuk memilih dan melantik AJK PIBG yang bertujuan untuk
mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah. Permuafakatan
seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan
tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru
dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan
perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat.

Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna di mana pihak sekolah dan
ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat demi kepentingan
dan masa depan anak-anak masing-masing. Permuafakatan seumpama inilah yang
menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah. Diharapkan juga dalam mesyuarat kali ini
ahli AJK PIBG dan pihak sekolah dapat membincangkan usul-usul daripada ibu bapa dan
berbincang untuk mendapatkan persetujuan bersama demi kecemerlangan anak-anak
dan sekolah.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah
atas semangat, kerjasama dan iltizam yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam
melibatkan diri secara bersungguh-sungguh bagi menjayakan majlis ini. Saya amat
prihatin terhadap usaha, keringat, semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh
semua pihak. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG yang bakal dipilih
dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya supaya Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 ini
dapat berjalan lancar dan teratur.

Akhir sekali, dengan berbesar hatinya, saya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
38 SMK Trolak.

Sekian, terima kasih.

YB Dato’ Dr. Mah Hang Soon
Timbalan Menteri Pendidikan II

6 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK

JAWATANKUASA PELAKSA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38

PENASIHAT : EN. RUSLAN BIN KHALID ( PENGETUA SMK. TROLAK )

PENGERUSI 1 : TN. HJ. NOOR AZMI BIN RAZALI ( PK PENTADBIRAN )

PENGERUSI 2 : EN. ABDUL HAFIZ BIN HAMID ( YDP PIBG )

TIMBALAN PENGERUSI: PN. HAIRULNIZA BINTI TAMIN ( NAIB YDP PIBG )

NAIB PENGERUSI 1 : PN. AINOL HUDA BINTI AYUB ( PK HEM )

NAIB PENGERUSI 2 : PN. NORMA BINTI AWANG ( PK KOKURIKULUM )

SETIAUSAHA : EN. AMIR BIN MASUT

PEN. SETIAUSAHA : PN. NORWIDYAWATI BINTI MOHD ZAMIN

BENDAHARI : PN. SURIPAH BINTI MUHAMMAD

Penyambut Tetamu Persiapan Makmal komputer
Tn. Hj. Noor Azmi b. Razali (K) Pn Rashidah bt. Din (K)
Pn Zarina bt. Ghazali
Pn. Ainol Huda bt. Ayub En. Harun b. Abd Karim
Pn. Norma bt. Awang En. Mohd Jasni b. Ismail

Protokol Majlis En. Syarifuddin b. Ibrahim
Pn. Rohaini bt. Subari (K) En. Tajul Azhar b. Baharudin
Pn. Hjh. Sanisah bt Salleh
En. Mat Fuad b. Abdul Talib Pengacara Majlis
En. Zainal Abidin b. Ismail Pn. Norita bt. Ismail

Jemputan: Perasmi , PIBG , ibu bapa Dokumentasi / Laporan
En. Amir b. Masut Pn. Syafinazita bt. Osman
Pn. Nur Hidayah bt. Kamaruddin
Cik Noor Shahira bt. Abdul Gaffar

Pendaftaran google form Pencatat Ucapan dan Minit Mesyuarat PIBG
Pn. Nur Diyana bt. Abdul Aziz (K) Pn. Norwidyawati bt. Mohamad Zamin
Pn. Siti Fatimah Nor bt. Mokhtar
Pn. Norazanani bt. Tajuddin Pn. Norzuraidah bt Hj. Awal
Pn. Saidatul Azawiah bt. Mohamed Pn. Nordalila bt. Mohd Alias

Jemputan Ibu bapa & Merumus Usul dan Penyedia teks ucapan
Cadangan Ibu bapa Pn. Roslin bt. Suha (K)
Pn. Hjh. Salamiah bt. Abd Rahman
Pn. Hjh. Saadiah bt Shari (K) Pn. Siti Hasmah bt. Harun
Pn. Hjh Hamidah bt. Samsuddin
Pn. Farahtul Najjah bt Abdul Kadir

Pn. Noraini bt. Shamsuddin

7 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK

Bacaan Doa Siar Raya dan Peralatan Multimedia
En. Kamarudzaman b. Othman Pn.Farida bt. Yusof(K)
Pn. Mastura bt. Md Zin
Makanan Pn Rozi bt. Yusof
Pn. Raja Na’inah bt. Raja Man (K)
En. Ahmad Nazrin b. Ahmad Nazeri
Pn. Suripah bt. Muhammad En. Mohd Khairani b. Kadir
Pn. Rosmawati bt. Ismail
En. Mohd Nor Hisham Afandi b. Ahmad Aziz
Pn. Sarimah bt. Rahim (WAKIL IBUBAPA) Luqman Hakim b. Mohd Asri
En. Muhamad Fajrul b. Saidin
Persiapan Makmal komputer En. Ahmad Farhan b. Ramli
Pn. Rashidah bt. Din (K)
Pn. Zarina bt. Ghazali Buku Program
En. Harun b. Abd Karim En. Samsudin b. Imrani (K)
En. Mohd Jasni b. Ismail Cik Noorharyani bt. Mohd Suhaimi
En. Syarifuddin b. Ibrahim
Cik Khairulnisa b.t Yusof
En. Tajul Azhar b. Baharudin Cik Nur Azrin bt. Ab. Aziz

Pn. Suzana bt. Jamil

8 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK

SENARAI JAWATANKUASA PIBG
SMK TROLAK TAHUN 2021

YANG DI : EN. ABDUL HAFIZ B HAMID
PERTUA : PN.HAIRULNIZA BT TAMIN
NAIB YANG DI
PERTUA

SETIAUSAHA : EN. AMIR BIN MASUT

NAIB : PN. NORWIDYAWATI BT MOHD ZAMIN
SETIAUSAHA

BENDAHARI : PN. SURIPAH BINTI MUHAMMAD ( YURAN PIBG)

NAIB : PN. ROZI BT YUSOF (YURAN KECEMERLANGAN)
BENDAHARI

JK : EN. MOHD JASNI BIN ISMAIL
DOKUMENTASI

BIRO : 1. PN. SITI HASMAH BT HARUN (WAKIL GURU)
PENDIDIKAN

2. PN. ROSNAH BT ARSHAD (WAKIL IBU BAPA)

3. EN. MAZESLAN BIN BRAHIM (WAKIL IBU BAPA)

BIRO 4. PN. NOOR AANA BINTI ZAKARIA (WAKIL IBU BAPA)
MAKLUMAT : 1. CIK NOOR HARYANI BT MOHD SUHAINI (WAKIL GURU)

2. PN. SYAMSIMA BT ZAINUDDIN (WAKIL IBU BAPA)

3. PN. SABARIAH BT MAT NOR (WAKIL IBU BAPA)

BIRO DISIPLIN : 1. EN. AHMAD NAZRIN BIN AHMAD NAZERI (WAKIL GURU)
2. EN MOHD NOR BIN YUAN (WAKIL IBU BAPA)
3. PN. RASHIDAH BINTI RAZALLI (WAKIL IBU BAPA)

4. PN.SARIMAH BT IBRAHIM (WAKIL IBU BAPA)

EX – OFFICIO : 1. EN. RUSLAN BIN KHALID
(PENGETUA SMK. TROLAK)

2. TN HJ NOOR AZMI B RAZALI (PK PENTADBIRAN)

3. PN. AINOL HUDA BT AYUB (PK HEM)

4. PN NORMA BINTI AWANG (PK KOKURIKULUM)

9 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK TROLAK

TARIKH : 26 FEBRUARI 2020
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SMK TROLAK
KEHADIRAN : 400 orang
PERASMI : TUAN HAJI DZULKARNAIN BIN IBRAHIM

(PENGERUSI KAMI ANAK FELDA TROLAK UTARA)

AGENDA

1.0 UCAPAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG

1.1 YDP,En Abdul Hafiz Bin Hamid mengucap ribuan terima kasih kepada para ibu bapa
yang hadir ke mesyuarat PIBG kali ini

1.2 Beliau juga mengharapkan kerjasama daripada ibu dan bapa untuk mencapai
persetujuan demi kebaikan anak-anak

2.0 PEMBENTANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 36

2.1 Encik Amir Bin Masut telah membentangkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke-36
2.2 Encik Mohd Nazri Bin Zainor mencadangkan minit mesyuarat agung kali ke-36 diterima

dan disahkan.
2.3 En Norazman Bin Abdul Hamid menyokong cadangan tersebut.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Encik Amir Bin Masut membentangkan maklum balas mengenai usul yang telah
dipersetujui pada mesyuarat agung PIBG SMK Trolak kali ke-36 (rujuk lampiran yang
disediakan)

4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG BAGI TAHUN 2019

4.1 Encik Amir Selaku Setiausaha PIBG bagi tahun 2020 telah membentangkan aktiviti
PIBG yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2019. Antara aktivitinya adalah seperti
berikut.
a. Gotong royong Perdana
b. Kejohanan Olahraga Tahunan
c. Mesyuarat PIBG kali ke-35
d. Program Keceerlangan PT3,SPM dan PAV
e. Wakafthon
f. Kem kepimpinan
g. Kem Permata Fasa 1

10 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK

h. Program PT3
i. Teknik Menjawab Matematik Tambahan
j. Program Latih Tubi
k. Program Easy English Tingkatan 4
l. Teknik Menjawab Moral
m. Program Doa Restu PT3
n. Lawatan ke KV
o. Latih Tubi Tingkatan 4
p. Kecemerlangan Tingkatan 4
q. Kem Kembara Ilmu
r. Program Doa Restu T5
s. Program Kelas Tusyen Felda
t. Ihya Ramadhan
u. Majlis Hari Raya
v. Majlis Anugerah Cemerlang
w. Majlis Graduasi Tingkatan 5
x. Sambutan Bulan Kebangsaan
y. Kem PT3
z. Pecut PT3

5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN BAGI TAHUN 2019

5.1 Puan Suripah Binti Muhammad selaku Bendahari PIBG telah membentangkan laporan
kewangan PIBG bagi tahun 2019 (rujuk lampiran yang disediakan)

5.2 En Haznor mencadangkan agar penyata kewangan PIBG bagi tahun 2019 dicetak dan
diedarkan kerana paparan LCD terlalu kecil dan kurang jelas. Beliau kemudian
mencadangkan laporan kewangan bagi tahun 2019 diterima dan disahkan

5.3 En Harun Bin Ab Karim mencadangkan laporan kewangan bagi tahun 2019 diterima
dan En Mohd Jasni Bin Ismail, menyokong cadangan tersebut.

6.0 PEMILIHAN AJK PIBG SMK TROLAK BAGI SESI 2020/2021

6.1 Sebelum pemilihan AJK Sesi 2020/2021 dilaksanakan, Encik Abdul Hafiz selaku YDP
PIBG telah membubarkan AJK PIBG sesi 2019/2020.

7.0 PERLANTIKAN AJK PIBG BAGI SESI 2019/2020

7.1 Encik Ahmad Nazrin Bin Ahmad Nazeri, mencadangkan AJK sesi 2019/2020 yang hadir
pada mesyuarat PIBG pada kali ini dikekalkan untuk sesi 2020/2021. Cadangan ini telah
disokong oleh Encik Jamaluddin Bin Haji Nooraini.

7.2 Namun, En Jumadi selaku AJK PIBG bagi sesi 2019/2020 meminta untuk
mengundurkan diri. Pn Rosnah Mohd Arshad menyokong cadangan tersebut dan
meminta agar jawatankuasa PIBG pada tahun ini diwakili oleh semua gugusan felda

11 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK

iaitu wakil dari Felda Trolak Utara, Felda Trolak Selatan, Felda Trolak Timur dan
perwakilan dari kampong orang asli.
7.3 Seterusnya, En Syarifuddin Bin Ismail mencadangkan agar cadangan ditutup dan
disokong oleh En Zainal Abidin Bin Ismail
7.4 Pengerusi mencadangkan undian dibuat untuk 2 cadangan yang telah diberikan.
7.4 Undian telah dibuat bagi mendapatkan keputusan. Hasil undian didapati majority
seramai 350 orang menyokong AJK sesi 2019/2020 dikekalkan.
7.5 Keputusannya AJK sesi 2019/2020 yang hadir pada mesyuarat PIBG pada kali
ini dikekalkan untuk sesi 2020/2021.Pemilihan secara undian bagi 2 jawatan kosong
telah dibuat dengan keputusan majoriti telah dicapai. 2 orang AJK baru yang
telah dilantik ialah Encik Mazeslan Bin Ibrahim dan Pn Rasyidah Binti Ghazali.

8.0 PERBINCANGAN USUL

8.1 Pengerusi membentang usul yang telah dibawa ke mesyuarat Agung kali ke-37
8.2 Usul 1: Bayaran Persekolahan

8.2.1 Pihak AJK telah memutuskan dalam di dalam Mesyuarat AJK PIBG kali
pertama bertarikh 6 Februari 2020 dengan cadangan seperti berikut:

1. Yuran PIBG (setiap keluarga) RM65.00
Utiliti dan Penyelenggaraan
RM12.00 (dimasukkan ke
2. Majalah Sekolah (setiap keluarga) dalam akaun sekolah

3. Program Kecemerlangan RM70.00
PT3 RM100.00
SPM RM50.00
RM30.00
4. Yuran Kecemerlangan Tingkatan 4
5. PAV RM77.00
6. Anggaran Yuran RM147.00
RM127.00
 Pelajar Tingkatan 1 dan 2 RM177.00
 Pelajar Tingkatan 3 RM107.00
 Pelajar Tingkatan 4
 Pelajar Tingkatan 5
 Pelajar PAV Tingkatan 3

8.2.2 Usul ini telah diterima oleh Encik Norazman Bin Abdul Hamid dan disokong
oleh Pn Yusliza Bt Saidin.

8.2.3 Pengerusi turut memaklumkan bahawa yuran yang dicadangkan adalah
seperti tahun lepas dan tiada sebarang penambahan jumlah yuran.

8.3 Usul 2: Menyediakan mesin penapis air minuman untuk kemudahan pelajar
8.3.1 Usul ini telah dicadang oleh En Rosdi Bin Arsat. Usul ini telah disokong oleh
En Faizal Bin Abu Bakar dan Encik Jamaluddin bin Nooraini.
8.3.2 Pengerusi memaklumkan usul ini telah diterima dan pihak PIBG akan mencari
pembekal dan menyediakan perkhidmatan ini pada tahun ini. Pengerusi juga
memaklumkan bahawa sebelum ini pihak sekolah sudah mempunyai 2 buah
mesin ‘water cooler’ namun kedua-dua mesin ini telah rosak,

12 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK

8.4 Usul 3: Menubuhkan pasukan bola tampar di sekolah kerana ada murid yang
berminat.
8.4.1 Pn Salmah Bt Ismail telah mencadangkan penubuhan pasukan bola tampar
di SMK Trolak
8.4.2 Usul ini telah mendapat maklumbalas daripada En Harun Bin Ab. Karim.
Beliau menyatakan bahawa, pasukan bola tampar disamping pasukan bola
baling bakal ditubuhkan di SMK Trolak. Namun begitu, terdapat kekangan
dari aspek kemudahan gelanggang bagi sesi latihan.
8.4.2 Pengerusi memaklumkan bahawa Projek pembinaan gelanggang serba guna
di kawasan belakang surau yang bakal didirikan dengan menggunakan dana
daripada YB Parlimen Tanjong Malim. Kertas kerja telah dihantar dan
perbincangan lanjut berkenaan projek ini sedang diusahakan.

8.5 Usul 4: Memberi dendaan kepada murid yang suka ponteng sekolah dengan
kerja-kerja amal atau khidmat masyarakat seperti menanam pokok, dan
membersihkan kawasan sekolah
8.5.1 Pn Hairulniza Binti Tamin telah memberi usul ni di mana beliau berharap agar
pihak sekolah memberi dendaan kepada murid yang suka ponteng sekolah
dengan kerja-kerja amal atau khidmat masyarakat seperti menanam pokok,
dan membersihkan kawasan sekolah. Usul ini telah disokong oleh Pn
Hamidah Bt Saad dan Pn Hidayah Binti Hashim.

8.6 Usul 5: Menyediakan semula Perkhidmatan bas ke sekolah bagi memudahkan
pelajar yang tiada kenderaan ke sekolah (dari Felda Trolak Utara)
8.6.1 Encik Pathulmuin Bin Roslan telah memberi usul ini di mana beliau berharap
agar perkhidmatan bas dari Felda Trolak Utara ke sekolah disediakan semula
bagi memudahkan pelajar yang tiada kenderaan ke sekolah. Usul ini telah
disokong oleh En Faizal Bin Abu Bakar Dan Pn Salina Bt Saparuddin.
8.6.2 Usul ini mendapat maklumbalas daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah iaitu En Hisham Bin Yusuf. Beliau memaklumkan bahawa beliau
telah menghubungi pihak bas MARA Liner, namun begitu pihak bas menolak
atas alasan jumlah pelajar yang sedikit serta tidak menguntungkan pihak
mereka. Beliau juga turut memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi
pihak bas swasta yang boleh mengambil pelajar namun harga tambang yang
ditawarkan adalan 3 atau 4 kali ganda lebih mahal daripada harga bas MARA
Liner.
8.5.3 En Hisham Bin Yusuf turut mencadangkan agar pihak PIBG meminta bantuan
bahagian yang lebih berautoriti seperti bantuan daripada JKKR atau
Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk mengendalikan masalah bas
ini kerana hal ini adalah diluar bidang kuasa pihak sekolah. Pihak sekolah
akan menyediakan bilangan atau senarai nama pelajar yang berminat untuk
menaiki bas untuk tindakan lanjut.

13 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK

8.7 Usul 6: Meletakkan tabung di koperasi atau PSS supaya pelajar terjumpa duit di
mana-mana atau tujuan bersedekah
8.7.1 Usul ini telah di bawa oleh Puan Sabariah Binti Mohd Noor dan disokong oleh
Pn Noor Aana Binti Zakaria dan En Jumadi Bin Rambli.
8.7.2 Pengerusi memaklumkan akan mengambil tindakan dan akan dipanjangkan
kepada pihak sekolah.

8.8 Usul 7: Mengadakan kelas tambahan terutama kepada pelajar lemah dalam
Bahasa Inggeris
8.8.1 Usul ini telah dibawa oleh Pn Juliyati Binti Mohd Hanapiah dan telah disokong
oleh Pn Norizan Binti Mohd Noor.
8.8.2 Pengerusi memaklumkan akan mengambil tindakan dan akan dipanjangkan
kepada pihak sekolah.

8.9 Usul 8: Memperbanyakkan kem atau kelas motivasi untuk sahsiah dan
kerohanian diri pelajar kerana masalah pelajar sekarang ialah kurang
kesedaran
sivik dan moral
8.9.1: Usul ini telah dibawa oleh Puan Rosnah Binti Mohammad dan telah disokong
oleh En Norazman Bin Abdul Hamid.
8.9.2 Pengerusi memaklumkan akan mengambil tindakan dan akan dipanjangkan
kepada pihak sekolah.

9.0 HAL- HAL LAIN
9.1 En Nazri Bin Zainor meminta pihak sekolah supaya sentiasa memaklumkan kepada

pelajar mengenai keselamatan menunggang motorsikal
9.2 Pn Rosnah Bt Arsyad meminta agar terdapat perwakilan dalam jawatankuasa PIBG

yang terdiri daripada perkampungan orang asli.

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN
10.1 YDP, En Abdul Hafiz bin Hamid mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua

yang hadir ke mesyuarat PIBG kali ke-37 dan memohon maaf atas segala
kekurangan dan kesilapan. Beliau juga berharap agar ibu bapa memastikan anak-
anak sentiasa hadir ke sekolah.
10.2 YDP juga turut mengucapkan terima kasih dan sama- sama membantu pihak
sekolah dan guru- guru bagi kecemerlangan anak- anak.
10.3 Mesyuarat PIBG kali ke-37 ditangguhkan pada jam 5.15 petang.

Disedikan oleh: Disahkan oleh,

……………………………… ..……………………………………………

(AMIR BIN MASUT) ( EN. ABDUL HAFIZ BIN HAMID)
Setiausaha PIBG SMK Trolak Yang Dipertua PIBG SMK TROLAK

14 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK

LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2020

BIL AKTIVITI TARIKH SASARAN

1 JAN Semua pelajar ,
Gotong royong perdana guru, staf dan ibu
FEB bapa
2 Baik pulih Pusat Sumber Semua warga
Sekolah FEB SEMETRO

3 Pembelian meja murid Bilik FEB - MAC Semua pelajar
Sejarah
FEB Semua Pelajar, guru
4 Kejohanan Olahraga dan staf serta ibu
Tahunan JAN bapa
JUL Semua Pelajar, guru
5 Mesyuarat Agung PIBG dan staf serta ibu
kali ke-37 FEB bapa
SEPT
6 AJK PIBG
Mesyuarat AJK PIBG JUL
Pelajar tingkatan 5
7 Program Sahsiah PT3 dan FEB
SPM Semua warga
SEPANJANG SEMETRO
8 Program Pembukaan TAHUN
Sekolah Norma Baharu Semua pelajar
SEPANJANG
9 Pembelian Kerusi Dewan TAHUN Semua pelajar
Terbuka OGOS
Semua pelajar
10 Program Latih Tubi SEPANJANG
semasa PKPP TAHUN Pelajar PVMA

11 Program Kaunseling JUL 2020 – FEB Pelajar tingkatan 5
(Sambutan Hari Lahir) 2021
Pelajar tingkatan 5
12 Lawatan PVMA

13 Program Kecemerlangan

14 Program Tips SPM

15 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK

LAPORAN KEWANGAN PIBG TAHUN 2020

PENYATA ALIRAN TUNAI TAHUN 2020

1. Penerimaan tunai tunggakan 2019 RM PERBELANJAAN RM
2. Sumbagn YB SLIM 97 500
3. Sumbangan Kedai Faizal 3000 1. Gotong royong Perdana 112
4. Sumbagn Pusat Internet Trolak Utara 100 2. Cat PSS 150
5. Sumbangan Kedai Kadir FTU 150 3. Bantuan Kebajikan (Tumpang) 250
6. Sumbangan Kecemerlangan Tingkatan 150 4. Meja Murid bilik Sejarah 2500
7. Sumbangan PIBG 2020 15400 5. Peti Tunai PIBG 3000
3950 6. Kejohanan Olahraga Tahunan 1077.8
7. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 25.2
8. Mesyuarat AJK PIBG 560
9. Aku Janji PT3 dan SPM 580
10. Program Sahsiah PT3 dan SPM 22
11. Caj cek
12. Program Pembukaan Sekolah Norma 1976.95
Baharu
13. Kerusi Dewan Terbuka 2100
14. Program Latih Tubi Semasa PKPP 500
15. Program Kaunseling (Sambutan Hari Lahir) 500
16. Koop 1040.3
17. Lawatan PVMA 134
18. Program Kecemerlangan 770
19. Program TIP SPM 2350.3

JUMLAH PENERIMAAN 22847.00 JUMLAH PERBELANJAAN 18148.55

BAKI DI BAWA KE HADAPAN 4698.45
Sumbangan PIBG 2020 (308 keluarga) = RM 15 400

16 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK

PERNYATAAN USUL
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 TAHUN 2021

USUL PERTAMA (PIBG)

BAYARAN PERSEKOLAHAN 2021

Dengan ini, pihak AJK telah memutuskan di dalam Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama bertarikh
16 Mac 2021 dengan cadangan Sumbangan PIBG seperti berikut:

1. Yuran PIBG RM50.00
(Setiap Keluarga)
Utiliti dan Penyelenggaraan

2. Program Kecemerlangan RM70.00
PT3 RM100.00
SPM

3. Yuran Kecemerlangan Tingkatan 4 RM50.00

4. Anggaran Yuran  RM50.00
 RM120.00
● Pelajar Tingkatan 1 dan 2  RM100.00
● Pelajar Tingkatan 3  RM150.00
● Pelajar Tingkatan 4
● Pelajar Tingkatan 5

17 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK


Click to View FlipBook Version