The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR FARAH ALISSA BINTI ABDULLAH IPG-Pelajar, 2024-02-24 11:16:37

ANAK KAMBING YANG DEGIL

CERITA KANAK-KANAK.

Sudah terhantuk, baru terngadah. CERITA DAN ILUSTRASI OLEH: NUR FARAH ALISSA ABDULLAH


Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel,ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara eleltronik,fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu (JPM) IPGM Kampus Sultan Mizan, Kota Putra (Kampong Raja), Besut, Terengganu, Malaysia. Perundingan tertakluk pada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Al-Basuti, IPGMKSM. Dicetak oleh: Perpustakaan Puncak mimpi. NO 3 Suku, Jalan Keluang, Kota Putra Kampong Raja, 22200, Besut, Terengganu CERITA KANAK-KANAK “ANAK KAMBING YANG DEGIL” KK 123-456-7891234-56-789-23472 Cetakan Pertama 2024.


Pada suatu masa dahulu, terdapat seekor anak kambing yang suka bermain bebas keseorangan diri di padang yang luas dengan rumput yang subur tanpa menghiraukan anak-anak kambing yang lain. Pengembala kambing berasa risau akan keselamatan anak kambingnya yang sekor itu lalu mengikat loceng di leher anak kambing tersebut supaya anak kambing dapat membunyikan loceng tersebut jika berada dalam keadaan bahaya.


Namun begitu, anak kambing itu menganggap loceng yang dipakaikan oleh tuannya itu hanya mainan semata-mata. Anak kambing lupa akan pesanan tuannya, lalu ia membunyikan loceng itu pada setiap masa menyebabkan tuannya selalu terkejut dengan bunyi loceng itu kerana menganggap anak kambingnya dalam keadaan bahaya


ring!! ring!!


Penggembala kambing berasa letih dan marah kerana sering diperdaya oleh anak kambingnya itu. Lalu penggembala kambing berkata di dalam hati, “jika kau main-main lagi dengan loceng itu, aku tidak akan mengambil tahu dan tidak akan menghiraukannya lagi”


ring! ring!


Tidak lama kemudian, malam pun menjelma. Serigala keluar mencari mangsa. Anak kambing yang bersendirian tanpa kambing-kambing yang lain menjadi perhatiannya. Penggembala kambing tersebut mendengar lagi bunyi loceng yang dibunyikan oleh anak kambingnya itu tetapi penggembala kambing tersebut tetap tidak menghiraukannya. Namun bunyi loceng semakin kuat dengan suara anak kambingnya seakan dalam kesusahan dan ketakutan


bekk!! ring! ring! bekk!! ring!


Penggembala kambing dengan pantas bergegas ke tempat anak kambingnya, lalu mendapati seekor serigala ingin menyerang anak kambingnya. Penggembala kambing segera menyelamatkan anak kambingnya daripada dimakan serigala itu. Anak kambing berasa sedih dan menyesal akan perbuatannya itu lalu mengikut tuannya bersama anak kambing yang lain dan beredar dalam kumpulan.


bekk!


PPEENNGGAJ AJAARRANAN


Kita tidak boleh berbohong kerana orang yang berbohong akan sentiasa rugi dan menyebabkan orang lain tidak mempercayainya walaupun dia bercakap benar. Semangat setia kawan yang tinggi dapat membantu kita dalam kesusahan dan ketika memerlukan pertolongan yang tidak mampu diselesaikan sendiri. Perasaan yang risau menyumbang kepada tindakan yang pantas dan segera di mana tindakan ini dapat menyelamatkan sesuatu keadaan Kita mestilah sentiasa bertanggungjawab di atas semua hak milik kita seperti penggembala kambing yang bertanggungjawab menyelamatkan anak kambingnya walaupun sering diperdaya oleh anak kambingnya kerana itu adalah tugas dan tanggungjawabnya sebagai penggembala kambing.


SAJAK


Murid-murid mestilah terus teguh menuntut ilmu dengan pegangan dan prinsip hidup yang kuat demi masa depan yang cerah dan menunaikan janji pada ibu bapa. Sebagai seorang murid-murid, kita haruslah sentiasa tabah dan sabar dalam menuntut ilmu walau pelbagai rintangan dan ujian mendatang. Sebagai seorang anak yang kuat, janganlah berputus asa daripada meneruskan bakti kepada ibu bapa dan melakukan sesuatu perkara yang baik walaupun mengharungi proses yang sukar. Anak-anak perlulah ingat bahawa kejayaan mereka bukan sahaja harapan dan impian ibu bapa malah merupakan mimpi ibu bapa yang tidak tertunai suatu masa dahulu.


Click to View FlipBook Version