SEPAYUNG BERSAMA Cerita dan Ilustrasi oleh NUR FARAH ALISSA Bersatu kita gagah, bercerai kita rebah
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel,ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara eleltronik,fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu (JPM) IPGM Kampus Sultan Mizan, Kota Putra (Kampong Raja), Besut, Terengganu, Malaysia. Perundingan tertakluk pada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Al-Basuti, IPGMKSM. KK 123-456-7891234-56-789-23472 Cetakan Pertama 2024. CERITA BERMORAL ‘SEPAYUNG BERSAMA” Dicetak oleh: Perpustakaan Puncak mimpi. NO 3 Suku, Jalan Keluang, Kota Putra Kampong Raja, 22200, Besut, Terengganu
Ah meng merupakan pelajar berbangsa cina yang baru sahaja berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sentosa dan ditempatkan di kelas bersama Ali yang merupakan jiran Ah Meng. Namun Ali seorang yang angkuh dan sombong serta tidak berkawan dengan rakan-rakan lain selain bangsa melayu kerana ayahnya selalu berpesan untuk menjauhkan diri daripada kaum cina.
Pada suatu hari, ketika di kantin Ah Meng mengajak Ali untuk berehat bersamanya kerana dia masih ketiadaan kawan sejak berpindah ke sekolah tersebut. Namun ajakannya ditolak dengan kasar oleh Ali. Ali berkata “Ayah saya tidak benarkan saya berkawan dengan orang cina, kaum komunis, awak pergi cari orang lain”
Ah Meng berasa sedih kerana Ali berkata sedemikian kepadanya. Ketika pulang dari sekolah Ah Meng terserempak dengan Kumar yang merupakan rakan sekelasnya juga. Kumar memberi nasihat untuk Ah Meng supaya Ah Meng tidak mengambil hati dengan kata-kata Ali . “Sabarlah Ah Meng, Ali memang macam tu dengan saya pun dia tidak mahu berkawan”
Setibanya cuti persekolahan, Ali dan Keluarganya pulang ke kampung halaman ibunya untuk bercuti.
Pada suatu malam, tiba-tiba Ah Meng terbau sesuatu sesuatu seperti asap melalui tingkap biliknya. Ah Meng mengintai dari tingkap biliknya untuk mencari dari mana datangnya bau asap tersebut. Alangkah terkejutnya dia melihat rumah Ali terbakar. Ah Meng dengan segera memberitahu ayahnya untuk memanggil bomba memadamkan kebakaran tersebut kerana Ali dan keluarganya tiada di rumah.
Bomba bergegas datang memadam kebakaran yang berlaku. Mujurlah, kebakaran hanya berlaku pada bilik Ali sahaja dan tidak merosakkan ruang-ruang lain. Ayah Ah Meng menelefon ayah Ali untuk memberitahu kejadian yang menimpa rumah mereka.
Ali dan keluarganya bergegas pulang. Mereka berasa sedih atas kejadian menimpa keluarga mereka. Ali juga kesal dan malu atas perbuatannya selama ini yang tidak mahu berkawan dengan Ah Meng kerana dia berbangsa cina. Ali sedar akan kebaikan keluarga Ah Meng terhadap keluarganya tanpa mengira kaum dan bangsa
Beberapa hari kemudian, Ah Meng bertemu dengan Ali di Taman. Ali meminta maaf atas perbuatan dia memulaukan Ah Meng sebelum ini dan berterima kasih atas perbuatan Ah Meng yang menyelamatkan rumahnya daripada hangus terbakar. Ah Meng memberikan hadiah kepada Ali tanda permulaan persahabatan mereka
Sejak daripada kejadian itu, Ali dan Ah Meng telah menjadi sahabat baik. Ali juga telah berubah sikap dan mesra kepada semua rakan-rakannya yang lain tanpa mengira kaum dan bangsa.
Ibu bapa dan guru bertanggungjawab sebagai agen perpaduan dalam membentuk sikap bersatu padu tanpa mengira kaum dan bangsa dalam kalangan murid-murid sekolah. Penerimaan positif anak-anak terhadap kaum dan bangsa lain bermula daripada didikan dan pendedahan positif ibu bapa di rumah kepada anak-anak. Perpaduan perlu dibentuk sejak dari bangku sekolah lagi untuk membentuk masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan aman damai sekaligus membentuk negara yang harmoni. Perpaduan sememangnya dapat dibentuk melalui pendidikan iaitu melalui pelbagai inisiaitf dan pendedahan guru-guru kepada kepelbagaian kaum di negara Malaysia, aktivitiaktiviti kokurikulum, kempen-kemoen kesedaran dan sebagainya. Pengajaran/Nilai daripada cerita.
TAMAT