y
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
iii
ii
Terbitan November 2016
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan
Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.
Terbitan:
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
iii
KANDUNGAN
Senarai Jadual ix
Senarai Rajah xi
Rukun Negara xii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan xiii
Kurikulum Kebangsaan xiv
Kata Alu-Aluan xvi
Pengenalan xviii
UNIT 1 TEORI DAN KAJIAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK
1.0 Pengenalan 3
2.0 Aplikasi Teori Perkembangan Kanak-kanak 4
2.1 Merancang dan Melaksanakan Pengajaran Secara 4
Berkesan
2.2 Membimbing dan Membentuk Tingkah Laku Murid 9
3.0 Aplikasi Dapatan Kajian Pendidikan Awal Kanak-kanak dalam 10
Pengajaran dan Pembelajaran
3.1 Menjalankan Pemerhatian dan Pentaksiran Terhadap 10
Perkembangan Murid
3.2 Melapor dan Membimbing Ibu Bapa Berkaitan 12
Perkembangan Murid
4.0 Rumusan 12
UNIT 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1.0 Pengenalan 17
2.0 Kepentingan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 17
3.0 Perancangan dan Pelaksanaan Strategi Pengajaran dan 18
Pembelajaran 18
3.1 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran 19
3.2 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran 19
3.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 19
3.4 Tindakan Susulan
iv
KANDUNGAN 20
21
4.0 Cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 21
4.1 Belajar Melalui Bermain 22
4.2 Pendekatan Bertema 23
4.3 Pembelajaran Berasaskan Projek 24
4.4 Pendekatan Bersepadu 24
4.5 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri 25
4.6 Pembelajaran Berpusatkan Murid 26
4.7 Pembelajaran Kontekstual 27
4.8 Pembelajaran Masteri 30
4.9 Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan
32
5.0 Rumusan 39
Contoh Pelaksanaan 47
Pendekatan Bertema 47
Pendekatan Berasaskan Projek 48
48
UNIT 3 PUSAT PEMBELAJARAN 56
56
1.0 Pengenalan
2.0 Peranan Pusat Pembelajaran 56
3.0 Susun Atur
4.0 Cadangan Pusat Pembelajaran 57
5.0 Penggunaan Pusat Pembelajaran 63
5.1 Penggunaan Pusat Pembelajaran Semasa Pendekatan 65
Bertema
5.2 Penggunaan Pusat Pembelajaran Semasa Pendekatan
Berasaskan Projek
5.3 Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Pembelajaran
6.0 Rumusan
Contoh Rancangan Pelajaran Harian Bagi Pengajaran dan Pembelajaran
di Pusat Pembelajaran
v
KANDUNGAN 75
75
UNIT 4 TRANSISI PRASEKOLAH 76
78
1.0 Pengenalan 81
2.0 Jenis-jenis Transisi 83
2.1 Transisi Dari Rumah ke Prasekolah 87
2.2 Transisi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 87
2.3 Transisi Prasekolah ke Tahun Satu 88
3.0 Rumusan 88
88
UNIT 5 PENTAKSIRAN 88
89
1.0 Pengenalan 90
2.0 Ciri-Ciri Pentaksiran 90
3.0 Kepentingan Pentaksiran 91
91
3.1 Kepentingan Pentaksiran Kepada Guru 92
3.2 Kepentingan Pentaksiran Kepada Murid 93
4.0 Proses Pentaksiran 93
4.1 Merancang 94
4.2 Membina Instrumen 95
4.3 Melaksanakan Pentaksiran 97
4.4 Merekod 98
a) Senarai Semak
b) Skala Kadar
c) Rekod Anekdot
d) Rekod Berterusan
e) Persampelan Masa
f) Persampelan Peristiwa
4.5 Menganalisis Data
4.6 Melapor
vi
KANDUNGAN
5.0 Portfolio 99
5.1 Kandungan Portfolio 99
100
6.0 Rumusan
UNIT 6 AKTIVITI LUAR
1.0 Pengenalan 105
2.0 Aktiviti Fizikal 106
107
2.1 Perkembangan Motor Halus 107
2.2 Perkembangan Motor Kasar 108
2.3 Kemahiran Manipulasi 109
2.4 Pergerakan Berirama 109
3.0 Main Bebas 110
3.1 Pelaksanaan Main Bebas 110
3.2 Peranan Guru 110
4.0 Rumusan
UNIT 7 RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN DAN
JADUAL WAKTU
1.0 Pengenalan 115
2.0 Rancangan Pelajaran Tahunan 115
3.0 Jadual Waktu 119
120
3.1 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 120
3.2 Aktiviti Luar 120
3.3 Pembelajaran Bersepadu 121
3.4 Perancangan dan Pembinaan Jadual Waktu Kelas
122
4.0 Rumusan
123
Cadangan Jadual Waktu Untuk Kelas Prasekolah Yang Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu 131
Cadangan Jadual Waktu Untuk Kelas Prasekolah Yang Bahasa
Pengantar Bukan Bahasa Melayu
vii
KANDUNGAN 141
142
UNIT 8 PELIBATAN IBU BAPA 143
143
1.0 Pengenalan 143
2.0 Faedah Pelibatan Ibu Bapa 144
3.0 Peranan Ibu Bapa 145
146
3.1 Di Kelas Prasekolah
3.2 Di Rumah 147
4.0 Aktiviti-Aktiviti yang Melibatkan Ibu Bapa
5.0 Cabaran dalam Pelibatan Ibu Bapa 151
6.0 Rumusan
Rujukan
Panel Penulis
v;iii
SENARAI JADUAL
Bil. Jadual Muka Surat
1. 29
Jadual 1: Sembilan Kecerdasan Pelbagai (Howard
2. Gardner) 49
3. 60
4. Jadual 2: Cadangan Pusat Pembelajaran 67
5. Jadual 3: Rekod Penggunaan Pusat Pembelajaran 68
6. 69
Jadual 4: Perancangan Keseluruhan PdP di Pusat
7. Pembelajaran 70
8. 71
Jadual 5: Perancangan Pusat Pembelajaran Bahasa
9. 72
10. Jadual 6: Perancangan Pusat Pembelajaran Kreativiti dan 91
11. Kraf 92
12. 93
13. Jadual 7: Perancangan Pusat Pembelajaran Pembinaan 94
14. 95
15. Jadual 8: Perancangan Pusat Pembelajaran Sains dan 96
16. Teknologi 97
17. 116
18. Jadual 9: Perancangan Pusat Pembelajaran Manipulatif 117
19. 118
20. Jadual 10: Contoh Senarai Semak 119
21. Jadual 11: Contoh Skala Kadar 120
22. 121
23. Jadual 12: Contoh Rekod Anekdot 124
24. Jadual 13: Contoh Rekod Berterusan 125
25. Jadual 14: Contoh Persampelan Masa 126
Jadual 15: Persampelan Peristiwa (Contoh1)
Jadual 16: Persampelan Peristiwa (Contoh 2)
Jadual 17: Rancangan Pengajaran Tahun (Contoh 1)
Jadual 18: Rancangan Pengajaran Tahun (Contoh 2)
Jadual 19: Rancangan Pengajaran Tahun (Contoh 3)
Jadual 20: Peruntukan Waktu Minimum Pengajaran Dan
Pembelajaran
Jadual 21: Penggunaan Bahasa Instructional
Jadual 22: Agihan Waktu Pembelajaran Bersepadu
Jadual 23a: Agihan Peruntukan Waktu Kelas Prasekolah
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu
Jadual 23b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa
Pengantar Bahasa Melayu
Jadual 24a: Agihan Peruntukan Waktu Prasekolah Bahasa
Pengantar Bahasa Melayu
ix
26. Jadual 24b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa 127
Pengantar Bahasa Melayu 128
129
27. Jadual 25a: Agihan Peruntukan Waktu Kelas Prasekolah 132
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu 133
134
28. Jadual 25b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa 135
Pengantar Bahasa Melayu 136
137
29. Jadual 26a: Agihan Peruntukan Waktu Prasekolah Bahasa
Pengantar Bukan Bahasa Melayu
30. Jadual 26b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa
Pengantar Bukan Bahasa Melayu
31. Jadual 27a: Agihan Peruntukan Waktu Prasekolah Bahasa
Pengantar Bukan Bahasa Melayu
32. Jadual 27b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa
Pengantar Bukan Bahasa Melayu
33. Jadual 28a: Agihan Peruntukan Waktu Prasekolah Bahasa
Pengantar Bukan Bahasa Melayu
34. Jadual 28b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa
Pengantar Bukan Bahasa Melayu
x
SENARAI RAJAH
Bil Rajah Muka Surat
1.
2. Rajah 1: Proses Pengajaran dan Pembelajaran 18
3.
Rajah 2: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 20
4.
5. Rajah 3: Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan 23
6. Projek
7. Rajah 4: Bentuk Pembelajaran Kontekstual 26
8.
9. Rajah 5: Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Masteri 27
10. Rajah 6: Contoh Tema Pengajaran dan Pembelajaran 32
11. Prasekolah
12.
13. Rajah 7: Contoh Web Tema 34
14.
15. Rajah 8: Cadangan Aktiviti Mengikut Tunjang 35
16.
Rajah 9: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di 62
Pusat Pembelajaran
Rajah 10: Jenis-Jenis Transisi 75
Rajah 11: Proses Melaksanakan Pentaksiran 89
Rajah 12: Cadangan Kandungan Portfolio 100
Rajah 13: Aktiviti Luar 105
Rajah 14: Aktiviti Fizikal 106
Rajah 15: Pembelajaran Bersepadu 121
Rajah 16: Faedah Pelibatan Ibu Bapa 142
xi
RUKUN NEGARA
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang
berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
xii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
xiii
KURIKULUM KEBANGSAAN
3. Kurikulum Kebangsaan
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program
pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental
dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan
nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.
Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997
[PU(A)531/97]
xiv
xv
KATA ALU-ALUAN
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dilaksanakan pada tahun
2010 telah disemak semula bagi memenuhi tuntutan dasar baharu di bawah Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan keperluan semasa.
Penyemakan ini dilakukan bagi memastikan kualiti kurikulum yang dilaksanakan di
kelas prasekolah setanding dengan standard antarabangsa.
Buku Panduan Guru Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(Semakan 2017) ini dibina seiring dengan pelaksanaan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017). Buku Panduan Guru ini bertujuan untuk
menyampaikan hasrat dan maklumat berkaitan pelaksanaan KSPK (Semakan 2017).
Kandungan buku ini merangkumi amalan prinsip-prinsip teori dan kajian dalam
kurikulum, strategi pengajaran dan pembelajaran, transisi di kelas prasekolah,
pentaksiran, aktiviti luar dan pelibatan ibu bapa bagi membantu guru-guru khasnya,
dan masyarakat amnya untuk memahami KSPK (Semakan 2017).
Akhirnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam menyumbangkan buah fikiran dan tenaga sehingga
dokumen ini dapat diterbitkan. Semoga dokumen ini dapat memberi manfaat kepada
semua pihak berkepentingan dalam melaksanakan KSPK (Semakan 2017) secara
berkesan dan menepati aspirasi pendidikan negara.
Wassalam.
Dr. SARIAH BINTI ABD JALIL
xvi
xvii
PENGENALAN
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting
dalam dunia pendidikan. Pengalaman persekolahan dan
pembelajaran yang berkesan, bermakna serta menyeronokkan dapat
membekalkan murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang
positif untuk pembelajaran yang seterusnya.
Di peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
adalah berdasarkan Prinsip Amalan Bersesuaian dengan
Perkembangan Kanak-kanak (ABP) dan teori pembelajaran kanak-
kanak. Guru perlu merancang aktiviti PdP namun pelaksanaannya
adalah fleksibel. Semua murid dilibatkan secara aktif dalam pelbagai
aktiviti sama ada secara individu, kumpulan atau kelas di dalam atau
di luar kelas prasekolah. PdP akan lebih berkesan jika suasana
pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat disediakan.
Suasana ini akan menggalakkan naluri ingin tahu, tabiat meneroka
dan keinginan belajar dalam diri murid.
Kejayaan dan keberkesanan proses PdP bergantung kepada
kefahaman dan penghayatan guru terhadap hasrat dan matlamat
KSPK (Semakan 2017). Keberkesanan PdP ini juga ditentukan oleh
pengetahuan, kemahiran, sikap dan semangat serta dedikasi guru.
Oleh itu, Buku Panduan Guru Pelaksanaan KSPK (Semakan 2017) ini
dihasilkan untuk membantu guru dan semua pihak yang terlibat dalam
pelaksanaan KSPK (Semakan 2017).
xviii
xix
TEORI DAN KAJIAN Unit
DALAM
PENDIDIKAN AWAL 1
KANAK-KANAK
1
2
Unit 1
Teori Dan Kajian
Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
1.0 Pengenalan
Untuk menjadi seorang guru prasekolah yang baik dan berkesan, pengetahuan
mengenai pelbagai teori dan proses pembelajaran adalah sangat penting. Guru perlu
menjadikan pandangan tokoh-tokoh dalam pendidikan awal kanak-kanak sebagai
panduan dan rujukan semasa merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) prasekolah.
Teori ialah pendapat yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan
lain-lain. Teori PdP berfokus kepada cara murid membina kemahiran emosi, rohani,
sosial, fizikal dan intelek. Aplikasi teori pembelajaran dalam pelaksanaan PdP dapat
membantu guru dalam proses penyampaian ilmu kepada murid bagi memastikan
perkembangan murid secara menyeluruh serta penyampaian maklumat berkaitan
murid kepada ibu bapa.
Penyelidikan adalah satu proses penyiasatan dan penelitian bagi menemui fakta dan
maklumat atau pengetahuan baharu. Terdapat pelbagai kaedah penyelidikan yang
digunakan untuk mengkaji dan memahami bahan atau sumber bagi membentuk
pemahaman manusia terhadap dunia di sekeliling mereka. Dapatan kajian boleh
digunakan oleh guru sebagai panduan dalam pelaksanaan PdP untuk meningkatkan
keberkesanan dan kualiti pengajarannya.
3
2.0 Aplikasi Teori Perkembangan dan Pembelajaran Kanak-kanak
Dalam merancang PdP, guru perlu merujuk kepada teori perkembangan dan
pembelajaran kanak-kanak. Teori perkembangan dapat membantu guru memahami
dan memberi tanggapan kepada tingkah laku semula jadi murid pada peringkat
perkembangan dan pertumbuhan mereka. Manakala, teori pembelajaran memberi
pemahaman kepada guru mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor-
faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran. Pemahaman berkaitan teori-teori ini
dapat membantu guru prasekolah menjalankan tugas dengan lebih baik dan berkesan.
Aplikasi teori perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak dalam PdP dicadangkan
seperti berikut:
2.1 Merancang dan Melaksanakan Pengajaran Secara Berkesan
(i) Pandangan Tokoh Islam
Tokoh Prinsip/Idea Utama Aplikasi Dalam PdP
Imam Al Ghazali
Menekankan perbezaan Merancang pelbagai aktiviti
individu dan kaedah dan kaedah dalam
pembelajaran. pembelajaran murid.
Menggalakkan bermain. Mengajar mengikut
Guru dan ibu bapa kemampuan murid.
sebagai contoh (role Guru perlu menjadi role
model). model yang baik kepada
murid.
Pengukuhan dan
hukuman. Memberi pujian dan galakan
kepada tingkah laku positif
Bersikap tegas. murid.
Tidak boleh keterlaluan
Memperbaiki kesalahan
bila mendenda. murid dengan cara
Memperbaiki kelakuan berhemah.
dengan mesra.
4
Tokoh Prinsip/Idea Utama Aplikasi Dalam PdP
Ibnu Khaldun
Penyampaian beransur- Menyampaikan pengajaran
ansur mengikut secara berperingkat dari
kebolehan. mudah ke susah.
Menekankan pengulangan Membuat pengulangan dan
dan penggunaan benda menggunakan bahan
maujud. maujud.
Belajar menggunakan Prihatin dan memberi
pancaindera dan diberi layanan yang baik terhadap
contoh yang mudah dan semua murid.
konkrit dalam
pembelajaran mereka. Merancang pengajaran
mengikut aras kebolehan
Pengajaran mengikut murid dengan contoh yang
kemampuan kanak-kanak. konkrit.
Diajar membaca Al-Quran Memastikan murid
sebelum menghafalnya. memahami sesuatu konsep
sebelum menghafal.
Jadual pembelajaran
disusun dengan baik. Menyedia dan menyusun
jadual pembelajaran dengan
Masa pembelajaran tidak baik.
terlalu panjang.
Masa sesuatu pembelajaran
Penggunaan bahasa yang tidak terlalu panjang.
mudah.
Menggunakan laras bahasa
Kanak-kanak dibentuk yang mudah difahami oleh
dengan cara lemah murid.
lembut.
Perlu didedah dengan
contoh teladan yang baik.
5
(ii) Pandangan Tokoh Barat
Tokoh Prinsip/Idea Utama Aplikasi Dalam PdP
Friedrich Froebel Mementingkan keindahan Mewujudkan persekitaran
persekitaran untuk yang selamat, menarik
menarik minat murid. minat murid dan terkawal.
Persekitaran pembelajaran Menggunakan pendekatan
yang kondusif. belajar sambil bermain.
Menekankan bermain dan Menyediakan aktiviti hands
belajar melalui aktiviti. on.
Perlu dipupuk dengan Merancang pelbagai aktiviti
perkembangan mental, yang dapat memupuk
fizikal dan sosial kanak- perkembangan mental,
kanak. fizikal dan sosial murid.
Pembelajaran bukanlah Mementingkan keperluan
suatu yang terpisah, ianya dan keupayaan murid.
saling berkaitan antara Merancang aktiviti PdP
satu sama lain. berdasarkan minat murid.
Pembelajaran bermula
daripada apa yang boleh
dilakukan oleh kanak-
kanak bukan daripada apa
yang perlu mereka
lakukan.
Menekankan disiplin diri
dan motivasi dalaman
terhadap kanak-kanak.
Jean Piaget Kanak-kanak sentiasa Guru sebagai fasilitator
berinteraksi dan berusaha untuk pembelajaran murid.
mentafsir persekitarannya. Merancang dan
Kanak-kanak membina menyediakan persekitaran
skema dalam mindanya. dan alatan yang sesuai
Perkembangan kognitif dengan tahap dan minat
kanak-kanak mengikut murid agar dapat
4 tahap iaitu sensori merangsangkan murid
motor, pra-operasi, membina pengetahuan
operasi konkrit dan sendiri.
operasi formal.
6
Tokoh Prinsip/Idea Utama Aplikasi Dalam PdP
Lev Vygotsky
Teori Vygotsky Bimbing murid belajar
John Dewey menyatakan dengan teknik scaffolding
perkembangan kognitif untuk membolehkan
berlaku dalam konteks mereka memperolehi ilmu
sosial. dan kemahiran dalam
peringkat yang lebih tinggi
Kebanyakan daripada
kemahiran kognitif kanak- Guru menggalakkan kerja
kanak terhasil daripada berkumpulan.
interaksi sosial kanak-
kanak dengan ibu bapa, Murid yang telah
orang dewasa lain, rakan menguasai/ memahami
sebaya dan guru. pengetahuan/kemahiran
membantu rakan yang
Zon Perkembangan belum menguasai.
Proksimal adalah jarak
antara peringkat Galakkan pembelajaran
perkembangan sebenar koperatif untuk
dengan peringkat meningkatkan prestasi
perkembangan potensi pembelajaran.
individu yang ditentukan
dengan bantuan orang
dewasa atau kolaborasi
antara rakan-rakan yang
berkebolehan.
Memperkenalkan Merancang dan
kurikulum dan sekolah menggunakan pendekatan
yang berasaskan kanak- berpusatkan murid.
kanak. Melibatkan murid secara
Menghormati kanak-kanak aktif dalam aktiviti sebenar.
termasuk minat mereka Merancang PdP yang dapat
Mementingkan mengintegrasikan tunjang
pembelajaran melalui dan pengalaman murid
pengalaman sebenar. serta menggalakkan aktiviti
Pembelajaran perlu penyelesaian masalah dan
dilaksanakan melalui pemikiran kritis.
pengalaman dan
eksperimen.
7
Tokoh Prinsip/Idea Utama Aplikasi Dalam PdP
Howard Gardner
Setiap individu mempunyai Merancang PdP yang
kecerdasan yang pelbagai berfokuskan kepada
pada tahap yang berbeza. kecerdasan individu murid
Mempelbagaikan aktiviti
dan strategi PdP.
Maria Montessori Pendidikan adalah untuk Menyediakan pelbagai
menolong kanak-kanak pengalaman dan aktiviti
membentuk serta kepada murid.
membantu perkembangan
intelek, fizikal, sosial, Menyediakan persekitaran
emosi dan rohani. dan bahan yang
membolehkan pembelajaran
Menghormati kanak-kanak kendiri berlaku.
dan hak mereka.
Memerhati perkembangan
Minda penyerap murid untuk membantu
(absorbent mind). mereka mencapai tahap
optimum.
Tempoh sensitif yang
berbeza antara kanak- Menghormati hak murid
kanak. untuk belajar mengikut tahap
perkembangan mereka.
Pembelajaran kendiri
(auto-education). Menyediakan persekitaran
pembelajaran yang kondusif
Persekitaran yang tersedia untuk pembelajaran.
untuk membolehkan
kanak-kanak berdikari dan
tidak bergantung pada
orang dewasa.
8
2.2 Membimbing dan Membentuk Tingkah Laku Murid
Tokoh Prinsip/Idea Utama Aplikasi Dalam Membimbing
Tingkah Laku Murid
Abraham Maslow Mengikut Herarki Maslow,
keperluan asas fisiologi Jika keperluan asas fisiologi
manusia perlu dipenuhi murid dipenuhi, murid akan
sebelum ia dapat bergerak berasa selamat, dikasihi
ke tahap yang seterusnya dan dihormati, maka
bimbingan, tingkah laku dan
PdP dapat dijalankan
dengan mudah
Teori Hierarki
Maslow
B. F. Skinner Skinner memperkenalkan Peneguhan positif boleh
pelaziman operan. dilakukan dengan memberi
kata-kata pujian, senyuman,
Eksperimen beliau ganjaran, hadiah dan
menunjukkan bahawa sebagainya.
satu gerak balas hanya
akan berulang jika wujud Peneguhan yang diberikan
peneguhan positif dan mestilah jelas dan
akan dihapuskan jika sistematik.
peneguhan negatif
diberikan. Peneguhan positif dapat
meningkatkan prestasi
murid.
Kemahiran atau
pengetahuan baharu perlu
diberi peneguhan secara
berterusan supaya dapat
dikukuh dan dikekalkan.
9
Tokoh Prinsip/Idea Utama Aplikasi Dalam Membimbing
Albert Bandura Tingkah Laku Murid
Mengikut teori pembelajaran Murid secara tidak langsung
sosial Bandura akan mencontohi tingkah
pembelajaran berlaku laku orang lain.
melalui pemerhatian, Kebiasaannya murid akan
peniruan tingkah laku, sikap menjadikan guru sebagai
dan reaksi emosi orang lain. role model. Oleh itu, guru
perlu sentiasa berhati-hati
dari segi percakapan,
tingkah laku dan cara
bersosialisasi.
3.0 Aplikasi Dapatan Kajian Pendidikan Awal Kanak-kanak Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan seluruh dunia berkaitan pendidikan awal
kanak-kanak. Dapatan kajian-kajian tersebut dapat memberi pengetahuan dan
membantu guru-guru prasekolah untuk melaksanakan PdP dengan lebih berkesan
dan bermakna. Antara dapatan kajian yang boleh digunakan oleh guru ialah
berkaitan dengan pentaksiran. Perincian tentang dapatan kajian dan aplikasi dalam
PdP adalah seperti berikut:
3.1 Menjalankan Pemerhatian dan Pentaksiran Terhadap
Perkembangan Murid
Kajian Prinsip/Idea Utama/Dapatan Aplikasi Dalam Membimbing
Tingkah Laku Kanak-kanak
Black and
William, 1998; Dapatan kajian Guru perlu melibatkan murid
Young, 2000 menunjukkan bahawa jika dalam proses pentaksiran
murid diibatkan dalam pembelajaran mereka.
proses pentaksiran,
mereka dapat: Pelibatan murid dalam
proses pentaksiran dengan
- berfikir tentang kefahaman terhadap tahap
pembelajaran mereka pencapaian sendiri akan
sendiri. memotivasikan mereka
untuk berusaha.
10
Kajian Prinsip/Idea Utama/Dapatan Aplikasi Dalam Membimbing
Tingkah Laku Kanak-kanak
Guskey (2003) - menyatakan
kefahaman tentang
Cohen Steele, perkara yang perlu
Ross (1999) dipelajari.
- menyatakan cara
untuk meningkatkan
pembelajaran mereka.
Dapatan kajian Guru perlu menggunakan
menyatakan bahawa guru dapatan pentaksiran untuk
perlu mengetahui menambah baik PdP.
kepentingan pentaksiran.
Pentaksiran dapat
membantu meningkatkan
tahap perkembangan murid.
Dapatan kajian Guru perlu memberi maklum
menunjukkan bahawa balas yang bersesuaian
maklum balas guru kepada murid supaya murid
kepada murid terbahagi mengetahui tahap
kepada tiga komponen perkembangan sendiri dan
iaitu cadangan positif, bersedia untuk mencapai
kritikan dan jaminan. tahap yang lebih tinggi.
Ketiga-tiga komponen ini
perlu dilaksanakan secara
bijak supaya pencapaian
murid meningkat.
11
3.2 Melapor dan Membimbing Ibu Bapa Berkaitan Perkembangan
Murid
Kajian Prinsip/Idea Utama/Dapatan Aplikasi dalam Membimbing
Tingkah Laku Kanak-kanak
Fan and Chen
(2001) Dapatan kajian Guru perlu mengenal pasti
menunjukkan harapan ibu potensi murid dengan
bapa dan gaya memberi dorongan dan
keibubapaan galakan
mempengaruhi Guru perlu mengemukakan
pencapaian kanak-kanak cadangan kepada ibu bapa
Persepsi murid terhadap untuk menggilap potensi ke
harapan akademik yang arah kecenderungan anak
tinggi daripada ibu bapa mereka
berkaitan dengan
pencapaian murid
4.0 Rumusan
Sebagai guru prasekolah, kepekaan terhadap asas keperluan murid amat perlu
dititikberatkan. Mengikut Sanders et. al. (2005), kanak-kanak beralih dari tahun
reception (4 - 5 tahun) ke tahun satu (5 - 6 tahun) memerlukan lebih perhatian
terhadap keperluan mereka. Oleh itu, guru prasekolah merupakan orang yang
bertanggung jawab menerapkan asas pembelajaran dan menyediakan pengalaman
awal murid mereka.
Perbincangan mengenai teori, dapatan kajian dan amalan semasa merupakan
perkara penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Untuk menjadi guru prasekolah
yang berkesan di bilik darjah, pengetahuan mengenai pelbagai teori dan proses
pembelajaran adalah perlu kerana ianya dapat memberi impak yang cukup besar.
Teori dan kajian tersebut akan dapat mempengaruhi amalan PdP guru sama ada
disedari atau tanpa disedari. Aplikasi teori perkembangan dan pembelajaran serta
dapatan kajian dapat menyumbang kepada keberkesanan pengurusan PdP guru
prasekolah.
12
Penerangan dalam Unit 1 telah mengaitkan pelaksanaan tugasan guru di kelas
prasekolah dengan teori perkembangan dan pembelajaran serta dapatan kajian.
Adalah diharapkan, ianya dapat dijadikan sebagai panduan untuk guru
mengaplikasikan teori dan dapatan kajian dalam tugasan harian dan membantu
mereka untuk melaksanaan PdP dengan lebih lancar, berkesan dan yakin.
13
14
STRATEGI Unit
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN 2
15
16
Unit 2
STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
1.0 Pengenalan
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), tiada satu kaedah dan strategi
yang khusus ataupun terbaik untuk diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai
kepelbagaian murid. Strategi PdP merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan sesuatu objektif pelajaran yang dirancang. Strategi juga
merupakan susunan pendekatan dan kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat
dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.
Guru prasekolah seharusnya memiliki strategi dan kaedah yang khusus agar murid
dapat belajar secara lebih efektif dan efisien. Pemilihan strategi PdP yang berkesan
memerlukan guru memahami teori-teori perkembangan dan pembelajaran terlebih
dahulu.
2.0 Kepentingan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Guru perlu menggunakan pelbagai strategi PdP seperti yang dicadangkan dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (Semakan 2017). Strategi yang
berkesan sangat penting bagi memantapkan PdP. Berikut merupakan kepentingan
strategi dalam PdP:
(i) Membantu guru dalam melaksanakan PdP
(ii) Meningkatkan tahap pencapaian dan penguasaan murid secara optimum
(iii) Menggalakkan pelibatan murid secara aktif semasa sesi PdP
(iv) Memastikan sesi PdP menarik, bermakna dan berkesan
17
3.0 Perancangan dan Pelaksanaan Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran
PdP yang berkesan bermula dengan perancangan yang rapi dan diikuti dengan
pelaksanaan yang berkesan dan sistematik. Guru perlu menguasai semua strategi
PdP dan membuat perancangan untuk strategi yang dipilih sebelum PdP dilaksanakan.
Pelaksanaan PdP yang berkesan melibatkan empat fasa iaitu perancangan,
pelaksanaan, refleksi dan tindakan susulan seperti yang berikut:
Rajah 1: Proses Pengajaran dan Pembelajaran
3.1 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
Guru perlu membuat perancangan awal sebelum melaksanakan PdP
supaya proses pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Antara
perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa membuat perancangan
adalah seperti berikut:
(i) Mengumpul maklumat mengenai topik bersama murid.
(ii) Mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid.
(iii) Mengenal pasti objektif pembelajaran berasaskan minat dan
kecenderungan murid.
(iv) Menyediakan sumber PdP.
(v) Menyediakan murid berkaitan topik seperti:
(a) Bercerita tentang topik
(b) Menunjukkan bahan/ gambar
(c) Berbincang isu berkaitan
18
3.2 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Aktiviti PdP boleh dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar kelas
secara individu, berpasangan, berkumpulan atau kelas. Antara aktiviti
yang boleh dilaksanakan ialah:
(i) Penerokaan
(ii) Main air atau main pasir
(iii) Nyanyian
(iv) Main peranan
(v) Drama
(vi) Bercerita
(vii) Lawatan
3.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Refleksi ialah proses mengimbas kembali aktiviti PdP yang telah
dilaksanakan.
(i) Refleksi Murid
Murid mengimbas semula aktiviti yang telah dilalui sepanjang
tempoh PdP pada hari tersebut. Proses ini akan mengukuhkan
pembelajaran murid.
(ii) Refleksi Guru
Guru mengimbas semula pelaksanaan aktiviti dengan mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan PdP dari aspek strategi dan teknik,
bahan dan alat serta ruang yang digunakan termasuk maklum
balas murid untuk tujuan penambahbaikan.
3.4 Tindakan Susulan
Tindakan susulan ialah tindakan yang diambil setelah kelebihan atau
kekurangan dari aspek PdP guru dan perkembangan murid dikenal
pasti. Antara tindakan susulan yang boleh diambil ialah bimbingan,
pengukuhan dan pengayaan.
(i) Aktiviti bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi
masalah pembelajaran. Murid yang tidak menguasai
19
pengetahuan dan kemahiran akan diberi bimbingan atau
mengikuti aktiviti pembelajaran semula.
(ii) Aktiviti pengukuhan merupakan aktiviti peneguhan terhadap
pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai.
(iii) Aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada
murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar setelah
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari telah dikuasai.
4.0 Cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Guru hendaklah merancang dan melaksanakan PdP berdasarkan strategi yang
sesuai dengan objektif, kesediaan dan minat murid serta keperluan semasa. Antara
strategi yang dicadangkan dalam pendidikan prasekolah adalah seperti yang
dinyatakan dalam Rajah 2.
Pembelajaran Belajar Pendekatan
Berdasarkan Melalui Bertema
Pelbagaian Bermain
Kecerdasan
Pembelajaran Strategi Pendekatan
Masteri Pengajaran Bersepadu
dan
Pembelajaran
Pembelajaran Pembelajaran
Kontekstual Berasaskan
Projek
Pembelajaran Pembelajaran
Berpusatkan Berasaskan
Murid Inkuiri
Rajah 2: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
20
4.1 Pendekatan Belajar Melalui Bermain
Bagi kanak-kanak, bermain merupakan aktiviti dalam kehidupan
seharian mereka. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak belajar
mengenai diri dan alam persekitarannya. Aktiviti bermain memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka persekitaran,
berinteraksi dengan orang lain, meluahkan dan mengawal emosi,
membangun kemahiran simbolik dan melatih kemahiran penyelesaian
masalah. Aktiviti bermain juga dapat memperkembangkan kebolehan
asas seperti daya ingatan, kawalan diri, kebolehan bahasa lisan dan
kemahiran sosial.
Pendekatan belajar melalui bermain mengutamakan aktiviti yang dapat
memberi keseronokan serta dapat merangsang murid melibatkan diri
dalam aktiviti yang dijalankan. Guru prasekolah perlu menekankan
strategi belajar melalui bermain ini semasa merancang supaya PdP
menjadi lebih bermakna.
4.2 Pendekatan Bertema
Pendekatan bertema adalah strategi PdP yang menggunakan tema
ke arah mewujudkan pembelajaran yang aktif, menarik dan bermakna.
Pendekatan bertema ialah pembelajaran yang menggunakan satu
topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat
dan latar belakang murid.
Pendekatan bertema menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan
kritis serta mengembangkan kebolehan kognitif melalui idea-idea baru.
Strategi pendekatan bertema menyediakan isi kandungan dan rangka
untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai
bidang pengetahuan. Pembelajaran merentas tunjang akan berlaku
dengan pendekatan bertema. Pendekatan bertema memudahkan guru
mendapat sumber dan bahan yang akan digunakan semasa proses
PdP.
21
Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan
pendekatan bertema ialah :
(i) Mengenal pasti tema yang sesuai berdasarkan masa, tempat,
minat, pengalaman dan tahap perkembangan serta latar
belakang murid.
(ii) Menjana idea bagi memilih tema yang sesuai bersama-sama
dengan murid.
(iii) Membuat sumbang saran berdasarkan tema yang dipilih.
(iv) Mengenal pasti aktiviti berdasarkan Tunjang dalam KSPK
(Semakan 2017).
(v) Menyediakan persekitaran kelas dan pusat pembelajaran yang
bersesuaian dengan tema.
(vi) Melaksanakan aktiviti mengikut tema yang telah dipilih.
Nota: Guru boleh melibatkan ibu bapa dalam pendekatan bertema.
4.3 Pembelajaran Berasaskan Projek
Pendekatan berasaskan projek merupakan kaedah penyiasatan
secara mendalam berkaitan dengan topik dunia sebenar sebagaimana
yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Pendekatan ini menekankan
penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif murid sendiri.
Pelaksanaannya akan dapat membantu murid dalam perkembangan
kognitif, afektif dan psikomotor.
Pendekatan berasaskan projek memudahkan murid membina konsep
dan menguasai kemahiran. Projek yang dijalankan dapat menarik
perhatian murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam PdP. Proses
pembelajaran berfokus kepada tugasan amali secara sistematik dalam
jangka masa tertentu mengikut projek.
22
Memerhati minat, Melaksanakan Merancang dan
memberi rangsangan
penilaian sepanjang melaksana secara
dan membimbing tempoh projek berperingkat
murid
Mengambil kira Membimbing dan Membuat
memantau murid
keupayaan dan pembentangan,
kemampuan murid menilai dan
menambah baik
Menentukan jadual Membimbing murid Membuat refleksi,
kerja bersama murid rumusan, mengimbas
untuk membentuk kembali, menilai dan
kumpulan kecil mempamerkan hasil
projek
Rajah 3: Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek
4.4 Pendekatan Bersepadu
Pendekatan bersepadu membantu murid memahami kehidupan
sebenar yang berkaitan antara satu sama lain. Pendekatan ini
menekankan kesinambungan, integrasi, keseimbangan,
penggabungjalinan dan hubung kait dalam elemen pembelajaran.
Pendekatan bersepadu memberi peluang kepada murid untuk
meneroka sesuatu topik daripada pelbagai aspek dan mendorong
mereka untuk belajar.
Antara contoh kesepaduan yang boleh diaplikasikan adalah seperti
berikut:
(i) Tunjang, kemahiran dan nilai
(ii) Aktiviti dalam dan luar kelas
(iii) Aktiviti berfokuskan guru dan murid
(iv) Pelbagai kaedah dan teknik
(v) Teori dan amali
(vi) Pengalaman langsung dan tidak langsung
23
4.5 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Pendekatan inkuiri merupakan satu PdP berpusatkan murid yang
membolehkan murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri
berasaskan pengetahuan sedia ada. Inkuiri bermaksud mencari
maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku
di sekeliling. Inkuiri melibatkan proses mencari dan menyiasat,
membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan
membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah. Proses
penyiasatan akan memberi pengetahuan baharu kepada murid.
Proses PdP inkuiri adalah berasaskan kepada learning by doing yang
menekankan aktiviti penyiasatan, pertanyaan soalan, pemikiran
reflektif dan penemuan. Pembelajaran secara inkuiri berlaku apabila
konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid
boleh menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri
melalui aktiviti seperti menjalankan pemerhatian, mengemukakan
soalan, mencari maklumat dan melakukan eksperimen.
Murid juga diberi peluang meneroka pengalaman baharu yang telah
dipelajari. Proses penyiasatan membolehkan murid mengesan
kebenaran atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran kreatif dan
kritis. Pendekatan ini membolehkan murid menggunakan kognitif
(menaakul), afektif dan psikomotor dengan berkesan.
4.6 Pembelajaran Berpusatkan Murid
Pembelajaran berpusatkan murid bertujuan untuk membangunkan
autonomi dan kebolehan berdikari murid dengan meletakkan
tanggungjawab pembelajaran kepada murid. Pembelajaran
berpusatkan murid memberi tumpuan kepada kemahiran dan amalan
yang membolehkan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran
penyelesaian masalah secara berdikari. Teori pembelajaran
berpusatkan murid adalah berdasarkan teori pembelajaran
konstruktivisme yang menekankan peranan murid dalam membina
24
makna daripada maklumat baharu dan pengalaman terdahulu. Dalam
strategi ini, murid menjadi fokus dalam PdP. Mereka boleh memilih apa
yang hendak dipelajari, cara belajar dan cara menilai pembelajaran
mereka sendiri.
Strategi pembelajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti pembelajaran. Guru merupakan pembimbing atau
fasilitator yang memandu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran
sama ada secara kumpulan atau individu berdasarkan minat dan
kemahiran murid.
4.7 Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang
menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu,
masyarakat dan kehidupan. Hal ini dilakukan dengan mencari
perhubungan yang berguna dan relevan sejajar dengan topik semasa.
Oleh itu, guru digalakkan untuk memilih atau menyediakan
persekitaran pembelajaran yang menghubungkan pelbagai
pengalaman kehidupan yang berkait dengan aspek sosial, budaya,
fizikal dan fisiologi.
Dalam pembelajaran kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih
bentuk pembelajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Rajah 4.
25
R Relating Belajar dalam konteks
(Menghubung Kait) menghubungkaitkan
pengetahuan baru dengan
pengalaman hidup
E Experiencing Belajar dalam konteks
(Mengalami)
penerokaan, penemuan dan reka
cipta
A Applying Belajar dalam konteks
(Mengaplikasi)
bagaimana pengetahuan atau
informasi boleh digunakan dalam
situasi lain
C Cooperating Belajar dalam konteks
(Bekerjasama)
bekerjasama, memberi maklum
balas dan berkomunikasi
Belajar dalam konteks
T Transfering pengetahuan sedia ada dan
(Memindahkan) menggunakan atau membina
daripada apa yang telah
diketahui
Rajah 4: Bentuk Pembelajaran Kontekstual
4.8 Pembelajaran Masteri
Pembelajaran masteri adalah suatu strategi PdP bagi memastikan
semua murid menguasai objektif pembelajaran yang dihasratkan
dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya seperti yang dinyatakan dalam Rajah 5.
Strategi ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses
PdP yang berkualiti. Pembelajaran masteri sesuai dilaksanakan kerana
murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza serta perlu
menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajar.
Ciri-ciri Pembelajaran Masteri:
(i) Objektif pembelajaran perlu ditentukan dan disusun mengikut
hierarki.
26
(ii) Aktiviti PdP hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan
menyeronokkan.
(iii) Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan.
(iv) Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan
sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baharu.
(v) Aktiviti bimbingan dilaksanakan untuk murid yang belum
menguasai dan pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah
menguasai aras masteri.
Unit Pembelajaran 1
Penentuan Objektif Pembelajaran
Pengajaran Dan Pembelajaran
Penilaian
Tindakan Ya Sudahkah Tidak Tindakan
Susulan
Aktiviti murid Susulan
Pengayaan menguasai? Aktiviti
Pemulihan
Ya Teruskan
Unit Pembelajaran 2
Rajah 5: Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Masteri
4.9 Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan
Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan memberi
peluang kepada murid untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada
diri mereka. Berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Horward
27
Gardner, setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan kognitif yang
berbeza. Kekuatan dan kemahiran murid yang berbeza akan
mempengaruhi pembelajarannya. Murid boleh mencapai pembelajaran
optimum apabila diberi motivasi dan guru memberi tumpuan kepada
kekuatan dan kecerdasan mereka.
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam
Teori Kecerdasan Pelbagai:
(i) Setiap individu mempunyai sembilan kecerdasan. Sesetengah
individu mempunyai tahap kecerdasan tertentu yang lebih tinggi
dari yang lain.
(ii) Kebanyakan individu boleh membangunkan setiap kecerdasan
pada tahap kompetensi tertentu. Setiap orang mempunyai
keupayaan untuk belajar atau menjadi lebih baik dalam
kecerdasan tertentu dengan adanya arahan dan galakan.
(iii) Pelbagai kecerdasan biasanya integrasi bersama dengan cara
yang kompleks. Mereka sentiasa berinteraksi antara satu sama
lain.
(iv) Terdapat banyak cara untuk menjadi mahir dalam setiap
kecerdasan dan kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan
melalui pendidikan dan latihan.
Dalam konteks pendidikan, guru memainkan peranan penting untuk
merancang aktiviti dalam PdP supaya memenuhi keperluan
kecerdasan murid. Guru perlu mengenal pasti kecerdasan muridnya
bagi memudahkan proses pembelajaran. Guru dapat memilih strategi
PdP yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid supaya
dapat mengembangkan potensi mereka dalam kecerdasan lain yang
belum menyerlah.
28
Jadual 1: Sembilan Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)
Kecerdasan Komponen Teras
Logik Matematik
Verbal Linguistik Peka dan berkeupayaan untuk membezakan corak logik atau
Muzik berangka; berkeupayaan untuk mengendalikan isu
Visual Ruang penaakulan yang kompleks.
Kinestetik
Peka kepada bunyi, irama dan makna perkataan; sensitiviti
Interpersonal kepada fungsi bahasa yang berbeza.
Intrapersonal Kebolehan untuk menghasilkan dan menghargai irama, nada
dan kualiti bunyi; penghargaan bentuk ekspresi muzik.
Naturalis
Kebolehan untuk melihat visual -ruang dengan tepat dan untuk
Spiritual / melaksanakan perubahan pada persepsi awal seseorang.
Eksistensialisme
(diperkenalkan Kebolehan untuk mengawal pergerakan tubuh dan objek-
pada 1999) objek dengan mahir.
Kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai
petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi
dengan berkesan terhadap petanda tersebut. Kecerdasan
interpersonal membolehkan seseorang itu memahami
perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain.
Kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan
berkebolehan untuk menilai diri sendriri. Orang yang memiliki
kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat
mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai
tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi
biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat
mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian
dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan
masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang
terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang
besar terhadap alam sekitar termasuk binatang.
Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang
lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian
kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia
mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh
manusia dalam hidup.
29
5.0 Rumusan
Pendidikan prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang
pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada murid. Oleh itu, guru
prasekolah perlu memilih strategi dan merancang PdP yang bersesuaian dengan
kebolehan, keupayaan dan minat serta latar belakang murid agar dapat memberi
manfaat yang maksimum kepada murid.
Aktiviti PdP perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik bagi menjamin
setiap murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran, sama ada secara kelas,
kumpulan atau pun secara individu agar dapat mengoptimumkan perkembangan dan
potensi mereka. Perancangan PdP guru juga hendaklah dapat memberi murid ruang
dan peluang bagi meningkatkan kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.
Semasa melaksanakan PdP, guru juga boleh bertindak sebagai fasilitator untuk
membantu murid mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang dan disusun.
30