The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by robiahmumtaz, 2023-05-01 19:35:49

Buku Program Kempen Kebersihan Tanggungjawab Bersama (Kump.3)

BUKU PROGRAM (1)

ISI KANDUNGAN 1. Kata Aluan Pengarah Program 3 2. Objektif Program 4 3. Tentatif Program 5-6 4. Aktiviti Sepanjang Program 7-9 5. Gambar Aktiviti 10 7. Ahli Jawatankuasa Program 11 8. Penghargaan 12


KATA ALUAN PENGARAH PROGRAM Assalamualaikum wbt, Selamat Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Hadirin sekalian. Bersyukur kita kepada Illahi kerana memberi kesempatan untuk kita bersama-sama berkumpul pada hari yang damai ini bagi menjayakan Kempen Kebersihan Tanggungjawab Bersama bersama penduduk Taman Mewah, pada hari ini yang dianjurkan oleh Kelab Alam Sekitar,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, PTSS. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir kerana sudi meluangkan masa bersama-sama pada hari ini. Program ini tidak akan dapat direalisasikan jika tiada sokongan daripada mereka yang sudi . Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Hadirin yang saya hormati sekalian, Besarlah harapan saya agar program yang dirancang ini akan mampu memberi manfaat kepada semua pihak dan meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya budaya menjaga kebersihan pesrsekitaran dalam kalangan kita khususnya anak-anak muda. Saya mewakili pihak pengurusan berharap agar program pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan tetamu yang hadir. Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita dan matlamat program kali ini dapat dicapai. Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir dan meluangkan masa untuk menghadiri Kempen Kebersihan Tanggungjawab Bersama ini. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan keprihatinan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Sekian daripada saya.


OBJEKTIF PROGRAM Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan. Membantu masyarakat untuk lebih memahami tentang cara menjaga kebersihan. Menyuntik sikap suka menjaga kebersihan dalam diri. Meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan kawasan perumahan Taman Mewah. Memupuk semangat kekitaan dalam kalangan penduduk Taman Mewah. Menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan penduduk Taman Mewah.


TENTATIF PROGRAM TARIKH MASA AKTIVITI BUTIRAN 8.00 pagi – 9.00 pagi Sarapan pagi Peserta menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh AJK Taman Mewah 9.00 pagi – 10.00 pagi Ceramah yang bertajuk “Kepentingan Kebersihan” Ceramah tersebut disampaikan oleh pengerusi persatuan Taman Mewah 10.00 pagi – 10.30 pagi Sesi soal jawab Peserta diberikan peluang untuk bertanyakan soalan kepada penceramah 12.00 tengah hari – 12.45 tengah hari Taklimat ringkas Selepas ceramah daripada pengerusi persatuan Taman Mewah, semua penduduk sedia untuk menyertai program gotong-royong yang dianjurkan oleh Persatuan Taman Mewah. Semua penduduk berkumpul di balai raya Taman Mewah. 4/3/2023 Sabtu 12.45 tengah hari Penyediaan peralatan dan pembahagian kumpulan Semua penduduk membawa peralatan penyapu , pongkes, cangkul dan sebagainya. Selapas taklimat pembahagian kerja gotong-royong, semua bermula untuk membersihkan kawasan perumahan tersebut. 1.00 tengah hari Gotong-royong Kumpulan 1 penduduk yang mengutip sampah di balai raya dan menebas semak samun. Kumpulan 2 pula memotong rumput di taman permainan. Kumpulan 3 menolong membersihkan longkang. Kumpulan 4 menyapu sampah di seluruh kawasan perumahan taman mewah. Mereka bekerjasama sebagai "aur dengan tebing". 4.00 petang – 5.00 petang Rehat Semua penduduk berehat di balai raya. Mereka menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh kaum wanita dan persatuan Taman Mewah. 5.00 petang – Gotong-royong Program gotong-royong telah


6.00 petang tamat dan kawasan perumahan Taman Mewah kelihatan ceria dan bersih.Pengerusi persatuan Taman Mewah mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk. Mereka rasa gembira dapat peluang menyertai program gotong -royong yang bermakna ini. 6.00 petang Bersurai


AKTIVITI - AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM “CERAMAH KEBERSIHAN” “AKTIVITI GOTONG ROYONG”


CERAMAH KEBERSIHAN Tempat : Dewan Serbaguna Taman Mewah Masa : 9:00 – 10:00 pagi Penceramah : Pengerusi Persatuan Taman Mewah Butiran : Taklimat ini dihadiri semua penduduk Taman Mewah yang berkelapangan dan yang memberi kerjasama untuk kebersihan taman tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mereka bertapa pentingnya penjagaan kebersihan dari pelbagai aspek. Perkara ini sekaligus dapat meningkatkan tahap kebersihan taman tersebut dari hari ke hari. Antara topik yang ditekankan adalah kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar dan manfaat yang bakal dinikmati pada masa yang mendatang. Kepentingan program ini adalah untuk membuka mata semua penduduk bahawa kebersihan amatlah penting dan juga berkait rapat dengan kesihatan. Jika sesuatu tempat itu tidak dijaga dengan rapi, maka kesihatan penduduk disitu mempunyai risiko mendapat penyakit yang berpunca dari pencemaran alam dan begitulah sebaliknya.


AKTIVITI GOTONG ROYONG Tempat : Kawasan Perumahan Taman Mewah Masa : 1:00 – 6:00 petang Butiran : Terdapat dua sesi bagi aktiviti gotong royong ini, iaitu sesi tengahari dan sesi petang yang telah disertai oleh penduduk Taman Mewah dan juga ahli Kelab Alam Sekitar,PTSS. Aktiviti ini diadakan untuk memupuk rasa cinta akan kebersihan alam sekitar dalam diri setiap peserta yang terlibat. Sekaligus,peserta dapat menimba pengetahuan baharu tentang cara-cara yang betul dalam pengurusan kebersihan dan banyak lagi manfaat yang diperoleh. Para penduduk yang menyertai aktiviti ini disediakan dengan makanan dan sijil penghargaan.


GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM


AHLI JAWATANKUASA PROGRAM Pengarah Program : Encik Abdullah Bin Zamzuri P.Pengarah Program : Puan Maisarah Binti Jamal Setiausaha : Anushri a/p Pusparaja AJK MULTIMEDIA - Muhammad Arif Bin Saiful - Nur Qamarina Binti Azzam AJK MAKANAN & MINUMAN - Salwa Binti Hassan - Syamsiah Binti Badri - Zairul Bin Khalid AJK PERALATAN - Muhammad Bin Jalil - Asyraf Bin Khairul - Umairah Sofiah Binti Mohd Tahir AJK PERSEDIAAN TEMPAT - Faizul Bin Husni - Wahidah Binti Asri - Che Anis Binti Che Wan AJK PENDAFTARAN - Nawal Adlina Binti Malek - Muhammad Arif Bin Saiful - Siti Robiah Binti Mumtaz Ahmad


PENGHARGAAN SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TELAH BEKERJASAM DAN BERTUNGKUS LUMUS DALAM MENJAYAKAN KEMPEN KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG. TERIMA KASIH…


Click to View FlipBook Version