The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Persediaan emosi murid kembali ke sekolah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hsy, 2021-11-08 03:56:39

Persediaan emosi murid kembali ke sekolah

Persediaan emosi murid kembali ke sekolah

Sentiasa patuhi dan
amalkan norma baharu

MINDA SIHAT, EMOSI TERJAGA, KEHIDUPAN SEJAHTERA

ADAKAH ANDA SUDAH TAHU ANDA BERADA
DI KUMPULAN A ATAU KUMPULAN B?



Senarai semak persediaan ke sekolah:

Susun buku ikut jadual waktu Pastikan alat tulis lengkap

Sediakan sudu atau garpu Pastikan badan sentiasa sihat

Membawa bekalan air yang Semaikan semangat yang berkobar-
mencukupi kobar untuk hadir ke sekolah

Sediakan tong sampah bersaiz kecil
agar sentiasa berada di tempat
duduk sendiri
Sediakan pelitup muka
yang mencukupi

Perkara Penting Pelaksanaan PdPc
Pembukaan Semula Sekolah 3.0 :

Memakai pakaian yang kemas dan bersih ke sekolah, datang ke
sekolah dan balik rumah mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
Murid perlu mematuhi Panduan Pembukaan Semula Sekolah
dengan melaksanakan penjarakan fizikal yang selamat iaitu
sebanyak satu meter (person to person).
Sentiasa memakai pelitup muka, membawa sanitasi tangan
(hand sanitizer) dan tisu basah disinfektan yang mampu
membunuh virus/kuman.
Membawa kain lap untuk membersih meja duduk sendiri dan
sentiasa membasuh kain lap yang telah diguna.
Tidak berkongsi makanan, minuman atau barang peribadi
seperti pelitup muka, sudu atau garpu dengan murid lain.
Semasa di dalam kelas, murid mestilah duduk di tempat duduk
sendiri. Murid tidak dibenarkan bertukar tempat duduk atau pergi
ke tempat duduk rakan.
Murid yang bergerak di kawasan sekolah hendaklah mengikut
lalu lintas yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

CEGAH JANGKITAN
COVID-19 DI SEKOLAH



作息 遵守学校 担心自己被 担心
时间调整 的各种 感染,出现 学习进度

防控措施 焦虑情绪 跟不上

kanak-kanak yang bersedia dari segi mental dapat
mengatasi perubahan ini dengan lebih baik. Aspek paling
penting bagi seorang kanak-kanak dalam membuat
persediaan dari segi mental ialah sokongan ibu bapa
yang bermula di rumah.

Anak yang mempunyai ibu bapa yang responsif dan
membabitkan diri dalam pembelajaran mereka kemungkinan
besar akan mendapat pencapaian yang lebih baik di sekolah. Ia
juga mempengaruhi kebolehan anak mengatasi kegagalan dan
tekanan, sekali gus mempengaruhi tingkah laku mereka di
dalam bilik darjah.

Berikut beberapa tips yang anda boleh amalkan
bersama anak untuk membantunya membuat
persediaan mental ke sekolah:

Wujudkan rutin tetap untuk bersedia ke sekolah. Jangan lupa berlatih
tidur pada waktu yang tetap bagi memastikannya mendapat tidur
mencukupi. Dengan adanya rutin, anak akan lebih bekerjasama,
kurang bimbang, membina keyakinan dan ia juga secara tidak
langsung mengajar mereka untuk lebih berdikari dan
bertanggungjawab.

Aturkan Rutin Harian

Bincang bersama anak
mengenai sekolah

• Bincangkan perkara positif yang bakal mereka lalui atau
alami di sekolah (contohnya cara mengenali kawan baru
atau mempelajari perkara baru). Anda perlu bersikap
lebih terbuka dalam mendengar cerita mereka.

• Lebih baik bagi anak anda jika dia mendapat banyak maklumat mengenai
pengalaman baru ini. Elak daripada membuat kenyataan bersifat negatif dan
buruk mengenai persekolahan untuk menakut-nakutkan anak contohnya
memberi amaran akan dirotan oleh guru jika berperangai buruk atau tidak
menyiapkan kerja sekolah.

Dengar luahan anak

Galakkan mereka menyuarakan semua kebimbangan dan
keperluan mereka kepada anda atau orang dewasa lain yang
dipercayai dan jangan takut untuk bersuara mengenai sesuatu.
Beritahu anak bahawa anda menghargai fikiran dan soalannya.
Baik jika anda dan anak anda dapat berkenalan dengan guru
kelas sebelum sesi persekolahan bermula.

Ajar dan kukuhkan tingkah laku

serta kemahiran positif lain

• Mengajar anak kemahiran sosial, menyelesaikan masalah dan meleraikan konflik adalah
kondusif untuk kesihatan mental yang baik. Kebanyakan nilai ini boleh diajar dengan
memberi beberapa tanggungjawab di rumah yang berpadanan dengan umur, aktiviti
bermain tidak berstruktur dan menggalakkan pembabitan sosial.

• Anda juga boleh bertanyakan soalan dan mengadakan peluang untuk merangsang anak
anda berfikir. Elak daripada mengganggu atau mengecil-ngecilkan kebimbangan, masalah,
idea atau pendapat mereka. Hormati komen mereka. Lama-kelamaan, anak anda akan
mempunyai rasa harga diri yang lebih tinggi dan mampu menghadapi cabaran dengan
yakin.

Kekal aktif secara fizikal dan tingkatkan kesihatan

Tabiat makan secara sihat, senaman secara tetap dan tidur mencukupi
melindungi kanak-kanak daripada berasa stres ketika dalam situasi
yang sukar. Senaman yang tetap juga mengurangkan emosi negatif
seperti kebimbangan, kemarahan, dan kemurungan.

Persediaan mental boleh memberi banyak manfaat dalam membantu
anak anda menyesuaikan diri. Di samping persediaan sosial dan fizikal,
pembabitan anda akan memberi banyak kelebihan kepada anak anda
berbanding rakannya. Mempunyai asas yang teguh dari awal akan
membantu anak anda mendapat pengalaman persekolahan dan
kehidupan yang lebih bermakna dan produktif.

Sama- sama kita dalam membantu anak
membuat persediaan emosi dalam

melalui normal baharu kembali ke sekolah


Click to View FlipBook Version