The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by szaharahsetapa, 2022-04-19 09:33:47

PIBG SKPK

PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SK PASIR KELANG,
18000 KUALA KRAI, KELANTAN

Perlembagaan PIBG SKPK

KEMASKINI APRIL 2018

FUNGSI JAWATANKUASA PIBG

Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat
keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah
dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan
Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

PERKARA (A) NAMA DAN ALAMAT
1. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Pasir Kelang, Kuala Krai.

2. Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah;
SK PASIR KELANG, 18000 KUALA KRAI, KELANTAN.

PERKARA (B) TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN

1. Tujuan utama penubuhan persatuan

i. Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan
murid-murid dalam meningkatkan imej sekolah;

ii. Untuk membantu dan menambahkan usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan
keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;

iii. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan
maklumat mengenai pendidikan;

iv. Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara
satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada
amnya; dan

v. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambahkan
kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi bertujuan meningkatkan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

2. Persatuan boleh, dengan kebenaran Guru Besar menganjurkan kegiatan kurikulum
dan kokurikulum di dalam atau di luar sekolah, dengan menggunakan tenaga mahir atau
pakar daripada kalangan anggota atau bukan anggota Persatuan bagi tujuan meningkatkan
pencapaian akademik atau perkembangan murid secara menyeluruh.

2

Perlembagaan PIBG SKPK

3. Persatuan dibenar mengutip apa-apa sumbangan yang diputuskan dalam mesyuarat
agung tahunan daripada anggota dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada
Pendaftar.
4. Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada perkara-
perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat
perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah.
5. Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-
perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dengan Guru Besar atau kakitangan sekolah
yang mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat Pendidikan
Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri
atau Persekutuan.

PERKARA (C) TEMPAT DIADAKAN MESYUARAT
Alamat : Sekolah Kebangsaan Pasir Kelang, Kuala Krai atau mana-mana tempat yang sesuai
dengan persekitaran dan telah diluluskan dalam mesyuarat jawatankuasa.

PERKARA (D) KEANGGOTAAN
1. Keanggotaan - Ahli
i. Semua guru dan ibu bapa yang mempunyai anak yang belajar di Sekolah Kebangsaan
Pangkalan Pasir Kelang.
ii. Walaubagaimana pun jika ada mana-mana individu yang sudah tiada anak dan ingin
menyertai keahlian boleh membuat permohonan. AJK boleh meluluskan keahlian jika ianya
boleh membantu tujuan persatuan.
2. Penasihat Persatuan
Guru Besar sekolah adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat
kepada Jawatankuasa PIBG dan Persatuan. Manakala Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(HEM) merupakan pemangku penasihat jika Guru Besar tiada.
Antara tanggungjawab dan fungsi Penasihat adalah seperti berikut;

i. menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat
Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;
ii. mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang
dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan
perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta
hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah;

3

Perlembagaan PIBG SKPK

iii. berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar
untuk kepentingan anggota Persatuan;

iv. meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam
mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;

v. memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan Sekolah dan
akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesyuarat persatuan;

vi. memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan;

vii. memastikan sumbangan Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan
tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan; dan

viii. menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri majlis anjuran
Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian.

3. Ahli Jawatankuasa

i. Mana-mana orang yang telah dicalonkan dan dipilih oleh anggota Persatuan Ibu Bapa -
Guru dalam mesyuarat agung tahunan.

Yang DiPertua

Naib Yang DiPertua

Setiausaha

Bendahari

Sembilan orang ahli jawatankuasa sebaik-baiknya (Jumlah semua - 14 orang)

(Sebaik-baiknya bilangan jawatankuasa hendaklah seimbang di kalangan ibu bapa dan
bilangan guru. Bilangan AJK hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 10 dan tidak
lebih daripada 20 anggota)

ii. Yang Dipertua diberi kuasa untuk menggantikan anggota jawatankuasa PIBG yang
sebelum mesyuarat agung tahunan yang akan datang telah meninggal dunia, meletakkan
jawatan atau anaknya tiada di sekolah ini lagi, dan menambah sehingga lima (5) orang ahli ke
dalam AJK PIBG mengikut keperluan.

4. Tugas Jawatankuasa

i. Tugas jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kegiatan-kegiatan persatuan dan
membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan dengan tidak
terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung.

ii. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga
bulan dan 7 hari notis hendaklah diberikan kepada ahli-ahlinya.

iii. Yang DiPertua atau tidak kurang daripada tiga orang ahli jawatankuasa boleh
menetapkan tarikh mesyuarat jawatankuasa.

5. Tugas Pegawai - Pegawai

4

Perlembagaan PIBG SKPK

i. Yang DiPertua hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua
mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua
mesyuarat. Beliau mempunyai undi pemutus dan hendaklah beliau menandatangani minit-
minit mesyuarat apabila telah diluluskan. Dalam masa ketiadaannya Naib Yang DiPertua
hendaklah memangku jawatannya.
ii. Setiausaha hendaklah menjalankan urusan Persatuan menurut Perlembagaan dan
melaksanakan arahan-arahan mesyuarat agung dan mesyuarat jawatankuasa. Beliau
hendaklah menyimpan minit-minit mesyuarat, menguruskan hal-hal surat menyurat dan
menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan rekod dengan sempurna. Beliau juga
hendaklah menyediakan laporan dan minit-minit mesyuarat untuk dibentangkan dalam
mesyuarat agung tahunan.
iii. Bendahari adalah bertanggungjawab mengendalikan hal-hal kewangan Persatuan.
Beliau hendaklah menyedia dan menyimpan kira-kira dengan sempurna. Beliau hendaklah
menyediakan penyata bagi tiap-tiap tahun kewangan sebelum 1hb Februari dan diserahkan
untuk diaudit. juga bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan terkini.

PERKARA (E) PENDAPATAN DAN AUDIT
1. Sumbangan daripada ahli adalah sebanyak RM 15.00 untuk satu keluarga dan boleh
berubah mengikut persetujuan dalam mesyuarat agung tahun semasa.
2. Sumbangan hendaklah diberikan bagi tahun semasa kepada bendahari kehormat
selewat-lewatnya tamat penggal pertama persekolahan (Jun). Surat peringatan akan diberikan
kepada ahli yang tidak memberikan sumbangan.
3. Sumbangan hendaklah dijelaskan oleh semua ahli (keluarga) meskipun telah
mendaftar lewat ke sekolah sehingga bulan November bagi tahun semasa.
4. Sebarang pengecualian bayaran sumbangan oleh ahli hendaklah diputuskan dalam
mesyuarat AJK PIBG yang terdekat.
5. Persatuan hendaklah menyimpan atau mengarahkan supaya disimpan sumbangan ke
dalam akaun bank berkenaan dan merekod segala pergerakan kewangan.
6. Persatuan hendaklah juga menyediakan penyata kira-kira bagi tiap-tiap tahun
kewangan.
7. Akaun Persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh orang yang bukan
jawatankuasa dan mereka hendaklah dicalonkan dan dipilih oleh anggota Persatuan dalam
mesyuarat agung tahunan.

PERKARA (F) KUASA - KUASA MEMBELANJAKAN WANG PERSATUAN

5

Perlembagaan PIBG SKPK

1. Kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan ialah kepada AJK Persatuan dengan
syarat ianya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi tujuan sekolah dan
persatuan.
2. Bendahari dibolehkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 500.00
(Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada suatu masa dan memasukkan semua wang yang
lain ke dalam bank yang diluluskan oleh jawatankuasa. Akaun itu hendaklah di atas nama
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK PASIR KELANG.
3. Segala kenyataan pengeluaran wang dan akaun Persatuan hendaklah ditandatangani
oleh mana-mana dua daripada yang berikut, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat atau
Naib Setiausaha. Sekiranya pengesahan wang itu tidak melebihi RM 2,000.00 (Ringgit
Malaysia Dua Ribu Sahaja) maka hendaklah ditandatangani oleh dua daripada tiga penama di
atas sahaja.
4. Tahun kewangan Persatuan ialah pada 1hb Januari hingga 31hb Disember.
5. Garis panduan perbelanjaan PIBG SK PASIR KELANG, KUALA KRAI.
i. Segala perbelanjaan PIBG hanya boleh dibuat setelah diluluskan dalam mesyuarat
AJK PIBG. Satu salinan kertas kerja permohonan disimpan oleh Bendahari Kehormat bagi
tujuan rekod. Harus dikemukakan dalam mesyuarat untuk diluluskan.
ii. Resit-resit bil bayaran bagi peruntukan yang dikeluarkan oleh PIBG perlu diberi
kepada Bendahari Kehormat untuk direkod/di audit.
iii. Perbelanjaan / pembelian barang-barang yang melebihi RM 1,000.00 perlu mendapat
sekurang-kurangnya 3 sebut harga sebelum pesanan dibuat. Keputusan menerima sebut harga
dibuat oleh sekurang-kurangnya lima Ahli Jawatankuasa PIBG.
iv. Pihak penerima perlu menerima menandatangani baucer bayaran sebagai tanda
penerimaan peruntukan yang diberi oleh PIBG.
v. Pengeluaran wang perlu dimaklumkan 3 hari lebih awal supaya wang dapat disediakan
dengan persetujuan Yang DiPertua PIBG, Bendahari Kehormat dan Setiausaha Kehormat.
vi. Buku Akaun / Cek akan disimpan oleh Bendahari Kehormat.
vii. Bendahari Kehormat akan keluarkan resit atas segala kutipan / sumbangan yang
diterima.
viii. Setiap bulan juruaudit dalaman (juruaudit guru) perlu mengaudit dan mengesahkan
penyata bulanan.

PERKARA (G) PENYIMPANAN AKAUN-AKAUN PENDAPATAN DAN
PERBELANJAAN

6

Perlembagaan PIBG SKPK

1. Penyata kira-kira yang telah di audit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan
mesyuarat agung tahunan yang berikutnya: BANK RAKYAT atas nama: PERSATUAN IBU
BAPA DAN GURU SK PASIR KELANG.

2. Satu Penyata kira-kira yang telah di audit dan diluluskan oleh mesyuarat agung
tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar sekolah.

PERKARA (H) KUORUM

1. Kuorum bagi Mesyuarat Agung hendaklah tidak kurang daripada 54 orang ahli.
(Bilangan mesti tidak kurang daripada tiga kali jumlah bilangan ahli-ahli jawatankuasa)

2. Kuorum bagi mesyuarat ahli jawatankuasa hendaklah sebanyak 2/3 bilangan ahli
jawatankuasa.

PERKARA (I) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DAN MESYUARAT AGUNG
TERGEMPAR

1. Kuasa Persatuan adalah terserah kepada mesyuarat agung.

2. Mesyuarat agung tahunan hendaklah diadakan selewat-lewatnya 31hb Mac setiap
tahun

3. Mesyuarat Agung Tergempar

a. Apabila di difikirkan perlu oleh jawatankuasa.

b. Atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya tiga kali jumlah bilangan ahli
jawatankuasa Persatuan dan mesyuarat itu hendaklah diadakan dalam tempoh dua puluh satu
hari daripada tarikh penerimaan permintaan tersebut.

4. Sekurang-kurangnya 14 hari notis hendaklah diberi secara bertulis untuk
mengadakan mesyuarat agung tahunan dan sekurang-kurangnya 7 hari notis bagi mesyuarat
agung tergempar.

5. Urusan mesyuarat agung tahunan ialah menerima laporan jawatankuasa dan penyata
kira-kira yang telah di audit bagi tahun yang lalu, memilih pemegang-pemegang jawatan dan
menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan.

6. Urusan mesyuarat agung tergempar hendaklah dihadkan hanya kepada maksud-
maksud mesyuarat itu diadakan.

7. Setiap anggota Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali
tanpa sebab hendaklah digugurkan keanggotaan dalam jawatankuasa PIBG secara automatik
dan Yang Di-Pertua hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada anggota berkenaan
sebaik sahaja keputusan itu dibuat.

8. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara-perkara
berikut;

ucapan Pengerusi;

7

Perlembagaan PIBG SKPK

i. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu;
ii. Membentang dan menerima Laporan Program Tahunan;
iii. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember
tahun sebelumnya;
iv. Membahaskan usul, jika ada;
v. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan;
vi. Pemilihan Juru Audit Dalaman;
vii. Ucapan penangguhan; dan
viii. Lain-lain hal.

9. Laporan Mesyuarat
Laporan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan
hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah atau Pegawai
Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas
tarikh Mesyuarat.

PERKARA (J) PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN
Perlembagaan Persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
mesyuarat agung tahunan. Pindaan-pindaan kepada perlembagaan hanya berkuat kuasa mulai
daripada tarikh pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Sekolah.

PERKARA (K) LARANGAN
Persatuan tidak boleh bergabung dengan mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau
lain-lain pertubuhan atau persatuan yang didafgarkan atau diperbadankan di bawah mana-
mana undang-undang yang bertulis yang bekuat kuasa berhubung dengannya.

PERKARA (L) TAFSIRAN
Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai gafsiran dalam perlembagaan ini, perkara
itu hendaklah dirujukkan kepada Pendaftar. Keputusan Pendaftar mengenai perkara tersebut
adalah muktamad.

PERKARA (M) PEMBUBARAN
Persatuan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan kelulusan bertulis daripada Pendaftar.
Segala harta alih atau harta tak alih tidak boleh diluluskan melainkan dengan kelulusan
Pendaftar.

8

Perlembagaan PIBG SKPK
Perlembagaan ini telah dikemaskini dalam mesyuarat AJK PIBG Bil 4 / 2018 pada 17
Oktober 2018.

9


Click to View FlipBook Version