The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yrmuhammad123, 2022-01-05 22:54:51

KESIHATAN DAN PERPADUAN

MPU21032



PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN






KESIHATAN DAN PERPADUAN




NAMA PENSYARAH : DR.NOR HAYATI FATMI BINTI

TALIB



SESI: 2021/2022




NAMA NO MATRIK

MUHAMMAD HADIF HAIQZAT BIN MOHAMAD HAMDAN 23DLH21F1006





MUHAMMAD HARITH BIN ZURITA 23DLH21F1009



HUSSAIN HAWARI BIN FARIQ 23DLH21F1049

PENGHARGAAN











Syukur alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap ilahi kerana telah memudahkan kami rakan
sekerja menyiapkan tugasan efolio yang bertajuk Kesihatan dan Perpaduan dalam subjek penghayatan etika dan

peradaban. Terima Kasih yang tidak terhingga daripada kumpulan kami.




Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kami iaitu Dr.Norhayati selaku
pensyarah penghayatan etika dan peradaban kerana banyak membimbing kami dan membantu kami dalam

menyiapkan tugasan Efolio ini mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh kumpulan kami. Selain itu, ucapan

syabas dan tahniah kepada ahli kumpulan kami kerana telah memberi kerjasama yang baik dalam menyiapkan

tugasan ini. Di samping itu, tidak ketinggalan ibu-bapa yang mendorong kami dan memberi pendapat dan idea yang
bernas untuk kami letakan dalam tugasan kami.




Akhir sekali, ucapan terima kasih diberikan kepada semua yang turut membantu kami dalam menyiapkan
tugasan Ini sama secara langsung mahupun tidak langsung, kami amat-amat menghargai segala bantuan, mungkin

tanpa dorongan daripada semua orang kami tidak dapat menjayakan tugasan efolio ini, dan kami terharu atas jasa

baik semua orang.



Sekian, terima kasih.



i

ISI KANDUNGAN







ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


PENGENALAN 01

KESIHATAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN 02


KEMPEN ATAU PROGRAM YANG BERKAITAN DENGAN KESIHATAN 03


KEBAIKAN & KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN 04 - 06


KEBURUKAN & KESAN TIDAK MENJAGA KESIHATAN 07-09


KESIHATAN ROHANI 10


PERPADUAN PADA HARI INI 11


KEBAIKAN MENJAGA PERPADUAN & KEBURUKAN TIDAK MENJAGA PERPADUAN 12-14


PANDEMIK COVID-19 15- 18

KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA PERPADUAN ANTARA RAKYAT 19


KEBERSIHAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN 20

KESIMPULAN & RUJUKAN 21 -22

PENGENALAN








MAKSUD KESIHATAN MAKSUD PERPADUAN



• Definisi bagi kesihatan, menurut WHO, kesihatan • Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan
adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi erat atau bersifat toleransi yang
fizikal, mental, rohani dan sosial.
diwujudkan secara sengaja dalam kalangan
• Kesihatan fizikal merangkumi tujuh aspek iaitu kaum dan etnik yang berbeza untuk
sihat dan sempurna tubuh badan, keadaan dalam
dan persekitaran rumah yang bersih dan teratur, mencapai matlamat bersama secara jujur
keadaan alam sekeliling yang tidak menjejaskan dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan
hidupan, tempat tinggal yang sempurna, adalah proses menyatupadukan
pemakanan yang seimbang, bekalan air yang seluruh masyarakat untukmembentuk satu
bersih, dan udara yang bersih.
identiti dan nilai bersama serta perasaan
• Kesihatan mental dan rohani merangkumi empat cinta dan banggakan negara. Perpaduan
bidang utama iaitu daya pemikiran dan sikap yang
positif, dapat menyesuaikan diri dengan keluarga, tidak akan tercapai jika ada segelintir
rakan sebaya dan masyarakat, ada perasaan kasih pihakyang cuba untuk menjadi batu api dan
dan sayang, dan ada rasa penerimaan, menyemarakkan lagi isu perkauman
penghargaan dan bersyukur. dikalangan kaum di Malaysia.

• Kesihatan sosial pula adalah perhubungan yang
baik dengan ahli keluarga, rakan sebaya, jiran dan 01
juga masyarakat setempat.

KESIHATAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN








• Kesihatan dan perpaduan dapat dikaitkan dengan

kerjasama antara organisasi dalam bidang

kesihatan dalam memastikan masyarakat dengan

tidak membezakan agama,bangsa dan kaum bagi

memastikan kita semua dapat mengecapi

kehidupan bermasyarakat yang aman dan

harmoni.Seterusnya,untuk membina perpaduan

yang kukuh antara masyarakat ialah tiada


dekriminasi dalam memberikan perkhidmatan

kesihatan kepada semua kaum tanpa wujud isu

perkauman.Selain itu,kerajaan juga perlu

memainkan peranan supaya semua servis

kesihatan diberikan sama rata kepada seluruh

kaum di Malaysia dan kerajaan juga boleh

mengadakan kempen atau program yang

berkaitan dengan kesihatan supaya dapat

memepuk semangat perpaduan antara 02

masyarakat.

KEMPEN ATAU PROGRAM YANG BERKAITAN


DENGAN KESIHATAN




Kerajaan perlu mengadakan kempen atau program yang

berkaitan dengan kesihatan agar rakyat Malaysia dapat
mempelajari dengan lebih mendalam tentang kesihatan
dan supaya masyarakat dapat mengeratkan hunbungan
antara kaum.


Antara contoh kempen atau aktiviti berkaitan dengan
kesihatan ialah kempen derma darah.Tujuan utama

kempen ini diadakan adalah untuk membantu masalah
kekurangan bekalan darah di hospital seluruh negara.
.Dengan mengadakan kempen ini perpaduan antara

masyarakat akan terwujud .

Selain itu terdapat Kempen pinggan sihat Malaysia suku

suku separuh adalah salah satu usaha yang dijalankan
oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi
mengajar kita untuk mengamalkan cara pemakanan
yang sihat.Kempen pinggan sihat suku suku separuh ni

adalah satu budaya makan yang bagus, wajib diamalkan
oleh semua peringkat usia



03

KEBAIKAN & KEPENTINGAN





MENJAGA KESIHATAN























04

DAPAT MENGELAKKAN DIRI

DARIPADA PENYAKIT BERBAHAYA








 Antara kebaikan atau kepentingan apabila menjaga kesihatan ialah

kita dapat mengelakkan diri daripada penyakit berbahaya seperti
COVID-19 , asma dan penyakit jantung.Ini kerana penyakit

berbahaya tersebut bukan sahaja boleh menyebabkan kesakitan
yang sedikit malah ia boleh menyebakan kematian.Oleh itu, kita

sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bekerjasama untuk
membendung masalah ini dengan menjaga diri dengan baik supaya

negara kita selamat dan harmoni.






















05

DAPAT MELAKUKAN AKTIVITI DENGAN



SELESA






 Selain daripada dapat mengelakkan diri daripada

penyakit berbahaya kita juga dapat melakukan aktiviti

dengan selesa tanpa sebarang penyakit apabila kita

sudah menjaga kesihatan dengan baik.Dengan itu kita

dapat melakukan aktiviti dengan keluarga dan

masyarakat tanpa masalah.Antara contoh aktiviti yang

kita dapat lakukan ialah gotong royong,beriadah dan

melancong bersama keluarga.Apabila kita melakukan

aktiviti ini kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan
dan perpaduan antara keluarga dan masyarakat di

Malaysia.Oleh itu kita hendaklah menjadikan amalan

menjaga kesihatan diri ini sebagai kewajipan setiap

masyarakat di Malaysia dan diperatikkan dengan sebaik 06

mungkin.

KEBURUKAN & KESAN TIDAK



MENJAGA KESIHATAN

























07

ORANG DISEKELILING KITA TIDAK BERASA SELESA



Apabila kita tidak menjaga kesihatan dengan baik kita

akan menghidap pelbagai penyakit dengan itu orang di


sekeliling tidak akan berasa selesa apabila kita melakukan

aktiviti di luar. Selain itu, kita juga akan menyusahkan

orang disekeliling kita, hal ini kerana mereka akan

membantu kita ketika kita diserang penyakit. Disamping


itu, apabila kesihatan tidak terjaga risiko ditimpa penyakit

amat tinggi dan apabila kita sering ditimpa penyakit kita

akan mengeluarkan kos rawatan yang tinggi bagi

menyembuhi sakit yang kita alami.Wal hal wang itu boleh


digunakan pada masa yang akan datang tetapi kerana kita

tidak menjaga kesihatan, wang itu terpaksa kita

gunakan.Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia kita

haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya kita


dapat melakukan aktiviti di luar dengan selesa tanpa

sebarang kerisauan tentang orang di sekeliling dan ia juga

dapat melahirkan masyarakat yang aktif dan proaktif

apabila kita mengamalkan gaya hidup yang sihat.
08

MENGGUNDANG PELBAGAI JENIS PENYAKIT


YANG BERBAHAYA







• Antara keburukan dan kesan jika kita tidak menjaga


kesihatan ialah boleh mengundang pelbagai jenis penyakit

yang merbahaya, seperti darah tinggi, sakit jantung, COVID-


19, kencing manis, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, badan


akan menjadi lemah ataupun tumbesaran terbantut pada

kanak kanak yang sedang membesar dan akan berlaku


penambahan berat badan dan pengurangkan berat badan

secara tidak sihat.Hal ini demikian kerana tidak


mengamalkan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan


yang tidak mengikuti piramid makanan yang dinasihatkan .

Penyakit ini juga boleh membawa kepada kematian jika tidak


dicegah .Oleh itu kita mestilah menjaga kesihatan diri supaya

hidup kita terhindar daripada pelbagai penyakit.


09

KESIHATAN ROHANI






• Manusia mempunyai rohani. Kita perlu mengetahui siapa diri kita dan mengapa
kita dijadikan. Memiliki kerohanian yang sihat membolehkan kita menjalani

kehidupan seharian secara memuaskan lagi bermakna. Bagi sesetengah orang

kerohanian memberi maksud mempercayai Yang Maha Kuasa dan kehidupan di
hari kemudian. Ini memberi kesan kepada kekuatan dalaman, ketenangan,

keselesaan dan perasaan kasih sayang. Kesihatan rohani juga mendekatkan

seseorang kepada Yang maha Pencipta dan alam semesta.



• Apabila seseorang mempercayai kerohanian mereka akan memperoleh

ketenangan hal ini dapat menyumbang kepada kesejahteraan jiwa dalam diri.

Memepercayai tentang kewujudan tuhan dapat menjadikan seseorang itu
sentiasa bersyukur, bertawakal, dan redha akan takdir hidupnya. Selain itu,

sesorang itu akan bersyukur dikala mereka tenang dan bahagia dan dikala duka

mereka akan meluahkannya kepada sang tuhan yang maha kuasa. Ini dapat
mengembalikan diri mereka menjadi lebih baik dalam kehidupan seharian.




• Oleh itu, kita dilarang untuk menyombongkan diri kepada sang pencipta, dengan
merasakan diri kita paling berkuasa, ini dapat membuatkan perasaan seseorang

itu bercelaru dan tidak tenteram.

10

PERPADUAN PADA HARI INI






• Kita sudah sedia maklum bahawa di negara kita terdapat pelbagai bangsa dan

kaum. Ini dipanggil masyarakat majmuk, Pembentukan masyarakat majmuk di

negara kita bermula pada abad ke-19 kesan daripada kolonielisme. Pada awal

abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah Melayu adalah berbangsa Melayu.

Namun pada pertengahan abad ke-19 kedatangan kaum cina dan india secara

beramai-ramai ekoran dasar liberal inggeris telah mengubah kependudukan asal

Tanah Melayu. Di Malaysia terdapat pelbagai suku kaum dan etnik. Kaum utama

ialah terdiri daripada kaum melayu, cina, dan india. Manakala terdapat 80 kaum

etnik di Malaysia timur iaitu di Sabah dan Sarawak seperti kaum iban, kadazan

dusun, bajau, murut , Melanau dan sebagainya. Ini telah menjadikan masyakarat

Malaysia hidup dalam keperpaduan berbilang kaum. Selain itu, kita juga dapat

mengenal budaya, adat resam dan agama yang terdapat pada sesebuah kaum. Hal

ini menjadikan kita lebih berpengetahuan kehidupan sesebuah kaum sekaligus

menjadikan kita seorang yang beretika dalam kehidupan. Untuk mengekalkan

perpaduan di negara kita, kita perlulah bersatu padu seperti pepatah melayu

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” dan menjaga sensitiviti antara kaum.





11

KEBAIKAN MENJAGA PERPADUAN &




KEBURUKAN TIDAK MENJAGA



PERPADUAN



























12

DAPAT HIDUP DALAM KEADAAN AMAN


DAN HARMONI






• Apabila menjaga perpaduan, masyarakat akan hidup dalam

keadaan aman dan harmoni. Dengan cara setiap individu


perlu mempunyai sikap toleransi dan bertolak ansur sesama

masyarakat. Selain itu, tolong-menolong juga dapat

mengeratkan perpaduan diantara masyarakat seperti


membantu orang ketika dalam kesusahan tanpa mengira

bangsa dan kaum. Seterusnya sama-sama meraikan sesuatu

perayaan. Di samping itu, sikap hormat-menghormati amat

penting, ini kerana kita perlu menghormati kaum lain seperti

tidak menghina atau mempersendakan budaya ataupun


agama sesebuah kaum itu. Hal ini sekaligus menjadikan

negara kita bertambah maju dan disanjung oleh negara lain.

Ekonomi di negara kita juga akan meningkat dan imej negara

kita akan terlihat di mata dunia.





13

BERLAKUNYA PERPECAHBELAHAN KAUM







• Apabila kita tidak menjaga perpaduan, masyarakat akan hidup
dalam perpecahbelan kaum. Hal ini akan mengakibatkan

berlakunya rusuhan kaum seperti berarak beramai-ramai untuk

menunjukan ketidakpuasan hati. Selain itu, masyarakat akan
saling benci-membenci antara satu samalain. Sekiranya perkara

ini berlarutan kemungkinan akan mengakibat kehilangan nyawa

orang yang tidak bersalah. Seterusnya akan mengakibatkan
kemusnahan harta benda, hidup menjadi kacau bilau dan negara

menjadi tidak teratur. Di samping itu, ekonomi Negara akan

terhenti serta-merta menjadikan sesebuah negara itu merosot

dan muflis. Kita boleh berlajar daripada kesilapan kita yang lalu
iaitu Peristiwa 13 Mei 1996 yang pada ketika itu negara kita

menghadapi rusuhan kaum yang amat dahsyat. Sebagai rakyat

Malaysia kita perlu sedar bahawa menjaga perpaduan adalah
amat penting bagi menggelakan terjadinya perkara yang

sedemikian dan janganlah kita menconteng arang terhadap imej

dan intergriti Negara sebagai negara yang berdaulat dan

mengamalkan prinsip demokrasi.





14

PANDEMIK COVID-19







• Pada hujung tahun 2019 dunia digemparkan dengan berita penemuan virus

baharu iaitu koronavirus yang sedang berlaku secara global berpunca

daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Wabak
ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar

raya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.Sehingga , lebih

daripada kes telah disahkan, dengan lebih daripada kematian disebabkan
oleh COVID-19. Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan

cara yang serupa dengan influenza, melalui titisan pernafasan daripada

batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang
menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun

sebelum gejala muncul. Masa antara pendedahan dan permulaan gejala

biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antara dua hingga empat belas

hari. Gejala umum termasuk demam, batuk, dan sesak nafas.Komplikasi
mungkin termasuk radang paru-paru dan sindrom kesukaran pernafasan

akut.Ia juga boleh mengakibatkan kematian.










15

CARA MENGATASI WABAK COVID-19









• Cara mengatasi wabak covid-19 ini ialah dengan menjaga jarak antara
idividu dengan individu yang lain. Selain itu, sering memakai pelitup muka

ketika berada diluar rumah,kita juga perlu kerap mencuci tangan dengan

bersih mengikut langkah-langkah yang telah disyorkan oleh pakar kesihatan.

Seterusnya, tidak pergi ketempat yang ramai orang dan berisiko tinggi,
seperti di majlis-majlis, rumah terbuka dan perhimpunan awam. Disamping

itu, negara kita telah mewajibkan keatas setiap individu untuk mengambil

suntikan vaksin. Terdapat beberapa suntikan vaksin yang diluluskan oleh
kerajaan serta para ulama untuk memastikan ianya halal ataupun tidak.

Antara jenis vaksin yang terdapat di negara kita ialah Pfizer

(Amarica),AstraZeneca (United Kingdom), dan Sinovac (China). Kini terdapat
suntikan yang kedua kepada seluruh rakyat malaysia bagi melengkapi dos

penerimaan suntikan vaksin. Akhir sekali, jika terdapat gejala pastikan diri

dikuarantinkan selama 14 hari bagi memastikan diri dalam keadaan yang
sihat ataupun tidak dan membuat SWAB test. Jika seseorang itu telah

menerima dua suntikan vaksin ini dapat mengurangkan risiko mendapat

penyakit covid-19.




16

HIDUP DIDALAM NORMA BAHARU









• Pada ketika ini seluruh dunia terpakasa menerima perubahan norma baharu

dalam kehidupan mereka termasuk negara Malaysia. Antara norma baharu
yang dilaksanakan di negara kita ialah penutupan sekolah, ini menjadikan

semua pelajar dan guru akan membuat sesi pembelajaran diatas talian,

seperti menggunakan google meet, zoom, dan Webex. Hal ini memberi
kebaikan dan keburukan kepada kita. Antara kebaikan yang boleh kita ambil

ialah kita lebih mahir dalam menggunakan teknologi maklumat dan

keburukannya ialah jika sesorang mengalami masalah internet ianya agak

sukar untuk belajar. Selain itu, norma baharu yang dilaksanakan ialah
mematuhi sop yang telah ditetapkan seperti keluar rumah hendaklah

memakai pelitup muka (mask) dan jika ingin memasuki gerai ataupun

sesebuah tempat kita perlu mengimbas Qrcode didalam Mysejahtera.
Seterusnya, ialah sukar untuk merentas negeri mahupun daerah jika sesuatu

tempat itu berisko tinggi. Hal ini banyak mengubah cara hidup kita yang

dahulu dan sekarang. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mematuhi dan

mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan kita
sentiasa dalan keadaan yang sihat, kita juga perlu menerima norma baharu ini

bagi terus hidup dalam kekanggan covid-19.

17

KESAN TERHADAP NEGARA









• Pandemik covid-19 telah memberi kesan terhadap seluruh negara

termasuklah negara Malaysia. Antara kesan terhadap negara kita ialah

dari segi ekonomi, pada Ketika ini negara kita mengalami kejatuhan
ekonomi yang teruk ini kerana kita terpaksa menghentikan segala

perdagangan, penjualan dan pergerakan untuk memastikan virus covid-

19 tidak merebak ke negara lain, begitu juga dengan negara lain, mereka
terpakasa menghentikan perdangangan mereka. Selain itu, kes

penambahan semakin meningkat ini dapat melemahkan barisan hadapan

negara untuk menjaga negara, seperti barisan kesihatan. Negara kita juga

kekurangan tempat penempatan pesakit covid-19. selain itu, kekurangan
kemudahan rawatan ini juga memberi impak kepada negara untuk

mengatasi masalah ini. Akhir sekali, pembelian panik, ini kerana semua

orang memikirkan bekalan makanan semasa melakukan perintah
berkurung, ini menjadikan keadaan lebih buruk kerana akan berlakunya

pergaduhan semasa membeli dan tanpa disedari virus ini boleh merebak

kepada mereka. Oleh itu, kita perlulah mengikuti arahan yang diberikan

oleh kerajaan supaya keadaan lebih teratur dan mudah diuruskan.




18

KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA

PERPADUAN ANTARA RAKYAT






• SIKAP MEMENTINGKAN DIRI • ASPEK SOSIAL

DALAM MASYARAKAT



Sering kali kita dapati terdapatnya segolongan Memang tidak dapat disangkal bahawa komunikasi dua
masyarakat yang sanggup menggadai prinsip politik, hala yang baik antara masyarakat berbilang kaum

ekonomi, keadilan dan perikemanusiaan demi merupakan antara cabaran besar yang perlu dihadapi. Hal
kepentingan diri. Contohnya, sesetengah rakyat ini demikian kerana tanpa komunikasi yang baik di antara

yang tidak memberi kerjasama yang baik untuk rakyat dan kesepakatan dapat menjejaskan kejayaan
mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) semasa berlakunya wabak virus sesuatu program kesihatan seperti Bulan Sukan Negara
jangkitan COVID-19. Sebagai contoh, rakyat lebih dilaksanakan. Contohnya, di dalam sesebuah komuniti yang
suka mengikut kehendak mereka untuk keluar terdapat masyarakat yang berbilang kaum mempunyai

sesuka hati dan tidak mengikut prosedur yang telah komunikasi yang kurang baik sesama kaum akan
ditetapkan tanpa mengambil berat tahap kesihatan mewujudkan jurang antara satu sama lain dan sekaligus

orang lain. Hal ini diperkatakan demikian kerana menyukarkan kita untuk bersepadu ketika melakukan
kita akan mengeruhkan lagi keadaan sekaligus

meningkatkan bilangan kes COVID-19 tersebut perancangan aktiviti sepanjang Bulan Sukan Negara. Selain
melalui sentuhan dan tiada jarak antara rakan itu, kesihatan sangat memerlukan komunikasi dua hala
apabila bertemu. antara satu sama lain terutamanya ketika merawat,

melawat dan melakukan pembedahan kepada pesakit.

19

KEBERSIHAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN








• Sudah semestinya kehidupan berjiran seringlah mendengar mengenai
kebersihan persekitaran taman ataupun perkampungan agar

masyarakat dapat hidup dengan selesa dan nyaman. Didalam Islam
sudahpun dijelaskan bahawa kebersihan separuh daripada iman, nilai
kebersihan yang rendah boleh memecahbelahkan perpaduan kaum
di Malaysia. Keadaan persekitaran yang kotor sehingga menyebabkan
air bertakung selain bau busuk yang menarik perhatian haiwan liar
akan mendatangkan masalah kesihatan kepada penduduk
masyarakat yang hidup berjiran. Isu pembuangan sampah merata-
rata akan membawa kepada peningkatan kes aedes. Selain itu,

sampah yang bersepah juga akan menarik perhatian haiwan liar
termasuk ular dan tikus yang akan mengundang masalah kesihatan
serta keselamatan penduduk sekitar. Seterusnya, menjadi tanda
tanya tanggungjawab siapakah untuk memastikan kebersihan dan
keselamatan penduduk persekitaran, bermulanya tuding menuding
jari antara penduduk yang akan menghancurkan perpaduan negara.
Seharusnyalah pihak berkuasa mengambil inisiatif dalam memastikan
perpaduan negara kita terjamin dengan mengadakan kemudahan
awam. Contohnya, menyediakan tempat pembuangan sampah yang
betul supaya dapat diambil oleh lori pengangkutan sampah. Aktiviti
gotong-royong mestilah diadakan sekali-sekala agar tempat

persekitaran menjadi lebih bersih dan kemas. Aktiviti ini juga dapat
memupuk semangat perpaduan diantara kaum dengan bekerjasama
dan berinteraksi sesama sendiri tidak kira umur, bangsa dan agama. 20

KESIMPULAN








Kesimpulannya sektor kesihatan dapat memupuk dan mewujudkan semangat

perpaduan yang utuh dan teguh antara masyarakat. Perpaduan kaum

merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian


masyarakat berbilang kaum dan agama. Walaupun terdapat beberapa cabaran

dan rintangan tetapi negara Malaysia tetap dipandang tinggi oleh negara-negara

lain mengenai perpaduan negara kita. Haruslah kita mempertahankan serta

mengekalkan apa yang ada di negara kita demi kemakmuran negara Malaysia


pada masa hadapan. Dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih

dan strategi yang lebih berkesan untuk dilaksanakan bagi mengekalkan

perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai ke arah status negara

maju. Memetik daripada percakapan bekas perdana menteri Amerika iaitu

Barack Obama yang menyatakan "tidak kisahlah pembangunan, tidak kisahlah


pemodenan, tetapi pada akhirnya semuanya terletak pada rakyat untuk besatu

padu dalam apa jua keadaan demi memajukan sesebuah negara tersebut untuk

melahirkan negara yang berkualiti dalam perpaduan".





21

RUJUKAN
















• https://haziqahhannis17.blogspot.com/?m=1




• https://pepdmh1ak8.blogspot.com/2020/09/ef


olio-etika-dan-peradaban-kesihatan.html



• https://online.anyflip.com/scnox/xsmm/mobil


e/index.html










22


Click to View FlipBook Version