MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK : KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN
PENSYARAH : DR. HJH NOR HAYATI FATMI BINTI TALIB
KELAS : DLH1B
SESI 1 :2021/2022
NAMA NO MATRIK
ADRIANA DAYINIE BINTI ISMAT HILMY 23DLH21F1013
NUR KHAIRUNNIESA BINTI JOHARI 23DLH21F1011
RAJA IKLIL NURABYANA ZALIFAH BINTI 23DLH21F1034
RAJA ISKANDAR
ISI KANDUNGAN
#PENGHARGAAN………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. I
#KEBUDAYAAN ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………II
1) PENGENALAN …………………………………………………………………………………………………………………………………………………… 1
2) DEFINISI …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….2
3) CIRI-CIRI……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..3
4) KEPENTINGAN………………………………………………………………………………………………………………………………………………......4
5) JENIS-JENIS KEBUDAYAAN…………………………………………………………………………………………………………………………………..5
5.1 KAUM MELAYU………………………………………………………………………………………………………………………………………………...6-11
5.2 KAUM CINA………………………………………………………………………………………………………………………………………………........12-16
5.3 KAUM INDIA……………………………………………………………………………………………………………………………………………….......17-20
#PERPADUAN………………………………………………………………………………………………………………………………………………............21
1)PENGENALAN………………………………………………………………………………………………………………………………………………........22
2) KEPENTINGAN………………………………………………………………………………………………………………………………………………......23
3) LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PERADUAN…………………………………………………………………………………..24
#KESIMPULAN………………………………………………………………………………………………………………………………………………..........25
#LAMPIRAN………………………………………………………………………………………………………………………………………………................25
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan rahmatnya, kami sekumpulan telah Berjaya menyiapkan e-folio yang diberikan tentang ‘KEBUDAYAAN DAN
PERPADUAN’. Dalam negara Malaysia yang mempunyai banyak kebudayaan daripada pelbagai kaum. Selain itu, perpaduan negara Malaysia yang sentiasa
bertolak ansur , berganding bahu bersama-sama dan bekerjasama memuouk perpaduam yang hermoni dalam masyarakat Malaysia.
Seterusnya, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan e-folio ini. Terima kasih juga kepada
pensyarah kami iaitu DR.NOR HAYATI kerana banyak memberi tunjuk ajar dan keterangan tentang tugasan ini. Akhir kata , kami berharap agar tugasan ini
memenuhi semua aspek yang diperlukan dan kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam isi tugasan ini.
I
KEBUDAYAAN
II
1)PENGENALAN
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalamkeadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu,
Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang
beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik
di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung.
Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih
dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam,
dan Hindi.
Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi
Bahasa Inggeris digunakan untuk perniagaan. Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah mendefinisikan Budaya Malaysia menerusi "Dasar
Kebudayaan Kebangsaan 1971", yang menentukan apa yang dianggap budaya rasmi, mendasarkannya kepada budaya Melayu dan
mengintegrasikan pengaruh Islam.
Bahasa yang sangat dipengaruhi ini; hanya teks Melayu yang dianggap sebagai teks budaya rasmi. Kawalan kerajaan ke atas media adalah
kuat, dan kebanyakan saluran media berkaitan dengan kerajaan dalam beberapa cara. Kebudayaan berperanan penting dalam proses
pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan kearah meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam
satu proses yang berterusan.
1
2) DEFINISI
Pada umumnya, istilah ‘kebudayaan’ sukar diberi takrif yang tepatkerana kebudayaan itu sendiri merupakan satu bidang yang
sangat luas. Malahan boleh dikatakan hampir setiap pengkaji cuba memberi definisi kebudayaan mengikut tafsiran masing-
masing. Perkataan ‘budaya’ berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang berasal daripada perkataan
buddhi yang membawa maksud budi dan akal.
Perkataan culture dalam bahasa Inggeris diambil daripada Bahasa Latin, colore yang bererti mengolah dan mengerjakan.
Berpandukan dua definisi ini mungkin dirasakan belum memadai untuk memberi gambaran yang jelas tentang maksud
‘kebudayaan’. Dalam pengertian umum,’ kebudayaan’ merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran
dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran.
Mengikut takrif kamus dewan pula, ‘kebudayaan’ membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan
kemajuan.
2
3) CIRI-CIRI
Antara ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia adalah seperti :
➢ Merupakan suatu perkongsian antara masyarakat
➢ Diperolehi melalui proses pembelajaran
➢ Tidak dapat berpisah dengan Bahasa
➢ Wujud nilai-nilai tertentu
➢ Mengikut keadaan bentuk muka bumi
➢ Diwarisi secara turun-menurun
3
4) KEPENTINGAN
Melambangkan identiti sebuah negara: Contohnya amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk
masyarakat kita. Misalnya,keunikan pakaian tradisional pelbagai, kaum yang pelbagai bentuk potongn dan cara
pemakaian yang berwarna-warni.
Memupuk perpaduan negara: Contohnya rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung-
mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan
adat resam turut merayakan bersama-sama.
Menarik minat pelancong luar: Contohnya, salah satu tarikan pelncong ialah keunikan budaya tradisional kita, misalnya
persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyk
pelancong mengunjungi malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita.
Mengekalkan kesinambungan tamadun: Contohnya melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita dengan ini
kita tidak lupa daratan, sebaliknya kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita dan dari sini kita akan
mendapat iktibar.
4
5)JENIS-JENIS KEBUDAYAAN
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kaum. Antara tiga kaum diMalaysia adalah
➢ Melayu
➢ Cina
➢ India
5
5.1) KAUM MELAYU
PENGENALAN
Dari segi bahasa, bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu adalah daripada kelompok bahasa Austronesia. Bahasa ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
mengikut tiga kumpulan manusia berdasarkan kedudukan geografi masing-masing. Tiga kumpulan tersebut adalah di semenanjung dan Kepulauan Melayu yang
meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina dan Madagascar, kedua Malenesia, dan kepulauan sekitarnya serta ketiga Polinesia dan kepulauan sekitarnya. Bahasa yang
digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. Sebelum kedatangan barat, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan jawi, iaitu pengaruh yang
dibawa oleh pedagang-pedagang Arab sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Di Malaysia, penduduk pribumi terdiri daripada keturunan Minang, Jawa, Aceh,
Bugis dan lain-lain yang bertutur dalam Bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikut adat istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu. Bahkan
orang bukan pribumi yang berkahwin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu. Masyarakat Melayu di Malaysia
mewakili jumlah penduduknya yang tertinggi diikuti kaum Cina, India dan lain-lain. Justeru, kita akan lihat dengan lebih mendalam mengenai adat budaya hidup
masyarakat kaum Melayu.
ADAT
Dari segi hukum adat, dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu, iaitu adat Perpatih dan adat Temenggung. Adat Perpatih diamalkan
oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Oleh itu rajanya bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga,
pewarisan harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan. Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung kecuali Negeri
Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Selain itu, adat ini turut mendapat pengaruh yang banyak daripada
agama Islam.
Kedua, kaum melayu atau masyarakat melayu terkenal dengan kesenian mereka. Antara kesenian yang amat dikenali adalah wayang kulit. Wayang Kulit merupakan
persembahan bayangan patung yang menggunakan bahasa Melayu-Siam Selatan. Seni hiburan ini popular di Pantai Timur serta mengandungi unsur dan pengaruh
daripada Hindu dan Islam 6
PERAYAAN
Terdapat beberapa perayaan yang disambut oleh kaum Melayu antaranya :
Pertama, terdapat pelbagai perayaan keagamaan yang disambut oleh kaum Melayu contohnya, perayaan Aidilfitri. Perayaan Aidilfitri merupakan perayaan
yang disambut setahun sekali yang diraikan dalam bulan Syawal mengikut kalender Islam. Perayaan ini diraikan sebagai hari kemenangan dan hari
kegembiraan setelah semua umat islam berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan mengikut kalendar Islam, iaitu bulan sebelum bulan Syawal.
Kedua, Hari Raya Aidiladha dikenali juga sebagai Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji yang merupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat
Islam di dunia. Hari raya ini menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah iaitu sehari selepas Jemaah haji mengerjakan wukuf di
Arafah. Orang- orang Islam akan menyambutnya pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Selain itu, umat Islam akan mengorbankan binatang bagi
mengenangkan kesanggupan Nabi Ismail mengorbankan diri demi ketaatan kepada Allah.
Ketiga, Sambutan Maulidur Rasul yang merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal sempena
keputeraan Nabi yang jatuh pada Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah.
Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh
dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa aktiviti seperti perarakan, ceramah dan
sebagainya.
7
Contoh perayaan kaum melayu
➢ Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
➢ Sambutan maulidul rasul
8
PAKAIAN TRADISIONAL
- Dipakai Ketika menyambut Hari Raya
- Dipakai Ketika menyambut Hari Raya, atau menghadiri majlis-majlis rasmi atau menghadiri majlis-majlis rasmi tertentu seperti majlis perkahwinan.
tertentu seperti majlis perkahwinan.
- Sampin turut dipakai supaya ianya nampak lebih cantik dan kemas
- Biasanya baju ini dibuat dengan kain songket.
- Perhiasan yang sesuai seperti rantai, dan kain selendang yang dikenakan boleh menambah seri si pakai.
PAKAIAN LELAKI : BERBAJU MELAYU PAKAIAN PEREMPUAN : BAJU KEBAYA
9
MAKANAN TRADISI KAUM MELAYU
Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi lalu. Pelbagai kaun yang berbeza ini telah saling
mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan
India. Negeri Sabah dan Sawarak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik pribumi masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri. Hari
ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu
menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka
penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal
kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.
1) NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang
dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi
menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan
bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.
10
2) LEMANG
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripadapelbagai kaum suka makan
makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding.
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara
memasak kaum asli di Malaysia.
3) SATAY
Di Malaysia, sate dipercayai diperkenalkan oleh Haji Tasmin bin Sakiban di pusat bandar Kajang sekitar tahun 1900. Beliau menjual dari rumah ke rumah dan di
sepanjang jalan, beliau akan berhenti jika dipanggil. Jadi, perniagaan beliau ialah jenis perniagaan bergerak ataupun peniaga kandar. Perniagaan ini merujuk
kepada dua bekas yang dikandar oleh peniaga. Gambaran mengenai peniaga sate yang mengandar barang jualannya boleh dilihat dalam filem Pontianak Gua
Musang.Anak saudara Haji Tasmin telah mengkomersialkan sate Kajang ini. Jika dahulu sate dimakan di tepi-tepi jalan dan gerai-gerai kecil, kini sate dijual di
bangunan yang lebih mewah dan standard.
Satay atau sate ialah sajian daging yang telah diperap dengan rempah dan kemudiannya dipanggang di atas api arang sehingga garing. Satay selalunya dihidang
bersama timun, bawang, nasi impit dan kuah kacang. Selain popular di kalangan penduduk setempat, satay juga amat digemari pelancong luar dan rata-rata
akan repeat makan satay sekiranya berkunjung lagi ke Malaysia.
11
5.2) KAUM CINA
PENGENALAN
Hubungan antara Alam Melayu dengan Alam Cina telah bermula sejak abad ke-4 (Wang 1991). Pada mula-mulanya, orang Cina datang ke Alam Melayu untuk
berniaga dan mempelajari agama. Bilangan mereka yang bermigrasi menjadi signifikan pada abad ke-18, khasnya semasa penjajahan British, untuk mencari
rezeki. Ketika itu, mereka dianggap sebagai sojourner atau hua-qiao, berbeza daripada yang menetap di Alam Melayu sehingga hari ini. Dalam proses migrasi
dan penetapan itu, identifikasi mereka mengalami perubahan besar. Perubahan itu perlu difahami demi kepentingan pembinaan bangsa dan perpaduan
negara. Sehubungan itu, banyak kajian tentang pengekalan dan perubahan identiti orang Cina di Tanah Melayu telah dilakukan sarjana sains sosial sejak tahun
1980-an. Dalam artikel ini, saya cuba mengulas secara sosiologi kajian tentang identiti orang Cina di Malaysia. Kajian itu boleh dibahagikan kepada jenis
“author-oriented” dan “actor-oriented.”
ADAT
Salah satu perkara yang mungkin tidak diketahui ramai adalah berkenaan posisi kedudukan sewaktu hadir ke rumah orang-orang Cina. Dalam budaya
masyarakat Cina, kita sebagai tetamu digalakkan untuk duduk di sebelah kiri tuan rumah ketika hadir ke rumah mereka. Ia adalah sebagai satu tanda
penghormatan kepada mereka sebagai tuan rumah. Selain daripada itu, jika tuan rumah ada menghidangkan sebarang minuman kepada kita, janganlah kita
terus meminumnya sebelum diajak oleh tuan rumah tersebut kerana ia dianggap sebagai perbuatan yang kurang sopan. Salah satu perkara yang penting
untuk diingatkan juga adalah berkenaan waktu berkunjung. Jika kita ingin menziarahi mereka, seeloknya elakkan daripada hadir ke rumah mereka pada waktu
mereka sedang menikmati makan malam. Ini kerana perbuatan seperti ini juga dianggap sebagai perbuatan yang tidak sopan melainkan ia adalah kunjungan
dengan tujuan yang penting seperti hal kecemasan.Jika anda dijemput oleh rakan berbangsa Cina untuk menghadiri jamuan atau rumah terbuka, jangan
sesekali memacakkan kayu penyepit atau chopstick ke dalam makanan secara menegak. Ini kerana kayu penyepit yang menegak itu seolah-olah
melambangkan kayu colok yang dibakar. Perkara seperti ini amatlah tidak sopan dalam kalangan masyarakat Cina kerana ia seolah-olah kayu colok yang
dibakar ketika upacara memberi makan ahli keluarga yang telah mati di pusara mereka
12
PERAYAAN
1)TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina adalah salah satu perayaan kaum Cina yang paling popular di Malaysia. Setiap tahun, perayaan ini disambut meriah oleh mereka yang
berbangsa Cina selama 15 hari bagi meraikan kedatangan tahun baru menurut calendar mereka. Pada malam Tahun Baru, semua ahli keluarga akan
berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesame keluarga.Kebiasaannya, sambutan Tahun Baru Cina ini memang sangat sinonim dengan makanan seperti
Yee Sang, Kuih Bulan dan Limau Mandarin Pemberian angpau juga diberikan. Wang angpau akan dimasukkan ke dalam sampul merah untuk diberikan kepada
kanak- kanak, remaja mahupun yang masih belum berkahwin.
2)PESTA TANGLUNG
Perayaan yang juga dipanggil Chap Goh Mei ini diadakan sebagai penutup bagi perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Tanglung merupakan malam pertama bulan
purnama selepas Tahun Baru Cina. Pada malam tersebut, tanglung berwarna-warni akan dinyalakan dan mercun akan dibakar untuk memeriahkan lagi
sambutan. Menurut adat kaum Cina, tujuan mercun dibakar untuk menghalau makhluk jahat yang kejam. Makhluk tersebut dikatakan akan takut sekiranya
mendengar bunyi bising yang dihasilkan oleh mercun. Difahamkan, terdapat juga amalan melontar buah limau je dalam laut atau sungai dengan doa untuk
mendapatkan pasangan.
13
PAKAIAN TRADISIONAL
1.SAMFOO
membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang
longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia
diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang Manchu.
2.HANFU
Orang Cina merupakan Suku Cina Han.merupakan pakaian tradisional sebenar kaum Cina.
3.CHEONGSAM
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran
mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.Busana klasik
Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan
kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan
Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-
kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
14
MAKANAN TRADISI KAUM CINA
1. Yee Sang Atau Yusheng
Yee Sang atau juga dikenali dengan nama Yusheng adalah makanan yang terdiri dari aneka salad dan ikan. Campuran kesemua bahan ini menjadikan
hidangan ini berwarna-warni dan sangat menarik. Hidangan ini biasanya dihidangkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Ia adalah lambing kemakmuran,
kemewahan dan juga kekayaan. Masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan adalah pembawa rezeki dan hidangan yee sang telah wujud sejak Dinasti Song
lagi. Ia merupakan masakan yang akan dihidangkan sempena upacara keagamaan. Yee Sang diperbuat daripada potongan ikan terutamanya ikan salmon
segar,kacang tanah,cili,lobak putih,lobak merah,halia, daun limau purut,daun parsli cina,biji bijan bakar dan udang kering goreng. Kuahnya atau penambah
rasanya pula diperbuat daripada sos plum.Menjelang sambutan Tahun baru Cina, masyarakat Cina akan memasak makanan tradisional ini. Semasa hendak
menikmatinya, yee sang akan digaulkan dengan mengangkatnya tinggi menggunakan kayu penyepit sambil melaungkan ‘Lo Hei’ beramai-ramai. Semakin
tinggi melambungkannya, ia membawa maksud rezeki mereka akan semakin mewah.
15
2. Dumpling atau Jiaozi
Dumpling atau juga dikenali sebagai Jiaozi, di mana kulitnya diperbuat daripada tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang
segar, daging dan juga sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta herba.Dumpling merupaka masakan tradisional cina yang berkhasiat. Ini kerana ia
dimasak secara rebus pada suhu yang perlahan berbanding memasak lauk-lauk yang lain. Selain direbus, ia jug boleh dimasak dengan cara lain seperti
digoreng dan dikukus.Makanan tradisional cina ini juga membawa maksud ‘duit datang’ kerana bentuknya seakan sejenis wang buatan emas atau perak pada
zaman dahulu atau lebih disebut Yuanbao. Pada zaman dahulu, dumpling menjadi seperti ubat di mana mereka yang dijangkiti pelbagai penyakit akan diberi
dumpling. Ia sangat berkesan menyembuhkan kerana intinya mengandungi herba-herba yang berkhasiat.
3. Kuih Bulan
Kuih bulan biasanya boleh didapati menjelang musim perayaan pertengahan musim luruh atau Tahun Baru Cina. Ia mempunyai rasa yang manis serta boleh
dimakan begitu sahaja. Kuih ini berbentuk bulat dan juga segi empat yang terdiri dari kuning telur itik (masin) serta bahan – bahan lain. Selain itu, kuih bulan
mempunyai inti yang pelbagai di sebelah dalamnya.Intinya terdiri dari pes biji teratai, kacang merah, walnut, bijan, badam, benih labu dan biji tembikai.
Terdapat juga inti lain seperti keladi, pandan dan juga durian selari dengan perubahan zaman. Dahulunya, banyak cerita mitos tentang kuih ini. Masyarakat
Cina akan memakan kuih ini bagi memperingati sejarah seorang isteri raja yang telah berkorban demi rakyatnya.
16
5.3) KAUM INDIA
PENGENALAN
Orang india Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yg berketurunan daripada mereka yg berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah
Melayu.Orang india telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yg lalu. Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti
Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah
mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan.Pada tahun 2005,oran Indiamerupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia(sekitar 1.8
juta rakyat
ADAT
Masyarakat india mempunyai pelbagai adat antaranya ialah :
Tanda Hormat
Mereka menyapa dengan sebutan “vanakam” dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu
minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan
tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.
Peranan Keluarga
Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. “Ibu
adalah umpama Tuhan” dan anak perempuan pun dipanggil “amma” seperti seorang ibu. Penjagaan anak perempuan amat diberi perhatian.
Perkahwinan
Seorang suami pula adalah “Tuhan bagi isterinya” dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang
membuat tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya mala
petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan
naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami
akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan tersebut.
17
PERAYAAN
1)DEEPAVALI
Bagi perayaan Deepavali, penganut hindu akan mandi minyak yg melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yg melambangkan
permulaan yg baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil.
2) THAIPUSAM
Bagi perayaan Thaipusam pula, ia merupakan perayaan untuk hapuskan dosa-dosa yg telah dilakukan di atas muka bumi. Tapi taksemua penganut Hindu
melakukan Nazar. Nazar ini membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Muruga dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu
diadakan sebagai tanda kesyukuran.
18
PAKAIAN PEREMPUAN PAKAIAN LELAKI
Sari merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai Dhoti merupakan pakaian tradisional untuk lelaki kaum India. Dhoti diperbuat daripada
oleh semua kalangan orang India. Sari diubahsuai lembaran kain putih yang panjang. Terdapat juga Dhoti yang berwarna kuning pudar
untuk menjadi pakaian kepada golongan kanak-kanak atau kuning susu. Kain ini dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan
dan remaja. Sari juga dipakai mengikut kehendak dan kemudian disangkutkan pada bahu. Kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil
ia dapat menunjukkan kumpulan keturunan seseorang supaya kelihatan menarik. Biasanya, Dhoti hanya dapat dilihat pada hari perkahwinan
wanita India. Berikut adalah beberapa contoh dalam sahaja.
cara pemakaian india bagi perempuan.. Sari terdiri
daripada sebidang kain yang berukuran 5 hingga 6 ela
panjang dan dipadankan dengan kain dalam yang
berwarna seakan-akan kain Sari tersebut. Choli yang
berwarna sama atau setenang dengan kain Sari ini
dililit pada badan dan bahagian hujungnya yang
bersulam diletak di atas bahu kiri.
19
MAKANAN TRADISI KAUM INDIA
Masakan India dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran lain ditumbuh di India dan juga untuk amalan tersebar vegetarianisme di
sepanjang banyak bahagian masyarakat. Setiap keluarga masakan India dicirikan oleh suatu campuran luas teknik hidangan dan masakan. Sebagai suatu
akibat, ia berlainan dari rantau ke rantau, mencerminkan demografi berlainan dari subbenua India yang secara etnik berpelbagai.
1. MURUKKU
Murukku antara makanan tradisional masyarakat India. Sebut sahaja Namanya pasti ramai mengenalinya. Ia antara makanan ringan yang sangat
digemari ramai.Selain nama marukku, ia turut dikenali dengan nama chakli dan chakri. Bahan utama untuk menghasilkan kuih ini adalah urad dhal,
tepung kacang tosai dan tepung beras.Murukku biasanya berbentuk bulatan atau berbentuk halus. Ia dibuat menggunakan acuan khas dengan
menekan tepung yang telah uli atau cara pemutaran.Kerangupan kuih ini diiringi dengan rempah ratus yang sedikit pedas membuatkan ia menjadi
pilihan ramai menjelang hari – hari perayaan.
2. VADAI
Vadai merupakan sejenis makanan tradisional kaum India. Ia mempunyai dua versi iaitu paruppu vadai dan ulunthu vadai. Paruppu vadai biasanya
diperbuat daripada kacang dal, hirisan cili hijau, daun kari, serta bawang merah.Ulunthu vadai pula diperbuat daripada tebung beras dan berbentuk
roda dan berlubang di tengah. Ulunthu vadai biasanya dimakan sekali dengan chutney. Vadai perlu digoreng dengan minyak yang banyak.
paruppu vadai ulunthu vadai 20
PERPADUAN
21
1)PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan perpaduan berasal daripada kata akar “padu” , iaitu yang bererti bergantung, bersatu,bercampur untuk
menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat dan berunding dengan bersungguh-sungguh. Perpaduan dalam konteks wacana ini membawa maksud rakyat
Malaysia yang berbilang kaum mestilah bersatu hati dalam pelbagai perkara bagi menyelesaikan masalah, bermuafakat dalam semua hal, bekerjasama antara
satu sama lain dan berunding untuk bersatu agar menjadi satu bangsa yang kuat.
Perpaduan juga merujuk kepada penyatuan kepelbagaian etnik dalam sesebuah negara bertepatan dengan slogan unity in diversity (perpaduan dalam
kepelbagaian) serta mengiktiraf kewujudan kepelbagaian (Shaharuddin Badaruddin 2007). Perpaduan adalah asas kepada pembinaan negara bangsa dan
harus dipupuk amalannya dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Konsep 1Malaysia merupakan salah satu gagasan yang dicetuskan Perdana Menteri,
Dato‟ Sri Mohd Najib Tun Razak bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.Gagasan ini merupakan satu formula bagi
membantu merealisasikan impian negara untuk mencapai Wawasan 2020 dalam suasana kepelbagaian yang harmoni dan stabil. Antara nilai yang ditekankan
dalam gagasan ini ialah sikap penerimaan dalam kalangan pelbagai etnik terhadap etik yang lain. Sikap penerimaan yang ingin diwujudkan merupakan satu
cabaran yang perlu dihadapi bagi membolehkan setiap keunikan pelbagai etnik saling dikongsi, dihormati dan diterima sebagai lambang identiti kebangsaan.
Perpaduan masyarakat juga diibaratkan sebagai tiang kemakmuran dan kedamaian negara di samping menyumbang kepada keamanan dan kestabilan.
Sekiranya kepelbagaian menjadi punca percanggahan dan pertelagahan, suasana damai yang diimpikan dilihat sukar untuk dikekalkan sekiranya setiap etnik
bersifat etnosentrik. Situasi ini pernah termaktub dalam sejarah negara apabila meletusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang menyebabkan hubungan
etnik di Malaysia berada dalam keadaan yang begitu genting dan tegang. Suasana kucar-kacir, pertumpahan darah,keganasan dan kematian amat
membimbangkan terutamanya bagi mereka yang pernah melalui sendiri detik tersebut
22
2)KEPENTINGAN
Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun
2020. Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara
kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia Menurut titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni
Almarhum Sultan Iskandar, semangat perpaduan perlu dipupuk di dalam setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring dengan mengukuhkan
semangat jati diri, di samping memberi keutamaan kepada mata pelajaran Sejarah dan menjadikan sistem pendidikan sebagai medium mustahak untuk
mengkekalkan perpaduan kaum. Melalui penghayatan perpaduan serta sejarah negara, diharap akan lahirnya generasi muda yang akan bertindak sebagai
wargangara yang matang lagi bertanggungjawab
Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan
semangat perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk
mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.
Tambahan pula, sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Kaamatan boleh dijadikan
platform untuk mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat sambil memperbaharui ikatan persahabatan. Keharmonian demi kesatuan ini juga
merupakan keunikan yang bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai
matlamat sebagai negara yang aman dan harmoni. Misalnya, rumah terbuka bagi setiap satu perayaan diadakan untuk meraikan perpaduan kaum yang
memupuk amalan ziarah-menziarahi, saling menolong dan semangat kejiranan sebagai budaya harian kita. Perpaduan kaum juga memainkan peranan dalam
mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun
1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Pelancaran dasar
ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan negara.
Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf
pembangunan ekonomi negara.Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat
berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur
dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama
dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan
pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten. 23
3)LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN
Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu
bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka
digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu, ibu
bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis
kaum dan etnik. Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa
dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam
diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.
Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah
yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan
dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat, dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah
membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya
sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan
mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama “bagai aur
dengan tebing” demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.
Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakan-
tindakan yang dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum, seterusnya menjejaskan keamanan negara. Misalnya,
Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah menimbulkan api
kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul “Negarakuku”. Lagu “rap” yang diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur unsur-unsur yang
menghina Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara. Sekiranya banyak rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian, ke manakah akan perginya
perpaduan negara dan maruah negara? Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara, kita janganlah mengambil kesempatan tersebut untuk
mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkan keharmonian dan kedaulatan negara.
24
KESIMPULAN
Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka kita harus mempunyai pendirian sendiri yang teguh yang tidak boleh diganggu. Setiap masalah dengan
negara luar hendaklah diatasi dengan cermat,bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
Malaysia sehingga kini alhamdulillah, masih aman lagi jika dibandingkan dengan negara-negara jiran yang lain. Hanya dengan kestabilan politik negara,
barulah kejayaan dalam bidang lain dapat kita bina dan jalinkan. Negara yang aman damai lebih mudah menarik minat negara asing mengkaji ketamadunan
budaya bangsanya. Kesusasteraan merupakan salah satu bidang yang boleh diketengahkan sebagai alat bagi menjalinkan hubungan kebudayaan dan
keilmuan dengan negara luar.
Dengan itu , masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai
matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.
RUJUKAN ;
• HTTPS://WWW.GOOGLE.COM/SEARCH?Q=PAKAIAN+TRADISIONAL+KAUM+PEREMPUAN+MELAYU&OQ=PAKAIAN+TRADISIONAL+KAUM+PEREMPUAN+MELAYU&AQS=CHROME..69I57J0I22I30L2.31703J1J7&SOURCEID=CHROME&IE=U
TF-8
• https://www.google.com/search?q=makanan+tradisional+melayu&tbm=isch&ved=2ahUKEwiN7fzb_r70AhUC2HMBHTieA-oQ2-
cCegQIABAA&oq=m+tradisional+melayu&gs_lcp=CgNpbWcQARgAMgYIABAHEB4yBggAEAcQHjIGCAAQBxAeMgYIABAHEB4yBggAEAcQHjIGCAAQBxAeMgYIABAHEB4yBggAEAcQHjIGCAAQBxAeMgYIABAHEB46BwgjEO8DECc6BQgAEIAEO
gYIABAIEB46BAgAEENQtA1YtxJgjDBoAHAAeACAAc4BiAHLA5IBBTAuMi4xmAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=tYWlYc2-KIKwz7sPuLyO0A4&bih=714&biw=1519&hl=en#imgrc=tII03JN1jvSc3M
• https://www.google.com/search?q=suasana+sambutan+tahun+baru+cina&tbm=isch&ved=2ahUKEwjvlc2mg7_0AhW0D7cAHZZPCmIQ2-
cCegQIABAA&oq=suasana+sambutan+t&gs_lcp=CgNpbWcQARgAMgUIABCABDoGCAAQCBAeOgcIIxDvAxAnOgoIIxDvAxDqAhAnOgQIABBDOggIABCxAxCDAToFCAAQsQM6CwgAEIAEELEDEIMBOggIABCABBCxAzoHCAAQsQMQQzoGCAAQ
BRAeOgQIABAeOgQIABAYULkKWIByYIONAWgBcAB4BIABhQSIAc4lkgEMMi4xNS4yLjMuMS4xmAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWewAQrAAQE&sclient=img&ei=g4qlYa_IN7Sf3LUPlp-
pkAY&bih=714&biw=1519&hl=en#imgrc=FLMT4WabqgLKyM
• https://udakwah.com/adat-resam-kaum-cina/
• https://www.google.com/search?q=makanan+tradisional+cina&tbm=isch&ved=2ahUKEwjG-tHZ4sH0AhW_3XMBHW-ACMEQ2-
cCegQIABAA&oq=makanan&gs_lcp=CgNpbWcQARgBMgcIIxDvAxAnMgQIABBDMggIABCABBCxAzIICAAQgAQQsQMyCAgAEIAEELEDMggIABCABBCxAzIECAAQQzIICAAQgAQQsQMyBAgAEEMyCAgAEIAEELEDOgoIIxDvAxDqAhAnOgUIABCA
BDoGCAAQBRAeOgQIABAeUNALWLJDYOJMaAJwAHgCgAG7E4gB8U6SAQ0zLTEuMS43LTIuMC4zmAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWewAQrAAQE&sclient=img&ei=-_qmYYaRML-7z7sP74CiiAw&bih=714&biw=1536
• https://www.google.com/search?q=makanan+tradisional+india&tbm=isch&ved=2ahUKEwisgsDB-ML0AhX9k9gFHVtPBNkQ2-
cCegQIABAA&oq=MAKANAN+TRAD&gs_lcp=CgNpbWcQARgDMgcIIxDvAxAnMgcIIxDvAxAnMgUIABCABDIFCAAQgAQyCAgAEIAEELEDMgUIABCABDIFCAAQgAQyBQgAEIAEMgUIABCABDIFCAAQgAQ6BAgAEEM6CggjEO8DEOoCECc6BAgAE
AM6CAgAELEDEIMBUMkFWJlGYKxbaAFwAHgBgAGsBIgB8hiSAQwxLjEyLjIuMS4wLjGYAQCgAQGqAQtnd3Mtd2l6LWltZ7ABCsABAQ&sclient=img&ei=EpinYayxHf2n4t4P256RyA0&bih=714&biw=1519&hl=en
• https://www.google.com/search?q=suasana+hari+deepavali&tbm=isch&chips=q:suasana+hari+deepavali,online_chips:mandi+minyak:pn7VmpS--
Xk%3D&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjT2IPB7ML0AhV8gEsFHQ_oCrAQ4lYoAXoECAEQFA&biw=1519&bih=714#imgrc=bZLxk1VAZA-sTM
25