Pengenalan Antara hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan murid- murid yang bukan sahaja berilmu tetapi juga berakhlak mulia dan mempunyai semangat ukhuwah yang tinggi serta memiliki badan yang sihat dan cergas. Ini adalah demi melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial. Dalam menuju ke arah merealisasikan hasrat ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Senadin akan mengadakan Zumbaton. Di samping dapat menghasilkan murid yang sihat dan aktif, aktiviti ini juga boleh menjadi satu platform untuk mengeratkan ukhuwah sesama murid, guru dan warga sekolah serta dapat mengutip dana untuk PIBG sekolah. Semoga Zumbaton ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk bersukan di samping dapat mengeratkan ukhuwah bersama guru-guru dan warga sekolah untuk kesejahteraan bersama. Mengeratkan hubungan antara murid, guru dan ibu bapa. Memberi peluang kepada murid untuk menampilkan bakat dalam sukan. Membina semangat kerjasama dalam kalangan murid dan guru. Membentuk murid-murid yang sihat dan cergas. Mengumpul dana bagi tabung PIBG SK Senadin. Objektif
Aturcara Program 7.00 Pagi :Pendaftaran 7.30 Pagi :Aktiviti Zumba 9.00 Pagi 10.30 Pagi :Ketibaan YB Mayor Adam Yii Siew Sang :Nyanyian Lagu Negaraku :Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku :Bacaan Doa oleh Ustaz Muhammad Wajdi Zahidi :Ucapan Guru Besar SK Senadin, Encik Ahmad bin Othman :Ucapan Yang Dipertua PIBG, Encik Mohamad Hamidi bin Yahya :Ucapan Perasmian oleh YB Mayor Adam Yii Siew Sang :Gimik Perasmian :Cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada pemenang :Bersurai Ahli Jawatankuasa Program