The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SK SENADIN KALI KE-15 TAHUN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cqine88, 2021-11-02 10:02:31

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SK SENADIN KALI KE-15 TAHUN 2021

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SK SENADIN KALI KE-15 TAHUN 2021

Pengenalan

PIBG SK Senadin merupakan satu pertubuhan yang didaftarkan di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan satu badan yang
ditubuhkan untuk membantu kerajaan mencapai matlamat pendidikan.
Mesyuarat Agung yang diadakan pada setiap tahun merupakan salah satu
platform untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat lagi diantara ibu
bapa/penjaga dan juga guru untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Negara. Mesyuarat Agung ini juga membolehkan masyarakat dan warga
sekolah bertukar-tukar pendapat untuk mewujudkan persekitaran sekolah
yang kondusif

Matlamat

Mendapatkan sokongan 100% daripada PIBG dari segi kewangan, tenaga dan
sokongan dalam menjalankan program-program yang melibatkan murid.

Objektif

1.Membolehkan ibu bapa dan guru bertukar-tukar fikiran dan maklumat
berkaitan pendidikan.
2. Memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berbincang antara satu sama
lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka
pada amnya.

UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR SK SENADIN

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya, Mesyuarat Agung PIBG SK Senadin kali ke-15 bagi tahun 2021 dapat
dilaksanakan secara norma baharu. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat meluangkan
masa untuk hadir secara atas talian bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG SK Senadin kali ke-15 pada tahun
ini.

Sekolah merupakan institusi yang memberi peluang kepada semua murid menimba ilmu, memupuk bakat
dan membentuk sahsiah terpuji. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pula merupakan tiang sokongan kepada pihak
sekolah dalam menjayakan pelbagai program. Oleh yang demikian, saya sangat berharap agar barisan guru dan
waris murid-murid di sekolah ini sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk meningkatkan kecemerlangan dan
kemenjadian anak-anak dan kejayaan sekolah seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2013-
2025.

Dalam menzahirkan kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah, kerjasama dan peranan ibu bapa
penjaga murid adalah sangat penting. Kemenjadian murid bukan hanya di bidang akademik dan beroriantasikan
peperiksaan semata-mata tapi semua aspek dinilai dan ditaksir melalui Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah
(PPSR). PPSR dilaksanakan untuk mentaksir pencapaian semua murid secara holistic pada peringkat rendah/ sekolah
rendah. Pendidikan secara menyeluruh mengabungkan pentaksiran bilik darjah (PBD), pentaksiran aktiviti jasmani,
sukan dan kokurikulum(PAJSK) dan pentaksiran psikometrik.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, PIBG dan pihak luar yang telah banyak mengorbankan
masa, tenaga dan usaha serta memberi sumbangan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolah. Saya percaya
dengan semangat permuafakatan yang kukuh dan komitmen tinggi, matlamat sekolah akan dapat direalisasikan
selaras dengan visi dan misi SK Senadin. Saya berharap lebih ramai ibu bapa tampil memberi sumbangan dari segi
tenaga, sokongan serta idea yang realistik demi kemajuan anak-anak dan sekolah. Semoga Tuhan memberkati
kerjasama ini dalam menjalankan amanah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu dan cemerlang di
dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih.

ENCIK AHMAD BIN OTHMAN
GURU BESAR SK SENADIN MIRI

UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG

Syukur kepada Tuhan kerana kita dapat bersama-sama hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Senadin kali ke-15
pada tahun ini. Saya merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir
di dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Senadin kali ini. Walaupun mesyuarat ini diadakan secara hybrid, namun
demikian komitmen dan tanggungjawab yang kalian berikan sepanjang menjayakan mesyuarat ini amat
dihargai.

Pada kesempatan ini, saya mewakili Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2019-2021 ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak diatas kerjasama yang diberikan kepada PIBG dalam menjalankan
amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kami. Peranan dan tanggungjawab PIBG adalah amat penting
terutama dalam bidang akademik dan kokurikulum murid-murid di sekolah ini. Justeru, sokongan padu daripada
pihak PIBG amat diperlukan dalam menjayakan setiap program dan aktiviti sekolah. Gandingan PIBG dan pihak
pengurusan sekolah diharapkan dapat memberi kesan yang positif dan berfaedah kepada masa depan murid-
murid.

Sebagai Pemangku YDP PIBG, saya mengakui bahawa guru-guru telah pun melakukan yang terbaik ke
atas pendidikan anak-anak. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan anak-anak tidak keciciran ekoran
daripada pandemik Covid-19. Sungguhpun begitu, ibu bapa turut tidak ketinggalan dalam memainkan peranan
besar ketika anak-anak tidak ke sekolah. Semangat dan kerjasama ini sangat digalakkan bagi memastikan
kecemerlangan anak-anak.

Sekali lagi, saya merakamkan terima kasih kepada seluruh warga SK Senadin yang telah
melaksanakan tugasan, amanah dan tanggungjawab mendidik serta membimbing anak-anak kami. Semoga SK
Senadin akan terus berjaya dan cemerlang dalam semua aspek.
Sekian, terima kasih.

ENCIK LEONARD LUHAT LAING
PEMANGKU YANG DIPERTUA PIBG SK SENADIN

ATUCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 2021

8 8.30 Pagi Pendaftaran menggunakan kaedah googleform
8 8.40 Pagi
Tayangan aktviti PIBG
1 12.30 Tengah Bacaan Doa
Hari
Ucapan alu-aluan Pemangku Yang Dipertua PIBG

Ucapan Guru Besar

Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali
ke 14/2019

Perkara-perkara berbangkit

Laporan Aktiviti PIBG 2019, 2020 dan 2021

Laporan Kewangan PIBG 2019,2020 dan 2021

Membentang dan membahaskan Usul 2021

Pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2021

Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2023

Hal-hal lain
Ucapan penagguhan
:Bersurai

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan alu-aluan Pemangku Yang Dipertua PIBG
2. Ucapan Guru Besar
3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG

kali ke 14/2019
4. Perkara-perkara berbangkit
5. Laporan Aktiviti PIBG 2019, 2020 dan 2021
6. Laporan Kewangan PIBG 2019,2020 dan 2021
7. Membentang dan membahaskan Usul 2021
8. Pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2021
9. Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2023
10. Hal-hal lain
11. Ucapan penagguhan

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA
PIBG SK SENADIN SESI 2019-2021

SESI 2019-2021

1 Penasihat Ahmad bin Othman
2 Pemangku Yang Dipertua Leonard Luhat Laing
3 Setiausaha Kehormat Nor Rulashikine Binti Ramlee
4 Naib Setiausaha Kehormat Nur Hamizah Binti Mohd Ambiah
5 Bendahari Kehormat Mastura Binti Othman
6 Naib Bendahari Kehormat II Yek Rong Ing
7 Naib Bendahari Kehormat III Susanna Ak Bujang@Rantai
8 Pengerusi PIBK Gloria Anak Ginggan
9 Naib Pengerusi PIBK Jessie Ak-Edward
10 Biro PIBK Ashley Jord Ak Ali

11 Biro Akademik Linda Anak Jalak

12 Biro E-Sarana Umi Shamsiah Binti Abu Bakar
13 Biro E-Sarana Rita Ak Jalang
14 Biro E-Sarana Zuccie Ak Intang
15 Biro Sukan dan Kebudayaan Nadiayani Binti Osman
16 Biro Sukan dan Rekriasi Suzila Anak Bage
17 Biro Sukan dan Rekriasi Pressila Buyau AK Palous
18 Biro Kebajikan Zuraidah Binti Zainal Abidin
19 Biro Kebajikan Nasiah Binti Ali
20 Biro Kebajikan Olivia Anak Micheal Kawin
21 Biro Pembangunan dan Infrastruktur Johan Bin Juni

22 Biro Pembangunan dan Infrastruktur Leslie Emang Jau

23 Biro Pembangunan dan Infrastruktur Nyanau Anak Nangkai

JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 2021

Penasihat : En. Ahmad bin Othman
Pemangku Yang di-Pertua : En. Leonard Luhat Laing
Setiausaha Agung Kehormat : Cik Nor Rulashikine Binti Ramlee
Bendahari Kehormat : Pn.Mastura Binti Othman
Naib Bendahari KehormatII : Pn. Yek Rong Ing
Naib Bendahari KehormatIII : Pn.Susanna Anak Bujang @ Rantai
Pengerusi PIBK : Pn .Gloria Anak Ginggan

Bil Bidang Tugas Tindakan Skop Kerja
 Menulis surat-menyurat
1 Surat-menyurat, Laporan, Cik Nor Rulashikine Binti Ramlee  Menyediakan jawatankuasa
Setiausaha & Minit
Mesyuarat Agung.
Mesyuarat Agung ke-14  Menyiapkan Laporan Mesyuarat

2 Maklum balas kehadiran Cik Nor Rulashikine binti Ramlee Agung.
dan Usul Pn.Gloria Anak Singgan  Menyediakan slaid.
 Mengedarkan googleform
Semua Guru Kelas
kehadiran mesyuarat dan usul
3 Cadangan dan Usul En. Ahmad bin Othman mesyuarat ke dalam group
En. Leonard Luhat Laing WhatsApp kelas masing-masing
En Nuing Anak Jimbai
Pn.Sana binti Musa  Membuat perbincangan
En Ahamad bin Eni berkaitan maklum balas usul-
Cik Nor Rulashikine binti Ramlee usul yang dicadangkan.

4 Pencatat Minit Pn.Siti Nur Azzin Binti Hamadan (K)  Mencatat minit sepanjang
Pn.Sepia Binti Haji Bedol program..
Pn Supami binti Suhaimi
 Menyerahkan catatan kepada
Undian AJK Cik Izzah Hamizah binti Syuib (K) Setiausaha PIBG setelah tamat
5 Mengira dan melapor Cik Agatha Awa Anak Mengga program.
Pn. Yek Rong Ing
keputusan undi Cik Nur Zaitul Azariah Binti Suleiman  Kaedah undian menggunakan
aplikasi Google Meet Polls and
Q&A

 Menghitung jumlah undian.
 Melapor kepada PIBG jumlah

undian.

Teknikal/ L Duraisegaran A/L Lachimanan (K) Menyediakan link google meet
En. Ashley Jord Anak Ali dan persediaan FB live.
6 Persiapan platform
Mesyuarat Memastikan perjalanan
Mesyuarat berjalan dengan
Google Meet, FB Live lancar.

7 Siaraya & ICT En. Roland Ajang Ngau Mengumpul semua slaid untuk
Cik Dayang Nur Amira ditayangkan semasa Mesyuarat
dijalankan.

 Menyediakan Projector dan
layar putih

 Memastikan peralatan ICT
berfungsi dengan baik

8 Helaian Atucara Cik Nor Rulashikine binri Ramlee  Mereka bentuk helaian atucara.
9 Persiapan Tempat Pn.Olivia Anak Micheal Kawin  Mencetak helaian aturcara.
10 Pengacara Majlis Pn.Nasiah Binti Ali  Mencetak minit mesyuarat yang

En. Johan Juni (K) lepas (Mesyuarat Agung ke-14).
En Muhammad Aminudin bin Arman
En.Nyanau Anak Nangkai  Mengedarkan helaian atucara
En.Leslie Emang Jau
 Memastikan susun atur dewan
Pn. Nadiayani binti Osman(K) dalam keadaan baik.
Pn.Susanna Ak Bujang@Rantai
 Memastikan dewan sudah
dibuka awal sebelum
mesyuarat.

 Mengemas dan mengembalikan
kerusi dan meja di tempat yang
asal.Menyusun atur meja.

 Menyediakan teks pengacara
majlis.

 Mengendalikan dan
memastikan perjalanan
program berjalan dengan
lancar.

 Berhubung dengan PIBG jika
ada perubahan perjalanan
program.



11 Bacaan Doa En. Johan Juni (K)  Menyediakan teks bacaan doa.
 Membaca doa semasa di hari
12 Jurufoto/ En.Khalid Bin Suhaili (K)
Poster Pn.Rita Ak Jalang kejadian.
 Membuat Poster untuk
13 Tayangan Video Aktiviti Pn. Umi Shamsiah binti Abu Bakar(K)
PIBG Pn.Pressila Palous Mesyuarat Agung.
Pn.Linda Anak Jalak  Mengambil gambar sepanjang

14 Makanan Pn Mazanah Binti Bujang (K) program.
 Serahkan video yang sudah
Pn. Annie Ajang Jau
Pn.Zuccie Intang disunting kepada Setiausaha
Pn.Suzila Anak Bage PIBG.

15 Sijil Penghargaan Pn Zuraidah binti Zainal Abidin(K)  Menempah makanan untuk
Pn.Azura Anak Ganya program.

 Dapatkan bajet dari bendahari
 Serahkan resit pembayaran

kepada Bendahari/Pen.
Bendahari.

 Menyediakan Sijil Penghargaan
kepada semua Exco PIBG sesi
2019-2021

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SENADIN, MIRI (YBA 4115)
LOT 3104, BLOK 5, KUALA BARAM LAND DISTRICT,
JALAN PULASAN, DESA SENADIN, 98000 MIRI.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14
SEKOLAH KEBANGSAAN SENADIN

TARIKH : 16 MAC 2019
HARI : SABTU
MASA : 7.30 PAGI–12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : DEWAN SK SENADIN
KEHADIRAN : IBU BAPA : 589 ORANG

: GURU /AKP: 69 ORANG

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14
SEKOLAH KEBANGSAAN SENADIN

Tarikh : 16 Mac 2019
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 Pagi–12.00 Tengah Hari
Tempat : Dewan SK Senadin

Kehadiran :
1. Encik James Anak Nibong
2. Encik Nuing Anak Jimbai
3. Puan Sana Binti Musa
4. Puan Linda Anak Jalak
5. Encik Jamaludin Andi Sultan Rani
6. Cik Nur Zaitul Azariah Bt Suleiman
7. Encik Wan Mohd Hazryn Bin Wan Hassan
8. Puan Nur Victoria Rubi
9. Puan Caroline Anak Lawai
10. Encik Lduraisegran A/L Lachimanan
11. Encik David Wat
12. Encik Glynn Stapa
13. Encik Merang Tanyit
14. Puan Dayang Mordiah Bt Awang Haddy
15. Puan Indah Masahaya Bt Sabanah
16. Puan Annie Ahjin
17. Puan Rita Anak Jalang
18. Puan Corina Anak Sanggau
Ibu Bapa : 589 Orang (Rujuk Lampiran)
Guru /AKP: 69 Orang (Rujuk Lampiran)

Tidak hadir bersebab:
1. Encik Ahamad Bin Eni (Aktiviti Sekolah)
2. Encik Grispin Sahah (Aktiviti Sekolah)
3. Jong Ming Chien (Pindah)

Agenda :
1.0 Ucapan Yang Dipertua
2.0 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke 13
3.0 Perkara berbangkit
4.0 Laporan Setiausaha
5.0 Laporan kewangan

6.0 Hal-hal lain
7.0 Pembubaran Ajk PIBG Sk Senadin sesi 2017-2019
8.0 Pemilihan Ajk PIBG Sk Senadin sesi 2019-2021
9.0 Ucapan penangguhan

1.0Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Puan Linda Anak Jalak selaku yang Dipertua PIBG Sk Senadin mengalu-alukan dan
mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa, guru-guru
serta ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14.

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang telah
menjayakan program pada hari ini.

1.3 Beliau mewakili jawatankuasa PIBG sesi 2017-2019 memohon maaf jika tidak dapat
memenuhi dan melunaskan segala keperluan yang dipohon oleh ibu bapa.

1.4 Beliau juga memohon kemaafan di atas kesilapan dan kekurangan selama
menerajui Jawatankuasa PIBG sesi 2017-2019.

Tindakan: Makluman

2.0Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-14

2.1 Dibentangkan oleh YDP PIBG sesi 2017-2019, Puan Linda Anak Jalak
2.2 Dicadang sah oleh : Puan Suzie Anak Intang
2.3 Disokong oleh : Encik David Anak Wat

3.0Perkara Berbangkit
3.1 Perkara 7.4
3.1.1 Encik James Anak Nibong memaklumkan mengenai sumbangan RM 20
untuk satu keluarga sebagai bayaran ganti diri sekiranya tidak dapat
mengahadirkan diri untuk setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG.
3.1.2 Beliau memaklumkan bahawa perkara ini telah diminitkan dalam
mesyuarat dan jumlah tersebut telah dipersetujui oleh semua ahli majlis
PIBG dan bukan arahan daripada guru besar.
3.1.3 Beliau juga berharap sekiranya terdapat ibu bapa yang tidak berpuas
hati, datang berjumpa dengan pihak pentadbir untuk mendapatkan
penjelasan dan berharap agar ibu bapa tidak memberikan reaksi negatif
terhadap perkara ini.

3.2 Perkara 7.7
3.2.1 Encik James Anak Nibong memaklumkan bahawa pihak sekolah
mengambil serius tentang pendawaian elektrik sekolah. Sumbangan RM
5000 yang akan disumbangkan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Lee Kim
Shin akan digunakan untuk membaik pulih sistem pendawaian tersebut.

Tindakan: Makluman

4.0Laporan Setiausaha

4.1 Cik Nur Zaitul Azzariah selaku Setiausaha PIBG telah membentangkan aktiviti PIBG
sepanjang sesi 2017-2019.

4.2 Beliau membentangkan mesyuarat yang telah dijalankan oleh PIBG sesi 2017-2019
seperti berikut:

4.2.1 Bil 1/2017 pada 20 Mei 2017.
4.2.2 Bil 2/2017 pada 12 Ogos 2017.
4.2.3 Bil 3/2017 pada 28 September 2017.
4.2.4 Bil 4/2017 pada 26 Oktober 2017.
4.2.5 Bil 1/2018 pada 13 Januari 2018.
4.2.6 Bil 2/2018 pada 10 Februari 2018.
4.2.7 Bil 3/2018 pada 26 Mac 2018.
4.2.8 Bil 4/2018 pada 19 Oktober 2018.
4.2.9 Bil 1/2019 pada 12 Januari 2019.
4.2.10 Bil 2/2019 pada 2 Mac 2019.

Tindakan: Makluman

4.3 Beliau juga membentangkan program yang telah dilaksanakan oleh PIBG sepanjang
bulan Mac 2017 hingga Mac 2019.

4.3.1 Program Jiwa Murni pada 19 Ogos 2017.
4.3.2 Aerobikton pada 11 November 2017.
4.3.3 Majlis Anugerah Cemerlang pada 23 November 2017.
4.3.4 Program Jiwa murni pada 24 Februari 2018.

4.3.5 Program motivasi tahun 6 bersama Ibu Bapa pada 28 April 2018.
4.3.6 Sumbangan Gawai-Raya pada 26 Mei 2018.
4.3.7 Hari Sukan Sekolah.
4.3.8 Pemantauan Elektrik Sk Senadin.
4.3.9 Membaiki pagar sekolah.
4.3.10 Perbincangan bersama pihak RMT/kantin sekolah.
4.3.11 Membaiki bumbung bangunan di tapak perhimpunan.
4.3.12 Mesyuarat Muafakat PIBG SK Senadin-SMK Pujut-Majlis Bandaraya Miri.
4.3.13 Memasang penutup longkang.
4.3.14 Lawatan Penanda Aras.
4.3.15 Membuang sarang lebah di sekolah.
4.3.16 Menarik taraf pondok menunggu.
4.3.17 Memasang kekisi makmal.
4.3.18 Program Dialog Prestasi bersama Ibu Bapa dan Mesyuarat Gotong -

royong kelas.
4.3.19 Penyerahan bantuan bersama guru dan PIBG kepada ibu bapa.
4.3.20 Memasang penapis air untuk semua murid.

4.4 Laporan Setiausaha telah :
4.4.1 Dicadang sah oleh : Cik Belinda Pua Anak Ngau
4.4.2 Disokong oleh: Puan Elizabeth Ak Ungjat

Tindakan: Makluman

5.0Laporan Kewangan PIBG
5.1 Puan Nur Victoria Ruby membentangkan kedudukan kewangan PIBG
sesi 2017-2019

5.2 Beliau memberikan kedudukan kewangan terkini:
Rujuk lampiran

5.3 Laporan Bendahari telah:
5.3.1 Dicadang sah oleh : Encik Glynn Stapa
5.3.2 Disokong oleh : Encik Leonad Luang Laing

Tindakan: Makluman & Bendahari

6.0Hal-hal lain

6.1 Encik James Anak Nibong memaklumkan tentang penggunaan WhatsApp kelas
hanyalah untuk urusan rasmi sahaja seperti urusan mesyuarat, keceriaan dan hari
perjumpaan.

6.2 Beliau juga memaklumkan mengenai sumbangan ganti diri ketidakhadiran ibu bapa
dalam aktiviti keceriaan kelas adalah terpulang kepada pengerusi PIBK kelas
masing-masing.

6.3 Surat Rasmi mengenai sumbangan ganti diri ketidakhadiran ke aktiviti kelas
mestilah dibuat oleh setiausaha PIBK kelas masing-masing dan menghantarnya
kepada pihak PIBG sebagai rujukan.

Tindakan: Pengerusi PIBK

6.4 Encik David Anak Wat memaklumkan bahawa hanya tandas di tingkat bawah sahaja
yang dapat digunakan oleh murid-murid, ini menyebabkan murid-murid terpaksa
berjalan jauh untuk ke tandas. Beliau memohon pihak sekolah untuk membaiki
tandas yang berada di tingkat 1.

6.5 Guru besar memaklumkan bahawa tandas di tingkat 1 sudah dibaiki, namun begitu
tandas tersebut tidak dapat digunakan kerana masalah air. Beliau memberitahu
bahawa pihak PIBG akan menyelesaikan masalah ini.

6.6 Encik Raphael memohon pihak PIBG membaik pulih lantai pentas di dewan sekolah,
beliau memaklumkan bahawa terdapat banyak kerosakan dan perkara ini
membahayakan murid-murid dan orang ramai.

Tindakan: Jawatankuasa PIBG

7.0Pembubaran AJK PIBG sesi 2017-2019

7.1 Puan Linda Anak Jalak mengumumkan secara rasminya pembubaran barisan AJK
PIBG Sk Senadin sesi 2017-2019.

7.2 Encik James Anak Nibong Guru Besar Sk Senadin dilantik sebagai pengerusi
sementara.

8.0Pemilihan AJK PIBG Sk Senadin sesi 2019-2021

8.1 Pengerusi sementara memaklumkan pemilihan pada hari ini hanya melibatkan
YDP,NYDP, Bendahari, Naib Bendahari I dan 9 orang AJK dalam kalangan ibu bapa.

8.2 Bagi jawatan Setiausaha, Naib Setiausaha, Naib Bendahari II, Naib Bendahari III,
Juru Audit dan AJK dalam kalangan guru telah dilantik oleh pihak pengurusan
sekolah.

8.3 Jawatan pengerusi dan Naib Pengerusi

Nama cadangan I: Encik Leonard Laing
Pencadang :Encik Glynn Stapa
Penyokong :Puan Indah Masahaya

Nama cadangan II: Encik Jamaludin Andi Sultan Rani
Pencadang : Puan Rabillah Ayub
Penyokong :Encik Wan Mohd Hazryn

Nama cadangan III: Puan Linda Anak Jalak
Pencadang :Encik Leonard Laing
Penyokong :Encik Jamaluddin Andi Sultan Rani

Nama cadangan IV: Encik Wan Mohd Hazry
Pencadang : Puan Jeniffer Jipat
Penyokong : Puan Suzila

Encik Merang mencadangkan cadangan pencalonan jawatan YDP dan NYDP ditutup.
Pengundian jawatankuasa YDP dimenangi oleh Encik Jamaludin Andi Sultan Rani dan
jawatankuasa NYDP dimenangi
oleh Puan Linda Anak Jalak.

8.4 Jawatan Bendahari dan Naib Bendahari
Nama cadangan I: Puan Mastura binti Othman
Pencadang :Puan Indah Masahaya
Penyokong :Puan Coroline Anak Lawai

Nama cadangan II: Puan Coroline Anak Lawai
Pencadang :Puan Zuccie Intang
Penyokong :Encik Wan Mohd Hazryn

Nama cadangan III: Puan Juliana Doglan
Pencadang :Puan Coroline Anak Lawai
Penyokong :Puan Nur Victoria

Puan Rabillah mencadangkan cadangan pencalonan jawatan Bendahari dan dan Naib
Bendahari ditutup.

Pengundian jawatankuasa Bendahari dimenangi oleh Puan Mastura binti Othman dan
jawatankuasa Naib Bendahari dimenangi oleh Coroline Anak Lawai.

8.5 Jawatan Pengerusi PIBK dan Naib Pengerusi PIBK.
Nama cadangan I: Puan PennyAnak Sangga
Pencadang :Puan Nur Victoria Rubi
Penyokong :Puan Linda Anak Jalak

Nama cadangan II: Puan Julan
Pencadang :Puan Indah Masahaya
Penyokong :Encik Jamaludin

Nama cadangan III: Puan Gloria
Pencadang :Encik Wan Mohd Hazryn
Penyokong :Encik Glynn Stapa

Nama cadangan IV: Encik Glynn Stapa
Pencadang :Encik Leonard
Penyokong :Puan Linda Anak Jalak

Puan Indah mencadangkan cadangan pencalonan jawatan pengerusi PIBK dan Naib
Pengerusi PIBK ditutup.

Pengundian jawatankuasa pengerusi PIBK dimenangi oleh Puan Penny Anak Sangga
dan Naib Pengerusi PIBK dimenangi oleh Encik Glynn Stapa.

8.6 Ahli Jawatankuasa
Nama cadangan :Puan Victoria Rubi
Pencadang :Encik Wan Mohd Hazryn
Penyokong :Puan Zuccie Intang

Nama cadangan : Puan Zuccie Intang
Pencadang :Puan Victoria Rubi
Penyokong :Puan Saniah Yakup

Nama cadangan :Puan Raodah bte wass
Pencadang :Puan Saniah Yakup
Penyokong :Encik Jamaluddin

Nama cadangan : Puan Indah Masahaya
Pencadang :Encik Jamaludin
Penyokong :Puan Rita

Nama cadangan : Puan Suzila Anak Bege
Pencadang :Encik Glynn Stap

Penyokong :Encik David Wat

Nama cadangan : Puan Rosalind Anak Rakin
Pencadang :Encik David Wat
Penyokong :Encik Merang
Nama cadangan : Puan Pressila Palous
Pencadang :Encik Merang
Penyokong :Encik David Wat

Nama cadangan : Encik Leslie Emang Jau
Pencadang :Encik Leonard
Penyokong :Puan Linda Anak Jalak

Nama cadangan : Encik Nyanau Anak Nangkai
Pencadang :Puan Annie Ahjin
Penyokong :Puan Linda Anak Jalak

Kesemua calon yang dicadangkan telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa PIBG .

8.7 Senarai nama lantikan AJK PIBG sesi 2019-2021

8.7.1 Yang Dipertua :Encik Jamaludin Andi Sultan Rani

8.7.2 Naib yang Dipertua :Puan Linda Anak Jalak

8.7.3 Setiausaha :Cik Nor Rulashikine Binti Ramlee

8.7.4 Naib Setiausaha :Cik Nur Hamizah Binti Mohd Ambiah

8.7.5 Bendahari :Puan Mastura Binti Othman

8.7.6 Naib Bendahari I :Puan Yek Rong Ing

8.7.7 Naib Bendahari II :Puan Coroline Anak Lawai

8.7.8 Naib Bendahari III :Puan Sussana Bujang

8.7.9 Pengerusi PIBK :Puan Penny Anak Sangga

8.7.11 Naib Pengerusi :Encik Glynn Stapa

8.7.12 AJK Guru :Encik Ashley Jord

:Encik Johan Bin Juni

:Cik Umi Shamsiah Binti Abu Bakar

:Puan Zuraidah Binti Zainal Abidin

:Puan Nadiayani Binti Osman

8.7.13 AJK Ibu Bapa :Puan Nur Victoria Rubi

:Puan Zuccie Intang

:Puan Raodah Binti Wass

:Puan Indah Masahaya Binti Sabanah

:Puan Suzila Anak Bage

:Puan Rosalind Anak Rakin

:Puan Pressila Palous

:Encik Leslie Emang Jau

:Encik Nyanau Anak Nangkai
8.7.14 Juru Audit : Encik Hasri Bin Ariff

9.0Ucapan Penanguhan
9.1 Encik Jamaludin Andi Sultan Rani mengucapkan terima kasih atas sokongan dan
perlantikan beliau sebagai Yang Dipertua PIBG sesi 2019-2021.
9.2 Beliau memaklumkan pada tahun ini Jawatankuasa PIBG akan memberikan
tumpuan dalam usaha membantu guru-guru serta meningkatkan prestasi murid.
9.3 Beliau juga berharap jawatankuasa PIBG sesi 2019-2021 dapat memberikan
sepenuh kerjasama dalam memastikan segala perancangan yang dibuat dapat
dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan jam 11.45 Pagi

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(NOR RULASHIKINE BINTI RAMLEE) (JAMALUDIN ANDI SULTAN RANI)

Setiausaha Agung Kehormat, Yang diPertua,
Persatuan Ibu bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sesi 2019-2021, SK Senadin. Sesi 2019-2021, SK Senadin.


Click to View FlipBook Version