PANITIA
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang
muslim yang sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh
setiap muslim. Dengan kesedaran betapa pentingnya solat maka pihak JAPIM telah
memasukkan satu modul Bestari Solat di dalam modul perlaksanaan program j-QAF.
Kem Bestari Solat merupakan salah satu program Panitia Pendidikan Islam SK
Senadin yang dilaksanakan pada setiap tahun. Pada tahun ini Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Senadin telah merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat secara
norma baharu iaitu secara alam maya disebabkan sesi persekolahan secara bersemuka
belum dapat dilaksanakan disebabkan pandamik Covid-19 yang melanda Negara kita.
Secara khususnya, program ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid
Muslim Tahun Satu dapat mengambil wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari
segi perbuatan, perkataan, tertib, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Di samping itu,
melalui program ini juga diharap dapat membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang
cemerlang di kalangan para peserta kem.
OBJEKTIF
Mengetahui kepentingan solat
Mengetahui cara berwudhuk dengan sempurna
Mengetahui bilangan rakaan solat-solat fardhu
Melaksanakan semua perbuatan di dalam solat dengan betul
Menguasai bacaan dan perbuatan dan mengaplikasikannya
dengan baik dan lancar
Menunaikan solat secara individu dan berjemaah
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
BIL TARIKH AKTIVITI
1
29 Kem Bestari Solat bersama Fasilitator
NOVEMBER-
2 DISEMBER Diadakan secara dalam talian melalui
Group WhatsApp, atau Google Meet
2021
Masa ditentukan oleh fasilitator
Fasilitator akan mengedarkan Modul Kem
Bestari Solat kepada murid masing-masing
dan memberi penerangan berkaitan
perlaksanaan KBS.
Modul diberikan dalam bentuk PDF, Anyflip
dan link Youtube
Fasilitator dan ibu bapa bersama-sama
membantu untuk membimbing murid-murid
dalam menguasai Modul Kem Bestari Solat
berdasarkan tahap masing-masing
Penilaian dibuat oleh Ibu bapa melalui
link Google form yang disediakan pada
bila-bila masa.
Penilaian dibuat oleh fasilitator melalui
WhasApp atau Google Meet dan dicatatkan
di dalam borang dan buku rekod yang telah
disediakan pada tarikh yang ditetapkan.
2 3 DISEMBER Majlis Penutup Kem Bestari Solat
2021 Diadakan secara Google Meet bersama
semua peserta tahun 1 hingga 6
Bermula jam 2.00 Pagi
Slot Ceramah berkaitan solat
Slot Refresh bacaan dalam solat
Slot Quizizz berkaitan solat
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
ATURCARA MAJLIS PENUTUP
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
3 DISEMBER 2021 (JUMAAT)
2.00 petang :Peserta Kem Bestari Solat bersedia (Google
Meet)
2.15 petang : Majlis bermula
- Bacaan asma’ul husna
Kata aluan pengerusi Majlis
Bacaan doa
Tayangan slaid/video KBS 1 dan KBS 2
Slot Refresh Bacaan dalam solat
Slot Quizizz berkaitan solat
Nyanyian lagu Solat
5.00 petang : Majlis Bersurai
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
SENARAI NAMA FASILITATOR
BIL KELAS FASILITATOR
1 1 OS USTAZAH RABBILAH BINTI AYUP
2 1 TCM USTAZAH NOOR HASIMA BINTI ABU HASSAN
3 2 OS USTAZAH DAYANG ZHARAH
4 2 TCM USTAZAH FATIMAH
5 3 OS USTAZAH FAHALIZA
6 3 TCM USTAZ MOHD EHSAN
7 4 OS USTAZAH SUZANA ADI
8 4 TCM USTAZAH SUZANA ADI
9 5 OS USTAZAH SUPAMI BINTI SUHAIMI
10 5 TCM USTAZAH NOR RULASHIKINE BINTI RAMLEE
11 6 OS USTAZAH NOR RULASHIKINE BINTI RAMLEE
12 6 TCM USTAZAH NUR ZAITUL AZARIAH BT SULEIMAN
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
PANDUAN LENGKAP SOLAT
CARA BERWUDHU
AZAN & IQAMAH
CABRAABCEARASONLADT ALAM SOLAT
[]
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
Cara Berwudhu
A. ADAB BERWUDHU
1. Wuduk ertinya membersihkan anggota wuduk untuk
menghilangkan hadas kecil dengan menggunakan air. Wuduk
merupakan syarat sahnya solat. Oleh itu, wuduk mesti dilaksanakan
dengan baik dan betul.
2. Rukun wuduk ada enam perkara:
a. Niat sewaktu membasuh muka Lafaz niat wuduk adalah:
“Aku berniat mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala.”
b. Membasuh muka dimulakan dari tumbuhnya rambut kepala
sampai di bawah dagu dan dari telinga kanan sampai ke telinga
kiri.
c. Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku.
d. Menyapu air pada sebahagian kepala.
e. Membasuh kedua belah kaki.
f. Tertib (berturut-turut). Dengan erti kata lain, mendahulukan
yang dahulu dan mengemudiankan yang kemudian.
B. SYARAT-SYARAT WUDHU
Syarat-syarat wuduk ialah:
a. Orang Islam
b. Mumayyiz (orang yang dapat membezakan baik dan buruk sesuatu
pekerjaan).
c. Tidak berhadas besar.
d. Menggunakan air yang suci lagi menyucikan.
e. Tidak ada sesuatu yang menghalang air sampai ke kulit pada
anggota wuduk.
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
C. SUNAT-SUNAT WUDHU
Sunat-sunat wuduk ialah:
a. Membaca Bismillah.
b. Membasuh telapak tangan.
c. Berkumur-kumur.
d. Membersihkan lubang hidung.
e. Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri.
f. Menyapu seluruh kepala.
g. Mengusap kedua telinga luar dan dalam.
h. Membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali.
i. Sela-menyela antara jari tangan dan kaki.
j. Membaca kalimah syahadah setelah selesai wuduk.
D. PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU
a. Sesuatu yang keluar dari qubul dan dubur.
b. Hilang akal sebab mabuk, gila, pitam dan sebagainya.
c. Terjadi persentuhan antara kulit tubuh lelaki dan perempuan yang
bukan muhrimnya dan tanpa tutup pemisah.
d. Menyentuh qubul dan dubur dengan telapak tangan yang tidak
dipakai tutup pemisah baik kemaluan sendiri mahupun orang lain.
e. Tidur yang tidak tetap tempat dan kedudukannya.
f. Murtad
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
E. MENGANGKAT WUDHU/HADAS KECIL
1. Mulakan dengan bismillah..
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha penyayang.”
1. Membersihkan Kedua Belah Telapak Tangan
2. Berkumur-kumur dan Membersihkan Hidung.
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
3. Membasuh muka.
“Aku berniat mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala.”
4. Membasuh tangan kanan dan kiri.
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
5. Menyapu sebahagian kepala.
6. Membasuh kedua belah telinga.
7. Membasuh kaki kanan dan kiri.
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
8. Doa selepas wuduk.
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak
ada yang menyekutukanNya dan aku bersaksi bahawa Nabi
Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya. Ya Allah, jadikanlah
aku orang yang bertaubat dan jadikanlah aku orang yang menjaga
kebersihan, jadikanlah aku daripada hambaMu yang soleh, Maha
Suci Engkau ya Allah dengan sifat kepujianMu. Aku bersaksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon ampun dan
taubat kepadaMu dan Allah rahmati serta sejahterakan junjungan
kami Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya.”
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
Azan & Iqamah
A. BACAAN AZAN
1. Allah Maha Besar, Allah Maha
Besar
2. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah.
3. Aku bersaksi bahawa Nabi
Muhammad itu pesuruh Allah.
4. Marilah mendirikan solat.
5. Marilah menuju kemenangan.
6. Allah Maha Besar, Allah Maha
Besar.
7. Tiada Tuhan melainkan Allah.
Azan itu dilaungkan pada setiap waktu sembahyang Fardu dan
bacaannya sama, melainkan azan subuh, ditambah dengan seruan:
8. Solat itu lebih baik daripada tidur.
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
B. DOA SESUDAH AZAN
“Wahai Tuhan yang empunya seruan yang telah sempurna dan solat yang
akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi kepada junjungan
kami Muhammad kehormatan dan pangkat yang menjulang tinggi.
Bangkitkan untuknya kedudukan yang terpuji yang Engkau telah janjikan,
sesungguhnya Engkau tidak mungkir janji.
C. BACAAN IQAMAT
1. Allah Maha Besar, Allah Maha
Besar.
2. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah.
3. Aku bersaksi bahawa
Muhammad itu pesuruh Allah.
4. Marilah mendirikan solat.
5. Marilah menuju kemenangan.
6. Sesungguhnya solat itu hampir
didirikan.
7. Allah Maha Besar, Allah Maha
Besar.
8. Tiada Tuhan melainkan Allah.
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
Cara Bersolat
A. PENGERTIAN
Solat adalah perintah Allah (s.w.t) yang paling utama. Oleh itu, perintah
solat disampaikan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) adalah secara
langsung dan tidak melalui perantaraan. Iaitu ketika Nabi Muhammad
(s.a.w) sedang melaksanakan israk dan mikraj. Perintah solat berbeza
dengan perintah yang lain. Solat bererti doa atau permohonan kepada
Allah. Solat menurut istilah adalah perbuatan ibadah yang merupakan
ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan
salam.
1. Solat Subuh ( 2 rakaat )
2. Solat Zuhur ( 4 rakaat )
3. Solat Asar ( 4 rakaat)
4. Solat Maghrib ( 3 rakaat )
5. Solat Isya’ ( 4 rakaat )
B. SYARAT-SYARAT MELAKUKAN SOLAT
I. Syarat Wajib Solat:
1. Islam
2. Baligh dan berakal.
3. Suci daripada hadas kecil dan besar.
4. Selamat salah satu anggota deria pendengaran atau penglihatan
5. Sampai seruan Islam.
II. Syarat sah solat:
1. Suci daripada hadas kecil dan besar.
2. Suci tempat, pakaian dan tubuh daripada najis.
3. Mengetahui tentang masuknya waktu solat.
4. Menutup aurat.
5. Menghadap kiblat.
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
Keterangan - Aurat bagi lelaki adalah dari pusat sampai ke lutut
manakala aurat perempuan adalah seluruh badannya kecuali
muka dan kedua telapak tangan
C. RUKUN SOLAT
1. Berniat.
2. Berdiri bagi yang mampu.
3. Takbiratul ihram (membaca Allahu Akbar).
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Rukuk dengan tuma’ninah.
6. Iktidal dengan tuma’ninah.
7. Sujud dengan tuma’ninah.
8. Duduk antara dua sujud dengan tuma’ninah. 9. Duduk tasyahud
akhir dengan tuma’ninah
10. Duduk tasyahud akhir.
11. Membaca selawat Nabi ketika tasyahud akhir.
12. Membaca salam yang pertama.
13. Tertib (berturut-turut).
D. PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
Apabila salah satu rukun dan syarat tidak dikerjakan atau
ditinggalkan dengan sengaja, maka batallah solatnya (tidak
sah). Di antara yang membatalkan solat adalah sebagai
berikut:
1. Berhadas.
2. Bercakap-cakap dengan sengaja.
3. Terbuka aurat.
4. Bergerak berturut-turut tiga kali (3 x).
5. Makan dan minum walaupun sedikit.
6. Terkena najis.
7. Membelakangi kiblat.
8. Tertawa tergelak-gelak.
9. Menambah rukun.
KEM BESTARI SOLAT SK SENADIN 2021
10. Mendahului imam dua rukun bila menjadi makmum.
11. Berubah niat.
12. Melangkah atau memukul dengan kuat.
13. Murtad (keluar daripada agama Islam)
E. Niat Solat
Fardhu
1. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”
2. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”
3. Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat kerana Allah Ta’ala.”
4. Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”
5. Solat Subuh:
“Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
Lafaz niat solat Jumaat:
“Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai imam/makmum kerana
Allah Ta’ala.”
F. PANDUAN SOLAT BERGAMBAR (SOLAT ZUHUR)
Sebelum mengangkat takbir (takbiratul ihram) hendaklah kita
membaca lafaz niat berikut ini:
“Sahaja aku mengerjakan solat fardu zuhur empat rakaat kerana Allah
Ta’ala.”
1. Takbiratul Ihram:
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
(Allah Maha Besar)
2. Berdiri pada Rakaat Pertama:
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
3. Doa Iftitah:
“Allah Maha Besar lagi Agung dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-
banyaknya. Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku
kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderungkan lagi berserah
kepada Allah dan bukanlah aku daripada golongan orang yang
menyekutukan-Nya.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata hanya
untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya. Dan dengan
demikian aku diperintahkan, dan aku termasuk dikalangan orang muslim
(berserah diri).”
4. Bacaan Ta’awwuz:
“Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang direjam.”
5. Bacaan Surah al-Fatihah:
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang
Menguasai pemerintahan hari Pembalasan(hari Akhirat).
Engkaulahsahaja(Ya Allah) Yang Kamisembah, dan kepada Engkaulah
sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)
orang yang sesat.” (Surah al-Fatihah: 1-7)
5. Bacaan Surah:
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
“Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang
mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang
miskin. Maka celakalah bagi orang yang solat, (iaitu) orang yang lalai
daripada solatnya, orang yang berbuat riyak dan enggan (menolong
dengan) barang berguna.”
(Surah al-Ma’un: 1-7)
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
6. Takbir Kerana Rukuk:
(Allah Maha Besar)
7. Rukuk:
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung Dengan sifat kepujian-Nya.”
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
8. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):
“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
9. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):
(Ya Tuhan kami! BagiMu segala pujian)
(Allah Maha Besar)
10. Sujud yang Pertama:
“Maha Suci TuhanKu yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”
(Allah Maha Besar)
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
11. Duduk di antara Dua Sujud:
“Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku,
angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk,
afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.”
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
12. Sujud yang Kedua:
(Allah Maha Besar)
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”
(Allah Maha Besar)
13. Bangun ke Rakaat Kedua Tanpa Mengangkat Tangan:
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
14. Surah al-Fatihah:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang
Menguasai pemerintahan hari Pembalasan(hari Akhirat).
Engkaulahsahaja(Ya Allah) Yang Kamisembah, dan kepada Engkaulah
sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)
orang yang sesat.” (Surah al-Fatihah: 1-7)
15. Membaca Surah:
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Apakah
kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap
tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka
(untuk menghancurkan Kaabah itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kepada
mereka burung yang berbondong-bondong, yang melemparkan mereka
dengan batu berasal daripada tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan
mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat). (Surah al-Fil: 1-5)
16. Takbir Kerana Rukuk:
(Allah Maha Besar)
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
17. Rukuk:
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung Dengan sifat kepujian-Nya“.
18. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):
“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
19. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):
(Ya Tuhan kami! BagiMu segala pujian)
(Allah Maha Besar)
20. Sujud yang
Pertama:
“Maha Suci TuhanKu yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”
(Allah Maha Besar)
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
21. Duduk di antara Dua Sujud:
“Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah
darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan
maafkanlah aku.”
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
22. Sujud yang Kedua:
(Allah Maha Besar)
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya”.
(Allah Maha Besar)
23. Duduk Tahiyat Awal:
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
24. Bacaan Tahiyat Awal:
“Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa
yang baik-baik semuanya milik Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai
nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Selamat sejahtera atas kita dan
juga hamba- hamba Allah yang baik-baik. Aku bersaksi bahawa tiada
tuhan melainkan
Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah.
Ya
Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas Muhammad.”
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
25. Berdiri dan Mengangkat Takbir Selepas Tahiyat Awal:
(Allah Maha Besar)
26. Berdiri pada Rakaat yang Ketiga:
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
27. Surah al-Fatihah:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang
Menguasai pemerintahan hari Pembalasan(hari Akhirat).
Engkaulahsahaja(Ya Allah) Yang Kamisembah, dan kepada Engkaulah
sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)
orang yang sesat.” (Surah al-Fatihah: 1-7)
28. Takbir Kerana Rukuk:
(Allah Maha Besar)
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
29. Rukuk:
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung Dengan sifat kepujian-Nya.”
30. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”
Iktidal(Kembali Berdiri dari Rukuk)
(Ya Tuhan kami! Bag-iMu segala pujian)
(Allah Maha Besar)
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
31. Sujud yang Pertama):
“Maha Suci TuhanKu yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”
(Allah Maha Besar)
32. Duduk di antara Dua Sujud:
“Tuhanku ampunkanlah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku,
angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk,
afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.”
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
33. Sujud yang Kedua:
(Allah Maha Besar)
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”
(Allah Maha Besar)
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
34. Bangun ke Rakaat Keempat tanpa Mengangkat Tangan:
35. Surah al-Fatihah:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang
Menguasai pemerintahan hari Pembalasan(hari Akhirat).
Engkaulahsahaja(Ya Allah) Yang Kamisembah, dan kepada Engkaulah
sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)
orang yang sesat.” (Surah al-Fatihah: 1-7)
36. Takbir Kerana Rukuk:
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
(Allah Maha Besar)
37. Rukuk:
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung Dengan sifat kepujian-Nya.“
38. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”
39. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):
(Ya Tuhan kami! BagiMu segala pujia)n
(Allah Maha Besar)
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
40. Sujud yang Pertama:
“Maha Suci TuhanKu yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”
(Allah Maha Besar)
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
41. Duduk di antara Dua Sujud:
“Tuhanku ampunkanlah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku,
angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk,
afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.”
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
42. Sujud yang Kedua:
(Allah Maha Besar)
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”
(Allah Maha Besar)
43. Duduk Tahiyat Akhir:
44. Bacaan Tahiyat Akhir:
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
”Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa
yang baik-baik semuanya milik Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai
nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Selamat sejahtera atas kita dan
juga hamba- hamba Allah yang baik-baik. Aku bersaksi bahawa tiada
tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad sebagai
utusan Allah.
Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas Muhammad dan keluarga
Muhammad sebagaimana Engkau telah anugerahkan kesejahteraan ke atas
Ibrahim dan keluarga Ibrahim dan berkatilah Muhammad dan keluarga
Muhammad sebagaimana yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga
Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.”
45. Salam ke Kanan:
“Sejahtera ke atas kamu dan semoga dicucuri rahmat Allah.”
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
46. Salam ke Kiri:
“Sejahtera ke atas kamu dan semoga dicucuri rahmat Allah.”
47. Doa Qunut dan Solat Subuh:
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
48. Bacaan Doa Qunut:
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
“Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku bersama orang yang telah Engkau
tunjukkan. Afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau afiatkan.
Pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin dan berkatilah
bagiku pada apa- apa yang telah Engkau berikan. Peliharalah aku
daripada kejahatan perkara- perkara yang telah Engkau qadha’kan
(hukumkan). Maka Engkau yang menghukum bukannya Engkau yang
dihukum. Tidak akan terhina orang yang telah Engkau pimpin. Tidak
akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. Amat berkat Engkau wahai
Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau, maka bagi-Mu jua segala kepujian
atas apa yang Engkau tetapkan. Aku meminta ampun kepada Engkau dan
taubat kepada Engkau dan Allah sejahterakan junjungan kami
Muhammad yang ummi (tidak tahu membaca) dan sejahtera atas
keluarganya dan para sahabatnya.”