The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-24254311, 2022-08-20 04:50:37

Buku Program Publisher

Buku Program Publisher

TEMA: MELESTARIKAN BUDAYA INOVASI
DIGITAL DALAM PdPc BAGI MENDEPANI REVOLUSI

INDUSTRI 4.0

TARIKH : 27 Ogos 2022 (Sabtu)

TEMPAT : SMK ST JOSEPH PAPAR (Secara Maya)

PERASMI : EN ASNEH BIN MARJAN (TIMBALAN PPD PAPAR)

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

PERKARA 3
4
 Pengenalan & Objektif 5
 Ucapan Perasmi 6
 Ucapan Pengetua 7
 Biodata Pengucaptama 8
 Tentatif Program 9
 Jawatankuasa Induk dan Pelaksana 10
 Jadual Pembentangan 19
 Abstrak Kajian
 Biodata Panel Luar
 Sekalung Budi Sejuta Kasih

PENGENALAN

Simposium Kajian Tindakan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph merupakan program
yang julung-julung kali diadakan yang bertujuan untuk mencungkil potensi serta membu-
dayakan amalan terbaik guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut bidang
masing-masing. Lantaran itu, penulisan kajian tindakan adalah platform yang sesuai untuk
mendokumentasikan amalan terbaik guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dalam bilik darjah. Guru-guru SJS pada tahun 2022 perlu lebih cekap mencari ruang
dan peluang dalam semua aspek kerana kepesatan ilmu pengetahuan dan teknologi bergerak
dengan pantas tanpa di sedari. Program ini juga merupakan salah satu program yang dirangka
dalam Pelan Strategik KBAT 2022-2023 untuk memastikan guru-guru SJS bersedia mende-
pangai revolusi industri 4.0 selaras dengan Transformasi Sekolah (TS25).

OBJEKTIF

 Menggalakan guru menghasilakan kajian tindakan, 1 Guru 1 Kajian Tindakan.
 Mengembangkan ilmu pengetahuan guru dalam bidang masing-masing.
 Memberi cabaran kepada guru supaya mempunyai hasrat mengembangkan diri dan keluar

dari zon selesa.
 Memupuk semangat kolaboratif serta permuafakatan dalam kalangan guru.

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera.
Alhamdulilah, bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita
dapat bersama-sama dalam Kolokium Kajian Tindakan SMK St. Joseph bagi tahun
2022. Saya sangat berbangga kerana telah dijemput untuk merasmikan majlis ilmu
pada hari ini dan jemputan ini merupakan satu penghargaan buat saya. Terima kasih kepada Puan Jenith Mahibol,
pengetua SMK St.Joseph atas jemputan ini. Tahniah juga kepada jawatankuasa pengelola majlis ilmu kerana berja-
ya menganjurkan kolokium ini dengan jayanya.

Kajian Tindakan merupakan salah satu alternatif untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan seterusnya mengubah
amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hasil kajian tindakan ini sudah tentu akan memberi implikasi posi-
tif pada pembelajaran murid-murid. Hal ini menunjukkan bahawa warga pendidik adalah komponen penting dalam
proses pembaharuan dan transformasi yang berlaku dalam sistem pendidikan kita. Warga pendidik perlu kreatif, ino-
vatif dan bersedia melaksanakan perubahan untuk mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dan menyeronokkan.
Hadirin yang dihormati,
Bertepatan dengan tema simposium kita pada tahun ini iaitu “Melestarikan Budaya Inovasi Digital dalam PdPc bagi
Mendepani Revolusi Industri 4.0”, menggambarkan bahawa penggunaan sistem digitalisasi banyak diaplikasikan
dalam PdPc demi melestarikan pendidikan agar kita dapat mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. Dalam
mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 ini, kita perlu melestarikan budaya inovasi digital dalam pendidikan seperti
memupuk apsek kemahiran, teknologi, kreativiti dan inovasi dalam kalangan pendidik. Perubahan dalam sistem pen-
didikan ini menuntut para pendidik untuk menguasai teknik dan pendekatan terkini dalam PdPc supaya tidak keting-
galan dengan kehendak industri atau sekurang-kurangnya boleh menyaingi teknologi Revolusi Industri 4.0. Langkah
bitara yang telah diambil oleh warga pendidik SMK St. Joseph ini adalah melaksanakan kajian tindakan. Syabas dan
tahniah barisan pendidik SMK St. Joseph atas kejayaan melaksanakan kajian tindakan.
Seperti yang kita sedia maklum, kajian tindakan merupakan satu bentuk penyelidikan ringkas yang telah diperkenal-
kan di peringkat sekolah. Tujuannya adalah untuk memastikan budaya penyelidikan dapat dipupuk dalam kalangan
pendidik. Kajian tindakan yang melibatkan kemahiran proses mengorganisasi, membentang, mendokumentasi dan
menerbitkan hasil-hasil penyelidikan, dilihat mampu membentuk pendidik yang sentiasa berada setapak di hadapan
dalam mengatasi masalah PdPc khususnya pada era Revolusi Industri 4.0 ini. Penyelidikan yang dihasilkan akan
memberi impak besar bukan sahaja kepada pendidik itu sendiri tetapi juga proses pembelajaran murid kerana hanya
jauhari yang mengenal manikam. Penyelidikan yang dilaksanakan melalui satu guru satu kajian tindakan sudah pasti
memberi peluang kepada guru untuk membuat kajian yang berfokus kepada masalah dalam PdPc agar satu hasil
kajian secara holistik dapat dihasilkan.
Hadirin yang dikasihi,

Pada hari ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pemben-
tang-pembentang kertas kerja yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sudah tentu nilai keilmuan yang disampaikan dalam majlis seumpama ini akan memberi manfaat besar kepada pen-
didik dan perlu diteruskan pada masa akan datang. Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan syabas kepada
semua ahli jawatankuasa pelaksana, guru dan pihak yang terlibat dalam menjayakan pembentangan kajian tindakan
ini. Akhir kata, dengan lafaz bismillahhirahmanirahim, saya merasmikan Kolokium Kajian Tindakan SMK St. Joseph
Papar bagi tahun 2022.
Sekian, saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah asaalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera dan salam Josephian Shine
Pada hari ini, saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya
kita telah diberi ruang dan peluang untuk bersama-sama dalam majlis ilmu iaitu Ko-
lokium Kajian Tindakan SMK St. Joseph bagi tahun 2022 dengan tema “Melestarikan
Budaya Inovasi Digital dalam PdPc bagi Mendepani Revolusi Industri 4.0”. Saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pembentang dan ahli jawatankuasa majlis ilmu ini kerana
telah bertungkus-lumus menjayakan kolokium ini.
Hadirin yang saya hormati,
Pada masa ini, banyak perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan di negara kita. Namun begitu, perkara
yang pasti adalah mutu pendidikan berkualiti amat dituntut dalam mendepani cabaran dunia yang tidak menentu
perkembangannya impak ledakan maklumat merentasi sempadan. Oleh itu, seorang guru perlu mengambil tinda-
kan yang proaktif dan dinamik untuk mengimplementasikan tugas dan peranan masing-masing bagi memastikan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan walaupun perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dil-
akukan. Walaupun begitu, guru-guru di SMK St Joseph ini telah mengambil tindakan dengan menjalankan kajian
tindakan demi menyahut seruan pihak kementerian.
Seramai lapan orang guru telah mengambil bahagian dalam pembentang kajian tindakan ini. Setiap guru
mempunyai skop kajian masing-masing yakni untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan PdPc.
Kajian tindakan yang dijalankan di SMK St Joseph ini adalah bertujuan untuk menggalakkan guru-guru
menghasilkan kajian tindakan iaitu satu guru satu kajian tindakan. Selain itu, guru-guru dapat mengembangkan
ilmu pengetahuan dalam bidang masing-masing di samping memupuk semangat kolaboratif serta permuafakatan
dalam kalangan pendidik. Pelaksanaan kajian tindakan ini akan memberi cabaran kepada guru supaya mempu-
nyai hasrat mengembangkan diri dan keluar dari zon selesa.
Hadirin yang saya kasihi,
Kolokium pada hari ini dengan pengisian pembentangan kajian tindakan daripada lapan orang guru diharap
dapat memberi seribu satu kebaikan bukan saja kepada rakan-rakan guru tetapi juga kepada perkembangan
akademik anak-anak didik kita. Semoga perkongsian mereka akan dapat membantu menyelesaikan isu yang
wujud dalam PdPc kita. Saya juga berharap agar guru-guru yang telah menjalankan kajian tindakan ini tidak ber-
henti setakat di sini saja tetapi akan tetap meneruskan usaha ini sampai bila-bila. Saya juga percaya akan lebih
banyak guru yang menjalankan kajian tindakan selepas ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada para pemben-
tang dan ajk pelaksana yang telah berusaha sehabis baik untu menjayakan majlis ilmu ini.
Sekian, terima kasih.

LATAR BELAKANG PROFESIONAL:

Mengetuai pasukan sumber manusia yang terlatih dalam pengajaran dan pembentukan generasi yang bakal menjadi
pemimpin masa hadapan. Memotivasi penanbahbaikan pelajar dalam bidang akademik, inovasi, kreativiti, kepimpinan
dan jangkauan komuniti.

Ketua Unit, Unit Bahasa Inggeris Maktab Perguruan Gaya. Kota Kinabalu

Melatih dan menyelia pembangunan bakal guru di bawah Program Diploma Perguruan Malaysia dan program kembar
bersam universiti tempatan.

Master Trainer (1990 – 2003)

Bertanggungjawab untuk latihan dan jaringan guru dan pensyarah di bawah JPN Sabah untuk Panel KBSM Bahasa Ingger-
is dan tajaan MoE: Program Malaysian Trainer Development Programmes, the Primary Teacher Education Programmes,
the Professional Development of Teachers Programmes organized by Sabah and Sarawak State Education Departments,
dan the First Steps Professional Development Programmes.

Educator

Mengajar dan membangunkan potensi, bakat dan minda remaja daripada usia 12 hingga 40 tahun.

Pengamal Penyelidikan

Menerbit dan membentang di peringkat antarabangsa dan kebangsaan dan di peringkat Jurnal Ilmiah IPGK Gaya dan
Majlis Pengetua Sekolah Menengah. Fokus profesionalisme kini adalah dalam bidang Professional Learning Community
(PLC), Coaching and Mentoring, Transformational Leadership, Community outreach and Teacher development

Penulis Kreatif

Menulis dua puisi moden dalam Antologi Aku Tiung Mas dan menghasilkan bersama edisi pertama majalah Humino-
dun,, program khas untuk peningkatan status dan pendidikan wanita Sabah.

Jalinan dan Jaringan

Telah berjaya dalam jalinan bersama Special Olympic Sabah, INDEP Education Foundation untuk program Be English
Speaker for a Better Tomorrow (BEST), Duke of Edinburgh Award Program, Komuniti luar bandar seperti di Tudan, Kota
Belud dan Papar untuk program Gaya Community Leadership Education Outreach (CLEO), MRSM dan lain-lain sektor
kerajaan dan awam. Di samping itu, mempunyai jaringan yang mantap dalam kalangan Institut Pendidikan Guru Kampus
di seluruh Malaysia.

TENTATIF PROGRAM

Masa Butir
8.00 pagi
Persediaan AJK
Montaj Kajian Tindakan SJS 2022
Tayangan Backdrop Majlis diiringi muzik iringan

8.15 -9.30 pagi Sidang pertama
Pembentang 1 hingga 5

Keynote Speaker (Gerturude Jock)
9.30-10.00 pagi

Tajuk:

10.00 – 11.15 Sidang kedua
pagi Pembentang 6 hingga 9

Tayangan Backdrop Majlis diiringi muzik iringan untuk majlis perasmian Sim-
11.15 -11.20 pagi posium Kajian Tindakan 2022

11.20-11.30 pagi Pembuka bicara pengacara majlis

Iringan lagu
lagu ”Negara Ku”
lagu ”Sabah Tanah Airku”
- lagu Sekolah

Bacaan Doa

11.40 pagi Ucapan alu-aluan Puan Jenith Mahibol ( Pengetua SJS)
11.55 pagi Ucapan Perasmian En Suhaimi Bin Hj Matshah (Peg. PPD Papar)
Majlis dijangka selesai
12.20 tengah hari

Jawatankuasa Induk dan Pelaksana 2022

Pengerusi Pn Jenith Mahibol ( Pengetua)
Timbalan Pengerusi En. Sylvester John Asun (Pen. Kanan Pentad-
biran)
Naib Pengerusi (1) En. Ahmezul Ahmad (Pen. Kanan Hal Ehwal
Murid)
Naib Pengerusi (2) Pn. Saidah S. Latip (P. Kanan Kokum)
Naib Pengerusi (3) Pn. Kamisah Amiril (Pen. Kanan Petang)
Penyelaras/ Ketua Editor Pn. Nooraini Binti Awang Jambol
Penolong Penyelaras Pn Saifathul Aini Binti Sulaiman
Setiausaha Pn. Zuraifah Binti Abd Razak
Bendahari Cik Ruzilah Binti Nuin
Jawatankuasa Jemputan Pn Jennifer (Ketua)
Pn Lee Kat Su
Jawatankuasa Penyedia Sijil
Cik Syndie Laichin (Ketua)
Jawatankuasa membukukan Pn. Alizah Durajak
Kompilasi Kajian Tindakan Pn Zarina Ramley ( ketua)
Jawatankuasa Promosi dan Cik Rosidah Manas
kehadiran Cik. Ellysia
Jawatankuasa Pengacara Majis
(Moderator) Pn Arhadewi
Jawatankuasa Montaj Pn Siti Zulaikha
Jawatankuasa Tajaan Pn Saifathul Aini
Jawatankuasa penyedia teks Dg. Sabariah binti Amp Mahmun
ucapan Pn. Doemi Blasius
Jawatankuasa Hadiah dan
cenderahati Pn Fatimah Anjot
Jawatankuasa Rakaman Uca-
pan En Lesley George
Jawatankuasa Teknikal
Siaraya Cik Nurul Nadia (Ketua)
Jawatankuasa buku program En. Gary Justin Jaibun
Jawatankuasa Backdrop Pn. Hapsah Jatarin
Jawatankuasa Pengurus Pn Siti Zarifah
Upacara Cik Floriana Robert
(Floor Manager)

JADUAL PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN

MASA SIDANG 1 MASA SIDANG 2
Sylvester John Asun Siti Zarifah
Peserta 1 Peserta 6
8.15-8.30 am 10.00 -10.15 am

Peserta 2 Saifathul Aini Sulaiman Peserta 7 Saidah, Rosidah, Jennifer
8.30- 8.45 am Joney Lajingi & Nooraini Ag Jambol 10.15 -10.30 am Nooraini

Peserta 3 Asmawati, Amalia Peserta 8 Jupites, Floriana, Lee Kat Su
8.45-9.00 am Noorsyamimi Binti Noorsin 10.30 – 10.45 am

Peserta 4 Peserta 9
9.00-9.15 am 10.45 – 11.00 am

Peserta 5
9.15- 9.30 am

Meningkatkan Penguasaan Tatabahasa dalam Penulisan
Murid Tingkatan 3 Menggunakan Kaedah TSB.

Oleh

SYLVESTER JOHN ASUN

Abstrak
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang terdapat dalam Standard Kurikulum
Bahasa Melayu. Antara penekanan yang diberikan dalam aspek menulis ialah pelajar mampu melahirkan idea ber-
dasarkan ilmu pengetahuan serta pengalaman peribadi yang telah dilalui oleh pelajar itu sendiri dalam pelbagai
jenis penulisan yang dihasilkannya. Penggunaan ayat yang gramatis, ejaan dan tanda baca yang betul dan tulisan
yang kemas serta jelas merupakan penekanan yang diberikan dalam menghasilkan penulisan yang baik. Kajian
tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa dalam penulisan bahasa Melayu
murid tingkatan Wagner dengan menggunakan kaedah ‘Tunjuk, Sebab dan Betulkan’ (TSB). Tinjauan
awal terhadap penulisan murid telah saya lakukan dengan mengadakan pemerhatian dan ujian pra.
Dapatan daripada pemerhatian dan ujian pra, menunjukkan bahawa hampir semua murid tingkatan 3
Wagner melakukan kesalahan tatabahasa dalam penulisan. Secara umumnya kesalahan tatabahasa ini
berlaku disebabkan kebanyakan murid melakukan kesalahan penggunaan kata atau frasa dalam penu-
lisan menyebabkan struktur ayat tidak gramatis sekali gus menjejaskan mutu karangan murid. Menyedari
akan hakikat tersebut maka fokus utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti kesalahan
penggunaan kata atau frasa yang dilakukan oleh kebanyakan murid dalam penulisan. Setelah saya me-
nyenaraikan kesalahan penggunaan kata dan frasa yang ditemukan dalam penulisan murid, saya tanda
dengan pen merah, buat pembetulan kemudian tunjukkan senarai kesalahan tersebut kepada murid-
murid. Seterusnya, saya terangkan kepada semua murid dalam kelas kenapa penggunaan kata atau
frasa tersebut salah dalam konteks ayat berkenaan. Akhir sekali, saya tunjukkan pula contoh
penggunaan kata dan frasa yang betul mengikut konteks kepada murid agar mereka tidak mengulangi
kesalahan yang sama dan sekali gus dapat meningkatkan penguasaan tatabahasa murid-murid dalam
penulisan. Bagi memenuhi kehendak kajian ini, saya telah memilih 6 daripada 34 orang murid 3 Wagner
sebagai sampel untuk mewakili populasi. Berdasarkan keputusan ujian pasca ujian, saya mendapati ba-
hawa penggunaan kaedah TSB ini dapat meningkatkan penguasaan tatabahasa murid-murid dalam
penulisan. Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa kaedah ini sesuai diaplikasikan oleh semua
guru bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai salah satu alternatif membantu murid
-murid meningkatkan mutu penulisan dalam bahasa Melayu.

Meningkatkan Tahap Prestasi Murid Tingkatan Empat melalui
Penilaian Bilik Darjah (PBD) Bagi Tajuk Luluh Hawa menggunakan BBM fraction-L

OLEH:

Saifathul Aini Binti Sulaiman
SMK St. Joseph, Papar

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid tingkatan empat menguasai Tahap Prestasi (TP) sekurang-
kurangnya TP 3 bagi tajuk Luluhawa. Berdasarkan tinjauan awal, murid tingkatan 4 Mozart dan Strauss
amat lemah dalam penguasaan tajuk-tajuk Geografi Fizikal kerana faktor kurang minat membaca dan tidak
memberi tumpuan penuh semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru mencipta
satu inovasi bahan bantu mengajar khusus untuk tajuk Luluhawa bagi menguji dan meningkatkantahap
prestasi murid iaitu BBM fraction-L. 10 orang murid 4 Mozart terlibat dalam kajian ini. Instrument yang
digunakan adalah set ujian pra dan pasca. Pendekatan Konstruktivisme dan pendekatan terbeza turut
digunakan dalam kajian ini.

Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan
Keanjalan Harga Permintaan Menggunakan BBM K & K

Bagi Murid Tingkatan Lima Strauss

OLEH:

Joney Lajingi & Nooraini Awang Jambol
SMK ST. Joseph, Papar

Abstrak

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan menjawab soalan keanjalan harga per-
mintaan dalam mata pelajaran Ekonomi. Seramai 5 orang murid dari kelas 5 Strauss dan dua orang guru terlibat
dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja murid, ujian pra, temubual dan pemer-
hatian. Hasil tinjauan menunjukkanmurid-murid tidak dapat menyelesaikan soalan berkaitan rumus keanjalan per-
mintaan. Selain daripada itu, murid-murid juga tidak dapat mengaplikasi rumus melibatkan pengiraan keanjalan
harga permintaan semasa ujian dan peperiksaan. Rentetan dengan itu, pengkaji telah mengilhamkan BBM K & K
untuk mengatasi isu yang dikenalpasti iaitu melibatkan pengetahuan rumus keanjalan harga permintaan dan pengi-
raan matematik. BBM K & K ini mempunyai keunikan yang tersendiri kerana boleh dikendalikan secara kendiri apa-
bila murid mampu menguasai cara mengaplikasi rumus sedia ada sepenuhnya. Ujian Pos menunjukkan kesemua
murid telah mempunyai markah. Markah min telah meningkat daripada 24% (Ujian Pra) kepada 96% (Ujian Pos).
Ini menunjukkanpeningkatan min markah bagi 5 orang murid sebanyak 72%. Penggunaan BBM ini telah membantu
murid mengingati semua konsep yang terlibat dan seterusnya membantu murid menyelesaikan soalan secara siste-
matik dan teratur. Kesan yang sangat ketara dengan penggunaan BBM K&K murid lebih mudah menjawab soalan
tanpa bantuan guru dan membolehkan mereka membuat ulang kaji sendiri di rumah. Manakala impak terhadap guru
pula dapat mengatasi isu murid tidak memahami teknik pengaplikasian rumus keanjaalan harga permintaan secara
tuntas sekaligus mempelbagaikan strategi dan meningkatkan mutu pengajaran di dalam kelas.

Keyword: Subjek Ekonomi, Subjek Matematik, BBM K & K

IMPROVING STUDENTS’ SPEAKING SKILLS THROUGH LANGUAGE GAMES

OLEH:

Asmawati Latifah Binti Abdul Latif
&

Aminah Zakaria
SMK ST. Joseph, Papar

Abstrak
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehan bercakap atau bertutur
di kalangan pelajar udalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan permainan Bahasa .
Mereka mempunyai masalah kemahiran bertutur di mana mereka sangat lemah dan tidak
boleh menggunakan Bahasa Inggeris dengan baik. Tujuan kajian Tindakan untuk melihat
sejauh mana keberkesanan permainan Bahasa meningkatan kemahiran lisan dan juga
mengenal pasti situasi bagaimana permainan Bahasa itu dilaksanakan. Seramai 5 orang
murid dari kelas Peralihan Chopin terlibat dalam kajian ini. Hasil tinjauan pada awal menun-
jukkan murid-murid tidak dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Kajian Tinda-
kan ini dijalankan dua kitaran iaitu dua kali perjumpaan dalam kelas. Dalam perjumpaan itu
dikenal pasti problem, planning of action, implementing the action, observing the action,
reflecting the action and revising the plan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui se-
makan kerja murid, ujian pra, temubual dan pemerhatian. Kajian Tindakan ini sangat ber-
nilai dan memberi sumber inspirasi kepada pendidik kerana ia memberi satu pengalaman
yang baru. Ia juga membantu untuk pendidik mendapatkan satu proses pembelajaran dan
pengajaran yang baik dan menarik.

TO IMPROVE STUDENTS’ WRITING SKILLS

OLEH:

Noorsyamimi Binti Noorsin

SMK ST. Joseph, Papar

Abstract

Process Genre approach highlights the teaching of writing skills which involves the emphasis not only on
the genre of writing but also places great concern in process writing skills. This approach looks at the ele-
ments of purpose, social context, structure and grammatical features as well as the stages in writing which
are; planning, drafting, editing and publishing. This action research was conducted to examine the effec-
tiveness of applying Process Genre approach to a group of Form 2 students in a mission school in Papar.
It aimed at improving students writing skills in three different genres of writing by exposing the students
to the elements of the target genres and various stages in process writing. There were four methods of da-
ta collection; observation, researcher’s reflections, students’ essays and lesson plans. There were three
cycles in this action research. In the first cycle, researcher taught descriptive essay to the students and em-
phasized on the purpose, structure and three grammatical features of descriptive writing. In the second
cycle, students were taught narrative writing and they were exposed to the purpose, structure and two
grammatical features. In the third cycle, students learnt comparative writing and the researcher empha-
sized on the purpose, structure and two grammatical features. The overall result derived from the three
cycle carried out in this research implied that Process Genre approach helped to improve students’ writing
skills in three different genres of essay.

Langkah 1234

Oleh

Puan Siti Zarifah Binti Zakariah

SMK St Joseph Papar

Sikap dan tingkahlaku 10orang murid Tingkatan 4 Wagner semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Fizik ,bab 3 iaitu Hukum kegravitian alam semesta menunjukkan mereka tidak begitu berminat dengan mata pelajaran
dan bab tersebut. Punca masalah yang utama ialah kerana mereka tidak boleh memahami dan mengaplikasikan soalan
pengiraan yang terdapat di dalam bab 3 dan matapelajaran fzik keseluruhannya. Maka fokus kajian ini adalah untuk
menangani masalah tersebut dengan menggunakan teknik yang boleh membantu murid meningkatkan kemahiran
mereka menyelesaikan soalan pengiraan dengan Langkah 1234 yang sistematik.Tinjauan awal menunjukkan 10 orang
murid tersebut gagal dalam peperiksaan semester pertama matapelajaran fizik. Sesi temubual secara peribadi dlakukan
untuk mengetahui punca mengapa mereka tidak minat dan gagal mendapat 10 orang murid ini tidak yakin atau tidak
menyelesaikan masalah pengiraan yang ada di dalam soalan tersebut. Intervensi dijalankan untuk membimbing mereka
menyelesaikan masalah pengiraan terutama di dalam bab3.Selepas Langkah 1234 di perkenalkan, didapati 10 orang
murid tersebut dapat menyelesaikan masalah pengiraan dan meningkatkan keyakinan mereka terhadap matapelajaran
fizik. Peperiksaan akhir yang dijalankan menunjukkan 100% murid meningkat dalam markah peperiksaan mereka. Ber-
dasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan, kemahiran murid dalam masalah pengiraan dan matapelajaran fizik telah
dapat ditingkatkan setelah menggunakan Langkah 1234. Selain itu, dapat dirumuskan kajian tindakan bukan sahaja
dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru

Meningkatkan Kemahiran Asas Murid Terhadap Pembelajaran Grammar Dalam Bahasa Inggeris Menerusi
Inovasi “ S & F Grammar Technique “
OLEH:

Saidah S. Latip, Jennifer Sidi dan Rosidah Mohd Manasir
SMK ST. Joseph, Papar

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas murid mempelajari Topik Grammar melalui “ S &
F Grammar Technique” yang merangkumi Simple Present Tense, Verb To Have, Verb To Do dan Verb To Be. Pen-
guasaan yang lemah dalam asas Grammar Bahasa Inggeris yang melibatkan verbs dan tenses asas ini adalah
merupakan masalah yang sering berlaku di kalangan murid-murid di sekolah. Kebanyakkan murid mempunyai ma-
salah asas pemahaman Grammar terutama asas teori bagi setiap topik tenses dan verbs tersebut dan menulis ayat
Bahasa Inggeris dengan mudah dan betul di dalam penulisan mereka. Oleh itu, Inovasi S & F Grammar Technique
ini diperkenalkan bagi membantu murid mengatasi masalah yang melibatkan Grammar terutama dalam
penggunaan Simple Present Tense, Verb To Have, Verb To Be dan Verb To Do. Inovasi S & F Technique ini
dihasilkan bertujuan membantu murid menyelesaikan pembelajaran Grammar. Penggunaan Cara Shorter and
Faster Technique dicetuskan berdasarkan kepada beberapa kajian literatur. Kajian ini menggunakan kaedah
gabungan iaitu ‘Mixed method’ yang melibatkan data kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif diperoleh daripada
markah murid berdasarkan kepada Ujian sebelum dan selepas inovasi. Manakala kaedah temubual secara formal
dan pemerhatian di dalam kelas digunakan bagi mendapatkan data kualitatif. Kajian ini melibatkan 3 orang guru
dan 16 orang murid Tingkatan 5. Secara keseluruhannya, murid dapat menguasai pembelajaran Grammar dengan
lebih baik selepas penggunaan inovasi S & F Grammar Technique dan mampu menulis ayat Bahasa Inggeris yang
ringkas dengan betul.

Meningkatkan Kemahiran Untuk Menyelesaikan Masalah Kad Kredit dan Menggunakan MONEY-G Ting-
katan Tiga Wagner

OLEH:
Nooraini Awang Jambol
SMK ST. Joseph, Papar

Abstrak
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan untuk menjawab soalan
penyelesaian masalah Matematik dalam tajuk pengurusan kewangan. Seramai 5 orang murid dari kelas 3
Wagner terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja murid, ujian pra,
temubual dan pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid tidak dapat menyelesaikan soalan
berkaitan kad kredit. Selain daripada itu, murid-murid juga tidak dapat mengaplikasi kaedah dalam
penyelesaian masalah kad kredit. Dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Money-Gi ini te-
lah dapat mengatasi isu yang dikenalpasti memandangkan topik ini merupakan topik yang baharu dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). BBM ini mempunyai keunikan tersendirikan yang
tersendiri kerana boleh dikendalikan secara manual dan maya. Murid akan melaksanakan pembelajaran
abd ke-21 iaitu round robin secara interaktif dalam kumpulan masing-masing. Kelebihan Money-G memu-
dahkan pdpc guru dalam kelas untuk mengajar topik matematik pengguna dengan lebih cepat dan berke-
san. Ujian Pos menunjukkan kesemua murid telah menunjukkan peningkatan markah. Markah min telah
meningkat daripada 59% (Ujian Pra) kepada 91% (Ujian Pos). Ini menunjukkan peningkatan min markah
bagi 5 orang murid sebanyak 32%. Penggunaan BBM ini telah membantu murid mengingati semua kon-
sep yang terlibat dan seterusnya membantu murid menyelesaikan soalan secara alami kerana terdapat
simulasi sebenar dalam pelaksanaan aktiviti. Guru dapat mempelbagaikan strategi pengajaran di dalam
kelas dan meningkatkan mutu pengajaran guru Matematik.
Keyword: Bahan Bantu mengajar (BBM), Money-G, dan kad kredit.

Mengatasi sikap murid yang bersikap malas tegar dalam membuat aktiviti latihan
menggunakan teknik Pujian dan Ganjaran ekonomi (PUJIRAN)
oleh
Jupites Jeprin, Floriana Robert dan Lee Kat Su
SMK St Joseph Papar
Abstrak

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui keberkesanan menggunakan teknik peneguhan iaitu dengan
memberi pujian dan ganjaran ekonomi. Teknik ini digunakan bertujuan untuk mengubah tingkah laku negatif kepa-
da peningkatan positif. Kumpulan sasaran untuk kajian ini ialah murid-murid dari kategori kelas bawah sederhana
yang mempunyai pelbagai masalah sikap dan perlakuan seperti malas tegar dalam membuat latihan yang diberi-
kan oleh guru mata pelajaran.Tinjauan awal yang telah dibuat menunjukkan sesetengah murid cenderung tidur
atau tidak membuat apa-apa ketika murid lain sedang menjalani aktiviti latihan di dalam kelas. Bilangan kese-
luruhan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai sembilan orang iaitu tiga orang dari setiap kelas iaitu
kelas 5 Bach (subjek Pendidikan Moral), 5 Strauss (subjek Pendidikan Moral) dan 3 Bach (subjek Sains). Inter-
vensi yang dijalankan oleh ketiga-tiga guru dalam kelas-kelas berkenaan untuk menyelesaikan masalah malas
tegar di kalangan murid ialah menggunakan teknik pujian dan ganjaran ekonomi (PUJIRAN). Teknik PUJIRAN
dalam kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk memperolehi data yang dihasratkan. Data diperolehi
daripada dua instrumen Borang Pemantauan Latihan yang digunakan oleh pengkaji semasa proses pelaksanaan
kajian dan seterusnya dianalisa dengan berpandukan skor kekerapan atau bilangan penghantaran latihan oleh
murid. Dapatan kajian yang dijalankan telah menunjukkan perubahan tingkah laku murid daripada negatif (malas)
kepada positif (rajin) setelah sebulan kajian dilakukan. Pendek kata, keputusan kajian yang dijalankan telah
menunjukkan bahawa kaedah PUJIRAN adalah sangat berkesan. Adalah sangat wajar kaedah ini diperluaskan
kepada semua kelas di sekolah ini pada masa akan datang bagi menangani masalah sikap malas tegar membuat
latihan di kalangan murid.

Pn. Carole Ann Justin

Jawatan sekarang: Pensyarah Akademik/Penyelaras Inovasi, Jabatan Perancangan, Penyelidikan Dan Inovasi,
IPG Kampus Gaya
Pengalaman Mengajar:
SMK Padang Berampah Sipitang 1994-2002
Maktab Perguruan/IPG Kampus Gaya 2003 hingga sekarang
Kelulusan Akademik: Sarjana dalam Pendidikan Sains
Pengalaman:
1. Anugerah 2 Bintang Inovasi Pengurusan Perkhidmatan KIK dalam Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan 2012
2. Task Force / Penilai Projek Inovasi KIK IPG Peringkat Kebangsaan 2013-2014
3. Anugerah Emas Inovasi Pedagogi di Pertandingan Inovasi Dan Pameran BOS peringkat Kebangsaan 2018 di
IPGK Darulaman, Jitra Kedah
4. Anugerah Emas Dan Anugerah Khas "Best Innovation by Virtual Presentation" di International Science and
Social Science Innovation Competition USIM 2019
5. Panel Penilai Project-Based Learning Peringkat Kota Kinabalu 2018-2019

Panel kedua Noor Aainah Ag Jaafar @Dg.Noor Aainah Pg.Jaafar
Panel ketiga Akademik tertinggi:- B.A Hons (Uni.Malaya 1992)
Sumbangan:
- Penyelaras Kajian Tindakan Ting.6 ( Papar)
- JU Kajian Tindakan Negeri (2021/2022)
- APC 2016

Nama penuh: WAN NADIA HARIANI BINTI WAN ISMAIL
Kelulusan tertinggi Akademik: IJAZAH SARJANA MUDA PEN-
DIDIKAN SENI
Universiti/ tahun: UPSI 2004-2008
Sumbangan/ Anugerah:

Ikon Kajian Tindakan Menengah 2021
Tempat ketiga peringkat dalam Persidangan Penyelidi-

TITLE TEXT

This is a good place to briefly, but effectively, describe your product or services.

TITLE TEXT

Story Subtitle Text
This is a good place to briefly, but effectively, describe your product or services.


Click to View FlipBook Version