PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1
BIDANG SIRAH
ERA MASYARAKAT
JAHILIAH
DISEDIAKAN OLEH : USTAZAH MASDIYANA
MAKSUD JAHILIAH
• Berasal perkataan arab “JAHALA” yang bermaksud tidak tahu,
bodoh atau jahil.
• Kejahilan dimaksudkan bukan bermaksud tidak berilmu kerana
mereka terkenal dengan kehebatan bersyair dan berqasidah.
• Mereka jahil akidah dan akhlak.
KEJAHILAN MASYARAKAT ARAB JAHILIAH
Mereka menganut ajaran Nabi Mereka banyak melakukan
Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. perilaku buruk
JAHIL JAHIL Seperti suka menindas
AKIDAH AKHLAK perempuan dan hamba,
berjudi serta minum arak
Mereka mencampur adukkannya
dengan penyembahan berhala,
amalan sihir dan khurafat.
MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW
DARI SEGI AKIDAH
1 AGAMA YAHUDI
• Agama Samawi yang diubah suai daripada ajaran Nabi Musa a.s
mengikut keinginan para penganutnya.
• Mereka menolak ajaran Nabi Muhammad SAW.
• Mereka banyak memfitnah para Nabi.
• Mereka datang dari Palestin ke negara Arab.
MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW
DARI SEGI AKIDAH
2 AGAMA NASRANI
• Agama Samawi yang diubah suai daripada ajaran Nabi Isa a.s mengikut keinginan
penganutnya.
• Mereka mempercayai Nabi Isa a.s sebagai anak Tuhan.
• Mereka datang dari Habsyah dan Rom.
• Abrahah, Raja Nasrani membina tempat ibadat baharu di Yaman untuk menyaingi
populariti Kaabah di Mekah namun gagal dengan pertolongan Allah SWT.
• Kisah ini dipaparkan dalam Surah Al-Fil.
MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW
DARI SEGI AKIDAH
3
AGAMA HANIF
• Pada mulanya, majoriti masyarakat arab beragama dengan agama Hanif.
• Agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s
• Agama ini agama Samawi, sama seperti agama Islam.
• Buktinya :
• Percaya kepada Allah SWT, Tuhan yang satu
• Percaya kepada Hari Kebangkitan dan hidup sesudah mati
• Percaya kepada dosa dan pahala
• Ajaran yang diteruskan dalam Islam seperti ibadat korban, ibadat haji dan umrah.
MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW
DARI SEGI AKIDAH
4 AGAMA PENYEMBAH BERHALA
• Diperkenalkan oleh pemimpin Khuzaah iaitu Amru bin Amir bin Luhai.
• Dia menemui ajaran ini dari Negeri Syam lalu membawa berhala bernama “HUBAL”
ke Mekah dan meletakkannya di dalam Kaabah.
• Dia memerintahkan seluruh penduduk Mekah menyembah berhala tersebut.
• Agama ini dicampur adukkan dengan agama Hanif sehingga muncul sebagai agama
yang mensyirikkan Allah SWT.
• Agama ini disebarkan kepada seluruh orang arab ketika musim haji.
• Terdapat 360 berhala di sekitar Kaabah ketika Mekah dibuka oleh Nabi Muhammad
SAW dan telah dimusnahkan oleh baginda dan para sahabat.
MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW
DARI SEGI AKIDAH
5 KEPERCAYAAN MAJUSI
• Kepercayaan yang dianuti oleh golongan penyembah api.
• Pada malam kelahiran Rasulullah SAW api yang disembah oleh golongan ini di Parsi
telah padam.
• Api tersebut tidak pernah padam selama 1000 tahun sebelum kelahiran Rasulullah
SAW.
MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW
DARI SEGI AKIDAH
6 KEPERCAYAAN ANIMISME
• Kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh dan semangat.
• Penganut agama ini menyembah alam seperti matahari, bintang dan
pokok.
• Mereka datang dari Habsyah dan Rom.
MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW
DARI SEGI AKHLAK
MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW
DARI SEGI AKHLAK
Akhlak Menepati Berani, kuat Menjaga Tidak Menghor- Taat kepada Menghor-
baik janji dan kebersihan mengahwini mati tetamu pemimpin mati bulan
mulut dan Muharram
pantang mereka
menyerah kuku yang ada
pertalian
kalah
darah
SEBAB RASULULLAH SAW DIUTUS KEPADA MASYARAKAT JAHILIAH
1. Membawa ajaran yang memandu mereka ke jalan yang benar
* Amalan khurafat dapat dihapuskan dengan kebenaran Islam
2. Menyempurnakan akhlak
* Nilai negatif masyarakat jahiliah dapat diatasi dengan kedatangan Islam
3. Masyarakat Arab Jahiliah lebih mudah dilentur dan dibentuk
* Kerana mereka buta huruf Secara tidak langsung menjadi bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW
yang tidak pernah membaca atau mempelajari kitab agama Samawi dan ajaran agama purba
4. Kedudukan yang strategik
* Semenanjung Arab terletak di antara 4 kuasa besar dunia pada waktu itu
iaitu Rom, Parsi, Greek dan India
* Menjadikan Islam mudah tersebar ke seluruh tamadun dunia dan pelbagai bangsa
SEKIAN…