TUGASAN PdPR
SUBJEK : KAV ASAS MASAKAN
PPKI SMK KHIR JOHARI
Tarikh : 30 JULAI 2021 Hari : JUMAAT Masa : 11.00 PAGI
BAB 5:
MINUMAN
5.1 Kategori Minuman
MINUMAN
1. Minuman ialah cecair yang diambil untuk keperluan badan bagi
kesihatan diri.
2. Badan memerlukan air untuk membantu proses pencernaan dan
mengekalkan fungsi sistem badan yang baik.
KATEGORI MINUMAN
1. Minuman boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis yang utama iaitu :
i. Minuman berkhasiat
ii. Minuman menyegarkan
iii. Minuman merangsangkan
KATEGORI MINUMAN
Minuman Minuman Minuman
berkhasiat menyegarkan merangsangkan
MINUMAN BERKHASIAT
1. Minuman yang mempunyai nutrien seperti karbohidrat, lemak,
protein, vitamin dan mineral.
2. Minuman berkhasiat dapat meningkatkan tahap kesihatan tubuh.
3. Contoh minuman berkhasiat ialah susu, coklat, jus buah-buahan
bersusu dan minuman bijirin.
Jus lobak merah bersusu susu
Minuman bercoklat soya
MINUMAN MENYEGARKAN
1. Merupakan sejenis minuman yang dihasilkan daripada buah-buahan
dan sayur-sayuran.
2. Minuman ini dapat menyegarkan badan ketika dahaga.
3. Minuman ini dihidangkan secara sejuk.
4. Contoh minuman yang menyegarkan ialah jus buah-buahan segar
seperti jus tembikai dan jus nenas.
5. Minuman kordial juga merupakan minuman yang menyegarkan.
Contoh minuman kordial ialah kordial anggur dan kordial mangga.
2
Jus tembikai Kordial mangga Air kelapa muda
MINUMAN MERANGSANGKAN
1. Minuman merangsangkan mengandungi kafein dan tanin yang
boleh merangsangkan tubuh.
2. Contoh minuman yang merangsangkan ialah kopi, teh dan koko.
Kopi Koko
Teh Nescafe
Disediakan oleh:
Pn. Noor Izura binti Ali
3