TUGASAN PdPR
SUBJEK : SAINS SOSIAL TINGKATAN 1
PPKI SMK KHIR JOHARI
Tarikh : 17 OGOS 2021 Hari : SELASA Masa : 11.00 PAGI
UNIT 6: MALAYSIA
• Lagu Kebangsaan - Negaraku
❖ Lagu kebangsaan merupakan identiti kebangsaan sesebuah negara.
❖ Oleh itu, kita perlu memahami lirik dan maksud lagu kebangsaan.
Fungsi Lagu Negaraku
❖ Menggambarkan kesetiaan rakyat kepada negara.
❖ Menuntut supaya kita bersyukur.
❖ Menuntut supaya kita taat setia kepada negara.
❖ Sanggup berkorban demi mempertahankan negara.
❖ Menuntut supaya kita hidup bersatu padu.
❖ Membangkitkan semangat patriotik.
❖ Membangkitkan perasaan cintakan tanah air.
.
1
Mengapa Kita Perlu Menyanyikan Lagu Negaraku
Dengan Bersemangat ?
• Melahirkan rasa cinta akan negara.
• Menggambarkan semangat patriotik.
• Sebagai tanda syukur kerana dikurniakan negara yang
selamat, aman dan damai.
Tugasan:
1. Salin nota ke dalam buku Sains.
2. Murid perlu menonton video mengenai tajuk ini:
https://youtu.be/4MEDXUArwl8
3. Murid perlu menjawab kuiz online dengan menekan link ini.
https://wordwall.net/resource/8034943/lagu-kebangsaan
Disediakan oleh:
Pn. Noor Izura binti Ali
2