NURUL HUDA BINTI MAHASAN
MOHD HAFIZI BIN JOHAN
ABD HALIM BIN SAFI
Editor
Muhammad Fazli bin Jasli
Editor Pengurusan
Fara Diba binti Badrul Hisham
Penulis
Nurul Huda Binti Mahasan
Mohd Hafizi Bin Johan
Abd Halim bin Safi
Pereka Kulit Buku
Suriawati binti Mohd Fadzil
Penerbit
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Cetakan Pertama 2018
© Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang
boleh disiar-terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara
sekalipun, termasuklah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya,
tanpa mendapat izin bertulis daripada penerbit dan pemilik hak cipta.
Perpustakaan Negara Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
7 PANDUAN MUDAH TERNAKAN IKAN TILAPIA
ISBN 978-967-0823-76-8
Kolej Komuniti Bera telah ditubuhkan pada tahun 2010. Institut Pendidikan Tinggi
Awam (IPTA) ini merupakan salah satu kolej komuniti di Malaysia yang menawarkan
program Sijil Akuakultur di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi
pelajar lepasan SPM dan orang ramai untuk menjalani latihan teknikal berkaitan
akuakultur secara hand on.
Kolej Komuniti Bera,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
No 1, Jalan Bera Jaya 2,
Taman Bera Jaya,
28300 Teriang, Pahang Darul Makmur.
https://www.facebook.com/KkcBera/
No. Tel. 09 2502530 / 09 2502532
Faks: 09-250 2531
PENGARANG
Nurul Huda Binti Mahasan
Mohd Hafizi Bin Johan
Abd Halim bin Safi
Kolej Komuniti Bera,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
PENGHARGAAN
Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
mereka yang berikut kerana telah membantu sama ada secara langsung mahupun
tidak dalam menerbitkan buku panduan ini.
Ahmad Arman bin Nor Anuar
Muhammad Fazli Bin Jasli
Kepada semua pensyarah akuakultur Kolej Komuniti Bera
Kepada semua pensyarah akuakultur Kolej Komuniti Jerantut
Kepada semua staf Kolej Komuniti Bera
Kepada semua pelajar Kolej Komuniti Bera
KATA-KATA ALUAN
Penternakan ikan tilapia sangat popular di Malaysia, tetapi kaedah pembenihan,
penghasilan makanan hidup dan asuhan kurang diberi perhatian. Kekangan beberapa
faktor yang tidak dapat dielakkan terutamanya kekurangan sumber maklumat yang
boleh dijadikan rujukan untuk memperkembangan lagi teknik-teknik ini. Keadaan ini
telah menarik minat penyelidik dan pensyarah kolej komuniti untuk menjalankan kajian
terhadap penternakan ikan tilapia.
Tujuan utama buku ini ditulis adalah untuk memberi maklumat asas mengenai
penternakan ikan tilapia di mana ia boleh dibuat dalam skala kecil untuk kegunaan
sendiri atau jualan kepada orang ramai. Maklumat mengenai ternakan ikan akan
diterangkan secara ringkas dan mudah, agar anda memahami konsep serta prosedur
walaupun tiada pengalaman dalam menternak ikan sebelum ini. Para pembaca
diharap akan mendapat sedikit informasi dan seterusnya berupaya untuk
membuatnya sendiri disamping menambah pendapatan sampingan.
KANDUNGAN BIOLOGI IKAN TILAPIA 1
PENYEDIAAN TEMPAT DAN AIR 9
Penghargaan PENGURUSAN INDUK IKAN TILAPIA 13
Kata-kata aluan PENGHASILAN MAKANAN HIDUP 20
PANDUAN 1 PEMBENIHAN IKAN TILAPIA 29
PANDUAN 2 PEMERIKSAAN KUALITI AIR 36
PANDUAN 3 ASUHAN IKAN KELI AFRIKA 43
PANDUAN 4 48
PANDUAN 5
PANDUAN 6
PANDUAN 7
Rujukan
Biologi
Ikan Tilapia
1.0 BIOLOGI IKAN TILAPIA
Nama ikan tilapia begitu sinonim di kalangan pengemar ikan air tawar di
Malaysia. Terdapat 2 jenis umum yang selalu di pelihara penternak iaitu
tilapia merah dan tilapia hitam. Tilapia merah bukanlah spesies asal tetapi
ianya adalah mutasi genetik daripada spesies asal dan warna merah
adalah disebabkan proses pembiakan selektif yang berterusan
(continuous selective breeding) (Lovshin, 2000).
Tilapia adalah spesies yang berasal dari Afrika. Pada masa dulu ikan ini
dianggap tiada nilai namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini ikan
tilapia mendapat perhatian dalam industri akuakultur di seluruh dunia
kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna (Altun et al.,
2006).
Di perairan semulajadi, ikan tilapia boleh bertelur sepanjang tahun,
terutamanya pada musim hujan. Di habitatnya ikan akan matang apabila
saiznya di antara 20-30 cm iaitu berat 150-250 gram (Trewanas, 1983).
Walaubagaimanapun, ikan tilapia yang diternak umumnya akan matang
pada saiz yang lebih kecil iaitu berat di antara 30-50 gram (Mansour,
2001). Ini kerana, ikan tilapia yang diternak mempunyai persekitaran yang
lebih baik, kurang tekanan dan mendapat diet makanan yang berkualiti
(El-Sayed et al., 2003).
Perbezaan induk tilapia jantan dan betina BETINA
JANTAN
Warna terang dan garang Warna cerah dan pudar
Sirip Dorsal panjang Sirip Dorsal pendek
Ekor kembang Ekor menguncup
Genital-bulatan kecil Genital-garisan kecil
Bentuk dagu rata Bentuk dagu labuh
Perut leper Perut kembang
Jantan
Betina
1.1 Taksonomi Ikan Tilapia
Filum : Chordata
Kelas : Osteichthyes
Order : Perciformes
Family : Cichlidae
Genus : Oreochromis
Spesies : Oreochromis niloticus (Linnaeus, 1785)
Oreochromis aureus (Steindacher, 1864)
Oreochromis mossambicus (Peter, 1852)
1.2 Morfologi Ikan Tilapia
Umumnya bentuk badan ikan tilapia panjang dan ramping serta di liputi
sisik yang besar. Mempunyai sepasang sirip pektoral berhampiran
operkulum (penutup insang) sementara sepasang sirip pelvik berada di
bahagian bawah sirip pectoral. Pada sirip pelvik terdapat duri (spina)
bertulang yang berfungsi untuk menyokongnya. Sirip dorsal berada di
sepanjang bahagian atas badan ikan dan disokong oleh duri dan ruji
(rays) lembut. Di bahagian akhir hujung badan terdapat sirip kaudal atau
ekor yang juga disokong oleh ruji lembut. Ikan tilapia juga mempunyai
satu sirip anal yang terletak di belakang anus (dubur) yang terdiri daripada
duri (spina) dan ruji lembut.
1.2.1 Morfologi Luaran Ikan Tilapia
1.2.2 Anatomi Dalaman Ikan Tilapia
1.3 Habitat Ikan Tilapia
Ikan tilapia berupaya beradaptasi pada pelbagai keadaan persekitaran
yang menyebabkan ikan tilapia tersebar di seluruh dunia. Kebanyakkan
ikan tilapia hidup di kawasan tropika dan sub-tropika pada suhu 20⁰C -
30⁰C (Wohlfarth and Hulata, 1983). Di Malaysia ikan tilapia boleh dijumpai
di sekitar sungai utama, tasik, bekas lombong, parit, serta paya. Ikan
tilapia merupakan ikan air tawar namun ikan tilapia juga boleh hidup pada
air masin (El-Sayed, 2006).
1.4 Tabiat Pemakanan Ikan Tilapia
Menurut Popma & Masser (1999), tabiat pemakanan tilapia meliputi
pelbagai jenis organisma akuatik termasuk plankton, tumbuhan akuatik,
makrofaj akuatik, invertebrat planktonik & bentik, larva ikan serta bahan
organik yang mereput. Di antara semua makanan-makanan berikut,
tumbuhan akuatik merupakan diet utama bagi ikan tilapia di perairan
semulajadi.
Penyediaan
tempat dan
air
2.0 Penyediaan Tangki
Penyediaan tangki merupakan elemen yang sangat penting dalam operasi
pembenihan. Tangki ternakan perlu dirawat dengan sempurna sebelum
diguna semula untuk aktiviti penternakan ikan. Kaedah yang biasa
digunakan untuk merawat sistem ternakan adalah:
i. Keluarkan atau ii. Rawat dengan iii. Basuh dan
keringkan air garam atau bilas sehingga
daripada tangki klorin jika tangki bersih
berpenyakit
iv. Jemur tangki v. Selenggara vi. Masukkan air
sehingga kering sistem perpaipan bersih
dan
pengudaraan
i ii iii
iv v vi
2.1 Prosedur Penyediaan Tangki
Masa Aktiviti Penerangan
- 3 hari Keluarkan air
- 3 hari Air boleh dikeluarkan menggunakan outlet
- 2 hari Rawat tangki atau pam.
- 2 hari Rawatan untuk membasmi patogen yang
- 1 hari Basuh dan bilas terdapat di dalam tangki.
0 hari Boleh menggunakan berus dan bilas
Jemur tangki menggunakan air paip
Tangki dijemur di bawah cahaya matahari
Selenggara paip Baiki balik sistem inlet, outlet dan
Masukkan air pengudaraan jika bermasalah.
Air yang telah ditapis dimasukkan ke
dalam tangki ternakan
2.2 Penyediaan Air
Penyediaan air juga salah satu faktor penting dalam kejayaan menghasilkan
anak benih ikan. Air perlu dirawat dan kemudian dinyah klorin dengan
sempurna sebelum boleh digunakan untuk aktiviti penternakan ikan. Kaedah
yang biasa digunakan untuk penyediaan air adalah:
i. Masukkan ii. Rawatan air
sumber air
iii. Nyah klorin
Carta alir penyediaan air
Sumber air boleh
diperolehi dari
i. Sungai
ii. Tali air
iii. Bawah tanah
iv.Tasik
v. Air terjun
vi.Paip
Langkah 1: Masukkan sumber air
Bagi mengelakkan
patogen yang boleh
menyebabkan
penyakit pada
ternakan, air akan
dirawat menggunakan
klorin.
Langkah 2: Rawat air
Klorin di dalam tangki Langkah 3: Nyah klorin Selain anti klorin, ia
ternakan boleh juga dapat dihilangkan
dikeluarkan dengan dengan air diberi
anti klorin sama ada pengudaraan lebih 24
jenis cecair atau jam.
Kristal.
2.3 Prosedur Penyediaan Air
Masa Aktiviti Penerangan
- 2 hari Masukkan air
Air yang telah ditapis dimasukkan ke
- 2 hari Rawat air dalam tangki ternakan
Air dirawat menggunakan larutan klorin
- 1 hari Nyah klorin sebanyak 15ml/m3
Guna anti klorin atau beri pengudaraan 24
0 hari Air terawat jam
Air bersih dan bebas daripada sebarang
patogen
Pengurusan
Induk Ikan
Tilapia
3.0 PENGURUSAN INDUK IKAN
Menjaga induk dengan baik adalah proses yang sangat penting
terutamanya untuk pembenihan ikan secara aruhan. Tujuan pengurusan
induk yang baik adalah untuk mendapatkan telur dan sperma yang
berkualiti. Menurut Arun et al,. (2004) jika induk dijaga dengan baik, tahap
kesuburan ikan akan menjadi cepat, boleh menjadi matang dalam
kurungan dan dapat melepaskan telur yang berkualiti selepas disuntik
hormon.
3.1 Kaedah pengumpulan induk
Induk ikan akan ditangkap selepas 1 hingga 2 minggu selepas proses
penjagaan dan pengurusan. Pengumpulan ikan dilakukan untuk
pemeriksaan tahap kematangan ikan sebelum proses pembenihan ikan
dilakukan. Induk-induk ikan ini dikumpul bagi mengenalpasti ciri-ciri induk
yang baik dan berkualiti mengikut kaedah seperti berikut:
Langkah 1: Tangkap induk ikan
Langkah 2: Kuarantin induk ikan
Langkah 3: Pilih induk yang baik
Langkah 4: Tentukan tahap kematangan
Langkah 5: Asingkan induk jantan dan
betina
3.2 Langkah-langkah pengumpulan induk ikan
Langkah 1: Tangkap induk Biasanya induk ikan akan
Langkah 2: Kuarantin induk ikan ditangkap menggunakan jaring
atau tangguk dengan perlahan-
lahan bagi mengelakkan sebarang
kecederaan. Ubat penenang
digunakan bagi memudahkan
pengendalian semasa menangkap
induk.
Induk yang didapati luka atau tidak
sihat akan dikuarantin di dalam
tangki yang lain bagi proses
rawatan. Antara kaedah rawatan
yang boleh digunakan adalah
menggunakan rawatan garam atau
metilena biru atau formalin.
Ciri-ciri induk yang baik adalah
bebas daripada sebarang
penyakit, tiada kecacatan dan
kelihatan aktif.
Langkah 3: Pilih induk yang baik
Langkah 4: Tentu kematangan Ciri-ciri induk betina yang baik
adalah mempunyai perut yang
lembut dan buncit serta genital
papila yang bulat. Manakala induk
jantan pula mempunyai badan dan
genital papila yang panjang.
Induk jantan dan betina yang telah
dipilih perlu diasingkan di dalam
tangki yang berlainan bagi
meningkatkan tahap kesuburan.
Langkah 5: Asingkan induk
3.3 Pemilihan induk
Pemilihan induk perlu dilakukan bagi mendapatkan ikan yang baik dan
berkualiti bagi proses pembenihan secara semulajadi atau aruhan. Ciri-
ciri induk ini boleh dikenalpasti melalui:
1. Umur
2. Keadaan alat pembiakan
3. Berat badan
3.4 Ciri-ciri induk tilapia yang matang
Jantan Betina
4 bulan dan ke 1. Umur 4 bulan dan ke
atas 2. Keadaan alat atas
Keluar sperma pembiakan Keluar telur
apabila 3. Berat
abdomen diurut badan apabila
perlahan-lahan
abdomen dipicit
300 hingga 600
gram 250 hingga 500
gram
Pemilihan saiz induk yang disyorkan kepada penternak adalah sekitar 300
hingga 500 gram kerana kesuburan induk berada pada tahap optimum
(Tsin, 2016).
3.5 Rutin pengurusan induk ikan
Rutin yang biasa dilakukan bagi menghasilkan induk yang matang adalah
menukar air, memberi makan, memantau kualiti air dan memantau
kesihatan. Langkah-langkah di bawah akan dipraktikkan bagi
menghasilkan induk yang matang dan berkualiti di dalam tempoh 1 – 2
minggu:
3.6 Langkah-langkah aktiviti rutin pengurusan induk ikan
Langkah 1: Tukar air Biasanya air ternakan akan
dibuang lebih kurang 25% dan
diganti dengan air baru setiap hari.
Air ternakan akan ditukar 100%
jika didapati air ternakan terlalu
kotor dan tidak sesuai untuk induk
ikan.
Induk perlu diberi makan 2 kali
sehari. Pada waktu pagi induk
diberi makan pellet dan pada
waktu petang induk diberi makan
ikan baja.
Langkah 2: Beri makan
Langkah 3: Pantau kualiti air Kualiti air akan dipantau setiap hari
bagi memastikan semua
parameter air berada dalam
keadaan optimum. Boleh
menggunakan test kits atau probe.
Kesihatan induk akan dipantau
melalui cara ia makan, berenang
dan juga keadaan fizikal ikan.
Langkah 4: Pantau kesihatan
Induk ikan yang bersaiz 0.5 hingga 2.0 kg diternak di dalam tangki gentian
kaca bersaiz 10 tan dengan kadar kepadatan 1 – 2 kg/m3. Air bersih
dimasukkan separuh daripada tangki ternakan dan sentiasa ditutup
dengan jaring keselamatan bagi mengelakkan induk ikan melompat
keluar. Bagi mengurangkan tekanan terhadap induk ikan yang baru, air
ternakan di dalam tangki induk dibiarkan hijau dan pastikan diberi
pengudaraan yang secukupnya.
Penghasilan
Makanan
Hidup
4.0 Penghasilan Makanan Hidup
Makanan yang sesuai untuk diberi pada ikan terbahagi kepada 2 jenis iaitu
makanan hidup dan makanan formulasi. Makanan hidup biasanya diberi
kepada anak ikan atau fry yang berumur kurang daripada 2 minggu.
Manakala makanan formulasi boleh diberikan kepada fri seawal umur 2
minggu hingga anak ikan boleh dipasarkan. Makan hidup dibahagi kepada
2 kategori besar iaitu fitoplankton dan zooplankton.
Fitoplankton adalah tumbuhan hijau yang biasa disebut sebagai air hijau dan
zooplankton adalah organism halus yang terapung di dalam air. Contoh bagi
spesis air hijau bagi air tawar biasanya terdiri daripada Chlorella sp.
Manakala contoh zooplankton yang biasa digunakan dalam industri
pembenihan ikan adalah Artemia sp., Moina spp., Daphnia sp. dan
Copepode sp.
Makanan formulasi yang sesuai untuk anak benih ikan boleh dihasilkan
sendiri atau didapati di pasaran. Ia terdapat dalam pelbagai saiz agar sesuai
dengan bukaan mulut dan sistem penghadaman ikan. Contoh makanan
formulasi yang digunakan oleh penternak adalah seperti powder feed,
micropellet, dan juga pellet.
4.1 Penghasilan Air Hijau
Air hijau adalah air yang mengandungi fitoplankton iaitu organisma satu sel
yg terdiri dari beberapa spesies yg mempunyai klorofil a yg menjalankan
proses fotosintesis bagi menghasilkan makanan untuk pertumbuhan sel &
membiak untuk membentuk koloni atau populasi yang banyak. Ia boleh
dihasilkan menggunakan ikan atau baja.
Kaedah yang biasa digunakan untuk menghasilkan air hijau adalah:
Kaedah1: Guna Ikan Kaedah 2: Guna Baja
• Penyediaan tangki • Penyediaan tangki
• Penyediaan air • Penyediaan air
• Masukkan ikan • Masukkan baja
• Pengurusan makanan • Dedah pada cahaya
• Dedah pada cahaya
matahari
matahari
4.2 Prosedur Penghasilan Air hijau Menggunakan Ikan
Masa Aktiviti Penerangan
- 2 hari
Penyediaan tangki Kira luas tangki
- 1 hari Rawat, basuh dan keringkan tangki
0 hari Pasang pengudaraan
1-7 hari Masuk air yang ditapis
1-7 hari Rawat dan nyah klorin air
Biasa menggunakan ikan tilapia
Penyediaan air Kadar kepadatan antara 25-30 ekor/m2
Ikan diberi makan pellet 2 kali sehari
Keluarkan makanan berlebihan
Air akan menjadi hijau selepas 5-7 hari
Masuk ikan (bergantung pada cuaca)
Pengurusan
makanan
Dedah pada
cahaya matahari
4.3 Prosedur Penghasilan Air hijau Menggunakan Baja
Masa Aktiviti Penerangan
- 2 hari Penyediaan tangki
Kira isipadu air
- 1 hari Rawat, basuh dan keringkan tangki
0 hari Pasang pengudaraan
0 hari Penyediaan air Masuk air yang ditapis
1-7 hari Rawat dan nyah klorin air
Masuk baja Guna fish meal
Baja 1.2kg/m3
Masuk air hijau 5 – 10% starter air hijau boleh
dimasukkan ke dalam air
Dedah pada Air akan menjadi hijau selepas 5-7 hari
cahaya matahari (bergantung pada cuaca)
4.4 Ternakan Moina
Moina adalah sejenis kutu air yang banyak dijumpai di loji kumbahan. Ia
bersaiz 500-1000µm dan sangat sesuai untuk fri kerana mempunyai
pergerakan yang unik. Moina yang dipungut di loji kumbahan tidak sesuai
untuk pemberian makanan ikan kerana mengandungi banyak bakteria.
Berikut adalah kaedah untuk menghasilkan Moina yang sesuai dan bebas
daripada untuk pemberian makanan kepada ikan:
Penyediaan Penyediaan
tangki air hijau
Dedah pada Masukkan
cahaya induk Moina
matahari
4.5 Prosedur Ternakan Moina
Masa Aktiviti Penerangan
- 2 hari
Penyediaan tangki Kira isipadu air
- 1 hari Rawat, basuh dan keringkan tangki
0 hari Pasang pengudaraan
1-7 hari Rujuk langkah-langkah penghasilan air
7-14 hijau menggunakan baja
hari Dapatkan induk Moina (pure culture)
Penyediaan air Jumlah 1% daripada isipadu air
Air akan menjadi hijau selepas 5-7 hari
hijau (bergantung pada cuaca)
Selepas 7 hari, Moina boleh dituai
Masuk induk menggunakan plankton net bersaiz 150
– 200 µm
Moina
Dedah pada
cahaya matahari
Tuai Moina
4.6 Penetasan Artemia
Foto oleh Divino & Schultz (2014).
Artemia adalah makanan semulajadi yang digunakan secara meluas di
dalam industri pembenihan ikan kerana kandungan nutrisi yang baik.
Walaupun kini terdapat pelbagai makanan formulasi yang telah berjaya
dihasilkan untuk anak benih ikan, Artemia masih menjadi pilihan penternak
dalam proses asuhan ikan. Artemia tidak boleh ditemui di perairan Malaysia
secara semulajadi kerana ia berasal daripada laut mati yang berkemasinan
tinggi mencecah 300 ppt. Zooplankton ini boleh ditetaskan menggunakan air
masin sama ada dalam larutan garam atau air laut. Sista Artemia boleh
didapati di pasaran dalam pelbagai jenama dan cara pembungkusan.
Berikut adalah 2 kaedah yang biasa digunakan untuk menetaskan Artemia:
Kaedah 1: • i. Penyediaan tangki penetasan
Penetasan biasa • ii. Penyediaan air masin
• iii. Rendam dalam air tawar
• iv. Masukkan sista
• v. Eram sista
• vi. Tuai sista
Kaedah 2: • i. Penyediaan tangki penetasan
Penetasan secara • ii. Penyediaan air masin
• iii. Rendam air tawar
decapsulation • iv. Bilas dengan Clorox
• iv. Masukkan sista
• v. Eram sista
• vi. Tuai sista
4.7 Prosedur Penetasan Biasa
Masa Aktiviti Penerangan
- 1 hari
Penyediaan tangki Kira isipadu air
- 1 hari
- 1 hari penetasan Rawat, basuh dan keringkan tangki
- 1 hari
0 hari Pasang pengudaraan
1 hari
Penyediaan air Air laut atau larutan garam yang
masin bersaliniti antara 25 – 30 ppt
Rendam air tawar Sekurang-kurangnya 30 minit
Supaya kulit sista terhidrat semula
Masukkan sista Setelah direndam dan dibilas, sista
dimasukkan ke dalam tangki penetasan
Eram sista Eram sista 24 jam
Beri pengudaraan dengan kuat
Tuai sista Tuai sista selepas 24 jam
Guna plankton net bersaiz 150 – 200
µm. Bilas dengan air tawar
4.8 Prosedur Penetasan Secara Decapsulation
Masa Aktiviti Penerangan
- 1 hari
Penyediaan tangki Kira isipadu air
- 1 hari
- 1 hari penetasan Rawat, basuh dan keringkan tangki
- 1 hari
- 1 hari Pasang pengudaraan
0 hari
1 hari Penyediaan air Air laut atau larutan garam yang
masin bersaliniti antara 25 – 30 ppt
Rendam air tawar Sekurang-kurangnya 30 minit
Supaya kulit sista terhidrat semula
Bilas dengan Tidak lebih 5 minit. Sista keperangan
Clorox Supaya kulit sista menjadi nipis
Masukkan sista Setelah dibilas hingga bau klorin, sista
dimasukkan ke dalam tangki penetasan
Eram sista Eram sista 24 jam
Beri pengudaraan dengan kuat
Tuai sista Tuai sista selepas 24 jam
Guna plankton net bersaiz 150 – 200
µm. Bilas dengan air tawar
Penyediaan larutan garam
Penyediaan air masin untuk penetasan Artemia boleh dilakukan
menggunakan larutan garam. Larutan garam ini terhasil daripada campuran
antara air dengan garam kasar. Bagi menghasilkan air yang mempunyai
kemasinan yang dikehendaki boleh menggunakan formula 1 gram/liter bagi
menghasilkan air 1 ppt.
Contoh pengiraan jumlah garam bagi menghasilkan air 30 ppt. Bagi
menghasilkan saliniti air 30 ppt, kadar garam adalah 30gram/liter. Andaikan
isipadu air tangki penetasan adalah 30 liter, maka jumlah garam yang
diperlukan adalah:
Jumlah garam = isipadu air x kadar garam
= 30 liter x 30g/L
= 900 gram
Contoh pengiraan jumlah garam bagi menghasilkan 25 ppt. Bagi
menghasilkan saliniti air 25 ppt, kadar garam adalah 25gram/liter. Andaikan
isipadu air tangki penetasan adalah 30 liter, maka jumlah garam yang
diperlukan adalah:
Jumlah garam = isipadu air x kadar garam
= 30 liter x 25g/L
= 750 gram
Pembenihan
Ikan Tilapia
5.0 PEMBENIHAN IKAN TILAPIA
Ikan tilapia adalah spesis ikan yang mudah membiak. Ia Membiak
sepanjang tahun secara semulajadi samada di dalam kolam tanah, kolam
simen, tangki gentian kaca (fiberglass), kanvas, sangkar hapa dan
sebagainya.Ikan tilapia tidak perlukan hormon suntikan untuk
membiakkannya. Hanya perlu sediakan persekitaran yang optimum untuk
induknya membiak.
Induk di dalam tangki / kolam pembiakan diberi makanan starter 34%
protein 2 kali sehari dengan kadar 5% berat badan. Pemantauan ke atas
kualiti air perlu sentiasa dijaga bagi mengelakkan induk tertekan (stress)
dan ini boleh menggangu proses pembiakan ikan. Pemeriksaan
kewujudan benih dari masa ke semasa perlu sentiasa dilakukan. Biasanya
benih ikan akan mula kelihatan 7-14 hari selepas induk dibiakkan di dalam
tangki/kolam pembiakan.
Di kolam yang kedalaman tidak melebihi 1 meter, induk jantan akan
membuat sarang bagi induk betina bertelur. Setelah telur tersebut
disenyawa oleh sperma dari induk jantan, induk betina akan menyimpan
telur di dalam mulut. Telur menetas dalam lingkungan tiga ke lima hari,
anak-anak ikan akan dijaga oleh induk betina selama lapan sehingga
sepuluh hari. Nisbah induk jantan dan betina adalah seekor jantan bagi
empat ke enam ekor induk betina (1:3-6).
Induk betina biasanya tidak makan sepanjang tempoh menjaga anak
benih di dalam mulutnya. Induk betina akan bertelur semula setiap 4-6
minggu selepas itu. Bilangan telur yang dihasilkan adalah bergantung
kepada saiz induk betina. Induk betina yang berat 100 gram boleh
menghasilkan kira-kira 100 biji telur setiap kali bertelur manakala induk
betina yang bertanya 600 g boleh menghasilkan telur 1000-1500 biji telur
(Hepher and Prugunin, 1981; Pradeep, 2001)
Tahap kematangan induk tilapia adalah bergantung kepada umur, saiz
dan keadaan persekitarannya. Dalam keadaan semulajadi, ikan matang
selalunya dicapai apabila bersaiz di antara 20-30 cm (berat 150-250 gram)
(Trewavas, 1983). Walaubagaimanapun, di bawah persekitaran terkawal
(diternak) tahap kematangan lebih cepat dicapai kerana kualiti air yang
lebih baik, pemberian makanan yang sentiasa dijaga dan kurang tekanan
(El-Sayed et al., 2003). Menurut Mansour (2001), ikan yang diternak
mampu untuk matang pada berat 30-50 gram dan ini lebih kecil dari ikan
diperairan semulajadi. Umumnya pada umur yang sama, induk jantan
lebih besar daripada induk betina.
5.1 Carta Alir Pembenihan Semulajadi Ikan Tilapia di dalam Tangki
Langkah 1:
Pemilihan induk
Langkah 2:
Pelepasan induk
Langkah 3:
Pelepasan telur dan sperma
Langkah 4:
Persenyawaan telur
Langkah 5:
Pengeraman telur
5.2 Pembenihan Semulajadi Ikan Tilapia Induk jantan yang matang
Langkah 1: Pemilihan induk akan keluar sperma apabila
abdomen diurut perlahan-
lahan.
Induk jantan juga akan menjadi
lebih aggresif dan warnanya
akan bertukar menjadi lebih
gelap.
Induk betina yang matang
akan keluar telur apabila
abdomen diurut perlahan-
lahan.
Nisbah yang biasa digunakan
adalah 1 jantan: 3 betina.
Induk jantan dan betina yang Langkah 2: Pelepasan induk
matang dan berkualiti akan
dipilih.
Lepaskan induk jantan dan
betina di dalam tangki / kolam
yang sama dengan nisbah 1
jantan : 3 betina.
Induk di dalam tangki / kolam
pembiakan diberi makanan
starter 34% protein 2 kali
sehari dengan kadar 5% berat
Lakukan pemantauan dan
elakkan gangguan yang akan
menyebabkan ikan stres.
Induk jantan akan membawa
induk betina ke sarang.
Induk jantan dan betina akan
berenang sekeliling sarang.
Langkah 3: Pelepasan telur dan Proses ini akan berlangsung
sperma selama beberapa minit dan
kadang kala hingga beberapa
jam.
Induk betina akan melepaskan
telur secara semulajadi di
sarang. Kemudian induk jantan
akan melepaskan sperma.
Induk jantan akan menjaga
sarang.
Induk betina akan bertelur di
sarang.
Setelah induk betina keluar Langkah 4: Persenyawaan telur
dari sarang, induk jantan akan
masuk dan lepaskan sperma
untuk proses persenyawaan.
Proses ini akan berulang-ulang
sehingga semua telur dilepas
daripada kantung induk betina.
Langkah 5: Pengeraman telur Setelah telur disenyawakan
oleh induk jantan, induk betina
akan mengutip telur-telurnya.
Telur-telur yang dikutip ini
akan dimasukkan ke dalam
mulut.
Induk betina akan mengeram
telur-telurnya di dalam mulut
sehingga menjadi rega.
Telur-telur yang telah
disenyawa juga boleh
dikeluarkan dan dieram dalam
botol pengeraman.
5.3 Carta Alir Pembenihan Semulajadi Ikan Tilapia di dalam Kolam
Langkah 1:
Lepaskan induk dengan
nisbah 1 jantan : 3
betina.
Kadar kepadatan 5
ekor/m2
Masa pelepasan adalah
sekitar 8.00 – 10.00
pagi. Elakkan semasa
cuaca panas terik.
Langkah 2:
Beri induk makan 2 kali
sehari.
Makanan diberi pada
waktu dan pagi.
Beri induk induk makan
dengan menggunakan
pellet yang berkualiti.
Langkah 3:
Benih ikan tilapia boleh
dituai selepas 30-40 hari
di asuh oleh induknya.
Pemeriksaan benih
perlu sentiasa
dilakukan.
benih ikan akan mula
kelihatan 7-14 hari
selepas induk dibiakkan.
Pemeriksaan
kualiti air
6.0 Pemeriksaan Kualiti Air Ternakan
6.1 Pengurusan Kualiti Air
Merupakan faktor terpenting dalam ternakan ikan. Ia mempengaruhi
secara langsung terhadap pemakanan, tumbesaran, kesihatan dan
kadar hidup ikan. Kebanyakan isu kematian ikan, penyebaran penyakit,
tumbesaran perlahan, pemakanan tidak efisyen dan masalah
pengurusan yang lain disebabkan oleh kualiti air yang tidak bagus.
Antara parameter air yang penting dalam ternakan ikan adalah suhu,
oksigen terlarut, pH, ammonia, nitrat, nitrit, kekeruhan dan keliatan air.
6.2 Kepentingan Kualiti Air
Meminimakan kematian ikan
Tumbesaran ikan tidak terjejas
Bebas dari penyakit
Bebas dari pemangsa air
Hasilkan ikan yang berkualiti
6.3 Punca Kualiti Air Bermasalah
Punca air yang tidak dirawat
Kualiti tanah dan persekitaran di dalam
kolam
Teknologi sistem ternakan tidak efisen
Pemberian makanan tidak betul
Kadar ternakan terlalu padat
6.4 Cara-Cara Mengekalkan Kualiti Air
Air masuk Pemasangan
berterusan pengudaraan
Pemberian Kadar
makanan kepadatan
yang betul yang betul
Penggunaan
sistem yang
betul