The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nraimiadila, 2021-08-14 07:49:19

TESIS BM

4 haitham

E-TESIS MINI NOVEL
TINGKATAN 4 DAN 5

OLEH
NUR AIMI ADILA BT MOHAMMAD ZULKIFLI

TINGKATAN 4 MRSM BALIK PULAU

15 OGOS 2021
MRSM BALIK PULAU
E-TESIS MINI NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK

PENGHARGAAN

1. BAB 1: PENGENALAN
1.1.PENDAHULUAN
1.2.APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
1.3.PENYATAAN MASALAH
1.4.OBJEKTIF KAJIAN
1.5.SKOP PENYELIDIKAN
1.6.HIPOTESIS AWAL
1.7.KEPENTINGAN KAJIAN

2. BAB 2: TINJAUAN BACAAN
2.1 BIOGRAFI SETIAP PENULIS
2.2 SINOPSIS 8 NOVEL
2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL

3. BAB3 : METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1 JENIS NOVEL
3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA
3.3 TEMA SETIAP NOVEL
3.4 KEUNIKAN DALAM NOVEL
3.5 PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
3.6 KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
3.7 BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
3.8 NOVEL DAN KEHIDUPAN
3.9 KEDUDUKAN NOVEL
3.10 KESIMPULAN

4. BAB 4: PENUTUP
4.1 RUMUSAN KAJIAN
4.2 IMPLIKASI DAN CADANGAN
4.3 HIPOTESIS AKHIR
4.4 PENUTUP

ABSTRAK
Kajian yang saya lakukan ini berkaitan novel-novel yang tingkatan 4 dan tingkatan 5
akan gunakan untuk SPM. Novel tingkatan 4 ialah novel, Di Sebalik Dinara, Leftenan
Adnan Wira Bangsa, Jendela menghadap jalan dan Pantai Kasih. Bagi novel tingkatan
5 pula, novel Songket Berbenang Emas, Tirani, Silir Daksina dan Bimasakti Menari.

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru guru Bahasa Melayu yang
membantu say acara membuat tesis dengan panduan yang sangat teratur. Saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang memberikan saya
semangat untuk terus menyiapkan tugasan ini. Begitu juga rakan rakan saya yang sudi
membantu menjelaskan kekeliruan yang saya hadapi.

BAB 1 :
1.1 : PENDAHULUAN

Novel ialah suatu bentuk sastera terdiri daripada karangan prosa panjang yang ditulis
seseorang penulis mengandungi rangkaian cerita kehidupan seseorang watak dengan
orang sekelilingnya dengan menonjolkan perwatakan dan sifat setiap pelaku dalam kisah
yang diceritakan secara bahagian tertentu dalam bentuk bab mengisahkan permulaan,
konflik dan peleraian. Tebal dan panjang novel ini amat diambil kira yang membezakan
penulisan bercerita ini dengan cerita pendek; malah panjang sebuah novel masih menjadi
hal penentu dipakai kebanyakan anugerah sastera sebagai kriteria penilaian.

1.2 : MAKSUD NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
Fiksyen adalah sebarang bentuk naratif yang berkaitan dengan peristiwa, yang tidak
factual. Watak-watak itu adalah khayalan dan hanya ciptaan penulis. Terdapat banyak
karya sastera fiksyen yang digunakan dalam teater, filem, dan muzik.

Bukan fiksyen adalah akaun naratif fakta mengenai sesuatu subjek. Ia boleh menjadi tepat
atau tidak atau akaun benar atau palsu subjek. Ia berdasarkan fakta yang bertujuan untuk
memberitahu, dan ia mudah, langsung, dan jelas. Ia berkaitan dengan peristiwa yang
sebenarnya berlaku.

1.3 : PENYATAAN MASALAH
Bagaimanakah untuk menarik pelajar untuk minat membaca novel ?

1.4 : OBJEKTIF KAJIAN
- Menganalisis tarikan pelajar untuk membaca novel.
- Mengkaji daya Tarik sesebuah novel.

1.5 : SKOP PENYELIDIKAN
Novel tingkatan 4
- Novel di Sebalik Dinara ( Dayang Noor )
- Jendela Menghadap Jalan ( Ruhaini Matdarin )
- Leftenan Adnan Wira Bangsa (Abdul Latip Talib )
- Pantai Kasih ( Azmah Nordin )

Novel tingkatan 5

- Songket Berbenang Emas ( Khairuddin Ayip )
- Tirani ( Beb Sabariah )
- Silir Daksina ( Nizar Parman )
- Bimasakti Menari ( Sri Rahayu Mohd Yusop )

1.6 : HIPOTESIS AWAL

Hanya segelintir novel yang diminati oleh pelajar kerana jalan ceritanya berbeza dan minat
pelajar juga berbeza.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Membaca dan mempelajari novel novel tersebut sangat penting kerana

BAB 2 :

2.1 BIOGRAFI PENULIS

DAYANG NOOR (Di Sebalik Dinara)

Nama : Dayang Noor
Nama Sebenar : Noor Aziza binti Sulaiman
Akademik ; Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM
Kerjaya : 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
Sejarah Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang
Sekolah Menengah Tun Fatima, Johor Bahru(Aliran Sains)

RUHAINI MATDARIN (Jendela Menghadap Jalan)

Nama : Ruhaini Matdarin
Dilahirkan : 16 Mac 1981 Kota Kinabalu , Malaysia
Pekerjaan : Juruaudit bebas, cerpen, puisi dan penulis novel
Bahasa : Bahasa Melayu
Kewarganegaraan : Malaysia
Alma mater : Universiti Sains Malaysia
Anugerah terkenal : Hadiah Sastera Perdana 2017/2018, Hadiah Sastera Sabah
(2006/2007, 2008/2009, 2010/2011, 2012/2013, 2014/2015, 2016/2017); Hadiah Sastera
Kumpulan Utusan (2010, 2012, 2013, 2014); Pemenang pertandingan buku terbaik
Institut Terjemahan & Buku Malaysia , Kesatuan Penulis Nasional Malaysia dan "Berita
Harian" (2014).
Tahun aktif : Sejak tahun 2005

ABDUL LATIP TALIB (Leftenan Adnan Wira Bangsa)

Nama sebenar : Abdul Latip bin Talib
Nama pena : Abdul Latib Talib
Tarikh Lahir : 2 Jun 1954
Tempat Kelahiran : Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan
Pekerjaan : Penulis
Bahasa : Bahasa Melayu
Warganegara : Malaysia
Genre : Cereka sejarah
Subjek : Sejarah Islam

AZMAH NORDIN (Pantai Kasih)

Nama : Azmah Nordin
Tarikh Lahir : 10 Januari 1958
Tempat Lahir : Kulim, Kedah
Tempat Tinggal : Sabah
Bermula dalam bidang sastera : Tahun 1986
Kejayaan : Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 bagi cerpennya,
Singkowoton, Hadiah Kedua Sayembara ESSO-GAPENA VIII 1991 bagi cerpennya,
Kuntum Perdamaian dan Hadiah Pertama Peraduan Mengarang Cerpen Maybank-DBP
1991 bagi cerpennya, Mikrotome. Novelnya yang pernah memenangi hadiah ialah Kukui
(1986), Noor Ainku Sayang (1987) dan Dukanya Abadi (1988/89). Selain itu, novelnya,
Dari Dalam Cermin (1992) telah dipilih untuk memenangi tiga hadiah sastera, iaitu
Hadiah Pertama Peraduan Menulis Novel 1989 sempena 25 Tahun Sabah Merdeka,
Hadiah Sastera Sabah 1993 dan Hadiah Sastera Malaysia 1992/93.

KHAIRUDDIN AYIP (Songket Berbenang Emas)

Nama : Khairuddin Ayip
Tempat lahir : Batu Pahat , Johor
Tarikh lahir : 25 Februari 1962
Pendikan : Sekolah Kebangsaan Pintas Raya (1969 – 1974) , Sekolah Kebangsaan Tun
Ismail (1975 – 1979) , SMK Datuk Bentara Luar (1980 – 1981) , Maktab Perguruan
Temenggung Ibrahim (1996 – 1999)
Anugerah : Tempat Ketiga Sayembara Hadiah sastera Remaja ESSO-GAPENA 11, 1980
(Guruku Ibuku jua), Tempat Pertama peraduan menulis novel kanak-kanak DBP 1987
(Sayang Disayang), Hadiah Penghargaan Novel Remaja Utusan -Public Bank 1989
(Bukan Untukku), Tempat Pertama peraduan menulis Novel Remaja DBP 1990 (Songket
Berbenang Emas), Tempat Kedua peraduan menulis novel kanak-kanak DBP 1991
(Mawar Putih, Mawar Merah) dan Tempat Kedua peraduan menulis cerpen kanak-kanak
Hari Guru Kebangsaan 2000 (Semerah Saga)

BEB SABARIAH (Tirani)

Nama sebenar : Bibi Sabariah Hj Abang Awet
Nama pena : Beb Sabariah
Tempat lahir : Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak
Pendidikan : SMK Green Road Kuching, Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei,
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu
Bermula aktif dalam penulisan karya kreatif : Tahun 1999

NIZAR PARMAN (Silir Daksina)

Nama : Nizar Parman
Tarikh lahir : 31 Ogos 1973
Pendidikan : SK Seri Paya, Parit Raja, SMK Dato’ Menteri Ayer Hitam,
Pekerjaan : Guru Bahasa Melayu SK Seri Lalang, Kluang, Johor
Bermula aktif dalam penulisan kreatif : Tahun 1995
Kejayaan : Tempat Pertama Sayembara Menulis Cerpen Hari Guru Peringkat Negeri
Perak 1995, Tempat Ketiga Sayembara Cerpen Hari Guru anjuran DBP – BPG 1998,
Saguhati Sayembara Jubli Emas DBP kategori cerpen 2007.

SRI RAHAYU MOHD YUSOF (Bimasakti Menari)

Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New
Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK
Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).

2.2 SINOPSIS NOVEL

DI SEBALIK DINARA (DAYANG NOOR, TINGKATAN 4, ZON 3

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji
DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana
Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang
disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari,
Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan
sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan
persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada
Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab
yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr.
Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga
kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan
oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup
kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft
Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh
Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah
berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan
Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha menjalin
hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan
tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat
Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit
kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah.
Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia
melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua
malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila

mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah
anak angkat kepada keluarga Azraai.

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang
penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang
merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar,
Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak
memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl.
Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida
menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui
minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat
Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan
Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram
mencuba menerobos minda Shida namun gagal.

Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah
Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa
Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung
dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ
kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara
serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan
mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan
terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar.
Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan
meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti Shida tetapi gagal.
Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila
Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia.
Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang sedia kala.
Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang
terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang

semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk
menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan
Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn
(Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan
kerana Karl yang sebenar sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa
dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00
malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram
berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari
mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup
meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

JENDELA MENGHADAP JALAN (RUHAINI MATDARIN, TINGKATAN 4, ZON 1)

Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--sama ibu dan bapanya
di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama
nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi
disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama
datuk dan neneknya.

Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya
lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang pertama
yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan tradisional.
Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada
cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka
yang masih muda.

Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua
berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada
ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam

perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran
yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.

Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah.
Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka
mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang
dari bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang
tidak diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh
Danel.

Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat
yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan
anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang
tidak bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk
berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu
sehingga pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan
sejarah kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA (ABDUL LATIP TALIB, TINGKATAN 4,
ZON 2)

Novel Leftenan Adnan mengisahkan perjuangan anak Melayu, iaitu Leftenan Adnan
dalam mempertahankan Tanah Melayu daripada pihak Jepun. Anak Pak Saidi dan Mak
Milah telah bercita-cita menjadi askar sejak kecil lagi. Apabila tamat persekolahan di
sekolah Inggerish, Adnan menjadi guru pelatih di Kampung Sungai Ramal. Walaupun dia
telah menjadi guru pelatih, cita-citanya tidak pernah pudar.
Ketika dia menjadi tenaga pengajar, dia mendapat berita bahawa Askar Melayu Diraja
diperlukan. Pak Saidi menyokong cita-cita anaknya itu, malah dua orang adik Adnan,
iaitu Ahmad dan Amarullah turut menjadi askar. Mak Milah yang pada mulanya tidak
bersetuju akhirnya akur dengan cita-cita Adnan. Akhirnya, Adnan dan kawannya, Mamat
terpilih dalam menyertai askar. Mereka telah menjalani latihan selama setahun di Port
Dickson.

Adnan juga dikejutkan dengan berita pertunangannya dengan Sophia apabila pulang ke
kampung halaman untuk bercuti. Adnan terkilan dengan keputusan Pak Saidi dan Mak
Milah yang tidak berbincang dengannya terlebih dahulu malah perkahwinan yang diatur
juga seminggu daripada tarikh kepulangannya. Oleh itu, dia tidak dapat berbuat apa-apa
dan patuh akan keputusan Pak Saidi dan Mak Milah.
Adnan kembali ke bukit Candu untuk melaksanakan tugasnya selepas perkahwinan
tersebut, isterinya ditinggalkan di kampung halaman bersama-sama ibunya kerana masih
tiada kemudahan untuk dia dan isteri tinggal sekali. Beberapa lama berpisah, Adnan telah
membawa Sophia dan anaknya tinggal sekali ketika dia bertugas di Pasir Panjang oleh
sebab kemudahan seperti rumah telah disediakan untuk pegawai. Leftenan Adnan dan
Sophia sempat tinggal selama setahun di bawah satu bumbung. Hal ini demikian, ada ura-
ura Jepun ingin menyerang Singapura seterusnya menjajah Tanah Melayu. Oleh itu,
Sophia dihantar pulang ke kampung halaman demi keselamatan anak-anak dan isterinya.
Episod getir bermula apabila Leftenan Adnan dan rakan seperjuangan berhadapan
dengan serangan Jepun. Mereka menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan
yang tinggi sehingga ke titisan darah yang terakhir.

PANTAI KASIH (AZMAH NORDIN, TINGKATAN 4, ZON 4)

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai
bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi
kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya,
Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat
Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu
tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus
menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di
pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi
komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah
seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku.
Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini
membuatkan Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang
perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan
menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga
perjuangan dalam bidang perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah
guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur
surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam
spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun
kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah
beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi
lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah
tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan
kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang
adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi
komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai
tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor
Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli
khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang
berpendapatan sederhana.

SONGKET BERBENANG EMAS (KHAIRUDDIN AYIP, TINGKATAN 5, ZON 1)

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah
melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami
masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama
beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak
berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama
untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila
hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia
terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana
gagal menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan.
Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang
dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

TIRANI (BEB SABARIAH, TINGKATAN 5, ZON 2)

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi
cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga
inginmencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga
suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan
sebagai isteri. Lagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet
melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan
memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik.

Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya.
Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya,
Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan
dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.
Sebenarnya tidak menjadikenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan

kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan
orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya.

Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh
sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah
anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu
oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang
pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron highland. Kemajuan chalet
yangdiusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai
pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut
hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang
hanyalah satu TIRANI.

SILIR DAKSINA (NIZAR PARMAN, TINGKATAN 5, ZON 4)

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup
bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang
didalmnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.

Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak
kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor.
Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya.
Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.

Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah.
Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah
bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung
kerinduan terhadap anaknya.

Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang
keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah
ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.

Novel Silir Daksina - Komsas Tingkatan 5Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal
disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah
kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula
mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung
di situ.

Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang
amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya.
Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting
untuk memperkenalkan tarian zapin ini.

Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin.
Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan
adik tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan
telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal
menari.

BIMASAKTI MENARI (SRI RAHAYU MOHD YUSOP, TINGKATAN 5, ZON 3)

Nama watak utama, Nurul Hafsa, pertama kali disebut pada muka surat 3, baris 3. Nurul
Hafsa sedang melayan kunjungan 15 orang murid dan 3 orang guru pengiring dari
Hiroshima Jepun di tempat bertugasnya, iaitu Balai Cerap Sultan Salahuddin, Bukit
Melawati, Kuala Selangor. Nurul Hafsa baru seminggu tamat pengajian dalam bidang
fizik dan kajian falak, Universiti Jordan dan hari itu merupakan hari pertama Nurul Hafsa
bertugas.

Watak sampingan, Puan Wickam muncul pada muka surat 11 dan seterusnya menjadi
judul bab 2. Watak utama kedua (hero), Muhammad Taufik, anak kepada Maryam @
Marion Wickham Abdullah dan Tan Sri Muhaimin (yang telah berpisah) melengkapkan
cita-cita perjuangan Nurul Hafsa, iaitu projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala
Selangor.

Kemudian muncul satu per satu watak Budiman (abang Nurul Hafsa), Haji Yassir (bapa
Nurul Hafsa), Tan Sri Yahya (wakil DBKL dan rakan MRSM Tan Sri Muhaimin), Dato'
Haji Mustofa al-Hamidi (pegawai daerah Kuala Selangor) dan menteri besar Selangor
(tidak disebut nama).

Novel Bima Sakti Menari - Komsas Tingkatan 5Konflik / pergolakan bermula dengan
kemunculan watak penentang (antagonis), iaitu Dato' Johann-Arlington-Majid (campuran
Melayu-Irish) yang kebetulan pernah berebut kasih Marion Wickam dengan Tan Sri
Muhaimin. Dia pembekal lampu utama Kuala Selangor, serta sahabat baik Dato' Mustofa.
Projek Nurul Hafsa bersama Muhammad Taufik dan Budiman suatu ancaman besar
perniagaannya, lalu dia merancang komplot dengan mengupah tiga orang samseng.

Mangsa pertama Johann ialah Muhammad Taufik yang dipukul curi setelah tayar
keretanya pancit akibat melanggar stringer (besi hitam yang dipasang bersama besi tajam)
yang sengaja diletak di situ. Setelah itu Nurul Hafsa sendiri diculik, tetapi dia tidak diapa-
apakan kerana dia hanya sebagai umpan untuk mendapatkan semula Muhammad Taufik.
Akhirnya pihak polis berjaya menggempur tempat Muhammad Taufik disembunyikan.

Peristiwa buruk yang menimpa Muhammad Taufik memiliki hikmah yang tersembunyi.
Tan Sri Muhaimin kembali bernikah dengan Puan Wickham. Malah, Muhammad Taufik
sendiri melafazkan hasrat untuk memiliki Nurul Hafsa yang diterima dengan senang hati.

2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL

DI SEBALIK DINARA
Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi sehingga
menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina sebagai
pembantu penyelidiknya tetapi apabila dia berasakan Medina lebih hebat daripadanya, dia
mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Medina dijadikan bahan uji
kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang,
Medina tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan
sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu
yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.

JENDELA MENGHADAP JALAN
Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan ia menceritakan kecekalan seorang gadis
dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Lili cekal menghadapi kerenah
ibunya yang menyuruh dia menghabiskan cuti persekolahan di Kampung Sentosa. Lili
akur akan cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya. Lili juga cekal
berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran
datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman. Akhirnya,
Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya itu.
Lili cekal menghadapi dugaan semasa dirinya dikurung dan diikat oleh Rafiq dan Haziq
di sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan di Kampung Sentosa. Lili cekal
menghadapi kerenah penduduk kampung yang tidak bersepakat dalam isu pemasangan
kubah pada bumbung surau lama kerana kekurangan nilai keagamaan. Akhirnya,
penduduk kampung menerima cadang Lili untuk membina masjid baharu.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel ini mengisahkan keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan
tanah air. Leftenan Adnan bin Saidi telah menunjukkan keberanian dan kecekalan sejak
kecil serta mendapat dorongon daripada bapanya untuk menjadi askar. Keperwiraan
beliau terbukti apabila beliau berjuang menentang musuh hingga penghujung nyawa.

PANTAI KASIH
Novel ini mengisahkanb tabahnya Raiha menghadapi kematian anak perempuannya.
Anak perempuan tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu
‘down syndrome’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya
meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak
tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak
tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu,
namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan
anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berasa kecewa kerana isterinya itu melebihkan
anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan
membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-
kanak istimewa itu berada ditempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta
yang sedang marakitu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa
Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar
anaknya.

SONGKET BERBENANG EMAS
Novel ini megisahkan kegigihan seorang gadis dalam mengharungi pelbagai cabaran dan
dugaan dalam kehidupannya. Dahlia gigih menghadapi ujian dalam hidupnya serta tidak
pernah menjalankan nasib malang yang menimpa diri dan keluarganya. Sebaliknya dia
berusaha untuk menempuh semua ujian tersebut dengan jiwa dan semangat yang kental.
Dahlia gigih menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke hospital
Batu Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menjalani
rawatan pemulihan akibat menghadapi penyakit kemurungan. Kegigihan Dahlia yang
seterusnya dapat dilihat apabila dia dapat menghadapi sikap prejudis neneknya, Nek Kiah
terhadap mereka sekeluarga dengan tenang. Dahlia juga mendepani cacian dan tohmahan
Aton yang menuduhnya membunuh Said dan menggelarnya perempuan murahan serta
kenalan ramai lelakinya.

TIRANI
Novel ini mengisahkan kegigihan Waheeda dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan
dugaan dalam kehidupannya. Kegigihan Waheeda dalam mengembangkan sayap
perniagaannya terserlah apabila dia berani membuat pinjaman baharu untuk membeli
Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron Highlands dan menukarkan namanya
kepada Chalet Aya-Sajinah. Kegigihan Waheeda dalam membina hubungan persahabatan
turut digambarkan dalam novel ini. Waheeda gigih dan bijak berdepan dengan sikap
prejudis sahabat baiknya, Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan
tunangnya sendiri, Dr. Zahari. Waheeda cekal mengharungi liku-liku pahit dan manis
dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga memperoleh seorang
cahaya mata perempuan. Dia turut mengalami masalah kemurungan akibat keretakan
dalam rumah tangganya.

SILIR DAKSINA
Novel ini mengisahkan tentang konflik kekeluargaan yang dialami oleh Haiqal berpunca
daripada penceraian umi dan ayahnya, Abdullah Kayan. Perceraian tersebut
menyebabkan Haikal terpisah jauh dari Ayahnya. Haiqal dipelihara oleh uminya dan ayah
tirinya, Walid. Mereka menetap di Kuala Terengganu. Haikal tidak dapat menemui atau
mengenali ayah kandungnya sehinggalah ayahnya meninggal dunia. Suatu hari, Haiqal
telah didatangani manuskrip lama hasil penulisan ayah kandungnya. Dia teruja dengan
kandungan manuskrip itu dan bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah
kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke
kampung arwah ayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke
Johor atas sebab-sebab tertentu. Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan
pergi walaupun uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal
mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang
wang perbelanjaan untuk ke sana. Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut
mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung Haiqal
seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui
mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.

BIMASAKTI MENARI
Novel ini mengisahkan kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.
Mereka telah berusaha dengan mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek
Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama
Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan
membina rumah mesra alam.

BAB 3

3.1 JENIS NOVEL
TINGKATAN 4

 DI SEBALIK DINARA (FIKSYEN)
 JENDELA MENGHADAP JALAN (FIKSYEN)
 LEFTENAN ADNAN (FIKSYEN)
 PANTAI KASIH (FIKSYEN)

TINGKATAN 5

 SONGKET BERBENANG EMAS (FIKSYEN)
 TIRANI (FIKSYEN)
 SILIR DAKSINA (FIKSYEN)
 BIMASAKTI MENARI (FIKSYEN)

3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA

Saya mengumpulkan data dengan cara melayari internet. Antara link yang saya layari ialah
https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-bima-sakti-menari-komsas.html ,
https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-silir-daksina-komsas-tingkatan-5.html ,
https://www.peperiksaan.net/2018/07/nota-novel-tirani-komsas-tingkatan-5.html .

3.3 TEMA SETIAP NOVEL

DI SEBALIK DINARA

- Tema novel ini ialah penggunaan teknologi maklumat yang begitu canggih boleh
menguasai pemikiran manusia sehingga hilang rasa kemanusiaan walaupun dalam
kalangan ahli keluarga sendiri.

JENDELA MENGHADAP JALAN

- Tema novel ini ialah kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai cabaran dan
rintangan.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

- Tema novel ini ialah keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan
tanah air.

PANTAI KASIH

- Tema novel ini ialah ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.

TIRANI

- Tema novel ini ialah kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki
seseorang dapat melindungi kelemahan diri.

SILIR DAKSINA

- Tema novel ini ialah kekeluargaan. Konflik keluarga yang dihadapi oleh Haiqal
berpunca daripada penceraian umi dan ayahnya.

BIMASAKTI MENARI

- Tema novel ini ialah kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.

3.4 KEUNIKAN DALAM NOVEL
Setiap novel mempunyai keunikannya yang tersendiri. Bagi saya novel Silir Daksina yang
paling minat saya kerana konsep kekeluargaannya. Jalan ceritanya membuat saya ingin terus
membaca dan teruja dengan apa yang akan berlaku pada bab seterusnya.

3.5 PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
Berdasarkan kelapan lapan novel tersebut terdapat persamaan dari segi watak utama. Watak
utama Farisha, Lili, Leftenan Adnan, Raiha, Dahlia, Waheeda, Haiqal dan Nurul Hafsa tidak
berputus asa untuk mencapai impian mereka.

3.6 PERBEZAAN ANTARA NOVEL NOVEL
Berdasarkan kelapan lapan novel tersebut saya dapati perbezaannya dari segi jalan cerita
yang berlainan. Contohnya, novel Silir Daksina menceritakan tentang kekeluargaaan
manakala novel Bimasakti Menari menceritakan tentang melestarikan alam sekitar. Novel
Leftenan Adnan pula menceritakan tentang mempertahankan tanah air.

3.7 BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
Terdapat perbezaan antara novel Malaysia dengan novel luar negara. Berdasarkan
pengalaman saya novel luar negara kebanyakkannya imaginasi dan fantasi. Bagi novel
Malaysia pula kebanyakkankan berdasarkan cerita hidup sendiri .

3.8 NOVEL DAN KEHIDUPAN
Novel Di Sebalik Dinara mengajar saya untuk berfikir sebelum membuat keputusan.
Manakala novel Jendela Menghadap Jalan pula mengajarkan untuk menyelesaikan masalah
secara bermusyawarah. Novel Leftenan Adnan pula mengajar kita perlu bekerjasa dalam
menjaga keselamatan masyarakat di tempat kita. Novel Pantai Kasih mengajarkan untuk
bersikap prihatin terhadap orang lain. Bagi novel tingkatan 5, novel Songket Berbenang Emas
mengajarkan untuk bersedia menerima teguran orang lain demi kebaikan Bersama. Manakala
novel Tirani dan Silir Daksina mengajar saya untuk gigih menempuh pelbagai cabaran dan
dugaan dalam hidup. Novel Bimasakti Menari pula mengajarkan kita perlu sentiasa taat
kepada perintah ibu bap akita selagi ia tidak melanggar syariat agama dan kemanusiaan.

3.9 KEDUDUKAN NOVEL

#1 SILIR DAKSINA
#2 DI SEBALIK DINARA
#3 TIRANI
#4 BIMASAKTI MENARI
#5 PANTAI KASIH
#6 JENDELA MENGHADAP JALAN
#7 SONGKET BERBENANG EMAS
#8 LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

3.10 KESIMPULAN
Kesimpulannya, hanya segelintir novel keluaran pihak kementerian Pendidikan yang
menarik minat pelajar. Pengajaran dalam novel-nove tersebut juga dapat mendorong kita
ke arah lebih baik.

BAB 4

4.1 RUMUSAN KAJIAN
Cara yang sesuai untuk menarik minat membaca ialah dengan mencari buku yang jalan
ceritanya berkait rapat dengan kehidupan seorang remaja. Pelajar akan lebih gemar untuk
membacanya dan mengambil pengajarannya sebagai pengalaman hidup.

4.2 IMPLIKASI DAN CADANGAN
Cadangan yang saya mahu cadangkan ialah dengan menukar kulit buku untuk menjadi
lebih menarik. Hal ini dapat menarik perhatian pelajar untuk membacanya.

4.3 HIPOTESIS AKHIR
Setiap novel mempunyai tarikannya yang tersendiri. Ia bergantung kepada minat pelajar
kerana minat kita berbeza.

4.4 PENUTUP
Kajian ini berkaitan tarikan pelajar untuk membaca novel dan keunikkan yang ada dalam
kelapan lapan novel yang mungkin menjadi pelajar ingin membacanya.


Click to View FlipBook Version