The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-16031242, 2023-11-04 11:23:09

SKOR A+ BM K2_CIKGU HASLINA

TEKNIK MENJAWAB

CONTOH SOALAN 6 : PEMAHAMAN PETIKAN UMUM


CONTOH SOALAN 7 : PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 6 & 7: PEMAHAMAN SOALAN ( i ) 1. Soalan boleh berbentuk memberi maksud perkataan atau pemindahan maklumat. 2. Maksud perkataan secara literal iaitu menukar setiap perkataan dengan perkataan yang sama maksudnya. 3. Calon boleh memberikan maksud sebahagian rangkai kata dan mengekalkan sebahagian mengikut asal. Jika betul, layak 1 markah.


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 6 & 7: PEMAHAMAN (sambungan) SOALAN ( i ) 4. Jika calon menukarkan semua perkataan yang diuji, ada jawapan yang betul dan ada yang salah. Dianggap salah kesemuanya, 0 markah. 5. Jawapan dalam bentuk definisi atau huraian, 0 markah.


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 6 & 7: PEMAHAMAN (sambungan) Contoh soalan memberikan maksud rangkai kata : Berdasarkan bahan 1, berikan maksud rangkai kata waktu senggang? Contoh jawapan - Maksud rangkai kata waktu senggang ialah masa lapang. - maksud rangkai kata waktu senggang ialah masa senggang. - Maksud rangkai kata masa senggang ialah masa senang. 2 1 0


SLIDESMANIA.COM Contoh soalan (i) PEMINDAHAN MAKLUMAT: PI P2 P3


SLIDESMANIA.COM Contoh soalan (i) PEMINDAHAN MAKLUMAT: BERIKAN 2 ISI YANG LENGKAP CONTOH JAWAPAN : Alasan – alasan yang diberikan oleh manusia untuk membangunkan kawasan hutan adalah untuk mencerahkan hutan. Selain itu, hendak ditanam Musang King dan untuk dijadikan kuari. ICG 2m


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 6 & 7: PEMAHAMAN SOALAN ( ii ) : [PEMINDAHAN MAKLUMAT] 1. Calon perlu memberikan jawapan daripada setiap bahan. Mesti disalin secara lengkap. Contoh pemahaman 2 bahan


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 6 & 7: PEMAHAMAN (sambungan) SOALAN ( ii ) : [PEMINDAHAN MAKLUMAT] 1. Sekiranya bahan pemahaman sastera berbentuk puisi, calon tidak boleh menyalin bulat-bulat frasa puisi tersebut. 2. Calon perlu ubah sedikit frasa tetapi maksudnya masih sama. 3. Contoh dalam sajak : memberi ilmu sepanjang waktu boleh diubah seperti ini menyampaikan ilmu sepanjang waktu.


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 6 & 7: PEMAHAMAN (sambungan) SOALAN ( iii ) dan ( iv ) : [KBAT / PEMIKIRAN KRITIS] 1. Jawapan mestilah dalam bentuk ayat penuh dan gramatis. 2. Calon digalakkan menulis isi jawapan mengikut jumlah markah. 3. Jangan jawab dalam bentuk poin. 1 markah Bahasa akan ditolak. 4. Calon digalakkan menggunakan Teknik SBAM untuk soalan berbentuk [ Langkah / kesan ]


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 6 & 7: PEMAHAMAN (sambungan) Teknik SBAM SIAPA BUAT APA MENGAPA PIHAK = DiKeMaSeN 1. Diri (saya/kita) 2. Keluarga (ibu bapa) 3. Masyarakat (komuniti) 4. Sekolah (guru/pengetua/ kaunselor) 5. Negara (kerajaan / sawasta / media massa / media sosial) Perlu mengadakan… Haruslah menyertai.. Mestilah memberikan… • Lawatan • Ceramah • Kempen • Program / kem / kursus • Denda / kompaun • Pendidikan / didikan Berikan huraian ringkas sama ada berbentuk sebab /ciri / contoh / kesan. • agar …. • supaya … • kerana … • seperti … Bahagian ini boleh dibina berasingan. Gunakan penanda wacana yang sesuai seperti : Hal ini dikatakan demikian kerana.. Hal ini perlu dilakukan kerana.. Sebagai contoh.. Gunakan Kata kerja yang sesuai


SLIDESMANIA.COM


ANALISIS SOALAN SPM BAHASA MELAYU KERTAS 2 TAHUN SOALAN 8 : PEMAHAMAN NOVEL 2021 (S1) 8 (i) Petikan novel Pantai Kasih 8 (ii) Peristiwa menggembirakan ( 1 novel ) 2021 (S2) 8 (i) Petikan novel Songket Berbenang Emas 8 (ii) peristiwa menarik pada bahagian peleraian ( 1 novel ) 2021 (U) 8 (i) Petikan novel Di Sebalik Dinara 8 (ii) peristiwa yang menimbulkan keinsafan ( 2 novel ) 2022 8 (i) Petikan novel Di Sebalik Dinara 8 (ii) peristiwa yang boleh diteladani ( 2 novel ) 2022 (U) 8 (i) Petikan novel Jendela Menghadap Jalan 8 (ii) Peristiwa yang boleh dijadikan pedoman hidup ( 2 novel )


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 8: NOVEL SOALAN 8 ( i ) 1. Soalan berbentuk pemindahan maklumat. 2. Peruntukan markah ialah 4 markah. 3. Calon digalakkan menulis isi berdasarkan jumlah markah. Isi yang diterima ialah 3 isi sahaja. 4. Maklumat / isi perlu ditulis semula secara lengkap. Jika tertinggal sebahagian, jawapan tidak diterima.


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 8: NOVEL SOALAN 8 ( ii ) 1. Jawab ikut kehendak soalan. Lazimnya calon perlu jawab sebuah novel sahaja. *(SPM 2021/U – 2 buah novel) 2. Jawapan mestilah dalam bentuk pemahaman / esei. 3. Calon perlu memberikan 2 isi yang lengkap. 4. Isi yang lengkap mengandungi ( peristiwa + huraian ) 5. Peristiwa betul, huraian salah = 1 markah untuk peristiwa. 6. Peristiwa salah, huraian betul = 0 markah.


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 8: NOVEL (SAMBUNGAN) SOALAN 8 ( ii ) 7. Calon boleh berikan isi tambahan. Isi terbaik akan dipilih. Namun tidak digalakkan (penandaan mungkin berubah mengikut tahun semasa) 8. Huraian peristiwa boleh kepada : - Calon (diri sendiri) - Pembaca - Watak dalam novel 9. Calon tidak boleh memberikan peristiwa yang berbentuk negatif untuk soalan yang berunsurkan positif.


Fokus soalan lazim • Simpati • sedih • menyayat hati • Keinsafan (2021/U) • teladan (2022/1) • iktibar • contoh • Kagum • Gembira(2021/S1) • Bangga • Tidak wajar dicontohi • kepincangan • Peristiwa menarik pada bahagian plot (5P) -Permulaan – Pengembangan – Perumitan – Puncak – Peleraian (2021/S2)


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 8: NOVEL Pasang siap jawapan novel 8 (ii) Novel yang saya kaji ialah __(nama dan pengarang novel)_. Terdapat beberapa __(kehendak soalan)_____ dalam novel tersebut. Peristiwa pertama ialah peristiwa __(berikan contoh peristiwa 1) _____. Peristiwa ini ___ (kehendak soalan) __kerana ___(berikan huraian 1) _____ Peristiwa kedua ialah peristiwa __(berikan contoh peristiwa 2) _____. Peristiwa ini ___ (kehendak soalan) __kerana ___(berikan huraian 2) _____


Bahagian C


SLIDESMANIA.COM


ANALISIS SOALAN SPM BAHASA MELAYU KERTAS 2 TAHUN SOALAN 9 : PEMAHAMAN NOVEL 2021 (S1) Tema : Memartabatkan Bahasa Melayu (3 bahan) Fokus 1 – Cabaran Fokus 2 – Langkah 2021 (S2) Tema : Jasa Guru (3 bahan) Fokus 1 – Cara menghargai jasa guru Fokus 2 – Peranan guru 2021 (U) Tema : Stres (3 bahan) Fokus 1 – Kesan Fokus 2 - Langkah 2022 Tema : Buku Teks Digital (3 bahan) Fokus 1 – Kelebihan Fokus 2 – Cabaran/kekangan 2022 (U) Tema : Pembelian dalam talian (3 bahan)


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 9 : RUMUSAN PENILAIAN ISI 1. Tulis jawapan sehingga 120 patah perkataan sahaja. 2. Isi yang tepat dan lengkap, layak 2 markah. 3. Calon perlu mengambil sekurang-kurangnya 1 isi bagi setiap fokus daripada setiap bahan yang diberi. 4. Maksimum 8 isi = 16 markah. 5. Jika calon memberikan 8 isi tetapi tidak cukup daripada semua bahan. 2 markah akan ditolak. Calon hanya layak mendapat 14 markah sahaja.


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 9 : RUMUSAN (sambungan) PENILAIAN BAHASA 1. Markah Bahasa dinilai secara holistik. 2. Jika calon menjawab dalam bentuk poin, markah bahasa peringkat lemah (1 – 2 markah) 3. Jika keseluruhan PIK hanya mendapat 5 markah dan ke bawah, markah Bahasa maksimum 5 markah. 4. Jika PIK mendapat 6 markah ke atas, markah Bahasa dinilai seperti biasa. 5. Salin bulat-bulat. Markah Bahasa 0 markah, markah isi seperti biasa.


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 9 : RUMUSAN (sambungan) PERKATAAN YANG DIKIRA SEBAGAI SATU PERKATAAN : 1. Kata nama khas/peribahasa/hadis/serangkap pantun. 2. Kata ganda 3. Kata sendi nama di dan ke 4. Tarikh 5. Angka (nombor atau perkataan) 6. Gelaran 7. Penanda wacana


Rangka Rumusan TEMA : Memartabatkan Bahasa Melayu FS Bahan F1 : Langkah / usaha F2 : punca / cabaran B1 – Petikan B2 – Grafik B3 - Pantun SPM 2021 • Ambil sekurang-kurangnya 1 isi daripada setiap bahagian kotak yang bertanda • Gabungkan kesemua 8 isi daripada setiap kotak yang bertanda


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 9 : RUMUSAN (sambungan) Teknik mengesan fokus isi 1. Kata hubung - Ayat fokus di dalam bahan petikan biasanya diasingkan dengan kata hubung. - Kata hubung menjadi kata kunci kepada isi rumusan. 2. Penanda wacana - Selepas penanda wacana lazimnya ialah ayat fokus - Contoh : Selain itu, Di samping itu, Seterusnya


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 9 : RUMUSAN (sambungan) Teknik mengesan fokus isi berdasarkan kata hubung /kata kunci


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 9: RUMUSAN (SAMBUNGAN) TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN RUMUSAN Contoh pendahuluan : Rumusan membincangkan faedah-faedah menghargai seni dan budaya dan langkah-langkah memartabatkannya. -----------[ atau ]----------- Rumusan membincangkan langkah-langkah memartabatkan seni dan budaya dan faedah-faedah menghargainya.


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 9: RUMUSAN (SAMBUNGAN) TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN RUMUSAN 1) Tuliskan pendahuluan dalam satu ayat sahaja. 2) Pendahuluan yang lengkap mengandungi semua FOKUS SOALAN yang dikenal pasti daripada semua bahan. Lazimnya 2 hingga 3 fokus. 3) Pendahuluan wajib menyentuh tema bahan berdasarkan senarai tema daripada DSKP. 4) Nyatakan tema dan kata kerja selepas FOKUS rumusan, jika tidak, dianggap salah kerana tidak lengkap.


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 9: RUMUSAN (SAMBUNGAN) TEKNIK MENULIS ISI RUMUSAN 1) Mulakan isi dengan menulis fokus soalan. Antara faedah menghargai seni dan budaya ialah…isi 1… [atau] Faedah-faedah menghargai seni dan budaya ialah…isi 1… • Jika pendahuluan salah, permulaan perenggan isi salah, isi pertama tidak diterima. Isi seterusnya ditanda seperti biasa. • Jika pendahuluan salah, permulaan perenggan isi betul, isi pertama diterima. 2) Digalakkan mengasingkan perenggan isi mengikut fokus soalan. 3) Boleh senaraikan lebih 8 isi (pastikan rumusan tidak melebihi 120pp)


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 9: RUMUSAN (SAMBUNGAN) TEKNIK MENULIS KESIMPULAN RUMUSAN 1. Tulis kesimpulan dalam satu ayat sahaja. 2. Kesimpulan yang baik mengandungi tema dan kesan tema. 3. Bermula SPM(U) 2022, penulisan kesimpulan rumusan TIDAK BOLEH meletakkan pihak. Sebagai contoh semua pihak, pihak kerajaan, pihak sekolah dan sebagainya. 4. Jika ada pihak, salah 0 markah.


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 9: RUMUSAN (SAMBUNGAN) TEKNIK MENULIS KESIMPULAN RUMUSAN YANG MEMBAWA 2 MARKAH [ 2 markah ] Kesimpulannya, ……. (tema / isu utama)….. perlulah/hendaklah + kata kerja pasif (di- / di-…-kan)…… agar / supaya ….. (kesan tema (positif))….


SLIDESMANIA.COM TEKNIK MENJAWAB SOALAN 9: RUMUSAN (SAMBUNGAN) TEKNIK MENULIS KESIMPULAN RUMUSAN Contoh kesimpulan : Kesimpulannya, semua pihak mestilah memartabatkan seni dan budaya supaya boleh diwarisi generasi akan datang. Kesimpulannya, seni dan budaya hendaklah dimartabatkan supaya boleh diwarisi generasi akan datang.


Contoh Rumusan Lengkap Rumusan membincangkan faedah-faedah berenang dari segi saintifik dan risikorisiko aktiviti renang kepada seseorang. Faedah-faedah aktiviti berenang ialah berenang dapat mengurangkan perasaan cemas dan panik seseorang. Selain itu, berenang mampu meningkatkan aliran darah seseorang. Seterusnya, aktiviti ini dapat memberikan kebaikan kepada kecerdasan otak dan dapat mengurangkan berat badan seseorang. Selanjutnya, berenang dapat memberikan keyakinan diri di dalam air. Di samping itu, berenang dapat menguatkan otot, lengan dan dada. Antara risiko berenang kepada seseorang ialah seseorang boleh mendapat keracunan makanan dan aktiviti ini boleh mengundang masalah alahan kulit. Kesimpulannya, aktiviti berenang hendaklah diamalkan supaya dapat menjamin kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti. 94 patah perkataan


CONTOH JAWAPAN CEMERLANG (Penalti) B P – 2 I – 16 14 K – 2 I – 18 B – 10 J = 28


SLIDESMANIA.COM Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version