The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NEGARAKU MALAYSIA.
PERTANDINGAN MENCIPTA BUKU SKRAP DIGITAL TAHUN 2021.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zabarjad6981, 2021-10-04 02:55:43

TOK KENALI

NEGARAKU MALAYSIA.
PERTANDINGAN MENCIPTA BUKU SKRAP DIGITAL TAHUN 2021.

Keywords: SEJARAH,ULAMA,TOKOH ISLAM,KELANTAN,NEGARAKU MALAYSIA,MALAYSIA,PEJUANG,HAJI AWANG,TOK KENALI

NEGARAKU MALAYSIA

TOK KENALI

HAJI AWANG MUHAMMAD YUSUF BIN AHMAD

PENULIS

Nama: Kelas:

Najwa Najihah binti 6
Zulnasri Gagah

Emel: Sekolah:

m-10283356@moe- Sekolah Kebangsaan

dl.edu.my Panchor

Alamat:

SK Panchor,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.

KANDUNGAN

2 Pendahuluan

3 Biodata Tokoh

4 Pendidikan

6 Kerjaya

7 Sumbangan

9 Nilai Kepimpinan

10 Kesimpulan/
Lampiran

14 Sumber Rujukan

PENDAHULUAN

Tokoh ulama juga mempunyai peranan
yang besar dalam memperjuangkan
kemerdekaan tanahair kita.

Penglibatan mereka dalam pentadbiran
telah membawa kepada era

kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka.

Buku skrap ini akan menerangkan
salah seorang tokoh ulama yang
memberikan jasa yang besar kepada
negara juga nusantara. Jasa beliau

memberikan kesan kepada era
kegemilangan Tanah Melayu.

2

BIODATA TOKOH

Tok Kenali

MUHAMMAD YUSUF BIN AHMAD

1868 - 1933

Dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan

Bapanya seorang Isteri pertama: Mek Nik (anak kepada Haji Salleh
petani bernama Janggut. Berkahwin pada usia 16 tahun. Tetapi
Ahmad bin Abdul perkahwinan atas kehendak orang tua itu
Samad. Manakala
ibunya, Fatimah bt berlangsung selama setahun sahaja, diikuti dengan
perceraian.)
Salleh adalah
seorang insan yang Isteri kedua ialah Anak-anak Tok
Cik Ruqayyah Kenali:
sopan dan Mahmud. Beliau
bercita-cita tinggi Ahmad, Muhd
dikurniakan empat Shaalih, Mahmud
dan murni orang anak.
dan Abdullah
Zawaawi.

Tok Kenali kembali menemui Kekasihnya yang tercinta Allah Azzawajalla pada
1 Syaaban 1352 Hijrah bersamaan 19 November 1933 berusia 65 tahun

3

PENDIDIKAN

Muhammad Yusof telah mula belajar
pada datuknya sendiri Encik Salleh
(Tok Leh) iaitu dalam pelajaran
membaca kitab suci Al-Quran dan
pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu
dia menyambungkan pelajaran ke
Masjid Besar Al-Muhammadi, Kota
Bharu dan tempat-tempat pengajian
lain di sekitar Kota Bharu dalam
pelajaran Bahasa Arab, Nahu, Saraf
juga pengetahuan agama.

Pemandangan depan Masjid Muhammadi Sewaktu berusia antara sembilan ke
Kota Bharu Kelantan pada tahun 1907 sepuluh tahun, Muhammad Yusof
telah mengambil langkah bagi

menyambung pelajarannya ke Kota
Bharu. Tempat pertama yang
ditujunya ialah ke Masjid Al-

Muhammadi, di mana terdapat
beberapa orang guru agama dan
beratus-beratus orang murid dari

seluruh ceruk Negeri Kelantan
menyambung pelajaran mereka ke
sini. Sekitar masjid besar ini, dewasa
ini penuh dengan pondok-pondok

(asrama) penuntut.

Pemandangan depan Masjid Muhammadi
Kota Bharu Kelantan sekarang

4

PENDIDIKAN

Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali
telah menaruh cita-cita yang kuat
untuk melanjutkan pelajaran ke
Mekah. Pada tahun 1887M/1305H,
menjelang umurnya kira-kira 18
tahun, Tok Kenali menjejak Tanah
Suci Mekah untuk meninggikan
pelajaran agamanya di samping

menunaikan rukun islam yang kelima,
ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan

mengalami kesusahan di Lautan
Hindi disebabkan kerosakan kapal

yang ditumpanginya.

Pemergian Tok Kenali ke Tanah Suci
Mekah adalah semata-mata atas
bantuan daripada sahabat dan kenalan
beliau di Kota Bharu yang berjumlah
kira-kira RM50.00 dan sumbangan
daripada ibunya cuma berjumlah
RM22.00. Kesukaran yang di hadapi
Tok Kenali di rantau orang tidak dapat
digambarkan lagi. Hampir tujuh bulan
beliau di sana tanpa tempat kediaman
yang tetap. Semasa itu beliau
menginap di serambi Masjidil Haram,
Mekah, dan hanya dapat tidur serta
berehat-rehat bila menjelang sesuku
malam disebabkan Masjidil Haram
merupakan pusat ibadat tawaf, sa’i,
sembayang dan sebagainya.

Pada tahun 1909M (1327 H) iaitu
sesudah menjalani pengajian selama
22 tahun di tanah suci mekah, maka

Tok Kenali pun pulang ke tanah air
iaitu ke Kelantan

5

KERJAYA

Tok Kenali ada di antara orang-orang yang memikul tugas dan jawatan
terpenting dalam perkembangan pengajian islam dan pertubuhan

kebudayaan timur yang berteraskan islam di negeri Kelantan berdasarkan
jawatan-jawatan yang pernah disandangnya sebagai berikut:

Ahli Majlis Ulama Ketua Pelajaran Ketua Pengarang
Islam Kelantan pada Agama (Pengarah pertama majalah
Pengasuh (lidah
7 Disember 1951 Bahagian Ilmu rasmi Majlis Agama
sehingga 19 Agama.
Islam Kelantan
November 1933. Bertanggungjawab dikeluarkan setiap
memimpin Isnin, dijual 10 sen
Madrasah
senaskah).
Muhammadiyyah
dan penerbitan

buku teks.

Pengasas Jamiyyah Penterjemah kitab Anggota Majlis
al-Ashriyyah - dari Bahasa Arab Agama Islam
kumpulan ilmiah ke Bahasa Melayu. Kelantan dan Adat
Istiadat Melayu
membincangkan isu
agama dan semasa. Kelantan.

Penasihat agama Guru agama di
kepada Datuk Masjid Besar Al-
Muhammadi, Kota
Perdana Kelantan
(Menteri Besar). Bharu.

6

SUMBANGAN

PENTADBIRAN DAN USAHA DAKWAH



Tertubuhnya:
Majlis Ugama Islam Kelantan (1915),

Madrasah Al-Muhammadiah (1917)
dan terlancarnya majalah Pengasuh (1918).



Tok Kenali sentiasa dirundingi oleh sahabatnya, Dato’ Perdana bukan sahaja dalam
persoalan-persoalan agama malah dalam persoalan-persoalan umum, kerana di samping
sifatnya sebagai ulama besar, beliau juga terkenal mempunyai pemikiran yang tajam

dalam permasalahan kemasyarakatan dan siasah.
Kedua-dua tokoh ini memainkan peranan yang penting dalam kemajuan umat Islam di

Kelantan.



PONDOK KENALI



Beliau tidak meninggalkan karya yang besar dalam mana-mana bidang pengajian
Islamiah, namun jasa beliau yang paling besar adalah mewujudkan barisan Ulama
yang berpendidikan tinggi di negeri Kelantan dan Malaya, Indonesia, Thailand dan

Kemboja pada separuh abad ke-20.
Beliau juga telah berjaya membawa kemuncak pengajian tatabahasa Arab, Nahu Sarf,

Balaghah dan ‘Arudh di dalam sistem pelajaran pondok di negeri ini.





MAJALAH PENGASUH



Info ringkas:
Ketua Pengarang pertama dan Pengasas – Tok Kenali
Tahun penerbitan 1918
Majalah Pengasuh majalah tertua yang kedua selepas Majalah Al-Imam yang
diterbitkan oleh Syed Sheikh bin Ahmad al-Hady pada tahun 1906

7

SUMBANGAN

Majalah Pengasuh sama usia dengan Majalah Seri Pustaka di Indonesia yang
diterbitkan Balai Pustaka dalam tahun 1918.
Hingga ke hari ini Majalah ini masih diterbitkan!

Bidang Pendidikan di Kelantan.

Antaranya adalah:
1. Penyemarak institut pondok
2. Melahirkan sistem menghafal dalam pembelajaran agama
3. Melahirkan ulama dalam pelbagai bidang ilmu
4. Memberi pengajaran dan kefahaman berkaitan kitab-kitab Melayu dan Arab
5. Pendorong kepada pembukaan sekolah-sekolah Melayu
6. Anggota Majlis Agama Islam
7. Anggota Majlis Ulama Kelantan
8. Ketua pelajaran Agama Islam
9. Sumbangan pendidikan dalam bentuk penulisan.

Tok Kenali telah meninggalkan jasa yang sangat besar dalam perkembangan
syiar dan pendidikan Islam bukan sahaja di Kelantan malah di Nusantara.



8

NILAI KEPIMPINAN

1. Peniup semangat jihad dan perjuangan demi
mempertahankan agama dan bangsa.
2. Pengarang dan pengasas Majalah Pengasuh
yang berjaya mendidik ramai tokoh ulama dan
ilmuan Islam yang bertebaran di seluruh tanah
air.
3. Pembangkit umat Islam.
4. Pemikir dan ahli politik terbesar di Kelantan.
5. Pengasas pertubuhan Jam’iyat al-‘Asriyah di
Kota Bharu pada akhir 1915M
6. Penggerak dan pencadang penubuhan Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan (MAIK) pada 1915M.

9

KESIMPULAN

Tanggungjawab ulama bukan hanya sekadar
"Amar Makruf, Nahi Mungkar". Penglibatan
ulama dalam memakmurkan negara apatah
lagi mencapai kemerdekaan tanah air
tercinta adalah bukti yang telah tersedia di
hadapan mata. Jasa, bakti dan sumbangan
mereka kepada negara masih ada yang
kekal sehingga ke hari ini. Sebagai anak
Malaysia, saya berbangga dengan tokoh-
tokoh negara kita yang telah banyak
mengharumkan nama Malaysia.
Pengorbanan mereka perlulah kita ingati
dan sentiasa tersemat di hati.
Saya bangga menjadi anak Malaysia!

10

LAMPIRAN

Pondok Tok Kenali

11

LAMPIRAN

Gambar terakhir Tok Kenali.
Foto ini telah dikemaskini dan dinaikkan
warnanya di Hong Kong untuk
mendapatkan warna sebenar pakaian Tok
Kenali. Ini adalah pakaian Tok Kenali
dalam bermusafir. Gambar ini diambil
semasa Tok Kenali bersiap hendak ke
Pahang. Antara gambar paling jarang
berlaku di dunia. Kita selalu tengok
gambar Tok Kenali waktu beliau bertubuh
gempal.
Gambar asal kepada gambar ini terlalu
lusuh dan tidak jelas. Sebab itu ia
dihantar ke Hong Kong untuk dibaik pulih.
Pada hari hari biasa Tok Kenali tidak
berbaju, baju beliau akan digantung di
bahu dan berkain pelikat singkat.

Makam Tok Kenali

12

LAMPIRAN

SyairTok Kenali

Maharaja daulat Tuanku
Umat Islam mereka memangku
Adam dan Hawa nenek Tuanku
Langit dan bumi ia memangku



Merah putih bendera Muhammad ‫صلى الله عليه وسلم‬

Kuning hijau auliya' keramat
Kelabu hitam dicela ummat
jangan menerima umat Muhammad ‫صلى الله عليه وسلم‬

simbol besi serta keris
sekeliannya itu dibinasakan Allah ‫سبحانه وتعالى‬



Allahu Akbar ‫الله أكبر‬
Lailahaillah ‫لا إله إلا الله‬
Allahu Akbar ‫الله أكبر‬
Lailahaillah ‫لا إله إلا الله‬
Allahu Akbar ‫الله أكبر‬
Lailahaillah ‫لا إله إلا الله‬
Muhammadur Rasulullah ‫محمد رسول الله‬



sumber: https://youtu.be/Bs1Psi2nB20

13

RUJUKAN

https://bit.ly/39XtRU1
https://bit.ly/3F1G1K2

https://bit.ly/3iEiB43
https://bit.ly/3F8qCI6

https://bit.ly/3l19koh
https://bit.ly/3uCIxS2

https://bit.ly/3BcgQlF
https://bit.ly/2YlfyXn

https://bit.ly/39ScBzO
https://bit.ly/3ozzsbN
14


Click to View FlipBook Version