The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurul.jannah_anna, 2023-08-11 04:19:54

Kertas kerja bulan kebangsaan 2023 pdf

Kertas kerja bulan kebangsaan 2023 pdf

KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023 SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE - 66 SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’PANGLIMA BUKIT GANTANG,CHANGKAT JERING,PERAK. 14 OGOS 2023 HINGGA 15 SEPTEMBER 2023 ANJURAN : PANITIA SEJARAH DENGAN KERJASAMA UNIT PENTADBIRAN KOKURIKULUM, PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN PANITIA PENDIDIKAN MUZIK MALAYSIA MADANI


1.0 PENDAHULUAN Panitia Sejarah dengan kerjasama Unit Kokurikulum, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan SK.Dato’Panglima Bukit Gantang , Pendidikan Muzik dan Panitia Pendidikan Seni Visual serta Kelab Rukun Negara akan menganjurkan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim Sekolah Kebangsaan Dato’Panglima Bukit Gantang bagi tahun 2023. Justeru itu Panitia Sejarah,PSS,panitia- panitia dan Unit kokurikulum lain akan mengambil inisiatif untuk menjayakan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra Sekolah dan Pendidikan Khas.Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Dato’Panglima Bukit Gantang. 2.0 MATLAMAT Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guruguru Sekolah Kebangsaan Dato’Panglima Bukit Gantang serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran dalam peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid Sekolah Kebangsaan Dato’Panglima Bukit Gantang secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik Sekolah Kebangsaan Dato’Panglima Bukit Gantang di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.


3.0 OBJEKTIF i. Menyemai semangat sayangi Malaysia. ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara. iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara. iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin. vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini. vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini. viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih atas jasa-jasa mereka. ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan. x. Mencungkil bakat pelajar. xi. Menguji pengetahuan am para pelajar xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar. xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu semasa. xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan audien. xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat tradisional daripada luput ditelan zaman. 4.0 PENGANJURAN Panitia Sejarah dengan kerjasama Unit Pentadbiran Kokurikulum, Pihak Pusat Sumber Sekolah , Panitia Pendidikan Seni Visual dan Panitia Pendidikan Muzik serta Kelab Rukun Negara bersama-sama guru-guru Sekolah Kebangsaan Dato’Panglima Bukit Gantang.


5.0 TARIKH Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 14 Ogos 2023 hingga Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan pada 15 September 2023. . 6.0 PENYERTAAN Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Dato’Panglima Bukit Gantang. (Termasuk guru dan murid Pendidikan Khas serta Pra Sekolah) 7.0 STRATEGI Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama guru-guru Sejarah, B.Melayu , Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik , Pusat Sumber Sekolah dan guru-guru penasihat persatuan atau kelab.


8.0 JADUAL PERLAKSANAAN & TINDAKAN AJK 8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN Tarikh Aktiviti Tindakan Kaedah Pelaksanaan 14/8 Pelancaran Bulan Kemerdekaan PKKO Setiausaha Bersemuka bertempat di Dewan Aminuddin semasa perhimpunan hari Isnin 14/8/2023. 14/8- 25/8 Pertandingan membaca cerita pendek kisah pahlawan atau tokoh patriotik Tahap 1 Pertandingan bercerita kisah pahlawan atau tokoh patriotik tahap 2. Penyelaras :Pn.Rosnah (Bertanggungjawab mengumpul semua keputusan pertandingan) Hakim : Guru matapelajaran B.Melayu kelas tersebut. - Dijalankan pada waktu Bahasa Melayu. - Murid tahap 1 membaca cerita pendek secara bercerita . - Murid tahap 2 bercerita kisah panjang. -6 kategori –Th1,2,3,4,5 & 6 -Hadiah tempat 1,2,3 bagi setiap kelas dari tahun 1 hingga 6 23/8 Pertandingan Nyanyian Solo lagu patriotik tahap 2. Penyelaras :Pn..Aznani (Bertanggungjawab mengumpul semua keputusan pertandingan) Hakim tahap 2 & kelas PPKI. 1. Pn.Aznani 2. Pn.Rohani 3. En.Nurhafez - Dijalankan Waktu Kokurikulum bagi tahap 2 dan kelas PPKI - Murid tahap 2 dan kelas PPKI menyanyi sebuah lagu patriotic. -4 kategori.-Tahun 4,5,6 & kelas PPKI -Hadiah tempat 1,2,3 bagi setiap kelas dari tahun 4 hnigga 6 dan PPKI 21/8 – 8/9 Pertandingan Melafazkan Syair Tahap 2. Penyelaras :Pn Zarina (Bertanggungjawab mengumpul semua keputusan pertandingan) Hakim : Guru matapelajaran Sejarah - Dijalankan pada waktu Sejarah - Murid mendeklamasi sajak atau syair di hadapan guru. -3 kategori. - Hadiah tempat 1,2,3 bagi setiap kelas dari tahun 4 hingga 6 Pemenang no 1 Tahap 2 akan terpilih ke peringkat zon. 15/9 Pertandingan pakaian Beragam Penyelaras : Cik Nursuhana (Bertanggungjawab mengumpul semua keputusan -4 kategori- Pra,PPKI,tahap 1 & tahap 2 - Murid mengayakannya di atas pentas pada hari penutup -Hadiah Tempat 1 hingga 7 bagi setiap kelas dari tahun pra , tahap 1, tahap 2 hingga PPKI


pertandingan) Hakim : 1.Pn.Nani Rahayu 2.Cik Kamilah 3.Pn.Rohani bt Ismail 4.Cik Arisya 5.Pn.Mahani 4/9- 15/9 Pertandingan Mewarna pra ,Tahap 1 & PPKI Pertandingan melukis dan mewarna alatan tradisional Tahap 2 Penyelaras : Pn.Zarida (Bertanggungjawab mengumpul semua keputusan pertandingan) Hakim : Guru matapelajaran pendidikan seni. - Dijalankan pada waktu Pendidikan Seni - 8 kategori -Pra,PPKI ,tahun 1,2,3,4,5,6 - Hadiah tempat 1,2,3 Pemenang no 1 Tahap 2 akan terpilih ke peringkat zon. 15/9 Penutup Bulan Kemerdekaan. Semua Guru Penyampaian hadiah dan majlis penutup bulan kemerdekaan 9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil. Aktiviti Perincian Hadiah Bilangan Hadiah Anggaran Perbelanjaan 1 Membaca cerita pendek kisah pahlawan/tokoh patriotic Tahap 1 Bercerita kisah pahlawan /tokoh patriotic Tahap 2 Kategori : Tahun 1,Tahun2, Tahun 3 Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6 18 hadiah (No 1,2,3): 18 X RM5 = RM 90 RM 90 2 Mewarna pra sekolah,PPKI dan Tahap 1 (Tahap 1,2,3) Melukis dan mewarna alatan tradisional Tahap 2 (Tahun 4,5,6) Kategori : Pra sekolah Tahun 1-6 21 hadiah (No 1,2,3): 21 X RM5 = RM105 RM 105 3 Nyanyian solo Tahap 2 dan PPKI Kategori : Tahap 2 (Tahun 4,5,6) 9 hadiah (No 1,2,3) : 9 X RM5 = RM 45 RM 45 4 Melafazkan syair Tahap 2 Kategori : Tahap 2 (Tahun 4,5,6) 9 hadiah (No 1,2,3) : 9 X RM5 = RM 45 RM 45 5 Pakaian Beragam Kategori : Pra sekolah Tahap 1 Tahap 2 21 hadiah(No 1-7) : 21 X RM5= RM 105 RM 105 JUMLAH RM 390


10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT : En. Mohamed Sobri bin Dato’ Hj Termizi (Guru Besar) PENGERUSI : Pn. Zarina bt Othman (Penolong Kanan Kokurikulum) NAIB PENGERUSI 1 : (Penolong Kanan Pentadbiran) NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Rafeah bt Nasir (Penolong kanan HEM) NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Noorhamimah binti Juli (Penolong kanan PPKI) SETIAUSAHA : Pn. Afifah bt Abd Rahman BENDAHARI : Cik .Norsuhana bt Md Salleh Promosi/Publisiti En.Md Hariry bin Aris (K) En.Mohd Syahir Bin Mohamad Gimik & Pelancaran Cik Siti Nur Kamilah bt Mohamed Hanif (K) Pn.Maisarah bt Mohd Isa Hadiah Cik Norsuhana bt Md Salleh (K) Pn. Nani Rahayu bt Che Aim Pn.Norhayati bt Musa Pn.Zarida bt Ghasali Jurufoto En.Ahmad Basri Bin Azizan (K) Guru Matapelajaran Peralatan & Siaraya En.Mohd Farzi bin Mohammed Ghazali (K) En.Norhafez bin Ibrahim Buku Program Pn.Rosnah bt Abd Samad (K) Pn. Nurul Jannah Laporan dan Dokumentasi Pn.Afifah bt Abd Rahman Hakim 1.Melafazkan syair – Guru Sejarah 2.Nyanyian solo- Guru Matapelajaran Seni dan Muzik 3.Pakaian Beragama)Pn.Nani Rahayu bt Che Aim b)Cik .Norsuhana bt Md Salleh c)Pn.Rohani bt Ismail d)Cik Arisya e)Pn.Mahani 4.Membaca Tahap 1 -Guru Matapelajaran Bahasa Melayu. 5.Bercerita Tahap 2 -Guru Matapelajaran Bahasa Melayu. 6.Mewarna dan melukis – Guru PSV Juruacara Pn. Norhayati bt Musa (Hari Pelancaran) Pn. Mahani Bt Mansor (Hari Penutup) Persiapan Pentas Pn. Rohani bt Ismail (K) Pn.Safura bt Muhd Suhaimi AKP Persembahan Murid (Hari Penutup) Pn.Aznani bt Abdul Halim Kawalan Murid Cik Arisyah bt Azha (K) Pn.Rosnah bt Abd Samad En.Mohd Syahir Bin Mohamad PPM


11.0 ATUR CARA PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN Tarikh/Masa Tempat Aturcara Majlis 14/8/2023 (Isnin) 7.40-8.40 pagi Dewan Aminnudin - Ketibaan guru-guru,ibubapa dan murid- murid. - Ucapan Pengerusi - Bacaan doa. - Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum - Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66. - Gimik Pelancaran - Nyanyian lagu patriotik - Bersurai. 12.0 ATUR CARA PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN Tarikh/Masa Tempat Aturcara Majlis 15/9/2023 (Jumaat) 7.40-9.10 pagi Dewan Aminnudin - Bacaan doa - Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, lagu negeri Perak dan lagu sekolah . - Lafaz ‘Rukun Negara’ - Ucapan Guru Besar dan Perasmian Penutup Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66. - Laungan Merdeka - Nyanyian lagu-lagu patriotik - Pertandingan pakaian Beragam - Persembahan - Penyampaian hadiah - Bersurai.


13.0 PENUTUP Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Dato’Panglima Bukit Gantang ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang positif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Dato’Panglima Bukit Gantang dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia. Disediakan Oleh. _________________ (PN.AFIFAH BT ABD RAHMAN) Ketua Panitia Sejarah, Sekolah Kebangsaan Dato’Panglima Bukit Gantang . Disemak oleh, ............................................... (PN. ZARINA BT OTHMAN) Guru Penolong Kanan Kurikulum, Sekolah Kebangsaan Dato’Panglima Bukit Gantang. Diluluskan oleh, ................................................. (EN.MOHAMED SOBRI BIN DATO’HJ TERMIZI) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Dato’Panglima Bukit Gantang.


Click to View FlipBook Version