BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU SITI A’ISYA BINTI AZMAN
01 PENGENALAN 02 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 03 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 04 MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 05 RUMUSAN ISI KANDUNGAN
BAB 01 PENGENALAN HALAMAN 1
01 PENGENALAN Hasil kesusasteraan yang kita warisi hingga kini mempunyai kaitan yang erat dengan masyarakat terdahulu. Ia bukan sekadar karya intelektual bangsa masa lalu, tetapi juga menjadi sebahagian daripada budaya hidup masyarakat. Apa jua keadaan atau keperluan hidup masyarakat, hasil karya sastera tersebut tetap memberi pengaruh dalam kehidupan mereka. Kesusasteraan Melayu tradisional melibatkan dua bentuk utama, iaitu tradisi lisan dan bertulis, yang merangkumi prosa dan puisi. Perkembangan kesusasteraan ini bermula dengan tradisi lisan, yang seiring dengan tahap pemikiran masyarakat Melayu pada masa tersebut. HALAMAN 2
BAB 02 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU HALAMAN 3
02 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Kesusasteraan membawa maksud menggambarkan keindahan dengan bahasa (Kamus Dewan Edisi Keempat). Manakala, Melayu pula bermaksud nama suatu bangsan dan bahasa terutama di Semenanjung. Dalam perkataan Sanskrit, kesusasteraan dikenali sebagai susastera yang bermakna buku yang cantik atau huruf manakala dari sudut maksud secara umum sastera dikenali sebagai penggunaan bahasa dalam kitab -kitab. Sastera ialah inspirasi kehidupan manusia yang diserlahkan dalam sebuah karya tulisan yang indah. Konsep kesusasteraan menurut pandangan Sarjana Ismail Hussein (1998 :23) kesusasteraan merangkumi semua aspek yang menggunakan katakata atau bahasa yang bersifat kreatif. Seterusnya, M.K Danziger & W.S Jahnson (1983:23) berpendapat seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau tulisan. Akhir sekali ialah Abu Bakar Hamis (1997:13) menyatakan ahawa kesusasteraan merupakan seni yang bercorak intlektual. Yang mana digabungkan kepuasan intelek dan kepuasan estetik. HALAMAN 4
BAB 03 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU HALAMAN 5
03 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Kesusasteraan Melayu terdiri dengan fungsi dari pelbagai aspek. Fungsi kesusasteraan Melayu dari segi aspek kemasyarakatan ialah sebagai cermin masyarakat. Kesusasteraan Melayu mencerminkan keadaan sosial dan budaya masyarakat pada masa tertentu. Karya-karya sastera sering menggambarkan peristiwa sejarah, perubahan sosial, dan pengaruh budaya luar. Dalam hal ini, ia berfungsi untuk merekodkan sejarah dan sebagai alat untuk menganalisis perkembangan masyarakat. Anatara karya yang dapat diambil untuk dijadikan contoh seperti karyakarya moden seperti Salina oleh A. Samad Said yang menggambarkan masyarakat pasca-perang dan permasalahan sosial yang berlaku di Malaysia. HALAMAN 6
03 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Selain itu, Kesusasteraan Melayu juga berfungsi sebagai medium hiburan. Fungsi kesusasteraan Melayu dalam hiburan terhasil daripada kehadiran keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang indah. Hiburan juga terjadi daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan atau sebagainya. Keperluan menghiburkan akan melahirkan karya sastera yang membawa kepada keseronokan yang indah. Contoh pantun jenaka seperti: Anak beruang di hutan gelam, Panjang langkahnya berjalan laju, Mengapa keluang terbang malam ? Kerana badannya tidak berbaju. HALAMAN 7
03 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Di samping itu, kesusasteraan Melayu juga menjadi medium protes dan kritikan sosial. Kesusasteraan Melayu berfungsi untuk mencerminkan kehidupan masyarakat. Banyak penulis menggunakan karya mereka untuk mengkritik ketidakadilan sosial, pemerintah, atau keadaan sosial yang tidak seimbang. Sastera juga merupakan rakaman kehidupan yang menggali dan menyelongkarkan kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandangan yang berbeza-beza. Tema kritikan sosial dalam pantun dan peribahasa Melayu merangkumi pelbagai aspek seperti percintaan, etika, kekeluargaan, dan sifat-sifat manusia, baik yang positif mahupun yang negatif. Dalam tema percintaan, nasihat atau peringatan yang sering ditekankan adalah tentang adab dalam mencari dan memilih pasangan, menjaga maruah, menghargai pasangan, serta pentingnya kesetiaan. HALAMAN 8
03 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Masyarakat Melayu juga mengecam sifat-sifat negatif seperti tamak, khianat, sombong, dengki, malas, dan kedekut, agar tidak dijadikan amalan. Sebaliknya, sifat-sifat terpuji seperti bersopan-santun, rajin, berbudi bahasa, bermuafakat, berilmu, dan beradat dipuji agar menjadi ikutan dalam kehidupan seharian. Secara keseluruhannya, sifat-sifat mulia ini berasaskan akhlak yang baik menurut ajaran Islam. HALAMAN 9
03 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Instrumen perpaduan juga menjadi salah satu fungsi kesusasteraan Melayu. Sastera Melayu mencerminkan adat, kepercayaan dan gaya hidup masyarakat. Pantun dan syair sering digunakan dalam majlis adat seperti perkahwinan, menunjukkan kekayaan budaya dan identiti bangsa Melayu. Satu kajian telah dijalankan dengan menggunakan Teori Latar Belakang sosial. Kesusasteraan sebagai wadah perpaduan kaum telah terbukti dengan kajian yang pernah dijalankan oleh Adnan Kamis dalam tahun 1990. Seramai 2,800 orang pelajar yang terdapat di Lembah Klang. di soal selidik bagi mendapatkan data daripada respondennya. Responden mempunyai tanggapan positif terhadap sastera kebangsaan dalam menyatu padukan masyarakat di negara ini. HALAMAN 10
03 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Fungsi kesusasteraan Melayu ialah alat Pendidikan. Kesusasteraan Melayu berfungsi dalam pendidikan melalui pengalamanpengalaman para pengarang yang diterjemaahkan melalui kisahkisah yang ditulis oleh pengarangyang terangkum pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman yang mereka dijadikan prosa atau puisi yang dimasukkan unsurunsur pengajaran, moral atau ilmu ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya yang mana akan diambil oleh para pembaca. Secara tidak langsung berlakulah pendidikan. Contoh cerita Hikayat Hang Tuah, melalui cerita ini pembaca diajar tentang kesetiaan dan keberanian lalu membentuk keperibadian positif dalam diri mereka. Terdapat dua contoh pantun pendidikan seperti: Luas padang rerumputan Ada domba banyak delapan Pendidikan ibarat jembatan Jembatan menuju masa depan. Kain dijahit jadilah baju Bukan menjadi nisan jenazah Sekolah untuk mencari ilmu Bukan sekadar dapat ijazah. HALAMAN 11
BAB 04 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN HALAMAN 12
04 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN Pantun yang pertama ialah pantun nasihat, iaitu: Pergi ke sawah membawa peti, Peti berisi setangkai padi, Jadilah anak yang rendah hati, Pasti mengerti balas budi. Manifestadi akal budi yang terdapat dalam pantun diatas ialah kemampuan untuk menilai dan bertindak. Dalam pantun ini, pesan untuk "balas budi" mengajarkan kita untuk tidak hanya menerima kebaikan tetapi juga mampu menilai tindakan tersebut dan memberikan balasan yang sesuai. Ini menunjukkan penggunaan akal budi dalam bertindak secara bijak dan adil dalam hubungan sosial. Selain itu, pengendalian diri dan kebijaksanaan dalam berperilaku. Akal budi juga tercermin dalam kemampuan untuk mengendalikan diri dan bertindak dengan penuh kesedaran serta kebijaksanaan. Menjadi anak yang rendah hati memerlukan pengendalian diri yang baik, yang menunjukkan manifestasi akal budi dalam menjaga perilaku. Akal budi yang seterusnya ialah pemikiran yang bijaksana. Pantun ini mengajak kita untuk berfikir dengan bijak dalam menghadapi kehidupan dan pentingnya memiliki sikap rendah hati dan memahami bahawa kebaikan harus dibalas. Ini mencerminkan bagaimana akal budi berfungsi dalam menilai nilai-nilai moral dan sosial yang ada dalam kehidupan seharian. Di samping itu, penerimaan dan pertimbangan yang matang. Akal budi tercermin dalam bagaimana seseorang boleh menerima ajaran untuk tidak sombong, bersikap rendah hati, dan membalas budi orang lain dengan penuh rasa terima kasih. Ini menggambarkan penggunaan akal untuk memahami pentingnya saling menghargai. HALAMAN 13
04 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN Tema yang dapat diberikan berdasarkan pantun diatas mengajarkan pentingnya bersikap rendah hati, menghargai orang lain, dan membalas kebaikan dengan tulus. Tema ini menekankan nilai-nilai moral seperti kesederhanaan dalam hidup, pentingnya saling menghormati, serta menunjukkan rasa terima kasih dan penghargaan melalui balas budi. Gaya bahasa dan keindahan bunyi yang terdapat pada pantun ini ialah metafora. Hal ini kerana "Peti berisi setangkai padi" mengandung makna simbolik tentang sesuatu yang berharga atau ilmu yang harus dijaga dengan hati-hati, karena padi menggambarkan hasil usaha yang bernilai. Pantun nasihat ini juga mengandungi imej alam seperti padi dan kampung. Pantun nasihat ini juga mempunyai bentuk dan ciri-ciri seperti mempunyai empat baris dan pembahagian baris dibahagikan kepada dua, iaitu baris pertama dan kedua yang menjadi pembayang maksud dan pantunnya berbunyi “Pergi ke sawah membawa peti, peti berisi setangkai padi” . Seterusnya, baris ketiga dan keempat yang menjadi makna atau tujuan pantun. Pantun berbunyi “Jadilah anak yang rendah hati, pasti mengerti balas budi” . Seterusnya, pantun ini mempunyai rima akhir yang seimbang, iaitu a,a,a,a bermaksud sama rima pada setiap baris. Struktur pantun nasihat terdiri daripada dua baris pembayang dan dua baris maksud, dengan pembayangnya menggambarkan situasi di sawah (membawa peti dan padi) yang kemudiannya dihubungkan dengan ajaran moral (rendah hati dan menghargai). Akhir sekali ialah mempunyai pengajaran moral mengenai kepentingan menjadi anak yang rendah hati dan menghargai budi orang lain. HALAMAN 14
04 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN Nilai yang terdapat dalam pantun nasihat ini ialah rendah hati. Menekankan pentingnya sikap rendah hati sebagai karakter yang perlu dimiliki oleh seseorang. Dalam kehidupan, sikap rendah hati perlu dimiliki oleh seseorang. Seterusnya, nilai nalas budi yang mengajarkan kita untuk selalu berterima kasih dan membalas kebaikan orang lain. Hal ini menunjukkan rasa syukur dan penghargaan atas bantuan atau kebaikan orang lain. Pengajaran yang terdapat dalam pantun nasihat ini ialah bersederhana dan bersyukur. “Peti berisi setangkai padi” menggambarkan kesederhanaan dalam kehidupan. Padi yng sederhana tetapi penuh manfaat mengajarkan kita untuk bersyukur atas apa yang ada dan tidak selalu mengejar perkara yang mewah. Pengajaran yang seterusnya ialah kejujuran dan ketelusanyang mengajar kita untuk membalas budi, iaitu dengan kemampuan untuk memahami dan merasakan perasaan orang lain. Akhir sekali, dikap empati yang mengingatkan kita untuk menerima kebaikan dengan hati yang terbuka dan memberi kebaikan denagn cara yang sama. HALAMAN 1 5
04 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN Pantun yang kedua ialah pantun budi, iaitui: Petang-petang bunyi lesung, Orang menumbuk padi jawi, petang-petang ingat kampung, Hendak balik orang tak bagi Manifestasi akal budi yang terdapat dalam pantun ini ialah menghargai asal-usul dan kampung halaman. Pada bagian "petangpetang ingat kampung, " tercermin rasa rindu dan cinta terhadap kampung halaman. Ini menunjukkan pentingnya mengenal dan menghargai akar budaya serta tempat asal yang membentuk kepribadian seseorang. Ini adalah manifestasi akal budi yang mengajarkan kita untuk tidak melupakan asal-usul dan selalu menghargai tempat kita berasal. Seterusnya, Kesabaran dan kebijaksanaan dalam menghadapi halangan. "Hendak balik orang tak bagi" menggambarkan situasi di mana seseorang menghadapi hambatan dalam usaha untuk kembali ke kampung halaman. Ini mengajarkan kita untuk tetap sabar, menghargai keputusan atau situasi yang ada, dan berusaha mencari jalan terbaik dalam menghadapi halangan tersebut. Tema yang terdapat dalam pantun budi ini ialah rindu kampung halaman dan kesabaran dalam menghadapi hambatan. Pantun ini mengungkapkan perasaan seseorang yang merindukan kampung halaman, namun terhalang oleh berbagai hal yang membuatnya tidak boleh balik. HALAMAN 16
04 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN Selain itu, pantun ini juga menekankan pada ketekunan dan pekerjaan keras, yang menjadi bagian dari kehidupan sehari-hari di desa. Gaya bahasa dan keindahan bunyi berdasarkan pantun ini ialah pengulangan. “petang-petang” diulang dua kali dalam baris pertama dan ketiga. Kedua, personafikasi dalam baris "Orang menumbuk padi jawi" , tindakan menumbuk padi digambarkan sebagai sebuah kegiatan yang penuh makna, di mana padi menjadi lambang ketekunan dan harapan. Seolah-olah aktiviti ini adalah semangat hidup masyarakat desa yang tak pernah padam. Bentuk dan ciri-ciri yang terdapat dakam pantun ini ialah bilangan baris, di mana mempunyai empat baris. Selain itu, pembahagian baris kepada dua. Baris yang pertama dan kedua ialah pembayang maksud dan baris ketiga dan keempat ialah makna atau tujuan pantun. Pantun ini mempunyai rima akhir yang seimbang, iaitu a-b-a-b (sama rima pada setiap baris). Pantun ini juga lebih menggambarkan kerinduan terhadap kampung halaman yang sangat kuat, namun ada halangan untuk kembali. HALAMAN 1 7
04 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN Nilai yang terkandung dalam pantun ini ialah kerinduan, "Petang-petang ingat kampung" menggambarkan rasa kerinduan yang mendalam terhadap kampung halaman. Nilai ini menunjukkan pentingnya tempat asal dan kenangan yang membekas dalam diri seseorang. Seterusnya, kesederhanaan di mana menggambarkan kehidupan yang sederhana, seperti bunyi lesung dan kegiatan menumbuk padi. Kesederhanaan ini mengajarkan kita untuk menghargai apa yang ada di sekitar kita. Seterusnya, pengajaran yang terkandung ialah melestarikan warisan dan nilai-nilai budaya dan kehidupan yang penuh dengan nilai budaya, seperti kegiatan menumbuk padi. Ini mengajarkan kita untuk melestarikan warisan budaya dan nilainilai tradisional agar tetap relevan di zaman sekarang. HALAMAN 18
04 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN Pantun yang ketiga ialah pantun agama: Bila todak melanda Singapura, Habis dikerat dicincang lumat, Bila khianat pada manusia, Dunia akhirat takkan selamat Manifestasi akal budi pantun ini ialah hargai kepercayaan yang diberi. Sekiranya, seseorang itu sudah percaya pada kita, janganlah dikhianati. Amanah dan janji itu perlu dijaga dengan baik. Jangan sampai kita jadi orang yang hilang kepercayaan. Selain itu, jujur itu kunci keamanan kerana kejujuran itu nilai yang sangat penting. Walaupun kadang-kadang susah untuk jujur, tapi lebih baik berterus-terang daripada menipu atau mengkhianati kepercayaan orang. Akhir sekali, jauhi sifat khianat. Khianat itu perbuatan yang boleh merosakkan hubungan dan membawa padah dalam hidup. Jadi, elakkanlah sifat macam tu dan cuba jadi orang yang lebih bertanggungjawab. Tema pantun di atas ialah "Akibat Pengkhianatan" . Pantun ini menggambarkan betapa buruknya akibat dari pengkhianatan, baik di dunia maupun di akhirat, dengan menggunakan perumpamaan todak (ikan todak) yang melanda Singapura dan menghancurkan segala sesuatu. Pengkhianatan diibaratkan sebagai sesuatu yang merosakkan dan membawa kehancuran. Terdapat beberapa gaya bahasa dan keindahan bunyi yang terkandung dalam pantun ini seperti simile (perumpamaan). HALAMAN 19
04 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN Pantun ini menggunakan perumpamaan "todak melanda Singapura" untuk menggambarkan kehancuran yang besar. Todak (ikan todak) yang melanda melambangkan sesuatu yang merosakkan dan menghancurkan, seperti halnya pengkhianatan yang merosakkan kehidupan. Seterusnya, hiperbola. Penggunaan kata-kata seperti "habis dikerat dicincang lumat" dan "dunia akhirat takkan selamat" menunjukkan gaya bahasa hiperbola untuk menekankan betapa parahnya akibat pengkhianatan. Rima dan Irama merupakan keindahan yang terkandung dalam pantun ini yang mana pola rima a-b-a-b, iaitu: - Baris 1: Singapura (a) - Baris 2: lumat (b) - Baris 3: manusia (a) - Baris 4: selamat (b) Rima dan irama yang teratur ini menciptakan keindahan bunyi dan memudahkan pembacaan serta penghafalan. Aliterasi (pengulangan bunyi konsonan) Contoh: "dikerat” dan “dicincang" (pengulangan bunyi /d/).Manakala, asonansi (pengulangan bunyi vokal). Contohnya, "khianat pada manusia" (pengulangan bunyi /a/). Pengulangan bunyi ini menambahkan keindahan dan keharmonisan pantun. Ciri-ciri dan bentuk yang terdapat dalam pantun ini ialah rima akhir abab dan bahasa yang berbentuk kiasan dan mempunyai pengajaran atau nasihat, contohnya, nasihat tentang akibat perbuatan khianat. Manakala, bentuk pantun terdiri daripada empat baris dan setiap baris lapan hingga 12 suku kata. Seterusnya, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam pantun ini ialah tanggungjawab. Setiap tindakan kita membawa akibat. Pantun ini mengingatkan kita untuk bertanggungjawab atas perbuatan kita, kerana perbuatan khianat hanya membawa kerosakan dan balasan di akhirat. HALAMAN 20
04 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN Pantun yang keempat ialah pantun adat: Urat mana yang kita cencang, Urat kayu di tengah laman, Adat mana yang kita pegang, Adat Melayu zaman berzaman. Manifestasi akal budi yang terdapat pada pantun di atas ialah menghormati adat dan tradisi. Pantun ini menyeru untuk menghargai dan menjaga adat Melayu yang telah diwarisi turun-temurun. Akal budi dalam hal ini merujuk kepada kebijaksanaan dalam mengekalkan tradisi yang memberi panduan hidup kepada generasi muda agar tidak hilang arah atau tersesat dalam perubahan zaman. pemeliharaan nilai budaya. Akal budi juga terzahir dalam usaha memahami dan memelihara nilai budaya yang mendalam. Dengan berpegang teguh kepada adat Melayu, masyarakat menunjukkan penghargaan terhadap warisan leluhur serta mengekalkan keharmonian dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Tema bagi pantun di atas adalah "Memelihara Adat dan Tradisi" . Pantun ini menekankan kepentingan untuk menghormati dan mempertahankan adat Melayu yang telah diwarisi secara turuntemurun. Ia menyeru untuk terus berpegang kepada nilai-nilai budaya yang mendalam dalam kehidupan, agar adat tersebut tidak hilang ditelan zaman. HALAMAN 2 1
04 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN Gaya bahasa yang terdapat pada pantun ini ialah metafora. "Urat kayu" menggambarkan asas yang kuat dan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu, seumpama adat yang menjadi pegangan dan asas kepada keharmonian masyarakat. Manakala, keindahan bunyi pula menggunakan rima abab yang memberikan keindahan dan keserasian dalam pembacaan. Rima yang seimbang ini menjadikan pantun ini mudah diingat dan memberi kesan harmoni kepada pendengarnya. Ciri-ciri pantun ini ialah bahasa kiasan dan simbolik. Pantun ini menggunakan bahasa yang bersifat kiasan dan simbolik, seperti "urat kayu di tengah laman" yang melambangkan kekuatan dan kepentingan adat, dan "adat Melayu zaman berzaman" yang merujuk kepada nilai-nilai budaya yang diwarisi sejak zaman dahulu. Pantun ini juga mempunyai maksud yang mendalam. Pantun ini tidak hanya mengandungi unsur hiburan, tetapi juga mengandungi pesanan yang mendalam, iaitu tentang pentingnya menjaga dan menghormati adat serta tradisi dalam masyarakat. Nilai dan pengajaran pula ialah kebijaksanaan. Nilai kebijaksanaan tercermin dalam cara kita menggunakan akal budi untuk memelihara dan mengamalkan adat serta budaya yang baik dan pengajaran pula memelihara warisan budaya. Pengajaran utama yang dapat diambil adalah pentingnya memelihara adat dan budaya sebagai identiti bangsa untuk generasi yang akan datang. HALAMAN 2 2
BAB 05 RUMUSAN HALAMAN 23
05 RUMUSAN Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu memainkan peranan yang penting dalam setiap perkara. Jelaslah bahawa, pentingnya kesusasteraan ini digunakan dalam pelbagai bidang. Sastera amat penting kerana ia merupakan warisan budaya yang mencerminkan identiti dan jati diri sesebuah bangsa. Dengan memelihara sastera, perkara ini akan memastikan bahawa generasi akan datang memahami dan menghargai asal-usul budaya yang turun-temurun, serta mengaplikasikan pengajaran dan kebijaksanaan yang terkandung dalam karya sastera tersebut. HALAMAN 24
SUMBER RUJUKAN Affan. (2023b, June 13). 30 Koleksi Pantun Nasihat Kanak-Kanak Popular & Lucu. eCentral.my. https://ecentral.my/pantun-kanak-kanak/ Azman Rahmat et. al. (2023). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Carian umum. (n.d.). https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kesusasteraan Deng, M. (2018). Fungsi Sastera. www.academia.edua. https://www.academia.edu/35999639/Fungsi_sastera Mazarul Hasan Mohamad Hanapi et.al. (2021). Metafora Sebagai Kritikan Sosial dalam Pantun Membentuk Nilai Insan. Internasional Journal Of Creative Industries(IJCREI). 3(6). https://doi.org/ 10.35631/IJCREI.36003. Mohd Rosli Saludin. Pantun Pewaris Adat. Universiti Pendidikan Sultan Idris. file:///C:/Users/User/Downloads/samsudin,+JURNAL+PERADABAN+MELAYU+ 2010+PAGE+82+-+97.pdf nanidefran. 2013. Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu. https://www.scribd.com/doc/122868245/Konsep-dan-fungsi-kesusasteraanMelayu Omar, F. N. (2024, November 5). PENGENALAN. Pressbooks. https://openbook.ums.edu.my/kesusasteraanmelayu/chapter/pengenalan/
SEKIAN, TERIMA KASIH