MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG
SK TAMAN UDA KALI 1/2021
Tarikh : 1 Mei 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Kediaman Masing-masing (Google Meet)
Kehadiran:
1. En. Ahmad Zuber bin Tajuddin,.PCK - Penasihat PIBG
2. En. Abdul Karim bin Saman - YDP PIBG
3. En. Annuar bin Khalid - NYDP PIBG
4. En. Murshid bin Ismail - Setiausaha
5. Pn. Umairah binti Ismail - Bendahari
6. En. Muhamad Lutfi bin Ahmad - AJK Waris
7. En. Syadri bin Man - AJK Waris
8. En. Muhamad Syahmi bin Md Sharif - AJK Waris
9. Pn. Ismawani binti Ismail - AJK Waris
10. Pn. Maliana binti Ahmad - AJK Waris
11. Tn. Haji Mior Shahriman bin Ahmad Shafid i- AJK Guru
12. Tn. Haji Abdul Razak bin Saad - AJK Guru
13. En. Ashraf bin Ahmad - AJK Guru
14. En. Abd Razak Ali - AJK Guru
15. Pn. Lailatul Qamariah binti Khalid - AJK Guru
16. Cik Awatif binti Zakaria - Juru Audit Guru
17. En. Anuar bin Mohd Saad - Juru Audit Waris
Tidak Hadir Bersebab: - AJK Guru
- PK Hal Ehwal Murid
1. Pn. Rosenita binti Samsuddin
2. Pn. Aishabani binti Abdullah
Turut Hadir Bersama: - PK Pentadbiran
- PK Kokurikulum
1. Pn. Norolhusna binti Harun
2. En. Khairul Afimi bin Abdul Afeef
Agenda 1
Ucapan Aluan Pengerusi (YDP PIBG)
1.1 YDP En. Abdul Karim bin Saman memulakan mesyuarat dengan
menyampaikan salam dan membaca Ummul Kitab, Al-Fatihah.
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir.
1.3 Perancangan awal mesyuarat pada 24 April 2021. Namun, terpaksa ditunda
atas pelbagai kekangan akibat pandemik Covid-19 ini.
Agenda 2
Ucapan Penasihat PIBG (Guru Besar)
2.1 Penasihat PIBG SKTU En Ahmad Zuber bin Tajuddin memulakan majlis
dengan membaca ummul kitab Al-fatihah serta mengalu-alukan kehadiran AJK
PIBG, waris dan guru-guru dalam mesyuarat kali ini. Mesyuarat AJK PIBG kali
ini dilaksanakan secara maya dan terpasksa ditunda tarikh atas kekangan
pandemik Covid-19.
2.2 Mengucapkan tahniah atas pelantikan jawatankuasa baharu untuk menerajui
PIBG. Mengharapkan sokongan idea, tenaga mahupun kewangan dalam
menjayakan aspirasi sekolah. PIBG mempunyai peranan yang penting dan
merupakan rakan kongsi untuk memajukan sekolah.
2.3 Memaklumkan beberapa orang guru telah mengadakan lawatan ke SMK
Agama Kedah bagi melihat perjalanan program SUMUR.
2.4 Memaklumkan UPSR telah dimansuhkan dan akan diganti dengan mekanisma
baharu dalam menilai tahap penguasaan murid dalam kepelbagaian aspek
2.5 Terima kasih juga kepada PK Hal Ehwal Murid Pn. Aishabani binti Abdullah
berjaya menyiapkan laporan untuk dihantar kepada PPD berkaitan murid kelas
5 Usaha yang dijangkiti virus Covid-19. Dimaklumkan 3 rakan rapat murid yang
terlibat sudah menjalani saringan.
2.6 Mohon tindakan segera guru kelas mendapkan maklumat dari masa ke semasa
di dalam kumpulan Whatsaps kelas terhadap isu ini.
2.7 Memaklumkan nasihat daripada PKD sekolah masih dibuka keesokannya dan
murid yang bergejala dinasihatkan tidak hadir ke sekolah.
2.8 Guru yang bertugas perlu meneliti dan memantau sama ada murid yang hadir
ke sekolah bergejala atau tidak.
2.9 Memaklumkan SKTU telah dianugerahkan sebagai sekolah Kluster
Kecemerlangan fasa ke-9 dan sekolah Transformasi TS-25 kohort ke-6.
2.10 Fokus utama SKTU dalam mereliasasikan hasrat ini melalui program
pembangunan insan dalam melahirkan pentadbiran, guru dan murid yang
cemerlang. Aspek kemenjadian murid merupakan aspek yang diketengahkan.
2.11 Mengharapkan PIBG seiring dan menyokong penuh usaha sekolah dalam
mencapai hasrat yang difokuskan.
Tindakan : Makluman
Agenda 3
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
3.1 En. Murshid bin Ismail, Setiausaha PIBG SK Taman Uda membentangkan Minit
Mesyuarat Kali Ke–36 bertarikh 10 April 2021 untuk diterima dan disahkan dari
muka surat 1 hingga 5.
Tindakan : Setiausaha
3.2 En. Anuar bin Mohd Saad mencadangkan minit mesyuarat diterima dan
disahkan. Disokong oleh En. Annuar bin Khalid. Mesyuarat setuju sebulat suara
Tindakan : Makluman
Agenda 4
Perkara Berbangkit
4.1 En. Annuar bin Khalid membangkitkan isu almari di dalam kelas.
4.2 Pn.Norolhusna binti Harun mencadangkan pembelian rak besi untuk diletakkan
di dalam 32 kelas. Fokus lebih kepada kelas yang berada di tingkat atas seperti
tahun 5 dan 6. Mesyuarat setuju sebulat suara menggunakan dana PIBG dan
mencari sumbangan untuk pembelian almari tersebut.
Tindakan : Setiausaha
Agenda 5
Membentang Laporan Kewangan Terkini
5.1 Pn. Umairah binti Ismail selaku Bendahari membentangkan Penyata
Kewangan PIBG yang berakhir April 2021 untuk diterima dan disahkan (Rujuk
Lampiran Penyata Kewangan).
5.2 En. Syadri bin Man mencadangkan Penyata Kewangan PIBG diterima dan
disahkan serta di sokong oleh Pn. Maliana binti Ahmad.
Tindakan : Bendahari
5.3 Pn. Umairah binti Ismail memaklumkan kutipan yuran PIBG akan dijalankan
selepas Raya Aidil Fitri dan kekal pada kadar yang sama sebelum ini RM52.50
Tindakan : Makluman
Agenda 6
Lantikan Biro-biro
6.1 YDP PIBG memaklumkan bahawa lantikan biro-biro bagi AJK waris akan
diadakan secara pemilihan terus. Manakala AJK guru akan ditentukan oleh
Guru Besar. Semua ahli mesyuarat bersetuju..
Tindakan : Makluman
Agenda 7
Infaq Ramadhan
7.1 Penasihat PIBG memaklumkan seramai 30 orang murid, pengawal
keselamatan dan pekerja kebersihan terpilih untuk menerima zakat pada kali
ini. Hasil sumbangan diperolehi daripada Pejabat Zakat Kedah, Program Infaq
Ramadhan dan Zakat Wakalah daripada sebuah Syarikat.
7.2 YDP PIBG turut memaklumkan bahawa syarikat Jakel turut berbesar hati untuk
menyumbangkan 30 pasang pakaian kepada 30 murid yang terpilih.
7.3 Tn. Haji Mior Shahriman bin Ahmad Shafidi menjelaskan Program Infaq
Ramadhan telah berjalan pada minggu ini. Kutipan Infaq terkini sebanyak RM
824.30.
7.4 Antara lain, Tn. Haji Mior Shahriman bin Ahmad Shafidi merancang untuk
membina terowong taman tamadun Islam susur jalan ke surau sekolah yang
menelan belanja sekitar RM 30,000.00.
7.5 En. Muhamad Lutfi bin Ahmad mencadangkan projek tersebut perlu bergerak
sendiri disebabkan kos membinanya memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
7.6 Tn. Haji Mior Shahriman bin Ahmad Shafidi memohon untuk menumpang
akaun PIBG hasil sumbangan pembinaan terowong tersebut. Mesyuarat
sebulat suara bersetuju keputusan berikut.
Agenda 8
Baik Pulih Infrastruktur Sekolah
8.1 En. Khairul Afimi bin Abdul Afeef menerangkan permasalahan tandas. Sebulat
suara bersetuju PIBG menanggung kos pembaikan tandas blok D.
Bil Blok Isu Catatan Tindakan
1 A Untuk Masalah tekanan air Selesai Pasang
tahun 1,2 rendah dan kurang pasang pam pencahayaan
pencahayaan
2D Tersumbat, rosak Beberapa kali Perlu baik
laporan ke pulih segera
PPD
3E Tersumbat Selesai Selesai
8.2 Pn. Norolhusna binti Harun turut membangkitkan isu pemasangan lantai mozek
di bilik j-QAF. Maklumat yang terkini ikos keseluruhan RM4650.00. Sebanyak
RM2000.00 disumbangkan oleh seorang penyumbang dan selebihnya
menggunakan kewangan PULAPIS. Majlis sebulat suara bersetuju atas
penetapan hal berikut.
8.3 En. Murshid bin Ismail memaklumkan bahawa ada sebilangan kipas di dalam
kelas tertentu perlahan dan kurang berfungsi. Majlis menetapkan akan
menukar kapasitor kipas pada masa hadapan.
8.4 En. Murshid bin Ismail mencadangkan setiap kelas dipasang dengan
whiteboard.
8.5 En. Ahmad Zuber bin Tajuddin menyatakan kos seunit whiteboard RM272.00
yang telah dipasang di dalam kelas tahun 6 sebelum ini. Baki 26 kelas yang
belum dipasang whiteboard. Secara keseluruhan kos yang diperlukan untuk
pembelian whiteboard RM5400.00.
8.6 Mesyuarat bersetuju menggunakan dana PIBG serta mencari sumbangan dari
waris atau pihak luar bagi menampung kos pemasangan whiteboard.
Tindakan : Setiausaha
Agenda 9
Hal-hal Lain
9.1 En. Muhamad Lutfi bin Ahmad mencadangkan SKTU mewujudkan mini studio.
Perkara ini akan diteliti oleh Pentadbiran.
9.2 En. Annuar bin Khalid mencadangakan untuk menggerakkan alumni SKTU
bagi membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek. Perkara ini akan
dibincangkan kemudian.
9.3 En. Annuar bin Khalid memohon perkhidmatan rela diteruskan untuk mengawal
pergerakan lalulintas di pintu pagar sekolah.
9.4 En. Muhamad Lutfi bin Ahmad mencadangkan kutipan RM 2.00 setiap waris
secara bulanan bagi membayar kos perkhidmatan rela. Mesyuarat sebulat
suara bersetuju atas perkara ini.
Agenda 10
Ucapan Penangguhan
10.1 YDP PIBG merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang meluangkan
masa dan hadir mesyuarat pada hari ini.
10.2 YDP mengharapkan sokongan dari semua AJK PIBG dalam membantu
mencapai halatuju sekolah.
10.3 YDP sekali lagi menyeru semua waris terlibat membantu sekolah dalam apa jua
cara sekalipun mengikut kemampuan masing-masing.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari
Disediakan Oleh: Disemak Oleh:
…………………………… ………………………………….
(MURSHID BIN ISMAIL) (ABDUL KARIM BIN SAMAN)
Setiausaha Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Taman Uda Sekolah Kebangsaan Taman Uda
Alor Setar, Kedah Darul Aman. Alor Setar, Kedah Darul Aman.