The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulanis12103, 2024-03-20 11:02:04

PB2_T2S2.08_NURUL ANIS BINTI MOHD ZUKI (2)

PB2_T2S2.08_NURUL ANIS BINTI MOHD ZUKI

EDUP3153 PENTAKS IRAN D ALA M PEND I D IKAN T U G A S A N 2 PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU NURUL ANIS BINTI MOHD ZUKI E-PORTFOLIO


HALAMAN PENGAKUAN “Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya” Tandatangan : Nama : NURUL ANIS BINTI MOHD ZUKI Tarikh : 19 MAC 2024 HALAMAN PENGAKUAN nurulanis i


PENGHARGAAN Assalamualaikum, Alhamdullilah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat yang dikurniakan oleh-Nya, saya dapat menyiapkan Pentaksiran Berterusan EDUP3153 Pentaksiran Dalam Pendidikan dengan jayanya. Saya telah menyiapkannya berpandukan Maklumat Kursus (MK), soalan Pentaksiran Berterusan dan rubrik yang disediakan oleh pensyarah. Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr. Siti Hajar binti Idrus, Ketua Jabatan Pengajian Melayu atas kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Dihormati Puan Aminawati Zahara binti Mohamad, pensyarah kursus EDUP3153 di atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan. Terima Kasih kepada (nama senior) yang memberi kerjasama dalam membantu saya untuk memperoleh maklumat dalam menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih kerana telah membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya, Mohd Zuki bin Abdullah dan Rohaya binti Mat Rifin yang banyak memberikan sokongan moral dan galakan sepanjang proses menyiapkan pentaksiran berterusan ini. Tidak lupa juga, ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada rakan-rakan yang turut memberi peringatan dan sebagai pemudah cara. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap kemusykilan umum yang saya utarakan. Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang pembikinan pentaksiran berterusan ini. Terima kasih setinggi langit. Saya amat menghargainya. ii


Muka surat Halaman Pengakuan i Penghargaan ii Kandungan iii Biodata iv 1.0 Pengenalan 1 2.0 Justifikasi Instrumen 3 2.1 Rancangan Pengajaran Harian 1 4 2.1.1 Instrumen Buku Latihan 6 2.1.2 Instrumen Lembaran Kerja 8 2.2 Rancangan Pengajaran Harian 2 12 2.2.1 Instrumen Hasil Kerja Murid 14 2.2.2 Instrumen Markah Ujian 20 3.0 Cadangan Penambahbaikan 22 3.1 Rancangan Pengajaran Harian 1 23 3.2 Rancangan Pengajaran Harian 2 25 4.0 Penutup 27 Sumber Rujukan 29 Lampiran 31 KANDUNGAN iii


BIODATA DIRI NAMA : NURUL ANIS BINTI MOHD ZUKI KELAS : T2S2.08 AMBILAN : JUN 2022 NAMA PENSYARAH: PUAN AMINAWATI ZAHARA BINTI MOHAMAD iv


1.0 PENGENALAN 1


Pentaksiran merupakan satu proses mengukur dan menilai kebolehan murid untuk menambahbaik proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Pentaksiran merupakan satu proses yang sistematik bermula dengan pengujian untuk mengukur tingkah laku diikuti dengan pengukuran iaitu menentukan tahap pencapaian murid dan penilaian iaitu pertimbangan nilai terhadap pencapaian murid (Tontus, 2020). Amalan pentaksiran dijalankan di sekolah untuk membantu guru menguji tahap pencapaian dan kemajuan murid dalam PdP. Mahaya, Suzana, Hashiroh dan Zakirah (2024) menyatakan bahawa pentaksiran dilakukan secara berterusan untuk menambahbaik proses PdP melalui maklumat pencapaian. Maklumat pencapaian pula diperoleh melalui proses menguji, mengukur dan menilai. Selain itu, pentaksiran alternatif merupakan salah satu sistem pentaksiran baharu yang digunakan untuk menilai kebolehan dan pencapaian murid secara holistik dan autentik (Haidzir dan Norasmah, 2019). Terdapat tiga belas jenis pentaksiran alternatif antaranya ialah pentaksiran rakan sebaya, penilaian kendiri, tugasan bertulis dan pembentangan lisan. Pentaksiran alternatif ini digunakan dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) melalui Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Kandungan (SK) yang ditetapkan dalam kurikulum. RPH pula memberikan guru idea untuk memilih kaedah, teknik dan pendekatan terbaik bagi melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut (Mastura, Rozita dan Fathiyah, 2021). Tambahan lagi, Mahaya et. al. (2024) menyatakan bahawa kaedah pentaksiran dalam PBD terbahagi kepada tiga iaitu pentaksiran secara lisan, bertulis dan pemerhatian. PBD merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik PdP tersebut. Akhir sekali, maklumat daripada pentaksiran PBD bukan sahaja membantu guru malah ibu bapa untuk merancang tindakan susulan ke arah menambahbaikan penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Oleh itu, penulis akan menganalisis instrumen pentaksiran alternatif yang digunakan oleh siswa guru untuk menentukan tahap penguasaan murid melalui RPH pada bahagian seterusnya. 2


2.0 JUSTIFIKASI INSTRUMEN 3


RPH 1 RPH BOLEH DIRUJUK PADA BAHAGIAN LAMPIRAN DAN GOOGLE DRIVE 4


LANGKAH 1 LANGKAH 3 5


INSTRUMEN BUKU LATIHAN CEMERLANG Langkah 1 PENTAKSIRAN BERTULIS PENTAKSIRAN SECARA BERTULIS 6


INSTRUMEN BUKU LATIHAN SEDERHANA LEMAH 7


INSTRUMEN LEMBARAN KERJA Langkah 3 PENTAKSIRAN BERTULIS PENTAKSIRAN SECARA BERTULIS 8


INSTRUMEN LEMBARAN KERJA CEMERLANG LEMAH 9


LANGKAH 2 Tiada instrumen bagi pentaksiran secara lisan pada langkah 2 10


Berdasarkan RPH 1, guru menggunakan pentaksiran secara bertulis pada langkah 1 dan 3. Pentaksiran secara lisan ini membantu guru untuk mengesan perkembangan intelek dan kemahiran murid berdasarkan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan di dalam RPH. Aktiviti yang dilaksanakan pada langkah ini ialah murid dikehendaki mengisi tempat kosong mengggunakan kata ganda penuh dalam petikan teks dialog “Uniknya Muzium Mini” untuk mencapai Objektif Pembelajaran dan Pelajaran 1 (OP 1). Guru menggunakan instrumen buku latihan untuk menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid di dalam buku latihan tersebut. Di samping itu, pada langkah 3, murid dikehendaki membina ayat menggunakan kata ganda penuh yang diberikan oleh guru untuk mencapai OP 3. Pada langkah ini guru menggunakan instrumen lembaran kerja dan buku latihan. Guru menggunakan dua instrumen ini kerana lembaran kerja hanya dijadikan sebagai rujukan untuk murid menyalin semula soalan yang diberikan ke dalam buku latihan. Murid akan membina ayat di dalam buku latihan. Oleh itu, instrumen yang digunakan untuk guru menyemak dan memeriksa hasil penulisan murid diakhir pembelajaran adalah melalui buku latihan. Seterusnya, pada langkah 2, guru menggunakan kaedah pentaksiran secara lisan bagi menilai aspek sebutan murid dalam berbahasa dengan sebutan dan intonasi yang jelas selari dengan OP 3. Dalam aktiviti ini murid yang dipilih secara rawak akan membaca petikan teks dialog ‘Uniknya Muzium Mini’ dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Melalui pentaksiran ini, guru dapat mengesan penguasaan murid dengan mudah dan cepat. Contohnya, mengesan kelancaran dalam sebutan dan mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid terhadap topik yang diajar. Namun begitu, guru tidak menggunakan instrumen yang sesuai untuk mengukur tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca petikan teks dialog dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang jelas. Guru hanya membetulkan kesalahan bacaan murid secara spontan. Hal ini menyukarkan guru untuk mengukur tahap penguasaan murid dalam membaca teks dialog dengan intonasi yang betul dan sebutan yang jelas kerana guru tidak mempunyai bukti bertulis dan rubrik pemarkahan untuk menetapkan tahap kefahaman dan penguasaan murid. 11


RPH 2 RPH BOLEH DIRUJUK PADA BAHAGIAN LAMPIRAN DAN GOOGLE DRIVE 12


LANGKAH 1 INSTRUMEN HASIL KERJA MURID PENTAKSIRAN SECARA BERTULIS 13


INSTRUMEN HASIL KERJA MURID Langkah 1 CEMERLANG LEMAH 14


Berdasarkan RPH 2, guru telah menggunakan kaedah pentaksiran rakan sebaya pada langkah 1. Hal ini dikatakan demikian kerana pada langkah 1 aktiviti yang dilaksanakan ialah murid dikehendaki menukar jawapan mereka dengan rakan sebelah bagi menyemak jawapan. Murid akan menyemak jawapan rakan sebelah setelah mereka melaksanakan aktiviti menyenaraikan ayat seruan berdasarkan petikan teks dialog ‘Katil Mesra Pengguna’ bagi mencapai OP 1. Selain itu, guru menggunakan instrumen hasil kerja murid dan markah murid untuk mengukur tahap kefahaman murid terhadap pengunaan ayat seruan mengikut konteks. Kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk membuat pentaksiran yang sewajarnya terhadap rakan sebaya. Kaedah ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan motivasi malah dapat melahirkan rasa kepunyaan terhadap proses pentaksiran dalam diri murid. Buktinya, murid dapat melihat perbezaan jawapan yang dipilih apabila murid menyemak jawapan rakan mereka. Murid juga lebih fokus terhadap kesalahan yang dilakukan ketika menyemak jawapan rakan. Tambahan lagi, guru boleh menilai tahap penguasaan murid melalui markah murid yang diperoleh apabila guru bertanya kepada murid jumlah jawapan yang betul. Namun begitu, jumlah jawapan yang betul hanyalah ditanya secara spontan dan tiada catatan markah untuk mengukur tahap kefahaman murid. Kesannya, guru perlu menyemak semula hasil kerja murid untuk menentukan tahap penguasaan murid. 15


LANGKAH 2 16


INSTRUMEN HASIL KERJA MURID Langkah 2 PENTAKSIRAN BERKUMPULAN 17


Seterusnya, pada langkah 2, guru melaksanakan aktiviti dengan menggunakan kaedah pentaksiran secara berkumpulan iaitu perbincangan secara formal dalam kumpulan berdasarkan tugasan yang dilakukan di dalam bilik darjah. Aktiviti yang dilaksanakan ialah murid dikehendaki membina ayat seruan menggunakan kata seru yang telah dijumpai secara dalam kumpulan. Aktiviti ini selari dengan OP 2 yang ditetapkan iaitu murid dapat membina sekurang-kurangnya dua ayat seruan berdasarkan kata seru yang telah dijumpai dengan betul. Instrumen yang digunakan bagi mengukur tahap penguasaan murid dalam mencapai SK, SP dan OP ialah instrumen hasil kerja murid di hadapan papan putih. Semua murid dikehendaki membacakan ayat seruan yang dibina oleh setiap kumpulan secara beramai-ramai. Kemudian murid secara berkumpulan akan menilai dan memberikan komen kepada hasil kerja setiap kumpulan. Instrumen yang digunakan ini selari dengan SK dan SP iaitu murid dapat memahami dan membina ayat seruan mengikut konteks. Contoh hasil penulisan murid dapat dilihat seperti gambar rajah dibawah. Contoh Hasil Kerja Murid 18


LANGKAH 3 19


INSTRUMEN MARKAH UJIAN Langkah 3 Markah ujian secara individu Markah ujian setiap wakil kumpulan PENTAKSIRAN BERASASKAN TEKNOLOGI 20


Pada langkah 3, guru menggunakan kaedah pentaksiran berasaskan teknologi bagi mencapai OP 1 dan OP 2 secara holistik. Pentaksiraan ini merupakan sistem pembelajaran berdasarkan web atau pembelajaran maya yang membolehkan murid berinteraksi, mengakses, dan berkomunikasi secara dalam talian. Aktiviti yang dijalankan pada langkah ini ialah setiap wakil kumpulan dikehendaki tampil ke hadapan untuk menjawab soalan melalui aplikasi Wordwall yang ditayangkan. Melalui kaedah pentaksiran ini, murid akan lebih seronok untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses PdP kerana murid dapat belajar sambil bermain serta kaedah ini sesuai dengan gaya pembelajaran murid generasi alfa yang hidup dalam dunia digital yang serba canggih. Instrumen yang digunakan bagi mengukur tahap kefahaman murid pula ialah melalui jumlah markah ujian yang diperoleh setelah selesai menjawab soalan. Guru dapat mengukur tahap kefahaman murid dan murid juga dapat melaksanakan pentaksiran kendiri untuk mengetahui tahap kemampuan mereka. Kesannya, murid bukan sahaja dapat menilai hasil kerja mereka malah dapat mengetahui dimana kelemahan mereka terhadap topik tersebut. Jawapan yang betul terus dipaparkan. 21


3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 22


RPH 1 23


Berdasarkan RPH 1, langkah 3, penulis berpendapat bahawa guru seharusnya menggunakan lembaran kerja sahaja sebagai instrumen bagi mencapai OP 3. Hal ini dikatakan demikian kerana jika murid menyalin semula soalan ke dalam buku latihan, murid akan terasa terbeban kerana telah melakukan banyak aktiviti pada hari tersebut. Contohnya, pada langkah 1 murid sudah diminta menyalin semula petikan teks dialog ke dalam buku latihan dan mengisi jawapan dalam latihan tersebut. Kemudian ditambah pula murid perlu menyalin semula soalan daripada lembaran kerja pada langkah 3 yang diberikan guru. Perkara ini menyebabkan murid akan bosan kerana melakukan dua aktiviti yang sama dalam satu masa terutamanya murid yang pintar dan mahir dalam topik tersebut. Oleh itu, guru boleh menjalankan aktiviti murid terus menulis ke dalam lembaran kerja tersebut dan murid hanya menampal ke dalam buku latihan sebagai rujukan murid dan semakan guru. Kesannya, murid akan lebih tertarik untuk melibatkan diri dalam PdP dan sekaligus membantu mereka memahami dan mahir menggunakan kata ganda penuh mengikut konteks selari dengan SK, SP dan OP. Tambahan lagi, bagi langkah 2, guru boleh menggunakan pentaksiran secara pemerhatian dengan menggunakan instrumen senarai semak atau rubrik bagi menentukan tahap pencapaian murid dalam kemahiran berkomunikasi serta mengesan kelancaran dalam sebutan dan intonasi yang betul. Hal ini dapat membantu guru mengesan perkembangan intelek dan kemahiran murid dalam aspek tatabahasa selari dengan SK iaitu memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks dan SP iaitu memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks. 24


RPH 2 25


Berdasarkan RPH 2, langkah 1 bagi instrumen markah murid, guru hanya bertanya secara spontan tentang jumlah jawapan betul yang diperoleh murid. Oleh itu, penulis berpendapat bahawa guru haruslah menggunakan instrumen senarai semak untuk menilai tahap kefahaman murid terhadap topik ayat seruan. Contohnya, dalam kandungan senarai semak guru boleh menetapkan jumlah jawapan betul seperti murid yang memperoleh jawapan betul sebanyak empat daripada enam sudah dikira cemerlang manakala murid yang memperoleh dua atau tiga dikira masih ditahap sederhana. Melalui maklumat daripada instrumen senarai semak, guru dapat melaksanakan dan menentukan tahap penguasaan selepas mengumpul markah murid daripada beberapa pentaksiran yang telah dijalankan. Tambahan lagi, bagi langkah 2, penulis berpendapat bahawa guru boleh melaksanakan pentaksiran secara pemerhatian untuk mentaksir proses dan hasil kerja murid. Guru juga boleh menilai sikap dan penguasaan murid terhadap aspek tatabahasa melalui instrumen anekdot. Implikasinya, guru dapat mengenal pasti bukan sahaja kemahiran aspek tatabahasa malah dapat menilai aspek sikap murid dalam berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan ketika melaksanakan perbicangan dalam kumpulan. Akhir sekali, pada langkah 3, penulis berpandangan bahawa guru boleh memaksimakan penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti pentaksiran berasaskan projek ini dan bukan wakil kumpulan sahaja. Hal ini kerana melalui penglibatan aktif semua murid, mereka dapat mengetahui tahap kemampuan dan kefahaman mereka terhadap topik pada hari tersebut. Penulis juga berpendapat guru boleh menggunakan kaedah pembentangan lisan sebelum mengakhiri proses PdP seperti soal jawab secara spontan atau kuiz agar guru boleh mengesan perkembangan atau penguasaan murid dalam aspek tatabahasa, kemahiran berkomunikasi serta menilai keyakinan dan kesediaan murid ketika membuat pembentangan. 26


4.0 PENUTUP 27


Kesimpulannya, merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, penulis mendapati bahawa dalam aspek tatabahasa , tiada tahap penguasaan digunakan setelah melaksanakan beberapa pentaksiran seperti yang digunakan dalam kemahiran-kemahiran lain. Hal ini kerana pentaksiran aspek tatabahasa boleh dilaksanakan melalui kemahirankemahiran lain seperti kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis mengikut kesesuaian PdP. Selain itu, setelah menganalisis beberapa pentaksiran dan instrumen yang terdapat dalam RPH, penulis mendapati bahawa objektif pembelajaran memainkan peranan penting untuk memastikan proses PdP berjalan secara terancang, mudah disesuaikan dengan tahap kecerdasan murid, jenis aktiviti, teknik pengajaran, kesesuaian memilih pentaksiran dan instrumen. Oleh itu, guru haruslah mempelbagaikan kaedah pentaksiran bagi menilai dan mengenal pasti potensi murid secara intergrasi dan holistik. Pentaksiran dan instrumen yang dihasilkan oleh guru juga haruslah menepati Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Objektif Pembelajaran agar guru dapat mengukur tahap penguasaan murid dengan tepat. Akhir sekali, pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru juga haruslah berkualiti dan mempunyai nilai integriti agar maklumat hasil daripada pentaksiran dapat diperoleh dengan tepat dan sah. 28


SUMBER RUJUKAN 29


Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi-2. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Mahaya, Suzana, Hashiroh & Zakirah. (2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Puchong: Local Publications (M) Sdn. Bhd. Mastura, Rozita & Fathiyah. (2021). Analisis Penulisan Objektif Menggunakan Konsep “Smart” dalam Rancangan Pelajaran Harian Bakal Guru BPBM bagi Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif. International Journal of Education and Training, 7(2), 1-12. Mohd Haidzir dan Norasmah Othman. (2019). Isu dan Permasalahan Pentaksiran Alternatif dalam Sistem Penilaian di Malaysia. E-prosiding Persidangan Antrabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 24-25. Tontus, O. (2020). Concept of Assessment and Evaluation. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/344750546_Concept_of_Assessm ent_and_Evaluation SUMBER RUJUKAN 30


LAMPIRAN 31


LAMPIRAN 1 KOD QR RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN LINK GOOGLE DRIVE RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN https://drive.google.com/drive/folders/1BXpcKvlU0sYJBCqUb1ll1Ye7E YJO7kmX?usp=sharing


LAMPIRAN 2 Bukti memperoleh RPH daripada siswa guru Tandatangan pemilik RPH


LAMPIRAN 3 - RPH 1


LAMPIRAN 4 - RPH 2


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version