SANG KANCIL DAN RAJA RIMBA SANG KANCIL DAN RAJA RIMBA aniszuki
Pada zaman dahulu, penghuni rimba hidup sihat dan cergas. Semua haiwan sentiasa menjaga kebersihan kawasan rimba. Namun, sejak Si Belang dilantik sebagai raja rimba, Si Belang bersikap angkuh macam merak dan menjadi malas seperti keldai. Dia suka membuang sampah di merata-rata tempat. Kawasan rimba mula menjadi kotor dan busuk macam bangkai.
Si Belang juga bersikap kejam macam pembunuh terhadap haiwan-haiwan lain. Dia menyuruh monyet dan arnab yang rajin macam semut membersihkan kawasan rumahnya sehingga bersih bak kain putih. Semua penghuni rimba sudah penat dengan sikap Si Belang.
Keesokkannya, mereka memberitahu Sang Kancil tentang sikap Si Belang yang zalim macam firaun itu. Sang Kancil yang bijak laksana pendeta merancang satu misi untuk menyedarkan Si Belang. Sang Kancil pantas umpama kilat pergi berjumpa Si Belang dan memberitahu bahawa dia memiliki tali sakti untuk merawat sakit perut Si Belang.
Muka Si Belang pucat bak mayat kerana menahan kesakitan. Dia meminta Sang Kancil merawat dirinya. Harimau yang bodoh seperti kerbau tanpa berfikir panjang membiarkan Sang Kancil melilit badannya sehingga ketat. Sang Kancil meminta bantuan kerbau yang kuat macam badang untuk mengetatkan lagi lilitan di badan harimau.
Tanpa berlengah, Sang Kerbau dengan pantas bak kijang menolak Si Belang jatuh ke dalam sungai. Si Belang menjerit dengan sekuat hati meminta tolong dan memohon maaf kepada penghuni rimba. Akhirnya, buaya pun menolongnya. Si Belang berjanji akan menjalankan tanggungjawab sebagai raja rimba dengan adil umpama hakim. -TAMAT-
PENGAJARAN Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh adil dan jujur terhadap kuasa yang diberikan. 1. Kita mestilah memanfaatkan keistimewaan yang dimiliki dengan sebaik mungkin. 2. Kita haruslah menggunakan kebijaksanaan yang ada untuk membantu orang lain. 3. Kita perlulah bekerjasama antara satu sama lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 4. Kita haruslah mengelakkan diri daripada bersikap sombong dan kejam. 5.