The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulanis12103, 2024-03-30 04:24:02

T2_NURUL ANIS BINTI MOHD ZUKI_EDUP3143

Sosiologi (1)-compressed

STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI SOSIAL DI MALAYSIA NURUL ANI S BINT I MOHD ZUKI KANDUNGAN PENGENALAN KESIMPULAN


Kandungan 1.0 2.0 3.0 4.0 CARA GURU MEMBENTUK BUDAYA POSITIF DI SEKOLAH KESAN STARTIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH CONTOH BUDAYA DI SEKOLAH KONSEP STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI SOSIAL 5.0 KESIMPULAN 6.0 RUJUKAN


1.0 KONSEP STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI SOSIAL


konsep stratifikasi SOSIAL Stratafikasi berasal daripada perkataan ”strata” yang membawa maksud perbezaan kelas dalam kalangan masyarakat berdasarkan tahap sosialnya (Idrul, Rosly dan Hanapiah, 2024). Engon (1962) dalam buku Sosiologi Dalam Pendidikan mendefinisikan stratifikasi sosial sebagai sistem yang mengukur dan menentukan kedudukan dalam lapisan masyarakat serta membentuk ketaksamaan sosial dalam masyarakat.


SUSUNAN STRATIFIKASI SOSIAL


konsep InsTITUSI SOSIAL Institusi sosial adalah sekumpulan orang berkedudukan sosial yang sama, mempunyai hubungan dan peranan kemasyarakatan serta mempunyai fikiran dan peraturan tentang bagaimana kehendak asas masyarakat itu dapat dicapai. Contohnya, tempat beribadat , institusi pendidikan dan badan-badan kebajikan. Nikerson (2022) menyatakan bahawa institusi sosial merupakan pola-pola tingkah laku sekelompok masyarakat yang telah dipersetujui seperti undang-undang. Idrul et. al (2024) berpendapat bahawa institusi sosial merupakan suatu sistem yang menunjukkan peranan sosial dan norma sosial saling berkait dan telah disusun untuk memuaskan sesuatu kehendak atau fungsi sosial. Perkara ini merujuk kepada sesuatu yang telah terasas dalam masyarakat seperti institusi agama, perkahwinan, ekonomi dan politik.


2.0 CONTOH BUDAYA


Budaya Sekolah Budaya sekolah merujuk kepada kepercayaan, nilai, norma, amalan dan tradisi yang dikongsi bersama yang membentuk keseluruhan persekitaran dan suasana sesebuah sekolah. Budaya ini memainkan peranan penting dalam menentukan pengalaman murid, guru, dan kakitangan dalam sesebuah sekolah. (Idrul et. al, 2024). Budaya sekolah yang positif dapat meningkatkan pembelajaran, penglibatan murid dan kesejahteraan keseluruhan, manakala budaya negatif atau toksik akan memudaratkan dan membentuk persekitaran yang tidak baik.


contoh budaya di sekolah 2.2 Budaya berpuak- puak dalam kalangan murid 2.3 budaya Majlis graduasi diadakan secara bermewah- mewahan 2.4 budaya pakaian seragam sekolah 2.1 Budaya berpuak- puak dalam kalangan guru


3.0 KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH


3.1 BUDAYA BERPUAK-PUAK DALAM KALANGAN GURU Budaya guru yang suka berada dalam kelompok status ekonomi dan jawatan yang sama menyebabkan berlaku jurang sosial dalam kalangan guru sama ada antara guru yang mempunyai ekonomi tinggi dengan rendah, berjawatan tinggi dan rendah atau guru lama berkhidmat dengan baru berkhidmat.


KESAN POSITIF Guru yang mempunyai status ekonomi dan jawatan yang sama cenderung untuk mempunyai rasa kebersamaan yang lebih kuat. Mereka lebih memahami cabaran dan keperluan antara satu sama lain. Perkara ini dapat membina persekitaran yang positif dalam sesebuah kelompok sahaja. Selain itu, guru yang mempunyai pengalaman dan isu yang hampir sama dapat memudahkan komunikasi dan kesefahaman antara guru. Kesannya, mereka dapat membuat perkongsian pengetahuan dan strategi pengajaran dalam kelompok mereka sahaja.


KESAN NEGATIF Peningkatan jurang sosial dalam kalangan guru menyebabkan perasaan tidak selesa dalam kalangan mereka yang boleh merosakkan persekitaran kerja dan menyebabkan ketegangan. Selain itu, pembentukan kelompok atau puak-puak tertentu akan menghalang kepelbagaian pendapat dan pengalaman dalam kalangan guru. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka dari latar belakang yang berbeza sukar untuk bergaul dengan kelompok yang berbeza. Akhir sekali, budaya berpuak-puak ini boleh menyumbang kepada ketidakadilan dalam sistem pendidikan. Guru yang kurang berstatus mungkin mendapat sedikit perhatian atau sumber berbanding dengan rakan mereka yang lebih berjawatan tinggi, berpengaruh atau berkemampuan dari segi ekonomi, kemahiran dan pengalaman.


Budaya berpuak-puak dalam kalangan murid kebiasaannya berlaku akibat faktor tahap pencapaian akademik, kokurikulum dan latar belakang keluarga yang berbeza. Contohnya, wujud sekumpulan murid yang pintar, murid yang aktif bersukan, murid dalam kalangan B40 dan T20 serta murid yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama. Selain itu, sikap murid yang introvert dan extrovert juga menjadi faktor wujudnya budaya berpuak-puak. Budaya ini boleh mempengaruhi tingkah laku murid sama ada secara positif atau negatif. 3.2 BUDAYA BERPUAK-PUAK DALAM KALANGAN MURID


Sekumpulan murid pintar Murid aktif bersukan dan minat yang sama


KESAN POSITIF Murid yang berada dalam kelompok tertentu dapat meningkatkan prestasi dalam bidang akademik atau kokurikulum kerana murid yang berkongsi minat tertentu boleh memberikan dorongan positif kepada pencapaian akademik atau perkara yang diminati. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka akan saling memberi sokongan dan dorongan kepada kelompok mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang mereka minati. Selain itu, murid juga berpeluang untuk mendalami dan memahami sesuatu yang mereka minati melalui perkongsian dan pengalaman rakan-rakan dalam kelompok mereka.


KESAN NEGATIF Budaya berpuak-puak boleh menyebabkan penyingkiran terhadap murid yang tidak sehaluan dalam kumpulan tertentu. Ini boleh menyebabkan pembentukan stereotaip dan diskriminasi terhadap murid yang berbeza latar belakang dan status ekonomi ibu bapa. Budaya ini juga boleh membentuk tingkah laku yang negatif seperti murid yang pandai atau ibu bapa berstatus tinggi tidak mahu berkawan dengan murid yang lemah atau ibu bapa berstatus rendah, gangguan terhadap kumpulan lain, atau persepsi bahawa kumpulan mereka lebih penting daripada yang lain. Selain itu, murid yang terlalu terikat dengan kumpulan tertentu akan terhad dalam pengalaman pembelajaran mereka kerana mereka tidak terdedah kepada kepelbagaian pendapat, budaya dan pengalaman daripada kelompok lain yang boleh menghalang perkembangan pemikiran kritis dan kreatif. Kewujudan perpecahan dalam kalangan murid ini boleh mewujudkan budaya tidak sihat dalam sekolah. Keadaan ini boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran, kesejahteraan emosi dan sosial murid secara holisitik.


Budaya mengadakan majlis graduasi murid sekolah rendah sudah tidak asing diadakan di Malaysia. Majlis ini kebiasaannya diadakan pada hujung tahun bagi meraikan anak-anak yang tamat belajar di peringkat sekolah rendah. Namun begitu, sejak akhirakhir ini timbul satu budaya majlis graduasi diadakan secara bermewah-mewahan dengan kosnya yang membebankan kebanyakan ibu bapa. Akhbar Sinar Harian menyatakan bahawa isu majlis graduasi diadakan di hotel kembali menjadi tumpuan kerana pihak sekolah mengenakan bayaran mahal kepada murid yang ingin menyertai majlis tersebut. Budaya ini telah memberi impak bukan sahaja kepada ibu bapa malah murid dan pihak sekolah. 3.3 BUDAYA MAJLIS GRADUASI DIADAKAN SECARA BERMEWAH-MEWAHAN


KESAN POSITIF Majlis graduasi yang mewah dapat meningkatkan prestij sekolah dan memberikan pengiktirafan kepada murid-murid yang telah menamatkan peringkat sekolah rendah dengan cemerlang. Selain itu, majlis graduasi yang diadakan secara mewah ini dapat memberikan motivasi kepada murid untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan. Hal ini dikatakan demikian kerana majlis graduasi mewah sering kali melibatkan jemputan individu yang berjaya dalam masyarakat seperti tokoh masyarakat, ahli pernigaan dan tokoh sukan. Melalui cerita dan pengalaman hidup mereka, murid-murid dapat melihat contoh-contoh nyata tentang bagaimana kegigihan, ketekunan, dan usaha keras membawa kepada kejayaan. Ini dapat menginspirasi mereka untuk mengejar impian dan melihat pontensi mereka sendiri dalam pendidikan dan kehidupan.


KESAN NEGATIF Budaya majlis graduasi yang diadakan secara bermewah-mewahan ini memberi impak kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. Mereka terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk membayar kos menyertai majlis tersebut. Selain itu, emosi dan motivasi ibu bapa juga turut terkesan jika mereka tidak dapat menunaikan hajat anak mereka untuk menyertainya. Sudah pasti timbul rasa kecewa dalam diri mereka kerana gagal menyediakan yang terbaik buat anak mereka. Tambahan lagi, murid-murid yang tidak dapat menyertai sudah pasti sedih dan kecewa kerana tidak berpeluang merasai momen terakhir bersama kawan-kawan. Anak- anak sudah pasti akan rasa terpinggir kerana hanya dapat melihat gambar-gambar rakan mereka yang berkemampuan sahaja menghadiri majlis yang sepatutnya penuh berharga buat kanak-kanak dan ibu bapa. Budaya ini juga akan meningkatkan jurang sosial dalam kalangan murid kerana murid yang dapat hadir ke majlis akan merasakan diri mereka lebih istimewa berbanding dengan rakan-rakan yang tidak mampu. Budaya ini juga tidak lagi selari dengan tujuan sebenar pendidikan iaitu pembangunan akademik, sosial dan emosi murid apabila pihak sekolah dan komuniti terlalu memberi fokus kepada majlis graduasi mewah di hotel.


Menurut akhbar digital Malaysiakini, pakaian seragam sekolah telah berkuatkuasa pada tahun 1970 dan terpakai sehingga kini. Pemakaian pakaian seragam ini bertujuan untuk mengalakkan rasa kesaksamaan dalam kalangan murid dan mengelakkan isu pemilihan pakaian yang tidak sesuai. Namun begitu, terdapat perbezaan pakaian seragam bagi sekolah kerajaan, sekolah swasta, sekolah antarabangsa sekolah agama, jawatan murid di sekolah seperti pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Budaya ini telah membentuk jurang sosial dalam kalangan murid di sekolah. 3.4 BUDAYA PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH


Sekolah Swasta Sekolah Kebangsaan Sekolah Antarabangsa Murid Biasa Pengawas Sekolah Agama Pakaian Seragam Sekolah Rendah


KESAN POSITIF Pakaian seragam sekolah ini membantu dalam mengenal pasti murid bagi memudahkan pihak sekolah memastikan keselamatan di sekolah. Pakaian seragam juga lebih berpatutan berbanding pakaian harian berjenama dan mahal sebagai pakaian ke sekolah. Pemakaian seragam juga dapat membentuk disiplin dan perbezaan antara murid biasa dan murid mempunya tugas seperti pengawas sekolah. Melaui perbezaan ini murid biasa akan lebih hormat kepada rakan mereka yang berjawatan.


KESAN NEGATIF Pakaian sekolah swasta atau antarabangsa lebih kemas, selesa dan praktikal kerana kualiti atau kos yang tinggi sesuai dengan kemampuan ibu bapa. Hal ini kerana kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah swasta atau berbayar datang dari latar belakang status ekonomi tinggi atau berjawatan tinggi. Sekolah kerajaan pula kebanyakan murid adalah daripada golongan ibu bapa ekonomi rendah. Oleh itu, mereka lebih memilih pakaian seragam yang lebih murah sesuai dengan kemampuan ibu bapa tertakluk kepada arahan pihak sekolah. Selain itu, dari sudut jawatan murid pula, murid yang berjawatan di sekolah seperti pengawas sekolah, pengawas pusat dan pembimbing rakan sebaya berbeza dengan murid biasa seperti warna dan jenis pakaian. Perkara ini telah menimbulkan perbezaan seperti perspektif murid dan layanan guru kepada murid. Guru kebiasaannya akan memberi perhatian lebih kepada murid dari kumpulan pengawas kerana mereka lebih pandai dan mudah untuk berkomunikasi. Baju murid yang kurang berkemampuan juga lebih lusuh berbanding murid status ekonomi tinggi. Perbezaan ini telah membentuk jurang sosial dalam kalangan murid apabila terdapat perbezaan yang ketara dalam kalangan murid.


4.0 CARA GURU MEMBENTUK BUDAYA POSITIF DI SEKOLAH


4 .1 B u d a y a B e r p u a k - p u a k D a l a m K a l a n g a n G u r u Pihak sekolah haruslah memperbanyakkan aktiviti kolaborasi antara guruguru daripada pelbagai latar belakang. Contohnya, melibatkan semua guru dalam proses membuat keputusan berkaitan dengan pentadbiran sekolah dan perancangan kurikulum. Selain itu, pentadbiran perlu memastikan bahawa semua guru diperlakukan secara adil dan saksama, tanpa mengira status ekonomi, jawatan atau pengalaman. Contohnya, membuat pemantauan terhadap pembahagian sumber dan peluang pembangunan profesional, serta langkah-langkah untuk mengatasi sebarang ketidakadilan yang mungkin wujud. Cara ini boleh membantu merapatkan jurang sosial antara guru-guru yang mungkin berada dalam kelompok status ekonomi dan jawatan yang berbeza.


4 . 2 B u d a y a B e r p u a k - p u a k D a l a m K a l a n g a n M u r i d Dalam proses PdP, jika dalam aktiviti berkumpulan guru boleh membahagikan kumpulan dan bukannya murid yang menentukan ahli kumpulan tersebut. Jika murid yang menentukan sudah pasti mereka memilih kawan dan kelompok mereka sendiri. Melalui kaedah ini, murid dapat berkomunikasi dan bekerjasama dengan semua rakan tanpa mengira tahap pencapaian akademik atau status ekonomi ibu bapa. Selain itu, guru juga haruslah mempelbagaikan aktiviti berkumpulan yang menarik dan menukarkan ahli kumpulan bagi mengelakkan berlaku jurang sosial antara murid. Oleh itu, bagi melaksanakan aktiviti ini guru haruslah cakna dan meneliti latar belakang murid dan keluarganya, tahap pencapaian murid serta minat mereka agar guru dapat menetapkan ahli kumpulan yang terbaik dalam sesuatu aktiviti berkumpulan.


4 . 3 B u d a y a M a jl i s G r a d u a s i D i a d a k a n S e c a r a B e r m e w a h - m e w a h a n Pihak sekolah boleh menyediakan pilihan alternatif untuk majlis graduasi yang lebih berpatutan, seperti mengadakan majlis di dewan sekolah atau tempat awam yang murah. Ini dapat mengurangkan tekanan kewangan yang dialami oleh ibu bapa. Guru juga boleh mencari sokongan dan sumbangan dari komuniti setempat untuk menyediakan perkhidmatan dan lokasi untuk majlis graduasi dengan harga yang lebih berpatutan. Perkara ini juga dapat memupuk hubungan yang baik antara sekolah dan komuniti. Ibu bapa juga haruslah menghadirkan diri dalam sesi perjumpaan di sekolah agar dapat menyuarakan pandangan dan sudah pasti tidak akan timbul budaya bermewah-mewahan jika mendapat persetujuan sebulat suara. Akhirnya, pihak sekolah haruslah mengingatkan semua pihak yang terlibat seperti murid, ibu bapa dan staf sekolah tentang tujuan sebenar majlis graduasi, iaitu untuk merayakan pencapaian akademik dan kemajuan murid dalam pendidikan bukannya kemewahan majlis.


4 . 4 B u d a y a P a k a i S e r a g a m S e k o l a h Guru boleh mengadakan program kesedaran atau menjelaskan kepada murid tentang kepentingan menghormati perbezaan, menerima kepelbagaian, dan memahami bahawa pakaian dan jawatan bukan penentu nilai seseorang. Guru juga boleh menjelaskannya ketika proses PdP sebagai motivasi dan memperingatkan tentang tujuan sebenar perbezaan pemakaian seragam di pelbagai sekolah, murid biasa dan pengawas. Guru juga haruslah berlaku adil kepada semua murid dengan memberi pengiktirafan bukan berdasarkan jawatan atau status sosial murid tetapi pencapaian dan usaha mereka. Pihak sekolah juga boleh menyediakan program bantuan kewangan kepada keluarga yang memerlukan bantuan untuk membeli pakaian seragam. Oleh itu, guru haruslah cakna tentang latar belakang dan masalah yang dihadapi murid agar murid termotivasi dan tidak rasa tersisih untuk terus hadir ke sekolah tanpa rasa malu.


5.0 KESIMPULAN


Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa budaya sekolah sangat mempengaruhi persekitaran dan suasana sekolah sama ada secara positif atau negatif bergantung kepada budaya yang dibentuk dan diamalkan. Di Malaysia, masyarakat menilai kedudukan dan status individu melalui pencapaian pendidikan, kemahiran, pendapatan, kedudukan politik, kuasa atau autoritin yang dimiliki serta sumbangan terhadap negara seperti pencapaian dalam bidang sukan dan anugerah atau darjat kebesaran yang dimiliki. Persepsi individu terhadap kelas sosial begitu ketara. Individu yang mempunyai kuasa dan duit yang banyak lebih dipandang tinggi di dalam masyarakat berbanding individu yang bekerja di ladang getah atau makan gaji. Senario ini disebabkan oleh ketidakseimbangan pencapaian di antara individu di dalam masyarakat yang telah mewujudkan pengkelasan sosial. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam membentuk budaya positif di sekolah kerana guru akan menentukan pengalaman yang diperoleh murid dan budaya yang dibina di sekolah. Budaya yang postif dapat meningkatkan penglibatan aktif murid dalam pelbagai aktiviti dan membantu murid meningkatkan kemajuan dalam pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah. Akhir sekali, pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat juga memainkan peranan penting dalam membentuk budaya positif di sekolah agar murid dapat berlaku adil kepada semua orang dan tidak mengukur tahap seseorang berdasarkan kelas sosial tetapi berdasarkan kebolehan dan kemahiran mereka.


RUJUKAN


RUJUKAN Azian Hariri. (22 Jun 2023). ULASAN| Pakaian seragam sekolah perlu dikaji semula. Malaysiakini. Diakses pada 25 Februari 2024, diperoleh daripada https://www.malaysiakini.com/news/669484 BERNAMA. (5 September 2015). Penjawat awam perlu bekerja sebagai satu pasukan, elak budaya berpuak-puak. SInar Harian.Diakses pada 27 Februari 2024, diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2015/09/79694/penjawat-awam-perlubekerja-sebagai-satu-pasukan-elak-budaya-berpuak. Idrul Hisham, Rosly & Mohd Hanapiah. (2024). Sosiologi Dalam Pendidikan. Selangor: Puchong. Sulaiman Saat. (2013). Pendidikan Sebagai Institusi Sosial. Lentera Pendidikan: Jurnal Ilmu Tarbiyah Dan Keguruan, 16(2), 178-187. https://doi.org/10.24252/lp.2013v16n2a5 Nickerson, C. (2022). Social Institutions in Sociology: definition & examples. simply sociology. https://simplysociology.com/social-institution.html. Zaiton Abdul Manaf. (5 Februari 2024). Majlis graduasi mewah bebankan ibu bapa. Sinar Harian. Diakses pada 25 Februari 2024, diperoleh daripada https://www.sinarharian.com.my/article/647954/suara-sinar/analisis-sinar/majlisgraduasi-mewah-bebankan-ibu-bapa


Terima Kasih!


Click to View FlipBook Version