The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Contoh Mesin ringkas dan mesin kompleks

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sitipihamat, 2021-11-09 22:54:13

Mesin Sains Tahun 5

Contoh Mesin ringkas dan mesin kompleks

Keywords: Sains teknologi

MESIN

SAINS TAHUN 5

CIKGU SITIPI HAMAT

MESIN RINGKAS IALAH ALAT
YANG MEMBOLEHKAN KITA
MELAKUKAN KERJA DENGAN
LEBIH MUDAH.

TERDAPAT 7 JENIS MESIN
RINGKAS:

1.GEAR
2.SKRU
3.BAJI
4.TUAS
5.TAKAL
6.SATAH CONDONG
7.RODA DAN GANDAR

1. Terdiri daripada roda atau silinder bergerigi.
2. Mengubah arah dan kelajuan pergerakan bahagian-bahagian

lain dala sesuatu mesin yang lebih kompleks.
3. Contoh gear pada: Pita pembetulan,jam tangan,pemutar telur.

.
1. Mempunyai satu atau dua satah condong yang tajam

hujungnya.
2. Digunakan untuk memisahkan ,memotong atau menggerakkan,

memegang dan memberhentikan objek.
3. Contoh Baji pada alat: cangkul,pisau,kapak,paku dan

penyendal pintu.

1.Terdiri daripada roda yang dipasang pada sebatang rod
yang dinamakan gandar.
2.Digunakan untuk menggerakkan atau memutarkan sesuatu
objek.
3. Contoh pada alat: sepana,pili,pemutar skru.

1.Terdiri daripada sebuah roda yang beralur yang boleh
bergerak balas.
2. Digunakan untuk mengangkat, menurun atau menarik beban
apabila seutas tali atau rantai dilalukan pada alur itu.
3. Contoh : Menaikkaan dan menurunkan bendera,layar,beban.

1. Terdiri daripada sebatang rod yang bergerak pada satu
titik yang dinamakan fulcrum.

2. Digunakan untuk mengangkat dan menggerakkan objek
dengan mudah.

3. Ada tiga bahagian pada tuas :Beban,daya dan fulkrum.
4. Terdapat 3 kelas tuas iaitu Kelas 1,Kelas 2 dan Kelas 3.
5. Contoh Tuas Kelas 1: Gunting,pembuka botol
6. Contoh Tuas Kelas 2: Kereta sorong,troli
7. Contoh Tuas Kelas 3: Pengepit ais,joran,penyapu.

1. Mempunyai satah condong berlingkar yang dinamakan
bebenang.

2. Digunakan untuk menyatukan dan memngetatkan dua
kepingan objek yang bergabung.

3. Contoh : Skru,jek kereta,gerudi tangan.

1. Permukaan yang disendengkan dengan hujungnya
diletakkan pada ketinggian yan berbeza.

2. Memudahkan kita menggerakkan beban dari satu aras ke
arasyang lebih tinggi.

3. Contoh : Tangga,jalan raya bertngkat.

Mesin Kompleks

Mesin kompleks ialah alat atau objek yang menggabungkan lebih dari
satu mesin ringkas.
Contoh-contoh mesin kompleks:
1.Basikal

2.Pemotong Kuku

3.Gerudi Tangan

4.Gunting

 Tuas
 Baji

5.Pengasah pensel

 Roda dan Gandar
 Baji
6.Jam Mekanikal

 Skru
 Gear
 Roda dan Gandar





SEKIAN TERIMA
KASIH

SEMOGA
BERMANFAAT

OLEH
CIKGU SITIPI BINT HAMAT


Click to View FlipBook Version