SEJARAH TINGKATAN 1
TAMADUN
AWAL
BAB 5
Mohd Azlan Umpai
SEJARAH TINGKATAN 1 BAB 5
TAMADUN AWAL
5.1 Empat Lokasi Tamadun
Awal Dunia
– tamadun mesopotamia,
tamadun mesir purba,
tamadun indus, tamadun
Huang He (Hwang Ho).
1) Perkembangan
– empat tamadun awal dunia
terletak di kawasan strategik
iaitu di lembah sungai yang
menjadi faktor penting kepada
perkembangan pesat
keempat-empat tamadun ini.
a) Tamadun Mesopotamia
– tamadun terawal dunia yang
terletak di barat daya Asia.
– mesopotamia bermaksud tanah
di antara sungai (tigris dan
euphrates).
– bermula di wilayah selatan, iaitu
Sumer
– Lembah Tigris dan Euphrates
terdapat kawasan subur dipanggil
Bulat Sabit Subur terletak di antara
laut Mediterranean dan Teluk Parsi.
Dan berkembang menjadi sebuah
bandar yang besar
– struktur bandar diperbuat dari
tanah liat. Tempat ibadat dibina di
setiap pusat bandar yang
berbentuk piramid (zigurat)
b) Tamadun Mesir Purba
– terletak di kawasan lembah
sungai Nil
– Sungai Nil merupakan sungai
terpanjang di dunia (6.650KM)
– Piramid dan Firaun
merupakan tinggalan terkenal
tamadun ini.
Mesir dikatakan Hadiah Sungai
Nil
– menurut Herodotus Mesir
dikatakan hadiah Sungai Nil
kerana sungai ini membanjiri
kawasan sekitarnya setiap
tahun membawa lumpur
berwarna hitam yang subur
untuk pertanian.
– sungai Nil membekalkan
sumber makanan, sumber
perhubungan dan
pengangkutan
– sungai Nil mempengaruhi
petempatan di kawasan yang
kemudian berkembang
menjadi negara-kota
3 TAHAP PEMERINTAHAN
KERAJAAN
i) kerajaan purba
– petempatan terawal di Mesir
Purba (5,000SM)
– Kerajaan utara terletak di hilir
sungai Nil melibatkan kawasan
lembah sungai Nil.
– Kawasan suhu lebih sejuk.
– Kerajaan selatan terletak di
hulu sungai Nil. Kawasan
padang pasir.
– Kedua-dua kerajaan
disatukan (3,100SM) oleh Raja
Mennes yang menawan
kerajaan utara.
– Raja Mennes membuka
bandar Memphis yang
kemudian menjadi ibu kota
kerajaan.
ii) kerajaan pertengahan
– kerajaan kedua atau dikenali
kerajaan pertengahan (2,100 -
1,650SM).
– Berlaku perkembangan
bidang kesusasteraan dan
ukiran. Kerajaan pertengahan
meluas hingga selatan sungai
Nil
– Kekuatan raja membawa
kestabilan dan kemakmuran
ekonomi
– Ibu kota kerajaan ialah
Thebes
– pemerintahnya
menggalakkan kegiatan
perdagangan menggunakan
jalan sungai
– mengadakan hubungan
perdangangan dengan Nubia
yang terletak di bahagian
selatan Mesir.
– Para pedangang melalui
jalan perdagangan Mesir
menghadapi ancaman
serangan penjahat
iii) kerajaan baru
– muncul ketika golongan
bangsawan memerintah Mesir
– digelar Firaun yang telah
membentuk pasukan tentera
yang kuat
– Raja yang terkenal semasa
zaman Kerajaan Baru Mesir
ialah Ramses
– Ramses telah membina
banyak monumen (berhala)
– Zaman kejatuhan kerajaan
baharu Mesir bermula apabila
Ramses II memerintah dari
tahun 1,279-1,213SM.
c) Tamadun Indus
– terletak Lembah sungai Indus
(bahagian barat laut dan
utara India)
– bermula pada tahun 2,500SM
– mempunyai 2 musim ekstrem
(musim hujan sehingga banjir
dan musim kering sehingga
kemarau)
– bergiat aktif dalam pertanian
(menanam pokok gandum,
barli dan kapas)
– hubungan perdagangan
antara penduduk lembah
sungai Indus dengan selatan
Mesopotamia.
– 2 bandar terkenal (Mohenjo-
Daro dan Harappa)
– Tamadun Indus mula
mengalami kemerosotan
(1,750SM)
d) Tamadun Hwang Ho
– terbina di kedudukan dua
sungai utama yang mengalir
dari kawasan pergunungan di
sebelah barat ke Lautan pasifik
– Sungai Huang He atau
Sungai Kuning terletak di
kawasan utara negara China
– Sungai Yangtze di bahagian
tengah China mengalir ke
timur hingga ke laut kuning.
– Huang He bermaksud
menyimpan banyak lumpur
kekuningan yang subur
– masyarakat China membina
petempatan dan menjalankan
aktiviti pertanian dan
penternakan binatang
– Kawasan ini turut
menghadapi banjir
disebabkan oleh limpahan
Sungai Huang He
– Tamadun Huang He bermula
4,000SM
– 3 kerajaan (Xia 2,205-
1,766SM), (Shang 1,766-
1050SM) dan (Zhou 1,050-
256SM)
5.2 Perbandingan sumbangan
tamadun awal
1) Pemerintahan dan
Pentadbiran
a) Mesopotamia
– diperintah oleh raja
– negara bersatu membentuk
empayar pertama
– lahirnya undang-undang
(Kod Hammurabi)
b) Mesir Purba
– diperintah oleh Firaun
– raja berkuasa mutlak
– raja mempunyai pandangan
kehidupan selepas mati
c) Indus
– diperintah oleh golongan
pendeta
– pendeta mempunyai
pengaruh keagamaan dan
pentadbiran
d) Huang He
– sistem politik berasaskan
negara
– pembahagian kelas sosial
– kuasa raja datang dari
syurga
– raja berkuasa dalam
ekonomi, politik dan agama.
2) Kegiatan Ekonomi
a) Mesopotamia
– ditadbir secara berpusat oleh
golongan agama dan raja
– kerajaan menentukan jumlah
tanaman dan bilangan petani
b) Mesir Purba
– pertanian kegiatan utama
– majoriti penduduk ialah
petani
– petani membayar sewa
tanah kepada raja
c) Indus
– sistem ekonom bersepadu
yang berasaskan pertanian
– tanaman utama gandum
dan barli
– haiwan ternakan (lembu dan
kambing)
– kegiatan tenunan kain dan
kerja logam
d) Huang He
– pertanian sekoi, padi,
gandum dan barli
– haiwan ternakan lembu,
kambing, ayam dan babi
3) Teknologi
a) Mesopotamia
– sistem tali air
– reka cipta berasaskan
gangsa
– ciptaan roda, sauh dan
bajak
– sistem nombor berasaskan 60
– kalendar 12 bulan
– mencipta emas
– mencipta kertas dari papirus
b) Mesir Purba
– kemajuan matematik dan
geometri
– kemahiran bidang perubatan
– pembinaan terusan dan
pengairan
– 365 hari dalam kalendar
tahunan
– penciptaan kertas
c) Indus
– kota dibina mengikut grid yg
tepat
– sistem perparitan dan
pembetungan
– 365 hari dalam kalendar
– penciptaan kertas
d) Huang He
– hasil cipta sutera
– penciptaan peralatan dari
besi
– peningkatan pengangkutan
jalan dan terusan
– penciptaan kompas
magnetik
4) Kesenian dan Kesusasteraan
a) Mesopotamia
– tulisan kuneiform
– penduduk menukilkan puisi
– rekaan patung untuk
mengingati pemimpin
Tulisan Kuneiform
b) Mesir Purba
– tulisan hieroglif
– lakaran hasil kesenian
(tembok batu sebagai lukisan
dinding dan kawasan
perkuburan)
tulisan hieroglif
c) Indus
– tulisan piktograf
– penghasilan balang yang
mempunyai ukiran geometri
dan motif alam
tulisan piktograf
d) Huang He
– tulisan piktograf
– hasil cipta puisi yang
romantik
– lirik diolah dalam pelbagai
bentuk tradisi masyarakat
– kesenian dilukis pada
geometri
tulisan piktograf
5) Binaan bangunan dan
Kemudahan
a) Mesopotamia
– Zigurat sebagai rumah ibadat
– taman tergantung babylon
b) Mesir Purba
– piramid, sfinks, tempat ibadat
c) Indus
– kolam mandi besar
– jelapang
– dewan perhimpunan
– sistem paip dan
pembentungan
d) Huang He
– kekurangan seni bina
monumen
– bandar pertama dibina
pada zaman Dinasti Shang
– istana dan tempat ibadat
dibina di tengah-tengah
bandar.