The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Azlan Umpai, 2021-07-28 13:03:18

simpulan bahasa

simpulan bahasa

Keywords: simpulan bahasa

BAHASA MELAYU

Bidang Pembelajaran

Simpulan Bahasa

Hasil Pembelajaran

Memahami Makna Peribahasa

7/29/2021 12:48 AM Hasil Penerokaan Guru Cemerlang B/Melayu 1

PERIBAHASA

 SIMPULAN BAHASA
 PERUMPAMAAN
 KIASAN
 PEPATAH
 BIDALAN
 KATA-KATA HIKMAT

SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa adalah bentuk
peribahasa yang paling mudah.

Biasanya simpulan bahasa
terdiri daripada dua patah kata
yang membawa maksud yang
tepat dan padat.

CONTOH
SIMPULAN BAHASA

◆ Ada angin ◆ Iri hati
◆ Bahasa pasar ◆ Jalan buntu
◆ Cakar ayam ◆ Makan angin
◆ Durian runtuh ◆ Otak udang
◆ Gaji buta ◆ Pilih kasih
◆ Hati batu ◆ Titik peluh

PERUMPAMAAN

 Perumpamaan ialah susunan kata-
kata yang paling indah, ringkas dan
kemas serta mempunyai maksud
yang tersirat.

 Biasanya, perumpamaan dimulai
dengan kata bagai, ibarat, laksana,
seperti, dan umpama.

CONTOH PERUMPAMAAN

 Bagai aur dengan tebing.
 Bagai murai tercabut ekor.
 Bagai tikus membaiki labu.
 Seperti mengajar itik berenang.
 Seperti kera kena belacan.
 Seperti rusa masuk kampung.

KIASAN

Kiasan ialah bentuk ungkapan
yang mengambarkan perlakuan
(sifat seseorang) atau benda
secara bandingan.

Bandingan yang digambarkan
itu adalah jelas dan nyata.

CONTOH KIASAN

 Angkuh seperti merak.
 Bersinar seperti permata.
 Cantik seperti bidadari.
 Garang seperti harimau.
 Kuning seperti kunyit.
 Tajam seperti sembilu.

PEPATAH

Pepatah ialah peribahasa yang
berangkap dan terdapat kata
yang berulang di dalamnya.

Pepatah juga digunakan untuk
menyatakan sesuatu penegasan,
falsafah, atau pengajaran yang
hendak disampaikan.

CONTOH PEPATAH

Berapa berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul.

Hancur bandan dikandung tanah,
budi yang baik dikenang juga.

Hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.

BIDALAN

Bidalan ialah peribahasa
yang maksudnya tersirat di
sebalik susunan kata-kata
yang membentuknya.

Bidalan tidak mengandungi
sesuatu kata yang tertentu
seperti perumpamaan.

CONTOH BIDALAN

Indah khabar daripada rupa.
Melentur buluh biarlah ketika

rebung.
Nasi sudah menjadi bubur.
Sudah terantuk baru tengadah.
Ukur baju di badan sendiri.

KATA-KATA HIKMAT

 Peribahasa yang terbit daripada
ayat-ayat suci dalam kitab-kitab
atau daripada percakapan serta
penulisan oleh seseorang yang
dihormati dan terbilang.

 Kata-kata tersebut mengandungi
falsafah atau pengajaran yang
berguna sebagai panduan hidup.

CONTOH KATA-KATA HIKMAT

 Bahasa menunjukkan bangsa.
 Bersatu teguh, bercerai roboh.
 Kata-kata lebih tajam daripada mata

pedang.
 Kurangkan gula dalam makanan,

tambahkan manis dalam senyuman.

PERKONGSIAN IDEA

10 SOALAN OBJEKTIF
Jawab semua soalan secara

perbincangan kumpulan.

Isi tempat kosong yang berikut
dengan peribahasa yang sesuai.

Berhati-hatilah apabila bergurau

S dengan Mustaffa Kamal kerana
0 dia ______.
A
L A. atas angin
A B. naik angin
N C. ada angin

D. makan angin

1A B C D

Pelajar yang sedang menduduki

S peperiksaan itu ______ masing-
0 masing.
A
L A. memeras ugut
A B. memeras otak
N C. memeras keringat

D. memeras tenaga

2A B C D

S “Telatah lucu budak itu ______
0 saya,” kata Suzzana.

A
L A. meyentuh hati
A B. menggores hati
N C. mengambil hati

D. mencuit hati

3A B C D

Selain berkawan baik, Abdul

S Rahim dan Abdul Ramlan ada
0 ______.
A
L A. bau-bau bacang
A B. bau-bau bunga
N C. bau-bau durian

D. bau-bau kemenyan

4A B C D

Encik Malek tinggal di Kuala

S Lumpur beberapa hari kerana
0 mahu ______.
A
L A. beralih akal
A B. mencuci mata
N C. mencari jalan

D. beralih angin

5A B C D

Sebagai anak lelaki tunggal,

S Rosdi menjadi ______ keluarga
0 Encik Nordin.
A
L A. anak tut
A B. anak buah
N C. anak emas

D. anak angkat

6A B C D

Puan Nooridah ______ memilih

S kain sutera yang dijual di pasar
0 malam itu.
A
L A. berat tulang
A B. serkap jarang
N C. dalam tangan

D. rambang mata

7A B C D

S Tan Mei Lin ______ itu dibenci
oleh rakan-rakannya.
0

A A. hidung tinggi
L B. kacang hantu
A C. besar hati
N D. kera sumbang

8A B C D

S Sikap ______ dalam mendidik
anak-anak haruslah dielakkan.
0

A A. ringan tulang
L B. pilih kasih
A C. paku belanda
N D. perang mulut

9A B C D

S Kecemerlangan budak itu dalam
0 peperiksaan telah menjadi
______ orang kampungnya.
A

L A. buah hati

A B. buah fikiran

N C. buah mulut

D. buah tangan

1
0A B C D

SOALAN KLON UPSR

SIMPULAN BAHASA

Pilih simpulan bahasa yang paling
sesuai untuk diisikan ke tempat
kosong dalam ayat di bawah ini.

Skema jawapan disediakan di slaid
42 dan di slaid 43, Harap maklum.

SOALAN 1

Pendebat itu memberikan contoh
yang _______ untuk memper-
tahankan hujahnya.

A. ada akal Jawapan di
B. cari akal slaid 42
C. masuk akal
D. panjang akal

SOALAN 2

Daripada ______ nya yang muram
itu, saya tahu bahawa dia dalam
kesusahan.

A. akal kancil Jawapan di
B. air muka slaid 42
C. alas cakap
D. ambil angin

SOALAN 3

Cikgu Rokiah tidak ______ lagi
kepada Zaid yang bersikap degil
dan pemalas itu.

A. beri muka Jawapan di
B. beri jalan slaid 42
C. beri alasan
D. beri peluang

SOALAN 4

Siti seorang murid yang pintar
dan rajin. Nombor satu dalam
kelas dapat dikatakan ______nya.

A. bekas tangan Jawapan di
B. alas tangan slaid 42
C. lepas tangan
D. dalam tangan

SOALAN 5

Penjenayah itu terpaksa ______
tentang kumpulannya apabila di-
soal siasat oleh pihak polis.

A. membuka mata Jawapan di
B. membuka rahsia slaid 42
C. membuka jalan
D. membuka cerita

SOALAN 6

Erdinna ______ seketika apabila
mengetahui bahawa suaminya
seorang pengedar dadah.

A. mati akal Jawapan di
B. hancur hati slaid 43
C. hilang akal
D. jauh hati

SOALAN 7

Anak Pak Cik Rosman _______
kerana terlalu dimanjakan oleh
datuknya.

A. naik marah Jawapan di
B. naik harga slaid 43
C. naik angin
D. naik lemak

SOALAN 8

Amirrul dan Amira tidak berani
______ apabila ayah memarahi
mereka.

A. angkat muka Jawapan di
B. beri muka slaid 43
C. tutup mulut
D. ringan mulut

SOALAN 9

Azmir ______ kepada Liza seke-
luarga kerana membantunya da-
lam kemalangan itu.

A. terhutang budi Jawapan di
B. berbelah bagi slaid 43
C. menaruh hati
D. membalas jasa

SOALAN 10

Enddy dan Aida sering ______.
Ada-ada sahaja yang tidak kena
pada mereka.

A. mengadu domba Jawapan di
B. mulut murai slaid 43
C. perang mulut
D. mulut tempayan

JJAAWWAAPPAANN

1C 2B

3A 4D 5B

JJAAWWAAPPAANN

6C 7D

8A 9A 10 C

KENALI MINDA ANDA!

Berapa jumlah soalan yang berjaya anda
jawab dengan betul ?

JIKA …

Betul semua atau salah satu sahaja, anda
pelajar cemerlang.

Betul enam hingga lapan sahaja, anda
perlu pengayaan.

Betul kurang daripada lima, anda
perlukan pemulihan.




Click to View FlipBook Version