The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Azlan Umpai, 2020-11-11 05:29:52

Bab 10 Teknologi Hijau Geografi

Bab 10 Teknologi Hijau Geografi

Keywords: Teknologi Hijau Geografi

Geografi Bab 10:
Teknologi Hijau

CIKGU MOHD AZLAN
SMK ST.JOSEPH
PAPAR, SABAH

10.1 Konsep Teknologi Hijau

 Teknologi hijau merujuk
kepada pembangunan dan
penggunaan produk,
peralatan dan sistem untuk
memelihara dan memulihara
alam sekitar dan sumber
semula jadi serta
meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia.

 (Sumber: Dasar Teknologi
Hijau Kebangsaan).

Konsep Teknologi Hijau

 Aplikasi teknologi hijau
selaras dengan konsep
pembangunan lestari.

 Pembangunan yang
dilaksanakan perlu
memenuhi keperluan
semasa tanpa menjejaskan
keperluan generasi masa
depan.

 Kita bertanggungjawab
memastikan generasi akan
datang dapat menikmati
kualiti hidup seperti yang
kita nikmati sekarang atau
yang lebih baik.

Matlamat teknologi hijau:

• Melindungi ekosistem semula
jadi.

• Meningkatkan tahap kesihatan
dan kehidupan.

• Mengurangkan impak negatif
daripada aktiviti manusia.

• Menjadi alternatif untuk
menggalakkan perkembangan
ekonomi



MENGHUBUNGKAIT KECEKAPAN
TENAGA DENGAN TEKNOLOGI

HIJAU

Dasar Teknologi Hijau
Kebangsaan telah dilancarkan
pada Julai 2009 bagi menjayakan
Teknologi Hijau di Malaysia



10.2 Ciri-ciri Produk Teknologi Hijau

 Pengaplikasian ciri teknologi hijau dalam
penghasilan produk dapat mendorong
masyarakat mempraktikkan tenaga lestari
dan cara hidup yang lebih baik.

 2 Kriteria produk teknologi hijau adalah
seperti yang berikut:

 (a) Inovatif: Penghasilan produk telah
melalui proses inovasi teknologi bagi
menjaga keharmonian manusia dan
persekitaran.

 (b) Boleh dikitar semula: Menggalakkan
penggunaan bahan yang boleh diperbaharui
dan boleh dikitar semula melalui amalan
5R.

 (c) Bersesuaian: Piawaian kualiti produk
harus menjadi ukuran penting dari segi
penerimaan masyarakat.

10.2 Ciri-ciri Produk Teknologi Hijau

(d) Reka bentuk sesuatu produk harus
berdasarkan pengalaman lepas
(e) untuk membantu manusia.

(f) Mudah: Mudah digunakan kerana
teknologi ini dicipta untuk
(g) kegunaan manusia.
(h)
(i) Selamat: Selamat digunakan dan
menyediakan persekitaran yang
sihat dan lebih baik.

Kadar pembebasan gas rumah hijau
adalah rendah atau sifar.

Berupaya meminimumkan
kemerosotan alam sekitar.

Jimat: Menjimatkan penggunaan
tenaga dan sumber bahan api

TONGGAK DASAR TEKNOLOGI HIJAU

Tenaga • Mempromosikan kecekapan tenaga
Alam Sekitar • Mencari ketidakbergantungan tenaga

Ekonomi • Meminimumkan kesan negatif
Sosial • Memulihara alam sekitar

• Menambah ekonomi negara melalui
penggunaan teknologi

• Meningkatkan kualiti hidup untuk semua

10.3 Contoh Produk Teknologi Hijau

Produk teknologi hijau terdiri
daripada empat teras:
(a) Tenaga
• Mengurangkan penggunaan

tenaga bahan api fosil
• Mempromosikan kecekapan guna

tenaga.
• Tujuan: mengurangkan

pencemaran udara.
• Contoh: Penggunaan kenderaan

hibrid, kenderaan elektrik,
penggunaan biodiesel dan
kenderaan gas asli (NGV).





CONTOH TEKNOLOGI
HIJAU DALAM KEHIDUPAN

CONTOH TEKNOLOGI
HIJAU DALAM KEHIDUPAN

Contoh Produk Teknologi Hijau

 (b) Ekonomi

•Malaysia mensasarkan menjadi pengeluar
fotovolta kedua terbesar di dunia
menjelang tahun 2020.

•Tujuan: untuk meningkatkan pembangunan
ekonomi melalui penggunaan teknologi
yang canggih dan terkini.

•Contoh: Industri fotovolta dimana panel solar
akan dipasang di atas bumbung atau bangunan
dapat memberi pulangan dengan menjual
bekalan tenaga elektrik (dalam unit kilowatt)
yang dihasilkan kepada Tenaga Nasional Berhad
(TNB).

Contoh Produk Teknologi Hijau

(c) Alam sekitar
•Satu usaha untuk
meminimumkan kesan
negatif terhadap alam
sekitar.
•bpbdpCiieaeogojnrnudakgtneagokagkuhorans:maseadmapmaanoensusblilap.,aolrluodeidahunk

Contoh Produk Teknologi Hijau

 (d) Sosial
•Mempertingkatkan taraf kesihatan dan
kualiti hidup rakyat.
•Contoh: Penggunaan bekas makanan mesra
alam menggunakan pengangkutan awam
berkuasa elektrik dan peralatan elektrik
mesra alam seperti bateri boleh cas semula
dan lampu LED.





10.4 Kepentingan Teknologi Hijau

 Terdapat empat teras utama yang
merangkumi kepentingan teknologi hijau:
 (a) Sosial.
 • Mewujudkan kawasan persekitaran
yang bersih, selesa dan selamat.
 • Meningkatkan kualiti hidup dengan

adanya kawasan persekitaran yang
bersih dan selamat.
 • Menyediakan peluang pekerjaan
dan mengembangkan kepakaran dalam
bidang pengeluaran dan pengendalian
teknologi hijau.
 • Meningkatkan kualiti udara
 • Mengurangkan peningkatan suhu
 • Mengurangkan pencemaran bunyi

Kepentingan Teknologi Hijau

 (b) Ekonomi :

 • Mengurangkan kos operasi.

 • Meningkatkan nilai asset dan
keuntungan.

 • Meningkatkan produktiviti dan
kepuasan pekerja.

 • Meningkatkan pendapatan negara
melalui eksport produk teknologi hijau.

 • Industri fotovolta dapat menyumbang
kepada pendapatan Keluaran Dalam

Negara Kasar (KDNK).

Kepentingan Teknologi Hijau

 (c) Menjana tenaga
 • Mengurangkan kebergantungan kepada
tenaga yang tidak boleh

diperbaharui.
 • Mempromosikan kecekapan guna

tenaga negara yang selamat dan mesra
pengguna (mudah dan selamat
digunakan).
 • Tenaga dapat dijana dengan lebih
cekap, murah dan selamat serta tidak
mencemarkan alam sekitar.

CONTOH TENAGA YANG
BOLEH DIPERBAHARUI

Sumber tenaga angin

• Sumber tenaga yang bersih
• Boleh menggantikan

penggunaan bahan api fosil di
masa hadapan

CONTOH TENAGA YANG
BOLEH DIPERBAHARUI

Sumber tenaga hidro

• Sumber tenaga yang boleh

diperbaharui

• Menjadi sumber tenaga utama

dunia untuk menjana elektrik

CONTOH TENAGA YANG BOLEH
DIPERBAHARUI

Sumber tenaga solar

• Sumber tenaga yang boleh

diperbaharui

• Berpotensi dibangunkan di Malaysia

kerana Malaysia menerima cahaya
matahari yang cukup sepanjang tahun

Kepentingan Teknologi Hijau

(d) Memelihara dan memulihara alam
sekitar

•Meminimumkan kesan negatif terhadap
alam sekitar.

•Mengurangkan pencemaran udara, air
dan bunyi.

•Meningkatkan serta melindungi
ekosistem kepelbagaian hidupan
(biodiversiti).

•Meningkatkan kualiti sumber air bersih.

•Mengurangkan pembuangan bahan
pencemar dan melindungi sumber semula

jadi.

10.5 Amalan Berkonsepkan Teknologi
Hijau

 1. Amalan berkonsepkan teknologi
hijau boleh mengatasi masalah
kemusnahan alam sekitar,
meningkatkan kualiti hidup dan
memelihara ekosistem.

 Amalan tersebut ialah:

 (a) Penjimatan tenaga:

•Menggunakan tenaga secara
berhemah dan mengelakkan
pembaziran.

•Gunakan peralatan elektrik yang
mempunyai label jimat tenaga.

•Praktikkan penggunaan pencahayaan
semula jadi.

•Menetapkan suhu penyaman udara
minimum pada kadar 24°C.

Cara menjimatkan elektrik

Menutup suis apabila
tidak digunakan
Menetapkan suhu
penyaman udara 24oC –
25oC

Menggunakan peralatan
elektrik cekap tenaga

INISIATIF DAN
USAHA KE
ARAH

PELAKSANAAN
KECEKAPAN

TENAGA

•Label

kecekapan
tenaga

 Pelabelan Kecekapan Tenaga merupakan suatu
alat penting untuk mendidik dan meningkatkan
kesedaran pengguna mengenai penggunaan
tenaga bagi alat elektrik di rumah.

 Label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat
elektrik untuk dan mempromosikan alat eletrik
cekap tenaga dalam pasaran.

 Pengilang perlu mematuhi piawaian dan syarat
ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh
Suruhanjaya Tenaga untuk kadaran bintang ini
sebelum kelulusan diberikan untuk setiap
model yang di keluarkan.

Label kecekapan tenaga ini memberi maklumat
kepada pengguna tentang penggunaan tenaga
bagi setiap peralatan elektrik.

 Label kadaran tenaga atau energy rating label
menunjukkan anggaran penggunaan tenaga
bagi setiap peralatan elektrik berdasarkan
sistem kadaran kecekapan tenaga.

 Kadaran 1 hingga 5 ditunjukkan dalam label
bermakna 1-bintang adalah yang paling kurang
cekap dan 5-bintang adalah yang paling cekap.

Label ini mengandungi anggaran jumlah
penggunaan tenaga tahunan dalam
kilowatt-jam bagi setiap alat elektrik,
berdasarkan keputusan ujian makmal yang
diiktiraf.

 Maklumat yang disediakan akan
membantu pengguna untuk memilih model
yang paling cekap tenaga semasa
membuat pembelian peralatan elektrik.

Penggunaan peralatan elektrik 5-Bintang
akan mengurangkan penggunaan elektrik
dan bil elektrik di rumah.

Ini secara langsung akan menghasilkan
pendapatan isi rumah boleh guna atau
disposable household income yang lebih
tinggi terutamanya dalam jangka masa
yang panjang yang akan meningkatkan
kualiti kehidupan.

Alat eletrik yang diluluskan oleh
Suruhanjaya Tenaga bagi Kadaran Bintang
kecekapan tenaga ialah peti sejuk,
penyaman udara, televisyen dan kipas
yang digunakan di rumah



INISIATIF DAN
USAHA KE ARAH
PELAKSANAAN

KECEKAPAN
TENAGA

• Index Bangunan Hijau

(GBI)

• Ialah sistem penarafan

yang diberikan kepada
bangunan yang
mempunyai ciri-ciri
mesra alam

• Contoh : Masjid Raja

Haji Fi Sabilillah di
Cyberjaya

PELAKSANAAN
KECEKAPAN TENAGA

Kempen Teknologi Cekap Tenaga

INISIATIF DAN USAHA KE ARAH

INISIATIF DAN USAHA
KE ARAH

PELAKSANAAN
KECEKAPAN TENAGA

• Kempen kesedaran

terhadap
pengguna melalui
amalan
penjimatan tenaga

Amalan Berkonsepkan
Teknologi Hijau

 (b) Perolehan produk hijau:

•Mengutamakan penggunaan bahan
mesra alam.

•Amalan membeli bahan kimia
biodegradasi untuk tujuan
pembersihan atau penyelenggaraan.

•Penggunaan kertas kitar semula.

•Menggalakkan penggunaan kereta
hibrid.

(c) Pengurangan sisa :

•Meminimumkan penggunaan peralatan
pakai buang untuk mengurangkan sisa
pepejal.

•Kuat kuasakan pengasingan sisa
pepejal isi rumah secara berperingkat

INISIATIF DAN USAHA KE ARAH
PELAKSANAAN KECEKAPAN TENAGA

• Kempen penggunaan tenaga elektrik

berasaskan sumber solar

Amalan Berkonsepkan Teknologi
Hijau

 (d) Zon bebas asap rokok:

•Kawasan larangan merokok ditetapkan.

•Kompaun dan denda dikenakan kepada
perokok di zon larangan.

•Letakkan poster dan papan tanda larangan
merokok di kawasan terbuka dan jelas di
penglihatan umum.

(e) Pengangkutan:

•Amalan penggunaan pengangkutan
awam dan berkongsi kenderaan dapat
mengurangkan penggunaan bahan api
fosil.

•Gunakan perkhidmatan park and ride
untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

•Galakkan penggunaan basikal atau
berjalan kaki ke sekolah atau pejabat
mengikut kesesuaian



Amalan Berkonsepkan
Teknologi Hijau

 (f) Penjimatan air :

•Pastikan pili air ditutup dengan betul
untuk mengelakkan pembaziran.

•Buat aduan dengan segera jika
terdapat kerosakan atau kebocoran
paip.
•Menadah air hujan untuk digunakan
semula bagi mencuci kereta, halaman
rumah dan menyiram pokok bunga.

(g) Amalan 5R :
•Gunakan tong kitar semula dengan
betul.

•Galakkan pengedaran dokumen secara
elektronik.
•Cetak atau membuat salinan di
kedua-dua belah muka surat untuk
menjimatkan kertas

Amalan 5R

Amalan Berkonsepkan
Teknologi Hijau

(h) Perkhidmatan
makanan :

•Gunakan pembungkus
makanan biodegradasi
yang lebih mesra alam.

•Bawa bekas makanan
sendiri untuk mengisi
makanan dan minuman.

•Elakkan daripada
menggunakan bekas
plastik
yang tidak boleh diguna
semula.

 (i) Landskap :

•Menanam pokok di
persekitaran rumah,
sekolah dan bangunan.

•Menyediakan sistem
perparitan dan saliran
berfungsi dengan
efektif.



tamat


Click to View FlipBook Version