The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Azlan Umpai, 2021-03-24 00:33:00

NOTA GEOGRAFI BAB 1 HINGGA BAB 4

UNTUK KSSM GEOGRAFI TINGKATAN 2

Keywords: GEOGRAFI,TINGKATAN 2,NOTA,NOTA GEOGRAFI TINGKATAN 2\,NOTA GEOGRAFI

BAB1.1 SKALA
1. Skala ialah nisbah jarak sebenar permukaan bumi dengan jarak yang diwakilkan di atas peta
2. Skala digunakan untuk

∼ Memudahkan penyediaan pelan/ peta
∼ Menjimatkan penggunaanruang
∼ Memudahkan kerja-kerja pembacaan dan pentafsiran peta dijalankan

Jenis Skala
● Terdapat 3 jenis skala iaitu

a) Skala penyata
b) Skala lurus
c) Pecahan wakilan

Skala Penyata
● Skala penyata ialah skala yang dinyatakan menggunakan perkataan.
● Skala ini merupakan skala yang paling mudah difahami.
● Contoh : 1 cm mewakili 1km

Skala Lurus
● Skala lurus ialah garisan lurus yang ditanda mewakili jarak sebenar di permukaan bumi
● Terdapat dua jenis skala lurus iaitu

● Kelebihan skala ini ialah jarak sebenar akan terus diperoleh jika kitamenggunakannya

Pecahan wakilan
● Pecahan wakilan ialah perbandingan jarak di atas peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi
● Ianya dinyatakan dalam bentuk pecahan dan dinyatakan tanpa unit
● Contoh :

1 : 100,000

Menukarkan skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan
1. Teliti skala lurus dan nyatakan jarak yang diwakili oleh satucm

2. Tukarkan jarak sebenar

Jarak

● Jarak adalah ukuran diantara dua titik
● Jarak boleh diukur menggunakan jarak mutlak dan jarak relatif
● Jarak mutlak menggunakan ukuran piawai seperti sentimeter, meter dankilometer
● Manakala jarak relatif diukur dengan menggunakan masa (minit/jam) atau dalam bentuk kos

Mengukur jarak

● Jarak di dalam peta boleh dibahagikan kepada dua iaitu
a) Jarak lurus
b) Jarak melengkung

● Jarak yang lurus biasanya melibatkan jalan raya, talian eletrik dan jalan keretapi
● Jarak melengkung pula melibatkan jarak ukuran sungai serta kawasan pinggir pantai dan muara
● Peralatan yang digunakan untuk mengukur jarak lulus dan jarak melengkung adalah seperti berikut:-

Jarak lurus Jarak melengkung
1. Pembaris 1. Benang putih
2. Jangkatolok 2. Jalur kertas
3. Jalur kertas 3. Pembaris

BAB2 : PETATOPOGRAFI

Apakah peta topografi?
● Peta topografi ialah gambaran pandang darat fizikal dan pandang darat budaya yang terdapat di

dalam sesuatu kawasan
● Pandang darat fizikal mewakili bentuk muka bumi, saliran dantumbuh-tumbuhan
● Pandang darat budaya pula mewakili petempatan, pengangkutan, tanaman, kegiatan ekonomi dan

lain-lain buatan manusia

Garisan utaraan dan garisan timuran
● Kedudukan di dalam peta ditentukan dengan menggunakan garisan utaraan dan garisantimuran
● Garisan utaraan ialah garisan melintang manakala garisantimuran ialah garisanmenegak
● Persilangan kedua-dua garisan ini digunakan untuk menentukan kedudukan

Garisan utaraan
● Perhatikan urutan nombor garisan yang mewakili garisan utaraan, ianya bertambah menuju ke arah

utara
Garisan timuran
● Cuba perhatikan pula nombor garisan timuran, urutan nombor garisan tersebut menuju ke arah

timur

Rujukan grid peta
● Terdapat dua jenis rujukan grid (RG)iaitu

a) RGempat angka (4530)
b) RGenam angka (456301)
● Biasanya, untuk kawasan yang luas, RGempat angka yang digunakan
● Tetapi untuk objek yang lebih spesifik atau lebih tepat, RGenam angkadigunakan

Membaca rujukan grid 4 angka
● Untuk membaca rujukan grid, garisan timuran dibaca terlebih dahulu
● Kemudian, barulah beralih kepada garisanutaraan
● Gabungkankedua-dua nombor yang mewakili dua garisan tersebut

RG4 angka TamanAngsana ialah
Garisan timuran =28
Garisan utaraan =24
RG4 angka TmnAngsana= 2824

Rujukan grid 6 angka
● Rujukan grid 6 angka digunakan untuk ciri geografi yang lebih kecil atau lebih spesifik
● Untuk rujukan grid 6 angka, petak grid akan dibahagi kepada unit yang lebih kecil.

Hubungkait ciri budaya dan ciri fizikal
● Melalui pandang darat ciri fizikal dan budaya sesuatukawasan, kita boleh membuat tafsiran peta

kawasan tersebut
● Tafsiran peta ialah huraian tentang hubung kait diantara ciri fizikal dan ciri budaya kawasan

tersebut
● Tafsiran peta biasanya merangkumi keseluruhan elemen dan bagaimana setiap elemen boleh

mempengaruhi ciri yanglain

Pandang darat fizikal Pandang darat budaya

Bentuk muka bumi Petempatan
Tanahpamah, rata, beralun, tanah tinggi - Jenis petempatan, pola petempatan

Saliran Pengangkutan dan perhubungan
Peringkat sungai, aliran sungai, tasik dan Kemudahan jalan raya, jalan keretapi, denai dan

paya lorong

Tumbuh-tumbuhan semula jadi Kegiatan ekonomi
Hutan semulajadi, hutan rezab, paya atau Pelbagai kegiatan ekonomi, tanaman, dan

kawasan belukar perkhimatan

Saling kaitan antara pandang darat fizikal dan pandang darat budaya

Langkah-langkah mengenalpasti saling kaitan pandang darat fizikal dan pandang darat budaya
● Kenal pasti pandang darat fizikal
● Kenal pasti pandang darat budaya
● Kaitkan antara pandang darat fizikal dan pandang darat budaya kawasan tersebut secara

keseluruhannya.

BAB3 : PENGARUHPERGERAKANBUMI TERHADAPCUACADANIKLIM
Pengenalan
➢ Bumi bergerak mengelilingi matahari bersama-sama planet yang lain
➢ Matahari bertindak sebagai pusat bagi segalapergerakan planet-planet ini.
➢ Bumi mempunyai satelit semula jadi iaitu bulan yang bergerak bersama-sama bumi mengelilingi

matahari
➢ Semasaberedar mengelilingi matahari, pada masa yang sama, bumi juga berputar di atas

paksinya

Pergerakan bumi

Putaran
➢ Bumi berputar mengikut paksinya
➢ Arah gerakannya adalah dari barat ke timur
➢ Pergerakanini menyebabkan bumi mengalami dua kejadian iaitu siangdanmalam
➢ Bahagian yang menghadap matahari mengalami siang, manakala yang membelakangi matahari

mengalami malam
➢ Putaran bumi yang lengkap mengambil masa 24 jam atau 1 hari

Peredaran bumi
➢ Bumi bergerak mengelilingi matahari
➢ Pergerakanini mengambil masa 1 tahun atau 365 ¼hari atau 12 bulan
➢ Kejadian perubahan musim atau kejadian 4 musimsering dikaitkan dengan peredaran bumi
➢ Terdapat juga pelbagai fenomena yang lain yang dikaitkan dengan pergerakan ini.

Kesanputaran bumi
➢ Pergerakanputaran akan menyebabkan fenomena

a) Kejadian siangdan malam
b) Kejadian pasangsurut air laut
c) Pembiasanangin yang bergerak di seluruh dunia
d) Perubahan arus lautan

Kesanperedaran bumi
➢ Pergerakanbumi mengelilingi matahari pula menyebabkan fenomena-fenomena ini berlaku

a) Kejadian 4 musim
b) Kejadian siangdan malam yangtidak sama panjang
c) Kejadian matahari tengah malam di kawasankutub utara dan kutub selatan
d) Gerhanamatahari dan gerhana bulan

BAB2.2 : CUACADAN IKLIM DI MALAYSIA

Pengenalan
∼ Terdapat pelbagai jenis iklim di dunia.
∼ Jenis iklim sesuatu kawasan bergantung kepada kedudukan latitud kawasan tersebut dan

beberapa faktor lain yangmempengaruhinya.
∼ Untuk menentukan jenis iklim, data-data cuaca dikumpul selama beberapatahun
∼ Iklim sangat penting kerana ia mempengaruhi fizikal dan cara hidup penduduk sesuatukawasan

Jenis dan ciri iklim di Malaysia
∼ Malaysia berada di ZonPanas
∼ Jenis iklim di Malaysia ialah IklimKhatulistiwa
∼ Contoh negara lain yang mempunyai iklim yang sama ialah Indonesia, Brazil dan Nigeria
∼ Negara-negara yang mengalami iklim khatulistiwa ialah negara yang terletak di sepanjang

garisanKhatulistiwaiaitu di sekitar 0° hingga 10°U dan 0° hingga10°S

Suhu

Ciri-ciri iklim khatulistiwa ialah

∼ Suhu tinggi dan sekata sepanjang tahun
∼ Min suhu tinggi iaitu sekitar27°C
∼ Julat suhutahunan rendah, 1°Chingga 3°Csahaja
∼ Julat suhu harian besar di stesenpedalaman
∼ Suhu biasanya lebih rendah di kawasan tanah tinggi seperti Tanahtinggi Cameron dan

Kundasang

Hujan Malaysia menerima hujan sepanjang tahun
∼ Jumlah hujan tahunan kira-kira 2600 mm
∼ Namun, taburannya tidak sekata di semua kawasan di Malaysia
∼ Kawasan yang paling lebat menerima hujan ialah kawasanpedalaman Sarawakkerana kawasan
∼ itu menghadap angin lembap

∼ Hujan maksimum turun semasa peralihan monsun, iaitu hujung bulan Mac- awal Mei dan dari
bulan Oktober hingga pertengahan November

Jenis-jenis hujan di Malaysia

Hujan bukit
∼ Hujan bukit berlaku di kawasan yang menghadap angin lembap dari laut
∼ Kawasan yang menghadap angin lembap akan menerima hujan yang lebat

Hujan perolakan
∼ Hujan ini berlaku kerana aktiviti sejatan yang berlaku pada waktu tengah hari
∼ Biasanya, hujan ini akan turun pada lewat petang disertai dengan ribut petir

Angin Angin membawa pengaruh yang besar kepada iklim di negara ini kerana ia boleh mempengaruhi
∼ suhu dan juga hujan
Terdapat tiga jenis angin yang terdapat di negara kita iaitu


Angin monsun

∼ Terdapat dua sistem angin monsun yang melanda kawasan di Malaysia iaitu

a) Angin monsun baratdaya
∼ Bertiup dari arah barat daya
∼ Berasal dari hemisferaselatan
∼ Membawa angin sejuk dan melalui Asia Tenggara
∼ Kurang lebat kerana telah dihalang oleh Pulau Sumatera

b) Angin monsun timur laut
∼ Bertiup dari arah timur laut
∼ Berasal dari hemisferautara
∼ Membawa hujan lebat di kawasan pantai timur serta Sabahdan Sarawak

Angin sumatera
∼ Angin sumatera ialah angin yang bertiup dari arah Pulau Sumatera di Indonesia
∼ Angin ini bertiup kencang dan membawa hujan yang lebat terutama di kawasan pantai barat

terutama di bahagian selatan pantai barat SemenanjungMalaysia

Angin tempatan
∼ Angin tempatan merujuk kepada kejadian bayu laut dan bayu darat yang berlaku di kawasan

sekitar pinggir pantai
∼ Kejadian bayu laut dan bayu darat menolong menyederhanakan suhu di kawasan pinggir pantai
∼ Julat suhu harian kawasan ini juga adalah kecil kerana pengaruh angin ini
∼ Bayu laut terjadi pada waktu siang, mana kala bayu darat terjadi pada waktu malam

Bayu laut
∼ Berasal dari laut kedarat
∼ Kawasan darat menjadi panas apabila waktu siang
∼ Udara panas akan naik ke atas dan diganti dengan udara

sejuk dari laut

Bayu darat
∼ Berasal daripada darat
∼ Kawasan laut menjadi panas kerana laut menyerap dan

menyimpan pada waktu siang
∼ Udara panas di laut naik ke atas dan diganti dengan

udara sejuk dari daratan
Pengaruh CuacaDan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia Di
Malaysia

∼ Malaysia bertuah kerana terletak di Garisan Khatulistiwa dan mempunyai iklim khatulistiwa

∼ Iklim Khatulistiwa membolehkan semua kegiatan ekonomi boleh dijalankan hampir sepanjang

tahun

∼ Antara aktiviti yang boleh dijalankan sepanjang tahun ialah

a) Pelancongan d) Perikanan

b) Perindustrian e) Pembalakan

c) Pertanian

Hubung Kait Iklim Khatulistiwa Dengan Kegiatan Manusia Di Malaysia

a) Pertanian
∼ Penanaman tanaman utama negara seperti getah dan kelapa sawit dapat dijalankan dengan

baik di Malaysia
∼ Sumberair yang ada menggalakkan pertumbuhan tanaman ini
∼ Padi juga dapat ditanam dua kali setahun kerana mendapat bekalan air yang mencukupi
∼ Hubung Kait Iklim Khatulistiwa Dengan Kegiatan Manusia Di Malaysia

b) Pelancongan
∼ Aktiviti pelancongandapat dijalankan sepanjang tahun di Malaysia. Pelancong suka datang ke

sini sambil menikmati suhuyangpanasserta kepelbagaianflora dan fauna. Suhu yang sederhana
di kawasan tanah tinggi juga menarik pelancong datang ke sini seperti Kundasang dan
T.TCameron

c)Pembalakan
∼ Aktiviti pembalakan juga dapat dijalankan kerana Malaysia mempunyai Hutan Hujan Tropika.

Hutan jenis ini dapat hidup dengan suburnyadi zon iklim seperti ini.
∼ Hubung Kait Iklim Khatulistiwa Dengan Kegiatan Manusia Di Malaysia

d) Perindustrian
∼ Aktiviti perindustrian dan perdagangan boleh dijalankan sepanjang tahun. Cuacadan iklim yang

hampir sama sepanjang tahun menggalakkan aktiviti ekonomi berkembangpesat

e) Perikanan
∼ Aktiviti perikanan berjalan sepanjang tahun di kawasan pantai barat. Namun, aktiviti ini terhenti

seketika di kawasan pantai timur kerana angin monsun yang bertiup kencang pada bulan Nov-Jan

KesanKegiatan Manusia Terhadap CuacaDan Iklim DiMalaysia
a) Kesanrumah hijau

∼ Kesanrumah hijau terjadi apabila berlakunya peningkatan gasrumah hijau seperti karbon
dioksida, karbon monoksida, CFC,Nitrogen oksida danlain-lain

∼ Gasrumah hijau menyerap haba menyebabkan haba diserap diatmosfera.
∼ Situasi ini menyebabkan suhu di bumi menjadimeningkat.
∼ Apabila suhu bumi meningkat, beberapa fenomena lain seperti pencairan ais di kutub,

perubahan sistem cuaca serta kebakaran hutan berlaku.

b) Pulau haba
∼ Pulau haba ialah fenomena yang berlaku di kawasan bandar
∼ Ia berlaku kerana peningkatan suhu di bandar berbanding dengan kawasan sekitarnya.
∼ Pulau haba berlaku kerana
a) Bangunankonkrit
b) Bangunanbercermin
c) Bangunanrapat dan padat
d) Kurang litupan tumbuhan

c) Hujan Asid
∼ Hujan asid ialah perubahan kejadian hujan yang biasa kepada sifat yang berasid
∼ Sifat berasid ini berlaku kerana kehadiran bahan-bahan kimia daripada pelbagai sumber yang
dibebaskan ke atmosfera
∼ Ini menyebabkan air hujan
∼ bertukar menjadi asid lemah
∼ Air hujan asid akan memberi kesanseperti
a) Kecacatan pada pucuk tumbuhan
b) pH air kolam, sungai berubah
c) Sakit kepala, sistem imun lemah

d) Jerebu
∼ Jerebu juga merupakan fenomena cuaca yang sering berlaku di kawasan bandar besar
∼ Jerebu adalah kejadian di mana pepejal terampai di udara melebihi sukatan yangbiasa
∼ Punca peningkatan pepejal terampai ini adalah asap kenderaan, asap kilang, pembakaran
terbuka, pembakaran hutan di negara jiran dan lain-lain lagi
∼ Fenomena ini akan bertambah buruk jika tiada angin yangbertiup.

Perubahan cuaca dan iklim di Malaysia

Fenomena El nino dan La nina
∼ Elnino berlaku apabila suhulautan di pasifik menjadi sejuk dan bertekanan tinggi. Ini akan
menyebabkan kawasantimur mengalami tekanan rendah dan kering.
∼ Padawaktu ini, keadaan atmosfera termasuk di Malaysia akan menjadi keringdan kurang hujan
∼ Namun apabila Lanina terjadi, kawasanpasifik menjadi panasdan atmosfera kawasantimur
akan menjadi lembap. Keadaan ini akan menyebabkan hujan yanglebat di sekitar Asia
Tenggara.
∼ Namun kini, kitaran ini kian kerap terjadi dan tempoh masanyasemakin panjang disebabkan
oleh perubahan cuaca yang berlaku terutama melibatkan kesanrumah hijau

KesanEl Nino
∼ Elnino menyebabkankeadaan atmosfera menjadi panasdan kering. Ini menyebabkan kemarau
yang berpanjangan
∼ Ini telah memberi kesanseperti
a) Bekalan air berkurangan
b) Berlakunya strok haba
c) Mudah mendapat penyakit seperti pening, demam dan darah tinggi
d) Berlakunya kebakaran hutan

KesanLa nina
∼ Keadaan Lanina menyebabkan atmosfera menjadi lembap. Ini akan mendorongkepada
pembentukan awan yangtebal dan membawahujan yang lebat
∼ Ini telah memberi kesanseperti
a) Banjir yang buruk
b) Hujan lebat yang berterusan
c) Kegiatan manusia terjejas terutama kegiatan perikanan dan pelancongan
d) Peningkatan penyakit seperti demam, selsema, asma dan lain-lain


Click to View FlipBook Version