The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Geografi Tingkatan 2 Bab 6 Telekomunikasi Di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Azlan Umpai, 2021-07-13 02:38:25

Geografi Tingkatan 2 Bab 6 Telekomunikasi Di Malaysia

Geografi Tingkatan 2 Bab 6 Telekomunikasi Di Malaysia

Keywords: Geografi Tingkatan 2 Bab 6 Telekomunikasi Di Malaysia,Telekomunikasi Di Malaysia,Geografi Tingkatan 2 Bab 6

Geografi Tingkatan 2 Bab 6 Telekomunikasi Di
Malaysia
Alat Telekomunikasi – perkataan telekomunikasi
berasal daripada perkataan Greek.
-‘Tele’ bermaksud sangat jauh
-komunikasi ialah proses untuk menghantar
informasi
1) Telegraf

– alat yang diperkenalkan oleh pihak British pada
tahun 1876 untuk urusan pentadbiran di Tanah
Melayu
2) Telefon

– telefon talian tetap mula digunakan di Tanah
Melayu pada tahun 1891 dan menjadi sangat
penting kerana permintaan meningkat dengan
ketara.
3) Mesin teleks

– jaringan teleprinter mirip dengan jaringan telefon

yang berfungsi mengirim pesanan dalam bentuk
teks.
4) Mesin Faks

– digunakan untuk memindahkan salinan dokumen
menggunakan mesin faks yang disambungkan
dengan rankaian telefon
5) Telefon Bimbit

– telefon bimbit juga dikenali sebagai telefon
selular atau telefon tanpa wayar. Mula
dipekenalkan di Malaysia pada tahun 1980-an
6) Telefon Pintar

– merangkumi perisian komputer GPS, kamera
digital, bluetooth, Internet dan juga aplikasi media
sosial.

Kemajuan Alat Telekomunikasi
GPS – Sistem penentududukan sejagat (Global
positioning system)
1) Satelit
a) TiungSAT-1
– dilancarkan pada 26 september 2000
– misi utama
i) pencerapan bumi
ii) iji kaji saintifik Cosmic Ray Energy Disposition
Experiment (CEDEX)
iii) Aplikasi komunikasi

b) RazakSAT
– dilancarkan pada 14 julai 2009
– satelit mikro kedua yang berupaya membekalkan
imej data yang lebih spesifik
– menggunakan kamera yang beresolusi tinggi

c) MEASAT
i) MEASAT-3b – 12 September 2014
ii) MEASAT-3a – 23 Jun 2009
iii) MEASAT-3 – 12 Disember 2006
iv) MEASAT-2 – 13 November 1996
v) MEASAT-1 – 13 Januari 1996
– mewujudkan sistem televisyen satelit ynag
pertama iaitu (ASTRO)
– memantapkan lagi penerimaan maklumat dan
informasi rakyat Malaysia

2) Kabel fiber optik
– kabel berkapasiti tinggi kerana diperbuat
daripada serat kaca atau plastik yang sangat
halus
– digunakan untuk menyalur informasi dan
memindahkan arus data dalam dunia jaringan
komputer.

3) Telefon pintar
– Telefon pintar 3G dan terkini 4G mempunyai
banyak kemudahan
– ciri rekaan luaran dan dalaman menggunakan
teknologi tinggi
– menepati kehendak dan cita rasa generasi alaf
baharu.

4) Syarikat Telekomunikasi
– Telekom Malaysia (TM) memainkan peranan
yang penting dalam usaha menyediakan telefon
talian tetap dan memajukan industri telekomunikasi
negara

5) Komputer
– alat yang dilengkapi dengan perisian untuk kerja
seperti mengubahm menyimpan, melindungi,
memproses, memindah, melihat dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat
dan waktu
– kewujudan jaringan Internet dan perisian

komputer berperanan besar dalam teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT)

6) Koridor Raya Multimedia (MSC)
– berpusat di Cyberjaya
– bertujuan untuk menarik syarikat-syarikat
berteknologi tinggi dengan menawarkan
pengecualian cukai serta kemudahan-kemudahan
lain untuk memajukan industri ICT tempatan.

7) Rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi
Jalur lebar – medium penghataran maklumat
digital yang mempunyai lebar jalur melebihi
frekuensi suara 3,000 hertz
-Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) betanggungjawab untuk meluaskan jalur
lebar ke serata pelosok negara

Kepentingan Telekomunikasi
1) Dapat berhubung dengan sesiapa sahaja di
seluruh dunia dengan mudah
2) Pengurusan dan pentadbiran negara lebih
sistematik dan teratur
3) Meningkatkan integrasi dan perpaduan negara
4) Data dapat disimpan dengan segera dan
selamat
5) Pelbagai maklumat dari seluruh dunia dapat
diperoleh dengan melayari Internet
6) Mengeratkan silaturahim
7) Segala urusan kerajaan dan swasta menjadi

cepat dan efisien
8) Satelit cuaca dapat memberi data ramalan
cuaca dan fenomena alam dengan lebih tepat
serta terperinci
9) Siaran langsung melalui aplikasi satelit
membolehkan penonton menyaksikan siaran
secara langsung di televisyen.
10) Pelbagai maklumat dari seluruh dunia dapat
diperoleh dengan melayari internet.

Kesan Telekomunikasi
1) Dunia tanpa sempadan – Maklumat dapat
diperoleh dengan mudah dan cepat melalui
internet
2) Peluang pekerjaan – Perkembangan pesat
dalam pelbagai sektor mewujudkan banyak
peluang pekerjaan
3) e-dagang – Perkhidmatan dan jual beli atas
talian
4) e-kerajaan – Rakyat dapat berurusan dengan
agensi kerajaan secara lebih mudah dan cepat
5) Perkhidmatan telekesihatan – Pesakit boleh
diperiksa oleh doktor pakar secara jarak jauh
menggunakan teknologi komunikasi
6) Telesidang – Interaksi maya
7) Multimedia interaktif – memudahkan sistem
pembelajaran
8) e-perbankan – Urusan perbankan boleh
dijalankan di mana-mana sahaja

Kesan Negatif
1) Maklumat berunsur negatif seperti keganasan,
hasutan dan khabar angin sukar ditapis
2) isu pencerobohan dan pencurian maklumat
dalam sistem pangkalan data secara atas talian
3) terdapat maklumat yang tersebar di laman
sesawang yang tidak tepat.

Penggunaan Secara Beretika
1) menggunakan kemudahan telekomunikasi untuk
hal yang bermanfaat
2) elakkan daripada menyentuh isu sensitif yang
melanggar undang-undang dan norma
3) Mendukung Akta Komunikasi dan Multimedia
1998
4) Elakkan daripada mengganggu dan
merosakkan sistem komunikasi orang lain
5) Kenal pasti kebenaran dan kesahihan sesuatu
berita dalam internet.


Click to View FlipBook Version