PENINGKATAN TAMADUN YUNANI
DAN ROM
1) Mengenal lokasi tamadun Yunani yang
menunjukkan peningkatan yang tinggi dalam
pelbagai bidang
2) Memahami peningkatan Tamadun Yunani dalam
aspek pemerintahan dan pentadbiran
Tamadun Yunani dan Tamadun Rom telah
mengalami peningkatan yang pesat dalam
pelbagai bidang
Pencapaian yang ditunjukkan oleh kedua-dua
tamadun ini adalah sangat baik dan cemerlang
Peningkatan tersebut meliputi aspek
pemerintahan dan pentadbiran serta bidang
seni bina
❑Muncul antara tahun 1000SM – 800SM
❑Pendorong kepada perkembangan tamadun
Eropah dan inspirasi kepada kehidupan
manusia yang lebih baik
❑Berkembang di Semenanjung Greece dan
pulau-pulau di Laut Aegean dan Laut
Mediterranean
❑Melakukan aktivit di luar rumah seperti
perdebatan dan acara sukan kerana cuaca
sederhana
❖ Masyarakat Yunani dikenali sebagai pelayar yang
handal kerana lokasi berdekatan dengan laut.
❖ Terkenal dengan pembinaan negara-kota iaitu POLIS.
❖ Polis berperanan sebagai ibu kota dan tempat
tumpuan masyarakat
❖ polis ini merupakan gabungan antara:
a) Bandar utama
b) Bandar kecil
c) Kawasan kampung
❖ Acropolis terletak di tengah-tengah polis dan
berfungsi sebagai pusat komuniti yang dilindungi
oleh kubu
❖ Setiap Acropolis:
a) Dibina pada lokasi yang strategik dari aspek keselamatan,
pusat pentadbiran dan komuniti
b) Dilengkapi dengan rumah ibadat, bangunan kerajaan,
istana dan rumah golongan bangsawan
c) Terdapat juga Agora, iaitu kawasan lapang yang
berperanan sebagai tempat pertemuan dan pasar awam
❖ Penduduk dekat dengan acropolis lebih aktif dalam
urusan negara berbanding dengan penduduk yang
kauh dari acropolis
Polis dalam Tamadun Yunani
ATHENS SPARTA CORINTH
❖ Athens merupakan negara kota yang paling ramai
didiami penduduk
❖ Sparta ialah negara kota yang paling luas
❖ Ciri utama polis ialah jumlah penduduk yang ramai
dan keluasan wilayah
❖ Setiap polis dianggap sebagai tanah suci kurniaan
dewa dan menjadi hak dan tanggungjawab setiap
warganegara Yunani untuk menjaga kepentingannya.
Perbezaan jumlah penduduk dan keluasan wilayah polis dalam Tamadun Yunani
Polis Jumlah penduduk Keluasan wilayah
Athens 40 000 orang 2 650 km persegi
Sparta 16 000 orang 8 400 km persegi
Corinth 10 000 orang 880 km persegi
❑ Terdapat lima bentuk sistem pemerintahan dan
pentadbiran yang diamalkan oleh tamadun Yunani,
iaitu:
❖ Sistem demokrasi di Athens merupakan demikrasi
langsung.
❖ Setiap warganegara Athens terlibat secara langsung
dalam perbincangan bagi menentukan dasar dan
peraturan politik, ekonomi dan sosial
❖ Dewan Perhimpunan merupakan badan tertinggi dan
dibawahnya terdapat Majlis, Majistret dan Juri
❖ Sistem pemerintahan di Sparta bersifat monarki terhad
❖ Dua orang raja memerintah Sparta bagi mengelak raja
bertindak kejam
❖ Pemilihan kedua-dua raja daripada keluarga
Eurypontids dan Agiads
❖ Raja dibantu oleh Dewan perhimpunan dan Majlis
dalam urusan pentadbiran
❖ Kaum wanita di Sparta tidak terlibat dalam urusan
pentadbiran
❖ Sparta memberi penekanan terhadap disiplin
ketenteraan
❖ Semua kanak-kanak dan kaum wanita dilatih untuk
menjadi tentera bagi mempertahankan negara
❖ Golongan wanita juga perlu menjalani latihan fizikal
seperti berlari, bertinju, menari dan menyanyi dalam
khalayak ramai
❖ Sparta merupakan kerajaan yang menekankan
disiplin ketenteraan dan taat setia kepada negara-
kota
❖ Sparta dikategorikan sebagai kerajaan tentera
❖ Siri peperangan antara Sparta denga Persia (490SM –
499SM) merupakan bukti taat setia wargenegara kepada
kerajaan Sparta
❖ Sparta berjaya menewaskan Pesia dalam pertempuran di
Salamis
BADAN KEANGGOTAAN
DEWAN ▪ Terdiri daripada 10 000 orang ahli
PERHIMPUNAN ▪ Seramai lima orang pegawai dilantik
sebagai ephors
MAJLIS ▪ Ephors berperanan menghalang
pemerintahan raja secara mutlak
▪ Terdiri darpada 28 orang dewasa
▪ Orang dewasa berusia melebihi 60
tahun
▪ Keahlian mereka adalah seumur
hidup