The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Azlan Umpai, 2021-07-12 02:05:23

penjodoh bilangan

penjodoh bilangan

Keywords: penjodoh bilangan

MEMPERSEMBAHKAN

SUNTIKAN IDEA
PENJODOH BILANGAN

▪ Penjodoh bilangan digunakan
sebelum sesuatu kata atau
nama yang menunjukkan
jumlah atau bilangan.

▪ Penjodoh bilangan ialah kata yang
digunakan untuk membilang benda, orang,
binatang dan tempat.

▪ Penggunaan kata bilangan kadangkala
disertai penjodoh bilangan seperi batang,
buah dan ...

Berkas

Digunakan untuk benda yang
diikat dalam bilangan yang
banyak seperti kayu, rotan, lidi
dan ...

 Mak Bidah membeli beberapa
berkas lidi di kedai itu.

Cebis

Digunakan untuk benda yang
dikoyakkan seperti daun, kain,
dan kertas.

 Hashim membalut luka di kaki
adiknya dengan secebis kain.

Gemal

Digunakan untuk benda yang
dikumpulkan dan diikat seperti
padi, rumput dan ...

 Pak Zaki mengambil segemal
anak padi untuk ditanam.

Untai

Digunakan untuk benda yang
berangkai dan bahan tulisan
yang berangkap seperti rantai,
pantun, dan sajak.

 Puan Zarina membaca seuntai
pantun sebelum mengakhiri
syarahannya.

SOALAN KLON UPSR
PENJODOH BILANGAN

Uji Minda: Jawab kesemua 10
soalan yang disediakan.

Pilih jawapan yang paling sesuai
atau yang paling tepat bagi setiap
soalan.

SOALAN 1

Muhammad Ali mendeklamasi beberapa
_______ sajak sempena sambutan Hari
Kemerdekaan di sekolahnya.

A baris

B rangkap

C buah

D untai

SOALAN 2

Beberapa _______ air mata Siti Nurfaizah
gugur setelah menerima keputusan UPSR.

A titis
B derai
C gumpal
D butir

SOALAN 3

Baru makan dua _______ sambal belacan
sudah terasa pedasnya.

A cubit
B genggam
C sudu
D colek

SOALAN 4

Di langit kelihatan beberapa _______ awan
hitam sebagai tanda hendak hujan.

A kepul
B kepal
C longgok
D timbun

SOALAN 5

Puan Salmiah membacakan se _______
madah sebelum mengakhiri ucapannya.

A rangkap
B baris
C untai
D buah

SOALAN 6

Emak menghadiahi saya _______ anting-
anting dan _______ rantai emas.

A sebutir ... seutas
B sebuah ... seurat
C sebentuk ... seurat
D sepasang ... seutas

SOALAN 7

Apabila ke hutan Pak Mamat membawa
_______ parang dan _______ tali.

A sebatang ... selembar
B sebilah ... seutas
C sebuah ... seikat
D sepucuk ... serawan

SOALAN 8

Sebelum beredar dari rumah, emak sempat
menjamah _______ pulut dan memakan
______ sirih.

A seketul … sekeping

B sekepal … sehelai

C sebuku … secarik

D secubit … sekapur

SOALAN 9

Di atas para-para itu terdapat beberapa
_______ pisang dan _______ rambutan.

A sisir … segugus
B sikat … sebutir
C biji … serumpun
D tandan … sejambak

SOALAN 10

Untuk memasak sayur bayam itu, kita perlu
memasukkan _______ asam gelugur dan
beberapa _______ bawang besar.

A seketul … biji

B sepotong … biji

C sekeping … hiris

D sekeping … ulas

SOALAN KLON UPSR
PENJODOH BILANGAN

Uji Minda: Jawab kesemua 10
soalan yang disediakan.

Pilih jawapan yang paling sesuai
atau yang paling tepat bagi setiap
soalan.

SOALAN 11

_______ lebah membuat sarang di pohon
kekabu di tepi jalan itu.

A segerombolan
B sepasukan
C sekomplot
D sekumpulan

SOALAN 12

Beberapa _______ darah ayam di atas meja
itu dilapnya dengan _______ kain.

A butir ... secarik
B titik ... sehelai
C berkas ... secarik
D timbun ... sekeping

SOALAN 13

Pemuda itu memasukkan se _______ padi
ke dalam _______ bakul rotan.

A gemal ... buah
B bungkus ... biji
C tangkai ... berkas
D berkas ... rawan

SOALAN 14

Abdullah mengambil dua _______ baju lalu
memasukkannya ke dalam _______ beg.

A pasang ... sebiji
B helai ... sebuah
C longgok ... segulung
D lembar ... sekotak

SOALAN 15

Adik mengambil lima _______ telur di
dalam _______ mangkuk di atas meja itu.

A butir ... sebiji
B buah ... sebutir
C biji ... sebidang
D ketul ... sekeping

SOALAN 16

Serangga mempunyai tiga ______ badan
dan tiga ______ kaki.

A buah ... rawan
B kumpulan ... buah
C baris ... batang
D bahagian ... pasang

SOALAN 17

Harga se _______ tikar mengkuang lebih
murah daripada harga se _______ alas kaki
itu.
A lembar ... pasang

B gelung ... helai

C bidang ... keping

D gulung ... buah

SOALAN 18

Beberapa _______ jala dimasukkan ke
dalam _______ kotak oleh Pak Abidin.

A buah ... sebutir
B helai ... sebiji
C pasang ... seketul
D rawan ... sebuah

SOALAN 19

Abang mengambil beberapa genggam
______ lalu ditaburkannya ke tanah.

I. padi II. pasir III. beras IV. batu

A I, II dan III sahaja

B I, II dan IV sahaja

C II, III dan IV sahaja

D I, II, III dan IV

SOALAN 20

Di atas rak itu terdapat beberapa naskhah
_______ .

I. surat khabar II. kotak III. majalah IV. jurnal

A I dan II sahaja

B I, II dan III sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

TAMAT


Click to View FlipBook Version