KESUSASTERAAN
DAN KEBUDAYAAN
MELAYU
NAMA PELAJAR SITI NORSYUQREEN BINTI JAFARDI
ANGKA GILIRAN 2021022310079
NO. KAD 030629-13-0708
PENGENALAN
KUMPULAN/ UNIT PPRBMM2-3
KOD DAN NAMA BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN
KURSUS MELAYU
NAMA PENSYARAH PN SELINA BINTI AHMAD
TARIKH HANTAR 21 MAC 2022
Kandungan
Perkara Muka
Surat
Pengenalan 1
2
5
Konsep Kesusasteraan 11
Melayu 15
Fungsi Kesu
sasteraan
Melayu
Manifest
asi Akal
Budi Pantun
Rumusan
1
1.0 Pengenalan
Kesusasteraan Melayu merupakan
suatu perkara yang amat istimewa
dan tidak pernah pupus dalam hidup
masyarakat walaupun berzaman-
zaman telah berlalu. Malah,
kesusasteraan Melayu tetap menjadi
wadah untuk mengisi kekosongan
jiwa masyarakat.
2.0 Konsep Kesusasteraan 2
Melayu
Ali Ahmad (1994) menyatakan bahawa perkataan
“sastera” berasal dari bahasa Sanskrit iaitu “castra”
yang bermaksud kitab suci manakala susastera yang
membawa maksud sebagai huruf atau buku indah.
Kesusasteraan menurut definisi daripada kamus pula
ialah hasil seni atau tulisan yang berbentuk prosa atau
puisi. Ia mempunyai ciri-ciri istimewanya yang
tersendiri. Sastera ialah bidang seni kreatif yang
menggunakan bahasa sebagai medium utama
pengantarnya (Naffi, 2016). Ia juga menyampaikan
pemikiran dan kehidupan manusia menggunakan
bahasa yang indah. Ia juga merupakan hasil nukilan
yang menyampaikan perasaan kemanusiaan seperti
keikhlasan, keterbukaan dan sebagainya.
3
Istilah kesusasteraan bahasa Melayu berasal dari
perkataan bahasa Sanskrit iaitu sastra. Kata dasar "sas"
merujuk kepada mengajar manakala "-tra" merujuk
kepada alat. Maka, "sastra" bererti alat untuk mengajar.
Awalan "su-" membawa maksud baik atau indah
manakala imbuhan "ke-" dan "-an" menunjukkan bahawa
segala yang tertulis mempunyai nilai estetika dengan
memberi panduan dan pengajaran.
Siti Hajar Abdul Aziz menyatakan bahawa
kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya yang
dicipta dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya.
Menurut Muhd Norizam dan Shaiful Bahri (2015), karya
sastera ialah karya yang indah dan mendatangkan faedah
berdasarkan perkaitan antara jalinan dan siratan bahasa.
Ini kerana, sastera Melayu mengandungi keindahan seni
bahasa yang amat tersusun dan menarik minat sesiapa
sahaja yang membacanya. Penggunaan kata atau diksi
yang tepat mampu menarik pembacanya untuk
menghayati bait-bait yang terkandung di dalamnya.
Malah, menurut Muhammad Haji Salleh (2000),
keindahan dalam karya kesusasteraan merupakan unsur
yang paling penting dan menjadi kayu ukur untuk
menentukan karya sastera yang baik. Mana Sikana
(2012), berpendapat bahawa kesempurnaan dan
keindahan bahasa hanya akan dapat dirasai bergantung
kepada kreativiti pengarang.
4
Karya sastera mengandungi isi tersurat dan tersirat.
Ianya bukan sekadar bait-bait indah tanpa maksud
yang ingin disampaikan. Ia mengandungi mesej yang
hendak disampaikan oleh pengkarya. Amanat, lontaran
idea atau ilmu pengajaran disampaikan disebalik bait-
bait indah berdasarkan kreativiti pengarang tersebut.
Melalui karya kesusasteraan Melayu, pembaca akan
dapat untuk memahami fikiran dan merasai perasaan
yang hendak disampaikan oleh pengkarya. Oleh sebab
ini, karya sastera dikatakan mempunyai nilai estetika
yang tersendiri. Nilai sesebuah karya sastera diukur
berdasarkan mesej yang disampaikan melalui cara dan
bentuk penyampaiannya.
3.0 Fungsi Kesusasteraan 5
Melayu
3.1 Alat Pendidikan
Aripin Said (2016), menyatakan bahawa fungsi
kesusasteraan Melayu yang paling penting adalah
sebagai alat pendidikan. Ia dapat membina kekuatan diri
dan membina tamadun bangsa dalam kalangan
masyarakat supaya suatu hari kelak dapat melahirkan
generasi yang unggul. Secara umumnya, karya-karya
kesusasteraan Melayu biasanya ditulis berdasarkan
pengalaman-pengalaman pengarang yang merangkumi
pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi dan agama.
Pengalaman-pengalaman ini mengandungi banyak nilai-
nilai murni dan pengajaran yang dapat menjadi teladan
kepada sesiapa pun yang menghayati karya-karya
kesusasteraan. Unsur-unsur yang diterapkan dalam
karya kesusasteraan Melayu ini menyebabkan
berlakunya pendidikan secara tidak langsung.
6
Karya sastera mampu menyampaikan mesej secara
halus kepada para pembacanya. Hal ini menyebabkan
pengajaran yang hendak disampaikan adalah lebih
berkesan. Seperti yang dinyatakan oleh Othman Puteh
(1998), karya sastera bukan sahaja mempunyai
keseronokan bagi tuntutan emosi, malah juga dapat
melahirkan kebaikan dari segi moral dan intelektual.
Contoh karya sastera yang banyak menyingkap
berkenaan dengan nilai murni dan memberi pengajaran
dalam kehidupan seperti Seloka Pak Pandir. Maka,
jelaslah bahawa kesusasteraan Melayu banyak memberi
pengetahuan dan pengajaran yang patut menjadi teladan
dan perlulah dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
7
3.2 Hiburan
Karya kesusasteraan juga tidak dinafikan berfungsi
sebagai medium hiburan. Hiburan ini terhasil
daripada himpunan bait-bait indah yang
diungkapkan, irama atau rentak suatu karya, juga
gaya penyampaiannya yang mampu membelai jiwa
dan emosi pembaca atau pendengar. Tidak
dinafikan, terselit juga unsur-unsur kelucuan yang
mampu menggelikan hati pembaca dalam karya
kesusasteraan. Ianya menjadi penawar nurani
kepada pembaca atau khalayak masyarakat kerana
sifat bahasanya yang dapat menyenangkan. Fungsi
inilah yang menjadikan karya sastera dapat diterima
dan digilai oleh masyarakat pada suatu ketika
dahulu.
8
Selain itu, karya sastera dapat digunakan untuk
mengisi masa lapang dan dijadikan sebagai hobi.
Pada suatu ketika dahulu, cerita-cerita rakyat
contohnya Kisah Pak Pandir akan disampaikan dan
diceritakan untuk menghilangkan kebosanan dalam
kalangan masyarakat. Walaupun kisah ini
mempunyai unsur jenaka, tetapi terselit juga
pengajaran-pengajaran yang disampaikan secara
halus dan santai kepada masyarakat.
9
3.3 Medium Dakwah
Kesusasteraan Melayu juga dapat menjadi
perantaraan untuk menyampaikan dakwah Islam.
Contohnya, penulisan sajak dan syair yang
berorientasikan Islam juga dilihat sebagai satu
unsur kesenian kerana menyampaikan dakwah
secara santai. Puisi yang ditulis oleh penyair Islam
khususnya mampu menyalurkan perasaan jihad
dan mengembangkan syiar Islam (Ahmad Kamal
Abdullah, 1989).
Penyampaian dakwah dalam kesusasteraan
Melayu misalnya puisi Adalah Aku karya Abham
T.R.. Puisi ini membincangkan berkenaan
hubungan hamba dengan Allah SWT. Puisi ini
melahirkan keinsafan dalam diri sesiapa sahaja
yang membacanya.
10
3.4 Kritikan Sosial
Kritikan sosial berfungsi sebagai medium
mengkritik dan sindiran kepada golongan tertentu
dalam masyarakat. Kritikan sosial ini amatlah
dititikberatkan kerana ia merupakan medium
untuk menyampaikan mesej kepada pembaca.
Secara ringkasnya, kritikan sosial dalam
kesusasteraan bertujuan untuk menegur
masyarakat dengan menggunakan karya sastera
sebagai pengantaraan.
Buktinya, karya sastera banyak menggunakan
pengalaman-pengalaman penulis yang terjadi di
dunia nyata. Contohnya, dalam cerita Lebai
Malang, yang terlalu bodoh sehingga
mendatangkan masalah kepada diri sendiri.
Cerita-cerita sebegini memberi bertujuan untuk
memberi peringatan kepada masyarakat.
4.0 Manifestasi Akal Budi 11
Pantun
Pantun merupakan khazanah seni sastera
yang sangat unik dan indah. Ianya
merupakan sejenis puisi lama yang dapat
melambangkan akal budi dan pemikiran
orang Melayu. Pantun yang baik ialah
pantun yang mempunyai pembayang dan
maksud yang saling berkaitan.
12
Rangkap 1
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Dalam rangkap pertama, padi diumpamakan sebagai
merendah diri iaitu tidak sombong dan angkuh. Hal ini
adalah kerana sifat padi tersebut yang semakin tunduk
jika ianya semakin berisi dan masak. Maka, maksud
pantun yang hendak disampaikan ialah seseorang yang
mempunyai kelebihan sama ada dari segi kekayaan,
pangkat, darjat, kepintaran dan sebagainya, janganlah
kita sesekali bersifat sombong dan angkuh. Kelebihan
yang diberikan sepatutnya menjadikan kita bersifat lebih
rasional dan tidak lupa diri. Ini kerana, orang berilmu
selalunya semakin tawadhuk kerana ilmu yang dipelajari
bertujuan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Pemikiran yang ditonjolkan melalui pantun ini
memaparkan berkenaan dengan betapa pentingnya
bersifat tawadhuk dalam kehidupan.
13
Rangkap 2
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Maksud pantun untuk rangkap kedua pula ialah
manusia diukur melalui budi bahasanya. Orang yang
berbudi bahasa akan dipandang mulia. Selain itu,
martabat sesebuah bangsa dinilai melalui penggunaan
bahasa yang sopan dan tutur kata yang diucapkan.
Menurut Mustafa Haji Daud (1995), seseorang yang
berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri seperti ikhlas, jujur,
merendah diri dan sebagainya. Budi bahasa amatlah
dititikberatkan kerana ia menjadi lambang bagi
menunjukkan identiti sesuatu bangsa. Budi bahasa
yang baik akan mampu memartabatkan lagi negara kita.
Akal budi yang dicerminkan melalui pantun ini memberi
gambaran personaliti masyarakat terdahulu yang amat
mementingkan kehalusan tutur kata.
Rangkap 3 14
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Bagi rangkap ketiga pula, perkaitan antara pembayang
dengan maksud pantun dapat dilihat dengan lebih jelas.
Maksud pantun ini ialah jika kita berguru dengan tidak
bersungguh-sungguh, maka tidak sempurnalah ilmu yang
diperolehi. Pembayang bagi pantun ini sudah jelas
menggambarkan perkara yang sia-sia dilakukan seperti
dalam maksud pantun ini. Pembayang pantun menyatakan
bahawa sekiranya kita berburu di padang jajar, yakni
sebuah padang yang luas, maka hasil yang kita akan dapat
ialah rusa berbelang kaki, iaitu belalang. Kita tidak akan
mendapat rusa yang sebenar. Kerana secara logiknya, jika
hendak berburu, berburulah di dalam hutan. Barulah dapat
hasil yang memuaskan. Akal budi yang ditonjolkan dalam
pantun ini ialah sebagai seorang pelajar, jika kita inginkan
kejayaan kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh
malah berlipat kali ganda lagi kerana kejayaan tidak akan
datang dengan sendirinya.
15
5.0 Rumusan
Intihannya, jelaslah bahawa kesusasteraan
Melayu merupakan karya yang sarat dengan
mesej dan hasil pemikiran tertentu
berdasarkan pengalaman pengarang yang
disampaikan sebagai medium untuk
menyampaikan pengajaran kepada
masyarakat menggunakan bahasa yang
santai. Maka, akal budi masyarakat Melayu
pada zaman dahulu jelas menunjukkan
kebijaksanaan mereka. Oleh itu,
kesusasteraan Melayu haruslah dijaga dengan
sebaik mungkin kerana ia merupakan
khazanah negara yang terpenting.
(1191 patah perkataan)
Senarai Rujukan