Hai, rakan-rakan! Mari kita kenali apa itu internet? Internet merupakan
teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. dengan adanya
jaringan internet, berlakunya perhubungan dunia tanpa sempadan. Kita dapat
berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain walaupun berada
di jarak yang terlalu jauh. Hanya di hujung jari sahaja segala maklumat
dapat diperoleh dengan mudah dan cepat.
Dengan kecanggihan dan kemodenan pada zaman siber ini, internet menjadi
salah satu daripada saluran ilmu pengetahuan serta boleh menjadi khazanah ilmu
yang penting kepada semua pengguna. Dalam proses pembelajaran, internet juga
menjadi lebih menarik dan berkesan. Ibu bapa pula boleh mengetahui aktiviti-aktiviti
dan kemajuan sekolah melalui blog atau laman sesawang
sekolah. Jelaslah bahawa melalui jaringan internet, dunia
tanpa sempadan menjadi kenyataan.
Namun begitu, internet juga boleh
menimbulkan kesan negatif jika
disalahgunakan. Oleh itu, kita
hendaklah bijak memilih maklumat-maklumat
yang berfaedah ketika melayari internet.