BBUUKKUULLOOGG BULANSABITMERAHMALAYSIA MALAYSIANREDCRESCENT BBUULLAANNSSAABBIITTMMEERRAAHHMMAALLAAYYSSIIAA NAMA : AIMI MASTURA BINTI SAHARUDIN UNIT : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1 PROGRAM : PISMP JUN 2021 (B) NAMA : KRISTIL TAN AI TENG PENSYARAH IINNSSTTIITTUUTTPPEENNDDIIDDIIKKAANNGGUURRUUKKAAMMPPUUSS PPEERREEMMPPUUAANNMMEELLAAYYUU
Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan ahli tentang cara untuk menjadi seorang ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin. Melalui penglibatan dalam Bulan Sabit Merah Malaysia, seseorang ahli akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan ke atas seseorang manga sama ada semasa tenang atau ketika dalam suasana cemas. Bulan Sabit Merah Malaysia berhasrat untuk melatih para ahli supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas untuk kegunaan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Pergerakan ini juga melatih ahli- ahli dan para pelajar supaya mempunyai kemahiran yang berkaitan dengan perkhidmatan pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat asas dan lanjutan. PENGENALAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
OBJEKTIF PENUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Melatih ahli supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas untuk kegunaan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. O1 O2 O3 Melatih ahli supaya mempunyai kemahiran berkaitan dengan perkhidmatan pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat lanjutan. Melahirkan lebih ramai ahli atau jurulatih untuk pihak pasukan bantuan sukarela yang mana Bulan Sabit Merah Malaysia mampu mengembang, membentuk, memimpin dan merancang kegiatan kesukarelawan melalui kegiatan dan aktiviti berpersatuan.
BBIIOODDAATTAA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
TAHUN DAN SEMESTER : TAHUN 2 SEMESTER 2 NAMA: AIMI MASTURA BINTI SAHARUDIN ANGKA GILIRAN : 2021142340399 ALAMAT TETAP : NO.18 JALAN 4 TAMAN RIA BATU 7 1/2 45500 TANJONG KARANG, SELANGOR. NO. TELEFON : 010-8294210 PENGKHUSUSAN : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1 AMBILAN: PISMP JUN 2021 (B)
SSEEJJAARRAAHH PPEENNGGAASSAASSDDAANN PPEENNUUBBUUHHAANN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
SEJARAH PENGASAS DAN PENUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Henry Dunant atau nama sebenarnya, Jean Henry Dunant lahr pada 8 Mei 1828 di Rue Verdaine, aitu sebuah bandar lama di Geneva. Henry Dunant terkenal dengan gelaran Bapa Palang Merah. Ayahnya ialah seorang peniaga terkenal dan berharta manakala ibunya pula seorang ibu yang penyayang dan patuh kepada agama. Henry Dunant aktif dalam pelbagai kegiatan amal dan agama. Beliau juga aktif dalam menyatukan orang Kristian dan Yahudi menjadi ahli bagi LEAGUE OF ALMS di Geneva. Objektif bagi pengerakan ini ialah untuk membantu penduduk yang miskin dan sakit serta melawat penjara untuk memulihkan banduan yang berada dalam tahanan. Pada usianya 30 tahun, minatnya terarah kepada sekumpulan organisasi di Switzerland, France dan Belgium yang terkenal dengan nama Young Mens Christian Union dan dikenal sebagai Young Mens Christian Assosiation di England. Pada tahun 1853, satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah telah dimulakan. Dunant bertindak menentang dan mencadangkan satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak hanya terhad di Eropah sahaja. Hasil desakan Dunant, satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855. Henry Dunant atau nama sebenarnya, Jean Henry Dunant lahr pada 8 Mei 1828 di Rue Verdaine, aitu sebuah bandar lama di Geneva. Henry Dunant terkenal dengan gelaran Bapa Palang Merah. Ayahnya ialah seorang peniaga terkenal dan berharta manakala ibunya pula seorang ibu yang penyayang dan patuh kepada agama. Henry Dunant aktif dalam pelbagai kegiatan amal dan agama. Beliau juga aktif dalam menyatukan orang Kristian dan Yahudi menjadi ahli bagi LEAGUE OF ALMS di Geneva. Objektif bagi pengerakan ini ialah untuk membantu penduduk yang miskin dan sakit serta melawat penjara untuk memulihkan banduan yang berada dalam tahanan.
Beliau memulakan perniagaan sendiri pada tahun 1855. Dalam bulan Jun 1859, beliau datang ke Itali untuk menguruskan perniagaannya. Semasa dalam perjalanan, beliau singgah di Castiglione della Piere. Ketika berada di Castiglione della Piere pertempuran Solferino mula meletus, dan menyebabkan Henry Dunant terperangkap dalam peperangan tersebut. Di sana, beliau mendapati banyak mangsa peperangan yang sakit dan ada yang mati. Oleh itu, beliau cuba membantu orang yang sakit dan tercedera dalam peperangan tersebut dengan sedaya-upaya. Pengalaman berharga ini telah menyebabkan beliau meninggalkan hal-hal perniagaannya sendiri. Beliau lebih menumpukan tentang bagaimana penderitaan dan peperangan yang dihadapi oleh para tentera dan penduduk setempat dapat diringankan. PEPERANGAN SOLFERINO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Pengalaman berharga yang beliau lalui sepanjang berada di sana telah dibukukan dalam sejarah bertajuk buku "A Memory of Solferino". Buku ini ditulisnya sendiri dan adalah permulaan bagi kejayaan kerjayanya yang seterusnya. Dalam buku tersebut, beliau menyarankan agar pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih patut ditubuhkan untuk menolong dan membantu anggota tentera yang tercedera di semua negara yang berperang. Tapa diduga, ideanya telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang ramai. Konsep kesukarelawan antarabangsa antara negara untuk menentukan penjagaan orang sakit telah menarik minat kebanyakan pembacanya.
Pada 1903, Jean Henry Donant menerima jazah doktor kehormat dari Universit Hedelberg, Jerman. Kemudian, bekau terlantar di hospital sehingga meninggal dunia parta 30 Oktober 1910. Pada akhir hayatnya, beliau mengalami tekanan perasaan akibat kemelesetan dan kritikan darpaita Moynier. Henry Dunant dan Gustave Moynier odak pernah berdamai Jean Henry dikebumikan tanpa sebarang upacara di perkuburan Sihfeld Zunch, Switzerland. Di dalam wasiatnya, beliau mahu mendermakan wangnya kepada rumah kebajikan Heden, pertubuhan kebajikan di Norway dan Switzerland, Beliau juga mahu wangnya dibayar kepada pemiutang pemutang KEMATIAN HENRY DUNANT BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Hari lahirnya pada 8 Mei disytihar sebagai Hari Bulan Sabit Meraly Palang Merah Antarabangsa Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai sempat di serata dunia dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniaakan olen IRCR kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja-kerja kemanusiaan. Malah, filem Henry Dunant. Du Rouge Sur La Croix telah diterbitkan bagi mengenang jasa jasa beliau
PPEEMMBBAANNGGUUNNAANN KKOONNVVEENNSSYYEENNGGEENNEEVVAA DDAANNPPRROOTTOOKKOOLL TTAAMMBBAAHHAANN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 01 SIAPAKAH YANG TERIKAT DENGAN KONVENSYEN ? Hanya Negara yang boleh menandatangani perjanjian antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva serta Protokol Tambahannya. Walau bagaimanapun, semua pihak dalam konflik bersenjata sama ada Negara atau kumpulan bersenjata adalah terikat dengan UUKA. UUKA digunapakai sejurus tercetusnya konflik bersenjata dan mengikat secara undang-undang semua yang terlibat, tanpa mengambilkira pihak mana yang memulakan persengketaan. UUKA diguna pakai hanya ke atas konflik bersenjata ia tidak merangkumi ketegangan atau kekacauan dalaman seperti tindakan keganasan berasingan dan tidak berkaitan antara satu sama lain. Dalam konflik bersenjata antarabangsa dan bukan antarabangsa, semua pihak mesti mematuhi peraturan-peraturan UUKA, yang mana membezakan kedua-dua jenis konflik tersebut. Konflik bersenjata antarabangsa bermakna apabila sekurangkurangnya dua buah negara terlibat. Mereka terikat dengan rangkaian peraturan-peraturan yang luas, termasuk keempatempat Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan I. Konflik bersenjata bukan antarabangsa atau perang saudara adalah terbatas dalam sempadan sesebuah negara, yang melibatkan samada antara angkatan bersenjata dengan kumpulan pemberontak bersenjata, atau kumpulankumpulan bersenjata berlawan sesama sendiri. Satu rangkaian peraturan yang lebih terhad diguna pakai dalam konflik sedemikian. Peraturan tersebut terkandung dalam Artikel 3 lazim kepada Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan II, yang mana mempunyai skop yang lebih kecil. Terdapat juga undang-undang lazim yang diguna pakai kepada konflik bersenjata bukan antarabangsa. BILAKAH UUKA DIGUNA PAKAI?
KONVENSYEN GENEVA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA KONVENSYEN GENEVA PERTAMA KONVENSYEN GENEVA KEDUA Penggunaan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah sebagai emblem perlindungan dengan memberikan perlindungan ke atas askar-askar yang cedera dan sakit di medan pertempuran darat. Selain itu, memberi perlindungan kepada kakitangan perubatan yang merawat serta peralatan dan tempat. KONVENSYEN GENEVA KETIGA KONVENSYEN GENEVA KEEMPAT Lanjutan daripada Konvensyen Geneva Pertama, perlindungan diberikan kepada askar-askar lautan yang cedera dan sakit di medan pertempuran laut. Di bawah peraturan ini hospital di kapal perlu dilindungi. Dengan itu, perlindungan juga diberikan kepada askar yang terdiri daripada anak-anak kapal yang karam. Layanan diberikan dengan melindungi angkatan tentera yang di tahanan semasa perang. Angkatan tentera yang ditawan diberi rawatan dan perlindungan standard. Mereka juga diberi kebebasan menjalani kehidupan biasa dan hak untuk menerima berita daripada keluarga. Perlindungan diberikan kepada orang awam dan harta benda mereka semasa perang. Mereka juga berhak diberikan kebebasan menjalani kehidupan harian. Penduduk awam perlu dipindahkan jika tempat tinggal mereka dijajah oleh musuh.
PROTOKOL TAMBAHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA PROTOKOL TAMBAHAN I 1977 01 02 Memberi perlindungan tambahan sewaktu konflik bersenjata antarabangsa iaitu dengan : Membentuk peraturan melindungi wanita dan kanak-kanak. 1. Menghadkan penggunaan senjata. 2. PROTOKOL TAMBAHAN II 1977 Mengandungi jaminanjaminan asas untuk orang yang tidak terlibat dalam pertempuran ketika konflik bersenjata bukan antarabangsa. Meluaskan tahap tanggungjawab askaraskar dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa.
UUNNDDAANNGG--UUNNDDAANNGG KKEEMMAANNUUSSIIAAAANN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
UUKA adalah sebahagian daripada undang-undang antarabangsa awam. Peraturan UUKA ini terkandung dalam perjanjian atau konvensyen, dan juga merupakan sebahagian daripada undang-undang am yang diterima oleh semua negara. UUKA tidak mengawal sama ada sesebuah negara boleh menggunakan kekerasan atau tidak. Ini ditentukan oleh Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan peraturan adat lain undang-undang antarabangsa awam. Bagaimanapun, apabila konflik bersenjata berlaku, UUKA mula dilaksanakan. UUKA berusaha untuk mengawal selia cara dan kaedah peperangan dalam kedua-dua jenis konflik bersenjata, baik konflik antarabangsa dan bukan antarabangsa. Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) merupakan peraturan yang ditubuhkan atas dasar kemanusiaan, dengan tujuan untuk mengehadkan kesan konflik bersenjata. Ia bertujuan memberikan perlindungan kepada individu yang tidak terlibat dalam pertempuran atau yang tidak lagi mengambil bahagian dalam peperangan, dan mengehadkan cara dan kaedah peperangan yang digunakan. UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA ASAL USUL UUKA Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) mempunyai akar umbi yang dikenal pasti daripada peraturan yang diamalkan dalam tamadun purba dan agama. Sejak zaman purba, peperangan telah dibatasi oleh prinsip-prinsip tertentu dan adat yang diterima secara meluas. Proses kodifikasi global UUKA bermula pada abad ke-19. Sejak itu, negara-negara di seluruh dunia telah bersetuju untuk menerima pakai satu set peraturan praktikal, berdasarkan pengalaman pahit mereka semasa perang. Peraturan ini bertujuan untuk mencapai keseimbangan antara keperihatinan kemanusiaan dan keperluan ketenteraan sesebuah negara. Dengan perkembangan masyarakat antarabangsa, bilangan negara yang menyumbang kepada pembangunan UUKA juga meningkat. Pada masa ini, UUKA ialah satu bentuk undangundang yang terpakai secara global.
KENAPA PERLU MENGHORMATI UUKA ? KENAPA PERLU MENGHORMATI UUKA ? PERJANJIAN YANG MEMBENTUK UUKA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA UUKA telah berlangsung selama 150 tahun dengan terdiri daripada pelbagai perjanjian antarabangsa yang wujud. Salah satu perjanjian UUKA yang paling terkenal adalah empat Konvensyen Geneva 1949 dan Protokol Tambahan yang berkaitan dengannya. Selain itu, terdapat perjanjian-perjanjian lain yang membatasi atau melarang penggunaan senjata dan taktik ketenteraan tertentu serta melindungi orang dan harta benda dalam kategori tertentu. Perjanjian-perjanjian ini termasuklah: Konvensyen 1954 mengenai Perlindungan Harta benda Warisan dalam Situasi Konflik Bersenjata serta kedua-dua protokolnya; Konvensyen Senjata Biologi 1972; Konvensyen Senjata Konvensional 1980 dan kelima-lima protokolnya; Konvensyen Senjata Kimia 1993; Konvesyen Ottawa 1997 mengenai Periuk Api; Protokol 2006 mengenai Saki Baki Bahan Letupan Selepas Perang (Explosive Remnants of War/ERW). SATU PILIHAN YANG PATUT DILAKUKAN OLEH PIHAK TENTERA SATU PILIHAN POLITIK YANG MUNASABAH SATU TANGGUNGJAWAB MORAL Menghormati UUKA merupakan satu kewajipan yang munasabah. Ini kerana UUKA menyelaraskan keperluan ketenteraan, seperti memastikan sasaran objektif tentera adalah sah, dengan aspek kemanusiaan, di mana tindakan yang menyebabkan kesengsaraan, kecederaan, atau kemusnahan yang melampau adalah tidak munasabah. Setiap budaya memiliki peraturan yang ketat dalam mengawal kuasa tentera. UUKA adalah pengekalan dan penyalinan undang-undang global bagi peraturan tersebut. Dengan mematuhi UUKA, negara-negara memberi diri mereka peluang untuk memastikan penghormatan terhadap kemanusiaan dalam keadaan perang, serta menjamin pemeliharaan martabat manusia dalam semua keadaan. Melayan musuh dengan mengikut prinsip UUKA merupakan tindakan politik yang munasabah. Ini adalah cara terbaik untuk mempengaruhi pihak musuh supaya mereka juga mematuhi peraturan yang sama. Menghormati tanggungjawab UUKA mereka juga boleh merangsang pihak lain untuk melakukan perkara yang serupa. SATU KEWAJIPAN DARI SEGI UNDANG-UNDANG Apabila sebuah negara menandatangani UUKA, ia mengambil tanggungjawab undang-undang yang termaktub dalam perjanjian tersebut.
PERATURAN ASAS UUKA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Perlindungan kepada mereka yang tidak terlibat atau tidak lagi aktif dalam pertempuran Meliputi orang awam, kakitangan perubatan, anggota agama, dan tentera yang cedera, sakit, atau tawanan perang. Kehidupan, maruah, integriti, fizikal dan mental perlu dihormati dan dilindungi. Dilarang membunuh atau mencederakan musuh yang menyerah kalah atau tidak dapat melawan. Mereka yang sakit dan cedera mesti dijaga dengan baik dan anggota serta kemudahan perubatan mesti dilindungi. Perlindungan tawanan perang Tawanan perang perlu dilayan dengan hormat dan mendapat perlindungan undang-undang. Tawanan perang mesti dibekalkan dengan makanan, tempat tinggal, rawatan perubatan dan dibenarkan untuk berutus khabar dengan keluarga mereka. Penggunaan simbol untuk pengenalan dan perlindungan Simbol seperti Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan simbol lain yang mengenal pasti harta warisan dan kemudahan pertahanan awam. Peraturan ini bertujuan untuk menjamin perlindungan dan layanan berperikemanusiaan terhadap semua individu yang terjejas oleh konflik bersenjata, serta memastikan prinsip kemanusiaan dihormati dalam semua keadaan.
PPRRIINNSSIIPP--PPRRIINNSSIIPP AASSAASSPPEERRGGEERRAAKKAANN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
PRINSIP-PRINSIP ASAS BULAN SABIT MERAH BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah menggariskan 7 prinsip asas bagi Persekutuan dan Persatuan Kebangsaan untuk diterimapakai. Prinsip-prinsip ini diterima secara rasmi pada Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ke – 20 Di Vienna, Itali dalam tahun 1965. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut :
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA KEMANUSIAAN Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia. la memupuk semangat kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan dalam kalangan manusia. Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan seseorang individu dan memberikan keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius. Mendapat kepercayaan orang ramai terhadap persatuan dan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian bercorak politik, perkauman, agama dan idealogi. Walaupun berupa tambahan kepada yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara, persatuan tetap menjaga autonominya supaya persatuan boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. Merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan. Hanya terdapat satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan in hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia. Sema persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling membantu antara satu sama lain. KESAKSAMAAN KEBERKECUALIAN KEBEBASAN KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KESEJAGATAN
SSEEJJAARRAAHH PPEENNUUBBUUHHAANNDDII MMAALLAAYYSSIIAA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 01 SEJARAH PENUBUHAN BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA SEJARAH BULAN SABIT MERAH 1 5 4 2 Bulan Sabit Merah Malaysia ialah sebuah pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Merupakan organisasi sukarela kemanusiaan. Bertujuan menggalakkan nilaim nilai kemanusiaan, emberi perkhidmatan se t rta pendidikan awam erutamanya dalam kes-kes pengurusan bencana dan penjagaan kesihatan. Persatuan ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. PENUBUHAN 3 Sejarah penubuhan PBSM bermula apabila tertubuhnya cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak sekitar tahun 1948. Seterusnya, kegiatan PBSM mula diluaskan di negerinegeri lain di Malaysia melalui penubuhan cawangancawangan PBSM.
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 01 SEJARAH PENUBUHAN BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangan Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak di bawah Persatuan Palang Merah Malaysia. Ianya dibentangkan di Parlimen dan seterusnya digazetkan pada tarikh 5 September 1975. Sejarah penubuhan PBSM diteruskan dengan penukaran nama Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Persatuan Bulan Sabit Malaysia sejajar dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia. 1948 Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu Cawangan Palang Merah British. 1950- 1952 1961 1962 1963 1965 1975 Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu Cawangan Palang Merah British. I Mei 1961, Rang Undangundang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibacakan di Parlimen 16 April 1962, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) Akta 1961 (No.4 tahun 1962) telah berkuatkuasa. 4 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menerima pengiktirafan dengan rasmi sebagai satu Persekutuan Palang Merah. Selaras dengan penubuhan Malaysia, parlimen telah meluluskan Akta Persatuan Palang Merah (Akta No.47 tahun 1965). 21 Ogos, nama Palang Merah ditukarkan kepada Bulan Sabir Merah dan diwartakan pada 4 September 1975
PPEENNGGUURRUUSSAANNDDAANN PPEENNTTAADDBBIIRRAANN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 01 CARTA ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA JAWATANKUASA KEBANGSAAN PASUKAN KEBAJIKAN JAWATANKUASA EKSEKUTIF CAWANGAN CABANG UNIT URUSETIA CAWANGAN URUSETIA CABANG URUSETIA KEBANGSAAN BANTUAN SUKARELA LAIN-LAIN UNIT BELIA LINK
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 01 CARTA ORGANISASI BULAN SABIT MERAH IPGKPM Dr. Hajah Kartini binti Abdul Mutalib PENAUNG Cik Kristil Tan Ai Teng PENASIHAT Dr. Norsiah binti Bahari PENASIHAT Nurin Yasmin binti Raziman PENGERUSI Nur Athirah binti Iszamli NAIB PENGERUSI Aina Qasrina binti Johari SETIAUSAHA Puteri Nur Iman Qistina binti Arman Shah NAIB SETIAUSAHA Nurwidad Awatif binti Mohd Zulkifly BENDAHARI Nurul Faeika binti Mansor NAIB BENDAHARI
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 01 CARTA ORGANISASI BULAN SABIT MERAH IPGKPM KUARTER MASTER Maisarah Hanisah binti Zainul Azman PEN. KUARTERMASTER Ayu Nabila binti Sabarrudin LATIHAN Nur Aisyah Damia binti Zulkeffly Fatin Najlaa binti Nordin Nur Syariah binti Ishak Amni Wazini binti Zaharudin WAKIL UNIT Nur Irdina Adlina binti Norazli Sham Nurul Shuhada binti Haraman Nurul Hashimah binti Abd Wahab Nurfarzana Huda binti Muhammad Haris SUKARELAWAN Nur Anisah binti Azlan Intan Nur Liana binti Mat Zain PENGANGKUTAN Assyifaa binti Azman Nur Dayana Faqihah binti Mohd Johan DOKUMENTASI Nur Alyaa Nabilah binti Rusle Nurirdina binti Norselin Siti Aisyah binti Abdul Halim Eishah Radhiah binti Amran
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 01 CARTA ORGANISASI BULAN SABIT MERAH IPGKPM KUARTER MASTER Maisarah Hanisah binti Zainul Azman PEN. KUARTERMASTER Ayu Nabila binti Sabarrudin LATIHAN Nur Aisyah Damia binti Zulkeffly Fatin Najlaa binti Nordin Nur Syariah binti Ishak Amni Wazini binti Zaharudin WAKIL UNIT Nur Irdina Adlina binti Norazli Sham Nurul Shuhada binti Haraman Nurul Hashimah binti Abd Wahab Nurfarzana Huda binti Muhammad Haris SUKARELAWAN Nur Anisah binti Azlan Intan Nur Liana binti Mat Zain PENGANGKUTAN Assyifaa binti Azman Nur Dayana Faqihah binti Mohd Johan DOKUMENTASI Nur Alyaa Nabilah binti Rusle Nurirdina binti Norselin Siti Aisyah binti Abdul Halim Eishah Radhiah binti Amran
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 01 CARTA ORGANISASI BULAN SABIT MERAH SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BARU GURU BESAR TN HJ ZULFIKLY BIN MANSOR PEN. KANAN KOKURIKULUM PN NORAISHAH BINTI YAAKOP GURU PENASIHAT PN ROSLINDA BT AHMAD PN ROSNANI BT MD TAHIR PN WAN MAZNAZIHA BT W.MANSOR EN NOOR NASHREEN B MOHD TAMAN PN ZUNAIRAH BT ZAINOL ABIDIN PN MASHITA BT BACHIK PN SUFIAHANA BT MAHZAN TN HJ SHABANI BT MOHD SAKAN PN SUZIANA BT SULAIMAN PN ROHANA BT OMAR TN HJ AHMAD FAHMI B IBRAHIM PN ALISHA THIEN ABDULLAH PN SUGASNI A/P RAMACHANDARAN CIK NURUL NADIAH BT YAHAYA PN SALFARINA BT ABU BAKAR
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 01 CARTA ORGANISASI MURID BULAN SABIT MERAH SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BARU PENGERUSI MUHAMMAD ARIQ DZAKUAN B RAZALI (6 MUTIARA) NAIB PENGERUSI MADIHAH FARZANA BINTI MOHD ASRI (6 MUTIARA) SETIAUSAHA NUR BATRISYIA BINTI KAMAL (6 ZAMRUD) NAIB SETIAUSAHA MUHAMMAD ALIFFUDIN B AMERRUDIN (6 MUTIARA) BENDAHARI QURRATU AINI FADHILAH BINTI MOHD HAFIZ (6 MUTIARA) NAIB BENDAHARI MUHAMMAD AL-KHAWARIZMI B RANI (6 BERLIAN) AJK MUHAMMAD HAIRUL HASBULLAH B ROSLI (6 ZAMRUD) NUR SYAHIRAH BINTI MUHAMMAD KHAIRIL (6 BERLIAN) MUHAMMAD WAFIQ B KHAIRUL ZAMIR (5 PERMATA) NURDAMIA QISTINA BINTI RAMLI (5 MUTIARA) MUHAMMAD NAFIZ B ADNAN (4 NILAM) HAZIQAH NUR IMANI BINTI SYAHRULAZMAN (4 NILAM
JENIS KEAHLIAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Keahlian Biasa Ahli Seumur Hidup Ahli Kehormat Seumur Hidup Ahli Belia Yuran Tahunan sekurang-kurangnya RM1.00 setahun dikenakan untuk menjadi ahli PBSMM. Bayaran boleh dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang. Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan. Kutipan yuran keahlian adalah tanggungjawab Cawangan dan Cabang. Permohonan untuk menjadi Ahli Seumur Hidup adalah diatas budibicara dan kelulusan Cawangan. Yuran yang dikenakan ialah tidak kurang daripada RM1,000.00. Permohonan untuk menjadi Ahli Seumur Hidup adalah diatas budibicara dan kelulusan Cawangan. Yuran yang dikenakan ialah tidak kurang daripada RM1,000.00. Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan terbahagi kepada dua seperti berikut: Seseorang yang berumur tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit dikenali sebagai Bulan Sabit Kanak-Kanak (Red Crescent Link) Seseorang yang berumur tidak melebihi 18 tahun dan berdafatar di bahagian unit dikenali sebagai Bulan Sabit Muda (Junior Red Crescent) Seseorang yang berumur tidak melebihi 25 tahun dan berdafatar di bahagian unit dikenali sebagai Pasukan Bantuan Sukarela (Voluntary Aid Detachment-VAD)
JENIS KEAHLIAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Pendaftaran Ahli Pungutan Yuran Keahlian Pemberhentian Dan Penamatan Keahlian Pendaftaran keseluruhan ahli PBSMM akan disimpan didalam Sistem Database di Ibu Pejabat Kebangsaan. Setiap Cawangan, Cabang dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masingmasing. Bagi Cawangan yang tidak mempunyai Unit dibawah tadbiran mereka, maka rekod keahlian disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan. Pungutan yuran keahlian adalah tanggungjawab Cawanagn dan Cabang. Seseorang ahli boleh berhenti keahliannya dengan memberi notis bertulis kepada Persatuan. Pemberhentian akan berkuatkuasa sebaik sahaja notis tersebut diterima oleh Persatuan. Seseorang ahli Persatuan boleh di gantung, dilucutkan atau ditamatkan keahliannya oleh pihak Persatuan. Seseorang ahli yang ditamatkan atau diberhentikan keahliannya mengikut arahan (6.7.1) diatas tidak layak tidak layah membuat sebarang tuntutan kewangan daripada Persatuan tetapi diperlukn membayar sebarang hutang yang dibuat sehingga tarikh beliau dibuang atau diberhentikan daripada Persatuan.
PAKAIAN SERAGAM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA UNIFORM BSMM NO. 3 PEGAWAI AHLI BELIA/ KADET/ MUDA AHLI BELIA PAKAIAN KERJA UNIFORM LELAKI UNIFORM PEREMPUAN
PAKAIAN SERAGAM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA UNIFORM KORPORAT BSMM PEGAWAI AHLI BELIA/ KADET/MUDA AHLI BELIA (GURU PELATIH SAHAJA) LELAKI DAN PEREMPUAN PAKAIAN KORPORAT UNIFORM LELAKI UNIFORM PEREMPUAN
PAKAIAN SERAGAM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA UNIFORM MUFTI BSMM PEGAWAI AHLI BELIA/ KADET/MUDA LELAKI DAN PEREMPUAN PAKAIAN MUFTI UNIFORM LELAKI UNIFORM PEREMPUAN
PAKAIAN SERAGAM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA UNIFORM BSMM NO.3 KADET LELAKI DAN PEREMPUAN PAKAIAN KERJA UNIFORM LELAKI UNIFORM PEREMPUAN
LOGO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 2 3 4 Pada April 1948, Palang Merah British telah membuka cawangan di Borneo Utara (sekarang Sabah) dan Sarawak dan beribupejabat di London. Sejak penjelajahan British di Tanah Melayu, cawangan Palang Merah British\mula dibuka di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Selangor, Melaka, Johor dan Pahang. Pada tahun 1962 Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan iaitu Akta # 4 Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya (Pemerbadanan) 1962 (Act # 4, The Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act 1962). Maka Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya ditubuhkan dengan rasminya dan beribupejabat di Kuala Lumpur. Pada tahun 1975, nama Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan lambang Palang Merah yang digunakan turut ditukar kepada lambang Bulan Sabit Merah melalui Akta # 162, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975
Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Lyrics : Tan Sri Dato’ Dol Ramli Song : Dato’ Johari Salleh
Bahawa kami Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan pemerintah-pemerintah di negara kami. Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: 1. KEMANUSIAAN 2. KESAKSAMAAN 3. KEBERKECUALIAN 4. KEBEBASAN 5. KHIDMAT SUKARELA 6, KETUNGGALAN 7. KESEJAGATAN IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
LLAAPPOORRAANNAAKKTTIIVVIITTII BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
LAPORAN AKTIVITI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
LAPORAN AKTIVITI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
LAPORAN AKTIVITI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
LAPORAN AKTIVITI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
LAPORAN AKTIVITI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
LAPORAN AKTIVITI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
LAPORAN AKTIVITI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
PPEERRAANNCCAANNGGAANN OORRIIEENNTTAASSIIUUNNIITT BBEERRUUNNIIFFOORRMM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 01 TAKWIM TAHUNAN BULAN SABIT MERAH SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BARU 2023
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 01 TAKWIM TAHUNAN BULAN SABIT MERAH SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BARU 2023