PENTAKSIRAN BERTERUSAN PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK1094) Nama : NURUL NAZIERAH BINTI JAMLAN No Matrik : P23201540 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2023 Kumpulan/Unit : PT1S2.12 Nama Pensyarah : DR ROHANI BINTI HUSAINI
Kurikulum pendidikan Awal kanak-kanak PAKK1094
2 Latar belakang 3 Matlamat/ objektif 4 Kerangka konseptual 5 Bidang atau tunjang Isi kandungan 6 Kesinambungan kandungan & kemahiran 7 Penutup 1 Pengenalan
Menurut Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003), kurikulum adalah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan. Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia merujuk kepada program yang disediakan untuk kanak-kanak yang berumur sejak lahir sehingga lapan tahun termasuk jagaan di taman asuhan kanak-kanak (taska), taman didikan kanak-kanak (tadika), prasekolah atau sekolah rendah yang diuruskan oleh pelbagai institusi yang berbeza (Nor Fauzian Kassim, & Fauziah Hanim Abdul Jalal, 2015). Pengenalan Kurikulum yang digunapakai bagi taska dan tadika adalah berbeza. Walaubagaimanapun, kedua-dua kurikulum ini mempunyai perkaitan dan kesinambungan antara satu sama lain dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh.
Kurikulum taska dan tadika
Kurikulum taska Bukti kajian neurosains menunjukkan perkembangan otak dan minda kanak-kanak adalah paling pesat pada tempoh 3 tahun pertama (Wong, & Faridah Yunus, 2021). Pada tahun 2006, Jemaah Menteri sedar akan kepentingan kurikulum bagi kanak-kanak berusia 0-4 tahun yang mengintegrasikan aspek pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti bagi menyokong perkembangan kanakkanak secara menyeluruh. Hal ini yang demikian membawa kepada penubuhan kurikulum PERMATA Negara (KPN) bagi membangun personaliti, emosi dan pengetahuan kanak-kanak. . latar belakang taska Taska ’merupakan singkatan nama bagi taman asuhan kanak-kanak. Taska merupakan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak sejak lahir hingga berusia 4 tahun. kurikulum bagi taska
Pengasas Kurikulum permata Pelaksanaan KPN ialah cetusan idea oleh Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6. KPN Disemak pada tahun 2008 sebelum dilaksana di semua pusat Asuhan kanakkanak. Dibantu oleh beberapa ahli professional, ahli akademik, guru dan komuniti. Dasar asuhan dan didikan awal kanak-kanak(2008) telah meluluskan kurikulum PERMATA sebagai kurikulum kebangsaan bagi program asuhan dan didikan awal kanak-kanak berumur 0-4 tahun.
Kementerian dibawah Kementerian dibawah KPN Kementerian pembangunan Wanita , keluarga dan masyarakat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM): merupakan kementerian utama yang bertanggungjawab untuk menguruskan program PERMATA. Ia memainkan peranan penting dalam merancang, melaksanakan, dan mengawasi pelaksanaan program-program PERMATA di seluruh negara.
Kurikulum tadika latar belakang tadika/prasekolah Tadika ’merujuk kepada taman didikan kanak-kanak. Tadika juga disebut sebagai prasekolah iaiitu program pendidikan bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. latar belakang kurikulum KSPK Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dibina pada tahun 2010 bagi prasekolah kerana ia merupakan asas penting dalam pembangunan awal kanak-kanak sebelum mereka memasuki peringkat pendidikan formaL,darjah satu. Kemudian, KSPK disemak semula pada tahun 2017 untuk menyesuaikan dengan aspirasi dan halatuju Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pelaksanaan KSPK Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) memperuntukkan kspk digunakan di prasekolah kerajaan dan tadika swasta. (Mohd Nazri Abdul Rahman, & Wan Nurul Baizura Wan Mohamad Noor, 2018)
Pengasas KSPK Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian ini bertanggungjawab untuk membangunkan, melaksanakan, dan mengawal seluruh aktiviti pendidikan prasekolah di Malaysia, termasuklah pelaksanaan KSPK.
Asas pertimbangan pembentukanpertimbangan pembentukanKPN & KSPK Asas pertimbangan dalam pembentukan kurikulum PERMATA dan KSPK melibatkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Rukun Negara, dan teori pendidikan awal kanak-kanak. FPK menitikberatkan pendidikan holistik bagi pembentukan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Rukun Negara pula menjadi asas perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat serta membentuk nilai-nilai murni seperti kesopanan dan kepercayaan kepada tuhan. Manakala teori pendidikan awal kanak-kanak yang masih relevan seperti teori psikososial oleh eric ericson menjadi panduan dalam membina kurikulum PAKK Malaysia yang berkualiti.
Kurikulum taska dan tadika
AKHLAK Objektif KPN & KSPK Pembentukan
Objektif Imam al-ghazali mengatakan bahawa kanak-kanak ibarat kain putih dan dibentuk melalui persekitarannya. Oleh itu objektif kurikulum permata ialah membina atau membangunkan emosi, akhlak dan spiritual kanak-kanak. Perkara ini dibangun sejak kanak-kanak berusia antara 0-4 tahun kerana kanakkanak masih belum mengetahui perkara betul dan salah. bertujuan untuk untuk melahirkan individu yang bersahsiah mulia, tenang, ceria, bersopan santun, penyayang, berempati dan adil. Pengenalan awal ini penting bagi memberi kanak-kanak memahami sikap dan sifat yang positif yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Antara perlakuan baik dan moral yang diajar kepada anak anak antaranya sentiasa jujur, berkata benar, niat yang baik,dan menjaga kebersihan (Mohd Azhar et al., 2012). Amalan ini diterapkan melalui pengasuhan dan pembelajaran kanakkanak taska. Permata
kerana kanak-kanak yang beragama islam didahkan dengan pengajaran agama Seperti Pengetahuan asas Al-Quran dan jawi, pembentukan akidah islamiah, ibadah, penyuburan adab, akhlak dan pengenalan kepada sirah Usaha membentuk akhlak, emosi dan spiritual kanak-kanak dalam KSPK lebih jelas dan meluas. Objektif kspk Disamping itu, kanak-kanak juga diterapkan nilai-nilai murni yang diamalkan masyarakat setempat yang akan melahirkan modal insan yang berakhlak tinggi.
Objektif KSPK ialah membentuk sahsiah kanak-kanak dengan diperkukuh lagi pengamalan nilai-nilai islam dan nilai-nilai murni dalam masyarakat Malaysia. KSPK bertujuan untuk menyemai nilai-nilai keislaman dan murni dalam diri kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan mereka. Pengamalan nilai-nilai Islam seperti kejujuran, kesederhanaan, kasih sayang, dan keadilan diajar dan dipraktikkan dalam aktiviti harian kanak-kanak. Sementara itu, nilai-nilai murni seperti kesopanan, keterbukaan, dan tanggungjawab juga ditekankan untuk dibudayakan dalam diri kanak-kanak. Objektif kspk
Secara ringkasnya, KPN dan KSPK mempunyai matlamat dan halatuju yang sama iaitu untuk membentuk akhlak emosi dan spiritual kanakkanak sejak mereka di awal usia kerana “melentur buluh biarlah pada waktu rebungnya” . Di peringkat taska, kanak--kanak dibina asas sahsiah positif dan mengenal tuhan. Kemudian dikukuhkan lagi depngan pengetahuan nilai-nilai islam serta moral dalam prasekolah melalui KSPK. Akhlak dalam Islam sangat penting dan besar pengaruhnya dalam membina dan membentuk manusia (. Walaupun pendekatan pembelajaran yang digunakan adalah berbeza namun ia mempunyai matlamat yang sama dalam mengembangkan lagi kerohanian kanak-kanak. Pendekatan yang digunakan sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Objektif ini selaras dengan prinsip rukun negara iaiatu kepercayaan kepada tuhan. ringkasan
Kurikulum taska dan tadika
model Konseptual permata Dengan menyelaraskan kesemua elemen ini, kanak-kanak dapat mengalami pembelajaran yang menyeluruh, membolehkan mereka berkembang secara optimal dalam setiap bidang pembelajaran dan aspek perkembangan diri.
Bidang pembelajaran Penglibatan Setiap Anak Permata Negara Pendidikan & pengasuhan 02 03 Kerangka konseptual PERMATA mencakupi enam bidang pembelajaran utama yang merangkumi perkembangan fizikal, emosi, sosial, intelektual, dan spiritual kanak-kanak. Bidang Pengasuhan 01 model konseptual permata Bidang pembelajaran dapat dicapai kanak-kanak melalui bidang pengasuhan yang terdiri daripada empat elemen iaitu Amalan Pengasuhan, Keselamatan kanak-kanak, Pemakananan serta latih urus diri bayi& kanak-kanak Penglibatan yang berterusan antara sistem pendidikan, pendidik, ibu bapa, dan komuniti adalah penting dalam memastikan pembelajaran yang berkesan.
model konseptual kspk Penguasaan kanak-kanak terhadap keenam-keenam tunjang pembelajaran memastikan modal insan yang dibangunkan adalah seimbang dan bersedia menghadapi cabaran dalam masyarakat yang semakin kompleks. Keseimbangan ini akan menyebabkan kanak-kanak mampu berfikir secara kritis, kreatif, dan inovatif yang .dapat menyumbang kepada lahirnya modal insan berminda kelas pertama.
model konseptual kspk Model konseptual KSPK terdiri daripada enam tunjang pembelajaran yang merangkumi aspek-aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak. Penguasaan kanak-kanak terhadap keenam-keenam tunjang pembelajaran ini membina modal insan yang seimbang yang membolehkan mereka berfikir secara kritis, kreatif, dan inovatif. Keenam-keenam tunjang pembelajaran dalam KSPK merangkumi aspek-aspek seperti kemahiran akademik, kecerdasan emosi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi, kebolehan menyelesaikan masalah, dan pembangunan diri. Melalui penguasaan terhadap tunjang-tunjang ini, kanak-kanak dapat mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh, tidak hanya dari segi akademik tetapi juga dalam aspek emosi, sosial, dan kemahiran generik yang penting dalam kehidupan.
Kurikulum taska dan tadika
Aspek kerohanian Bedasarkan FPK, Malaysia ingin mewujudkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi rohani. Oleh itu bidang dan tunjang khas diwujudkan bagi aspek kerohanian dalam kurikulum pendidikan awal kanakkanak. KPN KSPK PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIO-EMOSI DAN KEROHANIAN TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI Fokus kepada pembentukan sahsiah, kemahiran sosial, interpersonal, intrapersonal, dan kerohanian kanak-kanak. membina persepsi positif terhadap diri sendiri dan orang lain; mempunyai kemahiran sosial yang baik; bermotivasi dan serta kompeten belajar Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam. Fokus kepada aspek penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.
BIDANG PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIO-EMOSI DAN KEROHANIAN Bidang pembelajaran KPN selari KSPK
ringkasan KPN KSPK Kurikulum PERMATA Negara mengandungi enam fokus perkembangan termasuk Pembinaan Sahsiah namun aspek Kerohanian (bagi kanak-kanak Islam) hanya diselitkan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan tema-tema tertentu. Tiada pendekatan khusus bagi KPN yang memudahkan pendidik menterjemahkannya dalam bentuk pengajaran. Aktiviti–aktiviti seperti berzikir, berselawat dan bersyukur yang disarankan juga lebih merupakan aktiviti yang boleh dijadikan sebagai rutin harian. Walaubagaimanapun, Kurikulum ini berekesan dalam membina pengetahuan asas tentang kewujudan tuhan kepada kanak-kanak untuk mereka selami dengan lebih mendalam pada peringkat prasekolah. KSPK berupaya memberi pengetahuan yang mendalam berkaitan pendidikan agama dan moral bagi kanak-kanak yang akan membentuk sahsiah dan sosial mereka. kurikulum Pendidikan Islam bagi kanak-kanak secara umum bertujuan untuk memantapkan akidah Islam meningkatkan kecenderungan kepada ilmu, keimanan dan mencapai matlamat pembinaan modal insan. Oleh itu, kedua-dua kurikulum ini saling berkait rapat dan mempunyai objektif yang sama dalam bidang pembelajaran iaitu memperkembangkan aspek kerohanian untuk membina akhlak mulia dalam diri kanakkanak.
k u rik ulu m K S P K P E RM A T A Kurikulum PERMATA membantu kanak-kanak umur 0-4 tahun membina persepsi positif terhadap diri sendiri dan orang lain, yang merupakan aspek penting dalam pembentukan sahsiah.Ia dibina melalui beberapa pendekatan yang melibatkan interaksi dengan orang dewasa, rakan sebaya seperti main peranan. Pendekatan ini memperkenalkan kanak-kanak kepada nilainilai murni yang mencerminkan akhlak mulia. Contohnya kanak-kanak dapat menunjukkan rasa simpati, empati, mempunyai tolong menolong, dan yakin diri. 1. Pembentukan sahsiah KSPK menerapkan nilai positif dalam diri kanak-kanak 4-6 tahun melalui pengajaran pendidikan islam dan moral. Pendidikan islam membentuk sahsiah kanak-kanak dengan melalui pemupukan adab seperti adab bersama guru dan rakan. kanakkanak. Pendidikan moral membentuk sahsiah dengan nilai hormat menghormati. Hal ini membantu mereka memahami peranan nilai-nilai ini dalam membentuk sikap dan tindakan mereka terhadap diri sendiri dan orang lain. Kedua-dua kurikulum ini mempunyai fokus yang sama untuk membentuk sahsiah kanak-kanak agar meahirkan modal insan berakhlak tinggi melalui penerapan nilai positif dalam diri mereka.
k u rik ulu m K S P K P E RM A T A 2. Kemahiran Sosio-emosi Melalui kurikulum PERMATA, kanak-kanak diajar asas emahiran sosial yang baik meliputi kemahiran interpersonal dan intrapersonal. Kanak-kanak belajar bersosial melalui aktiviti berkumpulan atau bermain bersama rakan-rakan.Contohnya pengajaran sifat berkerjasama melalui tugasan menyelesaikan puzzle bersamasama rakan yang membina asas kanakkanak untuk berkonsi pandangan dan menyelesaikan masalah bersama-sama. Nilai positif dalam interaksi sosial diterapkan KSPK juga dapat memperkukuhkan kemahiran asas sosio-emosi kanak-kanak. Sebagai contoh pengajaran pendidikan islam yang menuntut kanak-kanak amal akhlak dan sifat Nabi Muhammad dalam interaksi bersama orang lain iaitu sifat Siddiq (bercakap benar). Selain itu pendidikan moral menyemaikan Sikap jujur yang merupakan antara 14 nilai yang diterapkan dalam diri kanak-kanak. Hal ini akan menjadikan interaksi sosial yang positif. PERMATA memperkenalkan kanak-kanak asas kemahiran sosial yang baik dan kemahiran tersebut dibangunkan dengan lebih berkesan dengan pengajaran agama islam dan moral melalui KSPK.
K U RIK U L U M K S P K Manakala dalam kspk ajaran agama islam adalah lebih mendalam di mana pembelajaran tentang alquran, akidah, sirah nabi, dan ibadah. Kanakkanak didedahkan konsep ibdah dan mengenal pencipta dengan lebih baik seperti mengenal nama-nama allah atau berzikir. Pemupukan sikap percaya wujudnya tuhan ini turut diberi kepada kanak-kanak bukan islam melalui pendidikan moral dengan menekankan nilai kepercayaan wujudnya tuhan sebagai pencipta manusia. P E RM A T A Sementara itu, kurikulum PERMATA memupuk penghayatan agama dan kepercayaan kepada tuhan dalam diri kanak-kanak dengan melalui pengalaman dan aktiviti yang dedahkan mereka adanya kuasa Yang Maha Esa (Tuhan). Pengajaran ini dibuat secara tidak formal seperti belajar tentang tumbuhan dan dikaitkan dengan wujudnya tuhan sebagai pencipta benda hidup dan bukan hidup. 3. Penghayatan agama dan kepercayaan KSPK dan kurikulum PERMATA saling melengkapi dalam pembangunan sifat kepercayaan kepada tuhan bagi kanak-kanak, di mana KSPK memberikan pengajaran langsung dan lebih luas mengenai agama sementara PERMATA memberikan pengalaman praktikal yang menguatkan penghayatan dan pemahaman mereka terhadap nilai-nilai agama tersebut.
K U RIK U L U M K S P K Dalam kurikulum PERMATA, terdapat usaha yang diberikan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan motivasi mereka terhadap pembelajaran. Hal Ini dilakukan melalui aktiviti dan pengalaman yang merangsang minat dan keinginan mereka untuk belajar. Pendekatan pembelajaran digunakan dengan memberi kesedaran kepada kanak-kanak bahawa proses pembelajaran adalah menyeronokkan dengan belajar sambil bermain. Selain itu, melalui penekanan pada pembangunan sahsiah dan kemahiran sosio-emosi mengembangkan keyakinan diri kanak-kanak dan kesediaan untuk mencuba dan belajar dari kesilapan. P E RM A T A 4. Motivasi dan kompetensi belajar Pendidikan Islam dan Moral dalam KSPK memberikan panduan tentang nilai-nilai yang mendorong motivasi dan sikap positif terhadap pembelajaran. Nilai-nilai seperti kesungguhan, ketekunan, dan tanggungjawab dalam menuntut ilmu ditekankan dalam pendidikan ini. Dengan pemahaman yang mendalam tentang nilainilai ini, kanak-kanak akan lebih termotivasi untuk belajar dan menghadapi cabaran dalam proses pembelajaran. Kedua-dua kurikulum ini membentuk diri kanak-kanak yang mencintai ilmu pengetahuan, menanam sifat suka belajar dan menuntut ilmu dalam diri kanak-kanak. Hal ini akan melahirkan modal insan yang berfikiran kritis,kreatif,dan inovatif.
KANDUNGAN & KEMAHIRAN
Kandungan KESINAMBUNGAN KPN & KSPK merujuk bagaimana kedua kurikulum ini saling melengkapi dan menyokong dalam mencapai objektif pembelajaran yang holistik bagi perkembangan kanak-kanak. Kemahiran Kesinambungan kurikulum KPN dan KSPK dapat dilihat melalui pemeringkatan dalam penyampaian pembelajaran kepada kanak-kanak. KPN memfokus kepada pengenalan asas perkembangan dan KSPK memberi pemahaman dengan lebih mendalam. Kemahiran yang diperoleh dari kurikulum PERMATA diluaskan lagi dalam KSPK. Hal ini kerana kandungan pembelajaran dalam KSPK lebih spesifik dan meluaskan lagi skop keupayaan kanak-kanak.
Kesinambungan kandungan Kandungan Kurikulum KSPK adalah lebih spesifik berbanding kurikulum taska iaitu PERMATANegara tetapi mempunyai penekanan yang sama. Hal ini kerana kurikulum PERMATA hanya memperkenalkan kanak-kanak kepada kemahiran dan pengetahuan asas dan kemudiannya di khususkan kemahiran tersebut di dalam KSPK.
aspek rohani Kesinambungan kandungan kurikulum boleh dilihat dalam perkembangan bidang kerohanian kanak-kanak. Kurikulum permata hanya membentuk sahsiah diri kanak-kanak dan kemahiran sosial mereka secara umum iaitu tidak spesifik kepada pengajaran agama. KPN Akan tetapi dalam KSPK, pembentukan sahsiah kanak-kanak ini difokuskan melalui pembelajaran pendidikan islam dan pendidikan moral. KSPK Contoh kandungan Contoh kandungan Kandungan pembelajaran adalah umum tidak dispesifikkan. Alquran Jawi Akidah Akhlak Ibadah Sirah 14 nilai murni
Kesinambungan kemahiran Kemahiran asas yang diperoleh dalam KPN dikukuhkan dan diluaskan lagi dalam KSPK. Kanak-kanak didedahkan lebih banyak kemahiran pada peringkat 4-6 tahun melalui KSPK bagi menyesuaikan dengan tahap perkembangan mereka. Kanak-kanak 0-4 tahun memiliki kemahiran asas yang akan digunakan apabila memasuki peringkat prasekolah kelak dan dikembangkan melalui KSPK.
KPN Kemahiran aspek rohani KSPK Menghafaz doa mudah contohnya doa makan dan tidur Menghafaz surah alfatihah, an-nas, al-ikhlas. Mengucap Bismilllah, Alhamdulillah dengan lancar Mengucap dua kalimah syahadah Berkerjasama, empati, berterima kasih dan jujur. Mengamalkan 14 nilai murni masyarakat Secara amnya, perkembangan kebanyakan kanak-kanak sesuai dengan perkembangan milestone iaitu perkembangan kemahiran tertentu pada peringkat-peringkat umur tertentu. Kita sedia maklum, PERMATA ialah pendidikan bagi kanak-kanak 0-4 tahun dan KSPK untuk 4-6 tahun. Oleh itu terdapat kesinambungan dalam kemahiran yang dikembangkan dalam aspek kerohanian melalui kedua-dua kurikulum ini. PERMATA membina kemahiran asas bagi kanak-kanak untuk mencapai kebolehannya ketika di peringkat prasekolah. Kemahiran yang dibentuk di PERMATA merupakan pendedahan awal kanak-kanak untuk menguasai tahap yang lebih tinggi. Rajah jadual di bawah menunjukkan dengan jelas kesinambungan anatara KPN dan KSPK dalam mencapai pembinaan kerohanian yang tinggi
Kesimpulannya, kurikulum dalam pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) sangat penting dalam memastikan perkembangan dan potensi kanakkanak dikembangkan secara holistik. Pembinaan kurikulum yang sesuai dengan tahap perkembangan dan kesesuaian umur kanak-kanak haruslah diambil kira disamping untuk memenuhi keperluan semasa. Tidak dinafikan kurikulum PAKK di Malaysia iaitu KPN dan KSPK melihatkan perkaitan dan kesinambungan yang jelas dalam memastikan kanak-kanak yang dilahirkan negara menguasai potensi mereka secara optimum sejak berada di taska sehigga dewasa. Walaubagaimanapun, kurikulum ini harus disemak dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya kekal relevan dengan keperluan semasa. Penutup
RUJUKAN R U J U KA N 1.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2.Yee, W. P., & Yunus, F. (2021). Kesan Persekitaran Fizikal Dan Sosial Kepada Perkembangan Kanak-Kanak Dari Perspektif Neurosains: Kajian Sorotan Sistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 98-112. 3.Mohd Nazri Abdul Rahman, & Wan Nurul Baizura Wan Mohamad Noor. (2018). Pelaksanaan kurikulum standard prasekolah kebangsaan semakan 2017: Retrospeksi guru. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(3), 59-71. 4.Triposa, R., Arifianto, Y. A., & Hendrilia, Y. (2021). Peran Guru PAK sebagai Teladan dalam Meningkatkan Kerohanian dan Karakter Peserta Didik. Jurnal Pendidikan Agama Kristen (JUPAK), 1(2), 124-143. 5.Nor Fauzian Kassim, & Fauziah Hanim Abdul Jalal. (2015). Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak dan Modul pendidikan akhlak: Isu dan cabaran masa kini. Penyelidikan Kebangsaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 6. 1.Nur Aliaa Shifaa; Mohammad Sukri (n.d) Kurikulum PERMATA dan KSPK. [Flipbook]. Anyflip. https://anyflip.com/phmhh/yjkn/basic