The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1425-24-viprettyny, 2022-03-31 11:17:22

BMMB1104 Tugasan 1_Viprettyny Effarynner Anak Sila

BMMB1104 Penghasilan Produk

Penghargaan

Dalam kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang telah membantu saya menyiapkan
kerja kursus ini secara langsung atau tidak
langsung. Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr.

Rahmah binti Abdul Ghani kerana telah
memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada
saya dalam melaksanakan kerja kursus ini.
Segala ilmu yang diberikan amat saya hargai.
Seterusnya, sekalung penghargaan ditujukan
kepada keluarga saya kerana telah memberi
sokongan dan motivasi kepada saya untuk
sentiasa bersemangat menyiapkan tugasan ini.
Ucapan terima kasih ini juga saya ingin tujukan
kepada semua rakan yang turut memberi
tunjuk ajar sepanjang tempoh pelaksanaan
tugasan ini. Saya berharap dengan ilmu yang
telah diterima dari pelbagai pihak dapat
membantu saya mencapai markah yang
cemerlang dalam kerja kursus ini.

Kandungan

1.0 Konsep Kesusasteraan Melayu
1.1 Takrif
1.2 Jenis, Bentuk dan Ciri Karya
Kesusasteraan Melayu

2.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
2.1 Hiburan
2.2 Pendidikan
2.3 Dakwah
2.4 Kritikan Sosial

3.0 Manifeskasikan Akal Budi Dalam:
3.1 Pantun
3.2 Syair
3.3 Seloka
3.4 Gurindam

4.0 Rumusan
5.0 Rujukan

1.0 Konsep Kesusasteraan Melayu
1.1 Takrif

Kesusasteraan Melayu merupakan hasil
karya atau keindahan seni penulisan oleh
masyarakat Melayu. Menurut Ismail Yusoff
(2008), kesusasteraan ialah hasil seni yang
diwujudkan dengan bahasa. Kata dasar
kesusasteraan ialah sastera yang berasal
dari bahasa sanskrit iaitu castra. Susastera
pula membawa maksud khusus iaitu su
bermaksud indah atau lebih baik
manakala sastera membawa maksud
huruf atau buku. Oleh hal yang demikian,
kesusasteraan boleh dikatakan merujuk
kepada kumpulan buku-buku yang
mempunyai bahasa dan isi yang indah.
Menurut Abdul Halim bin Ali (2011),
makna kesusasteraan itu sendiri
mencerminkan sifat indah yang ada pada
karyanya.

1.2 Jenis, Bentuk dan Ciri Karya Kesusasteraan
Melayu



Seterusnya, karya sastera juga terdiri daripada
beberapa jenis iaitu prosa tradisional, prosa moden,
puisi tradisional dan puisi moden. Prosa tradisional
merupakan karya-karya sastera seperti mitos,
legenda, dongeng dan cerita rakyat. Karya prosa
tradisional biasanya bersifat tradisional, dongengan
dan khayalan. Prosa moden pula terdiri daripada
karya-karya sastera seperti novel, cerpen dan drama.
Karya prosa moden mempunyai binaan-binaan plot
yang menarik dan pelbagai di samping bersifat cerita
rekaan pendek yang mempunyai pelbagai persoalan,
suasana dan latar cerita. Seterusnya, antara karya
puisi tradisional ialah pantun, seloka, syair dan
gurindam. Terdapat banyak jenis pantun, syair, seloka
dan gurindam yang dihasilkan bagi fungsi-funsi
tertentu dalam karya kesusasteraan melayu. Puisi-
puisi moden banyak ditulis dalam rangkap dan boleh
berbentuk terikat atau tidak terikat mengikut rima
akhir masing-masing. Puisi moden pula terdiri
daripada sajak dan puisi -puisi yang mempunyai jenis
yang pelbagai. Dengan itu, jelas bahawa terdapat
pelbagai jenis karya kesusateraan melayu yang
menarik yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.

2.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
2.1 Hiburan

Kesusasteraan Melayu sememangnya mempunyai
keindahan yang tersendiri. Hal ini dikatakan demikian
kerana karya kesusasteraan melayu sebenarnya
mempunyai beberapa fungsi yang berguna dalam
dunia penulisan. Antara fungsi kesusasteraan melayu
adalah untuk tujuan hiburan. Karya kesusasteraan
melayu mempunyai beberapa genre penulisan seperti
persahabatan, perjuangan, percintaan, kekeluargaan,
fantasi dan pengembaraan. Setiap jenis genre pastinya
mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi
pengolahan ayat, penyusunan plot cerita dan watak-
watak yang menarik. Sebagai contoh, karya sastera
seperti Hikayat Hang Tuah, Legenda Mahsuri dan
Hikayat Merong Mahawangsa sememangnya
mempunyai jalan cerita dan tema masing-masing.
Karya-karya tersebut merupakan antara karya yang
popular dalam kalangan masyarakat kita untuk
dijadikan bahan bacaan ketika masa lapang kerana
dapat melapangkan fikiran dan memberikan
keseronokan kepada pembaca. Oleh hal yang
demikian, karya kesusasteraan melayu sememangnya
boleh berfungsi sebagai bahan hiburan kepada
masyarakat.

2.2 Pendidikan



Seterusnya adalah bagi tujuan pendidikan. Hal
ini dikatakan demikian kerana kerana sastera
sememangnya dapat memberi banyak ilmu
kepada para pembacanya apabila penulis
memasukan unsur nasihat, pengajara, dan
pengetahuan am ke dalam karya sastera mereka.
Menurut Fatimah Mohammad Yassin (1990),
segala inti pati menerusi cerita rakyat Melayu
dapat diguna pakai oleh masyarakat kini sebagai
wahana hiburan, sumber didaktik, medium moral
dan mendidik individu dalam kalangan
masyarakat. Sebagai contoh, karya sastera
seperti kisah Si Tanggang merupakan kisah yang
amat popular dalam kalangan masyrakat di mana
cerita tersebut sebenarnya memberi pengajaran
kepada anak muda agar tidak sombong dan lupa
diri dengan ibu bapa setelah berjaya dalam
hidup. Dengan itu, pembaca dapat menambah
ilmu pengetahuan mereka di samping melatih
diri mereka menjadi seorang yang berakhlak dan
rajin membaca.

2.3 Dakwah

Selain itu, karya sastera turut bertujuan
untuk menyampaikan dakwah. Hal ini
dikatakan demikian kerana karya sastera
seperti buku-buku ilmiah atau buku-buku
agama semestinya mempunyai unsur-unsur
dakwah yang ditulis dan dimurnikan dengan
oleh penulisnya. Menurut Hashim Awang
(2002), pendekatan dakwah sebagai satu
hasil sastera menekankan aspek-aspek yang
menyentuh segala persoalan yang berkaitan
dengan pengutaraan kebesaran dan sifat-
sifat keagungan Allah SWT dalam hasil
kesusasteraan Islam. Sebagai contoh, penulis
buku-buku agama biasanya akan
menyampaikan dakwah melalui penulisan
dengan menulis hujah berserta hukum-
hukum dan ajaran agama agar pembaca
dapat menjadikan dakwah tersebut sebagai
panduan hidup untuk memperbaiki diri.
Dengan itu, jelaslah bahawa karya
kesusuasteraan melayu dapat berfungsi
untuk menyampaikan dakwah.

2.4 Kritikan Sosial

Karya keusateraan Melayu juga dapat berfungsi
untuk tujuan kritikan sosial. Hal ini dikatakan
demikian kerana pembaca yang membaca karya
kesusasteraan melayu yang mempunyai unsur
kritikan terhadap budaya, pergaulan dan gaya
hidup masyarakat sekarang akan dapat menyedari
kesilapan diri atau terasa hati apabila membaca
karya yang mempunyai unsur teguran dan
sindirian yang membawa maksud kritikan sosial.
Sebagai contoh, karya kesusateraan melayu
sepertiseloka Pak Kaduk merupakan antara karya
sastera yang mempunyai unsur menyindir
golongan raja yang menindas dan memanipulasi
hak rakyat dengan kuasa mereka. Oleh hal yang
demikian, karya sastera terbukti dapat berfungsi
untuk menyampaikan kritikan sosial secara
tersirat kepada pihak tertentu mengikut kreativiti
penulis. Menurut Azhar Haji Wahid dan Abdul
Ghani Haji Abu (2015), untuk menilai dan memilih
karya sastera yang dihasilkan oleh seseorang
pengarang, pengkritik mestilah terlebih dahulu
menghayatinya dalam pengalaman yang langsung.

3.0 Manifeskasikan Akal Budi Dalam:
3.1 Pantun

Pantun merupakan antara karya sastera melayu
yang berbentuk terikat. Pantun yang biasa ditemui
ialah pantun yang mempunyai empat baris dalam
satu rangkap dengan rima akhir a-b-a-b. Terdapat
beberapa jenis pantun seperti pantun dua kerat,
tiga kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat
dan seterusnya. Pantun-pantun kesusasteraan
melayu biasanya merupakan pantun yang diolah
untuk menyampaikan nasihat, pengajaran, dakwah
dan kritikan sosial. Sebagai contoh, pantun sahabat
merupakan pantun yang mengajar kita tentang
kepentingan memilih rakan yang baik dan cara
menghormati rakan. Dengan itu, secara tidak
langsung sebuah pantun terus berfungsi sebagai
alat untuk memberi pendidikan kepada
pembacanya mengenai adab dalam persahabtan.
Oleh hal yang demikian, jelas bahawa pantun
kesusasteraan melayu memanifestasikan akal budi
dalam pengolahannya. Menurut Nurul Aminah
Basharuddin dan Hasnah Mohamad (2014),
keindahan dan keaslian pantun bukan sahaja
terletak pada unsur bunyinya tetapi juga pada
jiwanya iaitu jiwa kemelayuan yang tersirat dalam
setiap pantun.

3.2 Syair

Syair merupakan karya kesusasteraan melayu
yang biasanya mempunyai empat rangkap
sebaris dan mempunyai rima akhir a-a-a-a.
Syair juga dikatakan boleh memanisfestasikan
akal budi apabila syair tersebut mempunyai
unsur yang menyampaikan teguran, hiburan,
pendidikan dan dakwah. Sebagai contoh, syair
Dang Sirat yang dihasilkan di Patani, Thailand
sememangnya mempunyai melodinya yang
tersendiri yang juga berfungsi sebagai suatu
bahan hiburan. Hal ini dikatakan demikian
kerana orang zaman dahulu menggunakan
syair untuk berhibur ketika melagukannya di
samping mendengarkan isi kandungan syair
tersebut. Menurut, setiap syair menyampaikan
idea atau tema tersendiri dengan setiap satu
rangkap syair bersambung-sambung ceritanya
menjadi satu kesatuan yang sistematik dan
berkembang menuju ke penamatnya. Oleh hal
yang demikian, syair juga jelas menunjukkan
manifestsi akal budi dalam pengolahannya nya.

3.3 Seloka

Seloka merupakan sebuah karya
kesusasteraan yang berbentuk bebas. Hal ini
dikatakan demikian kerana seloka mempunyai
bilangan baris dan rima akhir yang tidak tetap.
Seloka juga biasanya digunakan oleh penulis
untuk menyampaikan sindiran yang
merupakan kritikan sosial untuk menegur
pihak-pihak tertentu. Sebagai contoh, seloka
Pak Kaduk merupakan antara seloka yang
popular dengan isi tersiratnya yang
sebenarnya merupakan sindiran kepada
golongan atasan yang sering kali menindas
rakyat bawahan. Dengan itu, karya-karya
seloka sedemikian dapat menegur golongan
atasan mengenai sikap mereka yang
menindas dan menipu rakyat bawahan.
Menurut Hishamudin Isan dan Nor Fazilah
Noor Din (2018), menerusi kaedah berbahasa
yang paling baik, orang yang menegur
menggunakan bahasa yang bersantun, dan
yang ditegur tidak terasa hati. Hasilnya
masalah yang timbul dapat diselesaikan
dengan berhemah dan diplomasi.

3.4 Gurindam

Gurindam merupakan sebuah karya sastera
melau yang mempunyai dua baris dalam satu
rangkap dengan rima akhir a-a. Menurut Akmal
(2015), gurindam iaitu bentuk puisi lama yang
terdiri dari dua baris, dengan bunyi akhir yang
sama seakan-akan syair dua bait. Gurindam
merupakan salah sebuah karya kesusasteraan
melayu yang digunakan untuk memanifestasikan
akal budi. Hal ini dikatakan demikian kerana
gurindam juga boleh berfungsi sebagai alat untuk
memberi pendidikan. Sebagai contoh, Gurindam
Dua Belas Fasal Keenam karya Raja Ali Haji
merupakan gurindam yang memberi peringatan
kepada golongan muda kini untuk mencari kawan
yang boleh membawa ke arah kebaikan. Oleh hal
yang demikian, jelas bahawa akal budi boleh
dimanifestasikan dalam sebuah gurindam yang
membawa unsur pengetahua sebagai peringatan,
ilmu dan pengajaran.

4.0 Rumusan

Kesimpulannya, kesusasteraan melayu
sememangnya merupakan himpunan karya-karya
penulisan indah oleh masyarakat melayu. Karya-
karya penulisan kesusasteraan melayu juga
sememangnya mempunyai keindahan yang
tersendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana karya
kesusasteraan melayu jelas terbukti mempunyai
beberapa fungsi yang berguna dalam dunia
penulisan. Sebagai contoh, fungsi karya sastera
sebagai bahan hiburan amat penting untuk kegunaan
masyarakat zaman dahulu bagi menghilangkan rasa
bosan. Fungsi karya sastera sebagai medium
penyampaian dakwah dan kritikan sosial juga penting
agar ramai pihak dapat disedarkan melalui
pembacaan di samping memberi ilmu dan
seterusnya bertindak memberi pendidikan kepada
pembaca. Oleh hal yang demikian, karya
kesusasteraan melayu juga merupakan medium
untuk memanifestasikan akal budi dalam masyarakat
melayu. Menurut Hashim (2006), Sebagai lambang
manifestasi, bahasa tidak sekadar boleh diteliti
berdasarkan bentuk semata-mata, malah apa yang
lebih penting, bahasa juga perlu diselidiki daripada
aspek falsafah untuk menggambarkan akal budi
sesuatu bangsa.

5.0 Rujukan

Akmal. (2015). Kebudayaan Melayu Riau (Pantun, Syair, Gurindam).

Azhar bin Haji Wahid. & Abdul Ghani bin Haji Ab. (2015). Membina
Kritikan Sastera Melayu Dalam Jalur Pascamodenisme.

http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/70/42

Fatimah Yassin. (1990). Cerita Rakyat Sebagai Alat Pendidikan: Satu
Analisis Isi yang Bercorak Etika.

Hashim bin Awag. (2002).Teori Pengkaedahan Melayu dan Prinsipnya
dibentangkan dalam Bengkel Teori Sastera. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hashim Haji Musa. 2006. Pengantar Falsafah Bahasa (Edisi Ke-2).
Dewan Bhasa dan Pustaka.

Hishamudin Isan. & Nor Fazilah Noor Din. (2018). Jurnal Linguistik.
Kekwat: Di Mana Bahasa dan Akal Budi Bangsa Kita?
https://plm.org.my/ejurnal/index.php/jurnallinguistik/article/view/43/3
5

Ismail bin Yusoff. (2008). Kesusasteraan Melayu Lama dan Baru.

Nurul Aminah binti Basharuddin. & Hasnah binti Mohamad. (2014).
Jurnal Linguistik: Interpretasi Pantun daripada Perspektif Semiotik.
https://ejurnal.plm.org.my/index.php/jurnallinguistik/article/view/28

Rahimah Awang Hamid. & Nurul Farhana Low Abdullah. (2017). Akal
Budi Dalam Sastera Rakyat Naratif dan Bukan Naratif.
https://books.google.com.my/bookshl=en&lr=&id=emRoDwAAQBAJ&oi=
fnd&pg=PT5&dq=manifestasi+akal+budi+syair&ots=Rw0jkn9-
zW&sig=ck17Qz/QnJTmlJRGymD74WE&redir_esc=y#v=onepage&q&f=fal
se


Click to View FlipBook Version