The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI ZUHAIRAH BINTI MOHD MAIZAN IPG-Pelajar, 2024-03-17 18:36:35

PAKK1094- PENGENALAN KURIKULUM PAKK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM PENTAKSIRAN BERTERUSAN PENGENALAN ASAS KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK1094) NAMA : SITI ZUHAIRAH BT MOHD MAIZAN KELAS : PT1S2.12 NO. MATRIK : P23201544 NAMA PENSYARAH : DR ROHANI BT HUSAINI


KURIKULUM TASKA & PRASEKOLAH KURIKULUM TASKA & PRASEKOLAH KOD KURSUS: PAKK1094 IPGKPI


ISI KANDUNGAN 1.0) PENGENALAN 2.0) LATAR BELAKANG KURIKULUM PERMATA DAN KSPK 3.0) MATLAMAT KURIKULUM PERMATA DAN KSPK 4.0) KERANGKA KONSEPTUAL KURIKULUM PERMATA DAN KSPK 5.0) BIDANG / TUNJANG KURIKULUM PERMATA DAN KSPK 6.0) RUMUSAN 7.0) RUJUKAN


Pengenalan Kurikulum dibina adalah bertujuan untuk menyusun struktur dan kandungan pembelajaran yang boleh mencapai matlamat pendidikan. Bahkan ia merupakan “blue print” dari rancangan pendidikan dalam melahirkan modal insan yang merangkumi segala aspek (Fatmawati, 2021). Maka, daripada kurikulum tersebut seorang guru boleh merancang dan menyusun aktiviti pembelajaran dengan dijadikan panduan seperti menyediakan bahan bantu mengajar dan aktiviti pengukuhan mengikut tahap keperluan murid. Oleh itu, kurikulum Taska iaitu Permata dan kurikulum Prasekolah iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ialah kurikulum yang digunakan pakai dalam pendidikan awal kanak-kanak. Namun kurikulum dijalankan mengikut tahap umur kanak-kanak. Maka, inilah yang saya akan terangkan dengan lebih lanjut dalam penulisan saya.


LATAR BELAKANG KURIKULUM PERMATA DAN KSPK


2 LATAR BELAKANG Kurikulum PERMATA negara ini disemak pada 2008 dan disemak buat kali kedua pada tahun 2012 untuk mengintegrasi aspek pengasuhan bayi dan kanak-kanak serta kemahiran pengurusan TASKA yang terdapat dalam Kursus Asuhan Kanak-kanak ke dalam kurikulum. Kurikulum ini menggunakan pendekatan belajar melalui bermain yang menekankan suasana keseronokan, keselesaan, kebebasan dan eksperimen. Bukan itu sahaja, fokus utamanya ialah perkembangan kanak-kanak ( 0 hingga 4 tahun) dari semua aspek terutamanya sahsiah, emosi, sosial, kerohanian, intelek, fizikal dan kreativiti (Suhaimi Razaly, 2023). Oleh itu, kurikulum ini dapat dilihat ia menekankan latihan pengurusan diri untuk mewujudkan aspek kebersihan, keselamatan dan kesihatan.


2 LATAR BELAKANG Kurikulum ini telah diperkenalkan pada tahun 2010 dan telah disemak semula pada tahun 2017. Kurikulum ini dibentuk berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan ia merupakan panduan utama untuk guru prasekolah merancang dan melaksanakan PdP secara berkesan di prasekolah. Kurikulum ini digunapakai untuk pengajaran kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun. Kurikulum KSPK ini tercipta untuk mencapai kualiti kurikulum yang setanding dengan standard antarabangsa di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 (Sabrinafuzi, 2020). Bukan itu sahaja, KSPK ini juga digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan kanakkanak dan teori pembelajaran kanak-kanak.


MATLAMAT KURIKULUM P E R M A T A & K S P K


Matlamat dalam kurikulum PERMATA adalah menekankan pengasuhan kerana kanak-kanak ini berusia tiga tahun ke bawah (Aminah Ayob et al., 2020) manakala matlamat kurikulum KSPK ini ialah memperkembangkan potensi kanak-kanak 4 tahun ke atas agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran yang lebih formal apabila melangkah darjah 1.


Antara objektif yang dapat dilihat dalam PERMATA, menyatakan hasrat untuk membina kemahiran interpersonal dan sosial yang baik supaya kanak-kanak ini boleh bergaul dalam masyarakat yang pelbagai budaya. Manakala dari aspek yang sama, dalam KSPK menyediakan peluang kepada murid untuk menggunakan bahasa dengan berkesan dalam berkomunikasi dan menghargai serta peka terhadap budaya masyarakat Malaysia. Objektif yang seperti dinyatakan di atas ini, pada peringkat PERMATA ianya hanya sekadar peringkat awal sahaja seperti mengajarkan kanak-kanak cara yang benar untuk bertegur sapa, memupuk keberanian dalam diri kanak-kanak untuk mempunyai keyakinan diri dalam bertegur sapa walaupon berlainan warna kulit, agama dan lain-lain lagi.


Manakala dalam KSPK, perkaitannya ialah kanak-kanak ini menggunakan kemahiran yang telah dibina dalam kurikulum PERMATA ke dalam kehidupan seharian sehingga murid 4 tahun ke atas ini peka dan cakna dengan budaya yang ada di Malaysia dan mereka menghargai perbezaan yang ada. Hal ini adalah untuk memupuk perpaduan dalam diri kanak-kanak sejak bangku persekolahan melalui inisiatif yang diterapkan oleh guru dalam bilik darjah.


KERANGKA KONSEPTUAL KURIKULUM PERMATA DAN KSPK


Model konseptual dalam kurikulum PERMATA, menyatakan pengasuhan asas yang berkualiti untuk kanak-kanak atau bayi seperti memberikan pemakanan yang seimbang, keselamatan kanak-kanak, penjagaan dan latihan urus diri, dan amalan pengasuhan amat penting. Hal ini kerana pembinaan dan penjagaan emosi mereka berada dalam keadaan terjamin dan positif. Oleh itu, barulah enam bidang pembelajaran dalam kurikulum ini dapat dicapai dengan penglibatan atau bantuan ibu bapa, komuniti, pendidik yang terlatih dan juga sistem sokongan yang mantap dari pihak berwajib.


Manakala dalam kurikulum KSPK, kerangka konsep kurikulum ini menekankan empat prinsip iaitu perkembangan holistik, pembelajaran yang bermakna, dan pembelajaran yang menyeronokkan diikuti dengan amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak (Joanne Josephine Sim, 2019). KSPK ini juga dibina berasaskan enam tunjang yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan insan yang seimbang seperti menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengatahuan, berketerampilan, berpikiran kritis, kreatif dan inovatif.


Oleh itu, melalui pembelajaran yang berperingkat semasa di taska dan prasekolah ini menunjukkan persamaan iaitu untuk melahirkan modal insan yang menyeluruh tetapi berbeza pendekatan yang dilakukan (Bahbibi Rahmatullah et al., 2021). Hal ini kerana sasaran dan standard pembelajaran mereka berbeza mengikut tahap umur mereka.


BIDANG / TUNJANG KURIKULUM PERMATA DAN KSPK


Bidang yang terdapat dalam PERMATA ada enam, antaranya ialah perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian, perkembangan kemahiran awal matematik dan pemikiran logik, perkembangan fizikal dan psikomotor, perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran, perkembangan bahasa, komunikasi, dan literasi awal, dan yang terakhir perkembangan kreativiti dan estetika.


Manakala, dalam kurikulum KSPK, terdapat enam tunjang juga iaitu tunjang komunikasi, tunjang sains dan teknologi, tunjang kemanusiaan, tunjang keterampilan diri, tunjang perkembangan fizikal dan estetika, dan tunjang kerohanian, sikap dan nilai.


Perkaitannya, kita lihat dari aspek bahasa. Dalam PERMATA, menyatakan tentang perkembangan bahasa kanak-kanak yang baik seperti mereka boleh menyebut perkataan yang biasa didengari walaupon tidak jelas (pelat) pada usia 1 hingga 2 tahun, kemudian berkembang menjadi boleh menyebut 5 hingga 6 patah perkataan, faham dan mampu mematuhi arahan yang mudah pada usia 2 hingga 3 tahun. Apabila mereka berinjak usia 3 hingga 4 tahun, percakapan mereka lebih jelas (tidak pelat lagi) dan mampu meluahkan emosi melalui lisan (Aminah Ayob et. al., 2020). Hal ini kerana mereka memperoleh bahasa melalui aktiviti yang sinonim dengan fitrah mereka iaitu bermain (Aliza Ali, 2011). Oleh itu, ada beberapa perkataan yang mereka tidak tahu cara untuk membunyikannya dengan betul.


KSPK pula kemahiran bertutur dan mendengar mereka didahulukan sama seperti dalam PERMATA. Hal ini penting untuk memudahkan mereka dalam proses bahasa yang seterusnya. Kemudian, di tambah dengan kemahiran membaca yang dimulakan dengan pramembaca dan mengenal huruf abjad sebagai persediaan awal mereka sebelum melangkah ke darjah satu dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.


RUMUSAN


Kesimpulannya, setelah menelusuri kurikulum di taska dan prasekolah ini, jelaslah bahawa dua kurikulum ini saling berkait dari segala aspek. Hal ini adalah satu usaha untuk melahirkan insan yang mempunyai perkembangan dari segala aspek seperti insaniahnya, sosial, kerohanian, inovatif dan lain-lain melalui pembangunan atau pendidikan yang berperingkat iaitu seperti di taska kemudian beralih ke prasekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka mendapat pendidikan yang dibimbing sejak awal usia mereka. Oleh itu, kemahiran kognitif mereka lebih maju dari kanakkanak seusia mereka yang lain.


RUJUKAN


7.0) RUJUKAN Fatmawati. (2021). Peran Guru Dalam Pengembangan Kurikulum Dan Pembelajaran. Revorma: Jurnal Pendidikan Dan Pemikiran, 20–37. https://ejournal-revorma.sch.id/index.php/mansa/article/view/4 Aminah Ayob, Rohani Abdullah, Nani Menon & Jameyah Shariff. (2020). Modul Pendidik / Pengasuh : Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA Negara. Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Joanne Josephine Sim. (2019). Model Konseptual Permata & KSPK. Scribd. https://www.scribd.com/presentation/369987703/Model-KonseptualPermata-KSPK Suhaimi Razaly. (2023). Kurikulum PERMATA Negara. Academia.edu. https://www.academia.edu/25939052/Kurikulum_PERMATA_Negara


7.0) RUJUKAN Sabrinafuzi. (2020). KSPK SEMAKAN 2017 - Membalik Buku Halaman 1-50 | AnyFlip | sabrinafuzi2020. Anyflip.com; sabrinafuzi2020. https://anyflip.com/celdv/mlti/basic Bahbibi Rahmatullah, Norshakila Muhamad Rawai, Suzani Mohamad Samuri, & Sopia Md Yassin. (2021). Overview of early childhood care and education in Malaysia. Hungarian Educational Research Journal, 11(4), 396–412. https://doi.org/10.1556/063.2021.00074 Aliza Ali. (2011). Pendekatan bermain dalam pengajaran dan bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekola. ResearchGate; unknown. https://www.researchgate.net/publication/327954228_Pendekatan_bermain_ dalam_pengajaran_dan_bahasa_dan_literasi_bagi_pendidikan_prasekola


Click to View FlipBook Version