The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Huda, 2024-07-01 20:45:25

Group 8 Skandal Rasuah Petrobras

Group 8 Skandal Rasuah Petrobras

MPU1062 INTEGRITY AND ANTI-CORRUPTION 20 24 SKANDAL RASUAH PETROBRAS


Place a caption for the photo here. It can be a description or it can credit the production team. 16


KATA-KATA ALUAN PENGENALAN & LATAR BELAKANG SKANDAL RASUAH PETROBRAS BRAZIL PENGENALAN MASALAH BERKAITAN RASUAH LATAR BELAKANG PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT ANALISIS FAKTA & HURAIAN KES KOMEN DAN ULASAN KES 5 6 9 12 17 21 ISI KANDUNGAN 4 PENGENALAN AHLI KUMPULAN 8 22 PENGAJARAN KESIMPULAN BIBLIOGRAFI 23 24


MUHAMMAD ALIF ASYRAF BIN RAMLI 299994 BACHELOR OF AGRIBUSINESS MANAGEMENT Pengenalan Ahli kumpulan AHMAD AZ ZUBAIDI BIN SAHZAR 299895 BACHELOR OF TECHNOLOGY MANAGEMENT WITH HONOURS HUDA QURRATU’ AINI BINTI ALIAS 300191 BACHELOR OF HUMAN RESOURCES MANAGEMENT WITH HONOURS DIANASUTTIRYANI BINTI DARWIS 300147 BACHELOR OF TECHNOLOGY MANAGEMENT WITH HONOURS CHIN YING YU 300256 BACHELOR OF RISK MANAGEMENT AND INSURACE


KATA-KATA ALUAN Alhamdulillah dengan izin-Nya, kami merafakkan kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Dr. Wahida Bt Ayob, pensyarah saya bagi subjek Integriti dan Anti-rasuah, di atas bimbingan dan pengawasan beliau sepanjang proses saya dan rakan-rakan menyiapkan tugasan ini. Usahanya dalam berinteraksi di dalam kelas, keperibadiannya yang kuat, sokongan, motivasi, dan dorongan keseluruhannya banyak membantu kami dengan tugasan ini. Tanpa beliau, tugasan kami tidak akan dapat diselesaikan. Saya tidak menyangka bahawa saya bersama ahli-kumpulan saya telah melakukannya dengan baik. Oleh itu, refleksi selepas menyelesaikan tugasan ini sangat menarik. Kami telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan serta dihantar tepat pada masanya. Walaupun demikian, cabaran yang saya dan rakan-rakan hadapi ketika itu termasuk kesukaran untuk merancang perjumpaan berikutan jadual kelas yang berbeza di antara ahli kumpulan. Setiap individu sibuk dengan jadual masingmasing. Abu Huraira (RA) reported that: The (صلى الله عليه وسلم)Prophet said, "Whoever takes the money of the people to repay it, Allah will repay it on his behalf, and whoever takes it to spoil it, then Allah will spoil him Huda Qurratu' Aini Disediakan oleh :


PENGENALAN STRUKTUR KORPORAT SEJARAH PENUBUHAN DAN PERANAN OPERASI SEASON 23/24 Petrobras, nama ringkas bagi Petróleo Brasileiro S.A., adalah syarikat minyak dan gas Brazil yang memainkan peranan penting dalam industri energi negara itu dan juga di peringkat global. Syarikat ini memainkan peranan penting dalam ekonomi Brazil, menyumbang kepada pendapatan negara melalui cukai dan royalti serta memberikan peluang pekerjaan kepada ribuan pekerja dalam pelbagai bidang dari teknikal hingga pentadbiran. Di samping itu, aktiviti Petrobras juga mempunyai impak politik yang signifikan di Brazil, dengan pengaruhnya dalam kebijakan energi dan persekitaran. Petrobras ditubuhkan pada tahun 1953 sebagai syarikat minyak dan gas milik kerajaan Brazil. Ia diasaskan untuk menguruskan dan membangunkan sumbersumber minyak dan gas semulajadi negara tersebut. Petrobras merupakan salah satu syarikat minyak dan gas terbesar di dunia, dengan operasi yang merangkumi pengeksploran, pengeboran, pengeluaran, pemprosesan, dan pengedaran minyak mentah dan gas asli. Syarikat ini tidak hanya aktif di Brazil tetapi juga terlibat dalam projek-projek besar di peringkat antarabangsa, termasuk di perairan dalam yang dalam. Petrobras beroperasi sebagai sebuah entiti bersepadu yang meliputi segala aspek industri minyak dan gas, termasuk dalam penelitian dan pembangunan teknologi baru untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasinya. KEPENTINGAN EKONOMI DAN POLITIK


By Wendy Salinas Photography by Hannah Morales 10 LATAR BELAKANG SKANDAL RASUAH PETROBRAS Skandal korupsi Petrobras, atau "Operação Lava Jato" (Operation Car Wash), dimulai pada tahun 2014 ketika penyelidikan sederhana mengenai operasi pencucian uang oleh polisi federal Brasil mengungkap jaringan korupsi yang luas dan terstruktur di dalam perusahaan minyak negara, Petrobras.


Kes skandal rasuah yang melibatkan Petrobras, sebuah syarikat minyak dan gas raksasa dari Brazil, adalah salah satu skandal korupsi terbesar dalam sejarah negara tersebut dan juga telah mendapat perhatian global. Skandal bermula terdedah pada tahun 2014 apabila siasatan rasmi menemui bukti penyelewengan dan korupsi yang melibatkan syarikat ini. Skandal ini membabitkan pertalian antara syarikat Petrobras, kontraktor pembinaan besar, dan beberapa ahli politik Brazil. Pembayaran Rasuah, kontraktor besar yang bekerjasama dengan Petrobras didakwa memberi rasuah kepada pegawai-pegawai syarikat untuk mendapatkan kontrak. Mark-Up Kontrak, kontrak-kontrak diperlakukan dengan menaikkan harga secara tidak wajar, dengan sebahagian daripada wang yang disalurkan kepada parti politik atau individu yang terlibat. Pengembalian Dana, sebahagian wang hasil penyelewengan dikembalikan kepada individuindividu tertentu sebagai rasuah atau hadiah. Penglibatan Politikus, Skandal ini melibatkan ramai ahli politik, termasuk beberapa anggota parlimen, menteri, dan individu-individu yang mempunyai pengaruh politik di Brazil. Penglibatan politik ini memberikan dimensi politik yang besar kepada skandal ini. Impak Ekonomi dan Sosial, skandal ini telah memberi impak besar kepada ekonomi Brazil. Ia merosakkan imej Petrobras sebagai syarikat korporat utama di negara tersebut dan menjejaskan kepercayaan pelabur dan pengguna terhadap institusi-institusi kerajaan. Siasatan dan Tindak Balas, selepas penemuan skandal, siasatan rasmi dilancarkan, dan berbagai tindakan undang-undang serta pembersihan dalaman dijalankan di dalam syarikat. Banyak individu dan pemimpin politik telah didakwa dan dihukum atas kesalahan yang berkaitan dengan skandal ini. MODUS OPERANTI PENGLIBATAN POLITIKUS


Rasuah adalah perbuatan salah laku atau penyalahgunaan kuasa yang dipercayakan untuk mendapatkan keuntungan peribadi atau keuntungan bagi pihak ketiga. Ia boleh melibatkan pelbagai bentuk, termasuk pemberian atau penerimaan rasuah (wang, hadiah, atau faedah lain), nepotisme (pemilihan atau pemberian keistimewaan kepada ahli keluarga), serta penyelewengan dana atau sumber. DEFINISI H T T P S: / /W W W.S P R M.G O V.M Y/


Rasuah dalam Perolehan Awam Dalam kontrak kerajaan, pegawai boleh meminta atau menerima rasuah untuk memberikan kontrak kepada syarikat tertentu. Contoh: Pegawai kerajaan menerima wang dari kontraktor sebagai balasan memberikan projek pembinaan kepada syarikat tersebut. Nepotisme dan Kronisme Pegawai menggunakan kedudukan mereka untuk memberikan pekerjaan atau kontrak kepada ahli keluarga atau kawan rapat. Contoh: Seorang pengurus memberikan pekerjaan kepada anak saudaranya walaupun terdapat calon yang lebih layak. Pemberian Rasuah Individu atau entiti memberikan rasuah untuk mendapatkan layanan istimewa, seperti mempercepatkan proses perizinan atau mengelakkan tindakan undang-undang. Contoh: Seorang pemandu memberi rasuah kepada pegawai trafik untuk mengelakkan saman. Penyelewengan Dana Pegawai atau pekerja menggunakan dana atau sumber syarikat atau organisasi untuk keuntungan peribadi. Contoh: Pengurus kewangan mengambil wang dari akaun syarikat untuk kegunaan peribadi. Bagaimana Rasuah Boleh Berlaku Rasuah boleh berlaku dalam pelbagai konteks dan melibatkan pelbagai peringkat dalam organisasi atau kerajaan. Berikut adalah beberapa cara rasuah boleh berlaku:


Kesan AMBIL RASUAH Penurunan Kualiti Perkhidmatan Awam Ketidakadilan Sosial Cenderung memberi manfaat kepada golongan elit dan yang berkuasa, sementara golongan miskin dan terpinggir terus diabaikan. Jika pegawai kerajaan menerima rasuah untuk mempercepatkan sesuatu proses atau meluluskan projek yang tidak mematuhi piawaian, ini akan mengakibatkan mutu perkhidmatan yang rendah dan boleh membahayakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Skandal rasuah yang berulang-ulang boleh menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan dan institusi awam. apabila Transparency International Malaysia melaporkan peningkatan persepsi rasuah dalam kalangan masyarakat, yang mana boleh membawa kepada ketidakstabilan politik dan kurangnya sokongan terhadap dasar-dasar kerajaan. Mencipta budaya di mana amalan tidak bermoral menjadi norma. Ini boleh dilihat dalam pelbagai laporan di mana pegawai-pegawai kerajaan atau sektor swasta terlibat dalam amalan rasuah dan nepotisme. Kerosakan Moral dan Integriti Kehilangan Keyakinan Terhadap Kerajaan


Lula didakwa menerima keuntungan daripada skim rasuah di Petrobras, termasuk pengubahsuaian pangsapuri di Guarujá dan rumah ladang di Atibaia yang didakwa dibayar oleh syarikat pembinaan yang diberikan kontrak daripada Petrobras. Selain itu, terdapat dakwaan bahawa dana kempen politiknya dibiayai oleh dana rasuah Petrobras. Pada 2017, dia dijatuhi hukuman penjara 9.5 tahun atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. Hukuman ini kemudiannya dilanjutkan kepada 12 tahun, tetapi Mahkamah Agung Brazil membatalkan hukuman ini pada 2021 atas alasan mahkamah yang mengendalikannya tidak mempunyai bidang kuasa yang sewajarnya, menonjolkan ketidakadilan proses undangundang. LATAR BELAKANG PIHAK YANG TERLIBAT luiz Inácio Lula da Silva Mantan Presiden Brasil dari 2003 hingga 2011.


Dilma Rousseff Presiden Brazil dari 2011 hingga 2016, dan merupakan pengganti dan sekutu politik Lula da Silva. Walaupun tiada bukti langsung yang menunjukkan bahawa Rousseff terlibat dalam rasuah Petrobras, kerajaannya telah dikritik kerana tidak berjaya menghalang amalan rasuah tersebut. Selain itu, terdapat dakwaan yang beliau tahu dan menutup mata terhadap kegiatan haram ini. Rousseff telah didakwa pada 2016 atas tuduhan salah laku fiskal, yang, walaupun tidak berkaitan secara langsung dengan skandal Petrobras, dilihat sebagai sebahagian daripada iklim politik terpolarisasi dan rasuah yang berleluasa di negaranya. Sérgio Moro Hakim persekutuan Brazil yang menjadi terkenal kerana peranannya dalam mendedahkan skandal ini. ahli politik terkemuka. Hasil daripada siasatan yang diketuainya, lebih 200 orang telah dituduh dan ramai yang telah dijatuhkan hukuman. Moro kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kehakiman oleh Presiden Jair Bolsonaro, tetapi meletak jawatan pada 2020 atas tuduhan bahawa Presiden mengganggu siasatan. Moro mengetuai siasatan ke atas "Operasi Cuci Kereta" yang berjaya membongkar rangkaian rasuah yang luas melibatkan ramai tokoh penting. Moro memainkan peranan penting dalam mendakwa dan mensabitkan banyak pelaku rasuah, termasuk eksekutif korporat dan


Marcelo Odebrecht Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Odebrecht S.A., salah satu syarikat pembinaan terbesar di Amerika Latin Marcelo Odebrecht terlibat dalam pembayaran rasuah secara sistematik kepada pegawai dan ahli politik Petrobras untuk memenangi kontrak besar bagi projek infrastruktur. Pada 2015, dia telah ditangkap dan kemudian dijatuhi hukuman penjara 19 tahun atas tuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan jenayah terancang. Pengakuan Odebrecht dalam perjanjian pengakuan bersalah membantu mendedahkan lebih banyak kes rasuah di Amerika Latin dan seterusnya. paulo roberto costa Bekas Pengarah Penapisan dan Pasaran di Petrobras Costa adalah salah seorang tokoh penting yang mula-mula memberikan maklumat terperinci tentang skandal rasuah selepas penahanannya. Dia mengaku menerima rasuah besar daripada syarikat yang mendapatkan kontrak dengan Petrobras dan menyalurkan sebahagian dana kepada ahli politik dan parti politik. Sebagai saksi negara, keterangannya merupakan titik perubahan penting dalam siasatan, mendedahkan rangkaian rasuah yang kompleks di dalam dan di luar Petrobras.


joao Vaccari Neto Bendahari Parti Buruh (Partido dos Trabalhadores - PT) Beliau didakwa menerima dan menyalurkan dana rasuah daripada Petrobras kepada parti politiknya, PT. Wang itu digunakan untuk membiayai kempen politik dan aktiviti parti. Vaccari dijatuhi hukuman penjara kerana penglibatannya dalam skandal ini, dan kesnya menunjukkan bagaimana rasuah Petrobras digunakan untuk menyokong aktiviti politik haram. Alberto Youssef Pengendali pengubahan wang haram dan pelaku perniagaan haram yang lain Youssef bertindak sebagai perantara dalam pembayaran rasuah antara syarikat dan pegawai Petrobras. Sebagai pelaku yang berpengalaman dalam operasi pengubahan wang haram, beliau membantu mengatur pemindahan kompleks dana rasuah. Selepas ditahan, Youssef turut bekerjasama dengan penyiasat, memberikan banyak maklumat mengenai operasi rasuah melibatkan pelbagai pihak. Keterangan beliau sangat membantu dalam mendedahkan skandal ini.


MICHEL TEMER Seorang peguam dan ahli politik Brazil yang merupakan Presiden Brazil ke-37 emer lalah maib presiden Brazil yang dituduh oleh seorang bekas senator yang menjadi saksi kepada negara. Bekas senator itu berkata bahawa Temer bertanggungjawab dalam mendistribusikan suapan wang antara tahun 1997 dan 2001 dalam transaksi etanol melalui Petrobras. Temer juga bersalah kerana mengaturkan perjumpaan director Petrobras bersama PMDB (Pergerakan Demokrasi Brazil untuk perbincangan pengubahan wang haram. Selain dari itu Temer disiasat apabila menerima wang haram yang berjumlah 1.5 juta dolar Amerika Syerikat (AS) darpada syarikat pembinaan yang bekerja sama dengan Petrobras. Nama Temer disenaraikan 21 kali di dalam perisian spreadsheet Syerikat pembinaan Camargo Correa bersama wang 345.000 dolar AS terkumpul yang dipercayai sebagai duit rasuah. RENAN CALHEIROS Calheros merupakan ketua senator Brazil dan salah seoreng eni PMDB yeng sakukan pengubahan wang heram di delam skandal Petrobras. Dia dijangkai menerime suapan sebesar 240.000 dolar AS dari Syarkat Pembangunan Serveng, Dengan pengaruh politik yang dimiliki dapat membentu Serveng mendepetkan kontralkontrak dengan Petrobras. Walaupun Serveng menyumbangkan wang haram terebut kepada PMDE tetapi wang tersebut didapati merupakan milk Calneiros. Selain dari skandal Petrobras, dia mempunyai pelbagai tuduhan rasuah yang besar didalam partimen dan sebagainya. Ahli politik Brazil dan bekas Presiden Senat Persekutuan Brazil


RASUAH BRAZIIL Fakta 1.Pendedahan Awal: Skandal ini mula terungkap pada tahun 2014 ketika siasatan terhadap operasi cuci mobil yang melibatkan pengubahan wang haram mendedahkan adanya penyelewengan besar dalam Petrobras. Siasatan ini dilakukan oleh pihak berkuasa Brazil, termasuk polis persekutuan dan pendakwa raya. 2. Modus Operandi: Skandal melibatkan pembayaran rasuah yang besar oleh syarikat pembinaan dan kejuruteraan kepada eksekutif Petrobras dan ahli politik sebagai balasan untuk kontrak yang menguntungkan. Wang rasuah tersebut kemudiannya digunakan untuk membiayai kempen politik dan memperkaya individu-individu tertentu. OPERAÇÃO LAVA JATO (OPERASI CUCI KENDERAAN) Salah satu kes rasuah terbesar dalam sejarah moden.


3. Jumlah Rasuah: Dilaporkan bahawa nilai rasuah yang terlibat dalam skandal ini mencapai berbilion dolar. Sebagai contoh, dalam satu laporan, lebih daripada $2 bilion dipercayai telah dibayar dalam bentuk rasuah. 4. Penglibatan Ahli Politik: Banyak ahli politik kanan di Brazil terlibat dalam skandal ini, termasuk bekas Presiden Luiz Inácio Lula da Silva dan Dilma Rousseff. Ahli politik dari pelbagai parti turut terlibat, menunjukkan betapa meluasnya skandal ini. 5. Kesan Ekonomi: Skandal ini memberikan tamparan hebat kepada ekonomi Brazil. Petrobras kehilangan nilai pasarannya dengan ketara, yang turut memberi kesan negatif kepada ekonomi negara keseluruhan. Pelaburan asing merosot, dan reputasi negara terjejas teruk. Drama Series ini diapdatasi daripada kisah sebenar !!! “


Huraian kes EDI S O N Siasatan Bermula: (undercover) Operação Lava Jato bermula sebagai penyiasatan kecil terhadap operasi cuci mobil di Curitiba, Paraná. Penemuan awal ini mengarah kepada pengungkapan rangkaian korupsi yang melibatkan Petrobras dan syarikat pembinaan besar seperti Odebrecht dan Andrade Gutierrez. Penahanan dan Pendakwaan: Sejumlah eksekutif tinggi Petrobras dan pemimpin syarikat pembinaan ditahan. António Palocci, bekas Menteri Kewangan dan Menteri Rumah Putih, serta Eduardo Cunha, bekas Speaker Dewan Perwakilan Brazil, adalah antara mereka yang didakwa. ANTÓNIO PALOCCI


r a s u a h EDI S O N O p e r a t i o n C a r W a s h Pendakwaan Ahli Politik: Pihak berkuasa mendapati bahawa sebahagian besar wang rasuah digunakan untuk membiayai kempen politik. Ini membawa kepada dakwaan terhadap banyak ahli politik kanan, termasuk bekas presiden dan ahli parlimen. Reaksi Awam: Skandal ini mencetuskan gelombang protes besarbesaran di seluruh Brazil, di mana rakyat menuntut keadilan dan reformasi. Kekecewaan terhadap korupsi yang meluas mendorong banyak rakyat Brazil untuk turun ke jalan, menuntut perubahan dan akauntabiliti. 1 0


KOMEN DAN ULASAN KES Skandal rasuah Petrobras, juga dikenali sebagai "Operasi Cuci Kereta" atau "Operação Lava Jato," adalah salah satu skandal rasuah terbesar dan paling berpengaruh dalam sejarah Brazil. Skandal itu bermula dengan penyiasatan mudah terhadap operasi pengubahan wang haram yang akhirnya mendedahkan beberapa siri rasuah yang melibatkan sejumlah besar rasuah, penyelewengan dana, dan konspirasi dalam kalangan pakar politik dan eksekutif korporat. Petrobras, syarikat minyak negara yang sepatutnya menjadi simbol kemajuan ekonomi Brazil, telah bertukar menjadi simbol ketamakan dan penyalahgunaan kuasa. Siasatan mendalam ini mendedahkan bagaimana eksekutif Petrobras menerima rasuah daripada syarikat besar seperti Odebrecht dan kemudian menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadi dan untuk membiayai kempen politik. Ini menunjukkan betapa sistemik dan tersusunnya rasuah, di mana ia bukan sahaja melibatkan individu tertentu malah turut melibatkan parti politik utama negara termasuk Parti Buruh (PT). Akibatnya, reputasi antarabangsa Brazil tercemar, dan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan jatuh merudum. Penangkapan dan hukuman terhadap tokoh berprofil tinggi seperti Luiz Inácio Lula da Silva dan Marcelo Odebrecht menggambarkan betapa seriusnya pihak berkuasa mengambil skandal ini. Walau bagaimanapun, proses kehakiman ini juga telah menghadapi kritikan dan kontroversi, terutamanya mengenai prosedur undang-undang dan potensi berat sebelah dalam penyiasatan. Sebagai contoh, penahanan Lula dianggap oleh sesetengah pihak bermotifkan politik untuk menjejaskan kerjaya politiknya. Pada 2021, Mahkamah Agung Brazil memutuskan bahawa perbicaraan Lula adalah tidak adil dan membatalkan hukumannya, menambah lagi perdebatan mengenai keadilan sistem perundangan negara. Skandal Petrobras juga mempunyai implikasi ekonomi yang besar. Keyakinan pelabur terhakis, nilai saham Petrobras menjunam, dan ekonomi Brazil jatuh ke dalam kemerosotan. Syarikat yang terlibat dalam skandal ini berdepan denda yang besar dan ramai yang terpaksa menstruktur semula atau pun gulung tikar. Ini menunjukkan betapa pentingnya integriti dan keikhlasan dalam pengurusan strategik syarikat negeri. Walaupun skandal ini membawa kesakitan dan kekecewaan, ia juga mencetuskan gerakan untuk pembaharuan dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat di Brazil, dengan harapan dapat mencegah kejadian serupa pada masa hadapan.


Skandal rasuah Petrobras di Brazil memberikan beberapa pengajaran penting yang dapat diambil oleh masyarakat sekeliling. Antara pengajarannya ialah penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas. Pihak atasan perlulah lebih tegas dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap individu dan syarikat yang terlibat dalam rasuah. Ianya penting untuk menunjukkan bahawa tindakan berikut tidak akan ditoleransi dan dipertimbangkan. Tindakan yang tegas dapat mengelakkan seseorang untuk melakukan perbuatan rasuah. Seterusnya ialah mementingkan ketulusan dan akauntabiliti dalam diri seseorang, terutamanya pekerja-pekerja dalam kalangan syarikat. Ketulusan dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan adalah kritikal untuk mencegah rasuah. Dengan adanya nilai ketulusan, ia dapat mengurangkan peluang untuk berlakunya penyelewengan dana dan meningkatkan kepercayaan kepada publik dan memperkuatkan integriti sistem pemerintahan dan perniagaan syarikat. Selain itu, kesedaran awam dan pendidikan yang berterusan. Semua pihak berperanan penting dalam meningkatkan kesedaran tentang kesan negatif rasuah dan kepentingan integriti dalam perniagaan dan pemerintahan. Ilmu dan kesedaran yang berterusan dapat membantu dalam mengatasi kes rasuah yang kian berleluasa. Selepas berlakunya isu kes Skandal Petrobras di Brazil, masyarakat seluruh dunia dapat melihat bahawa rasuah bukan sahaja merosakkan kewangan sesebuah organisasi tetapi juga boleh menghilangkan kepercayaan terhadap institusi dan pemimpin mereka. Oleh itu, negara dan organisasi lain boleh mengambil langkah yang lebih proaktif untuk mencegah dan memerangi rasuah dengan lebih berkesan. PENGAJARAN


Salah laku rasuah ini amatlah perlu diberi penekanan dalam mengatasi isu tersebut kerana integriti ini sangatlah penting dalam menjamin pembangunan dan kestabilan ekonomi negara terutamanya pada masa akan datang. Rasuah ini juga mampu merosakkan kepercayaan rakyat terhadap institusi yang diketuai oleh ketua kerajaan tersebut dalam mengetuai negara dalam membangunkan negara kearah yang lebih maju dan berdaya saing. Kesan salah laku rasuah ini amtlah besar terutamanya dalam kemajuan sektor ekonomi yang dimana apabila pelabur dari luar negara yang berhasrat untuk datang melabur ataupun sedang melakukan pelaburan didalam Malaysia, ianya akan menyebabkan pihak mereka mengambil keputusan untuk membatalkan atau tidak lagi mebuat pelaburan di Malaysia kerana imej negara Malaysia sudah tercemar dan tidak boleh membawa keuntungan dan kemajuan yang lebih jauh. Oleh demikian, bagi memastikan kelestarian dan kemakmuran negara sentisa berada didalam keadaan yang optimal, pihak kerajaan terutamanya perlulah bersama-sama menggembleng tenaga supaya masalah berkaitan rasuah ini dapat diperhalusi dan menjadikan bilangan kes tersebut kepada sifar. KESIMPULAN


AFP News Agency. (2018, January 25). Brazil’s Petrobras scandal [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=PCbSF-7tpoo KATA-KATA ALUAN. (n.d.). http://2010615146.blogspot.com/2011/03/katakata-aluan.html Petrobras Oil Scandal Leaves Brazilians Lamenting a Lost Dream. (n.d.). The New York Times. Retrieved July 2, 2024, from https://www.nytimes.com/2015/08/09/business/international/effects-ofpetrobras-scandal-leave-brazilians-lamenting-a-lost-dream.html Sotero, P. (2016, April 15). Petrobras scandal | Summary, Explanation, & Operation Car Wash. Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/event/Petrobras-scandal SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM). (n.d.). https://www.sprm.gov.my/ Vox. (2018, October 26). The biggest corruption scandal in Latin America’s history [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=uMXumMJZYYI Bibliografi


Click to View FlipBook Version