The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program CCRM2013 Research Presentations

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORLIZAH BINTI MAT NOH (ILKKMJOHORBAHRU), 2023-11-15 02:34:06

Buku Program Pembentangan Kajian CCRM2013

Buku Program CCRM2013 Research Presentations

RESEARCH PRESENTATIONS KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA JOHOR BAHRU, JOHOR Diploma Fisioterapi Ambilan Jan 2021 CCRM2013: BASIC RESEARCH METHODOLOGY AND STATISTICS Tarikh: 15 November 2023 Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang Tempat: Auditorium Sri Perdana, ILKKM Johor Bahru Anjuran: Program Sains Perubatan Asas


Pengenalan Kursus menggariskan rangka kerja asas proses penyelidikan. mengenal pasti reka bentuk dan teknik penyelidikan yang sesuai dalam menjalankan kajian penyelidikan. menggunakan statistik asas dalam menganalisis, mentafsir dan mempersembahkan data. menjana laporan menggunakan teknik penulisan akademik. Kursus ini direka untuk memperkenalkan konsep asas dalam metodologi dan statistik penyelidikan memandangkan sistem dan amalan penjagaan kesihatan adalah berasaskan bukti bagi memahami isu dan konsep kesihatan. Kursus ini membimbing pelatih tentang cara menjalankan kajian yang mudah menggunakan metodologi penyelidikan dan menganalisis menggunakan kaedah statistik asas. Antara hasil pembelajaran yang diharapkan adalah pelatih dapat; 1. 2. 3. 4. Ujian berkala (MCQ dan SEQ) - soalan-soalan yang berkaitan teori penyelidikan dan statistik. Analisis statistik - tugasan individu untuk menyelesaikan masalah menggunakan perisian statistik yang mudah dan mempersembahkan jawapan dalam bentuk jadual dan graf. Penulisan laporan projek - tugasan berkumpulan untuk menghasilkan sebuah kajian berkaitan isu kesihatan. Pembentangan laporan projek - tugasan berkumpulan bagi mempersembahkan hasil kajian. Pelatih-pelatih diploma Tahun 3 Semester I di ILKKM Johor Bahru perlu melengkapkan kursus ini yang meliputi penilaian iaitu: CCRM2013 1


Aturcara Research Presentations MASA ACARA 8.00 pagi - 8.30 pagi Pendaftaran 8.30 pagi - 9.00 pagi Pembentangan Kumpulan 1 9.00 pagi - 9.30 pagi Pembentangan Kumpulan 2 9.30 pagi - 10.00 pagi Pembentangan Kumpulan 3 10.00 pagi - 10.30 pagi Rehat 10.30 pagi - 11.00 pagi Pembentangan Kumpulan 4 11.00 pagi - 11.30 pagi Pembentangan Kumpulan 5 11.30 pagi - 12.00 tengahari Pembentangan Kumpulan 6 12.00 tengahari - 12.30 tengahari Pembentangan Kumpulan 7 12.30 tengahari - 1.00 petang Pembentangan Kumpulan 8 1.00 petang Bersurai 2


Abstrak KUMPULAN TAJUK 1 Kesan Kuantiti Tidur Terhadap Kesihatan Mental Pelatih Diploma Fisioterapi ILKKM Johor Bahru 2 Tahap Kepuasan Pelatih Fisioterapi T3S1 dan T2S1 ILKKM Johor Bahru Terhadap Perkhidmatan Kafeteria ILKKM Johor Bahru 3 Persepsi dan Pengetahuan Pelatih ILKKM Johor Bahru Tentang Aktiviti Regangan Sebelum Bersukan 4 Penyalahgunaan Alat Elektronik Dalam Kalangan Pelatih Fisioterapi Tahun 1 Semester 2 ILKKM Johor Bahru 5 Tahap Kesedaran Pelatih Fisioterapi Ambilan Julai 2021 dan Julai 2022 di ILKKM Johor Bahru Terhadap Obesiti 6 Penggunaan Perpustakaan Fizikal dan Perpustakaan Dalam Talian (Virtual Library) Dalam Kalangan Pelatih Fisioterapi Di ILKKM Johor Bahru. 7 Kesan Gaya Pembelajaran OBE (Outcome Based Education) Terhadap Kesihatan Mental Pelatih ILKKM Johor Bahru 8 Tahap Kesedaran Pelatih Semester 1 ILKKM Johor Bahru Terhadap Kepentingan Mengamalkan Suku-suku Separuh dalam Pemakanan Seimbang 3


Kesan Kuantiti Tidur Terhadap Kesihatan Mental Pelatih Diploma Fisioterapi ILKKM Johor Bahru Aliah Afiqah binti Shamsul Kamal; Amir Saifuddin bin Aziz Jaafar; Auny Izzaty binti Mohd Sukri 4 Mengenalpasti tahap kesihatan mental pelatih fisioterapi ILKKM Johor Bahru. Mengkaji kuantiti tidur pelatih fisioterapi ILKKM Johor Bahru. Mengkaji pendapat pelatih fisioterapi tentang adakah kuantiti tidur mempengaruhi kesihatan mental mereka. Tujuan: Mengkaji adakah kuantiti tidur memberikan impak kepada kesihatan mental di kalangan pelatih Fisioterapi ILKKM Johor Bahru. Objektif: 1. 2. 3. Metodologi: Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif. Populasi kajian ini adalah melibatkan pelatih diploma Fisioterapi ILKKM Johor Bahru Jumlah pelatih fisioterapi yang menuntut di ILKKM Johor Bahru ialah 83 orang pelatih maka jumlah sampel 15% daripada populasi ialah seramai 62 orang pelatih. Persampelan ini dilakukan secara rawak antara pelatih. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara dalam talian kepada responden melalui Google Form menggunakan closed-ended question dan menggunakan borang Ujian Saringan Kesihatan Mental KKM, Depression Anxiety Stress Test (DASS) yang akan diedarkan kepada responden secara atas talian bagi menilai tahap kesihatan mental pelatih. Dapatan: Objektif pertama menunjukkan tahap kesihatan mental pelatih ada pada tahap yang baik. Manakala objektif kedua pula pelatih fisioterapi ILKKM Johor Bahru kebanyakanya mempunyai kuantiti tidur yang tidak mencukupi. Bagi objektif terakhir pula menunjukan pelatih fisioterapi bersetuju dan berpendapat bahawa kuantiti tidur mempengaruhi kesihatan mental mereka dan kebanyakan pelatih mempunyai tahap pengetahuan yang baik. Kesimpulan: Secara keseluruhannya, kuantiti tidur tidak mempengaruhi tahap kesihatan mental pelatih Fisioterapi ILKKMJB dimana majoriti pelatih mempeunyai tahap kesihatan mental yang baik dan kuantiti tidur yang walaupon tidak mendapatkan tidur yang cukup. Justeru, tahap pengetahuan pelatih pengetahuan pelatih mengenai kesan kepada kurang tidur adalah yang tinggi.


Tahap Kepuasan Pelatih Fisioterapi T3S1 dan T2S1 ILKKM Johor Bahru Terhadap Perkhidmatan Kafeteria ILKKM Johor Bahru Elizabeth Jenny Sigang Peter; Fikhrul Aiman bin Azhar; Ian Shafiq bin Razali 5 Mengkaji tahap kepuasan pelatih fisoterapi T3S1 dan T2S1 terhadap kebersihan, harga, dan menu di kafeteria ILKKM Johor Bahru Mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi tahap kepuasan pelatih terhadap perkhidmatan kafeteria di ILKKM Johor Bahru. Tujuan: Mengkaji tahap kepuasan pelatih fisioterapi T3S1 dan T2S1 ILKKM Johor Bahru terhadap perkhidmatan kafeteria ILKKM Johor Bahru Objektif: 1. 2. Metodologi: Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif. Seramai 43 orang pelatih ILKKM Johor Bahru yang terdiri daripada semester 3 dan 5 telah dipilih sebagai sampel kajian. Borang soal selidik diedarkan secara dalam talian kepada responden melalui Google Form. Dapatan: Objektif pertama menunjukkan pelatih tidak berpuas hati terhadap kebersihan, harga dan jenis makanan yang ditawarkan oleh kafeteria ILKKM Johor Bahru. Objektif kedua menunjukkan bahawa faktor utama yang mempengaruhi tahap kepuasan para pelatih adalah faktor harga makanan yang ditawarkan. Kesimpulan: Secara keseluruhanya, para pelatih fisioterapi T3S1 dan T2S1 merasa sangat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kafeteria yang ditawarkan terutama dari faktor harga.


Persepsi dan Pengetahuan Pelatih ILKKM Johor Bahru Tentang Aktiviti Regangan Sebelum Bersukan Jensen Siong; Jeremy David; Muhamad Aqil bin Zahidi 6 Mengenal pasti persepsi pelatih ILKKM Johor Bahru terhadap aktiviti regangan sebelum bersukan. Menentukan tahap pengetahuan pelatih tentang aktiviti regangan badan sebelum bersukan. Mengetahui kekerapan pelatih untuk melakukan aktiviti regangan setiap kali sebelum bersukan. Tujuan: Untuk mengkaji persepsi, pengetahuan dan juga mengenal pasti kekerapan pelatih ILKKM Johor Bahru tentang aktiviti regangan sebelum bersukan Objektif: 1. 2. 3. Metodologi: Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan teknik pensampelan rawak berdasarkan pemerhatian terhadap pelatih yang kerap bersukan di gelanggang dan sekitar ILKKM Johor Bahru. Seramai 58 orang pelatih daripada Program Sains Perubatan dan Kesihatan, Pengimejan Perubatan, Terapi Cara Kerja, Kejururawatan dan Fisioterapi dipilih sebagai sampel dan menjawab soal selidik yang diedarkan dalam bentuk Google Form melalui aplikasi Whatsapp. Dapatan: Kajian mendapati pelatih ILKKM Johor Bahru mempunyai persepsi yang positif terhadap aktiviti regangan badan sebelum bersukan. Bertepatan dengan pengetahuan pelatih, kajian mendapati pelatih mempunyai pengetahuan asas dalam tatacara regangan yang betul serta dapatan kajian menunjukkan pelatih sangat kerap melakukan aktiviti regangan badan sebelum bersukan. Kesimpulan: Pelatih ILKKM Johor Bahru yang kerap bersukan mempunyai persepsi yang positif, pengetahuan aktiviti regangan yang mencukupi dan sering melakukan aktiviti regangan sebelum bersukan. Ini menunjukkan bahawa pelatih ILKKM Johor Bahru mengamalkan tatacara sebelum bersukan yang betul dan seterusnya dapat mengelakkan kecederaan yang tidak diingini semasa bersukan.


Penyalahgunaan Alat Elektronik Dalam Kalangan Pelatih Fisioterapi Tahun 1 Semester 2 ILKKM Johor Bahru Michelle Anak Dennis; Mohd Amierul bin Nurul Azmi @ Mohd Shafie; Muhamad Nur Iman bin Zul 7 Mengkaji sejauh mana pengetahuan yang diperolehi oleh pelatih berkaitan penyalahgunaan alat elektronik Menguji pengetahuan pelatih berkaitan dengan faktor dan kesan penyalahgunaan alat elektronik. Tujuan: Mengkaji penyalagunaan alat elektronik di kalangan Pelatih fisioterapi Tahun 1 Semester 2 ILKKM Johor Bahru. Objektif: 1. 2. Metodologi: Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif. Seramai 37 orang responden yang terdiri daripada pelatih daripada program fisioterapi tahun 1 semester 2 telah menjadi sampel kajian. Borang soal selidik telah diedarkan kepada responden secara dalam talian iaitu melalui Google Form menggunakan closed-ended question. Dapatan: Berdasarkan objektif khusus pertama, hasil kajian telah mendapati kebanyakan pelatih mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi berkaitan dengan istilah penyalahgunaan alat elektronik iaitu terbukti dengan peratusan yang tinggi bagi setiap persoalan kajian berkaitan dengan objektif kajian itu. Selain itu, bagi objektif khusus yang kedua pula telah didaati bahawa kebanyakan pelatih dapat mengenalpasti kesan-kesan yang diperoleh akibat penyalahgunaan alat elektronik iaitu dapat dilihat melalui hasil dapatan peratusan yang tinggi berkaitan dengan persoalan kajian yang dinyatakan berkaitan dengan objektif tersebut. Akhir sekali, objektif khusus yang ketiga pula menunjukkan bahawa pelatih dapat mengenapasti faktor-faktor yang menyebabkan penyalagunaan alat elektronik yang berlebihan iaitu melalui peratusan yang tinggi bagi setiap persoalan kajian yang berkait dengan objektif khusus yang terakhir itu. Kesimpulan: Secara keseluruhannya, majoriti daripada pelatih yang telah menjadi sampel kajian mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi berkaitan dengan penyalahgunaan alat elektronik dalam kalangan pelatih.


Tahap Kesedaran Pelatih Fisioterapi Ambilan Julai 2021 dan Julai 2022 di ILKKM Johor Bahru Terhadap Obesiti Muhammad Safwan bin Saidin; Nathalie Nicole Anak David; Nik Farah Amida binti Nik Abd Rahman 8 Mengenal pasti tahap pengetahuan Pelatih Fisioterapi Ambilan Julai 2021 dan Julai 2022 ILKKM JB terhadap obesiti Mengenal pasti sama ada Pelatih Fisioterapi Ambilan Julai 2021 dan Julai 2022 ILKKM JB mengamalkan langkah-langkah pencegahan terhadap obesiti. Tujuan: Mengkaji tahap kesedaran Pelatih Fisioterapi Ambilan Julai 2021 dan Julai 2022 di lnstitut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Johor Bahru terhadap obesiti. Objektif: 1. 2. Metodologi: Metodologi yang digunakan sepanjang menyiapkan kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Seramai 42 orang responden daripada pelatih fisioterapi ambilan Julai 2021 dan Julai 2022 mengisi borang maklum balas ini. Borang soal selidik diedar melalui talian iaitu dengan menggunakan Google Form yang berbentuk closed-ended question. Dapatan: Objektif pertama menunjukkan tahap kesedaran Pelatih Fisioterapi Ambilan Julai 2021 dan Julai 2022 di lnstitut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Johor Bahru terhadap obesiti adalah di tahap yang sederhana di mana segelintir daripada mereka kurang ilmu mengenai obesiti. Objektif kedua menunjukkan tahap pengetahuan Pelatih Fisioterapi Ambilan Julai 2021 dan Julai 2022 di lnstitut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Johar Bahru terhadap obesiti adalah di tahap yang baik. Objektif ketiga menunjukkan hanya sesetengah daripada pelatih Fisioterapi Ambilan Julai 2021 dan Julai 2022 ILKKM JB mengamalkan langkah-langkah pencegahan terhadap obesiti. Separuh daripada mereka tidak mengamalkannya. Kesimpulan: Secara keseluruhannya, terdapat beberapa pelatih dari program fisioterapi sesi Julai 2021 dan Julai 2022 yang mempunyai kurang kesedaran mengenai obesiti. lanya memberi kesan kepada peratusan obesiti untuk pelatih fisioterapi ambilan Julai 2021 dan Julai 2022.


Penggunaan Perpustakaan Fizikal dan Perpustakaan Dalam Talian (Virtual Library) Dalam Kalangan Pelatih Fisioterapi Di ILKKM Johor Bahru. Nur Ayuniey binti Mohd Ghani; Nur Syaza binti Marzuki; Nur Zulaikha binti Kamaruzzaman 9 Mengkaji kekerapan pelatih fisioterapi ILKKM Johor Bahru berkunjung ke perpustakaan fizikal & melayari perpustakaan dalam talian (virtual library) untuk mencari rujukan perubatan. Mengetahui faktor yang mempengaruhi penggunaan perpustakaan fizikal dan perpustakaan dalam talian (virtual library) untuk mencari rujukan perubatan dalam kalangan pelatih fisioterapi ILKKM Johor Bahru. Mengetahui persepsi pelatih fisioterapi ILKKM JB tentang perpustakaan secara fizikal untuk membuat rujukan perubatan. Tujuan: Mengkaji penggunaan perpustakaan fizikal dan perpustakaan dalam talian (virtual library) dalam kalangan pelatih fisioterapi di ILKKM Johor Bahru. Objektif: 1. 2. 3. Metodologi: Kajian ini berbentuk kuantitatif dimana seramai 82 orang pelatih fisioterapi ILKKM Johor Bahru yang terdiri daripada semester 2, 3 dan 5 telah menjadi sampel kajian. Soal selidik diedarkan secara dalam talian kepada responden melalui Google Form. Dapatan: Objektif pertama menunjukkan kekerapan pelatih melayari perpustakaan dalam talian (virtual library) lebih tinggi berbanding berkunjung ke perpustakaan fizikal dalam seminggu sepanjang tahun 2023. Objektif kedua pula menunjukkan pelatih mengetahui faktor yang mempengaruhi penggunaan perpustakaan fizikal dan perpustakaan dalam talian (virtual library) untuk mencari rujukan perubatan dalam kalangan pelatih fisioterapi ILKKM Johor Bahru manakala objektif ketiga pula menunjukkan persepsi pelatih fisioterapi ILKKM JB terhadap perpustakaan secara fizikal untuk membuat rujukan perubatan. Kesimpulan: Secara keseluruhannya, majoriti pelatih fisioterapi ILKKM Johor Bahru lebih gemar melayari perpustakaan dalam talian (virtual library) berbanding perpustakaan fizikal dalam seminggu sepanjang tahun 2023 beserta dengan faktor yang mempengaruhi penggunaan perpustakaan fizikal dan perpustakaan dalam talian (virtual library) untuk mencari rujukan perubatan. Di samping itu juga, majoriti pelatih ILKKM Johor Bahru juga bersetuju bahawa perpustakaan fizikal masih lagi relevan untuk mencari rujukan perubatan.


Kesan Gaya Pembelajaran OBE (Outcome Based Education) Terhadap Kesihatan Mental Pelatih ILKKM Johor Bahru Sakina binti Othman; Suriyana Atikah binti Abdullah Bajuri 10 Mengenalpasti tahap kesihatan mental pelatih ILKKM Johor Bahru, Mengkaji persepsi pelatih ILKKM Johor Bahru terhadap gaya pembelajaran OBE. Mengkaji kesan OBE terhadap kesihatan mental pelatih ILKKM Johor Bahru. Tujuan: Mengkaji kesan gaya pembelajaran OBE terhadap kesihatan mental pelatih ILKKM Johor Bahru. Objektif: 1. 2. 3. Metodologi: Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif. Seramai 94 orang responden yang terdiri daripada pelatih ILKKM Johor Bahru dari semester 3 dan 4 program basik telah menjadi sampel kajian. Soal selidik diedarkan secara dalam talian kepada responden melalui Google Form menggunakan skala DASS dan skala likert. Dapatan: Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan tahap kesihatan mental pelatih berada dalam keadaan yang baik di mana pelatih menyatakan tidak pernah sama sekali dan jarang bagi setiap soalan mengenai tekanan. Manakala bagi persepsi pelatih menunjukkan majoriti pelatih ILKKM Johor Bahru mempunyai persepsi yang negatif terhadap gaya pembelajaran OBE yang dilaksanakan. Bertentangan dengan kesan OBE terhadap kesihatan mental pelatih, kebanyakannya menunjukkan respon yang positif, dimana OBE tidak menganggu kesihatan mental pelatih. Kesimpulan: Walaupun gaya pembelajaran OBE yang digunakan di ILKKM Johor Bahru mendapat persepsi yang negatif dalam kalangan pelatih, namun majoriti pelatih tidak berasa tertekan akan gaya pembelajaran OBE dengan menunjukkan tahap kesihatan mental yang baik dan sihat. Justeru, gaya pembelajaran OBE memberikan kesan yang positif terhadap prestasi akademik pelatih dengan memberikan tekanan yang baik supaya pelatih mempraktikkan pembelajaran berpusatkan kendiri.


Tahap Kesedaran Pelatih Semester 1 ILKKM Johor Bahru Terhadap Kepentingan Mengamalkan Suku-suku Separuh Dalam Pemakanan Seimbang Syakila Binti A.Rahim; Wan Nur Aina Amirah Binti Wan Huzaini 11 Mengkaji sejauh mana kesedaran pelatih mengenai kempen suku suku separuh. Menilai tahap pengetahuan pelatih mengenai suku-suku separuh dalam pemakanan seimbang. Tujuan: Mengkaji tahap kesedaran pelatih semester 1 ILKKM Johor Bahru terhadap kepentingan mengamalkan suku-suku separuh dalam pemakanan yang seimbang. Objektif: 1. 2. Metodologi: Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif. Seramai 125 orang responden yang terdiri daripada pelatih ILKKM Johor Bahru dari semester 1. Soal selidik diedarkan secara dalam talian kepada responden melalui Google Form menggunakan closed-ended question. Dapatan: Objektif pertama menunjukkan kebanyakan pelatih mempunyai tahap kesedaran yang tinggi mengenai kempen suku-suku separuh dengan mendapat peratusan yang tinggi bagi setiap persoalan kajian yang dinyatakan berkaitan objektif kajian khusus tersebut. Objektif khusus kedua pula menunjukkan majoriti pelatih mengetahui pengetahuan tentang kempen suku suku separuh. Kesimpulan: Secara keseluruhannya, majoriti pelatih mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai kempen suku-suku separuh serta mempunyai pengetahuan tentang amalan pemakanan yang sihat melalui amalan suku-suku separuh.


[email protected] Tahniah! Program Sains Perubatan Asas Pelatih-pelatih Diploma Fisioterapi 1/2021


Click to View FlipBook Version