The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzadin0504, 2020-11-22 00:55:38

Explain Unit Learning [Autosaved]

Explain Unit Learning [Autosaved]

KONSEP–KONSEP UTAMA
SOSIOLOGIKAL

AHLI Kumpulan :
Tony Lois Anak Pega
Muhammad Izzudin Bin Abdul Aziz
Mike Dyllon Anak Hamzakia
Nursafrina Binti Sebli
Nur Hana Syafiqah Binti Sophie

Pengenalan Sosiologi

Sosiologi merupakan proses kajian hubungan tentang masyarakat .

Sosiologi secara teorinya dikaitkan dengan soal-soal kehidupan manusia
bermasyarakat. Sosiologi mempunyai konsep – konsep utama dalam setiap aspek
sosiologikal. Oleh itu terdapat beberapa konsep – konsep sosiologikal dan
fenomenanya.

LU 1 : BAHAGIAN 1
BERKONSEPKAN MASYARAKAT

Konsep-konsep utama :
• Budaya
• Imaginasi Sosial
• Masyarakat
• Sistem Sosial
• Komuniti

IMAGINASI SOSIAL

Imaginasi sosiologi merupakan keupayaan menilai dan menyaksikan perkara sosial yang mampu
berinteraksi dan berpengaruh antara satu sama lain. Individu mempunyai daya imaginasi ini mampu
berfikiran ke arah jauh untuk berdepan situasi-situasi sosia (Crossman,A. 2019)

Imaginasi sosiologi juga merupakan penggunaan dalam memikirkan keadaan imaginasi untuk memahami
hubungan antara kehidupan masyarakat dengan kehidupan peribadi individu.

Sebagai contoh, mengemukakan perkara tentang kopi yang mana kopi bukan setakat hanya sebagai
minuman,tetapi mengandungi unsur nilai sebagai rutin harian dalam sosial hidup. Minum kopi secara
bersama dengan individu lain adalah merupakan satu peluang dalam proses interaksi sosial.

MASYARAKAT

Masyarakat merupakan kewujudan manusia yang tinggal secara berkelompok dan bersama.
Kewujudan manusia secara berkelompok telah membentuk interaksi antara satu sama lain dan
budaya yang berbeza dari masyarakat dengan masyarakat lain (Abdullah, Nor, Mohd Yusof, &
Hussain, 2017).

Masyarakat juga sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama dalam sistem sosial di
sesuat sesuatu tempat dengan aturan-aturan dan cara hidup tertentu dalam pergaulan hidup
masyarakat. (Hassan, 2013)

Sebagai contoh, di Malaysia mempunyai pelbagai latar belakang masyarakat yang majmuk di
mana ia bersifat ‘multiracial’ dan ‘multiculture’ ada asas –asas kukuh untuk mewujudkan
masyarakat bermoral bagi mendukung cita-cita murni bangsa Malaysia yang berteraskan konsep
bangsa.

2. BUDAYA

Kebudayaan merupakan cara kehidupan sosial yang diamalkan masyarakat yang dari segi kemampuan berfikir, tingkah laku
manusia, kegiatan kerohanian

Menurut Edward B.Tylor, kebudayaan mengandungi beberapa aspek iaitu ilmu pengetahuan, kepercayaan masyarakat, kesenian,
kesusilaan, undang-undang,dan adat resam.

Menurut Talib Osman, budaya juga merupakan cara hidup merangkumi aktiviti seharian masyarakat yang mempunyai nilai-nilai
sosial (Hussin, 2019).

Dalam hal ini, budaya dikategorikan bersifat material dan budaya bersifat bukan material yang mana ia mencerminkan
ketamadunan dalam masyarakat.

Ini bermakna, konsep budaya dilihatkan sebagai hasil perlakuan manusia yang didorongkan pelbagai aspek-aspek seperti
kehidupan norma, peraturan, kepercayaan dan adat resam.

Sebagai contoh, budaya masyarakat di Malaysia mempunyai adat resam dan kepercayaan kepelabagaian yang terdiri daripada
masyarakat Melayu mempunyai adat mencukur rambut bayi dan masyarakat cina mempunyai sambutan perayaan Tahun Baru
Cina.

4. SISTEM SOSIAL

Konsep sistem sosial merupakan dalam satu hieraki yang terdapat beberapa susunan anggota masyarakat
mengikut kelas yang berlainan kedudukan. Susunan lapis ini melibatkan wujudnya perbezaan setaraf dalam
kalangan masyarakat seperti kekayaan, gaya hidup dan kekuasaan.

Konsep sistem sosial juga adalah mempunyai tujuan dan struktur simbol yang perlu dibimbing dalam keupayaan
berinteraksi dengan seseorang atau lebih daripada seseorang untuk berkomunikasi dalam sistem ini. Sistem sosial
terdapat unsur –unsur seperti penyatuan interaksi sosial yang mana ia kemudian membentuk struktur
memerlukan kebergantungan antara satu sama lain dalam sistem ini (Hasminawati, 2014)

Sistem ini merupakan hasil terbentuk yang wujudnya interaksi sosial antara individu dengan individu lain yang
mana ia mengalami proses perkembangan berdasarkan penilaian dan kesepakatan bersama dalam sistem ini.

5. KOMUNITI

Komuniti merupakan kelompok yang tinggal secara bersama di sesuatu tempat atau daerah yang tinggal di
bawah satu pemerintahan.

Dalam konteks sosiologi, komuniti merupakan kelompok-kelompok kecil masyarakat yang berada dalam satu-
satu kawasan tertentu.

Komuniti juga merujuk kepada proses perkembangan biologi dalam hidup bersama yang mana ia berinteraksi
antara satu sama lain(Abdullah, Nor, Mohd Yusof, & Hussain, 2017).

Ini bermakna, komuniti merupakan kelompok atau kumpulan manusia yang berkongsi persekitaran kehidupan
yang sama dan mempunyai kehidupan interaktif.

Sebagai contoh, komuniti di desa yang hidup berkongsi dan bekerja secara bersama-sama yang mana
wujudnya saling bergantungan antara satu sama lain seperti mengadakan majlis kenduri di mana ia
memerlukan tenaga masyarakat komuniti untuk menjayakan aktiviti majlis kenduri perkahwinan seperti
menyediakan peralatan teknikal, kemahiran memasak dan kemahiran pengurusan daripada penduduk
komuniti setempat untuk memastikan proses majlis tersebut berjalan dengan lancar

NORMA

Dalam konteks sosiologikal, norma atau norm yang merupakan kebiasaan tingkah laku sosial yang
mempunyai tersurat dan tersirat. (Greenlane, 2018)
Menurut Durkhiem, konsep norma adalah sebagai fakta sosial yang mana kelakuan dan pembentukan
pemikiran wujud dalam kalangan masyarakat keadaan bebas. Norma juga merupakan sebahagian
penting dalam budaya masyarakat (Pann,2019).

Sebagai contoh, norma bersalaman apabila bertemu dengan seseorang dalam situasi perjumpaan
secara formal seperti majlis perkahwinan, perhimpunan atau tidak formal seperti pertemuan secara
individu di luar rumah dan di pasar raya.

LU 2 : BAHAGIAN 1
PRESPEKTIF TEORITIKAL : FUNGSIONALISME
DAN TEORI KONFLIK

Konsep-konsep utama :
• Fungsionalisme
• Jenayah
• Keluarga
• Nilai Konsensus
• Pendidikan

FUNGSIONALISME

Dalam konteks sosiologikal, konsep fungsionalisme adalah semua masyarakat mempunyai peranan dan
bahagian masing-masing yang mana dapat mengukuhkan kestabilan masyarakat dalam struktur ini.

Fungsionalisme dipandang budaya secara keseluruhan yang mana setiap bahagian fungsi dan tidak berfungsi
yang cuba ingin disampaikan antara dengan dalam bahagian masyarakat.yang diciptakan. Fungsionalisme
boleh mewujudkan peningkatan kestabilan dan perpaduan dalam masyarakat yang mana ia dipandang
sebagai sistem kompleks dalam konsep ini (Nuraini, 2014).
Ini bermakna corak tingkah laku stabil yang mana kehidupan individu dipandu berdasarkan struktur sosial
dalam kehidupan ini.

JENAYAH

Jenayah merupakan perbuatan salah di sisi undang-undang seperti melakukan perompakan, kecurian dan
pembunuha (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Konsep jenayah dalam konteks sosiologikal melalui fungsionalisme, kewujudan masyarakat pasti ada
tertimbul entiti jenayah dan penyimpangan. Dalam konsep jenayah ini, ia telah wujud secara sosial
dalam kalangan masyarakat yang mana ia tidak bersifat semula jadi, jenayah tidak dibina secara jelas
atau diilhamkan secara teologi.

Sebagai contoh, kewujudan perbuatan jenayah seperti kecurian di kawasan kejiranan adalah merupakan
tidak bersifat semula jadi kerana ia individu melakukan perbuatan tersebut keberangkalian mengalami
kekekangan masalah kewangan peribadi.

KELUARGA

Konsep utama keluarga dalam konteks sosiologikal melalui fungsionalisime, keluarga merupakan
permulaan proses sosialisasi yang mana ia membentuk kepribadian anak-anak melalui pemberian nilai
dan norma. Keluarga disifatkan sebagai menstabilkan keperibadian kepada orang dewasa yang mana ia
boleh mengekalkan keharmonian dan kebahagian seperti suami isteri yang mempunyai anak-anak yang
mana mampu menjaga kebahagian dalam institusi kekkeluargaan.

NILAI KONSENSUS

Konsensus merupakan konsep yang dibuat secara keputusan kecerdasan kolektif setelah menjalankan aktiviti
penyelidikan dan perbahasan dengan individu atau berkumpulan untuk mempersetujui suatu hasil
kesepakatan dalam konsep ini (Widad, 2014).

Konsep nilai konsesus juga merupakan sebagai alat yang menunjukkan mod asas prestatsi tertentu diminati
dari sudut secara sosial berbanding prestatsi mod asas secara bertentangan. Konsep ini merupakan tentang
perkara yang diingini sama ada dalam dalam bentuk baik atau benar yang mana ia mengandungi unsur
pertimbangan dalam penyampaian sesuatu idea kepada individu (Widad, 2014).

Sebagai contoh, penyampaian idea harus terhadap sesuatu kumpulan harus mempunyai idea yang bernas dan
logical supaya dapat mencapai kesepakatan dalam kalangan ahli kumpulan.

PENDIDIKAN

Pendidikan dalam konteks sosiologikal, tokoh sosiologikal Durkheim yakin bahawa pendidikan ini yang
merupakan dapat melakukan perubahan atau tranformasi terhadap norma dan kepada masyarakat.
Pendidikan boleh menyatukan masyarakat yang mana boleh mewujudkan perpaduan sosial.
Menurut tokoh sosiologikal bernama Parson yang mana beliau yakin Pendidikan ini mempunyai elemen-
elemen bersifat universal dan pendidikan ini merupakan alat penghubungan antara keluarga dengan
masyarakat yang lebih luas sehingga boleh mewujudkan kepada sosialisasi sekunder.

Konsep pendidikan ini juga berperanan membimbing dan melatihkan masyarakat yang bertanggungjawab
untuk masa depan.
Sebagai contoh, dasar pendidikan di Malaysia menggalakkan pelajar-pelajar untuk berfikir secara kreatif dan
kritis untuk menjadikan satu daya menyelasaikan sesuatu masalah.

LU 3 :BAHAGIAN 1:
PRESKPEKTIF TEORITIKAL :
FUNGSIONALISME DAN TEORI KONFLIK

Konsep-konsep utama :
• Eksploitasi
• Ketaksamaan Sosial
• Konflik
• Kuasa
• Persaingan

EKSPLOITASI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, eksploitasi dalam konteks sosiologikal merupakan perkara yang dilakukan
oleh sesuatu kumpulan sosial yang mengambil dan atau mengeskploitasi hasil kerja yang dilakukan kumpulan
lain.Eksploitasi juga merupakan satu tindakan yang mengambil kesempatan dengan mempergunakan seseorang
demi mendapat kepentingan diri sendiri. Ini bermakna konsep ini lebih cenderung kepada penindasan sosial yang
berlaku dalam kalangan masyarakat untuk mendapatkan manfaat sesuatu.

Eksploitasi ini boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang mana golongan ini telah dipergunakan oleh ibu
bapa atau golongan masyarakat lain seperti ahli perniagaan untuk mendapatkan sesuatu manfaat seperti
keuntungan dalam ekonomi (Maxmanore). Golongan ini telah dieksploitasi untuk dijadikan sebagai buruh paksa
dibawah umur untuk melakukan kerja-kerja berat. Mereka ini juga dipaksa sebagai pengemis di jalanan untuk
mendapat belas kasihan dengan memperoleh derma berbentuk wang daripada masyarakat luar.

KETAKSAMAAN SOSIAL

Ketaksamaan Sosial merupakan kewujudan tidak sama rata dalam kedudukan sosial masyarakat dari segi status
dan kelas. Ini menunjukkan wujudnya perbezaan pendapatan, pendidikan, gender dan pekerjaan dalam kalangan
masyarakat.

Ketaksamaan sosial ini mengandungi strukrur sosial yang berbeza, pemberian peluang dalam bentuk pekerjaan dan
pendidikan mempunyai perbezaan (Greenlane, 2019) .

Sebagai fenomena konsep ini, ketaksaamaan sosial boleh dilihat melalui perkauman yang mana wujudnya tidak
adil dalam pemberian akses melalui hak dan sumber kepada kaum. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat wujudnya
keistimewaan bagi orang kulit putih mendapatkan aksess hak seperti pendidikan dan sumber-sumber pekerjaan
berbanding golongan orang kulit hitam. Di Malaysia, wujudnya ketaksamaan sosial di mana golongan bumiputera
lebih mendapatkan keistimewaan dalam bentuk akses pendidikan tinggi berbanding golongan bukan bumiputera
yang dihadkan menerima akses Pendidikan seperti syarat kemasukan institusi pendidikan tinggi diperketatkan.

KONFLIK

Konflik merupakan perselisihan faham atau pertentangan antara individu idea dan kepentingan. (Kamus Dewan)
Dalam konteks sosiologikal, konflik merupakan perkara yang tidak dapat diatasi dan dikawal dalam kehidupan masyarakat.
Konflik antara kumpulan atas wujud persaingan untuk mendapatkan kuasa, kekayaaan dan keuntungan memang tidak dapat
dielakka (Fyee, 2013)

Konflik juga boleh berlaku antara orang berkuasa dan orang bukan berkuasa apabila urusan yang bersifat formal.
Sebagai contoh, dalam situasi pandemik, kerajaan memperkenalkan suatu perintah kawalan pergerakan yang bertindak
berkuasa terhadap orang awam supaya akur dengan perintah tersebut. Keadaan ini boleh menyebabkan konflik dalam
kalangan masyarakat terhadap kerajaan atas sebab orang awam dihadkan untuk keluar di rumah bagi bekerja dan
disekatkan melakukan aktiviti rutin seharian.

KUASA

Dalam sosiologi, konsep kuasa menurut tokoh bernama Max Weber, kuasa berperanan mengawal orang,
peristiwa dan sumber. Kuasa juga merupakan suatu yang boleh dipegang, dirampas atau hilang dan
kemudian kuasa ini boleh digunakan dalam sebarang tujuan yang boleh mencetuskan konflik dalam
kalangan orang berkuasa dengan orang yang tidak mempunyai kuasa (Crossman, A.2019).

Sebagai contoh, apabila berdepan dengan orang yang berkuasa seperti pegawai polis, kita lebih akur dan
mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pegawai polis. Ini kerana orang berkuasa mempunyai hak atas ke
atas terhadap kita dalam situasi yang tertentu.

PERSAINGAN

Persaingan dalam konteks sosiologikal merupakan proses sosial dalam kalangan masyarakat yang bersaing untuk
mencari kemanfaatan menerusi bidang-bidang sosial bagi menarik perhatian umun.

Persaingan ini boleh dilakukan untuk menarik perhatian masyarakat dengan pelbagai cara bagi mendapatkan
kemanfaatan dan kepentingan diri sendiri.

Oleh itu, konsep persaingan ini mempunyai beberapa bentuk seperi persaingan dalam ekonomi dan persaingan
berbentuk kebudayaan.

Konsep ini berfungsi memberi dorongan terhadap individu untuk memiliki keinginan sesuatu sehingga
menyebabkan wujudnya berlaku perbezaan kompetensi dengan orang lain (Setiawan,2020).

Sebagai contoh persaingan, seseorang individu bersaing dengan individu lain dengan cara memberi komitmen
bekerja untuk mendapatkan darjat seperti berlumba mendapatkan pangkat dalam pekerjaan di syarikat atau
premis jabatan kerajaan.

LEARNING UNIT 4

KAEDAH DALAM PENYELIDIKAN
SOSIOLOGI

KONSEP UNTUK LEARNING UNIT 4

DATA KUALITATIF DATA KUANTITATIF

EKSPERIMEN
LAPANGAN

DATA PRIMER DATA SEKUNDER

DATA KUALITATIF

 Data kualitatif atau juga dikenal sebagai data
naratif, adalah data dalam penyelidikan yang
menjelaskan suatu fenomena berdasarkan perkara
yang umumnya tidak dapat dihitung. Oleh itu, data
ini disebut data kualitatif kerana berdasarkan kualiti
objek atau fenomena. (Hakim, 2020)

 Oleh kerana kualiti umumnya tidak dapat dijelaskan
dari segi angka dan statistik, data kualitatif pada
umumnya disajikan dengan menggunakan penjelasan
deskriptif. (Hakim, 2020)

 Data kualitatif dapat menggambarkan objek kajian
secara terperinci dengan keterangan yang tidak
dapat dijelaskan secara berangka. Oleh itu,
walaupun tidak dapat diukur dengan pasti, masih
banyak penyelidik yang menggunakan data kualitatif
dalam penyelidikan mereka. (Hakim, 2020)

DATA KUANTITATIF

 Data kuantitatif adalah sejenis data dalam penyelidikan yang
dapat diukur, dikira dan dihuraikan menggunakan nombor. Secara
amnya, data seperti ini digunakan untuk menjelaskan fenomena
yang jelas dan terdapat alat ukur di tempat. (Hakim, 2020)

 Biasanya data kuantitatif diperoleh semasa menjalankan
penyelidikan statistik. Penyelidikan seperti ini mengumpulkan
banyak data yang kemudian akan dianalisis menggunakan analisis
statistik untuk menafsirkan data menjadi statistik. (Hakim,
2020)

 Berbeza dengan data kualitatif relatif, data kuantitatif
mempunyai nilai yang lebih mutlak kerana ditunjukkan dengan
jelas oleh nombor. Oleh itu, kualiti data kuantitatif tidak terlalu
dipengaruhi oleh subjektiviti pemerhati. (Hakim, 2020)

DATA PRIMER

 Data primer adalah sejenis data yang dikumpulkan oleh
penyelidik secara langsung dari sumber utama melalui
wawancara, tinjauan dan eksperimen. Data primer biasanya
dikumpulkan dari sumbernya - di mana data asalnya berasal dan
dianggap sebagai jenis data terbaik di penyelidikan. (Forumplus,
2020)

 Sumber data primer biasanya dipilih dan disesuaikan secara
khusus untuk memenuhi permintaan atau kehendak penyelidikan
tertentu. Juga, sebelum memilih sumber pengumpulan data,
perkara seperti tujuan penyelidikan dan populasi sasaran perlu
dikenal pasti. (Forumplus, 2020)

 Sebagai contoh, semasa membuat tinjauan pasaran, tujuan
tinjauan dan populasi sampel perlu dikenal pasti terlebih dahulu.
Inilah yang akan menentukan sumber pengumpulan data yang
paling sesuai - tinjauan luar talian akan lebih sesuai untuk
penduduk yang tinggal di kawasan terpencil tanpa sambungan
internet berbanding dengan tinjauan dalam talian. (Forumplus,
2020)

DATA SEKUNDER

 Data sekunder adalah data yang telah dikumpulkan melalui
sumber primer dan tersedia untuk digunakan oleh penyelidik
untuk penyelidikan mereka sendiri. Ini adalah jenis data yang
telah dikumpulkan pada masa lalu. Seorang penyelidik mungkin
telah mengumpulkan data untuk projek tertentu, kemudian
membuatnya dapat digunakan oleh penyelidik lain. Data juga
mungkin dikumpulkan untuk penggunaan umum tanpa tujuan
penelitian khusus seperti dalam bancian nasional. Data yang
diklasifikasikan sebagai sekunder untuk penyelidikan tertentu
boleh dikatakan utama untuk penyelidikan lain. Ini terjadi ketika
data digunakan kembali, menjadikannya data primer untuk
penelitian pertama dan data sekunder untuk penelitian kedua
yang digunakannya. (Forumplus, 2020)

 Sumber data sekunder merangkumi buku, sumber peribadi,
jurnal, surat khabar, laman web, rekod kerajaan dan sebagainya.
Data sekunder diketahui mudah didapati berbanding dengan data
primer. Ia memerlukan sedikit kajian dan memerlukan tenaga
untuk menggunakan sumber-sumber ini. Dengan adanya media
elektronik dan internet, sumber data sekunder menjadi lebih
mudah diakses. (Forumplus, 2020)

EKSPERIMEN LAPANGAN

 Eksperimen lapangan adalah kajian yang menggunakan reka
bentuk eksperimen yang berlaku dalam persekitaran semula
jadi. Penyelidik mengkaji bagaimana manipulasi sekurang-
kurangnya satu pemboleh ubah bebas membawa kepada
perubahan pemboleh ubah bersandar dalam konteks
persekitaran semula jadi. (SAGEPUB, 2017)

 Semasa penyelidik melakukan eksperimen, mereka mengkaji
bagaimana manipulasi pemboleh ubah bebas, atau
pemboleh ubah yang tetap tetap, menyebabkan perubahan
pada pemboleh ubah bersandar, atau faktor yang berubah.
Pengaruh pemboleh ubah bebas yang membawa kepada
perubahan pemboleh ubah bersandar dikenali sebagai sebab
akibat. (SAGEPUB, 2017)

 Eksperimen yang dilakukan dalam persekitaran makmal
menggunakan makmal sebagai persekitaran kerana
penyelidik mempunyai lebih banyak kawalan terhadap
bagaimana mereka memanipulasi atau mempengaruhi
pemboleh ubah bebas. (SAGEPUB, 2017)

LEARNING UNIT 5

IDENTITI, MAKNA & PERBEZAAN SOSIALISASI & INTERAKSI
SOSIAL

KONSEP UNTUK LEARNING UNIT 5

SOSIALISASI RESOSIALISASI

STATUS

IDENTITI KENDIRI

SOSIALISASI

 Perihal atau perbuatan bergaul dan bermesra antara
satu sama lain; pergaulan (PRPM Dewan Bahasa dan
Pustaka

 Menurut Ani Mardatila (2020), sosialisasi merupakan
sebuah proses belajar seumur hidup di mana
seseorang mempelajari kebiasaan dan budaya dalam
masyarakat yang meliputi cara hidup, nilai-nilai dan
norma-norma sosial

 Sosialisasi juga dapat difahami sebagai satu proses
pemindahan budaya dan ilmu-ilmu dalam kehidupan.
Ia berlaku bukan sahaja dalam kalangan masyarakat,
malah juga melibatkan interaksi ahli keluarga.

STATUS

 Status ialah pangkat relatif yang dimiliki seseorang,
dengan hak, tugas, dan gaya hidup, dalam hierarki sosial
berdasarkan kehormatan atau prestij. Status dapat
ditentukan iaitu, diberikan kepada individu ketika lahir
tanpa merujuk pada kemampuan bawaan atau dicapai,
memerlukan kualiti istimewa dan diperoleh melalui
persaingan dan usaha individu. Status yang diberikan
biasanya berdasarkan pada seks, usia, bangsa, hubungan
keluarga, atau kelahiran, sementara status yang dicapai
mungkin berdasarkan pendidikan, pekerjaan, status
perkahwinan, pencapaian, atau faktor lain. (Britannica,
2019)

 Status perkataan bermaksud stratifikasi sosial pada skala
menegak. Orang boleh dikatakan menduduki jawatan
tinggi apabila mereka dapat mengawal, dengan perintah
atau pengaruh, tingkah laku orang lain; apabila mereka
mendapat prestij daripada memegang jawatan penting;
atau apabila tingkah laku mereka dihargai oleh orang
lain. Status relatif adalah faktor utama dalam
menentukan cara orang berkelakuan terhadap satu sama
lain

IDENTITI

 Teori identiti sosial, dalam psikologi sosial, kajian
mengenai interaksi antara identiti peribadi dan sosial.
Teori identiti sosial bertujuan untuk menentukan dan
meramalkan keadaan di mana individu menganggap diri
mereka sebagai individu atau sebagai ahli kumpulan.
Teori ini juga mempertimbangkan akibat identiti
peribadi dan sosial untuk persepsi individu dan tingkah
laku kumpulan masyarakat. (Ellemers, 2020)

 Teori identiti sosial dikembangkan dari satu siri kajian,
yang sering disebut kajian kumpulan minimum, yang
dilakukan oleh psikologi sosial Britain, Henri Tajfel dan
rakan-rakannya pada awal tahun 1970-an. Peserta
ditugaskan ke kumpulan yang dirancang untuk
sebarangan dan tidak bermakna mungkin. Walaupun
begitu, ketika orang diminta memberikan poin kepada
peserta penyelidikan lain, mereka secara sistematik
memberikan lebih banyak mata kepada ahli dalam
kumpulan daripada anggota kumpulan luar.

RESOSIALISASI

 Resosialisasi adalah proses di mana seseorang diajar norma-
norma, nilai, dan praktik baru yang memupuk peralihan
mereka dari satu peranan sosial ke yang lain. Pengosongan
semula boleh melibatkan kedua-dua bentuk perubahan
kecil dan utama dan boleh menjadi sukarela atau tidak
sukarela. Proses ini terdiri dari hanya menyesuaikan diri
dengan kerja baru atau persekitaran kerja, untuk
berpindah ke negara lain di mana anda perlu belajar
kebiasaan, pakaian, bahasa dan kebiasaan makan yang
baru, kepada perubahan bentuk yang lebih penting seperti
menjadi ibu bapa. Contoh resosialisasi sukarela termasuk
menjadi banduan atau janda, antara lain. (Cole, 2020)

 Penyeragaman sosial berbeza dari proses sosialisasi
formatif, sepanjang hayat di mana kedua mengarahkan
pembangunan seseorang sedangkan bekas semula
mengarahkan pembangunan mereka

KENDIRI

 Dari perspektif sosiologi klasik, diri adalah
satu set persepsi yang relatif stabil
mengenai siapa kita berkaitan dengan diri
kita sendiri, orang lain, dan sistem sosial.
Diri dibina secara sosial dalam arti bahawa
ia dibentuk melalui interaksi dengan orang
lain. Seperti sosialisasi pada umumnya,
individu tersebut bukanlah peserta pasif
dalam proses ini dan mempunyai pengaruh
yang kuat terhadap bagaimana proses
tersebut dan akibatnya berkembang.
(Crossman, 2018)

LEARNING UNIT 6

SOSIALISASI DAN INTERAKSI SOSIAL

5 KONSEP DALAM LEARNING UNIT 6

1. ENKULTURASI 2. INTERAKSI
3.PERSONALITI SOSIAL

4. STRUKTUR 5.SOLIDARITI
SOSIAL

ENKULTURASI

 Enkulturasi merujuk kepada sebuah keadaan
yang menunjukkan pembelajaran seseorang
terhadap budaya hidup yang yang boleh
diterima dalam institusi masyarakat.

 Dalam hal ini, seseorang individu akan cuba
untuk mempelajari sesuatu tingkahlaku yang
sesuai untuk ditunjukkan kepada masyarakat di
sekeliling.

Dalam kehidupan masyarakat kini, konsep
enkulturasi dapat ditunjukkan melalui proses
yang dilakukan secara berturut-turut atau
terus-menerus.
Sebagai contoh, seseorang individu yang
mendisiplinkan dirinya untuk membaca buku
pada setiap hari akan menjadikannnya untuk
terbiasa dengan perkara sedemikian.
Kebiasaan itulah yang akan terus dilakukan
dalam kehidupan yang akan mendatang

INTERAKSI SOSIAL

Interaksi sosial adalah proses individu untuk beraksi dan
saling memberi reaksi antara satu sama lain dalam
suatu hubungan. (Mirza, 2020).

Menurut Ida Yuliana (2017), interaksi sosial

hubungan antara individu atau antara kelompok yang

tidak hanya melibatkan percakapan, malah juga

menggunakan isyarat-isyarat dalam suatu komunikasi.

Bentuk Interaksi Sosial

BENTUK
INTERAKSI

SOSIAL

ASOSIATIF DISOSIATIF

-interaksi sosial yang menjurus -lebih mengarah

ke arah yang positif : kepada perpecahan :

• Kerjasama • persaingan (kompetisi)
• Akomodasi • kontravensi
• Asimilasi • pertentangan (konflik)
• Akulturasi.

PERSONALITI

• Dari segi sosiologinya, personaliti
didefinisikan sebagai satu bentuk perlakuan
yang ditunjukkan oleh seseorang sama ada
secara bersendirian mahupun di khalayak
ramai.

• Dalam konsep ini, tersimpannya beberapa
perkara yang akan menerangkan tentang
peribadi seseorang itu. Antaranya ialah
perangai atau tabiat, kepintaran atau daya
intelek, corak pemikiran, corak perlakuan
dan emosi

• Baru-baru ini, nama Malaysia sekali lagi telah
diharumkan di persada dunia apabila seorang

peserta cilik berusia 9 tahun telah menjuarai Lunar
Loo Challenge yang dianjurkan oleh pihak NASA.
• Kejayaan peserta yang dikenali sebagai Zyson Kang
Zy Shun itu telah berjaya menarik perhatian Yang di-
Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-

Mustafa Billah Shah apabila Baginda mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan tersebut.
• Dalam konteks ini, kepintaran intelek yang dimiliki
adik Zyson jelas menunjukkan personalitinya sebagai
seorang yang cerdas dan mampu berdaya saing.

STRUKTUR SOSIAL

•Struktur sosial merupakan rangkaian social
yang terhasil dalam kalangan masyarakat.
Struktur sosial ini biasanya digambarkan
dalam bentuk hierarki sosial. Dalam hierarki
ini, setiap lapisan masyarakat mempunyai
peranannya yang tersendiri. Menurut Sidiq
Harim (2017), dalam sturuktur sosial,
terdapat kedudukan dan peranan sosial dalam
masyarakat dan ada pula kekuasaan atau
undang-undang yang mengatur kehidupan
sosial.

Pada masa kini, Malaysia terus mengukuhkan
kedudukan sebagai sebuah negara yang
mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen
dan Raja Berperlembagaan. Dalam konteks
ini, Yang Dipertuan Agong merupakan
pemerintah tertinggi negara dan Baginda
menduduki hierarki yang teratas dalam
struktur sosial masyarakat di negara kita
dari dahulu sehinggalah ke detik ini. Setiap
rakyat Malaysia haruslah menghormati
sistem ini demi mengekalkan kemakmuran
yang telah dikecapi setelah sekian lama.

SOLIDARITI

• Solidariti merujuk kepada sifat
kebersamaan atau persaudaraan yang
ditunjukkan oleh kumpulan masyarakat.

• Solidariti ini menyamai istilah
‘perpaduan’ yang acap kali kita dengari
apabila masyarakat telah bersatu tanpa
mengira agama, bangsa, fahaman
politik dan budaya.

• Menurut Dr Muhammad Faiz Na’aman
(Berita Harian, 2017), istilah solidariti
ini merujuk kepada kebersamaan dan
persaudaraan antara masyarakat.

• Pada masa kini, banyak solidariti yang telah
berlaku di negara kita. Antara perhimpunan
solidariti yang pernah diadakan ialah Solidariti
Selamatkan Baitulmaqdis pada Disember 2017.

• Solidariti yang dipimpin oleh tokoh-tokoh
tempatan itu diadakan untuk menyampaikan
mesej dan bantahan rakyat Malaysia terhadap
penguasaan Rejim Zionis ke atas negara
Palestin. Dalam pada itu, rakyat yang terlibat
dalam solidariti ini turut mengutuk Tindakan
Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu
yang menyokong pemindahkan ibu negara
Israel ke Baitulmaqdis.


Click to View FlipBook Version