The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d084149, 2021-07-07 05:24:43

KONFLIK ANTARA NEGARA

KONFLIK ANTARA NEGARA

Keywords: E-,MODUL

KONFLIK ANTARA NEGARA

PENDEKATAN MENGATASI KONFLIK
HUBUNGAN ANTARA NEGARA
(KONFLIK ANTARABANGSA)

PENDEKATAN MENGATASI KONFLIK
HUBUNGAN ANTARA NEGARA

Dalam Topik Ini, Saya Akan Belajar Tentang:
1. Pengenalan tentang konflik
2. Pendekatan penyelesaian konflik yang wujud
3. Kepentingan dan cabaran pendekatan rundingan bagi

menyelesaikan konflik
4. Bangga bila dapat menyelesaikan konflik yang timbul
5. Tindakan berintegriti dalam memilih pendekatan

terbaik bagi menyelesaikan konflik

DITULIS OLEH: FIRZANAH BINTI SABUDIN

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3

2.0 JENIS-JENIS PENDEKATAN PENYELESAIAN KONFLIK 4-5

2.1 CONTOH KEJAYAAN PENDEKATAN RUNDINGAN 6

3.0 KEPENTINGAN PENDEKATAN RUNDINGAN 7

4.0 CABARAN PELAKSANAKAN PENDEKATAN RUNDINGAN 8

5.0 KESIMPULAN 9

6.0 NOTA RUJUKAN 10

7.0 AKTIVITI

7.1 PENGUKUHAN 11

7.2 PEMULIHAN 12

7.3 PENILAIAN 13

7.0 BIODATA 14

2

1.0 PENGENALAN

Konflik merupakan satu isu yang tidak asing lagi untuk dibincangkan. Secara
intelektual, konflik ini merujuk kepada suatu perkara berbangkit yang
mewujudkan pertentangan antara sesuatu pihak dengan pihak yang lain
berdasarkan perbezaan fahaman, prinsip dan ideologi. Secara terperincinya,
konflik yang sering terjadi dalam kalangan masyarakat ialah isu ideologi antara
sesuatu pihak dengan pihak yang lain. Konflik merupakan sebahagian daripada
diri kita sebagai manusia. Setiap manusia itu pasti akan melalui konflik dengan
masyarakat, keluarga bahkan diri sendiri. Konflik menurut perspektif agama
Islam pula ialah, suatu sikap semula jadi yang tidak mungkin dielakkan. Konflik
merupakan suatu situasi yang melibatkan berlakunya perselisihan pendapat,
fahaman dan mazbah. Konflik ini merupakan sikap neutral manusia yang perlu
diawasi agar tidak membawa kepada kesimpulan yang bakal merosakan negara,
masyarakat mahupun diri sendiri.

KONFLIK

Diri sendiri Antara
Negara
Masyarakat

Rajah 1

Secara khususnya, konflik antara negara pula merujuk perselisihan pendapat,
ideologi, prinsip dan fahaman yang berlaku antara sesebuah negara dengan
negara yang lain. Hal ini boleh membawa kepada perbalahan yang berpanjangan
antara negara yang mempunyai konflik. Konflik ini boleh berlaku dalam dua
situasi, sama ada dari dalam negara itu sendiri atau konflik yang melibatkan
negara lain. Kedua-dua situasi ini mampu memberi impak yang negatif terhadap
perkembangan negara jika tidak diatasi dengan segera. Kesan daripada konflik
yang tidak diurus dengan baik dapat dilihat melalui pemutusan hubungan
diplomatik antara negara Palestine dengan Amerika Syarikat akibat konflik
perebutan wilayah Palestine yang melibatkan penindasan terhadap rakyat
Palestine.

Manusia Konflik Penyelesaian

Rajah 2

3

2.0 JENIS-JENIS PENDEKATAN PENYELESAIAN KONFLIK
Terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan konflik antara negara, iaitu:

HUBUNGAN DIPLOMATIK
Merujuk kepada hubungan ekonomi
yang diwujudkan antara sesebuah

negara dengan negara lain.

ORGANISASI ANTARABANGSA
Organisasi ini merujuk kepada badan
NGO yang berpengaruh di peringkat
global dan berperanan sebagai aktor

negara.

UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA
Dalam konsep antarabangsa, undang-

undang ini merupakan satu set
peraturan yang dipersetujui secara
bersama oleh negara yang menjadi ahli

antarabangsa.

RUNDINGAN
Perundingan merujuk kepada
perbincangan yang membawa kepada
konsep menang-menang. Dimana
setiap negara yang terlibat
mendapat manfaat secara bersama.

4

Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamed dalam
ucapan beliau menyatakan bahawa Malaysia perlu dicontohi
dalam urusan penyelesaian konflik antara negara. Hal ini
dinyatakan semasa berucap di majlis jamuan makan tengah hari
forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung Umno 2012.
Dalam suatu ucapan lain, beliau telah mengariskan 3 jenis
pendekatan bagi menyelesaikan konflik yang menjadi pilihan
negara ASEAN iaitu:

1. Perundingan

2. Perbincangan 3. Mahkamah
Undang-undang

Rajah 3
Hal ini dijelaskan oleh beliau dalam Persidangan Antarabangsa ke-25 mengenai
Masa Depan Asia: Mencari Tata Global Baru di Tokyo, Jepun. Terdapat pelbagai
pendekatan lainnya yang menjadi pemudah cara terhadap penyelesaian konflik
tetapi pendekatan rundingan dilihat mempunyai keberkesanan yang lebih kuat.
Tun. M turut menyokong bahawa pendekatan rundingan merupakan jalan
terbaik dalam menyelesaikan konflik yang berlaku di dalam negara mahupun
luar negara. Hal ini dibuktikan dengan beberapa kejayaan Malaysia dalam
menyelesaikan konflik antara negara melalui pendekatan rundingan.

JOM SEMAK DISINI:

contohi-malaysia-atasi-konflik-antara-negara-
-tun-m

Dr M: Perlu tata dunia baru bagi selesaikan
konflik antara negara

5

Contoh kejayaan Malaysia dalam melaksanakan pendekatan rundingan:

Rajah 4
Malaysia berjaya mempertahankan keamanan negara dengan negara
luar seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina hasil
pendekatan rundingan yang memberikan situasi sama-sama menang.

Rajah 5
Malaysia telah membuat perundingan dengan sekumpulan peceroboh
warga Filipina yang berada di perairan Sabah. Hal ini telah mengelak
berlakunya pertumpahan darah sekaligus menghindari perperangan.
JOM BACA BERITA DI SINI:

https://www.malaysiakini.com/news/221404

6

3.0 KEPENTINGAN PENDEKATAN RUNDINGAN

1. Mengekalkan keamanan negara
Rundingan mampu memberi solusi kepada
knflik yang timbul tanpa mewujudkan
pertumpahan darah dan perperangan.

2. Keadilan
memberi keadilan kepada semua pihak
yang terlibat dengan perundingan
berdasarkan konsep menang-menang.

4. Mengeratkan Hubungnan Antarabangsa
Kebijaksanaan dalam membuat
rundingan akan mewujudkan ikatan
antarabngsa yang baik dengan negara-
negara terlibat

3. Menjaga harta benda awam
Apabila pendekatan rundingan dijadikan
medium penyelesaian konflik maka
kerosakan harta benda awam dapat
diatasi.

7

4.0 CABARAN PENDEKATAN RUNDINGAN

1. Perbezaan kepentingan
Setiap negara mempunyai kepentingannya tersendiri
yang memberi manfaat buat negara masing-masing.

2. Perbezaan Ideologi
Setiap negara mempunyai budaya dan ideology
tersendiri. Hal ini menjadi penghalang untuk sesebuah

negara itu mencapai kesepakatan
Jom baca sejarah, klik sini:
https://today.salamweb.com/ms/rundingan-
kemerdekaan-tanah-melayu/

8

5.0 KESIMPULAN

Malaysia mempunyai corak penyelesaian konflik yang dikenali sebagai
“penyelesaian konflik ala Malaysia”. Konsep ini cuba diamalkan di
peringkat antarabangsa bagi menjadi jalan terbaik untuk
meyelesaikan konflik. Keberkesanan konsep ini telah dibuktikan
meleluai beberapa kejayaan Malaysia yang telah dijadikan sejarah.

Oleh itu, kita perlulah berbangga serta mengamalkan pendekatan ini
agar kita lebih bersedia mengharungi konflik yang lebih besar nanti.

9

NOTA RUJUKAN

Arifuddin Ishak (2012) Contohi Malaysia Atasi Konflik Antara Negara - Tun M.
Berita M-star Online. Kuala Lumpur

Berita (2019) Dr M: Perlu tata dunia baru bagi selesaikan konflik antara
negara. Malaysia kini online. Persidangan Antarabangsa ke-25
mengenai Masa Depan Asia: Mencari Tata Global Baru di Tokyo, Jepun.

Berita (2013) PM: M'sia buat terbaik tangani pencerobohan di Lahad Datu.
Bernama Online. Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar.

Kementerian Luar Negeri Kerajaan Malaysia. Dasar Luar Negara.
https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/

Suresh Rao Appannah (2016) Pengajian AM STPM: Langkah dan pendekatan
Malaysia dalam meningkatkan keamanan dunia. Universiti Sains
Malaysia.

10

PENGUKUHAN

SOALAN ISI TEMPAT KOSONG.
1. Nyatakan 3 jenis konflik asas yang wujud dalam kehidupan mahupun
perkara yang melibatkan kenegaraan.
i.
ii.
iii.

2. Berikan contoh lain yang menunjukkan kejayaan Malaysia dalam
menjayakan pendekatan rundingan di peringkat antarabangsa.
i.
ii.

3. Nyatakan konsep rundingan di peringkat antarabangsa berdasarkan
fahaman anda.
i.

4. Apakah kepentingan lain yang menjadikan pendekatan rundingan ini
relaven untuk digunapakai dalam menyelesaikan konflik
i.

5. Berikan cabaran yang dialami oleh Malaysia kini akibat pendamik
covid-19 yang menjadi penghalang terhadap keberkesanan
pendekatan rundingan.
i.
ii.

JOM KITA UJI MINDA, KITA HASILKAN
PEMIKIRAN YANG MATANG SERTA

BERWAWASAN DEMI NEGARA TERCINTA.

11

PEMULIHAN

Berdasarkan gambar ini, nyatakan konflik yang telah wujud yang melibatkan
negara Malaysia dan Filipina. Konflik ini perlu dihuraikan bersama jalan
penyelesaian yang diambil bagi menangani konflik tersebut.

JAWAPAN:

12

PEnilaian

Mari kita terokai penggunaan ICT dalam menjayakan konsep pendidikan
berterusan serta memantapkan pengetahui umum kita. Mari sama-sama kita
melakukan aktiviti mengunakan medium digital.

1. Tuliskan diruang carian internet aplikasi “quizalize”
2. Log in untuk membina soalan baru dan sertai untuk menggunakan

soalan sedia ada.
3. Log masuk mengunakan perkataan “zzi.sh dan type ker97572”

4. Masuk dan jawab soalan.
5. Tekan link ini untuk membuat penilaian berdasarkan topik konflik ini.

https://app.quizalize.com/dash/R3JvdXA6NmVkZjQ3MjctYjc5OC00YzE2
LTg1NzEtYmNjYWY2MzE4ODg0/activity/QWN0aXZpdHk6ZDI2NDdjZDY
tZGMwNC00MWE2LWEwZjQtZWQ3ODU3Yjc4Yjg2/board/leaderboard
6. Hantarkan jawapan kepada pembimbing anda.

Mari kita scan Qr code ini untuk
mengakses quiz online.

13

MATA PELAJARAN
HMV 3033

KONFLIK DAN KESELAMATAN NEGARA DAN ANTARA BANGSA
TUGASAN INDIVIDU:
PENTAKSIRAN AKHIR
TARIKH
7/07/2021

FAKULTI : FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN
JABATAN : JABATAN PENGAJIAN MORAL, SIVIK DAN PEMBANGUNAN

KKARAKTER

NAMA NO MATRIK KURSUS
FIRZANAH BINTI SABUDIN D20181084149 AT41

NAMA PENSYARAH : DR MARSHELAYANTI BINTI MOHAMAD RAZALI

14


Click to View FlipBook Version