PUSAT SUMBER AL-GHAZALI SK SUNGAI TIANG DARAT BUKU PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH BUDAYAKAN AMALAN MEMBACA
ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan Pusat Sumber 2. Jawatankuasa Pusat sumber 3. Deskripsi Tugas 4. Peraturan Pusat Sumber 5. Jadual Penggunaan 6. Takwim Tahunan PSS 7. Program NILAM 8. Rangkaian Pusat Sumber
ASSALAMUALAIKUM Alhamdulillah Pusat Sumber Al-Ghazali SK Sungai Tiang Darat telah siap sepenuhnya setelah dinaiktaraf pada hujung tahun 2020.Bilik Pusat Sumber Al-Ghazali telah diperluas dan dilengkapi dengan system otomasi serta Astro TV untuk kemudahan semua murid. Semoga Pusat Sumber sekolah ini akan dapat memberi input yang baik kepada kecemerlangan murid-muridnya.Pusat Sumber ini akan menjadi sumber ilmu dan rujukan kepada guru dan murid SK Sungai Tiang Darat kelak. Selain itu diharapkan melalui pelbagai aktiviti dan program PSS yang dijalankan mampu menanam minat dan cinta murid-murid terhadap budaya membaca.Ini selari dengan Motto PSS “ Budayakan Amalan Membaca” Sekian Terima ksih. PN. ASIAH BINTI BASRI GURU PENYELARAS MEDIA SK SUNGAI TIANG DARAT
PENGENALAN PUSAT SUMBER AL-GHAZALI
MAKLUMAT PUSAT SUMBER AL GHAZALI SK SUNGAI TIANG DARAT 1. PENGENALAN Pusat sumber sekolah (PSS) merupakan pusat mengakses maklumat yang mengandungi pelbagai sumber cetak dan bukan cetak, elektronik dan digital yang diurus secara sistematik bagi menyokong kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dasar pengurusan PSS ialah untuk memastikan PSS mempunyai koleksi yang menepati piawaian, terkini, diurus dengan cekap dan berkesan serta digunakan secara optimum. Pengurusan PSS merangkumi elemen perolehan dan pemprosesan bahan, perkhidmatan, pengesanan dan pendokumentasian sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini. Pusat Sumber sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkan kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat. Pusat Sumber SK Sungai Tiang Darat akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menawarkan sumber-sumber aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat. 2. VISI PUSAT SUMBER Melahirkan generasi bermaklumat ke arah kecemerlangan budaya celik ilmu
3. MISI PUSAT SUMBER Merealisasikan visi PS dan berazam untuk menawarkan : 1. Kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Sumber Maklumat Sekolah . 2. Sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat 3. Menyediakan tempat yang selesa , ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran. 4. MOTTO PUSAT SUMBER “Budayakan Amalan Membaca” 5. PIAGAM PUSAT SUMBER Kami warga Pusat Sumber SK Sungai Tiang Darat dengan ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan : 1. Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua murid. 2. Mengurus dan menyediakan perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan murid. 3. Mewujudkan iklim pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran 4. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan .
6. OBJEKTIF PUSAT SUMBER 1. Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan murid. 2. Menggalakkan para murid dan guru-guru menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber 3. Meningkatkan profesionalisme guru 4. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat. 5. Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran. 7. RANGKAIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 1. Pondok Ilmu 2. Bilik Akses 3. Surau Sekolah 4. Sudut Bacaan di dalam kelas 5. Laluan Ilmu 6. Sudut Sejarah 7. Pondok Bacaan 8. Taman Herba 9. Makmal ICT
JAWATANKUASA PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH PENASIHAT Tn. Hj Arsat bin Abd Malek Guru Besar PENGERUSI Pn. Hjh Zawiah binti Mat Munun PK Pentadbiran En.Mohd Sharizman bin Shokri En. Ahmad Fauzi Bin Noordin PK HEM PK KOkurikulum PENYELARAS Pn. Asiah bt Basri Guru Perpustakaan Media SETIAUSAHA Pn. Lakshmy a/p Erriah
KETUA-KETUA PANITIA AHLI JAWATANKUASA KERJA JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH Penasihat Tn. Haji Arsat bin Abd Malek Guru Besar Pengerusi Pn.Hajah Zawiah bt Mat Munun PK Pentadbiran Penyelaras Pn. Asiah binti Basri Guru Perpustakaan Media Setiausaha Pn. Lakshmi a/p Erriah AHLI JAWATANKUASA Naib Pengerusi 1 En. Mohd Sharizman bin Shokri PK HEM Naib Pengerusi 2 En. Ahmad Fauzi bin Noordin PK Kokurikulum Perpustakaan Pn. Nor Azlina bt Muhamad ICT /Multimedia Pn. Siti Fatimah bt Abd Basir Aktiviti/promosi Cik Nurin Husna bt Mohd Zulkefli Nilam Pn. Lakshmy a/p Erriah Bahan Bantu Mengajar En. Muhd Syahmi bin Perkembangan Staff Pn. Salwah bt Adnan PENGAWAS PSS PEKERJA AM PIBG Audio/Video En. Izam bin Bakar
JAWATANKUASA NILAM PUSAT SUMBER SEKOLAH Penasihat Tn. Haji Arsat bin Abd Malek Guru Besar Pengerusi Pn. Zawiah binti Mat Munun PK Pentadbiran Penyelaras Pn. Asiah binti Basri Guru Perpustakaan Media Setiausaha Pn. Lakshmy a/p Erriah AHLI JAWATANKUASA Naib Pengerusi 1 En. Mohd Sharizman bin Shokri PK HEM Naib Pengerusi 2 En. Ahmad Fauzi bin Noordin PK Kokurikulum GURU-GURU KELAS PENGAWAS PUSAT SUMBER GURU BAHASA MELAYU GURU BAHASA INGGERIS
JAWATANKUASA PENGAWAS PSS PENASIHAT Pn. Asiah bt Basri GPM / penyelaras PSS PENGERUSI Nurul Ain Hanani bt Ahmad Zekri Ketua Pengawas PSS NAIB PENGERUSI Mubasyir bin Abdul Rahman Pen.Ketua Pengawas PSS SETIAUSAHA Nursyifa Aleesya binti Nasarudin BENDAHARI Adra Maisarah binti Sharipudin AHLI JAWATANKUASA Kaunter Pemprosesan Keceriaan & Kebersihan Bilik Khas
DESKRIPSI TUGAS JAWATANKUASA
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH DESKRIPSI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 1.Merancang dan mangajar matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu. 2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhannya. 3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah. 4 . Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini. 5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang menyokong pengajaran dan pembelajaran. 6. Merancang dan mengurus program pembacaan ( Program NILAM ) dan pembudayaan ilmu bersama Jawatankuasa NILAM. 7.Merancang , melaksana dan penyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah . DESKRIPSI TUGAS GURU PEMBANTU/SETIAUSAHA Membantu Penyelaras dalam: 1. Merancang keceriaan Pusat Sumber bagi mewujudkan suasana kondusif dan menyenangkan. 2. Menyediakan belanjawan grafik untuk keceriaan Pusat Sumber. 3. Melatih dan mengawasi Pengawas Pusat Sumber dalam kerja-kerja keceriaan. 4. Menyediakan papan tanda, papan tanda dan sebarang hiasan yang sesuai untuk menambahkan keceriaan Pusat Sumber. 5. Memahami dan mematuhi segala arahan dari pihak pentadbir dari masa ke semasa. 6. Membantu Penyelaras dalam tugas-tugas lain sekiranya diperlukan.
DESKRIPSI TUGAS GURU BBM 1.Mengadakan dan mengemaskini buku stok ABM ( Bukan Elektronik ) dalam Pusat Sumber Sekolah. . 2. Memilih dan memastikan bahan - bahan cetak dan bukan cetak yang sesuai untuk ABM dengan kerjasama guru - guru lain. 3. Menyusun atur bahan - bahan ABM supaya mudah dikesan oleh pengguna. 5. Memilih dan membaik pulih bahan yang rosak. 6. Menyediakan senarai bahan yang baru diperolehi untuk makluman pengguna. 7. Menyedia rekod penggunaan ABM. 8. Menyediakan dan melaporkan rekod penilaian penggunaan ABM kepada pentadbir dan pihak yang berkenaan dua kali setahun atau apabila diminta. 9. Mengambil bahagian dalam kegiatan Pusat Sumber yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah. 10. Membantu Penyelaras dalam tugas-tugas lain sekiranya diperlukan. DESKRIPSI TUGAS GURU NILAM 1. Merancang dan melaksanakan program galakan membaca peringkat sekolah dengan kerjasama guru - guru lain dan memastikan program berjalan lancar. 2. Memeriksa buku NILAM dan membuat pemilihan pelajar untuk wakil sekolah ke pertandingan NILAM peringkat daerah dan seterusnya. 3. Menghadiri kursus dan mesyuarat NILAM dari semasa ke semasa. 4. Menyediakan laporan NILAM dua kali setahun untuk diserahkan kepada PKG melalui Penyelaras Pusat Sumber dengan kelulusan Guru Besar. 5. Menyertai aktiviti NILAM di peringkat daerah, negeri atau kementerian. 6. Merekod data didalam sistem IQ Nilam. 7. Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. 8. Membantu Penyelaras dalam tugas-tugas lain sekiranya diperlukan.
DESKRIPSI TUGAS GURU ICT/MULTIMEDIA 1.Mengadakan dan mengemaskinikan buku stok alatan dan bahan dalam Bilik Tayang atau Bilik Multimedia (alat elektronik,hardware dan software). 2. Memilih dan memastikan alatan elektronik yang sesuai dibeli untuk PSS. 3. Menyusun atur bahan-bahan supaya mudah dikesan oleh pengguna. 5. Merancang dan menjaga keceriaan Bilik Tayang / Multimedia untuk membuatnya tempat yang menarik untuk digunakan. 6. Menyediakan jadual penggunaan Bilik Tayang/Multimedia. 7. Merancang dan menjalankan latihan penggunaan alat elektronik untuk guru dan Pengawas Pusat Sumber. 8. Menyediakan rekod penggunaan Bilik Tayang / Multimedia,penggunaan alatan hardware dan software oleh guru dan pelajar. 9. Membuat dokumentasi sekiranya perlu 10.Menyediakan persembahan multimedia jika perlu. 11.Menyedia dan membentangkan laporan penilaian penggunaan alat teknologi pendidikan kepada pentadbir dan pihak yang berkenaan dua kali setahun atau apabila diminta. 12. Membantu Penyelaras dalam tugas-tugas lain sekiranya diperlukan. DESKRIPSI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN 1. Mengadakan dan mengemaskini buku slot alat & bahan dalam perpustakaan. 2. Meyediakan peraturan penggunaan perpustakaan dan memaklumkannya kepada semua guru dan pelajar. 3. Menyusun jadual waktu bertugas bagi Pengawas Pusat Sumber (Pustakawan) dan memastikan mereka datang setiap kali bertugas. 4. Menyelia, melatih dan membimbing Pengawas Pusat Sumber (Pustakawan) untuk menguruskan Pusat Sekolah. 5. Bekerjasama dengan Guru Media & Perpustakaan dan Guru-guru Perpustakaan lain untuk memilih bahan yang sesuai untuk Pusat Sumber Sekolah. 6. Mengkatalog buku-buku yang diterima secara automasi berkomputer. 7. Merekod segala penerimaan majalah, jurnal, suratkhabar dan lain-lain bahan bacaan ke dalam buku stok dan mengemaskininya. 8. Mempamerkan senarai buku dan bahan yang baru diperolehi dan telah dikatalogkan atau direkodkan untuk makluman para guru dan pelajar. 9. Menyusun buku-buku dan lain-lain bahan bacaan mengikut kategori agar mudah diakses oleh pengguna. 10.Menentukan susunan rak, kerusi, meja, dan perabot perpustakaan agar kemas dan teratur. 11.Menyelenggara dan merekod kerusi, meja, dan perabot perpustakaan yang keluar, masuk, rosak dan hilang.
12.Membuat penjilidan bahan-bahan cetak (seperti majalah-majalah yang penting, artikel-artikel surat khabar mengikut tajuk-tajuk tertentu). 13.Mengeluarkan bahan-bahan yang rosak khususnya buku daripada rak dan membaikpulih bahan tersebut. 14.Merancang dan menjaga kebersihan dan keceriaan perpustakaan. 15.Merancang dan menjalankan aktiviti untuk menggalakkan penggunaan PSS seperti mengadakan pameran, peraduan, pertandingan, lawatan dan sebagainya dengan kerjasama guru-guru lain. 16.Mengadakan kawalan rapi semasa menguruskan peminjaman dan pemulangan bahan Pusat Sumber Sekolah dengan bantuan pembantu dan Pengawas Pusat Sumber. 17.Menyediakan rekod dan laporan untuk Guru Besar dan pihak yang berkenaan dua kali setahun atau jika diminta. DESKRIPSI TUGAS GURU AKTIVITI DAN PROMOSI 1.Mengadakan dan mengemaskinikan buku stok alatan dan bahan dalam Bilik Media. 2. Menyusun atur bahan-bahan supaya mudah dikesan oleh pengguna. 3. Merancang dan menjaga keceriaan Bilik Media untuk membuatnya tempat yang menarik untuk digunakan. 4. Menyediakan rekod penggunaan Bilik Media oleh guru dan pelajar. 5. Membuat dokumentasi sekiranya perlu 6.Menyediakan persembahan multimedia jika perlu. 7. Mempromosikan aktiviti PSS. 8. Menyediakan video selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh PSS. DESKRIPSI SENARAI TUGAS KETUA PANITIA 1. Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar 2. Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri 3. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua 4. Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran. 5. Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan.
PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PERATURAN-PERATURAN PUSAT SUMBER Disiplin 1. Murid-murid yang masuk ke PSS untuk Program NILAM hendaklah bersamasama guru. 2. Murid diminta senyap apabila memasuki perpustakaan. 3. Murid mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku. 4. Murid tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan. 5. Murid tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS. 6. Murid dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter. 7. Murid dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan. 8. Murid tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran. 9. Murid tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru. 10.Murid dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan. 11.Murid dan guru diminta menanggalkan kasut ketika berada di Perpustakaan. Bahan-bahan Perpustakaan 1. Murid mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan. 2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan. 3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan. Pakaian 1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan. 2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.
PERATURAN PENGGUNAAN PSS UNTUK GURU 1. Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber dan penggunaan Smart TV. 2. Guru-guru tidak dibenarkan sama sekali menghantar murid sahaja ke PSS tanpa ada pengawasan kecuali dalam kes-kes tertentu 3. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin murid di dalam Pusat Sumber. 4. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan. 5. Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS. 6. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber. PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN / ALAT Pinjaman Buku Rak Terbuka 1. Pastikan nama yang tertera di kad perpustakaan yang digunakan adalah kepunyaan si peminjam. 2. Pastikan peminjam berkenaan tidak berhutang apa-apa dengan perpustakaan Contoh :- - Buku-buku yang dipinjam telah dipulangkan dan denda telah dibayar (jika ada). Peminjam yang masih berhutang tidak boleh meminjam apa-apa dari perpustakaan sehingga beliau menjelaskan hutangnya. 3. Semua pelajar meminjam buku dengan menggunakan kad matrik ( bar kod ) menggunakan sistem Otomasi . 4. Cop tarikh pemulangan buku pada helaian kertas 'Tarikh Pulang' (di belakang buku). 5. Serahkan buku kepada si peminjam dan kad pinjaman 6. Pastikan semua data pinjaman buku dibuat menggunakan sistem Otomasi
PERINGATAN. • Tempoh pinjaman sebuah buku ialah 7 hari dan buku Red Spot 1 hari sahaja. • Pinjaman buku rak terbuka boleh dilakukan pada waktu rehat dan juga selepas waktu sekolah. • Seorang guru hanya dibenarkan dibenarkan meminjam maksimum 7 buku pada satu-satu masa dalam jangka masa 3 bulan . Bagi peminjaman seterusnya, beliau mestilah memulangkan buku-buku yang dipinjam sebelumnya. • Pengawas PSS yang bertugas di kaunter mesti menjalankan tugas dengan tenang dan senyap • Pelajar mestilah beratur dengan senyap di hadapan kaunter peminjaman. Pelajar yang ingkar tidak akan dilayan KELAYAKAN PEMINJAM DAN JUMLAH PINJAMAN SYARAT UMUM Staff ❑ Guru dan Pekerja ❑ Mempunyai kad pinjaman buku kad matrik berkod bar ❑ Tidak dibenarkan meminjamkan kad kepada orang lain. PELAJAR BIASA Contoh ❑ Murid Tahun 1- Tahun 6 ❑ Kad Pinjaman Buku - kad matrik berkod bar. ❑ Maksima 3 buah buku - sekali pinjam .
JADUAL PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
MASA 0PERASI PUSAT SUMBER HARI MASA ISNIN HINGGA JUMAAT 7.30 pagi hingga 1.30 ptg JADUAL PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU HARI KELAS ISNIN 6 MADANI SELASA 5 MADANI RABU 4 MADANI KHAMIS 3 MADANI JUMAAT 2 MADANI
TAKWIM PERANCANGAN AKTIVITI PUSAT SUMBER
PERANCANGAN PUSAT SUMBER 36200 SELEKOH PERAK TAKWIM & PERANCANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2024/25 BULAN AKTIVITI TARIKH/TEMPOH PENGLIBATAN CATATAN MAC 1) Orientasi PSS untuk Tahun 1 IKUT SEKOLAH AJK PSS dan NILAM ORIENTASI 2) Mesyuarat Induk PSS Kali Pertama AJK Induk 3) Mesyuarat Kerja PSS Kali Pertama AJK Kerja 4) 5) Pameran Bertema – Bulan Ramadhan Pengawas PSS Pameran 1 APRIL 1)Pelancaran PROGRAM NILAM AJK Nilam 2)Pelancaran Kempen Bulan Galakan Membaca 3) Mesyuarat Pengawas PSS Pengawas PSS 4)Hari Buku Sedunia 23.4.2023 5) Watikah Pelantikan Pengawas PSS 01.04.24 MEI 1) Kem Kepimpinan Pengawas PSS AJK dan Pengawas PSS 2) Bacaan Nilam Terbanyak Bulanan AJK Nilam 3) Jualan cenderahati Hari Guru/Hari Ibu pameran 2 4) Pameran Bertema – Hari Raya Aidil Fitri JUN 1) Mesyuarat Induk PSS Kali Ke-2 AJK Induk 2) Mesyuarat Kerja /NILAM PSS Kali Ke -2 AJK Kerja 3) Resensi Buku murid 5) Bacaan Terbanyak Bulanan 6) Publisiti- Buku Baru Pengawas PSS JULAI 1) Semakan Stok PSS AJK 2) Bulan Membaca Kebangsaan AJK 3) Bacaan Nilam Terbanyak Bulanan AJK 4) Pertandingan Mini Library Class OGOS 1) Pameran Bertema -Sambutan Hari Kemerdekaan AJK pameran 3 2) Bacaan Nilam Terbanyak Bulanan AJK 3) Publisiti Buku Baru Pengawas PSS SEPTEMBER 1) Semakan Buku Rekod Penggunaan AJK 2) Mesyuarat Induk PSS Kali Ke-3 AJK 3) Mesyuarat Kerja /NILAM PSS Kali Ke-3 AJK OKTOBER 1)Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Semua 2) Pinjaman Buku Terbanyak Bulanan AJK 3) Proses baik pulih buku PSS Pengawas
NOVEMBER 1) Pengemaskinian Stok & analisa PSS AJK 2) Mesyuarat Induk PSS Kali Ke-4 AJK 3) Mesyuarat Kerja PSS Kali Ke-4 AJK 4) Mesyuarat Nilam Kali Ke-4 AJK 5) Analisis Data Nilam Terbanyak AJK JANUARI 2025 1) Surat Tawaran Pengawas PSS 2022 AJK 2) HAK 2023 (Tokoh Nilam 2022) IKUT SEKOLAH AJK 3) Hari Anugerah NILAM IKUT SEKOLAH AJK 4) Pengumpulan Buku NILAM AJK
NILAM
PROGRAM NILAM NILAM 1. Semua murid terlibat dalam Program NILAM (Data tahun sebelum) 2. Bintang (pencapaian sekolah 30%) 3. Bintang (pencapaian sekolah25%) 4. Bintang (pencapaiansekolah20%) 5. Bintang (pencapaiansekolah 15%) 6. Bintang (pencapaian sekolah 10%) 7. Analisis bacaan kelas dan keseluruhan program NILAM 8. Usaha yang dilaksanakan untuk mencapai4 dan 5 Bintang PENGIKTIRAFAN NILAM 1. Promosi program NILAM (3 jenis bahan promosi) 2. Taklimat/ kempen NILAM 3. Majlis Anugerah pengiktirafan NILAM (Murid, Guru) ##Tokoh Nilam 4. Pengiktirafan peringkat Daerah/ Negeri. Kebangsaan 5 .Lain-lain pengiktirafan (selain NILAM) (Lencana / Plak / Piala / Butang Lencana/ Anugerah/ Sijil) KEMPEN GALAKAN MEMBACA 1. Program galakan membaca murid/ aktiviti pengayaan selepas Pembacaan (3 program) 2. Program galakan membaca guru/ pengayaan selepas pembacaan
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIANG DARAT 36200 SELEKOH PERAK JADUAL NILAM 2024/25 HARI/ MASA 7.45- 8.15 8.15 8.45 8.45 9.15 9.15 9.45 9.45 10.05 10.15 10.45 10.45 11.05 11.05 11.35 11.35 12.05 12.05 12.35 12.35 1.05 1.05 1.35 ISNIN PER R SELASA E RABU H KHAMIS A JUMAAT T KELAS NAMA GURU KELAS NAMA GURU 1 MADANI PN. KHOLILAH BINTI HALIMI 1 MADANI PN. HAFIZA BT HAMZAH 2 MADANI PN. KHOLILAH BINTI HALIMI 2 MADANI PN. HAFIZA BT HAMZAH 3 MADANI PN.SARI JAMILAH 3 MADANI PN. HAFIZA BT HAMZAH 4 MADANI PN.HAJAH ZAWIAH MAT MUNUN 4 MADANI TEACHER NURIN 5 MADANI EN. IZAM BIN BAKAR 5 MADANI TEACHER NURIN 6 MADANI PN. ASIAH BINTI BASRI 6 MADANI TEACHER NURIN
RANGKAIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
RANGKAIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH RANGKAIAN PSS ALGHAZALI MAKMAL ICT BILIK AKSES BILIK GURU TAMAN HERBA KELAS PDPC LALUAN ILMU SURAU SEKOLAH SUDUT SEJARAH PONDOK BACAAN BILIK SAINS BILIK PEMULIHAN
https://www.facebook.com/Perpustakaan-Al-Ghazali-SKSTD101722448455399/?ti=as SEKIAN PUSAT SUMBER AL-GHAZALI SK SUNGAI TIANG DARAT