TOKOH PEMIMPIN JOHOR:
DATO’ ABDUL RAHMAN
BIN
DATO’ WAN ANDAK
NAMA : AUNI BASITAH BINTI SEZALI
KELAS : 6 USAHA
ALAMAT E-MAIL : [email protected]
NAMA SEKOLAH : SK PEKAN LAYANG-LAYANG
ALAMAT SEKOLAH : JKR 1327, JALAN SEKOLAH,
81850 KLUANG, JOHOR.
ISI KANDUNGAN :
PENDAHULUAN
❖ Halaman 3
BIODATA TOKOH
❖ Halaman 4
PENDIDIKAN TOKOH
❖ Halaman 5
KERJAYA TOKOH
❖ Halaman 6 & 7
1
SUMBANGAN TOKOH
❖ Halaman 8
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH
DICONTOHI GENERASI
SEKARANG
❖ Halaman 9 & 10
PENUTUP / KESIMPULAN
❖ Halaman 11 & 12
BIBLIOGRAFI /
RUJUKAN
❖ Halaman 13
2
PENDAHULUAN
DATO’ SERI AMAR DIRAJA Johor memang terkenal sebagai negeri yang melahirkan ramai
ABDUL RAHMAN ANDAK golongan bijak pandai dan pejuang bangsa. Bahkan hasil titik peluh
mereka diguna pakai masyarakat seluruh negara hingga ke hari ini.
Saya telah memilih Tokoh Pemimpin Johor yang sangat berwibawa
iaitu Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Bin Dato’ Wan Andak.
Beliau adalah seorang pembesar yang sangat pintar dalam
pentadbiran negeri Johor di era Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim.
Beliau merupakan Permata Jauhar yang banyak menyumbang jasa
dalam mengekalkan kedaulatan negeri Johor dari diletakkan seorang
penasihat atau residen oleh Inggeris. Beliau sangat tegas dan
berpendirian teguh.
Beliau tidak teragak-agak menentang atau menolak usul dan
pendapat yang diberikan oleh Inggeris jika tidak membawa
keuntungan kepada Johor. Inggeris sangat membenci Dato’ Abdul
Rahman dan berasa selagi beliau berada di dalam pentadbiran negeri,
cita-cita Inggeris untuk menjajah Johor tidak akan berjaya.
Maka dengan ini, terhasillah buku skrap digital di bawah tajuk
Tokoh Kepimpinan Johor yang dapat saya menceritakan serba sedikit
mengenai sejarah Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Bin Andak.
3
BIODATA TOKOH
DATO’ SERI AMAR DIRAJA • Nama : Abdul Rahman Bin Andak
ABDUL RAHMAN ANDAK • Gelaran : Dato’ Seri Amar DiRaja
• Tarikh Lahir : 13 Jun 1859
• Tempat Lahir : Telok Belanga, Singapura
• Nama Bapa : Wan Andak Bin Daeng Meng
• Nama Ibu : Hawa Binti Abdullah
• Keturunan : Bugis Champa / Kembayat
• Pendidikan : Melanjutkan pelajaran di England
• Perkahwinan : Isteri pertama – Che’ Lembek (meninggal 1885)
(seorang anak perempuan- Rahmah)
Isteri kedua – Auguste Reis ( - 1933)
( 3 orang anak lelaki – Henry, Mansur dan Walter)
• Meninggal : 10 September 1930
pada usia 71 tahun
di London, United Kingdom
4
PENDIDIKAN TOKOH
DATO’ SERI AMAR DIRAJA
ABDUL RAHMAN ANDAK
• Sekolah Melayu Telok Belanga, Singapura.
Pendidikan
Awal
• Mendapat pendidikan British
• Anak Johor pertama melanjutkan pelajaran di England
1871 - 1878
5
KERJAYA TOKOH
DATO’ SERI AMAR DIRAJA 1878 Mula berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan
ABDUL RAHMAN ANDAK Johor ( Johore Civil Servise )
1883 Dilantik menjadi Penolong Setiausaha dan Ketua
Penterjemah.
1884 Dinaikkan pangkat menjadi setiausaha peribadi
Maharaja dan Setiausaha Hal Ehwal Luar.
1885 Terpilih sebagai Penasihat Senior untuk rundingan
dalam perjanjian Anglo – Johor di London.
6
1893 Dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
yang pertama dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.
DATO’ SERI AMAR DIRAJA
ABDUL RAHMAN ANDAK
1895 Campur tangan Inggeris menghasut Sultan Ibrahim
untuk menggulingkan Abdul Rahman Andak.
1904 Menjadi Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis
Jemaah Menteri.
1909 Beliau Bersara.
7
SUMBANGAN TOKOH
DATO’ SERI AMAR DIRAJA 1888 Mengasaskan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan
ABDUL RAHMAN ANDAK Bahasa Melayu ( PBMPB ) di Johor Bahru.
1893 Mempromosikan Johor diperingkat Antarabangsa
antaranya di Chicago
1894 Di Adelaide untuk pameran ‘Johore State Regalia’
⁕ Beliau menguatkuasakan penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Kerajaan negeri Johor.
Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah kagum, berbangga dan
menghargai jasa dan sumbangan pemimpin-pemimpin yang terdahulu
dan sekarang ini di mana kita boleh merasai keselesaan hidup sebagai
warga Malaysia di negara yang berdaulat ini.
8
NILAI KEPIMPINAN YANG
BOLEH DICONTOHI
GENERASI SEKARANG
DATO’ SERI AMAR DIRAJA Secara umumnya, generasi era milenium ini perlulah mempunyai dan
ABDUL RAHMAN ANDAK mencontohi sikap dan nilai kepimpinan seperti Dato’ Seri Amar Diraja
Abdul Rahman Andak ini. Antara nilai-nilai kepimpinan yang boleh
dicontohi daripada beliau adalah :
❑ BIJAK DAN TEGAS
Menjadi pejuang bangsa yang bijak berpengetahuan dan tegas
terhadap sebarang tindakan dan keputusan membuatkan beliau dapat
mempertahankan Kerajaan Johor.
❑ AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB
Sikap amanah dan bertanggungjawab beliau dalam
menjalankan tugas serta komited terhadap apa yang dilakukan oleh
beliau menjadikan sistem pemerintahan Kerajaan Johor diurus dan
diteruskan dengan baik.
9
❑ TELITI DAN MEMPUNYAI KEMAHIRAN MELIHAT MASA
DEPAN
DATO’ SERI AMAR DIRAJA Sifat dan kemahiran ini yang membezakan antara beliau dan
ABDUL RAHMAN ANDAK pemimpin yang lain. Dengan kemahiran ini, beliau dapat meletakkan
keputusan yang mungkin hanya berlaku selepas kepimpinan beliau.
Tetapi laluan itu telah disediakan semasa kepimpinan beliau
berlangsung. Ini dapat dilihat apabila beliau menentang idea-idea
daripada pihak British yang mampu menjurus kepada penaklukkan bumi
Johor.
❑ FOKUS DAN RASA INGIN TAHU YANG TINGGI
Beliau seorang yang sangat fokus dalam membuat sesuatu
perkara. Sifat rasa ingin tahu yang tinggi membuatkan beliau lebih
berhati-hati dalam setiap perhubungan diplomatik antara kerajaan Johor
dan Inggeris.
Maka, sebagai generasi kini perlulah mengambil semangat
dan contohi keberanian pemimpin terdahulu supaya menjadi inspirasi
kepada perjuangan seterusnya.
10
KESIMPULAN
DATO’ SERI AMAR DIRAJA Kesimpulannya, Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Bin Dato’
ABDUL RAHMAN ANDAK Wan Andak merupakan seorang pembesar yang sangat pintar di Johor.
Beliau sangat digeruni oleh orang Inggeris sehinggakan wujud usaha
menyingkirkannya dari bumi sendiri. Inggeris tidak dapat mengambil
kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri Johor kerana beliau
menjalankan tugasnya dengan baik dan bersikap tegas terhadap orang
Inggeris.
Walaupun berpendidikan Inggeris, beliau mewujudkan
kesedaran untuk memperjuangkan kemajuan Bahasa Melayu secara
berkumpulan melalui Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa
(PBMPB). Pengalaman dalam kerjaya, jasa dan sumbangan beliau
terhadap negeri Johor sangatlah dihargai. Pemimpin pada masa kini
perlu menjadikan Dato’ Abdul Rahman Bin Andak sebagai contoh
dalam menjalankan tugas yang diberi yang mempunyai pendirian yang
sangat teguh, bertanggungjawab dan amanah. Begitulah kisah betapa
kasih dan taatnya Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak
kepada Sultan sehingga ke akhir hayat.
Namanya diabadikan oleh Kerajaan Johor pada nama jalan dan
bangunan antaranya :
• Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru
• Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Nusajaya
• SMK Dato’ Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam.
11
JALAN ABDUL RAHMAN ANDAK
BANGUNAN ABDUL RAHMAN ANDAK
SMK ABDUL RAHMAN ANDAK, SIMPANG RENGGAM
12
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
Amat Juhari Moain. (2009) Sejarah Perancangan Bahasa Melayu di
Negeri Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ermy, Mohd Hafiz & Napisah Karimah: 2020: Pengaruh Kerajaan
Uthmaniyyah dalam Pentadbiran Islam di Negeri Johor pada
DATO’ SERI AMAR DIRAJA abad ke-19 oleh Sultan Abu Bakar (1862- 1895) dan Sultan
ABDUL RAHMAN ANDAK Ibrahim (1895-1959). Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Fawzi Mohd. Basri. (1972). Datuk Sri Amar Diraja: Penghalang Cita-
cita Inggeris Menakluk Negeri Johor. Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Kassim Thukiman. (2011). Sejarah Johor dalam Pelbagai Perspektif.
Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Kassim Thukiman & Hamidah. (2009). Hubungan Etnik di Malaysia:
Perspektif, Teori dan Praktik. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.
The Interesting Historical Facts Of Malaysia. (2020, November 19).
Retrieved: April 20, 2021, from Facebook:
https://m.facebook.com/TIHFoM/photos/a.509831392524651/1
747255518782226/?type=3&source=57
Find a Grave. (2012, November 26). Retrieved: April 20, ,2021, from
https://www.findagrave.com/memorial/101301228/abdul-rahman-
andak
13