PANDUAN PENGURUSAN DAN LATIHAN KOR SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM (KOR SISPA) Edisi Kedua Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 1 23/09/2019 3:48 PM
Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 2 23/09/2019 3:48 PM
PANDUAN PENGURUSAN DAN LATIHAN KOR SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM (KOR SISPA) Edisi Kedua Editor Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Ahmad Tajuddin Othman Penerbit USIM Universiti Sains Islam Malaysia Bandar Baru Nilai Negeri Sembilan 2019 Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 3 23/09/2019 3:48 PM
iv CETAKAN PERTAMA 2019 © Hak Cipta Universiti Sains Islam Malaysia Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam bentuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juapun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penulis dan penerbit terlebih dahulu. Diterbitkan di Malaysia oleh PENERBIT USIM Universiti Sains Islam Malaysia 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus Tel: 06-798 8226 / 6081 Faks: 06-798 6083 penerbit.usim.edu.my [email protected] Penerbit USIM adalah anggota MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA (MAPIM) Dicetak di Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan PANDUAN PENGURUSAN DAN LATIHAN KOR SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM (KOR SISPA) / EDITOR: KOL. BERSEKUTU (PA) PROF. MADYA DR. AHMAD TAJUDDIN OTHMAN. - Edisi Kedua. ISBN 978-967-440-642-4 1. Military education--Malaysia. 2. Armed Forces--Malaysia. 3. Government publications--Malaysia. I. Ahmad Tajuddin Othman, Kol. Bersekutu (PA), Prof. Madya, Dr. 355.00711595 Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 4 23/09/2019 3:48 PM
v KANDUNGAN KATA ALU-ALUAN KETUA PESURUHJAYA APM KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI KATA PENGANTAR PROLOG BAB 1 - PENDAHULUAN 1 1.1 PUNCA KUASA 2 1.2 PENGENALAN 2 1.3 MATLAMAT 3 1.4 OBJEKTIF 3 1.5 LOGO 4 1.6 LAGU PERTAHANAN AWAM 5 BAB 2 - PENUBUHAN KOR SISPA IPT 6 2.1 PROSEDUR PENUBUHAN KOR SISPA 7 2.2 ORGANISASI 8 2.3 TADBIR URUS KOR SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM 9 2.4 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 10 BAB 3 - KEANGGOTAAN DAN PANGKAT 16 3.1 KEANGGOTAAN PKS 17 3.2 PEGAWAI PENYELARAS KOR SISPA IPT 18 3.3 PEGAWAI KEHORMAT DAN BERSEKUTU KOR SISPA 19 3.4 PELANTIKAN PEGAWAI KERHORMAT DAN BERSEKUTU KOR SISPA 19 3.5 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KEHORMAT, BERSEKUTU DAN PENYELARAS KOR SISPA IPT 21 Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 5 23/09/2019 3:48 PM
vi BAB 4 - PENTADBIRAN 24 4.1 BAYARAN ELAUN DAN PERUNTUKAN KEWANGAN 25 4.2 PERLINDUNGAN INSURANS 25 4.3 ISTIADAT, MAJLIS DAN PROGRAM 25 4.4 TUGASAN 26 4.5 LAPORAN BERKALA 26 BAB 5 - LOGISTIK 27 5.1 PAKAIAN 28 5.2 PENGANGKUTAN 28 5.3 PERALATAN DAN LATIHAN 28 5.4 PENGINAPAN 29 5.5 RUANG PEJABAT KOR SISPA 29 BAB 6 - KURIKULUM LATIHAN 30 6.1 OBJEKTIF LATIHAN 31 6.2 BIDANG LATIHAN 31 6.3 KAEDAH LATIHAN 32 6.4 SILIBUS LATIHAN 32 6.5 SIJIL-SIJIL KOR SISPA 40 BAB 7 - PENILAIAN 41 7.1 TUJUAN PENILAIAN 42 7.2 PROSEDUR PENILAIAN 42 7.3 SYARAT – SYARAT KENAIKAN PANGKAT 43 BAB 8 - PERATURAN PAKAIAN SERAGAM 45 8.1 PERATURAN PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI KADET SISPA 46 8.2 TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM 46 8.3 LENCANA DAN PANGKAT 49 PENUTUP 50 Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 6 23/09/2019 3:48 PM
vii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN 1 - BORANG PERMOHONAN PENUBUHAN KOR SISPA LAMPIRAN 2 - TANDA PANGKAT (EPOLET) PEGAWAI KADET SISPA LAMPIRAN 3 - PANGKAT PEGAWAI BERSEKUTU, KEHORMAT, PEGAWAI DAN ANGGOTA PASUKAN ANGKATAN LAMPIRAN 4 - ORGANISASI JAWATANKUASA KOR SISPA LAMPIRAN 5 - GARIS PANDUAN PAKAIAN SERAGAM UTAMA APM Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 7 23/09/2019 3:48 PM
viii Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 8 23/09/2019 3:48 PM
ix Kata Alu-aluan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya memanjatkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam penghasilan buku Panduan Pengurusan dan Latihan Kor Sispa ini. Kebelakangan ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menerima banyak permohonan daripada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk menubuhkan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam atau dikenali sebagai Kor Sispa. Kor Sispa diperkenalkan sebagai kursus kokurikulum berkredit selama lima semester yang merangkumi silibus Pertahanan Awam untuk melayakkan Pegawai Kadet Sispa (PKS) ditauliahkan sebagai Pegawai Pasukan Pertahanan Awam dengan pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam. Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bertanggungjawab untuk melahirkan generasi Pegawai Pasukan Pertahanan Awam yang berkaliber serta mampu menghadapi cabaran globalisasi. Dalam Pertahanan Menyeluruh atau dikenali sebagai HANRUH, APM Malaysia dipertanggungjawabkan dalam komponen Kesiapsiagaan Awam, iaitu latihan dan kesedaran masyarakat menjadi agenda utama dalam komponen tersebut. Dengan penubuhan Kor Sispa di semua IPT, secara tidak langsung, program ini menjadi pelengkap kepada sebahagian daripada komponen yang telah diamanahkan. Saya percaya penglibatan pelajar IPT dalam Kor Sispa ini dapat memberi impak yang besar serta berpanjangan dalam melahirkan masyarakat yang peka dan responsif kepada kecemasan dan bencana. Harapan saya agar Kor Sispa ini menjadi satu pasukan beruniform di IPT yang mantap dalam menghasilkan siswazah yang berkeyakinan tinggi, berketerampilan, dan bertanggungjawab di samping mempunyai pencapaian ilmu yang amat membanggakan. Sekian, terima kasih. KPj. (PA) Datuk Roslan bin Wahab Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 9 23/09/2019 3:48 PM
x Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 10 23/09/2019 3:48 PM
xi Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syabas dan tahniah kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bekerjasama memurnikan buku Panduan Kor Sispa yang telah pertama kali diterbitkan pada tahun 2010. Kegiatan kokurikulum pada peringkat IPT merupakan wadah utama yang menjadi ruang, peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk meneroka aspek kemahiran pembentukan sahsiah diri sejajar dengan hasrat kementerian dalam melahirkan graduan kalis masa depan. Pembentukan minda yang cerdas dan disiplin yang tinggi mampu melahirkan warga Malaysia yang cemerlang, sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi kementerian dalam melahirkan graduan yang seimbang, holistik serta berciri keusahawanan. Generasi muda yang merupakan tunggak negara digalakkan menyertai aktiviti badan beruniform supaya nilai-nilai murni dan input positif dapat disemai dalam jiwa mereka. KPM sentiasa memberi galakan kepada pelajar untuk mengimbangkan penglibatan dalam bidang akademik dengan kegiatan luar dewan kuliah melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning). Saya yakin dan percaya penglibatan pelajar dalam aktiviti kesukarelawanan ini berjaya mencapai matlamat yang disasarkan. Akhir kata, semoga latihan Kor Sispa ini dapat membentuk jati diri pelajar untuk menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan masyarakat amnya dan negara khususnya. Ingatlah bahawa sesuatu perbuatan yang bersifat kesukarelawanan itu akan membentuk diri kita agar menjadi individu yang lebih baik. Ia juga merupakan asas kepada warganegara yang prihatin serta bertanggungjawab disamping dapat memperkayakan ilmu pengetahuan individu berdasarkan pengalaman yang diperoleh. Sekian, terima kasih. TPj. Kehormat (PA) Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Jabatan Pendidikan Tinggi Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 11 23/09/2019 3:48 PM
xii Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 12 23/09/2019 3:48 PM
xiii Kata Pengantar Pengerusi Panel Buku Panduan Pengurusan dan Latihan Kor Sispa Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Segala pujian ke hadrat Ilahi, dengan izin-Nya, buku Panduan Pengurusan dan Latihan Kor Sispa Edisi Kedua ini dapat diterbitkan akhirnya dengan kerjasama daripada KPM dan APM. Seramai 14 orang ahli panel yang terdiri daripada Pegawai Bersekutu daripada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah terlibat dalam proses pemurnian buku ini. Enrolmen pelajar dalam Kor Sispa IPT telah mencatatkan peningkatan ketara setiap tahun seiring dengan kepesatan sistem pendidikan tinggi Malaysia dan keberadaan APM di mata masyarakat. Justeru, satu mekanisme pematuhan peraturan adalah perlu untuk memastikan perkembangan pelajar seimbang antara ilmu dan akhlak supaya PKS mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dalam mengikuti pelbagai latihan dalam pertahanan awam. Selaras dengan itu, buku Panduan Pengurusan dan Latihan Kor Sispa Edisi Kedua ini diterbitkan untuk mempertingkatkan kelancaran pelaksanaan program dan pembelajaran berstruktur oleh setiap IPT. Justeru, besarlah harapan agar buku panduan ini menjadi rujukan utama dalam perancangan dan pelaksanaan Kor Sispa di IPT. Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat atas usaha menyiapkan buku ini. PPj. Bersekutu (PA) Prof. Dato’ Dr. Saharuddin Abdul Hamid Pengerusi Panel Buku Panduan Pengurusan dan Latihan Kor Sispa Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa IPT Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 13 23/09/2019 3:48 PM
xiv PANEL BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN LATIHAN KOR SISPA 1. PPj. Bersekutu (PA) Prof. Dato’ Dr. Saharuddin Abdul Hamid (UMT) - Pengerusi 2. PPj. (PA) Ahmad Afandi Mohamad (APM) 3. PPj. Kehormat (PA) Prof. Dr. Roziah Mohd Janor (UiTM) 4. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Ahmad Tajuddin Othman (USM) 5. Lt. Kol. (PA) Roydee Abdul Rahman (APM) 6. Lt. Kol. (PA) Mohd Syukri Madnor (APM) 7. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Hj. Mazlan Nawang (USIM) 8. Mejar (PA) Nasrullah Mohamad Nadzir (APM) 9. Mejar (PA) Shamil Ithman (APM) 10. Mejar Bersekutu (PA) Norza Iskandar Helmi Abdullah (UTHM) 11. Mejar Bersekutu (PA) Mohd Akram Abdul Razak (UMP) 12. Mejar Bersekutu (PA) Ahmad Shazrin Mohamed Azmi (UiTM) 13. Mejar Bersekutu (PA) Mohd Juhari Ab Kadir (UMT) 14. Mejar Bersekutu (PA) Erina Ismail (JPT) 15. Kapt. Bersekutu (PA) Muhammad Akmal Hakim Hazman (UniKL) 16. Lt. (PA) Raja Mohd Kamarularif Raja Ismail (APM) 17. En. Mohamad Fiddezuan Ahmad Murad (JPT) xiv Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 14 23/09/2019 3:48 PM
xv PROLOG • Sejarah Ringkas Kor Sispa SEJARAH RINGKAS KOR SISPA Pelaksanaan kurikulum Pertahanan Awam dijalankan oleh Jabatan Pertahanan Awam Negeri (JPA3) dan bukan secara berpusat pada tahun 1990-an. Antara IPT awal yang terlibat dengan JPA3 adalah Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT), Institut Teknologi Mara (ITM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). UPM Cawangan Terengganu (kini Universiti Malaysia Terengganu) merupakan IPT yang pertama menubuhkan Pasukan Anggota Pelajar JPA3 seramai 60 orang pada tahun 1996, diikuti oleh UUM pada tahun 1997, ITM dan UTM pada tahun 1998. Pada tahun 1999, Pusat Kokurikulum UUM dengan kerjasama JPA3 Negeri Kedah telah menawarkan Kursus Pertahanan Awam berstruktur 4 kredit. Inisiatif itu dimulakan dengan 30 orang pelajar berserta 10 orang pensyarah dan kakitangan UUM yang mengikuti Kursus Bakal Pegawai di Pusat Latihan Pertahanan Awam, Butterworth dan seterusnya Majlis Pentauliahan pada 20 Mac 2000 yang disempurna oleh Ketua Pengarah JPA3. Pada bulan Disember 2000, penyelarasan semula kokurikulum Pertahanan Awam UiTM telah dilakukan oleh JPA3 Negeri Selangor dan seorang Pegawai Penyelaras telah dilantik untuk menguruskan kokurikulum Pertahanan Awam UiTM. Pada 16 Januari 2002, pelancaran semula kokurikulum Pertahanan Awam di UiTM dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Malaysia. Pelancaran semula ini menyaksikan kokurikulum Pertahanan Awam ini diasingkan daripada Unit Kesatria HEP UiTM dan bergerak dengan jenama sendiri. Ia turut menggunakan silibus pembelajaran yang digariskan oleh pihak JPA3 dan UiTM. Pada sekitar tahun 2008 dan 2009, beberapa siri perbincangan antara pihak Kokurikulum Pertahanan Awam UiTM Shah Alam dengan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Selangor untuk membawa usul penubuhan sebuah pasukan berunifom siswazah yang boleh ditauliahkan kepada pihak Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA). Usaha tersebut akhirnya telah membuahkan hasil apabila kesemua pihak pada masa itu menerima idea penubuhan pasukan yang dimaksudkan dan bersetuju dengan beberapa perkara yang melibatkan dasar dan pelaksanaan. Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 15 23/09/2019 3:48 PM
xvi Pada 6 Februari 2010 bertempat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Kor SiswaSiswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat UiTM seluruh Malaysia dilancarkan secara rasmi. Pelancaran itu memberi kepercayaan dan keyakinan kepada pihak JPAM untuk membuka ruang yang lebih besar kepada penubuhan Kor Sispa di IPT yang lain. Pendaftaran dan penubuhan Kor Sispa UiTM Shah Alam, Kampus Puncak Alam, Jengka, Machang dan Dungun dibuat dalam tahun 2010-2011. Majlis Pentauliahan Kor Sispa yang pertama berjaya dianjurkan di UiTM Shah Alam pada 12-16 Disember 2010 melibatkan PKS daripada lima buah IPT iaitu UiTM, UMT, UNISEL, UniKL dan USIM. Majlis ini disusuli dengan pelancaran buku Panduan Pengurusan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) yang telah disusun dan diterbitkan dengan kerjasama antara pihak IPPA, JPAM Selangor, JPAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kor Sispa UiTM Shah Alam. xvi Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 16 23/09/2019 3:48 PM
17 1 PENDAHULUAN • Punca Kuasa • Pengenalan • Matlamat • Objektif • Logo • Lagu Pertahanan Awam Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 17 23/09/2019 3:48 PM
18 1.1 PUNCA KUASA 1.1.1 Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 [Akta 221] 1.1.2 Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 [Akta 30] 1.1.3 Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173] Pindaan 2000 1.1.4 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta [Akta 555] Pindaan 2017 1.1.5 Akta Syarikat 2016 [Akta 777] 1.1.6 Peraturan / Kaedah Pertahanan Awam yang Berkuatkuasa 1.1.7 Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan 1.1.8 Arahan Jabatan / Pekeliling terkini 1.1.9 Minit Mesyuarat Pengurusan dan Latihan Siswa-Siswi Pertahanan Awam Bil 1/2010 pada 31 Mac 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 1.2 PENGENALAN IPT merangkumi Universiti Awam / Institut Pendidikan Tinggi Swasta / Institut Pendidikan Guru pada ketika ini giat bekerjasama dengan pasukan beruniform negara menubuhkan pasukan beruniform di institusi masing-masing seperti kerjasama antara UA dengan Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan dengan Pasukan Polis DiRaja Malaysia menubuhkan Kor Sukarelawan Siswa-Siswi Polis (Kor Suksis) serta lain-lain pasukan beruniform. Sejajar dengan hasrat untuk membangunkan kemahiran insaniah melalui salah satu daripada lapan teras kokurikulum yang diperkenalkan oleh KPM iaitu Teras Kesukarelawanan, pelajar perlu diterapkan nilai-nilai positif dengan menyertai manamana badan beruniform agar dapat melahirkan golongan pelajar yang mantap dari segi akademik, fizikal, mental dan kemahiran insaniah. Keseimbangan semua aspek ini menjadi tunjang kepada kepentingan penubuhan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa). Penubuhan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar itu sendiri, jabatan, universiti dan masyarakat. Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 18 23/09/2019 3:48 PM
19 1.3 MATLAMAT Penubuhan Kor Sispa sebagai landasan untuk melahirkan pegawai muda yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). 1.4 OBJEKTIF 1.4.1 Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu pertahanan awam. 1.4.2 Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu pertahanan awam yang diterapkan dan diaplikasikan pada peringkat universiti. 1.4.3 Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan APM sebagai pegawai pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas. 1.4.4 Menanam semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan cinta akan negara. 1.5 LOGO KOR SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM (Kor Sispa) Rajah 1.1 Logo Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 19 23/09/2019 3:48 PM
20 1.5.1 Takrifan Logo • LOGO – Menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam pada peringkat tempatan dan antarabangsa. • SEGI TIGA SAMA BERWARNA OREN – Lambang dan warna keselamatan iaitu berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segi tiga adalah gabungan warna bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan. • SENTIASA SIAP SEDIA – Di sekeliling segi tiga adalah moto APM. • BUNGA PADI BERWARNA BIRU – Melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi. • TAPAK LOGO BERWARNA OREN – Melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu APM untuk mendokong wawasan yang diharapkan. 1.6 LAGU PERTAHANAN AWAM SENTIASA BERSEDIA Marilah Kita Semua Berganding Bahu Menggembleng Tenaga Berbakti dalam Pertahanan Awam Untuk Bangsa Kita Padukan Jiwa dan Raga Sedia Berkorban Apa Saja Memberi dengan Ikhlas Khidmat Mulia Negara Tercinta (korus) Malaysia Bumi yang Bertuah Kami Sungguh Bangga Menjadi Warga Setia Penuh Azam dan Tekad Bersama Berkhidmat untuk Keselamatan Rakyatnya Kita Sentiasa Bersedia Menjunjung Wawasan Semua Ke Arah Hidup Aman dan Sentosa MALAYSIA JAYA Komposer: Dato’ Johari Salleh Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 20 23/09/2019 3:48 PM
21 PENUBUHAN 2 KOR SISPA IPT • Prosedur Penubuhan Kor Sispa • Organisasi • Tadbir Urus Kor Sispa • Tugas dan Tanggungjawab Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 21 23/09/2019 3:48 PM
22 2.1 PROSEDUR PENUBUHAN KOR SISPA Untuk menubuhkan Kor Sispa, prosedur berikut hendaklah dipatuhi:- 2.1.1 Pusat Kokurikulum atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT perlu membuat permohonan bertulis dengan mengemukakan surat dan borang permohonan (Lampiran 1) yang telah disokong oleh Naib Canselor / Presiden / Rektor / Ketua Eksekutif IPT kepada Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri (PPAN) dan satu salinan kepada KPM. Bagi penubuhan Kor Sispa pada peringkat cawangan IPT, kelulusan perlu diperoleh daripada IPT induk terlebih dahulu. 2.1.2 Pihak IPT perlu mengemukakan usul penubuhan Kor Sispa untuk kelulusan pihak Senat / Lembaga Pengarah / Pengurusan Eksekutif / Presiden. 2.1.3 Permohonan daripada IPT akan dinilai, diproses dan disokong oleh PPAN berdasarkan keperluan Kor Sispa IPT, kemampuan kewangan, pejabat pengurusan, logistik, peralatan dan jurulatih sebelum dimajukan kepada IPPA untuk kelulusan dan rekod. 2.1.4 Sekiranya permohonan tersebut tidak disokong oleh PPAN, surat maklum balas permohonan penubuhan Kor Sispa perlu dikembalikan kepada pihak IPT berkenaan. 2.1.5 Permohonan yang berjaya perlu dimaklumkan oleh IPPA secara bertulis berserta sijil penubuhan kepada PPAN yang berkenaan dan satu salinan surat makluman akan dihantar kepada KPM. 2.1.6 PPAN akan memaklumkan kelulusan permohonan kepada pihak IPT. 2.1.7 Permohonan yang telah diluluskan akan didaftarkan dengan satu nombor pendaftaran bagi IPT berkenaan seperti berikut: X / SISPA / XX / I / 600-XXX(A) X / SISPA / XX / C / 600-XXX(A) X / SISPA / XX / I / 600-XXX(S) X / SISPA / XX / C / 600-XXX(S) Cth: B/SISPA/UiTM/I/600-01(A) B/SISPA/UiTM/C/600-02(A) B/SISPA/UNISEL/I/600-03(S) B/SISPA/UNISEL/C/600-04(S) Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 22 23/09/2019 3:48 PM
23 X : Kod negeri yang berkenaan, contoh: B untuk Selangor. SISPA : Kor Sispa XX : Nama singkatan IPT yang memohon I : IPT Induk C : IPT Cawangan 600 : No. Fail Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA XXX : Nombor mengikut urutan, contoh: 01, 02 dan seterusnya. A : IPT Kategori Awam S : IPT Kategori Swasta 2.1.8 Permohonan penubuhan Kor Sispa adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:- a. IPT yang diiktiraf dan berdaftar di bawah KPM. b. IPT yang menawarkan program pengajian dengan pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda yang diktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). c. Menawarkan sekurang-kurangnya DUA [2] jam kredit mengikut perancangan setiap IPT. 2.2 ORGANISASI Organisasi Kor Sispa di setiap IPT boleh beroperasi mengikut kapasiti berikut: 2.2.1 Kompeni a. Setiap kompeni Kor Sispa terdiri daripada:- i. 1 Ketua Kompeni (Pegawai Bersekutu) ii. 2 Penolong Ketua Kompeni (Pegawai Bersekutu atau Pegawai Muda) iii. 3 Ketua Platun (Pegawai Muda) iv. 3 Platun (1 Junior, 1 Pertengahan, 1 Senior) v. 9 Ketua Skuad PKS 2.2.2 Platun b. Setiap platun Kor Sispa terdiri daripada 30 - 36 anggota iaitu:- i. 1 Ketua Platun (Pegawai Muda) ii. 30 - 36 anggota PKS 2.2.3 Skuad c. Setiap skuad Kor Sispa terdiri daripada 10 - 12 anggota iaitu:- i. 1 Ketua Skuad PKS ii. 9 - 11 anggota PKS Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 23 23/09/2019 3:48 PM
24 Rajah 2.1 Contoh organisasi Kor Sispa. Nota:- 1. Setiap tiga platun akan dijadikan satu kompeni yang terdiri daripada platun Junior, Pertengahan dan Senior. 2. Pengambilan bagi setiap tahun adalah tidak melebihi daripada DUA (2) platun bagi kampus induk dan SATU (1) platun bagi kampus cawangan. 3. Lihat Lampiran 4 Struktur Organisasi Kor Sispa IPT. 2.3 TADBIR URUS KOR SISPA Tadbir urus Kor Sispa distrukturkan kepada empat peringkat jawatankuasa seperti dalam perkara 2.3.1 hingga 2.3.4. Empat peringkat jawatankuasa ini merangkumi Jawatankuasa Dasar pada peringkat kebangsaan, Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa, Jawatankuasa Kerja Ajutan dan Jawatankuasa Peringkat IPT. Struktur tadbir urus Kor Sispa adalah ditunjukkan dalam Rajah 2.2. 24 Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 24 23/09/2019 3:48 PM
25 Peringkat Struktur Bersidang Pusat/Induk Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Pengerusi Bersama Ketua Pengarah JPT & Ketua Pesuruhjaya APM Sekali atau lebih dalam setahun Kebangsaan Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa Pengerusi Komandan/Timbalan Komandan IPT yang dilantik Empat kali atau lebih dalam setahun Kebangsaan Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa Pengerusi Ajutan IPT yang dilantik Empat kali atau lebih dalam setahun IPT Jawatankuasa Peringkat IPT Pengerusi Komandan di IPT Dua kali atau lebih dalam setahun Rajah 2.2 Struktur tadbir urus Kor Sispa. Jawatankuasa Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam Malaysia hendaklah ditubuhkan pada peringkat kebangsaan dan IPT untuk menggubal dasar, menggerakkan latihan, kegiatan dan pentadbiran Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan IPT. 2.3.1 Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Peringkat Kebangsaan a. Pengerusi Bersama i. Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT ii. Ketua Pesuruhjaya APM b. Timbalan Pengerusi Bersama i. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT ii. Timbalan Ketua Pesuruhjaya APM Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 25 23/09/2019 3:48 PM
26 c. Ahli-ahli i. Komandan-komandan Kor Sispa IPT ii. Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT iii. Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, APM d. Urus Setia Bersama i. Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA ii. Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT · Deskripsi Tugasan:- Jawatankuasa ini merancang dan membuat keputusan perkara-perkara dasar untuk perkembangan Kor Sispa pada peringkat kebangsaan. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya SEKALI (1) dalam setahun. Sebarang dasar baharu, semakan atau rombakan dasar yang diluluskan hendaklah dibuat secara edaran melalui surat pekeliling. Jawatankuasa ini juga hendaklah merancang bajet pengurusan Kor Sispa. 2.3.2 Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa a. Pengerusi i. Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan Komandan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) b. Timbalan Pengerusi I i. Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan Komandan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) c. Timbalan Pengerusi II i. Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam IPPA d. Ahli-ahli i. Komandan / Timbalan Komandan ii. Pengarah-pengarah APM Negeri iii. Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan iv. Komandan-komandan Institut Latihan Pertahanan Awam (ILPA) v. Pengerusi / Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ajutan vi. Pegawai Bahagian Mahasiswa Holistik Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 26 23/09/2019 3:48 PM
27 e. Urus Setia i. Bahagian Pengurusan Angkatan, IPPA ii. Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT · Deskripsi Tugasan:- Jawatankuasa ini menyelaras dan menguruskan pelaksanaan Kor Sispa mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Peringkat Kebangsaan. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya EMPAT (4) kali dalam setahun. Sebarang keputusan mesyuarat hendaklah dimaklumkan ke peringkat Jawatankuasa Dasar. 2.3.3 Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa a. Pengerusi i. Seorang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) b. Timbalan Pengerusi i. Seorang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) c. Ahli-ahli i. Ajutan-ajutan Kor Sispa IPT ii. Penolong Pengarah Cawangan Sokongan, BPA, IPPA iii. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri iv. Wakil Komandan ILPA d. Urus Setia i. Setiausaha dan Penolong Setiausaha yang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT · Deskripsi Tugasan:- Jawatankuasa ini menyelaras dan melaksanakan arahan dan keputusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. Jawatankuasa ini bersidang sekurangkurangnya EMPAT (4) kali dalam setahun. Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 27 23/09/2019 3:48 PM
28 2.3.4 Jawatankuasa Peringkat IPT a. Pengerusi i. Komandan Kor Sispa IPT b. Timbalan Pengerusi i. Timbalan Komandan Kor Sispa IPT c. Ahli-ahli i. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri ii. Ajutan Kor Sispa IPT iii. Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT iv. Pegawai Kokurikulum / HEPA IPT d. Urus Setia i. Ajutan Kor Sispa IPT · Deskripsi Tugasan:- Jawatankuasa ini merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya DUA (2) kali dalam setahun. 2.3.5 Jawatankuasa Peringkat IPT Cawangan a. Pengerusi i. Timbalan Komandan Kor Sispa IPT Cawangan b. Timbalan Pengerusi i. Ajutan Kor Sispa IPT c. Ahli-ahli i. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri atau Daerah ii. Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT Cawangan iii. Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT Cawangan iv. Pegawai Kokurikulum / HEPA IPT d. Urus Setia i. Setiausaha yang dilantik daripada Pegawai yang sedia ada · Deskripsi Tugasan:- Jawatankuasa ini adalah merupakan sub kepada IPT induk dan hendaklah merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT Cawangan berdasarkan aspirasi daripada IPT induk. Jawatankuasa ini bersidang sekurangkurangnya DUA (2) kali dalam setahun. Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 28 23/09/2019 3:48 PM
29 2.4 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 2.4.1 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia a. Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (IPPA) i. Menerima dan mengesahkan penubuhan Kor Sispa, Pegawai dan anggota Kor Sispa. ii. Merancang peruntukan belanjawan Kor Sispa. iii. Merancang dan menyedia perolehan peralatan dan logistik Kor Sispa. iv. Melantik Pegawai Penyelia Kor Sispa atau pegawai yang bertanggungjawab di IPPA Malaysia. v. Meneliti cadangan lantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu Kor Sispa IPT dan mengesahkannya. vi. Mengeluarkan watikah pelantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu yang telah dipersetujui. vii. Merancang dan melaksanakan program-program Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan kerjasama IPT. viii.Mengemas kini, mengesah dan menyebarkan dasar-dasar serta arahan tetap mengenai pengendalian, pengurusan dan latihan Kor Sispa. ix. Menyimpan rekod PKS yang diterima daripada APM negeri. b. Angkatan Pertahanan Awam Negeri i. Melantik seorang pegawai tetap APM sebagai Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT sesebuah IPT untuk merancang latihan dan aktiviti Kor Sispa peringkat negeri dengan bekerjasama Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri. ii. Menerima dan menyokong penubuhan pasukan Kor Sispa. iii. Menentukan latihan dan aktiviti Kor Sispa berjalan dengan teratur. iv. Mengadakan hubungan rapat dengan IPT berkaitan kegiatan Kor Sispa. v. Menyedia dan memberi bantuan logistik, latihan dan penilaian kenaikan pangkat PKS. vi. Mengumpul, merekod dan menyimpan maklumat Pegawai Kadet dan aktiviti Kor Sispa. Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 29 23/09/2019 3:48 PM
30 2.4.2. Kementerian Pendidikan Malaysia a. Kementerian Pendidikan Malaysia i. Menetapkan dasar penubuhan dan perkembangan Kor Sispa dengan kerjasama APM. ii. Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. iii. Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Penolong Setiausaha Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa. iv. Bekerjasama dengan APM untuk merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. v. Meluluskan bajet tahunan pengurusan dan pelaksanaan program Kor Sispa kepada IPT. b. Institusi Pendidikan Tinggi i. Memohon penubuhan pasukan Kor Sispa termasuk kampus cawangan. ii. Mencadang pelantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu Kor Sispa IPT. iii. Menyelaras aktiviti-aktiviti Kor Sispa pada peringkat IPT. iv. Menyediakan perancangan bajet tahunan pengurusan Kor Sispa. v. Bekerjasama dengan APM Negeri untuk merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat negeri. vi. Menyediakan pejabat/tempat pengurusan Kor Sispa. vii. Merekod dan menyimpan maklumat PKS dan menghantar ke APM Negeri. viii.Melapor aktiviti bulanan Kor Sispa kepada APM Negeri. 30 Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 30 23/09/2019 3:48 PM
31 KEANGGOTAAN 3 DAN PANGKAT • Keanggotaan PKS • Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT • Pegawai Kehormat dan Bersekutu Kor Sispa • Pelantikan Pegawai Kehormat dan Bersekutu Kor Sispa • Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Kehormat, Bersekutu dan Penyelaras Kor Sispa Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 31 23/09/2019 3:48 PM
32 3.1 KEANGGOTAAN PKS 3.1.1 Syarat-syarat PKS:- a. Warganegara Malaysia. b. Pelajar-pelajar yang berdaftar dalam program Ijazah Sarjana Muda di IPT. c. Pelajar lepasan diploma yang melengkapi PS13 dan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di IPT. d. Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan). e. Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain. f. Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPT. g. Mengisi dan mengemukakan borang permohonan serta lulus temu duga kemasukan. 3.1.2 Tanda-tanda Pangkat PKS seperti di Lampiran 2. 3.1.3 Peraturan Kenaikan dan Penurunan Pangkat PKS: a. Seorang PKS boleh dinaikkan pangkat mengikut perjawatan pasukan seperti yang ditetapkan apabila diperakui oleh Panel Penilai Kemajuan Pangkat melalui temu duga khas. b. Seorang PKS boleh diturunkan pangkat apabila tidak mencapai darjah kecekapan yang dikehendaki dan diperakui oleh Panel Kemajuan Pangkat / Tatatertib Kor Sispa melalui satu mesyuarat atau perbicaraan khas. 3.1.4 Keanggotaan Kor Sispa boleh Digantung / Diberhentikan atas Sebab-Sebab Berikut: a. Melakukan mana-mana kesalahan seperti di Perkara 27 KaedahKaedah Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam) 1970. b. Berhenti daripada pengajian di IPT. c. Digantung atau diberhentikan daripada IPT mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan IPT. d. Disabitkan dengan kesalahan jenayah dan salah laku berat mengikut undang-undang jenayah dan sivil. 3.1.5 Permohonan PKS untuk Menarik Diri daripada Kor Sispa: a. Perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada Komandan Kor Sispa. b. Boleh dipertimbangkan atas alasan mengalami masalah kesihatan setelah disahkan oleh pegawai perubatan. Walau bagaimanapun keanggotaannya sebagai sukarelawan APM masih dikekalkan. Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 32 23/09/2019 3:48 PM
33 3.2 PEGAWAI PENYELARAS KOR SISPA IPT 3.2.1 Syarat-syarat Pelantikan Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT adalah: a. Warganegara Malaysia. b. Pegawai lantikan tetap perkhidmatan atau Pegawai Pasukan Sukarela APM. c. Pegawai lantikan harus sekurang-kurangnya berpangkat Leftenan Muda (PA). d. Berumur tidak kurang 21 tahun. e. Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika perlu). f. Tidak menyertai mana-mana pasukan beruniform lain. g. Melalui proses temu duga yang dijalankan oleh IPPA / APM negeri. h. Menghadiri Kursus Asas APM dan Bakal Pegawai. i. Mendapat perakuan daripada Komandan Kor Sispa IPT. 3.2.2 Peraturan Kenaikan Pangkat Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT a. Semua Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT layak menyandang pangkat Leftenan Muda (PA). b. Leftenan Muda (PA) ke Leftenan (PA). i. Telah menjawat pangkat Leftenan Muda (PA) selama tiga tahun. ii. Terdapat kekosongan pangkat di IPT berkenaan. iii. Mempunyai rekod perkhidmatan bersih. iv. Telah lulus ujian bertulis dan proses temu duga yang dijalankan oleh IPPA. v. Kelulusan dan sokongan Pengarah APM Negeri. c. Leftenan (PA) ke Kapten (PA) i. Telah menjawat pangkat Leftenan (PA) selama tujuh tahun. ii. Terdapat kekosongan pangkat di IPT berkenaan. iii. Mempunyai rekod perkhidmatan bersih. iv. Telah lulus ujian bertulis dan proses temu duga yang dijalankan oleh IPPA. v. Kelulusan dan sokongan Pengarah APM Negeri. Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 33 23/09/2019 3:48 PM
34 3.2.3 Tamat Perkhidmatan Sebagai Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT a. Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT boleh diberhenti atau ditamatkan perkhidmatan atas sebab-sebab berikut: i. Melakukan mana-mana kesalahan seperti dalam Peraturan atau Kaedah Pertahanan Awam yang Berkuat Kuasa. ii. Berpindah atau bertukar keluar. iii. Masalah kesihatan yang terbatas dalam menjalankan tugas. iv. Tidak memberi komitmen. b. Surat rasmi tamat perkhidmatan akan dikeluarkan oleh PPAN. Nota: Seorang Pegawai Penyelaras Kor Sispa yang ditamatkan perkhidmatan akan kekal sebagai anggota pasukan. 3.3 PEGAWAI KEHORMAT DAN BERSEKUTU KOR SISPA 3.3.1 Naib Canselor atau jawatan yang setaraf dengannya di IPT yang berkenaan akan menyandang pangkat Kehormat (PA) atas perjawatannya selaku Komandan Kor Sispa IPT berkenaan. Penyandang pangkat Kehormat (PA) boleh diwakilkan kepada Timbalan Naib Canselor atau mana-mana pegawai kanan IPT untuk bertindak sebagai Komandan Kor Sispa. 3.3.2 Timbalan Komandan Kor Sispa boleh dilantik daripada mana-mana pegawai kanan IPT atas persetujuan Komandan. 3.3.3 Komandan Kor Sispa boleh mencadangkan Pegawai atau Pensyarah IPT berkaitan untuk menyandang jawatan Pegawai Bersekutu (PA) atas persetujuan bersama dengan APM. 3.3.4 Calon terpilih sebagai Pegawai Bersekutu tidak dibenarkan menganggotai mana-mana badan beruniform yang lain. Tanda-tanda pangkat Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu adalah seperti dalam Lampiran 3. Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 34 23/09/2019 3:48 PM
35 3.4 PELANTIKAN PEGAWAI KEHORMAT DAN BERSEKUTU KOR SISPA Pelantikan Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu Kor Sispa hendaklah dicadangkan oleh pihak JPT / IPT atas sokongan APM negeri yang berkaitan dengan komposisi seperti berikut: 3.4.1 Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT):- a. Pegawai Kehormat - 1 Jawatan b. Pegawai Bersekutu - 6 Jawatan 3.4.2 IPT Kampus Induk:- a. Pegawai Kehormat - 1 Jawatan b. Pegawai Bersekutu - 9 Jawatan 3.4.3 IPT Kampus Cawangan:- a. Pegawai Bersekutu - 6 Jawatan Nota: Jumlah Pegawai Bersekutu (PA) boleh ditambah tertakluk kepada keperluan IPT dan kelulusan APM. 3.4.4 Syarat-syarat Pelantikan Syarat-syarat pelantikan Pegawai Kehormat dan Bersekutu Kor Sispa adalah seperti berikut:- a. Melepasi tapisan keselamatan dan semakan rekod jenayah. b. Mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan (jika perlu). c. Terdiri daripada ahli akademik dan staf JPT / IPT. d. Surat pelantikan akan dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya APM. 3.4.5 Penamatan Pelantikan Pegawai Bersekutu Kor Sispa boleh ditamatkan perkhidmatannya oleh Ketua Pesuruhjaya APM dengan cadangan daripada Komandan atas sebab-sebab berikut:- a. Tidak mencapai tahap kecekapan yang dikehendaki. b. Tidak mematuhi perintah-perintah yang sah daripada seseorang yang lebih kanan daripadanya. c. Tidak mematuhi disiplin dan peraturan yang ditetapkan oleh APM. d. Disabitkan dengan perbuatan salah laku jenayah. Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 35 23/09/2019 3:48 PM
36 3.4.6 Peletakan Jawatan Seorang Pegawai Kehormat dan Bersekutu Kor Sispa yang ingin meletak jawatan dikehendaki memberi notis sebulan awal dari tarikh berhenti kepada Ketua Pesuruhjaya APM melalui Komandan (yang mana berkenaan). 3.5 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KEHORMAT, BERSEKUTU DAN PENYELARAS KOR SISPA IPT 3.5.1 Pegawai Kehormat selaku Komandan a. Memberi nasihat dalam aspek latihan dan bantuan daripada pihak IPT dalam mengendalikan latihan serta meningkatkan pencapaian akademik PKS. b. Bertindak sebagai Pegawai Pemerintah bagi pengurusan Kor Sispa IPT berkenaan. c. Pegawai yang bertanggungjawab merancang peruntukan kewangan Kor Sispa IPT. 3.5.2 Timbalan Komandan a. Bertanggungjawab mengurus semua aspek latihan, pentadbiran dan logistik melalui bantuan daripada pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan. b. Membantu menjalankan tugas Pegawai Pemerintah dalam aspek pemerintah, pentadbiran, kawalan dan perhubungan. c. Mendelegasikan apa-apa keperluan, tugas kepada mana-mana pegawai yang difikirkan perlu. d. Menjadi perantara antara Kor Sispa dengan pihak IPT dalam semua aspek. e. Menentukan latihan PKS dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut jadual latihan seperti yang telah dikeluarkan atau ditetapkan. 3.5.3 Ajutan a. Bekerjasama dengan Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT dalam segala aspek pentadbiran dan membantu dalam aspek latihan. b. Mentadbir dan memantau segala urusan pentadbiran Pegawai Penyelaras dan PKS. Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 36 23/09/2019 3:48 PM
37 c. Memantau dan menyebarluaskan dasar-dasar yang dikeluarkan oleh APM dan arahan Komandan. d. Menentukan dasar tatatertib dikemaskinikan dan dipatuhi oleh PKS. e. Bertindak sebagai Setiausaha semasa mesyuarat yang dipengerusikan oleh Komandan. f. Menentukan semua Perintah Tetap dikemas kini dan mendapat persetujuan daripada Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan APM Negeri dan dipatuhi oleh Pegawai Bersekutu / PKS. g. Memberikan nasihat kepada Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT tentang dasar-dasar yang dikuatkuasakan oleh IPT dari semasa ke semasa. h. Bertanggungjawab atas kebajikan PKS di IPT. i. Menjaga hubungan dengan lain-lain badan beruniform atau agensi luar untuk mendapatkan bantuan latihan dan pentadbiran. 3.5.4 Pegawai Pentadbiran a. Mengurus semua aspek rekod yang melibatkan sumber pejabat dan personel. b. Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan pentadbiran. c. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan keseluruhan Kor Sispa. d. Bertanggungjawab kepada Komandan dalam hal-hal pentadbiran. 3.5.5 Pegawai Logistik a. Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan logistik. b. Menguruskan prosedur pembekalan dan peralatan termasuk pakaian seragam kepada PKS. c. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal logistik. 3.5.6 Pegawai Latihan a. Merancang dan menyediakan jadual latihan. Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 37 23/09/2019 3:48 PM
38 b. Memantau pelaksanaan latihan dan aktiviti PKS berjalan mengikut jadual. c. Mengatur segala latihan dan aktiviti serta menyediakan perintah gerakan. d. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal latihan dan aktiviti. 3.5.7 Pegawai Akademik a. Merancang dan menyediakan silibus. b. Menyampai dan mendapatkan penceramah untuk latihan PKS. c. Membuat kajian berkaitan subjek-subjek yang diajarkan. d. Menyelaraskan penyediaan kertas ujian serta mengurus pemeriksaan dan pemarkahan. e. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal akademik. 3.5.8 Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT (Pegawai Lantikan APM) a. Bertanggungjawab berkaitan dengan taraf, mutu, kecekapan dan pentadbiran Kor Sispa. b. Menguruskan pendaftaran keanggotaan Kor Sispa di IPT. c. Merancang dan menjalankan aktiviti Kor Sispa berdasarkan sukatan pelajaran / silibus yang ditetapkan. d. Melaksanakan penilaian kemajuan pangkat PKS. e. Menyediakan Laporan Berkala Kor Sispa. f. Menguruskan penyertaan PKS dalam kegiatan pada setiap peringkat. g. Menghadiri perjumpaan / mesyuarat / kursus yang berkaitan dengan Kor Sispa. h. Menguruskan logistik pasukan dan membantu jurulatih. i. Menguruskan mesyuarat panel tatatertib PKS. j. Membantu tugasan Pegawai Bersekutu Pentadbiran, Pegawai Bersekutu Logistik, Pegawai Bersekutu Latihan dan Pegawai Bersekutu Akademik Kor Sispa IPT. Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 38 23/09/2019 3:48 PM
39 PENTADBIRAN 4• Bayaran Elaun dan Peruntukan Kewangan • Perlindungan Insurans • Istiadat, Majlis dan Program • Tugasan • Laporan Berkala Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 39 23/09/2019 3:48 PM
40 4.1 BAYARAN ELAUN DAN PERUNTUKAN KEWANGAN 4.1.1 PKS yang telah sah keanggotaannya layak menerima elaun jika mengikuti latihan dan aktiviti yang dianjurkan oleh APM. Latihan tersebut tidak termasuk latihan kokurikulum berkredit di IPT berkenaan. 4.1.2 Jurulatih Kor Sispa IPT layak menerima elaun mengikut pangkat yang disandang seperti kadar yang ditetapkan oleh pihak APM atau IPT. 4.1.3 Elaun jurulatih dan pembantu jurulatih yang mengajar kokurikulum Kor Sispa mengikut jam kredit akan dibayar oleh pihak IPT mengikut kadar yang ditetapkan oleh IPT masing-masing. 4.1.4 Elaun jurulatih dan pembantu jurulatih yang mengajar aktiviti Kor Sispa yang dijalankan di luar jam kredit pengajian akan dibayar oleh pihak APM tertakluk kepada peruntukan kewangan semasa APM. 4.2 PERLINDUNGAN INSURANS 4.2.1 PKS diwajibkan mengambil insurans secara individu atau berkelompok apabila menyertai latihan dan aktiviti di dalam atau di luar kawasan IPT. 4.2.2 PKS tertakluk kepada Peraturan dan Kaedah Pertahanan Awam yang Berkuat Kuasa semasa menjalankan tugas rasmi. 4.3 ISTIADAT, MAJLIS, DAN PROGRAM 4.3.1 PKS boleh menyertai majlis, istiadat atau program pada peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah yang dianjurkan oleh KPM, APM, IPT ataupun lain-lain agensi tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan Kor Sispa IPT dan / atau pihak IPT. 4.3.2 Istiadat Pentauliahan Kor Sispa hendaklah dianjurkan pada setiap tahun oleh pihak APM dan KPM dengan giliran penganjuran oleh mana-mana IPT yang dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. Kaedah penganjuran Istiadat Pentauliahan Kor Sispa hendaklah diselaraskan oleh pihak APM dan kos yang berkaitan hendaklah ditanggung bersama-sama oleh pihak yang terlibat mengikut kadar yang dipersetujui. Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 40 23/09/2019 3:48 PM
41 4.4 TUGASAN 4.4.1 PKS dibenar melibatkan diri bersama-sama pegawai pasukan apabila diperlukan dalam Perkhidmatan Kecemasan 999 Pertahanan Awam, Pasukan Penyelamat Pantai dan lain-lain dengan kebenaran dan kelulusan pihak IPT. 4.4.2 Bagi operasi bencana, penglibatan PKS terhad di Zon Hijau atau semasa pemulihan dan pemindahan yang berisiko rendah, tertakluk kepada kelulusan pihak IPT dan APM. 4.4.3 Pihak IPT digalakkan mempunyai Prosedur Tetap Operasi yang jelas untuk menjalankan tugasan dan sebarang aktiviti luar bersama-sama pihak APM. 4.5 LAPORAN BERKALA Merujuk Bab 3, Ajutan dan Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT dikehendaki bekerjasama menghantar kepada PPAN perkara-perkara berikut pada: a. Awal semester: i. Maklumat PKS. ii. Takwim dan jadual latihan. iii. Maklumat logistik. b. Akhir semester i. Latihan / kursus / aktiviti / penilaian ii. Pencapaian 41 Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 41 23/09/2019 3:48 PM
42 Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 42 23/09/2019 3:48 PM
43 LOGISTIK 5 • Pakaian • Pengangkutan • Peralatan Latihan • Penginapan • Ruang Pejabat Kor Sispa Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 43 23/09/2019 3:48 PM
44 5.1 PAKAIAN 5.1.1 APM akan membekalkan pakaian seragam lengkap No. 3 dan 4 secara stok pinjaman kepada pihak IPT. Pihak pentadbiran Kor Sispa IPT hendaklah menguruskan bekalan ini dan hanya memohon penggantian jika berlaku sebarang kerosakan. Kehilangan stok pinjaman perlulah diganti oleh individu yang bertanggungjawab. 5.1.2 Pakaian bagi tujuan pentauliahan dan pelbagai istiadat APM hendaklah diuruskan oleh pihak IPT sama ada melalui pembelian, pinjaman atau apaapa alternatif yang bersesuaian. Pihak IPT boleh mendapatkan bantuan daripada pihak APM bagi pembekalan pakaian yang diperlukan. 5.1.3 Penyediaan pakaian seragam No. 1, No. 2, Mess Kit dan aksesori wajib bagi Pegawai Kehormat / Bersekutu adalah di bawah tanggungjawab IPT masing-masing. 5.2 PENGANGKUTAN Pihak IPT bertanggungjawab untuk menyediakan pengangkutan yang sesuai kepada Kor Sispa untuk menjalankan sebarang program atau latihan. Namun, pihak pengurusan Kor Sispa IPT juga boleh memohon bantuan pengangkutan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri / Daerah sekiranya pihak IPT tidak mempunyai pengangkutan bagi tujuan program atau latihan Kor Sispa (bergantung kepada ketersediaan kenderaan). 5.3 PERALATAN LATIHAN 5.3.1 Bagi tujuan latihan, pihak IPT hendaklah memperuntukkan peralatan pembelajaran mengikut silibus yang ditetapkan. Perkara ini merangkumi peralatan bagi pertolongan cemas, menyelamat, pengurusan bencana, melawan kebakaran dan lain-lain. 5.3.2 Semua peralatan pembelajaran yang ada hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh APM dan hendaklah sentiasa disimpan, dijaga, diselenggara dan digunakan dengan kaedah yang betul demi keselamatan pengguna dan kebolehfungsian. 5.3.3 Pihak pengurusan Kor Sispa IPT boleh memohon bantuan peralatan latihan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri / Daerah dan ILPA sekiranya peralatan di IPT tidak mencukupi tertakluk kepada kelulusan Pegawai APM. Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 44 23/09/2019 3:48 PM
45 5.4 PENGINAPAN Pihak IPT perlu menyediakan penginapan berpusat kepada PKS untuk memudahkan urusan pergerakan aktiviti dan program Kor Sispa. 5.5 RUANG PEJABAT KOR SISPA Pihak IPT perlu menyediakan ruang pejabat yang secukupnya serta lengkap dengan peralatan pejabat, kemudahan komunikasi dan utiliti. 45 Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 45 23/09/2019 3:48 PM
46 Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 46 23/09/2019 3:48 PM
47 KURIKULUM 6 LATIHAN • Objektif Latihan • Bidang Latihan • Kaedah Latihan • Silibus Latihan • Sijil-Sijil Kor Sispa Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 47 23/09/2019 3:48 PM
48 6.1 OBJEKTIF LATIHAN 6.1.1 Memberi peluang kepada PKS mempelajari dan mempraktiskan pengetahuan serta kemahiran pertahanan awam untuk membantu diri sendiri dan orang lain. 6.1.2 Memupuk nilai dan sikap hormat-menghormati, menurut perintah, berdisiplin, bekerjasama, bertanggungjawab, berhemah, berintegriti dan amanah serta yakin dengan diri sendiri dalam pertahanan awam. 6.1.3 Menanam semangat kesedaran sivik, ketaatan dan cinta akan negara serta kepentingan penjagaan alam sekitar. 6.1.4 Mempertingkatkan ketahanan fizikal, mental dan spiritual yang seimbang. Silibus Kor Sispa telah digubal untuk melatih para PKS dengan ilmu pertahanan awam sebelum ditauliahkan sebagai seorang pegawai dengan pangkat Leftenan Muda (PA). Pihak APM menerusi Bahagian Pengurusan Latihan telah menetapkan sukatan pelajaran yang wajib diajar kepada PKS secara penuh selama lima semester berturut-turut. Silibus ini merangkumi sijil asas dan empat sijil kemahiran yang perlu dipenuhi sebagai syarat pentauliahan Leftenan Muda. Walau bagaimanapun, kaedah pelaksanaan sukatan pelajaran ini adalah tertakluk kepada pihak IPT. Kaedah pelaksanaan boleh disesuaikan untuk memenuhi syarat akademik IPT masing-masing sama ada berkredit ataupun tidak, namun mestilah mengikuti ketetapan oleh pihak APM. 6.2 BIDANG LATIHAN 6.2.1 Latihan Kor Sispa Merangkumi Bidang-bidang berikut: a. Pengetahuan Asas Pertahanan Awam b. Kemahiran Asas Pertolongan Cemas c. Kemahiran Asas Melawan Kebakaran d. Kemahiran Asas Menyelamat e. Kenegaraan f. Etika / Moral g. Arahan Keselamatan Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 48 23/09/2019 3:48 PM
49 6.3 KAEDAH LATIHAN 6.3.1 Latihan akan dijalankan secara teori dan praktikal oleh jurulatih dan pembantu jurulatih yang bertauliah. 6.3.2 Latihan dijalankan mengikut waktu kokurikulum atau pada waktu yang ditetapkan oleh IPT. 6.3.3 Latihan dijalankan sama ada di dalam atau di luar kampus. 6.3.4 Latihan boleh dijadualkan secara anjal. 6.4 SILIBUS LATIHAN 6.4.1 Pihak IPT perlu menawarkan kursus Kor Sispa sekurang-kurangnya lima semester. 6.4.2 Senarai Silibus Kor Sispa IPT adalah seperti dalam Jadual 6.1 hingga Jadual 6.5. Jadual 6.1: Silibus untuk Semester 1 SEMESTER 1 (KURSUS ASAS) No. TAJUK KANDUNGAN 1.0 Kawad Kaki 1.1 Pelajaran 1-13 (sila rujuk Rancangan Pengajaran) 2.0 Pengenalan Kepada Pertahanan Awam 2.1 Sejarah Penubuhan APM 2.2 Akta yang Berkaitan 2.3 Misi, Visi, dan Objektif 3.0 Pengenalan Kepada Pertolongan Cemas 3.1 Skop dan prinsip pertolongan cemas 3.2 Peranan dan fungsi ahli pertolongan cemas 3.3 Medikolegal (aspek-aspek perundangan dalam memberi bantuan kecemasan) 3.4 Kit bantu mula (first aid kit) dan keperluannya 4.0 Basic Life Support (BLS) 1 4.1 Pengenalan Basic Life Support (BLSNCORT) 4.2 Ujian kompentensi – CPR & Choking Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 49 23/09/2019 3:48 PM
50 5.0 Sains Kebakaran dan Alat Pemadam Api 5.1 Pengenalan 5.2 Proses kebakaran 5.3 Jenis alat pemadam api 5.4 Tatacara penggunaan alat pemadam api 6.0 Pengurusan Mangsa dan Menyelamat Kecemasan 6.1 Teknik-teknik menyelamat seorang atau lebih daripada seorang penyelamat 6.2 Menyelimut dan mengikat mangsa pada usungan 6.3 Mengangkat dan memuatkan pesakit ke dalam ambulans 6.4 Pengurusan mangsa 7.0 Ikatan dan Simpulan Tali (Teori & Praktikal) 7.1 Pengenalan 7.2 Jenis-jenis 7.3 Penggunaan dan penyelenggaraan tali 8.0 Ulang Kaji dan Penilaian Dikendalikan oleh pegawai yang mempunyai sijil kejurulatihan mengajar Jadual 6.2: Silibus untuk Semester 2 SEMESTER 2 (KURSUS FRLS & MK) NO. TAJUK KANDUNGAN 1.0 Kawad Kaki 1.1 Pelajaran 14-23 (Sila rujuk rancangan pengajaran) 2.0 First Responder Life Support (FRLS) 2.1 Pengenalan FRLS 2.2 Sistem Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) dan Ambulans di Malaysia 2.3 Fungsi dan Peranan First Responder 2.4 Kemahiran First Responder 2.5 Dokumentasi 2.6 Pengurusan pemindahan pesakit 2.7 Arahan perubatan (medical directive) 2.8 Peralatan perlindungan diri (PPE) dan Life Support Kit 2.9 Peralatan alih ganti Kor Sispa Baharu -chp 6.indd 50 23/09/2019 3:48 PM